The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Rak Digital SK Holy Trinity, 2024-01-22 10:04:03

Makcik Bawang Junior

Makcik Bawang Junior

VIRONICA POLUS Makcik Bawang Junior D I T U L I S O L E H


Di sebuah kampung di daerah Tawau, tinggal seorang gadis kecil berumur 6 tahun bernama Siti. Walaupun masih kecil, Siti sudah dikenali sebagai "Makcik Bawang Junior" oleh penduduk kampung kerana kegemarannya membawang.


Siti adalah seorang kanak-kanak yang ceria dan suka berbual. Setiap hari, dia akan menghabiskan masa dengan berbual dan membawang dengan kawan-kawannya. Topik perbualannya selalu saja berubah-ubah, dari cerita terkini di sekolah hingga gosip terbaru di kampung.


"Kamu tahu tak, Pak Mat beli kereta Vios baru, " kata Siti kepada kawan-kawannya suatu hari. "Betul ke, Siti? Bila pula dia beli?" tanya kawan-kawannya dengan penuh minat. Siti tersenyum lebar. "Semalam. Saya nampak dia bawa kereta baru tu balik dari bandar."


Walaupun Siti suka membawang, dia tidak pernah menyebarkan cerita yang tidak benar. Dia selalu memastikan ceritanya adalah benar dan tidak merugikan orang lain. Kalau dia tidak pasti, dia tidak akan kongsi Ini membuatkan orang kampung tidak marah tetapi malah terhibur dengan cerita-cerita Siti.


Namun, ada satu masalah dengan kegemaran Siti ini. Dia sering lupa untuk membuat tugasan sekolahnya. Masalah ini sangat serius dan boleh membuatkan Siti tidak tamat sekolah tadika. Guru-guru di tadika sering kali menegur Siti kerana tidak menyiapkan kerja sekolah.


"Siti, kenapa kamu tidak buat kerja sekolah kamu?" tanya Cikgu Vi pada suatu hari. "Saya lupa, Cikgu, " jawab Siti dengan muka yang bersalah. Cikgu Vi mengeluh. "Siti, kamu tidak boleh asyik membawang saja. Kamu perlu belajar dan menyiapkan kerja sekolah juga."


Siti mengangguk. "Saya faham, Cikgu. Saya akan cuba buat yang terbaik." Dari hari itu, Siti mula belajar untuk mengatur masa dengan lebih baik. Dia masih membawang secara aktif, tetapi dia juga memastikan dia ada masa untuk belajar dan menyiapkan kerja sekolah.


Akhirnya, Siti berjaya menamatkan pengajiannya di tadika dengan cemerlang. Walaupun dia masih dikenali sebagai "Makcik Bawang Junior" , dia juga dikenali sebagai seorang pelajar yang rajin dan bertanggungjawab.


Cerita Siti ini mengajar kita bahawa walaupun kita mempunyai hobi, kita perlu belajar untuk mengatur masa dan memastikan kita juga menumpukan perhatian pada tanggungjawab kita. Hobi boleh menjadi sesuatu yang menyeronokkan, tetapi tanggungjawab tidak boleh diabaikan.


Click to View FlipBook Version