PUISI TRADISONAL DAN MANIFESTASI AKAL BUDI DALAM KESUSASTERAAN : PANTUN TUNJUK AJAR MELAYU KARYA TENNAS AFFENDI. Nama Pensyarah: Puan Hajah Roziah binti Ramli. Disediakan oleh: Siti Norafiqah binti Mohd Said Kelas: BM C.
Isi Kandungan 1.0 Penghargaan. 2.0 Pendahuluan. 3.0 Takrif Kesusasteraan, Puisi Tradisional dan Pantun. 4.0 Ciri-ciri Pantun dan Bentuk-bentuk Pantun. 5.0 Jenis-jenis Pantun. 6.0 Fungsi-fungsi Kesusasteraan. 7.0 Manifestasi Akal Budi dalam Pantun Tunjuk Ajar Melayu karya Tennas Affendi. 8.0 Penutup. 9.0 Rujukan.
Penghargaan. Bismillahirahmanirahim, alhamdulillah saya ucapkan kepada Allah kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat saya menghasilkan penghasilan produk dalam subjek BMMB 1104 Kesusasteraan dan Kebudayaan dengan jayanya. Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada pensyarah saya iaitu Puan Hajah Roziah binti Ramli atas bimbingan dan tunjuk ajar dalam menyediakan produk ini. Tidak lupa juga kepada ibu bapa saya yang sentiasa mendoakan kejayaan dan dorongan kepada saya. Seterusnya, terima kasih juga kepada rakan seperjuangan saya yang banyak berkongsi maklumat kepada saya dalam menyiapkan produk ini. Semoga penghasilan produk saya ini sedikit sebanyak dapat membantu para pelajar yang lain dan memberikan maklumat yang berkualiti. Sekian sahaja daripada saya, terima kasih dan assalamualaikum.
Pendahuluan. Sastera merupakan kegiatan kreatif dan imaginatif. Sebagai kegiatan kreatif karya sastra adalah sebuah seni bahasa. Sastra juga merupakan luapan emosi secara spontan (Luxemburg, 1992). Hal ini bererti setiap orang dapat melihat realiti sosial budaya dalam sebuah karya sastra bahkan dapat menjadi representasi terhadap kebudayaan masyarakat tertentu. Dengan demikian, dapat dikatakan bahwa karya sastera pada hakikatnya merupakan karya seni yang bermedia atau berbahan utama bahasa.
Konsep Kesusasteraan. - Kesusasteraan ialah satu bentuk ciptaan seni yang disampaikan melalui Bahasa. - Kesusasteraan Melayu terbentuk daripada perkataan Sanskrit isitu susastera yang bermaksud huruf tau buku indah.(Siti Hajar Abdul Aziz,2011). - Kesusasteraan dalam Bahasa Melayu juga mempunyai maksud yang sama dengan literature dalam Bahasa Inggeris yang bermaksud huruf atau abjad. - Kesusasteraan melayu dapat didefinisikan sebagai hasil karya masyarakat Melayu yang mempunyai kata-kata yang indah, memberi mesej dan menggambarkan sesuatu perasaan.
Takrif Puisi Tradisional. - Puisi merupakan genre sastera yang paling awal bagi semua bangsa di dunia. - Kesusasteraan awal bangsa arab tertulis dalam bentuk puisi. Puisi-puisi yang terbaik digantung di ka’abah pada zaman jahiliah. - Antara genre dalam puisi tradisional ialah: Pantun Gurindam Syair Seloka
Takrif Pantun. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pantun bermaksud puisi lama yang terdiri daripada empat baris dalam tiap-tiap rangkap . Dua baris pertama merupakan pembayang maksud dan yang selainnya mengandungi maksudnya. Pantun juga diucapkan secara bersambutsambut atau berbalas- balas pantun.
Ciri-ciri Pantun.
Ciri-ciri Pantun. 1) Pantun terdiri empat baris. 2) Bersajak silang (a-b-a-b) dan (a-a-a-a). 3) Mempunyai pembayang dan isi. 4) Setiap baris terdiri 7 hingga 11 suku kata.
Bentuk-bentuk Pantun.
Bentuk-bentuk Pantun. Pantun dua kerat. Pantun empat kerat. Pantun enam kerat. Pantun lapan kerat. Pantun dua belas kerat. 1 2 3 4 5
Bentuk serta ciri-ciri Pantun Tunjuk Ajar Melayu karya Tennas Affendi.
Bentuk dan Ciri-ciri Pantun Tunjuk Ajar Melayu. 1) Pantun ini terdiri empat kerat. 2) Bersajak silang (a-b-a-b). 3) Mempunyai pembayang dan isi. 4) Setiap baris terdiri 9 hingga 11 suku kata. 5) Pantun ini mempunyai 4 rangkap.
Buah kelat di tengah halaman, Pagi hari jatuh ke pangkal, Bertuah umat karena beriman, Bertuah diri karena beramal. Apalah tanda punak berbuah, Dari jauh nampak putiknya, Apalah tanda anak bertuah, Budi senonoh nampak cerdiknya. Kelapa gading buahnya banyak, Lebat berjurai di pangkal pelepah, Bila berunding sesama bijak, Kusut selesai sengketa pun sudah. Pucuk putat warnanya merah, Bila dikirai terbang melayang, Duduk mufakat mengandung tuah, Sengketa usai dendam pun hilang. 1) Pantun terdiri empat kerat.
Buah kelat di tengah halaman, Pagi hari jatuh ke pangkal, Bertuah umat karena beriman, Bertuah diri karena beramal. Apalah tanda punak berbuah, Dari jauh nampak putiknya, Apalah tanda anak bertuah, Budi senonoh nampak cerdiknya. 2) Bersajak silang (a,b,a,b). Kelapa gading buahnya banyak, Lebat berjurai di pangkal pelepah, Bila berunding sesama bijak, Kusut selesai sengketa pun sudah. Pucuk putat warnanya merah, Bila dikirai terbang melayang, Duduk mufakat mengandung tuah, Sengketa usai dendam pun hilang.
Buah kelat di tengah halaman, Pagi hari jatuh ke pangkal, Bertuah umat karena beriman, Bertuah diri karena beramal. Apalah tanda punak berbuah, Dari jauh nampak putiknya, Apalah tanda anak bertuah, Budi senonoh nampak cerdiknya. 3) Mempunyai pembayang dan isi. Kelapa gading buahnya banyak, Lebat berjurai di pangkal pelepah, Bila berunding sesama bijak, Kusut selesai sengketa pun sudah. Pucuk putat warnanya merah, Bila dikirai terbang melayang, Duduk mufakat mengandung tuah, Sengketa usai dendam pun hilang.
Buah kelat di tengah halaman, Pagi hari jatuh ke pangkal, Bertuah umat karena beriman, Bertuah diri karena beramal. Apalah tanda punak berbuah, Dari jauh nampak putiknya, Apalah tanda anak bertuah, Budi senonoh nampak cerdiknya. 4) Setiap baris terdiri 9 hingga 11 suku kata. Kelapa gading buahnya banyak, Lebat berjurai di pangkal pelepah, Bila berunding sesama bijak, Kusut selesai sengketa pun sudah. Pucuk putat warnanya merah, Bila dikirai terbang melayang, Duduk mufakat mengandung tuah, Sengketa usai dendam pun hilang.
1)Buah kelat di tengah halaman, Pagi hari jatuh ke pangkal, Bertuah umat karena beriman, Bertuah diri karena beramal. 2)Apalah tanda punak berbuah, Dari jauh nampak putiknya, Apalah tanda anak bertuah, Budi senonoh nampak cerdiknya. 5) Pantun ini terdapat 4 rangkap. 3)Kelapa gading buahnya banyak, Lebat berjurai di pangkal pelepah, Bila berunding sesama bijak, Kusut selesai sengketa pun sudah. 4)Pucuk putat warnanya merah, Bila dikirai terbang melayang, Duduk mufakat mengandung tuah, Sengketa usai dendam pun hilang.
Jenis-jenis Pantun.
Jenis-jenis Pantun. 1) Pantun Kiasan 2) Pantun Cinta 3) Pantun Nasihat 4) Pantun Jenaka 5) Pantun Teka-teki 6) Pantun Agama 7) Pantun Peribahasa
Jenis Pantun Tunjuk Ajar Melayu.
Jenis Pantun. Pantun nasihat memiliki isi yang bertujuan menyampaikan pesan moral dan didikan serta pesan-pesan bijak yang mengajak untuk berbuat baik. Jenis pantun ini ialah pantun nasihat.
Contohnya: Buah kelat di tengah halaman, Pagi hari jatuh ke pangkal, Bertuah umat karena beriman, Bertuah diri karena beramal. Nasihat yang terdapat dalam rangkap pertama ini ialah pengajaran tentang pentingnya kepercayaan kepada Tuhan Yang Maha Esa untuk keberuntungan dalam hidup merupakan isi pantun untuk mendidik generasi Melayu agar terus taat dalam menjalankan kehidupan mengikut ajaran Islam atau syariat. Apalah tanda punak berbuah, Dari jauh nampak putiknya, Apalah tanda anak bertuah, Budi senonoh nampak cerdiknya. Nasihat yang terdapat dalam rangkap kedua pula ialah berkaitan adab menjadi rujukan tingkah laku. Adab-adab ini telah diajar oleh orang Melayu tua kepada anaknya sejak dia berbuai.
Contohnya: Kelapa gading buahnya banyak, Lebat berjurai di pangkal pelepah, Bila berunding sesama bijak Kusut, selesai sengketa pun sudah. Nasihat yang terdapat dalam rangkap ketiga ini ialah mengajar tentang adat resam yang mesti diambil kira oleh masyarakat Melayu dalam menjalankan musyawarah atau rundingan. Musyawarah yang diadakan tanpa adat boleh menimbulkan konflik baru jadi masalah boleh bertambah. Pucuk putat warnanya merah, Bila dikirai terbang melayang, Duduk mufakat mengandung tuah, Sengketa usai dendam pun hilang. Nasihat yang terdapat dalam rangkap keempat pula mengandungi nilai pendidikan yang mengajar masyarakat untuk memupuk muafakat sebagai penyelesaian dalam setiap masalah pertikaian, persengketaan, atau permusuhan yang berlaku dalam kalangan ahli masyarakat supaya tidak berat sebelah.
Fungsi-fungsi Kesusasteraan.
Fungsi-fungsi Kesusasteraan. 1) Sebagai alat Pendidikan. 2) Sebagai instrumen perpaduan. 3) Sebagai alat kawalan sosial dalam kehidupan seharian. 4) Sebagai dakwah. 5) Sebagai medium protes dan kritikan sosial. 6) Sebagai hiburan.
Fungsi-fungsi Pantun.
Fungsi-fungsi Pantun. 1) Pantun digunakan dalam masyarakat seperti dalam seni, adat istiadat dan keagamaan. 2) Pantun sebagai alat komunikasi untuk menyampaikan Isi hati dan hajat. 3) Pantun juga sebagai alat hiburan dan bahan jenaka serta gurau senda. 4) Pantun sebagai alat Pendidikan sama ada secara menyindir atau berterus-terang.
Fungsi Pantun Tunjuk Ajar Melayu.
Berfungsi sebagai Dakwah. Pada rangkap pertama pantun ini terdapat unsur dakwah iaitu Orang tua Melayu telah dibesarkan beragama sejak kecil hingga ke anak cucu mereka. Nilai ini sentiasa ada dan dapat merealisasikan keharmonian antara agama di bumi Melayu. Berdasarkan penjelasan tersebut, pantun ini dikategorikan sebagai pantun yang mempunyai nilai pendidikan agama berdasarkan aspek akidah Buah kelat di tengah halaman, Pagi hari jatuh ke pangkal, Bertuah umat karena beriman, Bertuah diri karena beramal.
Berfungsi sebagai Alat Kawalan Sosial dalam Kehidupan Harian. Apalah tanda punak berbuah, Dari jauh nampak putiknya, Apalah tanda anak bertuah, Budi senonoh nampak cerdiknya. Pada rangkap kedua pantun ini terdapat unsur alat kawalan sosial dalam kehidupan harian iaitu bagi ibu bapa Melayu, kepandaian atau kepintaran seorang anak boleh dilihat dari tingkah laku atau percakapannya. Walaupun dia ada ilmu pengetahuan tentang pelbagai perkara, tetapi tidak ditandingi dengan akhlak yang baik. Maka tidak boleh dikatakan kanak-kanak itu mempunyai kecerdasan. Orang yang bijak tidak akan melakukan perbuatan buruk yang boleh memudaratkan dirinya dan juga orang lain. Oleh itu, untuk menjadi kanak-kanak bertuah mesti mempunyai perwatakan yang baik seimbang dengan kecerdasan.
Kelapa gading buahnya banyak, Lebat berjurai di pangkal pelepah, Bila berunding sesama bijak , Kusut selesai sengketa pun sudah. Pada rangkap ketiga pantun ini terdapat unsur alat kawalan sosial dalam kehidupan harian iaitu satu bentuk adat dalam berunding atau bermusyawarah mestilah dilakukan dengan bijak. Sikap bijak yang ada pada setiap ahli perunding atau musyawarah akan menghasilkan keputusan bersama dan menjadi tanggungjawab bersama agar keadilan dan kebenaran dapat dilaksanakan dan tiada siapa yang ditindas. Berdasarkan penjelasan tersebut, pantun ini mengandungi nilai pendidikan sosial sesuai dengan hubungan dengan orang lain. Berfungsi sebagai Alat Kawalan Sosial dalam Kehidupan Harian.
Berfungsi sebagai Instrumen Perpaduan. Pucuk putat warnanya merah, Bila dikirai terbang melayang, Duduk mufakat mengandung tuah, Sengketa usai dendam pun hilang. Pada rangkap keempat pantun ini terdapat unsur instrument perpaduan iaitu keputusan muafakat yang merupakan perjanjian bersama boleh menghilangkan perasaan dendam dan benci antara orang yang berselisih faham. Hal demikian kerana, dalam pelaksanaannya, muafakat diutamakan kepentingan bersama, bukan kepentingan individu supaya semua pihak tidak akan berasa kurang bernasib baik atau berlebih-lebihan. Kesannya , semua ahli diperlakukan dengan cara yang sama. Justeru, keamanan dan keharmonian hidup bermasyarakat dapat dikekalkan.
Manifestasi Akal Budi Masyarakat Melayu dalam karya Puisi Tradisional.
- Akal budi mencerminkan perbuatan,pemikiran dan sikap sesorang manusia yang mendokong kebijaksanaan, kehalusan jiwa serta keindahan. - Budi juga mewakili tempat perasaan, kesedaran, keyakinan dan dorongan. - Sedangkan akal atau pemikiran meripakan proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu serta menerokai pelbagai kemungkinan idea. - Menurut Syed Ismail bin Syed Mustafa menjelaskan bahawa masyarakat merupakan sekelompok besar manusia yang hidup saling berhubungan dan bergantungan berasaskan satu budaya tertentu dan mempunyai matlamat yang sama. Maksud Manifestasi Akal Budi Masyarakat Melayu dalam karya Puisi Tradisional.
Aspek-aspek dalam Menifestasi Akal Budi Proses menggunakan minda untuk mencari makna dan memahami sesuatu dengan menerokai pelbagai kemungkinan idea. Pemikiran. Menurut Kamus Dewan, gaya hidup bermaksud cara tertentu seseorang individu atau kumpulan menjalani kehidupan kemampuan . Gaya hidup. Masayarakat melayu dapat dilihat melalui sifat kesantunan. Awang Sarian membuat takrifan kesantunan sebagai menggunakan Bahasa yang sopan, baik, beradab, memanvarkan peribadi mulia dan penghormatan. Pertuturan. Menurut Kamus Dewan perlakuan dapat ditafsirkan sebagai perbuatan. Masyarakat Melayu dapat dikategorikan masyarakat yang kaya dengan tingkah laku yang berhemah dan baik. Perlakuan. iv i iii ii
Manifestasi Akal Budi dalam Pantun Tunjuk Ajar Melayu.
Buah kelat di tengah halaman, Pagi hari jatuh ke pangkal, Bertuah umat karena beriman, Bertuah diri karena beramal. Dalam masyarakat Melayu, buah yang jatuh dari pokok biasanya diperam terlebih dahulu supaya buah tersebut tidak lagi terasa kelat. Melalui pembayang ini, dapat dilihat bahawa masyarakat Melayu suka menanam pokok di Kawasan halaman rumah sebagai salah satu aktiviti memelihara alam semula jadi. Selain itu, pokok-pokok ini juga boleh digunakan untuk keperluan harian. Antara pokok yang sering ditanam oleh masyarakat Melayu di persekitaran rumah mereka seperti pokok kelapa, pokok pinang, pokok mangga, pokok rambutan, dan lain-lain. Pantun Tunjuk Ajar Rangkap 1. Alam Sekitar. Kehidupan. Pembayang yang ada pada pantun ragkap satu ini ialah sebuah pokok yang buahnya berasa kelat tumbuh di tengah halaman. Pada waktu pagi, buah itu jatuh ke pangkal. Pangkal di sini merujuk kepada tanah. Apabila buah itu jatuh ke tanah, ia merupakan tanda bahawa buah itu sudah ranum atau masak. Akan tetapi rasa buah itu tetap kelat.
Buah kelat di tengah halaman, Pagi hari jatuh ke pangkal, Bertuah umat karena beriman, Bertuah diri karena beramal. Baris pantun seterusnya ialah isi pantun yang menerangkan bahawa iman adalah faktor yang memberi kesan kepada Umat Islam keseluruhannya sedangkan amal sangat berpengaruh pada peribadi setiap muslim. Pantun ini memberi tunjuk ajar agar bangsa Melayu sentiasa mendekatkan diri kepada Allah SWT. Justeru, dapat difahami bahawa kehidupan masyarakat Melayu sangat berkait rapat dengan ajaran Islam. Kepercayaan kepada Tuhan Yang Maha Esa adalah perkara terpenting bagi masyarakat Melayu. Semua aspek kehidupan seperti budaya, adat, atau norma sosial tidak boleh dipisahkan dari ajaran Islam. Menurut orang tua Melayu, seseorang yang tidak mempunyai rasa percaya kepada Tuhan Yang Maha Esa maka dia tidak lagi dianggap Melayu. Maka bagi orang Melayu hidup bertuah dapat diperoleh melalui rasa percaya kepada Tuhan Yang Maha Esa. Namun begitu, tidak bermakna masyarakat Melayu menolak masyarakat yang tidak mempunyai akidah yang sama, malah sebaiknya mengesyorkan untuk hidup saling hormat menghormati dan sebagainya. Pantun Tunjuk Ajar Rangkap 1. Pemikiran.
Apalah tanda punak berbuah, Dari jauh nampak putiknya, Apalah tanda anak bertuah, Budi senonoh nampak cerdiknya. Buah Punak mempunyai tanda bila ia akan berbuah. Tanda yang dimaksudkan ialah tunas yang tebal sehingga dapat dilihat dari jauh. Selain buah punak, buah-buahan lain juga mempunyai tanda yang sama apabila ia akan berbuah. Ia hanya dalam sandaran pantun ini menggunakan kata "punak" sehingga mempunyai rima yang sama dengan isinya iaitu rima pada baris ketiga iaitu “anak” yang menjadi sasaran dari si pemantun iaitu ibu bapa. Pantun Tunjuk Ajar Rangkap 2. Alam Sekitar. Kehidupan. Apabila menyanyi untuk membuai kanak-kanak, orang Melayu selalu menyanyi dengan memberikan contoh dengan objek atau benda di sekelilingnya.
Apalah tanda punak berbuah, Dari jauh nampak putiknya, Apalah tanda anak bertuah, Budi senonoh nampak cerdiknya. Baris pantun seterusnya ialah isi pantun yang menerangkan tanda atau ciri-ciri anak bertuah ialah mempunyai akhlak yang baik sehingga ia dilihat mempunyai fikiran yang cerdas. Pantun ini menunjukkan Pendidikan ibu bapa kepada anak-anak agar menjadi anak yang bertuah. Orang tua berkata bahawa sebaik-baik manusia ialah yang mempunyai keseimbangan antara ilmu dan iman. Inilah yang disebut sebagai “budak bertuah“ dan menjadi idaman setiap orang Melayu. Sudah tentu juga menjadi harapan ibu bapa Melayu agar anak-anak mereka menjadi anak bertuah. Dengan mempunyai akhlak yang baik dan mempunyai pengetahuan yang luas, kanak-kanak boleh dikatakan sebagai kanakkanak yang bertuah. Adab yang dimaksudkan dalam pantun merujuk kepada akhlak mulia sesuai dengan ajaran Islam, seperti jujur, merendah diri, budi pekerti, pemaaf, ikhlas, dan sebagainya. Semua akhlak atau adab ini merupakan bentuk ketakwaan kepada Tuhan Yang Maha Esa. Dalam Islam mengajar, bahawa setiap kebaikan yang dilakukan seorang muslim akan dapat pahala digandakan dengan sepuluh kebaikan. Namun, jika satu jenayah dilakukan, dosa itu hanya dikira sebagai satu jenayah. Pantun Tunjuk Ajar Rangkap 2. Pemikiran.
Kelapa gading buahnya banyak, Lebat berjurai di pangkal pelepah, Bila berunding sesama bijak , Kusut selesai sengketa pun sudah. Pantun di atas boleh dihuraikan seperti berikut. Kelapa gading mempunyai banyak buah. Kelapa yang banyak tumbuh sebaris atau berjumbai di pangkal pelepah. Melalui pantun pembayang ini Orang Melayu diajar merapatkan saf dengan menguatkan hubungan persaudaraan ibarat kelapa gading yang tumbuh lebat sehingga berjuntai. Pantun Tunjuk Ajar Rangkap 3. Alam Sekitar. Kehidupan. Mengajar masyarakat untuk mengadakan musyawarah atau berunding dalam menyelesaikan sebarang masalah yang berlaku, baik dalam lingkungan kerabat dekat mahupun masyarakat luas. Oleh itu, dalam masyarakat Melayu, orang yang terlibat dalam musyawarah atau rundingan hanyalah orang tua atau orang yang berkuasa dalam perkara tersebut.
Kelapa gading buahnya banyak, Lebat berjurai di pangkal pelepah, Bila berunding sesama bijak , Kusut selesai sengketa pun sudah. Baris pantun seterusnya ialah isi pantun yang mengatakan bahawa berunding atau bermusyawarah yang dilakukan dengan bijak boleh menambah baik hubungan yang tidak harmoni menjadi harmoni semula dan persengketaan, perselisihan atau pertikaian boleh diselesaikan. Dalam perhubungan sosial atau berkeluarga perkara biasa untuk masalah yang boleh timbul membawa kepada permusuhan, perselisihan, dan konflik. Penyelesaian masalah dengan cara yang tidak sesuai boleh memburukkan hubungan sesama manusia sehingga kesatuan menjadi longgar dan berpecah belah. Pantun Tunjuk Ajar Rangkap 3. Pemikiran.
Pucuk putat warnanya merah, Bila dikirai terbang melayang, Duduk mufakat mengandung tuah, Sengketa usai dendam pun hilang. Pantun di atas dapat ditafsirkan seperti berikut. Pucuk dari pokok putat memiliki warna merah. Apabila pokok dikiraikan atau digoyangkan pucuk tersebut akan berterbangan. Pembayang dalam pantun ini mengajarkan bahwa jika kekuatan persatuan di antara masyarakat lemah, maka akan mudah terjadi perpecahan dan permusuhan. Hal itu dapat dihindari melalui tunjuk ajar yang terkandung dalam isi pantun. PANTUN TUNJUK AJAR RANGKAP 4. ALAM SEKITAR KEHIDUPAN Mengajarkan kepada masyarakat untuk membudayakan mufakat sebagai solusi dalam setiap perselisihan, persengketaan, ataupun permusuhan yang terjadi dalam anggota masyarakat. Sehingga akan ditemukan jalan tengah yang tidak memihak. Berdasarkan penjelasan ini maka pantun di atas mengandung nilai edukatif budaya berdasarkan aspek adat atau kebiasaan.
Pucuk putat warnanya merah, Bila dikirai terbang melayang, Duduk mufakat mengandung tuah, Sengketa usai dendam pun hilang. Isi pantun mengatakan bahawa duduk untuk mencapai kata sepakat mengandungi tuah atau faedah yang dapat menyelesaikan pelbagai pertelingkahan sehingga tiada lagi rasa dendam. Pantun ini memberikan pengajaran bahawa sebarang persengketaan atau perselisihan yang berlaku dalam masyarakat boleh diselesaikan secara muafakat. Kegiatan permuafakatan yang dijalankan dengan cara yang baik iaitu mengikut adat resam akan menghasilkan keputusan yang bijak kerana keputusan tersebut diambil berdasarkan persetujuan bersama dengan mempertimbangkan kepentingan bersama. Permuafakatan telah menjadi adat masyarakat Melayu untuk menyelesaikan segala masalah baik dalam keluarga mahupun dalam masyarakat. Pantun Tunjuk Ajar Rangkap 4. Pemikiran.
Rumusan. Ketentuan dan penyusunan rangkap pantun mencerminkan kearifan orang tua-tua Melayu, kerana mereka sudah memahami bahawa dalam berpantun banyak orang yang melakukan kejanggalan atau kesalahan. Lebih-lebih lagi pemantun yang masih belajar. Kekeliruan itu dapat membentuk kesalahan isi pantun (kerana menurutkan emosi berlebihan, perasaan yang tidak senang, dan seterusnya) dapat pula menjadi cara penyampaiannya yang kasar, kurang adab, kurang tersusun perkataannya, dan lain-lain. Dari sisi lain yang perlu diingat dan dicermati adalah dalam membuat pembayang pantun, banyak terjadi kejanggalan dan kekeliruan kerana pembayang dibuat semata-mata untuk mencari kesamaan bunyi pada akhir ayat pantun. Kebebasan berpantun sudah dijamin oleh adat dan sepanjang pelaksanaannya tidak menyimpang dari agama, adat, dan norma-norma sosial masyarakatnya. Orang tua-tua mengatakan ”hendak bebas diberi bebas, asal tidak lupakan diri”.
Azman Rahmat, Mohd Nazri Zainuddin, Shamsudin Abu Bakar, Abdul Rani Hassan & Hasnah Awang, 2022, pengenalan Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu. Pustaka Al-Ehsan. Tengku Nasyaruddin S. Effendy, 2004 .Tunjuk Ajar Melayu: Butir-Butir Budaya Melayu Riau. Yogyakarta: Balai Kajian dan Pengembangan Budaya Melayu. Shamsudin Othman, Azhar Md Sabil & Ghazali Lateh, 2015. Pemikiran Akal Budi dan Sosiobudaya Melayu dalam Pendidikan Kesusasteraan Melayu . Universiti Putra Malaysia. http://www.injet.upm.edu.my/images/journal/issue2/Pemikiran Sumber Rujukan.
SEKIAN TERIMA KASIH Jangan kita membuang masa, Kelak menyesal tidak berdaya, Adatnya saya manusia biasa, Terkasar Bahasa harap dilupa.