The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by videnc, 2020-12-14 04:02:37

Hukum Ejaan Jawi

Hukum Ejaan Jawi

HUKUM 1: DARLUNG ) ‫(د – ر – ل – و – غ‬

Ejaan Jawi mengikut hukum darlung berlaku apabila memenuhi syarat berikut:
•Kata Melayu jati dan kata serapan selain Arab/Parsi
•Suku kata akhir dan praakhir adalah suku kata terbuka yang diakhiri dengan vokal /a/.
•Suku kata akhir dimulai dengan salah satu huruf darlung, iaitu dal, ra, lam, wau, dan nga.
•Mengikut hukum ini huruf alif hendaklah ditambah di akhir kata, kecuali pada ejaan Jawi
tradisi seperti ada, tiada, pada, kepada, dan daripada

HUKUM 2: KA – GA ) ‫(ك – ض‬

Hukum ka dan ga ialah hukum yang melibatkan kata yang berakhir dengan bunyi /ka/ atau
/ga/ dalam bahasa Melayu jati. Huruf kaf dan ga pada akhir kata tersebut tidak diberi
lambang alif seperti suka ( ‫) سوک‬, duga ( ‫) گ دو‬
•Kaedah ejaan ini tidak termasuk kekecualian disebabkan ejaan yang menimbulkan
kekeliruan seperti ketiadaan huruf vokal pada suku kata praakhir, misalnya teka (‫) تكا‬, lega
(‫) لڬا‬, dan sega (‫( ) سڬا‬licin berkilat), masalah homograf seperti beg ( ‫ ) بيگ‬- bega (‫) بيڬا‬, bek
(‫ ) بيک‬- beka (‫) بيكا‬, kata serapan seperti giga yang dieja ‫ ڬيڬا‬, akronim seperti tabika yang
dieja ‫ تابيكا‬dan kata nama khas seperti Afrika yang dieja ‫ افريكا‬.

HUKUM 3: RA – MA ) ‫(راما‬

Hukum ini juga digunakan bagi perkataan yang berakhirkan suku kata terbuka ra yang diikuti
oleh ma. Kedua-dua suku kata tersebut menerima huruf alif.
• Contoh: Asrama (‫) اسراما‬, irama (‫) ايراما‬, rama-rama ( ‫ راما‬۲), panorama ( ‫) ڤانوراما‬, drama (‫دراما‬
), gimrama (‫) ڬيمراما‬, diorama (‫) ديوراما‬.

HUKUM 4: HUKUM LUAR DARLUNG

Hukum luar darlung adalah berdasarkan syarat yang sama seperti hukum darlung, kecuali
suku kata akhirnya dimulai dengan salah satu huruf selain daripada huruf dal, ra, lam, wau,
dan nga.
•Mengikut hukum ini, huruf alif tidak diletakkan pada akhir kata kecuali jika berlaku homograf
atau untuk mengelakkan berlaku kekeliruan seperti puas ( ‫ ) ڤواس‬-
puasa ( ‫) ڤواسا‬.
•Contoh hukum luar darlung: daya (‫) داي‬, hama (‫) هام‬, jata (‫) جات‬, kaca (‫) كاچ‬, kana (‫) كان‬, masa
(‫) ماس‬.

HUKUM 5: HUKUM HA – AHA )‫(ه – اها‬

Bunyi vokal [a] di suku kata pertama terbuka pada kata dasar tiga suku kata atau lebih (bagi
kata Melayu jati) biasanya tidak ditulis dengan huruf alif.
•Contoh: Harimau (‫) هريماو‬, haloba (‫) هلوبا‬, halilintar (‫) هليلينتر‬, haruan (‫) هروان‬, halaman (‫) هلامن‬,
habuan (‫) هبوان‬, haluan (‫ – ) هلوان‬dijelaskan sebagai hukum ha dalam modul, Baharu (‫) بهارو‬,
Bahagi (‫) بهاڬي‬, Cahaya (‫) چهاي‬, Bahasa (‫) بهاس‬, Bahaya (‫) بهاي‬, Dahaga ( ‫ – ) دهاگ‬dijelaskan
sebagai hukum aha dalam modul, dahulu (‫) دهولو‬, paduka ( ‫) ڤدوک‬.

HUKUM 6: LAMPAU HUKUM

Selain daripada lima hukum di atas, ada sesetengah perkataan yang dieja terkeluar dari
hukum-hukum tersebut.
•Oleh itu, perkataan yang terkeluar daripada lima hukum di atas dikategorikan sebagai
lampau hukum.
•Lampau hukum ini termasuklah paha (‫) ڤها‬, maha (‫) مها‬, mama (‫ ) ماما‬yang termasuk dalam
lampau hukum luar darlung.

HUKUM 7: HUKUM EJAAN TRADISI

Ejaan yang menggunakan sistem baris sekurang-kurangnya pada satu suku kata yang
sepatutnya dilambangkan dengan huruf vokal tetapi tidak termasuk dalam jenis ejaan Lazim
atau Mengikut Hukum (sila lihat contoh berikut).

BIL RUMI JAWI

1 Ada ‫اد‬

2 Tiada ‫تياد‬

3 Pada ‫فد‬

4 Kepada ‫كفد‬

5 Dari ‫دري‬

6 Daripada ‫درفد‬

7 Maka ‫مك‬

8 Ia ‫اي‬

9 Kita ‫كيت‬

10 Lima ‫ليم‬

11 Manusia ‫ماءنسي‬

12 Ini ‫اين‬

13 Itu ‫ايت‬

14 Jika ‫جک‬

15 Dia ‫دي‬
16 Demikian ‫دمكين‬

HUKUM 8: HUKUM EJAAN LAZIM

Ejaan Lazim ialah ejaan yang menggunakan sistem vokal kecuali:
–Bunyi e pepet di tengah kata seperti ‘telah’ )‫ (تله‬.
–Bunyi a dalam suku kata KVK kecuali apabila berlaku homograf seperti lentik )‫ (لنتيق‬- lantik
(‫) لانتيق‬
–Bunyi a dalam kata satu suku kata yang bermula dengan wau seperti ‘wang’ )‫ ( واڠ‬dan kata
‘dan’ )‫) دان‬.

Hukum kaf dan ga ialah hukum yang melibatkan kata yang berakhir
dengan bunyi /ka/ atau /ga/ dalam bahasa Melayu jati. Huruf kaf dan ga
pada akhir kata tersebut tidak diberi lambang alif melainkan jika berlaku
homograf atau menimbulkan kekeliruan seperti ketiadaan huruf vocal

pada suku kata praakhir, misalnya teka (
‫تكا‬
), lega ( ‫) لڬا‬, dan sega ( ( ‫سڬا‬

(licin berkilat)). Ejaan ini adalah selaras dengan ejaan lazim bagi perkataan
peta, kena, kera, bela dan sebagainya. Menurut PUEJBM huruf alif
digunakan untuk membezakan kata dwisuku dengan kata ekasuku atau
dua kata yang berbeza maknanya seperti berikut:

‫لنتيق‬
‫لانتيق‬

Jawi Rumi Jawi Rumi
beg bega
bek beka
cek ceka
dek deka
etik etika
lega liga
fizik fizika
harmonik harmonica

HUKUM 3: RA – MA ) ‫(راما‬

Hukum ini juga digunakan bagi perkataan yang berakhirkan suku kata terbuka ra yang diikuti
oleh ma. Kedua-dua suku kata tersebut menerima huruf alif.
• Contoh: Asrama (‫) اسراما‬, irama (‫) ايراما‬, rama-rama ( ‫ راما‬۲), panorama ( ‫) ڤانوراما‬, drama (‫دراما‬
), gimrama (‫) ڬيمراما‬, diorama (‫) ديوراما‬.

HUKUM 4: HUKUM LUAR DARLUNG

Hukum luar darlung adalah berdasarkan syarat yang sama seperti hukum darlung, kecuali
suku kata akhirnya dimulai dengan salah satu huruf selain daripada huruf dal, ra, lam, wau,
dan nga.
•Mengikut hukum ini, huruf alif tidak diletakkan pada akhir kata kecuali jika berlaku homograf
atau untuk mengelakkan berlaku kekeliruan seperti puas ( ‫ ) ڤواس‬-
puasa ( ‫) ڤواسا‬.
•Contoh hukum luar darlung: daya (‫) داي‬, hama (‫) هام‬, jata (‫) جات‬, kaca (‫) كاچ‬, kana (‫) كان‬, masa
(‫) ماس‬.

HUKUM 5: HUKUM HA – AHA )‫(ه – اها‬

Bunyi vokal [a] di suku kata pertama terbuka pada kata dasar tiga suku kata atau lebih (bagi
kata Melayu jati) biasanya tidak ditulis dengan huruf alif.
•Contoh: Harimau (‫) هريماو‬, haloba (‫) هلوبا‬, halilintar (‫) هليلينتر‬, haruan (‫) هروان‬, halaman (‫) هلامن‬,
habuan (‫) هبوان‬, haluan (‫ – ) هلوان‬dijelaskan sebagai hukum ha dalam modul, Baharu (‫) بهارو‬,
Bahagi (‫) بهاڬي‬, Cahaya (‫) چهاي‬, Bahasa (‫) بهاس‬, Bahaya (‫) بهاي‬, Dahaga ( ‫ – ) دهاگ‬dijelaskan
sebagai hukum aha dalam modul, dahulu (‫) دهولو‬, paduka ( ‫) ڤدوک‬.

HUKUM 6: LAMPAU HUKUM

Selain daripada lima hukum di atas, ada sesetengah perkataan yang dieja terkeluar dari

hukum-hukum tersebut.
•Oleh itu, perkataan yang terkeluar daripada lima hukum di atas dikategorikan sebagai

lampau hukum.
•Lampau hukum ini termasuklah paha (‫) ڤها‬, maha (‫) مها‬, mama (‫ ) ماما‬yang termasuk dalam

lampau hukum luar darlung.

Jika sesuatu kata itu memenuhi syarat hukum luar darlung, tetapi tetap
menambah alif di akhir kata sebagaimana hukum darlung, maka ejaan
ini dianggap sebagai ejaan lampau hukum luar darlung. Ejaan seperti ini
bertujuan mengelakkan homograf dan kekeliruan daripada berlaku.

HUKUM 7: HUKUM EJAAN TRADISI

Ejaan yang menggunakan sistem baris sekurang-kurangnya pada satu suku kata yang
sepatutnya dilambangkan dengan huruf vokal tetapi tidak termasuk dalam jenis ejaan Lazim
atau Mengikut Hukum (sila lihat contoh berikut).

BIL RUMI JAWI

1 Ada ‫اد‬

2 Tiada ‫تياد‬

3 Pada ‫فد‬

4 Kepada ‫كفد‬

5 Dari ‫دري‬

6 Daripada ‫درفد‬

7 Maka ‫مك‬

8 Ia ‫اي‬

9 Kita ‫كيت‬

10 Lima ‫ليم‬

11 Manusia ‫ماءنسي‬

12 Ini ‫اين‬

13 Itu ‫ايت‬

14 Jika ‫جک‬
15 Dia ‫دي‬
16 Demikian ‫دمكين‬

Ejaan tradisi ialah ejaan yang menggunakan kaedah baris tetapi baris
tersebut telah digugurkan atau tidak ketara lagi (Mohd Hussein 2002).
Dalam makalah ini pengertian ini telah disempitkan kepada sistem ejaan
yang selain daripada ejaan lazim dan ejaan mengikut hukum supaya tidak
berlaku pertindanan. Misalnya, perkataan beta, kita, lima, pada, dia,
ini, dan ia telah disenaraikan oleh Mohd Hussein sebagai ejaan tradisi.

HUKUM 8: EJAAN LAZIM

Ejaan Lazim ialah ejaan yang menggunakan sistem vokal kecuali:
–Bunyi e pepet di tengah kata seperti ‘telah’ )‫ (تله‬.
–Bunyi a dalam suku kata KVK kecuali apabila berlaku homograf seperti lentik )‫ (لنتيق‬- lantik
(‫) لانتيق‬
–Bunyi a dalam kata satu suku kata yang bermula dengan wau seperti ‘wang’ )‫ ( واڠ‬dan kata
‘dan’ )‫) دان‬.

Kesemua huruf Arab adalah huruf konsonan. Bunyi vokal dalam bahasa Arab dilambangkan
dengan diakritik yang dipanggil harakat. Terjemahan Melayunya ialah baris. Menurut
sistemnya vokal [a] dilambangkan dengan satu calit yang diletakkan di atas huruf konsonan.
Ini dipanggil baris di atas. Untuk vokal [i] lambangnya ialah baris di bawah. Vokal [u] pula
lambangnya menyerupai bentuk huruf wau yang kecil dan diletakkan di atas huruf. Ini ikenali
sebagi baris di depan. Jadi huruf )‫ (با‬berbunyi [ba], )‫ (بي‬berbunyi [bi], )‫ (بو‬berbunyi [bu]. Ini
telah ditiru oleh orang Melayu sehingga menjadi ejaan tradisi iaitu ejaan yang menggunakan
kaedah baris, tetapi baris tersebut tidak dizahirkan dalam tulisan

Oleh kerana baris yang melambangkan bunyi vokal itu tidak dizahirkan dalam tulisan, lama
kelamaan ramailah orang yang tersalah baca. Oleh itu, satu ikhtiar telah dilakukan untuk
menghindarkan kesalahan membaca itu. Caranya ialah dengan menetapkan huruf alif, wau,
dan ya menjadi lambang bunyi vokal. Ini dikenali di kalangan orang Melayu sebagai huruf
saksi. Dengan demikian system ejaan pun ditukar daripada mengikut kaedah baris lalu
mengikut kaedah huruf saksi. Ejaan mengikut cara ini menjadi ejaan lazim. Ejaan lazim ialah

ejaan biasa yang digunakan bagi mengeja perkataan suku kata terbuka atau tertutup,
dengan menggunakan huruf vokal atau huruf saksi

Click to View FlipBook Version