The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SYARIFAH @ NORIANA BINTI CHIK KPM-Guru, 2024-01-18 11:59:28

PELANCARAN PROGRAM ANTI BULI & ANTIGANGGUAN SEKSUAL

HAL EHWAL MURID BRASS

2 OPS SEJAHTERA PAHANG 0 2 2 SMK BUKIT RANGIN ANTI BULI PELANCARAN


PENGENALAN Kejadian buli dan gangguan seksual di sekolah dewasa ini kian menjadi-jadi. Pelbagai kes dilaporkan di dada akhbar dan keadaan ini amat membimbangkan bukan sahaja pihak individu malah ibu bapa, sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan seterusnya Kementerian Pelajaran. Oleh yang demikian, masalah ini perlu dibenteras segera agar tidak menjadi barah yang mengancam keselamatan dan keharmonian sesebuah sekolah. Program ini dilaksanakan untuk menjelaskan beberapa aspek berkaitan dengan buli dan gangguan seksual di sekolah. Aspek-aspek yang akan diberi penekanan ialah definisi buli, jenis-jenis buli, mengenali ciri-ciri pembuli, mengenali mangsa-mangsa buli, faktor-faktor yang mendorong berlakunya kes buli, beberapa peringkat menangani masalah buli dan definisi tentang gangguan seksual serta tatacara membuat aduan berkaitan kes buli dan gangguan seksual di sekolah. MATLAMAT Masalah buli yang dilakukan oleh para pelajar selalu menjadi bebanan bukan sahaja kepada mangsa buli malah kepada ibu bapa, para guru, kaunselor dan pihak pentadbir sekolah. Beberapa kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa pelajar yang melakukan kes buli ini bukan sahaja boleh menjejaskan pencapaian akademik malah pelbagai karenah di dalam bilik darjah serta mengundang kepada ketidaklancaran pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Maka program ini merupakan satu usaha pencegahan menangani salah laku disiplin berkaitan buli dan gangguan seksual dalam kalangan murid sekolah. OBJEKTIF • Mengetahui definisi buli dan gangguan seksual • Mengetahui tindakan yang akan dikenakan terhadap pelajar yang membuli serta melakukan gangguan seksual • Mengetahui cara-cara mengelak diri daripada menjadi mangsa buli dan gangguan seksual • Menanam sifat berani bertindak, tegas dan yakin dalam membuat keputusan TARIKH 19 Januari 2024 (Jumaat) TEMPAT Dewan Bitara BRASS SASARAN Semua murid dan guru BRASS


JAWATANKUASA PELAKSANA Pengerusi Pn. Norasnida binti Mohd Arif Timb. Pengerusi Tn. Hj. Fatthul Mueim Bin Bustaman Naib Pengerusi 1 Pn. Nurashidah binti A Ghani Naib Pengerusi 2 En. Adnan bin Mamat Penyelaras Pn. Norahayu binti Mat Junoh Floor Manager En. Muhamad Zuhari bin Rosli JK Pengacara Majlis Pn. Zuraida binti Samsudin JK Tayangan Multimedia Pn. Siti Amalina binti Sariman JK Backdrop Pn. Faizahanum binti Hamedon JK Brosur & Bunting Pn. Syarifah @ Noriana binti Chik JK Gimik Perasmian Pn Nordalina binti Mohd Isa Pn. Anisah binti Harun JK Makanan Pn. Norashida binti Mat Zin JK Persediaan Tempat En. Mohd Hasnor bin Ngah @ Abdullah JK Bacaan Ikrar Pn. Sunita Bibi binti Abdul Razak JK Kawalan Murid En. Mohd Firdaus bin Mamat JK Fotografi Pn. Sarifah binti Mansor JK Siar Raya Pengawas Sekolah AKTIVITI SEPANJANG TAHUN ❖ Pelancaran Program Antibuli Dan Antigangguan Seksual ❖ Bacaan Ikrar Antibuli Dan Antigangguan Seksual (Duta Sahsiah) ❖ Satu Hari Satu Info (Kpj) ❖ Buletin Bulanan (Unit Ubk & Prs) ❖ Ceramah Sentuhan Jiwa (Unit Bina Insan) ❖ Ceramah Antibuli Dan Antigangguan Seksual (Pps) ❖ Word Of The Day (Kerjasama Panitia Bahasa Inggeris) ❖ Pertandingan Menulis Esei Bahasa Melayu (Panitia Bm) ❖ Pertandingan Multimedia (Panitia Psv) ❖ Pelantikan Mata-mata Sekolah (Kadet Polis) ❖ Siaran Lagu Tema Antibuli Dan Antigangguan Seksual (Unit Pengawas) ❖ Memuat Naik #Antibuli #Antigangguanseksual #Brasssuperb Dalam Setiap Media Sosial (Brassians) ❖ Kuiz (Unit Disiplin)


ATUR CARA MAJLIS 7.40 pagi : Aluan Pengerusi Majlis : Nyanyian Lagu negaraku : Nyanyian Lagu Negeri Pahang : Nyanyian Lagu Sekolah : Ikrar Rukun Negara : Bacaan Doa : Ucapan Penyelaras Program Anti Buli & Antigangguan Seksual oleh Pn Norahayu binti Mat Junoh : Ucapan Perasmian YBrs Pengetua SMK Bukit Rangin oleh Pn Norasnida binti Mohd Arif : Pelancaran Program Anti Buli & Antigangguan Seksual Peringkat Sekolah : Ikrar Anti Buli dan Antigangguan Seksual : Sesi Bergambar : Bersurai


Click to View FlipBook Version