The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by En. Shafaruddin K.P.;P.A., 2020-04-30 14:37:25

PANDUAN PENULISAN RESUME

TIPS PENULISAN RESUME KVL

TIPS PENULISAN
RESUME

En. Shafaruddin Bin Kapaluddin
Unit Psikologi & Kerjaya
Kolej Vokasional Likas

10 Tips Untuk Membuat Resume

1. Hantarlah resume dengan surat
pengenalan diri. lni akan memberi
tanggapan bahawa kita berminat
untuk mendapatkan kerja tersebut.

2. Surat pengenalan itu mesti dibuat
dengan kemas dan teratur. Sebaiknya
resume kamu mestilah ditaipkan
supaya ia kelihatan kemas dan lebih
formal, mudah dibaca dan senang
membuat pembetulan.

3. Resume harus ada dalam satu muka
surat sahaja. Jadi, ia mesti ringkas,
padat dan jelas.

4. Tulis sendiri. Tidak salah kalau
membuat rujukan daripada contoh
atau format yang sedia ada, tetapi
sebaiknya tulis sendiri dan tentu
hasilnya lebih memuaskan.

5. Elakkan 'gimik' seperti foto, lukisan kartun
dan lain-lain. Resume harus formal dan
bersih serta senang dibaca. Gimik yang
diletakkan juga tidak akan mendapat
penilaian yang lebih baik.

6. Resume kamu harus difokuskan dalam
bidang kemahiran kamu sendiri
terutamanya dalam bidang yang berkaitan
dengan kerja yang kamu pohon itu.

7. Gunakan nombor atau garisan supaya
resume kelihatan kemas.

8. Resume juga harus tepat dan khusus
kepada topik yang dibincangkan supaya ia
kelihatan aktif dan positif.

9. Jangan bazirkan ruangan dengan perkataan
yang tidak penting. Biarlah setiap perkataan
yang ditulis itu bermakna dan menyokong
objektif penulisan resume kamu.

10. Buatlah beberapa draf dan berikan
resume kepada beberapa orang untuk
diperiksa. Jika terdapat kesalahan dari
segi tatabahasa atau ejaan, buatlah
pembetulan. Resume yang
mempunyai banyak kesalahan akan
memberikan kesan buruk kepada
pembacanya

Cara Menulis Resume

1. Resume adalah langkah paling asas
dalam membuat pemohonan kerja.
Resume yang baik harus memberi
kesan yang positif kepada
penemuduga. Resume yang baik
harus meliputi semua aspek ini:

2. Isi kandungan

Unsur-unsur dalam resume itu mesti
standard. Walau bagaimanapun kita
boleh menentukan sama ada ingin
menceritakan secara terperinci atau
tidak, tentang pekerjaan kamu yang
lepas.

3. Asas

la termasuk nama, nombor telefon,
alamat dan e-mail (jika ada). Juga
harus sertakan dengan dua keping
foto saiz berukuran pasport bersama
resume tersebut

4. Objektif

Objektif merujuk kepada matlamat kerjaya
dan kemahiran kamu. la boleh ditulis dalam
satu atau dua ayat sahaja. la juga boleh
diabaikan tetapi ramai penemuduga harap
dapat membacanya. Dalam objektif
janganlah menyalin bulat-bulat penerangan
pekerjaan itu daripada iklan sahaja.

5. Pendidikan

Senaraikan semua kelulusan
akademik daripada peringkat sekolah
rendah hinggalah peringkat tertinggi
yang dimiliki. la termasuk jurusan
yang diambil, gred atau markah purata,
anugerah yang diterima.

6. Kemahiran khusus

Nyatakan kemahiran yang dimiliki
termasuklah bahasa, sama ada dari
segi penulisan atau pertuturan,
penggunaan komputer atau
kemahiran lain yang berkaitan dengan
kerja yang kamu pohon itu

7. Aktiviti

Senaraikan aktiviti-aktiviti yang telah
kamu lakukan seperti hobi, kerja
sukarela dan lain-lain yang dapat
menunjukkan kewibawaan kamu.
Selalunya penemuduga akan dapat
tahu pesonaliti melalui aktiviti yang
diikuti.

8. Pengalaman herja

lni termasuk kerja praktikal, kerja
sambilan, kerja sementara dan kerja
sukarela. Jika boleh, susun ia
mengikut tahun dan tarikh yang terkini.
Masukkan juga jawatan, nama
syarikat, lokasinya dan tugas-tugas
utama yang dijalankan.

9. Rujukan

Harus diyatakan bahawa kita bersedia
untuk memberi penerangan sekiranya
pihak penemuduga mempunyai apa-
apa pertanyaan.


Click to View FlipBook Version