C
M
Y TINGKATAN
1 2 3
CM
MY
CY ©PAN ASIA PUBLICATIONS
CMY
K
KARANGAN EXCELLENCE
AwardS
Winner
ii
©PAN ASIA PUBLICATIONS
KANDUNGAN
TEMA 1 Kesihatan 1
TEMA 2 Keselamatan 6
TEMA 3 Perpaduan 14
TEMA 4 Seni Budaya 19
TEMA 5 Jati Diri dan Kewarganegaraan 26
TEMA 6 Sains, Teknologi dan Inovasi 31
TEMA 7 Teknologi Alam Hijau 39
TEMA 8 Pertanian 44
TEMA 9 Perindustrian 51
©PAN ASIA PUBLICATIONS
TEMA 10 Pelancongan 56
TEMA 11 Integriti 65
TEMA 12 Sukan dan Rekreasi 70
TEMA 13 Kejayaan 77
TEMA 14 Wadah Ilmu Pengetahuan 83
TEMA 15 Ekonomi Pengurusan Kewangan 89
TEMA 16 Kerjaya 94
TEMA 17 Sejarah dan Warisan 101
TEMA 18 Masa 107
TEMA 19 Alam Sekitar 112
TEMA 20 Remaja 117
iii
iv
TEMA 21 Bahasa dan Kesusasteraan 125
TEMA 22 Membaca 130
TEMA 23 Keluarga 136
TEMA 24 Budi Bahasa 141
TEMA 25 Persahabatan 149
TEMA 26 Kemasyarakatan 154
TEMA 27 Guru ©PAN ASIA PUBLICATIONS 162
TEMA 28 Kenegaraan 167
TEMA 29 Bencana dan Kemalangan 173
TEMA 30 Nilai-nilai Murni 178
TEMA 31 Aktiviti Tahunan di Sekolah 183
TEMA 1 KESIHATAN
Pemakanan yang seimbang amat penting untuk diamalkan. Pada pendapat anda,
apakah kepentingan pemakanan seimbang?
Tema: Kata Kunci: Format:
Kesihatan Kepentingan pemakanan seimbang Pendapat
Pendahuluan: pemakanan seimbang yang dicadangkan oleh pihak pemakanan ialah makan
makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, ikan, daging, bijirin dalam jumlah tertentu
Cadangan isi: ©PAN ASIA PUBLICATIONS
1. mengelakkan obesiti – pengawalan makanan menjadikan tubuh sihat dan memudahkan aktiviti harian
2. menyihatkan tubuh badan – vitamin menjadikan sesorang tahan menghadapi sebarang jangkitan
penyakit – tidak mudah jatuh sakit – menjadikan kesihatan sihat sejahtera
3. pembesaran manusia lebih sempurna daripada aspek fizikal – untuk membina tubuh badan yang
kuat, zat yang mencukupi diperlukan – protein, karbohidrat, kalsium penting untuk tumbesaran
manusia
4. pertumbuhan mental seseorang – zat dan vitamin yang mencukupi menjadikan mental cerdas
dan tubuh tidak mudah letih – dapat berfikir dengan baik – daya ingatan kuat
Penutup: makanan seimbang penting – setiap orang – mengambil makanan seimbang
1
2
Sesetengah orang sangat mementingkan tahap kesihatan yang baik. Nyatakan kaedah
©PAN ASIA PUBLICATIONS
yang sesuai untuk mengekalkan kesihatan yang baik.
Tema: Kata Kunci: Format:
Kesihatan Kaedah mengekalkan kesihatan yang baik Fakta
Pendahuluan: setiap orang memerlukan badan dan otak yang sihat sepanjang masa – kesihatan
yang baik membolehkan seseorang melakukan tugas harian dengan sempurna – impian setiap orang
Cadangan isi:
1. mengamalkan pemakanan seimbang – mengambil makanan yang seimbang – mengikut piramid
makanan – elakkan makanan yang berlemak, manis dan beralkohol – membolehkan seseorang
berfikiran cerdas
2. bersenam atau bersukan – mengeluarkan peluh – pelbagai aktiviti boleh dilakukan – mengawal
badan daripada kegemukan dan pelbagai jenis penyakit – boleh melakukan aktiviti harian
tanpa gangguan
3. memeriksa tahap kesihatan – rawatan dan perubatan diberikan keutamaan – sentiasa berjumpa
doktor untuk memeriksa tahap kesihatan – dapatkan rawatan sekiranya memerlukan
4. tidur dan rehat yang mencukupi – tubuh memerlukan rehat yang mencukupi untuk berfungsi
dengan baik – tidur antara 7 hingga 8 jam sehari – tubuh menjadi lebih sihat
Penutup: menjaga kesihatan dengan baik pada peringkat awal – kesihatan ialah anugerah yang
tidak ternilai
©PAN ASIA PUBLICATIONS
Sejak akhir-akhir ini, masalah obesiti semakin meningkat di Malaysia dan semakin
membimbangkan semua pihak. Nyatakan kesan obesiti kepada kesihatan.
Tema: Kata Kunci: Format:
Kesihatan Kesan obesiti kepada kesihatan Fakta
Pendahuluan: obesiti – keadaan di mana seseorang memiliki lebihan lemak di dalam badan
sehingga boleh mendatangkan kesan buruk kepada kesihatan – berlaku kepada sesiapa sahaja
tanpa mengira usia
Cadangan isi:
1. mudah dijangkiti penyakit – orang gemuk atau obesiti mudah mendapat penyakit kronik –
pengumpulan lemak berlebihan pada badan meningkatkan tekanan darah – lemah jantung, darah
tinggi, kencing manis
2. pergerakan terbatas – tidak boleh bergerak dengan selesa kerana berat badan berlebihan –
sukar untuk melakukan aktiviti harian – mendatangkan bahaya apabila berlaku kecemasan
3 tekanan perasaan – kerap mengalami tekanan – menjadi bahan ejekan dan gurauan – berasa
rendah diri apabila berhadapan dengan orang ramai – tertekan – ambil jalan mudah – bunuh diri
4. saiz pakaian terhad – pakaian sukar dicari – kurang kedai yang menawarkan pakaian yang bersaiz
besar – perlu menempah di kedai jahitan – tidak dapat berfesyen
Penutup: bukan masalah yang ringan – banyak kesan bahaya – perlu mengambil langkah segera
untuk mengatasi masalah obesiti
3
4
Sebagai seorang doktor di sebuah hospital kerajaan, anda telah dijemput untuk menyampaikan
©PAN ASIA PUBLICATIONS
ceramah tentang cara-cara untuk menangani penularan masalah penyakit berjangkit.
Tulis teks ceramah anda selengkapnya.
Tema: Kata Kunci: Format:
Kesihatan Cara-cara menangani penularan masalah penyakit berjangkit Ceramah
Pendahuluan: kata alu-aluan kepada pengerusi majlis, pengetua, guru-guru, murid –
memperkenalkan diri – ucapan terima kasih – nyatakan tajuk ceramah
Cadangan isi:
1. penyakit berjangkit berbahaya – penyakit berjangkit seperti H1N1, SAR, HFMD – sukar dirawat
akibat ketiadaan penawar – pelbagai langkah perlu diambil bagi mencegah penyakit tersebut
2. memastikan penjagaan kesihatan teratur – menjaga kesihatan diri – membasuh tangan dengan
bersih – langkah mudah mengelakkan jangkitan penyakit menerusi penyebaran bakteria dan virus
3. mengkuarantin pesakit yang dijangkiti – tidak membawa kanak-kanak yang dijangkiti ke tempat
awam – boleh merebakkan jangkitan kepada orang lain – mengekang penularan virus
4. segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan – mempunyai tanda-tanda penyakit
berjangkit – mengelakkan penyakit tersebut semakin teruk dan berjangkit kepada orang lain
Penutup: penyakit berjangkit sukar ditangani jika tidak mengambil langkah bersepadu – semua
orang perlu mengambil tahu tanda-tanda awal penyakit – tidak mahu menyesal di kemudian hari
©PAN ASIA PUBLICATIONS
Berat badan berlebihan menjadi masalah serius kepada rakyat Malaysia. Pada pendapat
anda, apakah punca-punca berlakunya berat badan yang berlebihan?
Tema: Kata Kunci: Format:
Kesihatan Punca-punca berat badan berlebihan Pendapat
Pendahuluan: menjadi masalah kesihatan yang serius kepada rakyat Malaysia – 8.5 juta penduduk
Malaysia mengalami berat badan berlebihan – beberapa punca yang menyebabkan masalah ini
Cadangan isi:
1. tidak mengamalkan pemakanan seimbang – makan makanan manis, berlemak, berminyak dengan
berlebihan – makan lewat malam – terlalu banyak makan makanan segera – badan kecil menjadi
tembam dan gemuk
2. tidak bersukan dan beriadah – sibuk bermain dengan gajet dan lalai dengan hiburan – terlalu
manjakan tubuh dengan cara tidak melakukan sebarang pergerakan – malas bergerak, berat
badan berlebihan
3. tempat riadah dan peralatan sukan yang tidak mencukupi – tidak mampu menampung penduduk
ramai – banyak peralatan bersenam di taman rosak – tidak dibaiki – hilang minat untuk bersukan
4. kekangan masa – sibuk bekerja atau belajar – tiada masa untuk bersenam atau beriadah – waktu
makan tidak teratur – jadual padat – letih – pulang ke rumah – berehat dan tidur
Penutup: masalah semakin serius – membimbangkan semua pihak – masyarakat perlu berubah –
tubuh badan sihat dan bebas penyakit
5
©PAN ASIA PUBLICATIONS
TEMA 24 BUDI BAHASA
Slogan “Budi Bahasa Budaya Kita” menggambarkan rakyat di negara ini terkenal dengan
budi pekerti yang tinggi. Huraikan kebaikan-kebaikan budaya berbudi bahasa dalam
kehidupan harian kita.
Tema: Kata Kunci: Format:
Budi bahasa Kebaikan-kebaikan budaya berbudi bahasa dalam kehidupan harian Fakta
Pendahuluan: budaya berbudi bahasa haruslah dipraktikkan dalam kehidupan harian kita selari
dengan slogan “Budi Bahasa Budaya Kita” – banyak kebaikan yang akan diperoleh
Cadangan isi:
1. seseorang yang tinggi budi pekertinya akan dikenang – harimau mati meninggalkan belang,
manusia mati meninggalkan nama – diberikan ganjaran pahala di akhirat kelak
2. nama baik keluarga terjaga – mendapat layanan yang baik dari orang sekeliling – bersikap
saling menghormati
3. melahirkan masyarakat yang bertanggungjawab – hubungan antara masyarakat bertambah erat
4. negara bertambah maju – dikagumi negara asing – melahirkan bangsa yang penyayang – menarik
minat pelancong asing untuk mengenali
Penutup: menjadi tanggungjawab – anggota masyarakat – mengamalkan budi bahasa dan nilai murni
141
142
Budi bahasa dalam kalangan remaja pada abad ini semakin merosot apabila kita sering
kali dihidangkan dengan pelbagai berita yang menunjukkan salah laku para remaja. Pada
pandangan anda, apakah faktor-faktor yang mempengaruhi sikap remaja yang tidak berbudi
bahasa terhadap orang lain?
Tema: Kata Kunci: Format:
Budi bahasa Faktor-faktor yang mempengaruhi sikap remaja yang Pendapat
tidak berbudi bahasa terhadap orang lain
Pendahuluan: berita yang membabitkan salah laku remaja boleh dikatakan setiap hari dilaporkan
di media massa – hal ini menunjukkan peningkatan masalah sosial yang semakin membarah kerana
kebejatan budi bahasa dalam diri para remaja
Cadangan isi: ©PAN ASIA PUBLICATIONS
1. berpunca daripada diri sendiri yang tiada kesedaran pentingnya amalan berbudi bahasa terhadap
orang lain – mereka mudah terpengaruh dengan sikap rakan sebaya yang tidak beradab seperti
bercakap kasar dengan orang lain – bangga dengan budaya barat yang bersikap lebih terbuka
dalam berbicara tanpa mengira sensitiviti pihak lain
2. kekurangan kasih sayang daripada ahli keluarga – tuntutan kehidupan yang semakin mencabar
ekonomi keluarga menyebabkan ibu bapa sibuk bekerja sehingga lupa akan tanggungjawab
untuk mengajar anak menjadi insan yang berbudi bahasa – mengharapkan guru di sekolah
untuk memberikan didikan agama dan moral
©PAN ASIA PUBLICATIONS
3. kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi mengehadkan perhubungan sosial di alam nyata
– contohnya, leka dengan telefon pintar sehingga tidak menghiraukan orang di sekeliling – tidak
tahu cara bergaul dan berkomunikasi dengan betul – percakapan tidak sopan – mengguris hati
orang lain – secara tidak langsung, akan menjejaskan hubungan pergaulan – terlajak perahu
boleh diundur, terlajak kata, buruk padahnya
4. masyarakat tidak menunjukkan contoh yang baik kepada para remaja – perbuatan memaki
hamun, fitnah dan mengeluarkan kata-kata kesat tanpa memikirkan perasaan orang lain
– remaja menganggap itu sesuatu yang normal dan tidak menjadi kesalahan lalu turut meniru
perbuatan tersebut – dengan demikian, pertuturan para remaja tidak lagi menggunakan
bahasa halus – sebaliknya lebih cenderung menggunakan bahasa kasar yang tidak manis
untuk dituturkan
Penutup: kesimpulannya, semua pihak haruslah berganding bahu mengatasi punca-punca wujudnya
masyarakat yang tidak berbudi bahasa agar warganegara yang bersopan santun dan tinggi budi
pekerti dapat diwujudkan
143
144
Budi bahasa merupakan asas kehidupan yang bermaruah. Namun demikian, amalan budi
bahasa dalam kalangan masyarakat kini semakin longgar. Huraikan langkah-langkah yang
harus diambil untuk memperkasakan nilai-nilai murni dalam diri.
Tema: Kata Kunci: Format:
Budi bahasa Langkah-langkah yang harus diambil untuk memperkasakan Fakta
nilai-nilai murni dalam diri
Pendahuluan: amalan berbudi bahasa merupakan satu amalan yang menjadi budaya masyarakat
kita sejak dahulu lagi – generasi lama sangat mementingkan budi bahasa dalam kehidupan
bermasyarakat – arus kemodenan telah menyebabkan amalan ini semakin longgar – langkah-langkah
yang sewajarnya harus diambil untuk memperkasakan nilai-nilai murni dalam diri
Cadangan isi: ©PAN ASIA PUBLICATIONS
1. ibu bapa memainkan peranan utama dalam pembentukan akhlak anak-anak mereka – guru
pertama bagi anak-anak ialah ibu bapa – mereka akan meniru apa-apa sahaja yang ditunjukkan
oleh ibu bapa – perlu menunjukkan sifat sopan santun dan budi pekerti yang baik – bagaimana
acuan begitulah kuihnya
2. pihak sekolah haruslah merancang aktiviti atau program yang berkesan agar objektif
kemenjadian murid yang seimbang dari semua aspek tercapai – contohnya, menganjurkan
pertandingan, perkhemahan, program motivasi yang menekankan semangat kerjasama antara
murid tanpa mengira, bangsa dan agama – dengan demikian, dapat membentuk nilai-nilai murni
dalam diri setiap murid – mewujudkan perpaduan yang erat
©PAN ASIA PUBLICATIONS
3. media massa juga memainkan peranan penting kerana sangat mempengaruhi kehidupan
masyarakat – pihak penerbitan boleh menyiarkan lebih banyak iklan yang menarik tentang
kepentingan penerapan nilai-nilai murni – selebriti juga tidak boleh berdiam diri kerana
para peminat mereka akan mencontohi sikap yang ditunjukkan olehnya – oleh itu, wajar
mempamerkan sikap yang baik dan disenangi oleh para peminat
4. pihak kerajaan perlulah menggubal undang-undang yang lebih ketat sekiranya remaja didapati
bersalah melanggar peraturan yang ditetapkan – pihak swasta juga perlu turun padang
mempromosikan kempen “Budi Bahasa Budaya Kita” – secara tidak langsung, mengetahui
kepentingan berbudi bahasa – melahirkan nilai-nilai murni dalam diri
5. peranan rakan sebaya juga amat mustahak dalam memupuk nilai-nilai murni – banyak
meluangkan masa bersama rakan sebaya di sekolah atau di luar sekolah – justeru, kita wajarlah
memilih rakan yang berakhlak mulia dan mengamalkan nilai-nilai murni – rakan yang baik akan
membawa kebaikan
Penutup: kesimpulannya, nilai budi bahasa ini perlu diamalkan dalam keluarga, persekitaran
masyarakat, pendidikan, pentadbiran dan perkhidmatan awam – perhubungan yang baik antara
insan akan menjamin keharmonian dan keamanan sejagat
145
146
©PAN ASIA PUBLICATIONS
Rakyat Malaysia yang terkenal dengan sifat ketimuran dan mengamalkan nilai-nilai murni
dalam pergaulan amat menyenangkan hati pihak luar. Berikan ciri-ciri orang yang berbudi
bahasa terhadap orang lain.
Tema: Kata Kunci: Format:
Budi bahasa Ciri-ciri orang yang berbudi bahasa terhadap orang lain Fakta
Pendahuluan: sikap rakyat Malaysia – terkenal dengan ketinggian budi pekerti menarik minat
pelancong asing datang ke negara kita – rakyat Malaysia haruslah menunjukkan contoh yang baik
Cadangan isi:
1. bersopan santun – bercakap lemah lembut dan tidak meninggikan suara walaupun dalam
keadaan marah – penyabar dalam segala hal – tidak sombong semasa bergaul dengan orang lain
2. tidak mementingkan diri – bertolak ansur – tidak berkira atau mengharapkan balasan apabila
memberikan bantuan – sumbangan tenaga, wang, masa dan material diberikan dengan ikhlas
3. bertimbang rasa terhadap semua orang – mendahulukan orang yang lebih memerlukan
– contohnya, memberikan tempat duduk kepada ibu mengandung dan orang tua dalam tren
4. bersikap ramah walaupun terhadap orang yang baru dikenali – contohnya, membantu
pelancong asing menunjukkan arah sesuatu destinasi – mudah diajak berunding apabila
hendak membuat keputusan
Penutup: setiap warganegara Malaysia haruslah membuktikan bahawa kita mempunyai ciri-ciri
orang yang berbudi bahasa
Nilai budi bahasa yang semakin kurang diamalkan telah menyebabkan pelbagai masalah
sosial meningkat. Nyatakan pendapat anda tentang kesan-kesan buruk tidak mengamalkan
nilai budi bahasa dalam kehidupan.
Tema: Kata Kunci: Format:
Budi bahasa Kesan-kesan buruk tidak mengamalkan nilai berbudi bahasa Pendapat
dalam kehidupan
Pendahuluan: nilai berbudi bahasa dalam kalangan masyarakat hebat diperkatakan pada abad ini
lantaran banyak isu berkaitan adab sesama makhluk semakin merosot – masalah yang berlaku ini
akan memberikan kesan kepada keseluruhan kehidupan
Cadangan isi: ©PAN ASIA PUBLICATIONS
1. individu yang tidak berbudi bahasa akan bersifat individualistik dan mementingkan kebendaan
daripada nilai kemanusiaan – lebih mudah terpengaruh dengan budaya luar – mereka tidak akan
dipercayai oleh masyarakat lantaran lunturnya nilai berbudi bahasa
2. keluarga akan dipandang serong oleh masyarakat – nama baik keluarga akan tercemar apabila
ada ahli keluarga yang terpalit dengan kes-kes kerosakan akhlak seperti terlibat dengan jenayah,
masalah penagihan dadah, buli dan sebagainya – ibarat kerana nila setitik, rosak susu sebelanga
– institusi kekeluargaan akan runtuh dan porak-peranda
147
148
©PAN ASIA PUBLICATIONS
3. kesan kepada pihak sekolah – murid yang tidak berbudi bahasa akan terlibat dengan masalah
disiplin seperti buli, ponteng sekolah dan pergaduhan – mengganggu proses pembelajaran
murid lain – nama sekolah tercemar
4. kepincangan akhlak dalam kalangan masyarakat – berlakunya pergaduhan antara anggota
masyarakat – hilangnya sikap saling menghormati dan kasih sayang sesama insan – peningkatan
kes-kes jenayah kerana tiada kesedaran sivik
5. imej negara akan terjejas jika rakyatnya tidak berbudi bahasa – sebagai contoh, layanan yang
kurang mesra semasa menawarkan perkhidmatan kepada pelancong asing dengan penggunaan
bahasa yang kurang sopan – pelancong asing yang menyaksikan kebobrokan nilai murni
rakyat Malaysia sudah tidak berminat untuk melancong ke negara kita lagi – ekonomi dan
pembangunan negara turut terjejas
Penutup: sebagai rakyat Malaysia, marilah kita menjunjung prinsip kelima Rukun Negara, iaitu
kesopanan dan kesusilaan agar budi bahasa menjadi budaya hidup kita – sesungguhnya, tidak rugi
jika kita berbudi bahasa dalam kehidupan seharian – tidak akan dikeji malah disanjung
©PAN ASIA PUBLICATIONS
GRAB Pan Asia Publications Sdn. Bhd.
199101016590 (226902-X)
No. 2-16, Jalan SU 8,
40300 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
C TINGKATAN Me Taman Perindustrian Subang Utama, Seksyen 22,
1 2 3 Tel: +603-5614 4168 Akses Digital
M Faks: +603-5614 4268
KARANGAN
Y E-mel: [email protected]
Nor Halimatusadiah binti Ibrahim Laman web: www.panasiapub.com
CM
Nur Amalina binti Mat Nawi
© Pan Asia Publications Sdn. Bhd.
MY Hak cipta terpelihara. Sebarang bahagian dalam buku ini tidak boleh
Judul-judul dalam siri ini:
diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan
CY lagi, ataupun dipindahkan dalam sebarang bentuk atau cara, baik
Sains secara elektronik, mekanik, gambar, rakaman atau sebagainya, tanpa
Matematik
CMY kebenaran daripada Penerbit.
Sejarah
K Geografi Cetakan Pertama 2023
Asas Sains Komputer Dicetak oleh Herald Printers Sdn. Bhd. (19965-V)
Pendidikan Moral
Karangan Sem. M‘sia RM13.90
Tatabahasa Sabah/Sarawak RM13.90
Pendidikan Seni Visual ISBN 978-967-466-698-9
Reka Bentuk dan Teknologi
Science
Mathematics
Grammar
9 789674 666989