The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku skrap digital yang dihasilakan oleh Afreen Haziqah Bt Jaya.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by jayahussain76, 2021-09-16 05:22:47

TUNKU ABDUL RAHMAN

Buku skrap digital yang dihasilakan oleh Afreen Haziqah Bt Jaya.

Keywords: TUNKU ABDUL RAHMAN

TUNKU
ABDUL
RAHMAN

BUKU SKRAP TOKOH KEMERDEKAAN
AFREEN HAZIQAH BINTI JAYA
SK KANGKAR PULAI 2

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni
Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah
merupakan Perdana Menteri Malaysia pertama.
Beliau menjawat jawatan tersebut dalam tempoh
31 Ogos 1957 – 22 September 1970

BELIAU DIKENANG SEBAGAI "BAPA
KEMERDEKAAN" DAN "BAPA MALAYSIA".

Tunku merupakan anak lelaki yang ke-7 kepada Sultan
Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Kedah yang ke-24.
Bondanya, Cik Menyelara ialah anak perempuan Luang
Naraborirak , seorang pegawai daerah Thailand

TUNKU DILAHIRKAN DI ISTANA TIA
TANGGA, ALOR SETAR, KEDAH PADA 8
FEBRUARI 1903

Tunku memainkan peranan penting dalam usaha
membebaskan Negara daripada belenggu penjajah
tanpa pertumpahan darah pada 1957 dan
pembentukan Malaysia pada 1963.

PENTADBIRAN TUNKU DIPERKUATKAN LAGI OLEH TIGA TOKOH
POLITIK TERKEMUKA TANAH AIR IAITU TUN ABDUL RAZAK
SELAKU TIMBALAN PERDANA MENTERI, TUN DR. ISMAIL
SELAKU MENTERI HAL EHWAL DALAM NEGERI DAN TAN SIEW
SIEN SEBAGAI MENTERI KEWANGAN.

Pada tahun 1955, Tunku membuat satu lagi perjalanan ke
London untuk berunding tentang kemerdekaan Malaya.
Pada kali ini, beliau berjaya, dan 31 Ogos 1957 diputuskan
sebagai tarikh kemerdekaan. Sewaktu bendera British diturun
di Kuala Lumpur pada hari kemerdekaan, Tunku mengetuai
orang ramai untuk melaungkan Merdeka di Padang Kelab
Selangor.

20 FEBRUARI 1956
TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA MEMBUAT PENGISYTIHARAN
KEMERDEKAAN DI PADANG PAHLAWAN, BANDAR HILIR,
MELAKA.

Pada bulan September 1963, wilayah negara telah

diperluaskan dengan Penubuhan Malaysia mengikut

cadangan Tunku supaya semua negeri-negeri di bawah

pemerintahan British di Asia Tenggara digabungkan ke

dalam sebuah Persekutuan bersama-sama dengan

Malaya yang telah pun merdeka itu. Atas jasanya itu,

Tunku diberi gelaran “Bapa Malaysia”.

SATU PERGOLAKAN POLITIK YANG HEBAT DALAM NEGERI, MELIBATKAN
KERAJAAN PUSAT DI BAWAH PIMPINAN PERIKATAN DENGAN KERAJAAN
SINGAPURA PIMPINAN PAP. AKIBATNYA PERMUSUHAN ANTARA MELAYU DAN
ORANG CHINA MAKIN BERTAMBAH DAN BOLEH MENCAPAI PARAS BAHAYA.
TUNKU MENGAMBIL KEPUTUSAN UNTUK MENYINGKIRKAN SINGAPURA DARI
MALAYSIA.

SUMBANGAN TUNKU ABDUL RAHMAN

1958 : Dilantik sebagai Presiden pertama Asian Football Confederation (AFC)
1960 : Menubuhkan Pertubuhan Kebajikan Islam (PERKIM), sebuah pertubuhan untuk
membantu golongan mualaf dalam menyesuaikan hidup baru sebagai Muslim.
1961 : Memulakan penubuhan Association of Southeast Asia (ASA) yang menggabungkan
Tanah Melayu, Thailand dan Filipina. Menjadi tuan rumah Pertandingan Membaca Al-Quran
Peringkat Antarabangsa yang pertama.
1963 : Membentuk Malaysia pada 16 September, apabila Tanah Melayu bergabung dengan
Singapura, Sarawak dan Borneo Utara (sekarang Sabah).
1967 : ASA dibubarkan untuk memberi laluan kepada persatuan yang lebih besar, iaitu
Association of Southeast Asian Nations.
1969 : Membantu menubuhkan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan dilantik sebagai
Setiausaha Agungnya yang pertama.
1971 : Meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno dan digantikan oleh
timbalannya, Datuk Abdul Razak Hussein.
1982 : Menjadi Presiden Majlis Dakwah Serantau Asia Tenggara dan Pasifik (RISEAP)

"Merdeka itu bukanlah suatu
benda yang mudah boleh
didapati, melainkan ialah
dikehendaki untuk
mendapatkannya itu iaitu
pengorbanan yang sebenar
pengorbanan."
- Tunku Abdul Rahman

BUKU SKRAP TOKOH KEMERDEKAAN
AFREEN HAZIQAH BINTI JAYA
SK KANGKAR PULAI 2


Click to View FlipBook Version