Kandungan Nota Ekspres.............................................................................................................................N1 – N12 BAB 1 Perwakilan Data....................................................................................................... 1 – 15 1.1 Sistem Nombor Perlapanan 1.2 Sistem Nombor Perenambelasan BAB 2 Algoritma................................................................................................................ 16 – 32 2.1 Pembangunan Algoritma BAB 3 Kod Arahan............................................................................................................ 33 – 54 3.1 Persekitaran Kod Arahan 3.2 Struktur Kod Arahan Pentaksiran Sumatif Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) ............................................ 55 – 62 Jawapan......................................................................................................................................... 63 – 74 ii Kandungan Topikal UASA A+ ASK TG2.indd 2 21/02/2023 12:20 PM
Nota Ekspres Nota Ekspres N1 BAB 1 Perwakilan Data 1.1 Sistem Nombor Perlapanan 1. Perbezaan antara sistem nombor perlapanan dengan sistem nombor perpuluhan ditunjukkan dalam jadual berikut. Sistem nombor perlapanan Sistem nombor perpuluhan Dikenali sebagai Sistem Asas 8 atau sistem nombor oktal. Dikenali sebagai Sistem Asas 10 atau sistem nombor desimal. Nombor ditanda dengan subskrip 8, contohnya, 1128 . Nombor ditanda dengan subskrip 10, contohnya, 7410. Lapan pilihan digit bermula daripada 0 hingga 7. Sepuluh pilihan digit bermula daripada 0 hingga 9. Nilai tempat: 1, 8, 64, 512 dan seterusnya. Nilai tempat: 1, 10, 100, 1 000 dan seterusnya. Penukaran Nombor Perpuluhan Kepada Nombor Perlapanan 1. Kaedah yang paling lazim digunakan untuk menukarkan nombor perpuluhan kepada nombor perlapanan ialah kaedah bahagi dengan 8 dan gunakan bakinya. 2. Contoh penukaran nombor perpuluhan 285010 kepada nombor perlapanan. 2850 ÷ 8 = 356 baki 2 356 ÷ 8 = 44 baki 4 44 ÷ 8 = 5 baki 4 5 ÷ 8 = 0 baki 5 Baki yang dibaca dari bawah ke atas menghasilkan nombor perlapanan 54428 . Penukaran Nombor Perlapanan Kepada Nombor Perpuluhan 1. Penukaran nombor perlapanan kepada nombor perpuluhan dapat dilakukan dengan mendarabkan digit dalam nombor perlapanan dengan nilai tempat nombor perlapanan. 2. Contoh penukaran nombor perlapanan 66358 kepada nombor perpuluhan. 83 82 81 80 512 64 8 1 6 6 3 5 6 × 512 = 3072 6 × 64 = 384 3 × 8 = 24 5 × 1 = 5 3072 + 384 + 24 + 5 = 3485 Maka, nombor perlapanan 66358 adalah sama dengan nombor perpuluhan 348510. Penukaran Nombor Perlapanan Kepada Nombor Perduaan 1. Tiga digit nombor perduaan bersamaan dengan satu digit nombor perlapanan. 2. Jadual berikut menunjukkan digit-digit dalam nombor perlapanan dan perwakilannya dalam nombor perduaan. Digit-digit dalam nombor perlapanan Perwakilan dalam nombor perduaan 0 000 1 001 2 010 3 011 4 100 5 101 6 110 7 111 3. Penukaran dilakukan dengan memecahkan digit-digit dalam nombor perlapanan dan menukarkan setiap digit kepada nombor perduaan yang sepadan. 4. Contoh penukaran nombor perlapanan 7468 kepada nombor perduaan. 7468 = 111 100 110 7 4 6 Maka, nombor perlapanan 7468 adalah sama dengan nombor perduaan 1111001102 . PERWAKILAN DATA Nota Expres Topikal UASA A+ ASK TG2.indd 1 23/02/2023 5:11 PM
Nota Ekspres N5 (a) Kaedah bahagi dengan 16 dan gunakan bakinya (b) Menggunakan perwakilan kod ASCII 2. Contoh penukaran aksara “m” daripada kod ASCII kepada nombor perenambelasan. Kod ASCII “m” ialah 10910. Nombor perpuluhan Nombor perduaan Nombor perenambelasan Aksara 107 01101011 6B k 108 01101100 6C l 109 01101101 6D m 110 01101110 6E n Berdasarkan perwakilan kod ASCII, aksara “m” bersamaan dengan 6D16. Hubung Kait antara Nombor Perenambelasan dengan Kod ASCII dalam Bahasa Mesin 1. Bahasa mesin dikenali sebagai kod mesin yang terdiri daripada urutan digit 0 dan 1, iaitu nombor perduaan. 2. Pengekodan ASCII digunakan untuk memberitahu alatan digital tentang data yang dimasukkan (input). 3. Contoh penukaran perkataan “BILANG” daripada kod ASCII nombor perpuluhan kepada nombor perenambelasan. Aksara Kod ASCII dalam nombor perpuluhan Kod ASCII dalam nombor perduaan Kod ASCII dalam nombor perenambelasan B 66 01000010 42 I 73 01001001 49 L 76 01001100 4C A 65 01000001 41 N 78 01001110 4E G 71 01000111 47 Berdasarkan perwakilan kod ASCII, perkataan “BILANG” dalam nombor perenambelasan ialah 4216 4916 4C16 4116 4E16 4716. BAB 2 Algoritma 2.1 Pembangunan Algoritma 1. Algoritma ialah satu siri langkah untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau melengkapkan sesuatu tugas. 2. Algoritma boleh diwakilkan dalam bentuk pseudokod atau carta alir. Contoh algoritma yang mudah: Membancuh teh 1. Masukkan air ke dalam cerek. 2. Letakkan cerek di atas dapur. 3. Nyalakan api. 4. Sediakan cawan. 5. Masukkan uncang teh ke dalam cawan. 6. Jika air telah mendidih, tuangkan air ke dalam cawan. 7. Jika belum, tunggu sehingga air mendidih, ulang langkah 6. 8. Rendam uncang teh dalam cawan selama lima minit. 9. Jika perlu gula, tambah gula. 10. Jika perlu susu, tambah susu. 11. Kacau dengan sudu. 12. Minum teh. Pseudokod dan Carta Alir yang Melibatkan Struktur Kawalan Pilihan Bersarang 1. Struktur kawalan pilihan bersarang adalah struktur kawalan yang terbenam dalam satu struktur kawalan yang lain. Kenyataan untuk dilaksanakan sekiranya Syarat 2 TIDAK dipenuhi. Kenyataan untuk dilaksanakan sekiranya Syarat 2 dipenuhi. Syarat 1 dipenuhi? Syarat 2 dipenuhi? Tidak Tidak Ya Ya * Syarat 2 terbenam dalam Syarat 1. Syarat 2 hanya akan disemak sekiranya Syarat 1 dipenuhi. Nota Expres Topikal UASA A+ ASK TG2.indd 5 23/02/2023 5:11 PM
Nota Ekspres N10 Mula Tamat Langkah 1 Langkah 2 Langkah 3 3. Sintaks umum dalam bahasa pengaturcaraan Python bagi struktur kawalan jujukan adalah seperti berikut. <pemboleh ubah> <pernyataan> 4. Contoh bahasa pengaturcaraan Python bagi struktur kawalan jujukan: >>> x = 5 >>> y = 15 >>> print (“Hasil tambah x dan y ialah: ”, x + y) Hasil tambah x dan y ialah : 20 Struktur Kawalan Pilihan dalam Penyelesaian Masalah 1. Struktur kawalan pilihan memberi pilihan kepada pengguna dan membolehkan sesuatu atur cara dapat dilakukan dengan lebih interaktif. 2. Ciri-ciri struktur kawalan pilihan adalah seperti berikut. (a) Menyelesaikan masalah yang lebih kompleks (b) Lebih mesra pengguna (c) Terdapat syarat-syarat yang perlu dipenuhi (d) Penggunaan syarat-syarat yang bersesuaian dengan pernyataan masalah 3. Rajah berikut menunjukkan carta alir bagi struktur kawalan pilihan. Syarat Mula Tamat Pernyataan Pernyataan Pernyataan Tidak Ya 4. Syarat merujuk kepada penggunaan operator atau pengendali yang bersesuaian bagi sesuatu pernyataan. 5. Struktur kawalan pilihan terbahagi kepada tiga jenis, iaitu: (a) struktur kawalan pilihan tunggal (b) struktur kawalan dwipilihan (c) struktur kawalan pelbagai pilihan Struktur kawalan pilihan tunggal 1. Sintaks umum dalam bahasa pengaturcaraan Python bagi struktur kawalan pilihan tunggal adalah seperti berikut. if <syarat>: <pernyataan> 2. Jika syarat adalah benar, maka proses seterusnya akan dilakukan dalam kawasan blok. Jika syarat tidak benar, maka proses tidak akan berlaku dalam kawasan blok. 3. Contoh bahasa pengaturcaraan Python bagi struktur kawalan pilihan tunggal: berat = float(input(Masukkan berat beg (kg): “)) if berat > 50: print (“Bayaran tambahan RM25.”) print (“Terima kasih.”) Output: Masukkan berat beg (kg): 55.5 Bayaran tambahan RM25. Terima kasih. Struktur kawalan dwipilihan 1. Sintaks umum dalam bahasa pengaturcaraan Python bagi struktur kawalan dwipilihan adalah seperti berikut. if <syarat>: <pernyataan> else: <pernyataan> 2. Jika syarat dalam blok if adalah benar, maka proses akan dilakukan dalam blok tersebut. Jika syarat tidak benar, maka proses seterusnya akan berlaku dalam blok else. 3. Contoh bahasa pengaturcaraan Python bagi struktur kawalan dwipilihan: berat = float(input(Masukkan berat beg (kg): “)) if berat > 50: print (“Bayaran tambahan RM25.”) else: print (“Tiada bayaran dikenakan.”) print (“Terima kasih.”) Nota Expres Topikal UASA A+ ASK TG2.indd 10 23/02/2023 5:11 PM
Bab 1 1 Buku Teks: m.s. 2 – 17 Sistem Nombor Perlapanan 1.1 1. Sistem nombor oktal juga dikenali sebagai sistem nombor . A perduaan C perpuluhan B perlapanan D perenambelasan 2. Setiap digit dalam nombor perlapanan mewakili digit nombor perduaan. A 3 C 5 B 4 D 6 3. Antara pernyataan berikut, yang manakah tidak betul? A Sistem nombor perlapanan menggunakan 8 digit untuk mewakili sebarang nombor B Nombor dalam sistem nombor perlapanan ditanda dengan subskrip 8 pada hujung nombor tersebut C Nilai tempat bagi nombor perlapanan ialah 1, 10, 100, 10 000 dan seterusnya D Apabila membilang secara perlapanan, selepas 7 adalah 10 kerana sistem perlapanan tidak mempunyai digit 8 4. Apakah kaedah yang digunakan untuk menukar nombor perpuluhan kepada nombor perlapanan? A Kaedah bahagi dengan 2 dan gunakan bakinya B Kaedah bahagi dengan 8 dan gunakan bakinya C Kaedah bahagi dengan 10 dan gunakan bakinya D Kaedah bahagi dengan 16 dan gunakan bakinya 5. Tukarkan nombor perlapanan 5078 kepada nombor perpuluhan. A 31710 C 33710 B 32710 D 34710 6. Apakah nombor perlapanan bagi nombor perpuluhan 48510? A 7428 C 7448 B 74310 D 7458 7. Apakah nombor perduaan bagi nombor perlapanan 43258 ? A 1011110101012 B 1010010101112 C 1001010101012 D 1000110101012 8. Tentukan nombor perlapanan bagi nombor perduaan 10110011002 . A 13148 C 23458 B 14138 D 37468 9. Jika nombor perlapanan 1168 diwakili oleh aksara “N”, apakah aksara yang mewakili nombor perlapanan 1108 ? A H C K B J D M 10. Tukarkan kod ASCII nombor perpuluhan 99 kepada nombor perlapanan. A 1238 C 1438 B 1348 D 1538 11. Jadual di bawah menunjukkan perwakilan kod ASCII dalam nombor perpuluhan dan nombor perlapanan bagi empat aksara. Nombor perpuluhan Nombor perlapanan Aksara I 67 103 C II 69 106 E III 71 107 G IV 73 111 I Perwakilan Data Nota Ekspres BAB 1 Soalan Objektif B01 Topikal UASA A+ ASK TG2.indd 1 24/02/2023 10:53 AM
Bab 1 3 Soalan Subjektif Buku Teks: m.s. 2 – 17 Sistem Nombor Perlapanan 1.1 1. Lengkapkan jadual perbezaan antara sistem nombor perlapanan dengan sistem nombor perpuluhan dengan jawapan yang betul. TP 1 Sistem nombor perlapanan Sistem nombor perpuluhan Dikenali sebagai Sistem Asas 8 atau sistem nombor . Dikenali sebagai Sistem Asas 10 atau sistem nombor . Nombor ditanda dengan dihujung nombor tersebut. Nombor ditanda dengan dihujung nombor tersebut. pilihan digit bermula daripada 0 hingga 7. pilihan digit bermula daripada 0 hingga 9. 2. Tandakan (✓) pada pernyataan yang betul dan (✗) pada pernyataan yang tidak betul pada ruang yang disediakan. TP 1 (a) Nilai tempat bagi nombor perpuluhan ialah 1, 8, 64, 512 dan seterusnya. (b) Nombor dalam sistem nombor perduaan ditanda dengan subskrip 2 pada hujung nombor tersebut. (c) Sistem nombor perlapanan hanya menggunakan lapan pilihan digit, iaitu 0, 1, 2, 3, 4, 5, 6 dan 7. 3. Nyatakan kaedah yang digunakan untuk menukar nombor perduaan kepada nombor perlapanan. TP 1 4. Tukarkan nombor perpuluhan berikut kepada nombor perlapanan dengan melengkapkan jadual di bawah. TP 2 (a) 58910 589 ÷ 8 = baki ÷ 8 = baki ÷ 8 = baki ÷ 8 = baki Nombor perpuluhan 58910 bersamaan dengan nombor perlapanan . TP1 Menguasai Belum menguasai TP2 Menguasai Belum menguasai B01 Topikal UASA A+ ASK TG2.indd 3 24/02/2023 10:53 AM
12Bab 1 8. Tukarkan nombor perenambelasan berikut kepada nombor perduaan berdasarkan jadual yang telah dilengkapkan di soalan 7. TP 3 (a) 58F116 (b) 341216 (c) B9C516 (d) 63E716 9. Tukarkan nombor perduaan berikut kepada nombor perenambelasan dengan melengkapkan jadual berikut berdasarkan jadual yang telah dilengkapkan di soalan 7. TP 3 (a) 111110102 Nombor perduaan 1 1 1 1 1 0 1 0 Kumpulan empat digit Nombor perenambelasan Nombor perenambelasan bagi nombor perduaan 111110102 ialah . (b) 1100000101012 Nombor perduaan Kumpulan empat digit Nombor perenambelasan Nombor perenambelasan bagi nombor perduaan 1100000101012 ialah . TP3 Menguasai Belum menguasai B01 Topikal UASA A+ ASK TG2.indd 12 24/02/2023 10:53 AM
16Bab 2 Buku Teks: m.s. 40 – 69 Pembangunan Algoritma 2.1 1. Algoritma ialah satu untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau melengkapkan sesuatu tugas. A kod atur cara B arahan C siri langkah D gambaran grafik 2. Antara berikut, yang manakah betul tentang perwakilan algoritma? I Kod arahan II Pseudokod III Carta alir IV Carta organisasi A I dan II C II dan IV B II dan III D I dan IV Soalan 3 hingga 5 berdasarkan maklumat di bawah. 1. Mula 2. Set kaunter pembilang kepada sifar 3. Baca perkataan 4. Tambah kaunter pembilang dengan 1 5. Perkataan terakhir dalam halaman? Jika ya, tamat. Jika tidak, ulang langkah 3 hingga 5. 6. Tamat. 3. Apakah perwakilan algoritma bagi maklumat di atas? A Kod atur cara B Pseudokod C Carta alir D Kod arahan komputer 4. Apakah struktur kawalan yang mungkin digunakan dalam algoritma di atas? A Pilihan tunggal B Dwipilihan C Pelbagai pilihan D Ulangan 5. Apakah kegunaan algortima tersebut? A Untuk membilang abjad dalam satu halaman teks B Untuk membilang jumlah perkataan dalam satu halaman teks C Untuk mencari perkataan tertentu dalam satu halaman teks D Untuk mencari kesalahan ejaan dalam satu halaman teks 6. Antara pernyataan berikut, yang manakah struktur kawalan bersarang? A Jika Syarat 1 dipenuhi, laksana Pernyataan 1. Jika tidak, tamat. B Jika Syarat 1 dipenuhi, semak Syarat 2. Jika tidak, tamat. C Jika Syarat 1 dipenuhi, laksana Pernyataan 1. Jika tidak, laksana Pernyataan 2. D Jika Syarat 1 dipenuhi, tamat. Jika tidak, laksana Pernyataan 1. 7. Antara carta alir berikut, yang manakah mewakili struktur kawalan bersarang? A Pernyataan 2 Syarat 1 dipenuhi? Syarat 2 dipenuhi? Ya Ya Tidak Tidak Pernyataan 1 Algoritma Nota Ekspres BAB 2 Soalan Objektif B02 Topikal UASA A+ ASK TG2.indd 16 24/02/2023 12:33 PM
19Bab 2 Soalan Subjektif Buku Teks: m.s. 40 – 69 Pembangunan Algoritma 2.1 1. Huraikan secara ringkas langkah-langkah membangunkan algoritma dalam peta pemikiran di bawah. TP 2 Langkah 1 Penyiasatan • • • • • • • • • • • Langkah 3 Memurnikan langkahlangkah algoritma Langkah 2 Mendraf algoritma dan melakukan semakan semula 2. Huraikan setiap struktur kawalan berikut dan lukis carta alir yang sesuai untuk mengukuhkan huraian anda. TP 3 (a) Struktur kawalan bersarang. TP2 Menguasai Belum menguasai TP3 Menguasai Belum menguasai B02 Topikal UASA A+ ASK TG2.indd 19 24/02/2023 12:33 PM
29Bab 2 9. Berikut adalah pseudokod yang ditulis oleh Marini. Apabila diuji lari, Marini mendapati ulangan tidak berhenti. TP 5 KBAT Menganalisis 1. Mula. 2. Isytihar pemboleh ubah x. 3. Setkan x = 0. 4. Selagi x < 5, y = y + 1 5. Tamat Kesan ralat pada pseudokod tersebut dan tulis semula pseudokod yang telah dibaiki. 10. Tulis satu pseudokod yang akan menghasilkan output seperti di bawah. TP 3 KBAT Mencipta Saya akan memaparkan semua nombor genap daripada 1 hingga 10. 2 4 6 8 10 TP3 Menguasai Belum menguasai TP5 Menguasai Belum menguasai B02 Topikal UASA A+ ASK TG2.indd 29 24/02/2023 12:33 PM
34Bab 3 A I dan II B II dan III C III dan IV D I, II, III dan IV 9. Perhatikan kod arahan Python di bawah. Jalil = “Jalil” jalil = “jalil” juga_Jalil = “Jalil” print(“Jalil == jalil: “, Jalil == jalil) print(“Jalil == juga_Jalil”, Jalil == juga_Jalil) Apakah jangkaan output yang diperoleh? A Jalil == jalil: True Jalil == juga_Jalil: True B Jalil == jalil: False Jalil == juga_Jalil: False C Jalil == jalil: False Jalil == juga_Jalil: True D Jalil == jalil: True Jalil == juga_Jalil: False 10. Berikut adalah operasi pembahagian dengan menggunakan kalkulator. 5 / Cannot divide by zero Apakah jenis ralat yang diperoleh jika operasi ini dilakukan dengan penggunaan kod arahan bahasa pengaturcaraan Python? A Ralat sintaks B Ralat logik C Ralat masa larian D Tiada sebarang ralat Buku Teks: m.s. 121 – 167 Struktur Kod Arahan 3.2 11. Apakah struktur kawalan yang sesuai bagi atur cara memasukkan dua nombor perpuluhan dan operasi pendaraban dilakukan? A Struktur kawalan pilihan B Struktur kawalan jujukan C Struktur kawalan ulangan D Struktur kawalan bersarang 12. Rajah di bawah menunjukkan situasi bagi suatu aplikasi permainan. TEKA SILANG KATA ADAKAH ANDA INGIN KELUAR? ✔ ✘ Apakah struktur kawalan yang sesuai bagi situasi di atas? A Struktur kawalan gelung for B Struktur kawalan gelung while C Struktur kawalan pilihan tunggal D Struktur kawalan dwipilihan 13. Antara berikut, yang manakah kod arahan umum bagi gelung for? A for <pernyataan in gelung [1, 2, 3]>: <Pemboleh ubah> B for <ujian in pemboleh ubah gelung [1, 2, 3]>: <Pernyataan> C for <pemboleh ubah gelung in [1, 2, 3]>: <Pernyataan> D for <pemboleh ubah gelung in ujian>: <Pernyataan> 14. Antara sintaks berikut, yang manakah digunakan untuk mengakhiri pilihan dalam suatu struktur kawalan? A if C else B elif D for B03 Topikal UASA A+ ASK TG2.indd 34 24/02/2023 3:12 PM
36Bab 3 Soalan Subjektif Buku Teks: m.s. 76 – 120 Persekitaran Kod Arahan 3.1 1. Huraikan fungsi penterjemah jenis pentafsir dalam konsep pengaturcaraan. TP 2 2. Lengkapkan peta pemikiran berikut tentang jenis-jenis data. TP 2 (a) ialah nombor yang tidak mengandungi pecahan dan nombor perpuluhan. Jenisjenis data (e) ialah nombor yang mengandungi pecahan dan nombor perpuluhan. (b) ialah jenis data yang mewakili aksara, iaitu abjad, angka dan simbol. (c) hanya mempunyai dua nilai, iaitu Benar dan Palsu. (d) ialah perkataan yang dibina daripada beberapa aksara. TP2 Menguasai Belum menguasai B03 Topikal UASA A+ ASK TG2.indd 36 24/02/2023 3:12 PM
38Bab 3 7. Maklumat berikut adalah paparan output bagi satu kod arahan Python yang menggunakan fungsi input dan fungsi output. TP 3 ***Selamat Datang ke Kelab Makmal Komputer SMK Permata*** Bilangan ahli perempuan: 150 Bilangan ahli lelaki: 100 Jumlah ahli: 250 orang Input pengguna Tulis segmen kod dalam bahasa pengaturcaraan Python yang menghasilkan paparan output seperti di atas. 8. Jadual di bawah menunjukkan lapan pemboleh ubah yang diberi nama pengecam dari a hingga h. Setiap pemboleh ubah diumpukkan dengan satu perkataan seperti yang ditunjukkan di bawah. TP 3 Pemboleh ubah a b c d e f g h komputer kreatif pembelajaran akan pengaturcaraan murid menjadikan lebih Susun semula perkataan-perkataan yang diberi menjadi satu ayat. Kemudian, gunakan bahasa pengaturcaraan Python untuk menulis satu segmen kod yang memaparkan ayat tersebut dengan menggunakan pemboleh ubah yang diisytiharkan dengan jenis data str. TP3 Menguasai Belum menguasai B03 Topikal UASA A+ ASK TG2.indd 38 24/02/2023 3:12 PM
55Pentaksiran Sumatif 1. Sistem nombor perenambelasan dikenali sebagai sistem nombor . A desimal B oktal C heksadesimal D binari 2. Maklumat berikut berkaitan dengan langkah-langkah penukaran nombor perpuluhan kepada nombor perlapanan. P Catat hasil bahagi dan baki yang diperoleh. Q Bahagi nombor. R Tulis semua hasil baki yang tercatat dari bawah ke atas. S Ulang proses sehingga hasil bahagi tidak boleh dibahagi lagi. Antara urutan berikut, yang manakah betul? A R, P, S, Q B S, P, Q, R C P, Q, R, S D Q, P, S, R 3. Rajah 1 di bawah menunjukkan suatu perkataan yang diwakili oleh nombor perenambelasan. 4216 6516 7316 7416 4016 7216 6916 Rajah 1 Apakah perkatan tersebut? A Best@ri B Bestari C BestaRi D BeSt@rI 4. Antara padanan berikut, yang manakah betul? I 1010110010002 = A4816 II 110001011011012 = 326D16 III 101010010110012 = 2A5916 IV 10111100011111002 = BC7C16 A I dan II B II dan III C I dan IV D III dan IV 5. Jadual 1 menunjukkan penukaran nombor perenambelasan kepada nombor perduaan yang tidak lengkap. Jadual 1 6 E 3 6 14 3 P 1110 Q R Apakah P, Q dan R? P Q R A 0110 0010 11011100010 B 0110 0011 11011100011 C 0110 1000 11011101000 D 0110 1100 11011101100 6. Steven telah menguji suatu atur cara, dia mendapati atur cara tersebut terhenti secara tiba-tiba. Apakah jenis ralat yang berlaku? A Ralat sintaks B Ralat logik C Ralat masa larian D Ralat pelaksanaan Bahagian A [10 markah] Jawab semua soalan. Pentaksiran Sumatif Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) PSumatif Topikal UASA A+ ASK TG2.indd 55 23/02/2023 5:09 PM
56Pentaksiran Sumatif 7. Berikut adalah pernyataan tentang sejenis struktur kawalan. Dikawal dengan keadaan dan bilangan lelaran yang tidak diketahui. Nyatakan struktur kawalan ini. A Gelung if B Gelung while C Gelung for D Gelung if...else 8. Rajah 2 menunjukkan suatu perkataan. Pulau Langkawi Rajah 2 Apakah jenis data yang digunakan bagi perkataan tersebut? A Double B Boolean C Char D String 9. Apakah proses untuk membaiki ralat? A Pemalar B Carta alir C Penyahpepijat D Pemboleh ubah 10. Rajah 3 menunjukkan segmen kod Python. x = str(“Saya”) y = str(“suka”) z = str(“ASK”) print(x+y,z) Rajah 3 Apakah output yang diperoleh? A Sayasuka ASK B Saya sukaASK C Saya suka ASK D SayasukaASK Bahagian B [40 markah] Jawab semua soalan. 1. Lengkapkan jadual perbezaan antara sistem nombor perlapanan dengan sistem nombor perpuluhan. Sistem nombor perlapanan Sistem nombor perpuluhan (a) • • Sistem nombor oktal Nama lain (b) • Sistem Asas 10 • (c) 0 hingga Digit 0 hingga 9 (d) Ditanda pada hujung nombor. Nilai subskrip Ditanda 10 pada hujung nombor. 54328 Contoh 5678910 [4 markah] PSumatif Topikal UASA A+ ASK TG2.indd 56 23/02/2023 5:09 PM
60Pentaksiran Sumatif 10. Rajah 5 menunjukkan proses pemindahan aksara daripada papan kekunci untuk dipaparkan pada skrin monitor. Input aksara pada papan kekunci X Y Output aksara pada skrin komputer Rajah 5 (a) Apakah X dan Y? X: Y: [2 markah] (b) ialah set gabungan 0 dan 1 yang dalam 1 bait. [2 markah] Bahagian C [20 markah] Jawab semua soalan. 1. Jadual 3 menunjukkan jadual syarat kelayakan bantuan. Jadual 3 Syarat kelayakan bantuan Status Gaji Kahwin RM1 000 ke bawah (a) Berdasarkan Jadual 3, nyatakan struktur kawalan yang terlibat. [1 markah] (b) Mengapakah anda memilih struktur kawalan di 1(a)? [2 markah] (c) Berikan dua format perwakilan algoritma. [2 markah] PSumatif Topikal UASA A+ ASK TG2.indd 60 23/02/2023 5:09 PM
62Pentaksiran Sumatif 2. Farhan ingin membina satu atur cara bagi menentukan diskaun untuk setiap pembelian barang elektrik dan jumlah yang perlu dibayar selepas diskaun. Jadual 4 menunjukkan jadual diskaun. Jadual 4 Jumlah pembelian (RM) Diskaun (%) 499 dan ke bawah 5 500 hingga 999 8 1 000 hingga 2 999 10 3 000 hingga 4 999 12 5 000 dan ke atas 15 (a) Berdasarkan Jadual 4, kenal pasti setiap maklumat berikut. (i) Input : (ii) Struktur kawalan : (iii) Output : [3 markah] (b) Nyatakan jenis data yang terlibat dalam Jadual 4. [1 markah] (c) Tulis kod arahan dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan Python. [6 markah] PSumatif Topikal UASA A+ ASK TG2.indd 62 23/02/2023 5:09 PM
63 BAB 1 Soalan Objektif 1. B 2. A 3. C 4. B 5. B 6. D 7. D 8. A 9. A 10. C 11. C 12. B 13. C 14. D 15. C 16. B 17. C 18. B 19. D 20. C 21. A Soalan Subjektif 1.1 1. Sistem nombor perlapanan Sistem nombor perpuluhan oktal desimal subskrip 8 subskrip 10 Lapan Sepuluh 2. (a) ✗ (b) ✓ (c) ✓ 3. Kaedah pengumpulan 3 digit nombor perduaan dan tukarkan kepada nilai perlapanan dan kaedah pengiraan. 4. (a) 589 ÷ 8 = 73 baki 5 73 ÷ 8 = 9 baki 1 9 ÷ 8 = 1 baki 1 1 ÷ 8 = 0 baki 1 1115 (b) 1236 ÷ 8 = 154 baki 4 154 ÷ 8 = 19 baki 2 19 ÷ 8 = 2 baki 3 2 ÷ 8 = 0 baki 2 2324 5. (a) 122 (c) 7211 (b) 330 (d) 17272 6. mendarabkan, perlapanan, nilai tempat 7. (a) Nombor perlapanan 3 1 4 Nilai tempat 64 8 1 Nilai digit 192 8 4 204 (b) Nombor perlapanan 5 3 4 0 Nilai tempat 512 64 8 1 Nilai digit 2560 192 32 0 2784 8. Tiga, satu 9. (a) Kaedah pengumpulam tiga digit nombor perduaan dan tukarkan kepada nilai perlapanan (b) Kaedah pengiraan 10. Digit-digit dalam nombor perlapanan Digit-digit nombor perduaan yang mewakili nombor perlapanan 0 000 1 001 2 010 3 011 4 100 5 101 6 110 7 111 11. (a) 111010 (b) 100011001 (c) 101100001000 (d) 110000001100 12. (a) Nombor perduaan 1 1 1 0 0 1 Kumpulan tiga digit 111 001 Nombor perlapanan 7 1 71 (b) Nombor perduaan 1 0 0 0 1 1 0 0 0 1 1 1 Kumpulan tiga digit 100 011 000 111 Nombor perlapanan 4 3 0 7 4307 Jawapan Jawp Topikal UASA A+ ASK TG2.indd 63 24/02/2023 10:55 AM
72 (iii) Kod arahan Python besar = 0 kecil = 100 kira = -1 jumlah = 0 nom = 1 print(“Markah yang dimasukkan akan berhenti jika 0 dimasukkan.”) while nom != 0: nom = float(input(“Masukkan markah: “)) jumlah = jumlah + nom kira = kira + 1 if besar < nom: besar = nom if nom != 0 and kecil > nom: kecil = nom purata = jumlah/kira print(“Purata markah:”, round(purata,2)) print(“Markah tertinggi: “,besar) print(“Markah terendah: “,kecil) (b) (i) Struktur kawalan pilihan bersarang dan struktur kawalan ulangan while (ii) Carta alir atur cara (iii) Kod arahan Python kod = 8008 kodAnda = 0 kira = 0 while kodAnda != 8008 and kira < 3: kodAnda = int(input(“Masukkan nombor kod anda…:”)) kira = kira + 1 if kodAnda == kod: for i in range (3): print (“TAHNIAH”) quit() for i in range (3): print (“RAHSIA”) print(“Cuba sekali lagi!”) 6. Carta alir Papar“Masukkan nombor kod anda:” Papar “TAHNIAH” kod Anda != 8008? kira < 3? i <= 3? i <= 3? Ya MULA Isytihar pemboleh ubah kod, kodAnda, kira, i i = i + 1 kira = kira + 1 i = i + 1 Setkan kodAnda = input yang dimasukkan Setkan kod = 8008 Setkan kodAnda = 0 Setkan kira = 1 Setkan i = 1 TAMAT Tidak Tidak Tidak Tidak Tidak Tidak Tidak Tidak Ya Ya Ya Masukkan jumlah jualan jualan >= 800? jualan >= 601? jualan >= 701? jualan >= 501? ulang == Y? Tidak Ya MULA Isytihar pemboleh ubah ulang, jumlah, jualan, kira Setkan jualan = jumlah jualan yang dimasukkan kadar_komisen = 0.055 komisen = jualan × 0.055 kadar_komisen = 0.05 komisen = jualan × 0.05 kadar_komisen = 0.04 komisen = jualan × 0.04 kadar_komisen = 0.03 komisen = jualan × 0.03 Setkan ulang = “Y” Setkan jumlah = 0 Setkan jualan = 0 Setkan kira = 0 kadar_komisen = 0.02 komisen = jualan × 0.02 Ya Ya Ya Ya A1 A2 A3 Papar “RAHSIA” Jawp Topikal UASA A+ ASK TG2.indd 72 24/02/2023 10:55 AM
73 Kod arahan Python print(“\t***Pengiraan Komisen Bagi Jualan Buku***”) ulang = “Y” jumlah = 0 jualan = 0 kira = 0 while ulang == “Y”: jualan = float(input(“\nMasukkan jumlah jualan: RM “)) if jualan > 800: kadar_komisen = 0.055 komisen = jualan * kadar_komisen elif jualan >= 701: kadar_komisen = 0.05 komisen = jualan * kadar_komisen elif jualan >= 601: kadar_komisen = 0.04 komisen = jualan * kadar_komisen elif jualan >= 501: kadar_komisen = 0.03 komisen = jualan * kadar_komisen else: kadar_komisen = 0.02 komisen = jualan * kadar_komisen print(“Komisen anda ialah: RM “,round (komisen,2)) jumlah = jumlah + komisen kira = kira + 1 ulang = input(“Masukkan Y untuk teruskan pengiraan atau N untuk hentikan pengiraan...”) purata = jumlah/kira print(“\n\tJumlah komisen ialah: RM “,round (jumlah,2)) print(“\t...Anda telah selesai membuat pengiraan...”) print(“\tPurata komisen ialah: RM “,round (purata,2)) A1 A2 A3 Papar jumlah Papar“Anda telah selesai membuat pengiraan.” Papar purata TAMAT purata = jumlah/kira Papar komisen jumlah = jumlah + komisen kira = kira + 1 Pentaksiran Sumatif Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) Bahagian A 1. C 2. D 3. A 4. D 5. B 6. C 7. B 8. D 9. C 10. A Bahagian B 1. (a) Sistem Asas 8 (b) Sistem nombor desimal (c) 7 (d) 8 2. R, P, S, Q 3. (a) 7 (b) 3 (c) 7 (d) 7 4. 2789 ÷ 8 = 348 baki 5 348 ÷ 8 = 43 baki 4 43 ÷ 8 = 5 baki 3 5 ÷ 8 = 0 baki 5 Nombor perlapanan bagi nombor perpuluhan 278910 ialah 53458 . 5. P = password Q = 11110 R = 7016 S = 7716 6. (a) Palsu (b) Benar (c) Benar (d) Palsu 7. (a) Double (b) String (c) Integer (d) Boolean 8. C, A, B, D 9. (a) Ralat logik (b) (i) Teknik semakan meja (ii) Teknik langkah demi langkah (c) penyahpepijat 10. X = Unit pemprosesan pusat Y = Storan ingatan Bahagian C 1. (a) Struktur kawalan pilihan bersarang (b) Jadual 3 menunjukkan pilihan yang melebihi satu syarat (c) Pseudokod dan carta alir Jawp Topikal UASA A+ ASK TG2.indd 73 24/02/2023 10:55 AM