The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

LAPORAN PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 2020

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by En. Shafaruddin K.P.;P.A., 2020-10-05 14:35:54

LAPORAN PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 2020

LAPORAN PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 2020

ZxsAwq 2SZEWSXZDC

LAPORAN
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS: INTERVENSI MINDA

SIHAT TAHUN 2020
(TINGKATAN 1 DAN 2)
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUM-BUM

TARIKH
18 OGOS 2020 – 31 OKTOBER 2020

TEMPAT
DEWAN SRI KUMALA

DAN
UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING

SMK BUM-BUM, SEMPORNA
SABAH

ANJURAN
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

SMK BUM-BUM SEMPORNA

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUM-BUM

91308, SEMPORNA, SABAH

REKOD AKTIVITI PROGRAM

KOD PROGRAM RAP / 300 – 1 / 1 / 4 / 4 / 2020 / 01

NAMA PROGRAM PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS: INTERVENSI
MINDA SIHAT
MATLAMAT
OBJEKTIF Mengurangkan masalah kemerosotan emosi dalam kalangan
pelajar.

1) Murid dapat mengamalkan intervensi yang dibimbing,
sebagai panduan yang boleh mensejahterakan mental dan
emosi masing – masing.

2) Aktiviti memugarkan emosi dapat dijalankan bagi
menyokong kesejahteraan diri masing – masing.

3) Murid dapat memahami cara-cara melaksanakan pengurusan
emosi yang baik.

4) Murid dapat memahami cara-cara menyelesaikan masalah
dengan baik

PROMOSI / POSTER /
BRPSHER PROGRAM

(Banner Program)

(Bunting Program)



TARIKH 18 ogos 2020 hingga 31 oktober 2020

TEMPAT Dewan Sri KUMALA dan Unit Bimbingan & Kaunseling,
SMK Bum-Bum, Semporna
JAWATANKUASA
PELAKSANA Pengerusi : Tuan Haji Johan Bin Haji Okasa
(Pengetua)

Naib Pengerusi 1 : En. Hamjah Bin Im. Marabau
(PK Hal Ehwal Murid)

Naib Pengerusi 2 ; En. Jasman Bin Malam
(Penolong Kanan Petang)

Naib Pengerusi 3 : Pn. Aminah Binti Janowin

(Penolong Kanan Pentadbiran)

Naib Pengerusi 4 : En. Ismail. Bin Sapie

(Penolong Kanan Kokurikulum)

Penyelaras 1 : En. Shafaruddin Bin Kapaluddin

(Guru Bimbingan & Kaunseling)

Penyelaras 2 : Cik. Noridah Binti Muhammad
(Kaunselor Pelatih)

Setiausaha : Pn. Ellyanah Binti Mohammad

Yahyah

(Guru Bimbingan & Kaunseling)

KUMPULAN Pelajar Tingkatan 1 dan 2 SMK Bum-Bum, Semporna.
SASARAN/PENYERTAAN

PENGISIAN/TENTATIF PENGISIAN AKTIVITI

PROGRAM/PENCERAMAH

YANG TERLIBAT 1. Majlis Pelancaran Program Kaunseling Berfokus:

Intervensi Minda Sihat.

- Majlis Pelancaran Program Kaunseling Berfokus telah

dirasmikan oleh En. Jasman Bin Malam, Penolong

Kanan Petang, SMK Bum-Bum Semporna yang

bertempat di Dewan Sri Kumala pada 18 ogos 2020, Jam

1.00 petang.

- Majlis Pelancaran ini dihadiri oleh Guru Disiplin, Guru

Bimbingan & Kaunseling serta pelajar-pelajar yang

terlibat khususnya.

2. Slot Sentuhan KASIH bersama Pentadbiran SMK Bum-
Bum, Semporna.
- Pengisian slot sentuhan kasih telah di sampaikan oleh En.
Jasman Bin Malam, Penolong Kanan Petang.
- Penolong Kanan Petang telah memberikan kata-kata
semangat untuk pelajar yang terpilih dalam program ini /
peserta bagi memberi rangsangan motivasi minda sihat
dalam diri pelajar dan seterusnya dapat mengurangkan
masalah emosi yang tidak sihat.
- PK. Petang telah mengingatkan pada peserta program ini
berkenaan kesedaran terhadap kesihatan emosi adalah
penting pada manusia.. Emosi yang baik akan mendorong
pelajar pada tingkah laku yang positif.

3. Taklimat Tentatif Program Kaunseling Berfokus Tahun
2020.

PENGISIAN/TENTATIF - Taklimat perjalanan program telah disampaikan oleh En.
PROGRAM/PENCERAMAH Shafaruddin Bin Kapaluddin, Guru Bimbingan &
YANG TERLIBAT Kaunseling SMK Bum-Bum, Semporna.

- Kaunselor mengingatkan para peserta supaya hadir semasa
program ini dapat berjalan dengan lancar.

4. Ice Breaking (Bola Beracun)
- Aktiviti Ice Breaking telah dilaksanakan dalam kelompok-
kelompok yang kecil bertujuan untuk mengeratkan
hubungan dalam kelompok masing-masing dan
membolehkan ahli-kelompok selesa diantara satu dengan
yang lain.
- Aktiviti ini dikendalikan sepenuhnya oleh Guru
Bimbingan Dan Kaunseling, SMK Bum-Bum, Semporna.
- Peraturan dalam aktiviti ini Apabila muzik diberhentikan
dalam bulatan kumpulan masing-masing, pelajar yang
memegang bola tersebut semasa muzik diberhentikan,
pelajar diminta menceritakan berkenaan dirinya sendiri
pada ahli-ahli kumpulan yang kecil.
- Setiap Aktiviti yang dijalankan akan dibimbing oleh guru
bimbingan dan kaunseling.
- Aktiviti ini dijalankan selama 40 minit sahaja.

5. Siapa Aku?
- Dalam aktiviti Siapa Aku?, peserta akan diberikan kertas
A4 dan diminta melukiskan muka masing-masing.
- Kemudian, peserta diarahakan berjalan secara rawak dan
memberikan lukisan masing-masing pada peserta-peserta
yang lain, lalu peserta lain akan menambahkan unsur-
unsur lain dalam lukisan muka kawan-kawan mereka yang

PENGISIAN/TENTATIF menunjukkan ‘First Impression” Orang yang berada di
PROGRAM/PENCERAMAH persekitaran mereka.
YANG TERLIBAT - Kemudian Kaunselor akan memberi konfrantasi dalam
sesi ini kepada semua peserta untuk memberi kesedaran
kepada mereka terhadap penerimaan masyarakat terhadap
diri mereka sendiri.
- Kaunselor akan merasionalkan para peserta.
- Setiap Aktiviti yang dijalankan akan dibimbing oleh guru
bimbingan dan kaunseling.
- Aktiviti ini dijalankan selama 40 minit sahaja.

6. Art Drawing House Tree Person (ADHTP) - Penerokaan
Masalah Sebenar Pelajar / Peserta’
- Peserta di arahkan untuk melukiskan suatu permandangan.
Dalam lukisan berkenaan mestilah mempunyai gambar
pokok, rumah dan orang. Walaubagaimanapun peserta
telah diberikan peluang untuk memasukkan elemen-
elemen lain atau gambar-gambar lain dalam lukisan
tersebut sama ada berbentuk simbol ataupun lukisan.
- Kaunselor membuat penerokaan permasalahan / isu yang
dialami oleh peserta melalui hasil lukisan ini.
- Kemudian Kaunselor akan memberi konfrantasi dalam
sesi ini kepada semua peserta untuk memberi respon dan
pengesahan daripada peserta sama ada benar bahawa
mereka mengalami peristiwa yang mereka lukiskan itu
adalah benar.
- Dalam slot ini, secara keseluruhannya 80% dan ke atas
peserta mengakuinya bahawa mereka mengalaminya.
- Setiap Aktiviti yang dijalankan akan dibimbing oleh guru
bimbingan dan kaunseling.
- Aktiviti ini dijalankan selama 40 minit sahaja.

PENGISIAN/TENTATIF 7. Modul Khusus (Intervensi)
PROGRAM/PENCERAMAH - Setelah isu sebenar dapat di kenalpasti melalui slot
YANG TERLIBAT penggunaan modul ADHTP, peserta akan dibimbing oleh
kaunselor mengikuti modul-modul khusus Intervensi
minda sihat, yang meliputi 4 jenis keperluan iaitu Peribadi,
Konflik Rakan dan Media Sosial, MAsalah Keluarga dan
Konflik Guru dan Sekolah.
- Dalam modul ini, peserta akan mengikuti aktiviti dalam
modul-modul yang telah difokuskan.
- Setiap Aktiviti yang dijalankan akan dibimbing oleh guru
bimbingan dan kaunseling.
- Aktiviti ini dijalankan selama 40 minit sahaja.

TENTATIF

18/08/2020
1.00pm-3.00pm
- Majlis Perasmian Pelancaran Program Kaunseling Berfokus:

Intervensi Minda Sihat Tingkatan 1 & 2, SMK Bum-Bum
Semporna bagi tahun 2020.
- Slot Sentuhan KASIH bersama En. JAsman Bin Malam, Penolong
Kanan Petang, SMK Bum-Bum.

19/08/2020
1.00pm-2.00pm
- Program Kaunseling Berfokus
SLOT: Ice Breaking

25/08/2020
1.00pm – 2.00pm

- Program Kaunseling Berfokus

PENGISIAN/TENTATIF SLOT: Siapa Aku?

PROGRAM/PENCERAMAH

YANG TERLIBAT 26/08/2020
1.00pm – 2.00pm

- Program Kaunseling Berfokus

SLOT: Art Drawing House Yree Person (ADHTP)

27/08/2020
1.00pm – 2.00pm
- Program Kaunseling Berfokus
SLOT: Intervensi, Modul Khusus – Psikososial, Peribadi, Hubungan
Dengan Persekitaran

01/09/2020 – 31/09/2020
-Intervensi umum dan khusus (Tindakan Susulan jika perlu)
*Pelajar yang perlu sahaja.

KOS SEBENAR RM 425.00
PELAKSANAAN
PROGRAM

PERUNTUKAN PIHAK SUMBER JUMLAH PERBELANJAAN JUMLAH
SEKOLAH & UNIT PCG B&K RM 35.00 Bunting Program RM 70.00
BIMBINGAN DAN
KAUNSELING JUMLAH RM 2.00 X2 RM 130.00
RM 30.00 Fail Peserta X 65 RM. 30.00

RM 1.50 Kertas Warna RM 195.00
Purple X 1 Rim RM 425.00

Pen X 130

LAPORAN PENILAIAN a) Program Kaunseling Berfokus: Intervensi Minda Sihat,
- Analisis soal selidik Tingkatan 1 & 2, SMK Bum-Bum Semporna, Sabah telah
program Berjaya dijalankan dengan jayanya. Secara keseluruhannya,
Maklum balas yang diterima melalui peserta program ini
- Laporan masalah ramai berpendapat bahawa program ini sangat baik untuk
yang timbul dilaksanakan terhadap semua warga sekolah demi
kesejahteraan mental. Melalui perlaksanaan program ini,
- Cadangan pelajar berpuas hati dapat mempelajari cara-cara mengurus
penambahbaikkan tekanan dengan baik.

b) Permasalahan utama yang timbul dalam perlaksanaan
program ini adalah dari aspek penyusunan tentative program
perlu dipertambahbaikan dan di susun mengikut keutamaan
dan kepentingan yang lebih utama terlebih dahulu.

c) Dari aspek penambahbaikkan yang perlu di ambil perhatian
adalah penyusunan semula tentatif program yang perlu di
susun mengikut keutamaan yang terlebih dahulu. Asspek
pengurusan masa semasa aktiviti Intervensi Minda Sihat /
pemugaran emosi di jalankan perlu di aturkan dengan baik.

Di Sediakan Oleh, Di semak Oleh Disahkan oleh,

………………………………………….. ………………………………………………… …………………………………………………
En. Shafaruddin Bin Kapaluddin En. Jasman Bin Malam Tn. Hj. Johan Bin Hj. Okasa
(Guru Bimbingan & KAunseling) (PK Petang SMK BUM-BUM) (Pengetua SMK Bum-Bum, Semporna)

GAMBAR AKTIVITI: PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS:
INTERVENSI MINDA SIHAT TINGKATAN 1 & 2
SMK BUM-BUM, SEMPORNA TAHUN 2020

GAMBAR AKTIVITI: PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS:
INTERVENSI MINDA SIHAT TINGKATAN 1 & 2
SMK BUM-BUM, SEMPORNA TAHUN 2020


Click to View FlipBook Version