KERTAS KERJA
PROGRAM MINDA SIHAT
DALAM KEBIASAAN BAHARU
TARIKH
15-30 JULAI 2020
TEMPAT
SMK BUM-BUM, SEMPORNA
SABAH
ANJURAN
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
DENGAN KERJASAMA
UNIT HEM
SMK BUM-BUM SEMPORNA
TEMA
“MINDA SIHAT: EMOSI TERJAGA, KEHIDUPAN SEJAHTERA”
1.0 Pengenalan
Program Minda Sihat Dalam Kebiasaan Baharu merupakan projek yang melibatkan
intervensi unit bimbingan dan kaunseling sebagai persediaan kehadiran murid -murid
tingkatan satu dan dua selepas lama bercuti kerana wabak COVID-19. Bertemakan Minda
Sihat: “Emosi Terjaga, Kehidupan Sejahtera” bagi meningkatkan kesedaran dalam
kalangan pelajar akan kepentingan penjagaan kesihatan mental. Sekolah perlu mematuhi
Prosedur Oerasi Yang Standard yang telah dikeluarkan oleh KPM untuk pembukaan semula
sekolah dengan menitikberatkan aspek keselamatan murid. Elakkan konsep 3S dan amalkan
3W sebagai kebiasaan baharu dalam kehidupan seharian bagi mengawal penularan COVID-
19. Konsep 3S sentiasa diingatkan kepada murid-murid iaitu elakkan sesak, sempit dan
sembang dekat. Poster – poster psikososial Minda Sihat juga dipamerkan di laluan utama
keluar masuk ke sekolah dan di dalam setiap kelas untuk memastikan murid sentiasa peka
dengan kesejahteraan emosi diri sendiri dan rakan -rakan lain. Selain itu, peringatan demi
peringatan seperti mencuci tangan dengan sabun atau sanitizer sentiasa diingatkan agar
murid menjaga konsep 3W yang disarankan iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan
sabun (wash), memakai pelitup separuh muka di tempat awam atau jika bergejala (wear),
dan amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan (warn). Unit Bimbingan
Kaunseling, SMK Bum-Bum, Semporna sebagai unit yang menjaga psikososial dan
kesejahteraan minda murid juga perlu aktif menjalankan intervensi kepada semua murid
dalam aspek pencegahan dan pendidikan psikososial kepada murid. Aktiviti yang dirancang
seperti memberi ceramah di dalam kelas, menyampaikan panduan berguna sebelum
memulakan sesi pembelajaran melalui pembesar suara dan berbual santai dengan murid
sewaktu rehat. Aktiviti ini berguna untuk membantu murid mengenal pasti simptom yang
ada pada diri sendiri atau kawan-kawan yang mengalami masalah mental dan emosi yang
terjejas sepanjang perintah kawalan pergerakan diadakan. Seterusnya membantu mereka
menangani kesihatan mental dan mengekalkan kesejahteraan minda dan emosi.
2.0 Matlamat
Murid Tingkatan satu dan dua dapat dibimbing untuk mengamalkan kesejahteraan
emosi dan mental
3.0 Tarikh/ Masa/ Tempat
Bermula 15 Julai 2020 mengikut tentatif program,
4.0 Sasaran
Murid Tingkatan 1 dan 2
5.0 Objektif
1) Murid mendapat maklumat dan ilmu pengetahuan mengenai gejala awal yang
memberi kesan kepada minda skibat pandemic atau krisis yang berlaku
2) Murid dapat menangani masalah kesihatan mental dan mengamalkan intervensi yang
dibimbing, sebagai panduan yang boleh mensejahterakan mental dan emosi masing –
masing.
3) Aktiviti memugarkan emosi dapat dijalankan bagi menyokong kesejahteraan diri
masing - masing
4) Murid sentiasa peka dengan 3S iaitu elakkan keadaan yang sesak, sempit
dan sembang dekat melalui penyebaran poster.
5) Mengamalkan 3W iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (wash), memakai
pelitup separuh muka di tempat awam atau jika bergejala (wear), dan amaran dari
KKM yang lebih berkonsep peringatan (warn).
6.0 KPI Murid dapat mengenal pasti tanda -tanda seseorang menghadapi tekanan
Output dan belajar cara menghadapi tekanan tersebut.
Outcome Murid dapat mengamalkan panduan yang diberikan oleh guru
kaunseling dan dapat membantu orang lain pula dalam kesejahteraan
mental dan emosi.
7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
Bil Perkara Jumlah Sumber
1. Dua Bunting Di Hadapan UBK RM 200 PCG Kaunseling
Jumlah RM 200.00 RM 200.00
8.0 AHLI JAWATANKUASA
Pengerusi : Tuan Haji Johan Bin Haji Okasa
(Pengetua)
Naib Pengerusi 1 : En. Hamjah Bin Im. Marabau
(Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)
Naib Pengerusi 2 ; En. Jasman Bin Malam
(Penolong Kanan Petang)
Naib Pengerusi 3 : Pn. Aminah Binti Janowin
(Penolong Kanan Pentadbiran)
Naib Pengerusi 4 : En. Ismail. Bin Sapie
(Penolong Kanan Kokurikulum)
Penyelaras : En. Shafaruddin Bin Kapaluddin
(Guru Bimbingan & Kaunseling
Setiausaha : Pn. Ellyanah Binti Mohammad Yahyah
(Guru Bimbingan & Kaunseling
9.0 STRATEGI PERLAKSANAAN
9.1 URUS SETIA
Unit Hal Ehwal Murid
Unit Bimbingan Dan Kaunseling
9.2 TENTATIF
TAJUK : SEBARAN PSIKOSOSIAL KEMBALI KE SEKOLAH
OBJEKTIF: 1) Murid-murid dibimbing mengenai pencegahan menjaga keselamatan diri
sepanjang berada dalam Kawasan sekolah
1) Menyiapkan video tutorial pengurusan Kembali Ke Akan di hantar ke media
Sekolah mengikut SOP pada 15 Julai 2020 sosial sekolah, telegram
rasmi sekolah
dan whatsapp kelas
tingkatan 1 dan 2
2) Menampal poster psikososial untuk sebaran pada Menampal tempat strategik
agar murid dapat menangani stress dan kebimbangan seperti di koridor, di laluan
dengan baik keluar masuk sekolah, dan
di dalam setiap kelas
tingkatan 1 dan 2
3) Taklimat persediaan psikologi kembali ke sekolah Melalui meet dengan murid
pada 15 Julai 2020 tingkatan 1 dan 2
TARIKH MASA AKTIVITI
20 Julai 2020 3.40 – 5.30 pm INTERVENSI
(Tingkatan 1) PSIKOSOSIAL MINDA
3.40 – 5.30 pm SIHAT
20 Julai 2020
(Tingkatan 2) - Mengenal Pasti
Keperluan Murid
Melalui Senarai
Semak Keperluan
Murid Dalam
Kebiasaan Baharu
- Mengenal Pasti
Keperluan Murid
Melalui Ujian Dass
(Borang Phq-9 Dan
Borang Gad 7)
- Menyampaikan
Panduan Menangani
Tekanan Murid
INTERVENSI
PSIKOSOSIAL MINDA
SIHAT
- Mengenal Pasti
Keperluan Murid
Melalui Senarai
Semak Keperluan
Murid Dalam
Kebiasaan Baharu
- Mengenal Pasti
Keperluan Murid
Melalui Ujian Dass
(Borang Phq-9 Dan
Borang Gad 7)
- Menyampaikan
Panduan Menangani
Tekanan Murid
10.0 PENGURUSAN RISIKO
Risiko Punca Penyelesaian Tanggungjawab
Vandalism Poster Murid merosakkan Mengingatkan murid setiap Guru bertugas
poster yang ditampal hari oleh guru bertugas dan harian
guru disiplin
11.0 PENUTUP
Diharapkan agar aktiviti yang dijalankan dapat mencapai objektif program
yang diharapkan dan seterusnya membantu kesejahteraan mental dan emosi warga sekolah.
Disediakan oleh, Disokong oleh, Diluluskan oleh,
………………………………. …………………….………… ……………………………………
(EN. SHAFARUDDIN BIN KAPALUDDIN) (EN. HAMJAH BIN IM. MARABAU) (TN. HJ. JOHAN BIN HJ. OKASA)
Guru Bimbingan & Kaunseling Pen. Kanan Hal Ehwal Murid Pengetua
Unit Bimbingan & Kaunseling. SMK Bum-Bum, Semporna SMK Bum-Bum, Semporna
SMK Bum-Bum, Semporna