The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BMMB1144 PENSYARAHDATIN DR HAJAH WAN ROSLINA BINTI WAN ISMAIL

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 836-3-aina, 2022-05-09 05:08:20

KESANTUNAN BERBAHASA

BMMB1144 PENSYARAHDATIN DR HAJAH WAN ROSLINA BINTI WAN ISMAIL

KESANTUNAN BERBAHASA
Tugasan 2

BMMB1144
PENSYARAH:DATIN DR HAJAH WAN ROSLINA

BINTI WAN ISMAIL

DISEDIAKAN OLEH

NURUL AINA MAISARAH BINTI ABD
HADI

F2J
No Matrik:P21250587

ISI KANDUNGAN

Pengenalan

Bukti penggunaan bahasa kurang santun
yang dilontarkan oleh masyarakat
terutamanya di media sosial

Justifikasi serta cadangan cara
menangani isu kesantunan berbahasa

Kesimpulan

Rujukan

Pengenalan

Menurut Kamus Dewan, perkataan ‘santun’ membawa makna halus budi pekerti; beradab;
rasa belas kasihan terhadap orang lain. Kesopanan berbahasa merujuk pada penggunaan bahasa
yang baik, sopan dan beradab supaya tingkah laku tersebut memancarkan keperibadian kita yang
mulia selain sebagai penghormatan kepada pihak yang dilawan bicara. Santun merujuk pada tutur
kata, bahasa badan dan intonasi suara. Kesantunan berbahasa dalam apa-apa jua keadaan
membina satu segmen budi bahasa, bertutur dalam keadaan yang sopan dan berhemah, tidak
memaki-hamun dan tidak menggunakan kata yang kesat atau tidak senonoh.

Penuturan bahasa juga melambangkan pemikiran hati budi sesuatu bangsa. Orang Melayu
sangat tinggi budi bahasanya. Sarjana Barat memperakui bahawa orang Melayu ini bukan sekadar
bahasanya yang tinggi tetapi juga bangsa Melayu ini mempunyai tamadun pengkaryaan yang
tinggi mutunya. Namun generasi pada hari ini sering memandang sepi akan hal ini kerana
penjanaan media sosial kadang kala dilihat seperti ‘bukan masanya’ untuk bertatasusila. Pelayar
media sosial seperti tidak sempat memikirkan tentang bahasa yang sopan apabila berinteraksi
sesama mereka. Orang Melayu ialah bangsa yang bijaksana bermain dengan kata-kata. Apa
sahaja yang terluah oleh lidah mereka itu melambangkan daya keintektualan bangsanya.
Kehebatan orang Melayu menghasilkan bahasa kiasan yang tinggi darjah kognitifnya
membuktikan begitu tinggi dan halus falsafah sang pencipta bahasa ini (Nor Hashimah Jalaluddin,
2015).

Pengenalan

Media sosial meskipun bersifat laman peribadi, namun kita tetap memerlukan
unsur-unsur kesopanan dan kesantunan ketika berbicara atau berkomunikasi
bersama-sama kenalan.
Aspek komunikasi berkesan melalui diksi dan emosi sangat penting terutama pada
penggunaan kata ganti nama. Penggunaan bahasa emosi dijadikan perlambangan
bahasa bagi maksud tertentu.
Kesilapan menggunakan emosi juga boleh disalah ertikan oleh penerima mesej. Di
situlah nilai moral kita akan dipandang. Aspek tatabahasa juga penting supaya
mesej yang disampakaikan mudah difahami dan tidak disalah anggap.
Ada antara kenalan di media sosial yang merupakan kenalan rapat dan ada juga
yang dikenali sekadar adanya, ada juga yang berstatus saudara-mara dan adik-
beradik.
Terdapat juga individu yang bergelar atau berpangkat yang sangat perlu dijaga air
mukanya.
Oleh yang demikian, sewajarnya penggunaan bahasa dalam media sosial menepati
kehendak kesantunan yang bertepatan dengan status kenalan sapaan yang diajak
berinteraksi itu.

Bukti penggunaan bahasa kurang santun yang
dilontarkan oleh masyarakat terutamanya di
media sosial
1.Akaun yang didaftarkan dengan nama palsu biadap dengan

Tuanku Permaisuri Agong Di Instagram

HURAIAN

Berdasarkan komen kurang santun yang diberi, bahasa
yang digunakan oleh pemilik akaun tersebut adalah sangat
kurang sopan bukan hanya meninggalkan komen biadap,
malah turut mengandungi kata-kata kesat seperti ‘sial’ di
penghujungnya.Sebelum itu, Kebawah Duli Yang Maha
Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Al-Sultan
Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sedang
menjalani rawatan susulan di Institut Jantung Negara (IJN)
kerana keracunan makanan dan komen tersebut seakan
memerli Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang
DiPertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-
Mustafa Billah Shah.Di sini, dapat dihuraikan bahawa
menggunakan bahasa yang kurang sopan dan tidak
berhemah di tempat awam, dan di media sosial seolah-
olah corak komunikasi masa kini.

Bukti penggunaan bahasa kurang santun yang

dilontarkan oleh masyarakat terutamanya di

media sosial

2.Seorang artis menghina Tunang rakannya Di Twitter

HURAIAN

Selain itu, Cacian dan kata kasar yang menyinggung
perasaan orang lain sewajarnya dielakkan. Gelaran
yang menjatuhkan maruah individu tertentu
seharusnya tidak digunakan dalam kalangan
netizen kerana gurauan yang melampaui batas
serta menyentuh sensitiviti kaum dan agama tidak
wajar digunakan.Dalam yang menggambarkan
perkataan yang kotor, keluar daripada tulisan di
media sosial.Hal ini kerana penggunaan ayat-ayat
dan perkataan yang kurang sopan dan tidak
berhemah ini semakin berleluasa telah menjadi
perbualan santai dalam kalangan
masyarakat.Kini,budaya bahasa yang kurang sopan
dan mencarut semakin berleluasa dipertuturkan
dan ditulis dalam media sosial.

Bukti penggunaan bahasa kurang santun yang
dilontarkan oleh masyarakat terutamanya di
media sosial

3. Seorang penjaga kanak-kanak OKU meninggalkan komen 'Tak Larat Jaga

Anak OKU Di Rumah Ketika Siaran FaceBook ‘Live’ "

HURAIAN

Seterusnya, ada juga ibu bapa yang meninggalkan komen di
ruangan media sosial tanpa ada rasa segan dan malu, di ruangan
komen tersebut ibu bapa tersebut meninggalkan komen yang
tidak sepatutnya. Hal ini kerana Ibu bapa tidak sanggup menjaga
anak OKU nya di rumah dan guru pula dijadikan sandaran dan
tempat melepaskan tanggungjawab.Contoh yang diberi oleh ibu
bapa ini adakalanya membuatkan anak-anak ini merasa selesa
untuk mencarut bila ibu bapa mereka begitu kerana telah
menunjukkan penggunaan bahasa yang kurang sopan dan
kemungkinan anak-anak mereka ringan mulut untuk memaki
hamun dan mencarut.Oleh itu, guru yang terlalu banyak
tanggungjawab akan mendidik dengan cara mereka, dan
berkemungkinan anak-anak yang dididik membesar dengan cara
mereka.

Bukti penggunaan bahasa kurang santun yang
dilontarkan oleh masyarakat terutamanya di
media sosial

4.Komen menggunakan bahasa kurang sopan iaitu seperti ingin menjaga

tepi kain orang lain

HURAIAN

Bukan itu sahaja, ada sahaja masyarakat yang tidak berpuas hati
dengan kehidupan orang lain. Ini dapat dilihat bahawa lahirnya
masyarakat yang tidak lagi memikirkan tentang kesan daripada
komunikasi yang lahir daripada lidah serta komen-komen
mereka sendiri. Bukan sahaja mereka menolak kesopanan
berbicara, malahan menggunakan perkataan dan ayat yang
paling ringkas dalam interaksi mereka sehingga bahasa menjadi
carca-marba dan kesantunannya tenggelam begitu sahaja.
Pada komen ini dapat kita lihat bahawa masyarakat kini tidak
suka melihat kebahagian yang dikongsi oleh orang lain.
Tidak jarang percakapan dalam media sosial menghasilkan
banyak perdebatan. Misalnya, dalam komen ini, hilangnya nilai
efektif berbahasa, dengan kata lain kemampuan literasi
pengguna media sosial, yang biasa tidak dihiraukan oleh
pengguna media sosial pada umumnya menimbulkan kesalah-
fahaman hingga berlaku pergaduhan.

JUSTIFIKASI SERTA
CADANGAN CARA
MENANGANI ISU

KESANTUNAN
BERBAHASA

cadangan 1 Peranan Ibu Bapa
cara
Ibu bapa haruslah menunjukkan
menangani isu teladan yang baik. Ibu bapa yang
kesantunan baik sudah pasti mempunyai
berbahasa anak-anak yang baik kerana
'bagaimana acuan, begitulah
kuihnya'.

Ibu bapa juga perlu mengawal
aktiviti anak-anaknya.
Tamsilannya, ibu bapa hendaklah
mendidik anak-anaknya sejak
umur setahun jagung lagi tentang
keperibadian dan kesantunan
bahasa dalam kehidupan
seharian mereka.

Impak yang mampu diperoleh oleh
anak-anak tersebut, mereka
dapat mempraktikkan nilai murni
tersebut di sekolah mahupun
ketika menjelang dewasa suatu
hari nanti.

cadangan 2 Peranan Institusi Pendidikan
cara
Memantau para pelajar dari
menangani isu segi tingkah laku mereka,
kesantunan malahan peradaban mereka
berbahasa terutama sekali dari segi
pertuturan yang diucapkan
semasa mereka berada di
dalam dan luar sekolah.
Menganjurkan kempen-
kempen yang berkaitan
dengan budi bahasa untuk
diterapkan oleh mereka.
Menerapkan penggunaan
bahasa yang santun dalam
teknologi maklumat dan

komunikasi.

cadangan 3 Peranan Kerajaan
cara
Kaunselor di unit kaunseling
menangani isu hendaklah memberitahu
kesantunan murid-murid yang bermasalah
berbahasa akan memberi implikasi negatif
yang akan menimpa pada diri
mereka sendiri jika tidak
berbicara atau berkata-kata
dalam bahasa yang sopan
santun terhadap pendidik atau
guru.
Mereka sepatutnya
mengetahui bahawa adab dan
sikap hormat-menghormati
pada guru atau orang yang
lebih tua. Unit kaunseling
hendaklah mengadakan
ceramah atau forum berkaitan
kesantunan bahasa bersama
orang lain kepada para
pelajarnya.

cadangan 4 Peranan Media Massa
cara
Pihak media massa
menangani isu hendaklah
kesantunan memperiklankan atau
berbahasa menyiarkan seribu satu
kemaslahatan kesantunan
bahasa yang dapat
diperolehi oleh anak muda
di luar sana.
Sebagai contoh, setelah
selesai program atau
cerita di televisyen, siarkan
amalan murni dalam
bentuk animasi atau
tulisan supaya mereka
mudah faham dan mampu
dipraktikkan dalam
kehidupan seharian.

Kesimpulan Kesimpulannya, masyarakat perlu
difahamkan tentang maruah bahasa

yang mempunyai pengaruh yang
kuat terhadap cara masyarakat
yang menuturkannya dalam hal
ehwal pengurusan hidup mereka.
Bentuk dan penggunaan bahasa
tertentu dalam satu-satu bahasa

akan mendedahkan serta
menyedarkan masyarakat itu pada
idea dan gagasan tertentu. Bahasa
mempunyai bentuk yang berkaitan

dengan fahaman dan budaya
menghormati orang lain. Hal ini
memperlihatkan kesedaran dan
tanggungjawab yang lebih tinggi

dalam kalangan penuturnya.

Rujukan

Azura Halid (2022).Kesantunan Berbahasa Di Media Sosial.Diakses pada 12
April 2022.Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Faezah Muda (2020).Respons Netizen Yang Tidak Beradab.Diakses pada 10
April 2022 di laman https://stgsinarplus.sinarharian.com.my/kisah-
masyarakat/apa-masalah-anda-dengan-saya-tuanku-permaisuri-
agong-respon-netizen-tak-beradab/

Kliral (2020).Tergamak Komen Tak Larat Jaga Anak OKU Di Rumah Ketika
Siaran FB ‘Live’ KKM, Fedtri Yahya Tampil Bersuara.Diakses pada 10
April 2022 di laman https:/www.kualalumpurviral
hl.com/berita/sanggupn-komen-tak-mampu-jaga-anak-terlalu-lama

Muhammad Adam (2019).Isu Semasa Berkaitan Kesantunan Bahasa.Diakses
pada 11 April 2022 di laman q: Isu semasa berkaitan kesantunan
bahasa (seribusatuislam.blogspot.com)

Nor Hashimah Jalaluddin & Junaini Kasdan. (2010). Remaja Malaysia dan
Peribahasa Melayu. Diakses daripada https://docs.
google.com/file/d/0B-wrYh4qK0CH N D E 4 Y j A 3 M 2 Q t M m E 2 N
i 0 0 R m LWI3NTYtN2RlZTQzMmZkZTNk/

SEKIAN TERIMA
KASIH


Click to View FlipBook Version