The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SAZLIN EZRI, 2022-03-17 21:25:04

BUKU PENGURUSAN 2022

BUKU PENGURUSAN 2022

Pengurusan & Takwim SMKPH 2022/2023

 TAKWIM KELAS PENDIDIKAN KHAS PEMBELAJARAN SESI 2022/2023 

BULAN/TARIKH

BIL PERKARA MAC
APR
MEI
JUN
JUL
OGO
SEP
OKT
NOV
DIS
JAN
FEB

1 MESYUARAT JK PENDIDIKAN  
KHAS

2 PENDAFTARAN PELAJAR 
BAHARU

3 GOTONG ROYONG KECERIAAN 
KELAS

4 UJIAN DIAGNOSTIK PELAJAR 
BARU

5 PROJEK MATA PELAJARAN 
KEMAHIRAN 

6 PROJEK NILAM 

7 MAJLIS PEMAUFAKATAN IBU
BAPA

8 BOLING

LAWATAN PENANDA ARAS / 
9 LAWATAN DALAM NEGERI /

LAWATAN LUAR NEGERI

10 PROJEK ROBOTIK 

11 PROJEK REFLEKSOLOGI 

12 PROJEK PERABOT 
13 BENGKEL BADMINTON 

14 TADARUS ALQURAN BULAN 
RAMADAN 

15 PROJEK BULAN RAMADAN

16 JAMUAN HARI RAYA 

17 SUKANEKA 

AKTIVITI PENGAKAP -
18 PERKHEMAHAN/ MENDAKI/ 

BERJALAN
19 SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN

20 MESYUARAT AKHIR TAHUN 

21 JAMUAN AKHIR TAHUN 
22 ERPI 
23 PEPERIKSAAN


24 AKTIVITI PERMAINAN DALAMAN 

51

Pengurusan & Takwim SMKPH 2022/2023

 PERATURAN-PERATURAN GURU

Kehadiran Bertugas :
1. Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/81 yang bertarikh 12 September 1981 menyebut bahawa semua

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, kakitangan sekolah dan para pelajar dikehendaki berada di sekolah
sekurang-kurangnya lima minit sebelum sekolah bermula.

2. Adalah menjadi tanggungjawab para guru untuk mengamalkan ketepatan masa itu sepanjang waktu bertugas
di sekolah, semasa datang dan balik dari sekolah, ketika memasuki bilik darjah untuk mengajar dan masa
menjalankan sesuatu kegiatan di luar bilik darjah.

3. Ketepatan masa juga bermakna seseorang guru hendaklah mengikut jadual pengajaran dan tidak dibenarkan
meninggalkan kelasnya ataupun kawasan sekolah.

4. Peraturan ketepatan masa dikenakan kepada semua guru, kakitangan dan para pelajar.

5. Waktu Persekolahan * - 7.30 pagi – 3.00 petang
a. Isnin - Khamis

b. Jumaat - 7.30 pagi – 12.00 tengah hari

* Tertakluk kepada perubahan

6. Waktu Kokurikulum

a. Rabu - 2.00 – 5.00 petang

Kepatuhan Tugas:
1. Semua guru dan kakitangan hendaklah mengetik kad perakam waktu sebaik sahaja tiba di sekolah dan

semasa balik. *

2. Guru dan kakitangan tidak dibenar meninggalkan kawasan sekolah tanpa keizinan Pengetua terlebih dahulu.

3. Mereka yang datang lewat hendaklah memaklumkan kepada Pengetua dengan memberi sebab musabab
kelewatan itu.

4. Sekiranya tidak dapat menghadirkan diri di sekolah kerana kecemasan atau jatuh sakit dan kemalangan,
mereka perlu menghubungi pentadbir. Mereka juga dikehendaki mengemukakan sijil sakit kepada Pengetua
apabila kembali bertugas semula.

5. Guru-guru tidak dibenarkan meninggalkan bilik darjah semasa mengajar kecuali mendapat kebenaran daripada
Pengetua terlebih dahulu.

6. Kehadiran semua guru adalah WAJIB semasa kegiatan dan upacara rasmi sekolah seperti
Perhimpunan Pagi, Hari Sukan Tahunan, Hari Penyampaian Hadiah, Mesyuarat Agung Persatuan Ibu
Bapa Guru untuk mengawasi para pelajar, melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan di
samping memberi sumbangan bakti dan bantuan yang diperlukan bagi menjayakan upacara tersebut.

7. Para guru yang telah ditetapkan untuk mengawasi kegiatan kokurikulum, mesti menghadirkan diri. Sebarang
kesulitan yang berbangkit disebabkan oleh ketiadaan guru pengawas adalah tanggungjawab guru itu sendiri.

8. Semua guru pada setiap masa adalah tertakluk kepada pekeliling kerajaan yang sedang berkuatkuasa
semasa.

52

Pengurusan & Takwim SMKPH 2022/2023

Tugas Akademik Guru :
1. Guru hendaklah menunjukkan sikap profesional dan budaya kerja yang bermutu tinggi.

2. Kerja rumah hendaklah diberikan kepada pelajar berdasarkan garis panduan yang diberikan oleh
Pengetua atau guru kanan masing-masing. Semua kerja rumah hendaklah diperiksa dengan teliti.

3. Ketua jabatan atau guru kanan mata pelajaran diberi kuasa untuk menyemak dan menentukan bahawa
buku rampaian, buku kerja dan lain-lain latihan diperiksa dengan penuh teliti.

4. Pemeriksaan buku tidak boleh dilakukan semasa mengajar di dalam kelas kecuali guru itu mengawasi
kerja pelajar di meja pelajar itu sendiri.

5. Guru yang ditugaskan sebagai guru ganti hendaklah mengisi waktu itu dengan pelajaran yang difikirkan
perlu dan ini merupakan juga tugas rasmi guru itu. Pengajaran itu mesti diisikan dengan kerja-kerja yang
memberi faedah kepada pelajar.

6. Biasanya guru mempunyai waktu untuk mengajar sebagaimana yang ditetapkan dalam jadual waktu
masing-masing. Waktu tidak mengajar, terluang/rehat di sekolah adalah dikira masa bekerja. Pengetua
boleh mengarahkan guru-guru menggunakan masa itu untuk menggantikan guru yang tidak hadir.

7. Mereka perlu membuat persediaan mengajar seperti membaca buku tambahan, menulis buku ringkasan
mengajar, menyediakan alat bantuan mengajar dan memeriksa buku latihan pelajar.

8. Mereka juga boleh mengadakan pertemuan dengan pelajar-pelajar yang bermasalah. Mereka juga boleh
melaksanakan aktiviti-aktiviti ko-kurikulum dan lain-lain tugas yang difikirkan perlu atau diarahkan oleh
pihak sekolah.

Buku Persediaan Mengajar :
1. Kementerian Pendidikan telah menetapkan peraturan mengenai pengisian Buku Rekod PdPc. Peraturan

ini hendaklah dipatuhi dan dilaksanakan dengan sepenuhnya.

2. Dalam Buku Rekod PdPc itu mesti mengandungi salinan jadual waktu persendirian termasuk analisisnya,
salinan sukatan pelajaran, salinan kertas soalan peperiksaan dan keputusan peperiksaan bagi tiap-tiap
kelas yang diajar oleh guru itu.

3. Pada tiap-tiap hari hujung minggu, Buku Rekod PdPc yang telah siap diisi untuk minggu berikutnya
hendaklah diserahkan kepada Pengetua. Buku Rekod PdPc adalah menjadi hak milik sekolah dan perlu
diserahkan ke pejabat apabila guru itu bertukar, bercuti panjang dan juga pada akhir tahun sekiranya
Pengetua memerlukan agar dia berbuat demikian.

Perhubungan Guru Dengan Pelajar :
1. Guru perlu mempunyai hubungan mesra dengan semua pelajar dan sentiasa bermuka manis. Mereka

perlu memahami masalah pelajar.

53

Pengurusan & Takwim SMKPH 2022/2023

2. Disiplin pelajar adalah menjadi tanggungjawab semua guru. Tindakan segera perlulah diambil terhadap
sebarang pelanggaran disiplin yang dilakukan oleh pelajar. Kes-kes pelanggaran disiplin yang serius
hendaklah dilaporkan kepada Pengetua atau guru disiplin.

3. Tiap-tiap guru adalah bertanggungjawab untuk memelihara dan mengekalkan disiplin. Kesalahan yang
berat sahaja hendaklah dilaporkan kepada Pengetua untuk mendapat keputusan bagi pelaksanaan yang
berkesan.

4. Perkara-perkara tatatertib yang dianggap berat adalah seperti menganggotai pertubuhan haram,
membawa senjata merbahaya dengan tujuan jahat, memukul guru, mengancam keselamatan orang lain
serta melanggar peraturan sekolah. Pelajar juga dilarang menulis kepada akhbar tanpa memberitahu
pihak sekolah, merosakkan harta sendiri, guru, pelajar, dan sekolah, mencuri, menghisap rokok dan
mengambil dadah, berjudi, meminum minuman keras dalam kawasan sekolah, membantah hukuman
guru, bersifat bongkak dan menghina guru atau Pengetua.

5. Guru yang mengajar dalam kelas hendaklah mengawal disiplin pelajar-pelajarnya.

6. Para guru hendaklah menunjukkan teladan, sikap dan perwatakan yang sesuai untuk dihormati dan
dipandang tinggi oleh pelajar.

7. Jika terdapat pelajarnya yang sakit atau ditimpa kemalangan, guru tersebut hendaklah melaporkannya
kepada guru bertugas harian atau penolong kanan dengan segera.

Pakaian :
1. Guru hendaklah kelihatan kemas dengan memakai pakaian yang sesuai dan akur pekeliling yang sedang

berkuatkuasa semasa bertugas di sekolah.

2. Pakaian formal mesti dipakai semasa upacara rasmi sekolah.

3. Pakaian yang bersesuaian dengan aktiviti kokurikulum atau gerak kerja luar.

Potongan Rambut :
1. Potongan rambut tidak boleh melebihi kolar baju bagi guru lelaki. Rambut perlu diurus dan kelihatan

kemas.

Pelawat :
1. Jangan benarkan pelawat termasuk jurujual berjumpa dengan pelajar di dalam bilik darjah atau makmal.

2. Pelawat atau jurujual hanya boleh berjumpa dengan guru sekiranya mereka mendapat kebenaran
daripada Pengetua terlebih dulu.

3. Perbincangan antara pelajar dan guru dengan pelawat atau jurujual hanya boleh dibuat di dalam bilik
guru sahaja.

54

Pengurusan & Takwim SMKPH 2022/2023

Kenyataan Akhbar :
1. Guru adalah dilarang daripada membuat kenyataan akhbar walaupun bertindak atas nama Pengetua atau

pihak sekolah.

Surat Rasmi :
1. Semua surat rasmi yang hendak dihantar keluar dari sekolah sama ada dari guru atau dari persatuan dan

kelas hendaklah dikirim melalui Pengetua.

Lawatan :
1. Sebarang lawatan yang dilakukan oleh persatuan dan kelab hendaklah terlebih dahulu mendapat

kebenaran daripada Pengetua dan Pejabat Pendidikan Daerah / Jabatan Pendidikan Negeri.

2. Untuk lawatan ke luar negeri, borang permohonan hendaklah dikirim ke Jabatan Pendidikan Negeri
melalui Pengetua. Surat itu mesti dikirim sekurang-kurangnya lima minggu sebelum lawatan dilakukan.

Pas Keluar Kelas :
1. Guru yang mengajar hendaklah memastikan pelajar yang hendak keluar mestilah memperoleh Pas

Keluar Kelas.

2. Guru hendaklah menjaga Pas Keluar Kelas dengan baik dan cermat. Sila laporkan kepada pihak
pentadbir jika berlaku kehilangan.

 GURU BERTUGAS MINGGUAN

1. Guru bertugas harian hendaklah datang sekurang-kurangnya 15 minit awal sebelum persekolahan dan
pulang 15 minit setelah sekolah berakhir.

2. Memastikan bilik-bilik darjah telah disapu, sampah-sarap telah dibuang serta lampu dan kipas/tingkap
telah ditutup setelah tamat persekolahan.

3. Mengawasi disiplin pelajar di luar waktu belajar seperti waktu rehat, waktu sebelum loceng pertama
dibunyikan, sekitar kawasan sekolah dan mengambil tindakan segera dan munasabah jika perlu.

4. Mengawasi kebersihan bilik-bilik darjah, tandas, kantin, bilik-bilik khas dan kawasan sekolah.
5. Memeriksa kebersihan makanan yang dijual dikantin.
6. Menguruskan rawatan pelajar yang sakit dan menghantar mereka ke hospital/rumah.
7. Mengeluarkan surat kebenaran ke hospital dan merekodkan nama pelajar yang memohon.
8. Mengawasi pelajar menepati waktu datang dan pulang ke sekolah, masa rehat dan masa pertukaran

guru.
9. Menguruskan hal-hal bersabit dengan kehilangan barang-barang.
10. Menentukan keselamatan pelajar di kawasan sekolah serta mengawasi harta henda sekolah.
11. Mencatatkan kegiatan-kegiatan sekolah seperti sukan, persatuan-persatuan, unit beruniform dan aktiviti

lain yang dijalankan.
12. Membuat catatan mengenai perkara-perkara penting yang berlaku sepanjang hari/minggu persekolahan

ke dalam Buku Laporan Bertugas, antara perkara yang dicatat ialah :
• Kedatangan pelajar, guru dan staf sokongan
• Pelajar ponteng, tidak hadir atau sakit
• Lawatan-lawatan pelawat
• Ucapan/Pengumunan dalam perhimpunan

55

Pengurusan & Takwim SMKPH 2022/2023

13. Membuat laporan di dalam buku Laporan Bertugas yang disediakan dan kalau perlu laporkan terus
kepada Pengetua supaya tindakan segera dapat diambil.

14. Perhimpunan, memastikan semua guru dan pelajar hadir, bendera, pembesar suara tempat duduk guru
telah disediakan, memastikan pelajar telah beratur dengan kemas.

15. Memantau pelajar sakit di Bilik Rawatan.


 PENCERAPAN PdPc & BUKU LATIHAN

Pencerapan PdPc
1. Pencerap terdiri daripada Pengetua, Penolong Kanan, PK HEM, PK Kokurikulum, Penolong Kanan

Pendidikan Khas,
Guru-guru Kanan Mata Pelajaran, Ketua Panitia dan Penyelaras Pendidikan Khas.
2. Guru-guru yang akan dicerap hendaklah berbincang dengan pencerap untuk menentukan tarikh, masa
dan kelas yang akan diajar mengikut jadual yang telah dietapkan di atas.
3. Pencerap akan mencerap berdasarkan borang yang telah disediakan. Pencerap perlu mengambil
borang-borang pencerapan di dalam fail pencerapan di pejabat dan mengembalikan semula ke pejabat
setelah dilengkapkan.
4. Pencerap hendaklah membuat perbincangan bersama guru yang dicerap selepas pencerapan
dilaksanakan.
5. Pencerap hendaklah menandatangani borang semakan pencerapan sebaik sahaja selesai menjalankan
pencerapan.
6. Borang-borang pencerapan hendaklah dikembalikan kepada Pengetua/Penolong Kanan setelah selesai
proses pencerapan.
7. Jadual ini adalah bilangan pencerapan yang minima. Pihak pentadbir akan membuat pencerapan
tambahan (jika perlu).
8. Subjek yang dicerap berfokus kepada opsyen utama guru. Jika sekiranya guru mengajar subjek yang lain
guru boleh berbincang dengan pencerap yang relevan untuk dicerap.

Pencerapan Buku Latihan
1. Setiap guru mata pelajaran hendaklah menghantar buku latihan/nota bersama-sama senarai nama
pelajar dengan menandakan nama pelajar yang menghantar.
2. Pada serahan pertama, guru mata pelajaran hendaklah menyerahkan mana-mana 2 buah buku
latihan/nota jika
terdapat lebih 2 buah buku yang digunakan.
3. Pada tarikh serahan kedua, guru ,mata pelajaran hendaklah menyerahkan baki buku latihan/nota yang
belum dihantar seperti para 2 di atas.
4. Guru-guru mata pelajaran perlu mengisi borang penghantaran daripada Penolong Kanan, borang ini
hendaklah
dihantar terus kepada penyemak yang ditetapkan dalam jadual serahan.
5. Penyemak hendaklah mengembalikan segera buku yang telah disemak kepada guru mata pelajaran.
6. Sebarang makluman tambahan akan dimaklumkan dari masa ke masa.

56

Pengurusan & Takwim SMKPH 2022/2023

 PENCATAT MINIT MESYUARAT GURU

1. Membuat catatan setiap kali mesyuarat berlangsung.
2. Menyediakan minit mesyuarat yang telah disahkan oleh Pengetua untuk diagihkan kepada semua guru

dalam tempoh satu minggu selepas mesyuarat berjalan.

 SETIAUSAHA PENILAIAN & PEPERIKSAAN

Peperiksaan Awam
1. Mendaftar calon-calon yang akan mengambil peperiksaan awam dengan bantuan guru tingkatan.
2. Membantu murid-murid mengisi borang pendaftaran dengan tepat, dan mengisi borang pendaftaran
terkumpul.
3. Meneliti dan melaksanakan semua kehendak, panduan dan peraturan serta pekeliling terkini.
4. Menguruskan pertukaran Pusat Peperiksaan bagi calon bertukar.
5. Membantu Guru Penolong kanan Pentadbiran mengurus tempat peperiksaan dan menyediakan jadual
waktu guru bertugas semasa Peperiksaan PT3 dan SPM.
6. Memproses pemberian keputusan kepada pelajar dan menganalisa keputusan untuk menentukan
pencapaian sekolah serta membentangkan dalam mesyuarat JK Kurikulum.

Peperiksaan Dalaman
1. Menyediakan Jadual Peperiksaan Dalaman dan mengedarkan kepada guru dan kelas.
2. Mengurus pesanan soalan .
3. Menyususn jadual pengawasan peperiksaan dan guru ganti apabila diperlukan.
4. Mengawal keselamatan dan kerahsiaan soalan-soalan pepriksaan.
5. Menyediakan markah dan analisa keputusan peperiksaan dalaman untuk PPD.
6. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.


 JK BILIK KHAS

1. Mengurus dan mengelola kebersihan dan keceriaan bilik khas
2. Memastikan bahan-bahan yang terdapat di bilik khas kemaskini dan berkualiti.
3. Mempastikan hiasan, skirting dan lain-lain sama ada di dalam atau di sekitar bilik khas ceria dan

menarik.
4. Mengurus / menyediakan senarai inventori bilik khas.


 JK DOKUMENTASI

1. Menerima laporan program sekolah dari setiap unit
2. Mengurus fail dokumentasi

57

Pengurusan & Takwim SMKPH 2022/2023

 JK 4K & EKSA

Kebersihan dan Keceriaan :
1. Membantu pihak sekolah mengawasi dan mempertingkatkan kebersihan dan keceriaan sekolah dari

masa ke masa.
2. Menyediakan pelan induk lanskap sekolah.
3. Merancang dan menaja berbagai-bagai program kebersihan dan keceriaan sekolah seperti :

a. Kempen Kebersihan
b. Pertandingan Kebersihan kelas
c. Pertandingan Mengarang Esei Kebersihan
d. Ceramah-ceramah kebersihan
e. Pertandingan poster kebersihan
f. Menanam bunga dan pokok di kawasan sekolah
g. Lawatan ke sekolah-sekolah lain
4. Mengadakan projek-projek bersama di antara pihak sekolah dengan pihak luar (PIBG, Persatuan Bekas
Pelajar dan sebagainya) bagi mempertingkatkan mutu kebersihan sekolah.
5. Menguatkuasakan segala arahan dan peraturan sekolah mengenai kebersihan dan keceriaan dan
menyelia kerja-kerja kebersihanyang dijalankan oleh AJK ini.
6. Menyusun jadual kerja yang dijalankan oleh jawatankuasa ini dari masa ke masa dan membuat laporan
kemajuan kerja.

Kesihatan:
1. Mengurus dan memastikan bilik rawatan dan peti ubat disediakan dan dilengkapi.
2. Menyediakan peraturan penggunaan bilik rawatan.
3. Mengumpulkan dan menguruskan kad kesihatan dengan kerjasama guru tingkatan/penyelaras tingkatan.
4. Bertanggungjawab menguruskan pemeriksaan kesihatan/gigi oleh Jabatan Kesihatan.
5. Menyediakan Jadual Tugas bilik rawatan.
6. Merancang dan melaksanakan program kesihatan seperti ceramah, pameran, tayangan dan lain-lain.
7. Menguruskan pelajar yang memerlukan rawatan.

Keselamatan
1. Membaca dan memahami semua arahan yang dihantar oleh Kementerian Pelajaran , Jabatan Pelajaran

dan Pejabat Pelajaran Daerah.
2. Merancang program keselamatan institusi sekolah seperti :

Keselamatan lalulintas
Keselamatan bangunan dan perabot
Keselamatan di makmal / bengkel / bilik ERT dan bilik-bilik khas.
3. Mewujudkan kerjasama dengan pihak polis / polis trafik, bomba dan JKR / TNB
4. Menggalakkan skim perlindungan diri kepada murid.
5. Memastikan alat pencegah kebakaran mencukupi dan berfungsi.
6. Memastikan sistem lalulintas di kawasan sekolah dan kawasan berhampiran selamat.
7. Menetapkan pergerakan lalulintas dan tempat letak kereta sewaktu majlis rasmi sekolah.
8. Memastikan semua alat elektrik, suis pendawaian dalam keadaan baik / selamat.
9. Mengadakan latihan kebakaran sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
10. Membuat dan menghantar laporan aktiviti setiap bulan.
11. Memastikan peraturan keselamatan bilik-bilik khas ditampal.
12. Letakkan tanda nama ‘BAHAYA’ di tempat-tempat yang merbahaya. 1

58

Pengurusan & Takwim SMKPH 2022/2023

 GURU DAN PPM PENDIDIKAN KHAS

(Cabutan dari Buku Panduan Pengoperasian PPKI)

5.1 TANGGUNGJAWAB GURU PENDIDIKAN KHAS
1. Bertugas sepenuh masa mengajar dan membimbing MBK;
2. Menjalankan P&P mengikut jadual waktu;
3. Melengkapkan buku persediaan mengajar setiap hari mengikut format yang ditetapkan;
4. Menggunakan sukatan pelajaran, huraian sukatan pelajaran, buku panduan, buku kerja dan senarai

bahan bantu belajar (BBB) yang terkini;
5. Melaksanakan pentaksiran dan penilaian murid PPKI;
6. Merekod pentaksiran dan penilaian murid;
7. Bertanggungjawab melaksanakan aktiviti kokurikulum untuk murid PPKI;
8. Melindungi masa instruksional (MMI) dipatuhi;
9. Menghadiri kursus/bengkel/taklimat yang dianjurkan oleh KPM/JPN/PPD;
10. Melaksanakan segala tugas yang diarah oleh pentadbir sekolah dari semasa ke semasa.

5.6 TANGGUNGJAWAB PEMBANTU PENGURUSAN MURID

5.6.1 Menjaga Hal Ehwal Murid Pendidikan Khas
1. Bertanggungjawab memastikan murid sentiasa berada dalam keadaan bersih dan kemas;
2. Bertanggungjawab menyambut kedatangan murid semasa menghadiri kelas/stesen P&P;
3. Bertanggungjawab menjaga keselamatan murid sewaktu berada di sekolah;
4. Bertanggungjawab menunggu murid yang pulang lewat dan memastikan murid keluar dari kawasan

sekolah dalam keadaan selamat;
5. Bertanggungjawab membantu murid ke tandas sekiranya perlu;
6. Mengawasi murid semasa perubahan Pengajaran dan pembelajaran sewaktu guru menghadiri taklimat /

urusan rasmi;
7. Menjaga murid yang sakit sementara menunggu kedatangan ibubapa / penjaga semasa urusan ke

hospital;
8. Membantu merawat kecederaa nringan yang dialami oleh murid;
9. Bersama murid semasa perhimpunan rasmi sekolah;
10. Menjadi contoh teladan yang baik kepada murid dari segi tingkahlaku, tutur kata dan kekemasan diri;
11. Membantu menguruskan murid baharu;
12. Membantu mengawasi murid sewaktu RMT dan semasa rehat; BAB 5 57
13. Membantu guru membuat tindakan susulan ke rumah ibubapa / penjaga murid yang bermasalah
.
5.6.2 Pengurusan Khas Bilik Darjah / Bangunan Pendidikan
1. Bertanggungjawab membuka dan menutup kelas serta memastikan kelas dalam keadaan terurus sebelum

dan selepas P&P;
2. Memastikan kebersihan dan keceriaan dalam dan luar bilik darjah;
3. Memastikan kebersihan di dalam dan di luar tandas bangunan pendidikan khas;
4. Membantu murid menjaga projek PPKI seperti kebun, taman dan lain-lain;
5. Memastikan terurus; semua kemudahan / projek PPKI
6. Membantu menjaga keselamatan alatan di dalam dan di luar bilik darjah / bangunan pendidikan khas;
7. Memastikan peralatan yang berbahaya disimpan. di tempat yang selamat;
8. Membantu menyediakan ruang maklumat dan mengemaskini papan kenyataan dari semasa ke semasa;

59

Pengurusan & Takwim SMKPH 2022/2023

9. Membantu mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif;
10. Membantu memastikan kandungan peralatan dalam peti ubat dan alat pemadam api masih boleh

digunakan.

5.6.3 Pengurusan Dokumen dan Stok Pendidikan Khas
1. Membantu menyusun fail PPKI dengan teratur dan mudah diakses;
2. Membantu pengurusan surat-menyurat;
3. Membantu mengemaskini data murid setiap bulan;
4. Membantum engemaskini rekod dan fail murid;
5. Membantu membuat inventori peralatan dan perabot di dalam kelas;
6. Merekod pembelian bahan dan peralatan;
7. Menyemak peralatan yang perlu dihapuskira dua kali setahun.

5.6.4 Pengajaran dan Pembelajaran
1. Membantu menyediakan bahan, peralatan dan buku yang diminta oleh guru sebelum sesi P&P;
2. Membantu dan memasang peralatan elektronik;
3. Membantu membuat salinan (photostat);
4. Membantu murid menyediakan buku dan alat tulis sebelum P&P;
5. Menguruskan murid yang menggunakan alat bantuan tertentu seperti memeriksa bateri alat pendengaran,

sistem FM, kanta pembesar, mesin braille dan lain-lain;
6. Membantu mengurus masalah tingkahlaku murid semasa P&P sekiranya perlu;
7. Membantu menguruskan murid semasa aktiviti P&P sekiranya perlu;
8. Membantu memegang tangan murid untuk aktiviti psikomotor halus dan kasar.

5.6.5 Pengurusan / Pergerakan dan Pendidikan Khas (Mobiliti)
1. Membantu menguruskan murid yang tidak mampu berjalan atau bergerak dengan sendiri untuk ke sesuatu

tempat;
2. Membantu murid yang menggunakan alatan khas untuk bergerak;
3. Menjaga keselamatan dan pergerakan murid semasa aktiviti P & P di dalam dan di luar bilik darjah;
4. Mengawasi pergerakan murid ketika mereka menjalani aktiviti kokurikulum;
5. Menghantar dan mengambil murid inklusif di kelas arus perdana.

5.6.6 Tugas Sewaktu Cuti Sekolah
1. Memastikan bilik darjah dan tandas di blok Pendidikan Khas sentiasa bersih, kemas dan selamat;
2. Memastikan peralatan dan perabot perlu disusun semula;
3. Memastikan tandas selamat dan boleh digunakan;
4. Memastikan semua peralatan kelas dalam keadaan selamat dan tidak rosak;
5. Mengenal pasti peralatan yang boleh digunakan / perlu diselenggara atau dihapuskira;
6. Memastikan Projek PPKI seperti berkebun, taman dan lain-lain sentiasa dijaga dengan baik;
7. Membantu kerja-kerja perkebunan seperti menyiram/membaja/menggembur/memangkas/ meracun;
8. Menjaga haiwan peliharaan;
9. Menghubungi Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas atau penyelaras sekiranya diperlukan untuk

tindakan segera.

60

Pengurusan & Takwim SMKPH 2022/2023

 TS25 

Program Transformasi Sekolah (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian
Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah yang berkualiti tinggi
agar selaras dengan keperluan semasa pendidikan di negara kita.

Mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi
dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) selari dengan hasrat yang terkandung dalam
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025

TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui :

Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan.
Disokong kepimpinan yang berkualiti dan berwawasan.
Guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi.
Komitmen komuniti yang padu.

OBJEKTIF PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)

Mengaplikasi konsep dan AMALAN PdPc TERBAIK.
MEMBANGUNKAN KEPAKARAN DALAMAN melalui latihan yang komprehensif dan

berstruktur kepada pembimbing pedagogi serta pembimbing kepimpinan.

Membangunkan PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG BERKESAN dengan

mengutamakan kemenjadian murid.

MATLAMAT PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)
Berdasarkan kepada tiga objektif Program Transformasi Sekolah, maka KPM telah menetapkan
tiga matlamat utama yang perlu dicapai oleh semua sekolah-sekolah di Malaysia pada tahun
2025, iaitu ;

Memantapkan kepimpinan sekolah.
Memaksimumkan potensi guru dan murid menerusi peningkatan kualiti Pembelajaran dan

Pemudahcaraan (PdPc).

Mengukuhkan pelibatan ibu bapa, komuniti dan pihak berkepentingan demi kejayaan

murid.

* 

“If a child can’t learn the way we TEACH,
maybe we should teach the way they LEARN”

~ Ignacio Nacho Estrada

 

61

Pengurusan & Takwim SMKPH 2022/2023

62

Pengurusan & Takwim SMKPH 2022/2023

63

Pengurusan & Takwim SMKPH 2022/2023

64

Pengurusan & Takwim SMKPH 2022/2023

65


Click to View FlipBook Version