INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL
21030 KUALA NERUS TERENGGANU
PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA
PERGURUAN (PPISMP)
AMBILAN JUN 2022
SEMESTER 1 TAHUN 1
TUGASAN 2: e-Portfolio
NAMA PELAJAR : MUHAMMAD IZZUDDIN BIN MOHD AFANDI
ANGKA GILIRAN : 2022092310058
NO KAD PENGENALAN : 041219030679
KUMPULAN/UNIT : BM 3
KOD DAN NAMA KURSUS : BMMB1074 / SEJARAH PERKEMBANGAN
BAHASA MELAYU
NAMA PENSYARAH : DR. MOHD FADZIL BIN BAHARUDIN
TARIKH HANTAR : 17 SEPTEMBER 2022
NO. TEL : 016 4979592
Ulasan/Komen/Maklum Balas Pemeriksa/Pensyarah :
Tanda Tangan Pemeriksa/Pensyarah : Tarikh :
Pengesahan Pelajar
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki
dan fahami.
Tanda tangan Pelajar : Tarikh : 17 SEPTEMBER 2022
PENGHARGAAN
Syukur Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana
dengan izin kurnia-Nya dapat saya menyempurnakan tugasan 2 e-Portfolio bagi kod subjek
BMMB1074 iaitu Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu dengan jayanya.
Dengan kesempatan yang ada ini saya amat berbesar hati untuk mengucapkan jutaan
terima kasih kepada Dr. Mohd Fadzil bin Baharudin, selaku Pensyarah Sejarah
Perkembangan Bahasa Melayu kerana telah meletakkan sepenuh kepercayaan beliau
kepada saya untuk menyiapkan tugasan yang diberikan dalam tempoh masa yang
ditetapkan.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang tidak putus-
putus dalam usaha membantu menyempurnakan tugasan ini terutamanya kepada
pensyarah saya, Dr. Mohd Fadzil di atas budi bicara beliau dalam memberi tunjuk ajar
sepanjang masa tugasan ini dijalankan. Selain itu, saya turut berterima kasih kepada rakan-
rakan seperjuangan saya kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi
merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya.
Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan
tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung . Segala bantuan yang telah
mereka hulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan mereka semua
tugasan ini mungkin tidak dapat dilaksanakan dengan baik.
Sekian, terima kasih.
….……………………………………….
MUHAMMAD IZZUDDIN BIN MOHD AFANDI
Siswa Guru
Jabatan Pengajian Melayu,
Institut Pendidikan Guru
Kampus Dato’ Razali Ismail,
21030 Kuala Terengganu,
Terengganu.
i
i
ISI KANDUNGAN
TUGASAN 2
PERKARA MUKA SURAT
Penghargaan i
1.0 Pengenalan
1-2
2.0 Sejarah Perkembangan Sistem Ejaan Rumi 2
2.1 Sebelum Merdeka 3
2.1.1 Sistem Ejaan Wilkinson (1903) 3-4
2.1.2 Sistem Ejaan Za’ba 4
2.1.3 Sistem Ejaan Fajar Asia
2.1.4 Sistem Ejaan Rumi Kongres 4
5
2.2 Selepas Merdeka 5
2.2.1 Sistem Ejaan Rumi Persekutuan Bahasa
Melayu Universiti Malaya (PBMUM) 6
2.2.2 Sistem Ejaan Bahasa Malaysia-Indonesia 6
(Ejaan Malindo) 7
2.2.3 Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu
3.0 Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam
Menyeragamkan Sistem Ejaan Rumi
4.0 Cabaran Sistem Ejaan Rumi Kini
5.0 Kesimpulan
RUJUKAN
ii
1.0 Pengenalan
Bahasa merupakan ungkapan melalui pertuturan seseorang untuk menyampaikan
maknanya dan diaplikasikan oleh satu komuniti masyarakat untuk berkomunikasi.
Manakala tulisan pula wujud apabila manusia meneliti kaedah untuk menyampaikan
fikiran dan perasaannya melalui sebuah lambang berbentuk coretan kepada bahasa
yang difahami oleh diri sendiri serta orang lain yang membaca. Sejarah
perkembangan sistem ejaan rumi bukanlah satu perkara yang baharu dalam
perkembangan Bahasa Melayu. Malahan, perkembangan sistem ejaan ini bermula
sejak fasa kedatangan atau pengaruh asing dalam bahasa dan telah ditokok-tambah
dan dikemas kini mengikut peredaran zaman ketamadunan bangsa Melayu. Hal ini
bagi memastikan bangsa kita memiliki imej tersendiri dengan wujudnya bahasa rasmi.
Pada awalnya, kajian menunjukkan bahasa Melayu dipengaruhi bahasa
Sanskrit dan bahasa Arab yang digunakan dalam bahasa Melayu klasik (Shamsul et
al.,2020). Sistem ejaan rumi telah dipergiat semasa negara kita dijajah oleh pihak
luar. Disebabkan oleh hal itu, wujudlah sistem ejaan Wilkinson, sistem ejaan Za’ba,
sistem ejaan Fajar Asia, dan sistem ejaan Kongres.
Setelah negara kita mencapai kemerdekaan pada tanggal 31 Ogos 1957,
usaha untuk memperkukuh sistem ejaan rumi ini kembali berlangsung dengan lebih
gigih (Zulhilmi &Rohani ,2010).
2.0 Sejarah Perkembangan Sistem Ejaan Rumi
Sistem ejaan rumi bermula pada awal abad ke-20. Semasa negara kita dibawah
jajahan pihak British, pegawai pemerintah Inggeris iaitu R J Wilkinson mula
memperlihatkan sistem ejaan rumi. Sehubungan dengan itu, sistem ejaan Za’ba iaitu
Zainal Abidin bin Ahmad muncul sejurus selepas Za’ba memperbaiki sistem ejaan
Wilkinson. Kemudian, sistem ejaan Fajar Asia mula diperkenalkan melalui majalah
yang diterbitkan oleh pihak Jepun semasa mereka mengambil alih jajahan British
pada tahun 1943, tetapi sistem ejaan Fajar Asia ini tidak berlaku perubahan yang
banyak. Seterusnya, sistem ejaan Kongres muncul untuk menyeragamkan ejaan
rumi ( Mohd Naim ,1991).
1
iii
Selepas merdeka, sistem ejaan rumi masih cuba diseragamkan dengan cadangan
Persekutuan Bahasa Melayu Universiti Malaysia (PBMUM) di Kongres Persuratan.
Namun, sistem ejaan terus diperhalusi semasa sidang antara jawatankuasa Ejaan
Rumi Baru Persekutuan dan jawatankuasa Ejaan Indonesia atas desakan beberapa
pihak. Jadi, muncullah sistem ejaan MALINDO. Namun, usaha ini tidak berhasil
kerana berlaku konfrantasi antara negara Malaysia dan Indonesia. Walaupun begitu,
pada tahun 1996, usaha ini disambung semula dan wujudlah sistem ejaan Bahasa
Melayu 1972.
2.1 Sebelum Merdeka
2.1.1 Sistem Ejaan Wilkinson (1903)
Antara pegawai pemerintah Inggeris yang berperanan untuk memperbaiki sistem
persekolahan di Tanah Melayu ialah R J Wilkinson. Pada tahun 1895, beliau telah
menyusun semula sebuah kamus berjudul ‘Malay-English Dictionary’ dan telah
menulis kamus tersebut sebanyak 1300 halaman. Pada awalnya, R J Wilkinson
menyusun semula ejaan ini hanya untuk kepentingan dalam sistem persekolahan
Melayu di negeri-negeri Melayu Bersekutu. Tetapi, penyusunan ejaan ini telah pun
dikenali sebagai sistem ejaan Wilkinson (Mohd Naim , 1991). Penyusunan ejaan ini
berupa penambahbaikan daripada sistem ejaan sebelum ini iaitu sistem ejaan yang
digunakan dalam kamus Marwell. Kamus Marwell ini banyak menerapkan ejaan
tulisan rumi Shellabar dan kaedah tulisan rumi Melayu-Belanda. Wilkinson telah
menerapkan penggunaan huruf vocal iaitu a, e (taling), e (pepet) ,i ,o dan u.
Manakala, ch menggambarkan huruf c , dan sh sebagai sy bagi huruf konsonan.
2
4
2.1.2 Sistem Ejaan Za’ba
Zainal Abidin bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Za’ba merupakan seorang pakar
bahasa yang amat disenangi dan disanjung tinggi kerana pengetahuannya yang
mendalam serta minat beliau terhadap bahasa sehingga beliau pernah
dianugerahkan gelaran Pendeta semasa kongres Bahasa dan Persuratan Mealyu
Malaya pada tahun 1956 (Ahmad & Tasnim,2020). Beliau menjelaskan tentang
penggunaan kata-kata istilah yang lebih spesifik dalam karya penulisan beliau yang
berjudul Pelita Bahasa Melayu I bagi memastikan Bahasa Melayu digunakan dengan
betul. Karya beliau yang lain , misalnya Pelita Bahasa Melayu II dan III turut
memperlihatkan penekanan yang serupa dalam sistem ejaan rumi mahupun jawi.
Dalam karya beliau itu, Za’ba menjelaskan istilah- istilah dalam bukunya, antaranva
nama dan ganti-Nya. Istilah-istilah ini dikhususkan kepada beberapa pecahan nama.
iaitu nama benar, nama am, nama khas, ganti cama diri, ganti nama tempat, ganti
nama masa, ganti nama umum dan ganti nama pertanyaan. Istilah seterusnva ialah.
istilah perbuatan yang dipecahkan kepada perbuatan melampau, perbuatan tak
melampau, perbuatan bangun membuat dan perbuatan bangun kena buat. Selain itu.
Za’ba juga mengetengahkan sifat yang telah dibahagikan kepada sifat nama dan
sifat kata. Istilah sendi pula dibahagikan kepada sendi nama dan sendi kata. Istilah
terakhir ialah istilah seruan (Muhammad Ariff, 2020).
2.1.3 Sistem Ejaan Fajar Asia
Sistem Ejaan Fajar Asia ini telah telah diperkenalkan oleh pihak Jepun melalui
majalah terbitan mereka iaitu majalah Fajar Asia. Majalah ini diterbitkan dan mula
diedarkan menjelang tahun 1943. Majalah Fajar Asia menerapkan kaedah yang telah
diambil daripada sistem ejaan Wilkinson dan ejaan Za’ba. Sistem ejaan ini yang
menggunakan konsonan-konsonan tertentu digabungkan untuk diaplikasikan dalam
penulisan maialah tersebut (Ariff Ahmad,1994).Pada ketika itu iaitu sekitar tahun
1941 sehingga 1945, bidang terbitan telah dikuasai sepenuhnya oleh pihak tentera
Jepun atau lebih sinonim dengan Malayan Military Administration (MMA). MMA telah
menjadikan alat sebaran ini seperti majalah dan surat khabar sebagai satu peluang
untuk mereka menyebarkan propaganda di seluruh Tanah Melayu (Ugbah et
al.,2013) . Kebanyakan akhbar di Jepun diterbitkan menggunakan huruf Jawi dan
3
5
hanya beberapa terbitan sahaja yang menggunakan huruf rumi.Terbitan majalah
Fajar Asia menggunakan huruf rumi dan menjadi antara akhbar yang paling diminati
kerana penceritaanya tentang keberanian perjuangan tokoh-tokoh terdahulu.
2.1.4 Sistem Ejaan Kongres
Sistem ejaan kongres merupakan sistem bahasa Melayu yang menggunakan ejaan
rumi dan akhirnya telah dipersetujui oleh Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu
yang diadakan kali ketiga pada tahun 1956. Sebenarnya sekitar tahun 1950
sehingga 1956 , pergolakan telah berlaku untuk menentukan jenis tulisan bahasa
Melayu yang rasmi iaitu antara tulisan rumi ataupun tulisan Jawi. Maka, pada tahun
1956, kongres kali ketiga telah menetapkan untuk menjadikan tulisan rasmi bahasa
Melayu ialah tulisan rumi (Zurina& Adi, 2020). Merujuk kongres ini , terdapat empat
dasar yang dirumuskan iaitu ejaan di Malaya dan di Indonesia hendaklah disamakan
atau disatukan. Hal ini bagi memastikan sistem ejaan rumi dapat diseragamkan
memandangkan itu antara usaha yang dilakukan olen Za'ba semasa mengendalikan
Fajar Asia. Selain itu, sistem ejaan kongres menetapkan agar peraturan ejaan yang
ingin dilakukan haruslah peraturan yang mudah. Hal ini bagi memastikan sistem
fenologi dapat diterima sebagai sistem yang lebik baik daripada sistem fonetik.
Malahan, ejaan hendaklah sekata mengikut kaedah satu dan semacam. Akhir sekali,
kata-kata yang dipinjam daripada bahasa asing hendaklah disusun ejaannya
mengikut hukum fonologi bahasa Melayu.
2.2 Selepas Merdeka
2.2.1 Sistem Ejaan Rumi Persekutuan Bahasa Melayu Universiti Malaya
(PBMUM)
Persekutuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM) telah menerbitkan Jurnal
Bahasa pada tahun 1959 berkaitan sistem ejaan rumi PBMUM. Sistem ejaan rumi
PBMUM ini diambil sebagai suatu inisiatif untuk melanjutkan ke arah penyatuan
ejaan rumi Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia. Hal ini kerana, sistem ejaan
PBMUM ini seakan-akan menyerupai sistem ejaan Fajar Asia. Semasa Kongres
Persuratan dan Bahasa Melayu yang ke-III pada tahun 1956, PBMUM telah
mengusulkan sistem ejaan PBMUM ini. PBMUM ini mencadangkan untuk menolak
huruf-huruf kembar ataupun rangkap konsonan. Selain itu, PBMUM juga
mencadangkan ejaan Malaya hendaklah dicantukan dengan ejaan Indonesia dengan
segera (Muhammad Ariff, 1994).
4
6
2.2.2 Sistem Ejaan Bahasa Malaysia-Indonesia (MALINDO)
Matlamat untuk menyeragamkan tulisan rumi masih belum tercapai, hal ini diperakui
melalui perbincangan daripada sistem ejaan Kongres dan sistem ejaan PBMUM. Hal
ini kerana, ketiadaan sebarang pelaksanaan sistem ejaan Kongres apabila wujud
sifat yang terlalu idealistik dari sudut linguistik yang akhirnya amat sukar untuk
dipraktikkan. Maka , usaha untuk menyeragamkan sistem ejaan rumi antara kedua-
dua buah negara jiran iaitu Malaysia-Indonesia tetap diteruskan (Muhammed
Salehudin, tp thn). Hal ini menyebabkan munculnya pertemuan dan rundingan yang
telah diadakan oleh wakil daripada kedua-dua negara ini. Rentetan daripada
perjanjian persahabatan yang telah dimaterai pada tahun 1959, pertemuan antara
Jawatankuasa Persekutuan Eiaan Rumi Tanah Melavu yang diketuai oleh Tuan
Syed Nasir Ismail dan Panitia Kerjasama Bahasa Melayu-Bahasa Indonesia yang
diketuai oleh Prof Slamet Muljana dari Jakarta. Pertemuan ini telah dibuat sebagai
sistem ejaan bersama dan dikenali dengan nama sistem Ejaan MALINDO.
2.2.3 Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu 1972
Terdapat sedikit persamaan antara sistem ejaan rumi Bahasa Melayu dengan sistem
ejaan MALINDO. Perkara ini meliputi aspek jalinan kerjasama yang dibina antara
dua buah negara iaitu Malavsia dan Indonesia . Namun sistem tersebut gagal
dilaksanakan apabila berlakunva konfrontasi antara Malaysia dan Indonesia pada
tahun 1996. Maka pada tanggal 1972 , satu ejaan terhasil melalui kerjasama yang
terjalin antara negara Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, sistem ejaan ini dikenali
sebagai Sistem Ejaan Rumi Baharu, manakala di Indonesia pula, ia dikenali sebagai
Sistem Ejaan Rumi yang telah disempurnakan. Keselarasan antara ejaan rumi ini
memfokuskan kepada keselarasan huruf vokal yang mempunyai ejaan kata jati
daripada bahasa Melayu dan ejaan kata pinjam daripada bahasa asing (Mohd Naim,
1991). Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu 1972 ini dikatakan mencapai
kesefahaman yang lebih optimum apabila melibatkan beberapa aspek ejaan yang
lebih baik dalam ejaan rumi. Hal ini dapat dilihat melalui usaha bersama yang
berterusan dalam merancang pembinaan bahasa untuk jangka masa yang panjang .
Contohnya, peningkatan bahan-bahan berkenaan bahasa dan sastera bagi
memperkasa ejaan rumi ini.
5
7
3.0 Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam menyeragamkan sistem ejaan
rumi
Tanggal 22 Jun 1956 merupakan tarikh penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka
(DBP) . DBP ini diwujudkan bagi memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua
bidang termasuk bidang sains dan teknologi (Shamsul et al.,2020). Terdapat banyak
jenis usaha yang dilakukan untuk mempergiat sistem ejaan rumi ini. Oleh sebab itu,
terdapat banyak perbezaan dalam setiap sistem ejaan kerana dipelopori oleh
individu yang berbeza. Bagi menangani masalah ini, DBP memainkan peranannya
dalam menyeragamkan sistem ejaan rumi. Terdapat banyak rujukan panduan
pembentukan kata dan sistem ejaan lain yang dihasilkan termasuklah Kamus Dewan
(Saidatul&Anne,2021). Selain itu, DBP telah diamanahkan untuk merancang,
menyelidik dan memperkukuh bahasa Melayu melalui pelbagai cara . Sehubungan
dengan itu, DBP telah merangka perancangan korpus bahasa melibatkan sistem
ejaan selain sistem tulisan dari perbendeharaan kata. Selain itu, kuasa autonomi
yang dimiliki telah merancakkan tujuannva iaitu pembakuan bahasa dengan
pemantapan sistem ejaan rumi dan penggubalan istilah sehingga ejaan rumi boleh
digunakan sehingga ke hari ini.
4.0 Cabaran Sistem Ejaan Rumi Kini
Antara cabaran yang dihadapi oleh sistem ejaan rumi adalah keutamaan bahasa
asing dalam kehidupan harian. Sistem ejaan rumi kurang mendapat tempat dalam
hidup kita kerana masyarakat perlu mengerti dan menguasai penggunaannya dalam
Bahasa Melayu. Bahasa Melayu harus diangkat sebagai bahasa rasmi (Ibrahim
&Maliati,2020). Selain itu, golongan kanak-kanak tidak diberi pendedahan yang lebih
awal bahasa melalui ejaan rumi. Hal ini kerana, terdapat kanak-kanak yang
berbangsa lain masih sukar mengeja tulisan rumi dengan baik. Masalah ini berlaku
kerana ada segelintir masyarakat beranggapan bahawa bahasa ibunda mereka akan
menghilang sekiranya menerapkan bahasa melayu sejak kecil (Syarifah, 2019). Akhir
sekali, cabaran sistem ejaan rumi adalah penggunaan bahasa atau slanga yang
popular. Terdapat kajian yang menunjukkan masyarakat mula dipengaruhi slanga
yang popular dalam ejaan mereka (Nor Hasyimah &Junaini ,2010).
6
8
5.0 Kesimpulan
Konklusinya, sudah terang lagi bersuluh bahawa sistem ejaan rumi merupakan
elemen yang penting dalam memastikan Bahasa Melayu terus mendapat tempat
dalam kalangan masyarakat kita. Hal ini demi memastikan penggunaan bahasa
melalui penulisan mahupun pertuturan dapat digunakan dengan sebaiknya
menggunakan sistem ejaan rumi. Hal ini juga memastikan bahasa Melayu dikenali
dan identiti negara kita dikenali seantero dunia. Menurut Za'ba, tanggungjawab
memajukan dan mengangkat darjat bahasa dan pengembangannya jauh lebih sukar
dan mendesak Jika dibandingkan dengan gembar gembur yang dimainkan oleh
percaturan politik (Ahmad &Tasnim ,2020).
7
9
RUJUKAN
Peminggiran Tulisan Jawi Sebagai Lambang Jati Diri Melayu: Satu Kajian Tinjauan | The
Sultan Alauddin Sulaiman Shah Journal (JSASS). (2020, November 30). JSASS.
Retrieved September 17, 2022, from
http://jsass.kuis.edu.my/index.php/jsass/article/view/152
Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam Memartabatkan Bahasa Melayu. (2018, April
30). Muhammad Al Afzan. Retrieved September 17, 2022, from
https://cikguafzan96.blogspot.com/2018/04/peranan-dewan-bahasa-dan-
pustaka.html
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU. (2013, May
20). SlideShare. Retrieved September 17, 2022, from
https://www.slideshare.net/izzahzahh/sejarah-dan-perkembangan-sistem-ejaan-rumi-
bahasa-melayu
Title Perkembangan ejaan rumi bahasa Melayu: Bahagian II Author(s) Mohd Naim Daipi
Source Sekata, 9(1), 28-48 Published by The M. (n.d.). NIE Digital Repository.
Retrieved September 17, 2022, from
https://repository.nie.edu.sg/bitstream/10497/18303/1/Sekata-9-1-28.pdf
View of CABARAN PEMERKASAAN BAHASA MELAYU DALAM USAHA MENCAPAI
NEGARA BANGSA DI MALAYSIA. (n.d.). UniSZA Journal. Retrieved September 17,
2022, from https://journal.unisza.edu.my/apj/index.php/apj/article/view/152/150
10