The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

GEO T5 KSSM BAB 5 TUMBUH TUMBUHAN SEMULA JADI DAN HIDUPAN LIAR

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Mustakin Ali, 2021-09-01 03:05:05

GEO T5 KSSM BAB 5 TUMBUH TUMBUHAN SEMULA JADI DAN HIDUPAN LIAR

GEO T5 KSSM BAB 5 TUMBUH TUMBUHAN SEMULA JADI DAN HIDUPAN LIAR

meranti nyatoh
Berakar banir
Ciri-ciri Tumbuh-tumbuhan Semula
Jadidi Hutan Hujan Tropika

 Terdiri daripada empat lapisan iaitu
lapisan renjong, lapisan kanopi, lapisan
tengah dan lapisan lantai hutan

 Lapisan renjong terdiri daripada pokok
berkayu keras yang mempunyai
ketinggian di antara 40 meter hingga 50
meter.

 Pokok berbatang lurus dan berakar banir
seperti cengal, meranti, keruing, kapur,
balau, merbau dan nyatoh.

Ciri-ciri Tumbuh-tumbuhan Semula
Jadidi Hutan Hujan Tropika

 Di lapisan lantai hutan yang kurang dari
10 meter, pokok tumbuh jarang kerana
kurang mendapat cahaya matahari.

 Terdapat pelbagai jenis saprofit seperti
cendawan dan kulat yang tumbuh pada
pokok-pokok mati dan daun-daun reput.

Hutan Monsun
Tropika

 Hutan Monsun Tropika terdapat di
antara latitud 10⁰U hingga 30⁰U
dan 10⁰S hingga 30⁰S. Kawasan ini
menerima hujan tahunan antara
1000 mm hingga 2000 mm.

 Iklim di kawasan ini hampir sama
dengan iklim khatulistiwa tetapi
mempunyai musim lembap dan
musim kering yang nyata.

 Taburan Hutan Monsun Tropika
yang utama termasuklah
termasuklah Pakistan, India,
Myanmar, utara Thailand,
Kemboja, Laos dan Vietnam.

Ciri-ciri Tumbuh-
tumbuhan Semula Jadidi
Hutan Monsun Tropika

 Hutan yang jarang dan berlapis-lapis
tetapi tidak begitu nyata

 Pokok tumbuh antara 20 meter
hingga 30 meter.

 Mempunyai pokok berkayu keras,
berdaun lebar dan berakar tunjang
seperti jati, pyinkado, cendana,
penaga, kayu putih dan sal.

 Daun pokoknya gugur pada musim
kering.

cendana

Ciri-ciri Tumbuh-tumbuhan Semula
Jadidi Hutan Monsun Tropika

 Terdapat pokok renek seperti
palma dan tumbuhan menumpang
seperti tumbuhan epifit dan liana

 Lantai hutan padat dengan
pelbagai tumbuh-tumbuhan
disebabkan cahaya matahari
yang boleh sampai ke bawah
seperti buluh, paku pakis dan
rotan.

Kepentingan Tumbuh-
tumbuhan Semula

Jadi dan Hidupan Liar
Terhadap

Keseimbangan
Ekosistem

Kepentingan Tumbuh-
tumbuhan Semula Jadi
dan Hidupan Liar Terhadap
Keseimbangan Ekosistem

 Ekosistem merupakan interaksi
atau hubung kait antara benda
hidup (biotik) dengan benda bukan
hidup (abiotik) dalam alam semula
jadi.

 Ekosistem berbeza-beza
berdasarkan tempat dan saiz,
contohnya ekosistem hutan, laut,
pinggir pantai, sungai, tasik dan
kolam.

 Dalam setiap ekosistem, terdapat
komponen-komponen yang berbeza
antara satu dengan lain.



Keseimbangan
Ekosistem

 Keseimbangan ekosistem hutan
penting bagi memelihara,
melindungi dan mengekalkan
sumber tumbuh-tumbuhan
semula jadi dan hidupan liar
untuk masa hadapan.

 Ekosistem hutan membekalkan
sumber kayu kayan, ubat-
ubatan, rotan, buluh dan kulit
kayu terutamanya dari kawasan
hutan. •

Keseimbangan
Ekosistem

 Ekosistem hutan membantu
dalam peningkatan kualiti
udara di samping mengekalkan
keseimbangan kitaran gas
oksigen, karbon dioksida dan
nitrogen di dalam udara.

 Tumbuh-tumbuhan hijau
berfungsi sebagai sumber
makanan yang membekalkan
tenaga kepada pengguna dan
dapat menyederhanakan suhu.

Keseimbangan Ekosistem

 Ekosistem akuatik terdiri daripada
ekosistem air masin atau laut dan
ekosistem air tawar seperti sungai dan
tasik.

 Dalam ekosistem akuatik terdapat
pelbagai organisma yang bergantung
antara satu sama lain dengan komponen
abiotik di persekitaran mereka.

 Komponen biotik yang terdapat dalam
ekosistem akuatik termasuklah tumbuh-
tumbuhan seperti alga dan lumut serta
haiwan seperti ikan, ketam, udang,
berudu dan katak.

 Terdapat juga hidupan lain seperti
plankton dan diatom.

Kepentingan Tumbuh-
tumbuhan Semula
Jadi dan Hidupan
Liar Terhadap
Keseimbangan
Ekosistem

 Kawasan Tadahan

 Sumber Nutrien

 Habitat Flora dan
Fauna

Kepentingan Tumbuh-
tumbuhan Semula
Jadi dan Hidupan
Liar Terhadap
Keseimbangan
Ekosistem

 Sumber Makanan
 Menyederhanakan Suhu
 Mengawal Hakisan dan

Tanah Runtuh

Kawasan Tadahan

 Hutan merupakan kawasan tadahan yang
mengumpul air hujan untuk membentuk saliran
semula jadi.

 Hutan bertindak sebagai span berongga yang
menyerap air dan menapis air seterusnya
mengalirkannya ke sungai, kolam dan tasik

 Kawasan tadahan hujan ini menjamin bekalan air
yang berterusan.

 Organisma mati seperti daun, ranting,
haiwan serta tinja haiwan yang
mengalami proses pereputan dan
penguraian oleh mikroorganisma
menjadi sumber nutrien kepada
tumbuhan.

 Menghasilkan baja nitrat untuk
tumbesaran tumbuhan yang diserap
melalui akar

Sumber Nutrien

Habitat Flora dan Fauna

 Hutan merupakan habitat semula jadi
bagi pelbagai spesies tumbuh-tumbuhan
atau flora

 Hutan menjadi habitat fauna kerana
hutan merupakan tempat perlindungan
dan sumber makanan bagi hidupan liar.

 Antara tumbuh-tumbuhan yang
terdapat dalam Hutan Hujan Tropika
ialah orkid, paku pakis, periuk kera dan
bunga rafflesia.

Habitat Flora
dan Fauna

 Antara hidupan liar ialah orang
utan, memerang, tapir, siamang
dan burung enggang.

 Hutan paya bakau merupakan
habitat hidupan laut seperti ikan,
ketam dan udang.

 Pelbagai hidupan akuatik dapat
berlindung daripada ombak yang
kuat dicelah-celah akar pokok
bakau.

 Anak-anak ikan juga dapat
bersembunyi dan mengelakkan
diri daripada dimakan oleh
hidupan lain.

Sumber Makanan

 Tumbuh-tumbuhan
merupakan sumber
makanan yang
membekalkan tenaga
kepada hidupan liar.

 Interaksi antara biotik
dan abiotik berlaku
melalui tenaga dalam
rantaian dan siratan
makanan.

Sumber Makanan  Tumbuh-tumbuhan
sebagai pengeluar
akan dimakan oleh
hidupan liar
herbivor seperti
arnab kemudian
menjadi makanan
pula kepada
hidupan liar
karnivor seperti
serigala.

 Pereputan daripada
tumbuhan dan
haiwan yang mati
dalam ekosistem
laut akan menjadi
nutrien sebagai
makanan asas dalam
rantaian makanan
bagi kebanyakan
hidupan laut.

Menyederhanakan
Suhu

 Tumbuh-tumbuhan mampu
menyederhanakan suhu serta
meningkatkan kualiti udara.

 Tumbuh-tumbuhan
mengeluarkan oksigen dan
menyerap karbon dioksida
melalui proses fotosintesis.

 Kelembapan udara di
persekitaran dihasilkan
melalui penyerapan air dari
tanah dan tersejat dari
permukaan daun ke
atmosfera.

Mengawal Hakisan dan
Tanah Runtuh

 Hutan bertindak sebagai penutup bumi
yang dapat menghalang hakisan tanah.

 Lapisan kanopi dapat menghalang hujan
lebat daripada terus sampai ke tanah.

 Daun pokok yang berbentuk tirus dapat
memecahkan titisan hujan.

Mengawal Hakisan dan
Tanah Runtuh

 Daun-daun dan dahan-dahan
pokok mengurangkan kelajuan
angin.

 Akar dapat mencengkam tanah
dan mencegah hakisan tanah
dan tanah runtuh berlaku.

 Pokok bakau dapat
mengurangkan hakisan ombak
di kawasan muara sungai dan
pinggir laut

TAMAT


Click to View FlipBook Version