The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Topikal UASA A+ Asas Sains Komputer Tingkatan 1

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Pan Asia Publications, 2023-03-20 00:43:51

Topikal UASA A+ Asas Sains Komputer Tingkatan 1

Topikal UASA A+ Asas Sains Komputer Tingkatan 1

Keywords: Topikal UASA A+ Asas Sains Komputer Tingkatan 1,Asas Sains Komputer Tingkatan 1,UASA,ASK Tg 1,ASK Tingkatan 1,Tingkatan 1,ASK,Topikal UASA,Topikal UASA A+ Asas Sains Komputer,Asas Sains Komputer

Kandungan Nota Ekspres.............................................................................................................................N1 – N16 BAB 1 Konsep Asas Pemikiran Komputasional.......................................................... 1 – 10 1.1 Asas Pemikiran Komputasional BAB 2 Perwakilan Data.................................................................................................... 11 – 23 2.1 Sistem Nombor Perduaan 2.2 Ukuran Data BAB 3 Algoritma ............................................................................................................ 24 – 37 3.1 Pembangunan Algoritma BAB 4 Kod Arahan.......................................................................................................... 38 – 54 4.1 Kod Arahan 4.2 Kod Arahan HTML Pentaksiran Sumatif Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) ............................................ 55 – 62 Jawapan......................................................................................................................................... 63 – 70 ii Kandungan Topikal UASA A+ ASK Tg1.indd 2 26/01/2023 9:55 AM


Nota Ekspres BAB 1 Konsep Asas Pemikiran Komputasional 1.1 Asas Pemikiran Komputasional 1. Pemikiran komputasional ialah teknik penyelesaian masalah secara sistematik yang melibatkan beberapa proses dengan bantuan penggunaan komputer. Pemikiran komputasional membolehkan manusia menyelesaikan sebarang masalah yang rumit dengan memahami permasalahan tersebut dengan lebih terperinci. 2. Empat proses pemikiran komputasional: Masalah dipecahkan Kenal pasti corak yang sama Sediakan satu model penyelesaian masalah Perkara tidak penting ditinggalkan 3. Pemikiran komputasional melibatkan empat teknik asas: (a) Teknik leraian (Decomposition) ialah satu proses pemecahan masalah yang besar kepada beberapa bahagian yang kecil yang lebih mudah diuruskan. (b) Teknik pengecaman corak (Pattern recognition) ialah mengenal pasti sebarang unsur-unsur kesamaan yang ada pada bahagian-bahagian kecil setelah masalah besar dileraikan. (c) Teknik peniskalaan (Abstraction) adalah menumpukan kepada aspek-aspek penting yang boleh membantu dalam penyelesaian masalah. (d) Teknik pengitlakan (Generalisation) ialah pembinaan model bagi masalah yang diselesaikan. Model boleh dalam bentuk formula, jadual, atau langkahlangkah. Model ini boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah lain yang serupa. 4. Penggunaan empat teknik pemikiran komputasional untuk menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian: (a) Teknik leraian (Decomposition) Pecahkan masalah yang besar kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil. (b) Teknik pengecaman corak (Pattern Recognition) Mengesan persamaan atau perbezaan dalam masalah yang sama. (c) Teknik peniskalaan (Abstraction) Fokus kepada aspek penting sahaja. Keluarkan elemen atau aspek-aspek yang tidak berkaitan dalam masalah. (d) Teknik pengitlakan (Generalisation) Tentukan ciri-ciri kesamaan dalam permasalahan yang sama. Sesuai dalam bentuk model, formula matematik dan manual (peraturan). Penggunaan Teknik Leraian dan Menentukan Langkah Secara Tertib Kepentingan teknik leraian: (a) Memahami langkah-langkah kerja secara tertib dengan lebih mudah. (b) Memberi penerangan yang tepat kepada orang lain. (c) Memudahkan penyelesaian masalah yang kompleks dan rumit kepada masalah yang lebih kecil. Pengecaman Corak dalam Sesuatu Situasi 1. Dalam suatu masalah, corak kesamaan dan cara penyelesaian perlu dikenal pasti dan dicatatkan. 2. Teknik yang sama dapat digunakan dalam masalah-masalah lain yang mempunyai corak yang sama. 3. Contohnya, cara menyusun nombor-nombor mengikut tertib menurun perlu dikenal pasti dan dicatatkan. 4. Teknik penyelesaian yang sama dapat diaplikasikan untuk menyusun nombor-nombor lain mengikut tertib menaik. Membuat Keputusan Berdasarkan Aspek Penting 1. Aspek penting ialah perkara-perkara yang akan mempengaruhi output dan hasil sesuatu keputusan. 2. Aspek penting dalam sesuatu masalah perlu dikenal pasti dan dicatatkan. 3. Semasa pemilihan cara-cara penyelesaian yang ada, aspek-aspek penting perlu diambil kira dan dipenuhi. 4. Contohnya, seorang pengguna Waze boleh memilih daripada 3 laluan yang dicadangkan. Jika pengguna kesuntukan masa, maka laluan yang paling pantas akan dipilih. Malah, jika pengguna tidak membawa wang, maka laluan yang tiada tol pula akan dipilih. Nota Ekspres N1 Nota Ekpres Topikal UASA A+ ASK Tg1.indd 1 26/01/2023 9:57 AM


Ciri-ciri Kesamaan dalam Sesuatu Permasalahan 1. Berkeupayaan mengenal pasti ciri-ciri kesamaan atau perbezaan dalam satu permasalahan membolehkan masalah dipecahkan kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil. 2. Selain itu, dua masalah yang berlainan boleh mempunyai kesamaan yang serupa. Maka, jika anda dapat mengenal pasti kesamaan tersebut, penyelesaian bagi masalah kedua akan menjadi lebih mudah. BAB 2 Perwakilan Data 2.1 Sistem Nombor Perduaan Sistem Nombor Perpuluhan 1. Sistem nombor perpuluhan digunakan secara meluas dalam kehidupan seharian. 2. Sistem nombor perpuluhan dikenali sebagai Sistem Asas 10 kerana mempunyai sepuluh pilihan digit, iaitu daripada 0 hingga 9. Sistem Nombor Perduaan 1. Sistem nombor perduaan sangat penting kerana komputer membaca dan menyimpan data dalam sistem nombor perduaan. 2. Sistem nombor perduaan dikenali sebagai Sistem Asas 2. Sistem ini menggunakan dua digit sahaja, iaitu 0 dan 1. 3. Data dalam komputer diwakili sebagai isyarat elektrik dalam keadaan off dan on. Digit 1 mewakili on dan digit 0 mewakili off. 4. Setiap digit dalam nombor perduaan mempunyai nilai tempat tertentu. Nilai tempat bagi nombor perduaan ialah 1, 2, 4, 8, 16 dan seterusnya. Penukaran Nombor Perduaan kepada Nombor Perpuluhan 1. Suatu nombor perduaan boleh ditukar kepada nombor perpuluhan dengan mendarabkan nombor perduaan dengan nilai tempat digitdigitnya dan nombor perduaan tersebut. 2. Contohnya, penukaran nombor perduaan 110011 kepada nombor perpuluhan. Nombor perduaan 1 1 0 0 1 1 Nilai tempat 32 16 8 4 2 1 Nilai digit 32 16 0 0 2 1 Nombor perpuluhan 32 + 16 + 0 + 0 + 2 + 1 = 51 Oleh itu, nombor perduaan 110011 adalah sama dengan 51 dalam nombor perpuluhan. Penukaran Nombor Perpuluhan kepada Nombor Perduaan 1. Dua kaedah digunakan untuk menukarkan nombor perpuluhan kepada nombor perduaan: (a) Kaedah bahagi dengan 2 dan gunakan bakinya (b) Kaedah ambil daripada baki 2. Langkah-langkah untuk kaedah bahagi dengan 2 dan gunakan bakinya adalah seperti berikut. Bahagikan nombor perpuluhan dengan 2. Catatkan hasil bahagi dan bakinya. Hasil bahagi pertama dibahagi dengan 2 sekali lagi. Hasil bahagi dan bakinya dicatatkan. Hasil bahagi akan dibahagi dengan 2 sehingga tidak boleh dibahagikan lagi. Nilai nombor perduaan diambil berdasarkan bakinya secara menyongsang. 3. Langkah-langkah untuk kaedah ambil daripada baki adalah seperti berikut. Bandingkan nilai nombor perpuluhan dengan nilai tempat nombor perduaan yang terdekat dan kurang daripada nilai nombor perpuluhan tersebut. Jika nilai tempat kurang daripada nilai nombor perpuluhan, tandakan 1 pada nilai tempat tersebut dan catatkan perbezaannya. Gunakan nilai perbezaan daripada perbandingan yang pertama dan bandingkan dengan nilai tempat seterusnya mengikut urutan menurun. Jika nilai tempat melebihi nilai perbezaan daripada perbandingan yang pertama, tandakan 0 pada nilai tempat tersebut dan gunakan nilai perbezaan ini untuk bandingkan nilai tempat yang seterusnya. Perbandingan ini diteruskan sehingga sampai nilai tempat yang terakhir, iaitu 1. Nota Ekspres N2 Nota Ekpres Topikal UASA A+ ASK Tg1.indd 2 26/01/2023 9:57 AM


6. Operator matematik ialah simbol-simbol yang digunakan dalam menjalankan operasi matematik seperti tambah, tolak, darab dan bahagi dalam kod arahan. Nama operator Tambah Tolak Darab Bahagi Operator matematik + – × ÷ Operator dalam komputer + – * / Atur Cara yang Melibatkan Struktur Kawalan Pelbagai Pilihan 1. Struktur kawalan dalam pengaturcaraan mengawal arahan pilihan yang akan dibuat oleh komputer dalam melaksanakan sesuatu arahan. 2. Jika arahan pilihan mempunyai lebih daripada dua pilihan atau mempunyai beberapa pilihan, struktur kawalan ini dipanggil kawalan pelbagai pilihan. 3. Berikut menunjukkan carta alir bagi seorang pengguna yang ingin membeli sepasu pokok bunga raya. Pilihan pertamanya ialah pokok yang berbunga merah. Pilihan kedua ialah pokok yang berbunga jingga dan pilihan terakhirnya ialah pokok yang berbunga putih. Mula Tamat Masuk ke kedai Keluar dari kedai Tidak Tidak Tidak Ya Ya Ya Berbunga merah? Berbunga jingga? Berbunga putih? Beli Beli Beli 4. Blok-blok yang digunakan untuk struktur kawalan pilihan dalam atur cara Scratch 2.0 adalah seperti berikut. (a) Pilihan tunggal (b) Dwipilihan Atur Cara yang Melibatkan Struktur Kawalan Ulangan 1. Ulangan ialah satu proses di mana atur cara akan mengarahkan program melakukan sesuatu tindakan berulang-ulang sehingga sesuatu syarat dipenuhi. 2. Setiap ulangan dikenali sebagai gelung. 3. Berikut menunjukkan aktiviti kehidupan harian yang melibatkan tingkah laku atau tindakan berulang. (a) Roda basikal berputar sehingga brek ditekan. (b) Larian jarak jauh mengelilingi trek olahraga sehingga bilangan pusingan dipenuhi. (c) Pelumba kereta F1 mengelilingi litar perlumbaan sehingga bilangan pusingan dipenuhi. (d) Menari dengan langkah-langkah tertentu yang berulang-ulang sehingga sesuatu syarat dipenuhi. 4. Blok-blok yang digunakan untuk struktur kawalan ulangan dalam atur cara Scratch 2.0 adalah seperti berikut. (a) Blok forever (gelung tiada henti) (b) Blok repeat (gelung sebanyak n kali) (c) Blok repeat until (Gelung sehingga syarat dipenuhi) Nota Ekspres N10 Nota Ekpres Topikal UASA A+ ASK Tg1.indd 10 26/01/2023 9:57 AM


Buku Teks: m.s. 2 – 16 Asas Pemikiran Komputasional 1.1 1. Berikut adalah langkah-langkah yang terlibat dalam proses Y. Masalah dipecahkan Kenal pasti corak yang sama Perkara yang tidak penting ditinggalkan Sediakan satu model penyelesaian masalah Apakah proses Y? A Pemecahan masalah B Teknik leraian C Pemikiran komputasional D Pemikiran komputer 2. Berikut merupakan ciri-ciri bagi teknik pemikiran komputasional. • Meninggalkan aspek-aspek kurang penting. • Fokus kepada aspek yang penting untuk penyelesaian masalah. Nyatakan teknik tersebut. A Leraian B Pengecaman corak C Peniskalaan D Pengitlakan 3. Berikut adalah proses menyelesaikan masalah menggunakan teknik pemikiran komputasional. I Proses membentuk satu model penyelesaian masalah berdasarkan ciri kesamaan II Meninggalkan perkara yang tidak penting III Mengesan dan menggunakan pengecaman corak bagi menyelesaikan masalah IV Memecahkan masalah kepada bahagian yang lebih kecil Susun semula proses penyelesaian masalah menggunakan teknik pemikiran komputasional mengikut urutan yang betul. A I, II, III dan IV C III, IV, I dan II B II, III, IV dan I D IV, III, II dan I 4. Antara berikut, yang manakah contoh model yang boleh digunakan bagi teknik pengitlakan? A Salasilah keluarga C Prototaip B Sistem D Peraturan 5. Rajah berikut menunjukkan langkahlangkah mengira luas segi empat. Luas segi empat Proses Luas segi empat = Panjang × lebar Input Panjang, lebar Output Luas segi empat Apakah teknik pemikiran komputasional yang digunakan? A Leraian B Pengecaman corak C Peniskalaan D Pengitlakan 6. Teliti pernyataan di bawah. Fatimah akan menduduki Ujian Akhir Sesi Akademik Tingkatan 1 tahun ini. Sebelum menduduki peperiksaan, Fatimah perlu melakukan persediaan bagi membolehkan proses menjawab soalan berjalan dengan lancar. Berdasarkan pernyataan di atas, apakah aspek kurang penting yang boleh ditinggalkan? A Lokasi tempat duduk B Slip peperiksaan C Bilangan calon D Tarikh peperiksaan Konsep Asas Pemikiran Komputasional Nota Ekspres BAB 1 Soalan Objektif Bab 1 1 Bab 1 Topikal UASA A+ ASK Tg1.indd 1 26/01/2023 9:59 AM


Buku Teks: m.s. 2 – 16 Asas Pemikiran Komputasional 1.1 1. Berikut adalah teknik pemikiran komputasional. TP 1 Leraian Pengecaman corak Peniskalaan Pengitlakan Padankan teknik pemikiran komputasional mengikut definisi yang betul dalam ruang yang disediakan. Definisi Teknik pemikiran komputasional Pembinaan model bagi membantu proses penyelesaian masalah. (a) Memecahkan suatu masalah yang kompleks kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil bagi memudahkan setiap masalah kecil diselesaikan. (b) Aspek–aspek yang kurang penting ditinggalkan dan fokus kepada aspek yang penting sahaja. (c) 2. Jadual berikut menunjukkan maklumat dari Google Maps bagi perjalanan dari bandar Ipoh ke Taiping menggunakan kereta dan motosikal. TP 2 Jenis kenderaan Jarak (km) Masa yang diperlukan Kereta 69 1 jam 5 minit Motosikal 69 1 jam 16 minit Berdasarkan kedua-dua situasi, nyatakan: (a) Persamaan: (b) Perbezaan: (c) Teknik pemikiran komputasional yang digunakan. 3. Berikut merupakan ciri-ciri teknik pengitlakan. TP 1 • Teknik pengitlakan melibatkan pembinaan model bagi masalah yang hendak diselesaikan. • Teknik pemikiran X dan Y pula digunakan bagi membolehkan model dihasilkan. • Model boleh ditulis sama ada dalam bentuk formula, teknik, peraturan atau langkah-langkah. Nyatakan: (a) Teknik pemikiran X: (b) Teknik pemikiran Y: Soalan Subjektif TP1 Menguasai Belum menguasai TP2 Menguasai Belum menguasai Bab 1 3 Bab 1 Topikal UASA A+ ASK Tg1.indd 3 26/01/2023 9:59 AM


7. (a) Tulis semula setiap jujukan nombor yang berikut dan kenal pasti tiga nilai seterusnya. TP 2 (i) 10 20 30 40 50 Jawapan: (ii) 4 8 16 32 64 Jawapan: (iii) –4 –2 0 2 4 Jawapan: (b) Apakah corak yang dapat anda kenal pasti melalui jujukan siri nombor 7(a)? TP 2 KBAT Menilai (c) Senaraikan persamaan dan perbezaan bagi setiap rajah di bawah. Tulis jawapan anda dalam ruangan yang disediakan. TP 2 KBAT Mengaplikasi (i) Persamaan Perbezaan (ii) Persamaan Perbezaan TP2 Menguasai Belum menguasai Bab 1 7 Bab 1 Topikal UASA A+ ASK Tg1.indd 7 26/01/2023 9:59 AM


9. Rajah di sebelah menunjukkan sebuah akuarium. Anda ditugaskan untuk membersihkan akuarium ini. Alatan yang diberi ialah dua baldi, hos air, jala ikan dan kain. Jawab soalan berikut yang berkaitan dengan aplikasi teknik-teknik pemikiran komputasional. TP 3 (a) Dengan menggunakan teknik leraian, senaraikan masalah-masalah kecil yang dapat membantu anda menyelesaikan tugasan ini. (i) (ii) (iii) (b) Senaraikan tiga aspek penting bagi menyelesaikan tugasan mencuci akuarium dengan berjaya. (i) (ii) (iii) (c) Selesaikan masalah-masalah kecil yang anda telah senaraikan di 9(a). Kemudian, tuliskan langkah-langkah bagi membersihkan akuarium dalam bentuk carta alir. KBAT Mencipta TP3 Menguasai Belum menguasai Bab 1 9 Bab 1 Topikal UASA A+ ASK Tg1.indd 9 26/01/2023 9:59 AM


A Kaedah yang digunakan ialah kaedah bahagi dengan 2 dan gunakan bakinya B Nombor perduaan yang diperoleh ialah 110100 C Hasil bahagi 1 perlu dibahagikan lagi dengan 2 D Semakan perlu dilakukan selepas menjalankan penukaran ini 6. Berikut menunjukkan cara menghitung hasil tolak bagi dua nombor perduaan 11011 – 101. Y X 1 1 0 1 1 – 1 0 1 Z W 0 Antara berikut, yang manakah betul untuk nilai-nilai W, X, Y dan Z? W X Y Z A 1 1 0 1 B 1 10 10 1 C 1 10 0 1 D 1 1 10 1 7. Antara berikut, yang manakah betul tentang kod ASCII? I Kod ASCII menggunakan nombor perduaan untuk mewakili setiap aksara II Kod ASCII ialah satu set kod piawai yang mewakili setiap digit nombor dalam komputer III Kod ASCII mempunyai 128 aksara IV Kod ASCII ialah singkatan daripada American Standard Code for Information Interchange A I, II dan III C I, III dan IV B I, II dan IV D II, III dan IV 8. Berikut adalah aksara pengekodan ASCII dalam perwakilan data. 00110100 mewakili “4” 00110011 mewakili “3” Nyatakan nombor perduaan yang diwakili oleh hasil tambah aksara “4” dan aksara “3”. A 00110110 B 00110111 C 00111000 D 00111001 Buku Teks: m.s. 39 – 64 Ukuran Data 2.2 9. Apakah elemen terkecil untuk paparan imej digital pada skrin komputer? A Resolusi B Dimensi C Piksel D Bit 10. Apakah maksud bagi suatu imej digital yang mempunyai 100 dpi? A Imej ini memerlukan 100 bit untuk storan B Imej ini mempunyai 10 000 piksel seinci persegi C Imej ini mempunyai sebanyak 100 warna untuk perwakilan warnanya D Dimensi imej ialah (2 × 100) dpi, iaitu 200 piksel 11. Antara berikut, yang manakah jenis ukuran yang lazim digunakan untuk membezakan dan mengukur saiz serta kualiti imej digital? I Resolusi II Saiz fail III Dimensi IV Kedalaman bit warna A I, II dan III B I, II dan IV C I, III dan IV D II, III dan IV 12. Fail imej digital berikut mempunyai dimensi 640 × 423 dan resolusi 300 dpi. Berapakah jumlah piksel dalam imej ini? A 902 piksel B 270 720 piksel C 318 900 piksel D 81 213 000 piksel 12Bab 2 Bab 2 Topikal UASA A+ ASK Tg1.indd 12 30/01/2023 8:56 PM


Buku Teks: m.s. 20 – 38 Sistem Nombor Perduaan 2.1 1. Lengkapkan peta pemikiran di bawah dengan menyenaraikan ciri-ciri nombor perduaan dan nombor perpuluhan. TP 1 Sistem nombor (a) Nombor perduaan Dikenali: Sistem Asas 2 Dikenali: (i) Digit: (i) Digit: (ii) Diguna oleh (ii) untuk menyimpan (iii) . Diguna oleh (iii) dalam (iv) seharian. (b) Nombor perpuluhan 2. A dan B adalah sistem nombor. TP 1 A Sistem nombor perduaan B Sistem nombor perpuluhan Padankan sistem nombor di atas dengan penerangan berikut dengan menulis A dan B pada petak yang disediakan. (a) Sistem nombor ini digunakan oleh manusia dalam kehidupan seharian. (b) Sistem nombor ini digunakan oleh komputer untuk menyimpan data. 3. (a) Jadual berikut menunjukkan penggunaan nombor perduaan untuk mewakili keadaan enam biji mentol. Lengkapkan jadual berikut dengan nombor perduaan dan nilai digit. TP 2 Nyalaan mentol Nombor perduaan Nilai tempat 32 16 8 4 2 1 Nilai digit (b) Nyatakan nilai dalam perpuluhan untuk nombor perduaan tersebut. Nilai dalam perpuluhan ialah . Soalan Subjektif 14 TP1 Menguasai Belum menguasai TP2 Menguasai Belum menguasai Bab 2 Bab 2 Topikal UASA A+ ASK Tg1.indd 14 30/01/2023 8:56 PM


Buku Teks: m.s. 94 – 110 Kod Arahan 4.1 1. Apakah set kod arahan yang mengarahkan komputer untuk menyelesaikan sesuatu tugasan? A Kod B Pengekodan C Atur cara komputer D Pengatur cara komputer 2. Antara berikut, yang manakah bentuk data yang sesuai disimpan sebagai pemboleh ubah? I Teks II Nilai logik III Operator matematik IV Nilai berangka A I, II dan III B I, II dan IV C I, III dan IV D II, III dan IV 3. Apakah yang dimaksudkan dengan nilai logik? A Digit 0 atau digit 1 B Benar atau Palsu C Digit 1 atau digit 2 D Pasti atau Tidak pasti 4. Antara carta alir berikut, yang manakah menunjukkan pelbagai pilihan? A Tindakan 1 Tindakan 2 Tindakan 3 B Syarat? Ya Tidak Tindakan 1 C Syarat? Ya Tidak Tindakan 1 Tindakan 2 D Syarat 1? Syarat 2? Syarat 3? Ya Ya Ya Tidak Tidak Tidak Tindakan 1 Tindakan 2 Tindakan 3 Tindakan 4 Kod Arahan Nota Ekspres BAB 4 Soalan Objektif 38Bab 4 Bab 4 Topikal UASA A+ ASK Tg1.indd 38 31/01/2023 2:36 PM


(c) Menu (i) Memudahkan pengguna membuat . (ii) ke bahagian-bahagian lain dalam laman sesawang yang . (iii) ke laman-laman sesawang lain dalam yang sama. (iv) Terdapat empat jenis menu yang utama, iaitu 6. Labelkan paparan laman sesawang di bawah. TP 1 (a) (b) (c) 48 TP1 Menguasai Belum menguasai Bab 4 Bab 4 Topikal UASA A+ ASK Tg1.indd 48 31/01/2023 2:37 PM


1. Berikut adalah penerangan untuk sejenis teknik pemikiran komputasional. Pemikiran komputasional memerlukan kemahiran berfikir secara logik dan kemahiran membina algoritma. Selepas corak masalah dicamkan, aspek-aspek penting akan difokuskan dan aspekaspek kurang penting akan ditinggalkan. Apakah teknik tersebut? A Teknik leraian B Teknik pengecaman corak C Teknik peniskalaan D Teknik pengitlakan 2. Komputer menyimpan data menggunakan suatu sistem yang hanya menggunakan dua digit sahaja, iaitu 0 dan 1. Apakah sistem tersebut? A Sistem nombor dua B Sistem asas perduaan C Sistem Asas 2 D Sistem dua digit 3. Sebuah syarikat penghantaran barang ABD telah menugaskan seorang pekerjanya untuk menghantar barang ke suatu alamat di pekan R. Terdapat beberapa laluan untuk pekerja tersebut sampai ke alamat yang ditetapkan. Barang tersebut merupakan makanan sejuk beku yang perlu dihantar kepada penerimanya dalam masa kurang daripada sejam selepas dikeluarkan daripada peti sejuk beku. Apakah aspek penting yang perlu difokuskan untuk menyelesaikan tugasan tersebut? I Pilih laluan yang paling dekat II Makanan tersebut perlu dimasukkan ke dalam beg kedap udara III Elak laluan yang sibuk IV Barang perlu dihantar kepada penerima lebih daripada sejam selepas dikeluarkan daripada peti sejuk beku A I dan II B I, II dan III C II dan III D Semua di atas 4. Suatu set arahan yang ditulis oleh pengatur cara akan diterjemahkan kepada suatu kod yang menggunakan kod nombor perduaan supaya unit pemprosesan dapat melaksanakannya. Antara kod berikut, yang manakah terlibat dalam pernyataan tersebut? A Kod nombor perpuluhan B Kod mesin C Kod nombor perduaan D Kod ASCII 5. Antara berikut, yang manakah betul mengenai sistem perpuluhan? A Komputer menggunakan sistem perpuluhan untuk menyimpan data B Sistem perpuluhan menggunakan digit-digit 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9 dan 10 untuk mewakili sebarang nombor C Sistem perpuluhan juga dikenali sebagai Sistem Asas 10 D Nilai tempat dalam sistem perpuluhan bergantung pada nilai digitnya Bahagian A [10 markah] Jawab semua soalan. Pentaksiran Sumatif Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) 55Pentaksiran Sumatif PSumatif Topikal UASA A+ ASK Tg1.indd 55 01/02/2023 11:04 AM


Bahagian B [40 markah] Jawab semua soalan. 1. Pemikiran komputasional ialah satu proses pemikiran untuk menyelesaikan masalah oleh manusia berbantukan mesin atau kedua-duanya. Rajah 1 menunjukkan peta pemikiran bagi teknik-teknik pemikiran komputasional. Teknik-teknik pemikiran komputasional Rajah 1 Lengkapkan peta pemikiran dengan teknik-teknik pemikiran komputasional. [4 markah] 2. Rajah 2 menunjukkan carta alir bagi struktur kawalan pilihan. Memenuhi syarat? Ya Tidak Set tindakan B Set tindakan A Rajah 2 (a) Nyatakan jenis struktur kawalan pilihan tersebut. [1 markah] (b) Nyatakan tiga simbol yang digunakan dalam carta alir tersebut. (i) (ii) (iii) [3 markah] 57Pentaksiran Sumatif PSumatif Topikal UASA A+ ASK Tg1.indd 57 01/02/2023 11:04 AM


Bahagian C [20 markah] Jawab semua soalan. 1. Rajah 7 merupakan segmen kod HTML untuk memaparkan suatu antara muka. <banner> <img src= “Homestay.jpg’’ > </banner> <h1> Selamat Datang ke Homestay kami</h1> <p> Homestay kami terletak di Kampung Atap</p> Rajah 7 (a) Lakarkan antara muka yang akan dipaparkan. [6 markah] (b) Pada pendapat anda, apakah fitur lain yang boleh dimasukkan ke dalam paparan output di 1(a) supaya antara muka tersebut menjadi lebih menarik? Berikan justifikasi anda. [4 markah] 61Pentaksiran Sumatif PSumatif Topikal UASA A+ ASK Tg1.indd 61 01/02/2023 11:04 AM


63 BAB 1 Soalan Objektif 1. C 2. C 3. D 4. D 5. A 6. C 7. D 8. C 9. D 10. A 11. B 12. B 13. D 14. A Soalan Subjektif 1.1 1. (a) Pengitlakan (b) Leraian (c) Peniskalaan 2. (a) Jarak (km) (b) Masa yang diperlukan, jenis kenderaan (c) Pengecaman corak 3. (a) Pengecaman corak (b) Peniskalaan 4. (a) Satu proses pemecahan masalah yang besar kepada beberapa bahagian yang kecil yang lebih mudah diuruskan. (b) Satu proses menganalisis secara terperinci untuk mengenal pasti sebarang unsur-unsur kesamaan dan perbezaan yang ada. (c) Satu proses yang menumpukan elemen yang penting dan abaikan yang tidak penting. (d) Penyelesaian bagi masalah lain yang melibatkan situasi yang sama. 5. (a) (i) (a) Salin ke baju tidur (b) Telah gosok gigi (ii) (a) Kerja sekolah disiapkan (b) Beg sekolah dikemas (c) Baju sekolah telah digosok (b) (i) Internet (a) Makmal komputer sekolah (b) Rumah (ii) e-mel (a) Daftar kepada akaun e-mel (b) Berjaya log masuk kepada akaun e-mel (iii) lengkap (a) Tugasan disemak sebelum dihantar (b) Fail tugasan dapat dihantar melalui e-mel (c) (i) Perlu ada akses ke Internet (a) Di rumah (b) Di makmal komputer sekolah (ii) Perlu ada akaun Instagram (a) Daftar masuk ke akaun Instagram (b) Pilih foto dan muat naik ke Instagram 6. Pengiraan dividen secara tahunan Tahun Pengiraan dividen Pertama Dividen = 3 100 × 30 000 = RM900 Kedua Dividen = 4 100 × 30 000 = RM1200 Ketiga Dividen = 5.5 100 × 30 000 = RM1650 Jumlah dividen = RM900 + RM1200 + RM1650 = RM3750 7. (a) (i) 10, 20, 30, 40, 50, 60, 70, 80 (ii) 4, 8, 16, 32, 64, 128, 256, 512 (iii) –4, –2, 0, 2, 4, 6, 8, 10 Jawapan (b) Setiap jujukan nombor melibatkan penambahan atau pendaraban nombor secara berulang. (c) (i) Persamaan: Ros dan bunga raya ialah bunga yang terdapat di Malaysia. Mempunyai kelopak, daun dan tangkai. Perbezaan: Rupa kedua-dua bunga adalah berbeza, ciri-ciri seperti bau, duri juga berbeza. (ii) Persamaan: Motosikal dan bas ialah kenderaan pengangkutan bermotor. Mempunyai roda, tempat duduk, boleh bergerak Perbezaan: Bilangan penumpang yang boleh dibawa oleh kedua-dua kenderaan adalah amat berbeza. 8. – Teknik yang digunakan ialah bandingkan dua nombor, nombor yang lebih besar dialihkan ke sebelah kiri dan yang lebih kecil ke sebelah kanan. – Baris pertama, dua kumpulan dibandingkan, iaitu kumpulan nombor ke-2 dan ke-3 dan kumpulan nombor ke-4 dan ke-5. – Baris kedua, tiga kumpulan dibandingkan, iaitu kumpulan nombor ke-1 dan ke-2, kumpulan nombor ke-3 dan ke-4 dan kumpulan nombor ke-5 dan ke-6. – Baris ketiga akan mengulangi bandingan seperti dalam baris pertama. – Baris keempat akan mengulangi bandingan seperti dalam baris kedua. – Ilustrasi untuk penerangan di atas ditunjukkan di bawah. 7 4 5 1 8 2 7 7 8 5 7 8 4 8 5 4 1 2 2 1 1 1 4 4 2 2 5 7 8 5 9. (a) (i) Bagaimanakah ikan-ikan dipastikan selamat? (ii) Bagaimanakah sisa-sisa terapung dalam akuarium dibersihkan? (iii) Bagaimanakah memastikan rumpai dan pasir dalam akuarium tidak terganggu? (b) (i) Ikan dipastikan hidup (ii) Cermin akuarium dibersihkan dengan kain (iii) Rumpai dan pasir tidak bertaburan (c) Masukkan ikan-ikan dalam baldi ke dalam akuarium. Masukkan air bersih ke dalam akuarium dengan perlahanlahan tanpa terusik pasir dan rumpai dalam akuarium. Gunakan hos air dan sedut sisa-sisa ampaian dalam akuarium. Gosok kaca akuarium dengan kain. Keluarkan ikan-ikan dengan perlahan-lahan dan masukkan ke dalam baldi itu. Gunakan satu baldi dan isi dengan air akuarium. Jawapan Topikal UASA A+ ASK Tg1.indd 63 31/01/2023 2:37 PM


67 7. (a) Jadual semakan meja Ulangan Sampel data Jumlah Pembilang MULA – 0 1 1 23 23 2 2 26 49 3 3 55 104 4 4 85 189 5 5 65 254 6 6 86 340 7 7 92 432 8 8 77 509 9 9 58 567 10 10 71 638 11 11 89 727 12 12 50 777 13 13 68 845 14 14 75 920 15 Purata = jumlah ÷ pembilang = 920 ÷ 15 = 61.333 (b) MULA SETKAN jumlah = 0 SETKAN pembilang = 1 ULANG MASUKKAN satu nombor TAMBAH nilai pembilang sebanyak 1 KIRA jumlah = jumlah + nombor SEHINGGA nombor == X KIRA purata = jumlah ÷ pembilang PAPARKAN nilai purata TAMAT (c) Pseudokod MULA SETKAN jumlah = 0 SETKAN pembilang = 0 ULANG MASUKKAN satu nombor TAMBAH nilai pembilang sebanyak 1 KIRA jumlah = jumlah + nombor SEHINGGA nombor == X KIRA purata = jumlah ÷ pembilang PAPARKAN nilai purata TAMAT 8. (a) Struktur kawalan dwipilihan dan struktur kawalan UNTUK (FOR) Ralat (b) Pseudokod MULA INPUT nama pengguna SETKAN input kepada nama_pengguna INPUT kata laluan SETKAN input kepada kata_laluan CETAK “Hi, anda telah berjaya mendaftar masuk.” INPUT kata laluan untuk log masuk JIKA input bukan kata_laluan SETKAN pembilang kepada 1 UNTUK pembilang =1 HINGGA 3 CETAK “Kata laluan yang dimasukkan tidak sah.” TAMBAH 1 kepada pembilang CETAK “Anda tinggal (nilai pembilang) kali cubaan.” JIKA input ialah kata_laluan CETAK “Selamat Kembali” TAMAT JIKA TAMAT (c) Carta alir MULA TAMAT Ya Tidak Tidak Ya Input nama pengguna Setkan input kepada nama_pengguna Setkan input kepada kata_laluan Setkan pembilang kepada 1 Tambah 1 kepada pembilang Input kata laluan Input kata laluan Cetak “Hi, anda telah berjaya mendaftar masuk.” Cetak “Selamat Kembali” Cetak “Kata laluan yang dimasukkan tidak sah.” Cetak “Anda tinggal (nilai pembilang) kali cubaan.” pembilang <=3 input bukan kata_laluan? Jawapan Topikal UASA A+ ASK Tg1.indd 67 31/01/2023 2:37 PM


Click to View FlipBook Version