The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

GEO T5 KSSM BAB 1 Graf Bar Berganda,Graf Garisan Berganda

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Mustakin Ali, 2021-09-01 02:51:34

GEO T5 KSSM BAB 1 Graf Bar Berganda,Graf Garisan Berganda

GEO T5 KSSM BAB 1 Graf Bar Berganda,Graf Garisan Berganda

BAB 1 GRAF BAR BERGANDA, GRAF
GARISAN BERGANDA DAN CARTA

PAI

Geografi Tingkatan 5 KSSM
By MSA
SMeCT

GRAF BAR BERGANDA, GRAF
GARISAN BERGANDA DAN CARTA

PAI

GRAF BAR
BERGANDA, GRAF
GARISAN BERGANDA

DA N C A RTA PA I

• Graf ialah satu
persembahan lakaran
grafik bagi menunjukkan
nilai data atau
maklumat yang menarik,
jelas dan tepat.

• Terdapat dua jenis graf
iaitu graf bar dan graf
garisan.

GRAF BAR
BERGANDA

• Graf bar berganda
merupakan graf
yang mempunyai
dua atau lebih bar
yang berlainan
maklumat bagi
menunjukkan
perbandingan nilai
sesuatu data.

CIRI-CIRI GRAF
BAR BERGANDA

• Tajuk: Menjelaskan maklumat
yang hendak disampaikan

• Skala: Menentukan skala yang
bersesuaian

• Paksi menegak: Satu garisan
yang dilukis secara menegak

• Paksi mendatar: Satu garisan
yang dilukis secara mendatar
atau melintang

• Petunjuk: Paparan maklumat
yang diwakili oleh setiap bar

• Bar: Ketinggian bar
menunjukkan kuantiti atau
nilai

CIRI-CIRI GRAF
BAR BERGANDA

• Terdiri daripada
sekurang-kurangnya 2
bar.

• Tiap-tiap bar mewakili
satu set data yang
tertentu.

• Memudahkan
perbandingan.

• Petunjuk yang jelas
diperlukan.

GRAF GARISAN
BERGANDA

• Graf garisan berganda
merupakan graf yang
terdiri daripada dua
atau lebih garisan yang
mempunyai maklumat
yang berbeza.

• Titik-titik disambung
bagi menunjukkan
perbandingan dan
perubahan nilai sesuatu
data.

CIRI-CIRI GRAF
GARISAN

BERGANDA

• Tajuk: Menjelaskan maklumat
yang hendak disampaikan

• Skala: Menentukan skala yang
bersesuaian

• Paksi menegak: Satu garisan
yang dilukis secara menegak

• Paksi mendatar: Satu garisan
yang dilukis secara mendatar
atau melintang

• Petunjuk: Paparan maklumat
yang diwakili oleh setiap garisan

• Plot garisan: Menunjukkan
kuantiti atau nilai melalui
garisan yang diplot

CIRI-CIRI UTAMA
GRAF GARISAN

BERGANDA

• Terdiri daripada dua
atau lebih garis.

• Setiap garis mewakili
satu set data yang
tertentu.

• Berguna untuk
membuat
perbandingan antara
dua atau lebih set data

CARTA PAI

• Carta pai adalah sejenis gambar
rajah atau perwakilan grafik untuk
memaparkan pembahagian atau
pecahan data dan maklumat
dalam bentuk bulatan yang
dibahagikan kepada beberapa
sektor.

• Carta pai sesuai digunakan untuk
menunjukkan perbandingan data
dan maklumat kepada informasi
yang lebih jelas, mudah dan
menarik.

CIRI-CIRI CARTA PAI

• Tajuk: Menerangkan data yang
hendak dipersembahkan

• Jejari: Menentukan jejari yang
bersesuaian

• Jumlah: Menyatakan nilai
keseluruhan

• Peratus: Memaparkan nilai sektor
yang hendak dipersembahkan

• Petunjuk: Memaparkan maklumat
yang mewakili sektor

• Bulatan sektor: Mengandungi sudut
sektor yang mewakili data

KEGUNAAN GRAF BAR BERGANDA,
GRAF GARISAN BERGANDA DAN
CARTA PAI

KEGUNAAN GRAF BAR
BERGANDA, GRAF GARISAN
BE RG AN DA DAN C ARTA PAI

• Graf dan carta adalah kaedah
yang digunakan untuk
menyampaikan maklumat dan
data dalam bentuk yang
menarik, jelas dan tepat.

• Penggunaan graf dan carta juga
dapat mengelakkan huraian
yang panjang dan mengelirukan.

• Setiap jenis graf dan carta sesuai
digunakan untuk kegunaan
tertentu.

KEGUNAAN GRAF BAR
BERGANDA

• Graf bar berganda digunakan
untuk menunjukkan
perbandingan antara dua atau
lebih maklumat.

• Graf bar berganda sesuai
digunakan untuk membuat
perbandingan tentang pelbagai
komponen yang hendak dikaji.

• Kebiasaannya komponen ini
mempunyai perkaitan antara
satu sama lain.

CONTOH KEGUNAAN GRAF BAR BERGANDA

• Perbandingan bilangan murid sekolah kerajaan dan
bantuan kerajaan mengikut peringkatpada tahun
2018 dan 2019

CONTOH KEGUNAAN GRAF BAR
BERGANDA

Perbandingan unjuran KDNK negara-negara Asia tahun 2019 hingga 2021

KEGUNAAN GRAF
GARISAN

BERGANDA

• Graf garisan
berganda
digunakan untuk
membandingkan
perubahan nilai
atau kuantiti
beberapa unsur
yang dikaji
mengikut skala
masa tertentu

CONTOH KEGUNAAN GRAF GARISAN
BERGANDA

Perbandingan kadar pengangguran mengikut
kumpulan umur terpilih 1982 hingga 2019

C O N TO H
KEGUNAAN
GRAF GARISAN
BERGANDA

Perbandingan
jangkaan hayat
ketika lahir di
Malaysia bagi

tahun 2014
hingga 2020

KEGUNAAN
CARTA PAI

• Carta pai digunakan
untuk mewakilkan data
dalam bentuk bulatan
yang terdiri daripada
beberapa sektor.

• Carta pai boleh
menunjukkan taburan
atau kadar peratusan
sesuatu aspek yang
dikaji.

CONTOH
KEGUNAAN
CARTA PAI

• Jumlah eksport Malaysia
ke negara-negara
ASEAN bagi tahun 2019

• Bilangan penduduk
mengikut etnik di
Malaysia

• Jumlah keluaran negara
mengikut sektor
ekonomi di Malaysia

MENGHASILKAN GRAF BAR
BERGANDA, GRAF GARISAN
BERGANDA DAN CARTA PAI

LANGKAH-LANGKAH MEMBINA GRAF BAR BERGANDA

• Jadual menunjukkan maklumat tentang bilangan
murid SMK Tg Panglima Perang Tg Muhammad
mengikut jantina di antara tahun 2017 hingga 2019

LANGKAH 1

• Lukis paksi menegak dan
paksi mendatar.

• Labelkan bagi kedua-dua
paksi tersebut. (Paksi
menegak mewakili bilangan
murid dan paksi mendatar
mewakili tahun).

• Menentukan skala yang
bersesuaian berdasarkan
data yang diperoleh,
contohnya 1 cm mewakili
100 orang murid.

LANGKAH 2

• Lukiskan bar-bar
mewakili bilangan
murid lelaki dan
perempuan
mengikut tahun.

• Tinggi bar
menunjukkan
bilangan murid.

LANGKAH 3

• Lorek atau warnakan bar
yang telah dilukis. Lorekan
atau warna mestilah
berbeza bagi menunjukkan
perbezaan setiap bar.

• Sediakan petunjuk
berpandukan lorekan atau
warna yang telah dibuat
pada setiap bar.

• Tuliskan tajuk yang sesuai.

• Tuliskan skala graf di
bahagian bawah graf.

LANGKAH-LANGKAH MEMBINA GRAF GARISAN BERGANDA

• Jadual menunjukkan maklumat tentang nilai
eksport getah Malaysia ke negara China dan
Jerman antara tahun 2017 hingga 2020

LANGKAH 1

• Lukis paksi menegak dan
paksi mendatar.

• Labelkan kedua-dua paksi
tersebut. (Paksi menegak
mewakili nilai eksport
dan paksi mendatar
mewakili tahun).

• Menentukan skala yang
bersesuaian berdasarkan
data yang diperoleh,
contohnya 1 cm mewakili
5 000 tan metrik

LANGKAH 2

• Tandakan ‘x’ bagi
menunjukkan nilai
eksport ke negara China
untuk setiap tahun.

• Sambungkan semua titik
tersebut.

• Langkah (a) dan (b)
diulang semula bagi
menunjukkan nilai
eksport ke negara
Jerman.

LANGKAH 3

• Pastikan kedua-dua garisan
yang diplot mempunyai
garisan yang berbeza seperti
warna atau corak garisan.

• Lengkapkan graf tersebut
dengan tajuk dan petunjuk
yang sesuai.

• Tuliskan skala graf di bahagian
bawah graf.

LANGKAH-LANGKAH MEMBINA
C ARTA PAI

• Untuk melukis carta pai, kita perlu
mengumpulkan data terlebih dahulu.

• Berdasarkan data yang diperoleh, kita
perlu menukar maklumat kepada
bentuk peratus dan sudut sektor.

• Kedua-dua perkara tersebut penting
untuk melukis carta pai dengan betul
dan tepat.

JUMLAH
PENJUALAN
KENDERAAN

S YA R I K AT
GARUDA
MENGIKUT
JENAMA PADA
TAHUN 2020

LANGKAH 1

• Gunakan jejari 5 cm,
lukis bulatan dengan
menggunakan jangka
lukis di atas sehelai
kertas graf

• Lukis garisan tegak dari
pusat bulatan sebagai
jejari 5 cm bagi saiz
bulatan tersebut.

LANGKAH 2

• Letakkan jangka sudut
secara menegak di atas
garisan jejari bulatan.

• Ukur saiz sudut
bermula dengan 0º
mengikut arah putaran
jam.

• Lukis garisan setiap
sudut sektor
berdasarkan nilai sudut
sektor.

LANGKAH 3

• Lorek dan warnakan
setiap sudut sektor
yang telah dibuat.

• Lengkapkan dengan nilai
peratus setiap sektor
dan tulis petunjuk.

• Nyatakan jumlah
keseluruhan.

• Tulis tajuk carta pai bagi
menunjukkan maklumat
yang hendak dipaparkan.

MENGANALISIS GRAF BAR
BERGANDA, GRAF GARISAN
BERGANDADAN CARTA PAI

LANGKAH-LANGKAH
MENGANALISIS GRAF
BAR BERGANDA DAN

GRAF GARISAN
BERGANDA

• Baca dan fahami tajuk graf.

• Perhatikan label paksi
menegak dan paksi
mendatar.

• Telitikan nilai pada skala
dan bar atau titik garisan.

• Kenal pasti nilai paling
tinggi dan paling rendah
serta nilai bagi bar atau
titik garisan yang lain.

LANGKAH-LANGKAH
MENGANALISIS GRAF
BAR BERGANDA DAN

GRAF GARISAN
BERGANDA

• Perhatikan perubahan
atau perbezaan nilai
yang nyata.

• Huraikan isi tersirat
berdasarkan data
yang diwakili.

• Buat satu rumusan
bagi mentafsir graf
tersebut.

LANGKAH MENGANALISIS
C ARTA PAI

• Baca dan fahami tajuk carta
pai.

• Perhatikan tajuk dan label yang
terdapat pada carta pai.

• Telitikan petunjuk dan nilai
sektor yang terlibat.

• Kenal pasti nilai setiap sektor
melibatkan sektor terkecil dan
terbesar.

LANGKAH MENGANALISIS
C ARTA PAI

• Perhatikan perbezaan
peratus bagi setiap sektor
dalam carta pai.

• Huraikan isi tersirat
berdasarkan data yang
diwakili.

• Buat satu rumusan
terperinci berkaitan perkara
yang telah anda kaji.

CONTOH ANALISIS GRAF BAR
BERGANDA

• Graf bar berganda menunjukkan nilai eksport
barangan getah dan kayu getah Malaysia antara
tahun 2017 hingga 2019.

• Nilai eksport barangan getah lebih tinggi
berbanding nilai eksport kayu getah.

• Barangan getah mencatat nilai eksport paling
tinggi sebanyak RM24 bilion pada tahun 2018.

• Berlaku peningkatan nilai eksport barangan
getah iaitu dari RM22 bilion pada tahun 2017
kepada RM24 bilion pada tahun 2018

• Namun terdapat sedikit penurunan pada tahun
2019 sebanyak RM1 bilion kepada RM23 bilion.

CONTOH ANALISIS GRAF BAR
BERGANDA

• Bagi eksport kayu getah pada tahun
2017 dan 2018 telah mencatat nilai
eksport yang sama iaitu sebanyak RM9
bilion dan meningkat kepada RM10
bilion pada tahun 2019.

• Perbezaan yang ketara antara nilai
eksport barangan getah dan nilai
eksport kayu getah disebabkan oleh
permintaan terhadap barangan getah
yang lebih tinggi seperti sarung tangan,
tayar, kasut dan benang lateks.

• Barangan getah Malaysia banyak
dieksport ke Amerika Syarikat, Jepun
dan Kesatuan Eropah.

CONTOH ANALISIS GRAF
BAR BERGANDA

• Sebagai rumusan, nilai eksport
barangan getah dan kayu getah
Malaysia menunjukkan terdapat
peningkatan dan penurunan
antara tahun 2017 hingga 2019.

• Nilai eksport barangan getah
adalah lebih tinggi daripada
eksport kayu getah.

CONTOH ANALISIS
C ARTA PAI

• Carta pai menunjukkan jumlah
penduduk warganegara mengikut etnik
di Malaysia pada tahun 2019.

• Etnik utama yang terdapat di Malaysia
ialah Bumiputera, Cina, India dan lain-
lain. Jumlah keseluruhan warganegara
Malaysia pada tahun 2019 ialah seramai
29.1 juta orang.

• Bumiputera merupakan etnik terbesar
iaitu 20.1 juta (69.3%), manakala
bilangan terkecil adalah etnik lain-lain
iaitu seramai 0.29 juta orang (1%).

• Bilangan etnik Cina adalah seramai 6.7
juta orang (22.8%) dan etnik India
seramai 2.0 juta orang (6.9%).

CONTOH ANALISIS
C ARTA PAI

• Terdapat beberapa kaum dalam
etnik bumiputera antaranya kaum
Melayu, Orang Asli, Kadazan dan
Iban. Etnik Cina, India dan lain-lain
juga merupakan sebahagian daripada
warganegara di Malaysia.

• Antara contoh etnik lain-lain seperti
Baba dan Nyonya, Sikh, Jawa dan
Bugis.

• Semua etnik bumiputera dan bukan
bumiputera ini membentuk sebuah
masyarakat majmuk yang hidup
dalam suasana harmoni dan bersatu
padu.

CONTOH ANALISIS
CARTA PAI

• Sebagai rumusan, terdapat
pelbagai etnik di Malaysia.

• Etnik Bumiputera mewakili
jumlah penduduk
warganegara terbesar
diikuti oleh etnik Cina, India
dan lain-lain.

TAMAT


Click to View FlipBook Version