The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

E-majalah yang berkaitan dengan budaya dan adat perkahwinan masyarakat Iban.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Shi Wen T, 2023-07-04 03:46:31

Kumpulan 1 (Group B A222): Emajalah (Perkahwinan Kaum Iban)

E-majalah yang berkaitan dengan budaya dan adat perkahwinan masyarakat Iban.

BUDAYA DAN ADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT IBAN BUDAYA DAN ADAT _____ ADAT SEBELUM SEMASA SELEPAS _____ PAKAIAN _____ ALAT MUZIK _____ PANTANG LARANG KUMPULAN 1


DITULIS OLEH LEE YUNG JIE 292543 TAN SHI WEN 277911 SITI NUR MAISARAH BINTI NOOR SHAM 293541 CHRISMA MENDONG ANAK WELFRED GIMA 287593 HIKMAH BINTI NURDIN 293943


NUR IRDINA BINTI MOHAMMED ISMAIL 296765 MUHAMMAD HAFIZUDDIN BIN SHA'ARI 294636 NUR EZZIRA EZLIN BINTI MOHD 294589 MUHAMMED HASIF BIN DEN 295131 HAIKAL BIN ABDUL RAHIM 281065


ISI KANDUNGAN 01 02 03 Pengenalan Pengenalan dan latar belakang masyarakat Iban, Objektif dan Kaedah E-majalah Objektif dan Kaedah Objektif E-majalah dan Kaedah yang digunakan dalam menyediakan E-majalah Adat Sebelum Perkahwinan Budaya dan Adat masyarakat Iban sebelum perkahwinan 04 05 Adat Semasa Perkahwinan Budaya dan Adat masyarakat Iban semasa perkahwinan Adat Selepas Perkahwinan Budaya dan Adat masyarakat Iban selepas perkahwinan


ISI KANDUNGAN 06 07 08 Pakaian Perkahwinan Pakaian tradisional yang dipakai oleh masyarakat Iban semasa perkahwinan Pantang Larang Perkahwinan Pantang larang dan hal-hal yang tidak boleh dilakukan semasa perkahwinan masyarakat Iban Rumusan Rumusan tentang budaya dan adat perkahwinan masyarakat Iban 09 Rujukan Sumber rujukan E-majalah 10 Alat Muzik Perkahwinan Alat muzik yang digunakan semasa majlis perkahwinan masyarakat Iban


perempuan, sambil diiringii oleh bunyi paluan gong. Kedatangan mereka diterima dengan tembakan senapang sebagai tanda kemeriahan. Rombongan pengantin perempuan kemudaian turun ke sungai untuk mandi bersama-sama dengan rombongan pengantin lelaki, sebagai tanda permulaan hubungan baik antara keduadua pihak. Dalam E-Majalah ini, kajian yang dilakukan adalah berkaitan tentang budaya dan adat perkahwinan masyarakat Iban. Untuk pengetahuan umum, majlis perkahwinan masyarakat Iban atau lebih dikenali sebagai “melah pinang”. Ia bermula dengan pengantin lelaki yang mengenakan pakaian tradisional suku kaum Iban dan diarakan dalam satu perarakan menggunakan kenderaan atau jong menuju rumah pengantin Budaya merujuk kepada elemenelemen yang menyeluruh seperti pengetahuan, kepercayaan, seni, tatasusila, dan keterampilan tingkah laku yang dipelajari oleh individu sebagai anggota masyarakat. Adat pula mengacu kepada aturan-aturan yang telah dipratikkan secara turuntemurun dalam masyarakat dan perlu dipatuhi. Peringkat-peringkat ini akan diterangkan dalam tajuk kecil yang seterusnya secara terperinci. Namun begitu, majlis perkahwinan ini boleh diadakan di rumah kedua-dua pihak pengantin. Contohnya, setelah mengadakan perayaan di kediaman pengantin lelaki, majlis akan dijalankan sekali lagi di kediaman pengantin perempuan. Terdapat beberapa peringkat tertentu dalam perkahwinan masyarakat Iban iaitu peringkat merisik, meminang, bertunang, majlis perkahwinan dan selepas majlis perkahwinan. Budaya dan Adat Kajian yang dilakukan adalah bertajuk Budaya dan Adat Perkahwinan Masyarakat Iban. Iban adalah kaum Pribumi asli (Orang Asal Tertua) yang tinggal di Pulau Borneo. Golongan mereka ini boleh dijumpai di Sarawak, Kalimantan Barat, Brunei, Sabah (Iban Merotai) dan Labuan. Hasil kajian dilakukan terhadap kaum Iban, masyarakat ini didapati mempunyai kadar yang tertinggi di Asia Selatan iaitu sebanyak 11% dan merupakan kaum ketiga terbesar di Malaysia. PENGENALAN PERKAHWINAN MASAYARAKAT IBAN


Akhir sekali, kami sekumpulan juga telah merujuk kepada buku-buku, internet dan sebagainya. Kaedah ini boleh dilakukan untuk mendapat fahaman tentang latar definisi budaya dan adat serta latar belakang adat perkahwinan masyarakat Iban. Kami menggunakan “Google” untuk mencari maklumat yang berkenaan dan dapat membandingkan beberapa maklumat yang boleh diambil untuk dimasukkan ke dalam kajian tugasan kami OBJEKTIF KAEDAH B U DAYA DAN ADAT PERKA HWINAN MASYARAKAT IBAN Kami telah melaksanakan beberapa kaedah untuk mengumpul dan mendapatkan data yang diperlukan dalam kajian ini. Antara kaedah yang digunakan semasa melaksanakan kajian ini ialah pemerhatian. Kaedah ini digunakan untuk mengidentifikasikan adat perkahwinan masyarakat Iban. Di samping itu, pemerhatian juga dilakukan untuk melihat bagaimana majlis perkahwinan masyarakat Iban diadakan. Kajian melalui E-Majalah ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti budaya dan adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Iban di negara Malaysia dan di seluruh Asia Selatan. Melalui tugasan ini, kami dapat mengetahui dan memahami dengan lebih mendalam mengenai pelbagai jenis budaya dan adat perkahwinan masyarakat Iban. Dengan ini, kami juga dapat menganalisis bagaimana majlis perkahwinan masyarakat Iban ini dijalankan serta tindakan-tindakan yang harus dilakukan sebelum, semasa dan selepas sesuatu majlis perkahwinan. Melalui kajian ini, kami dapat memperolah maklumat yang lebih terperinci mengenai upacara adat, tujuan serta peralatan dan contoh pakaian khusus semasa perkahwinan masyarakat Iban diadakan. Dari bahanbahan yang kami peroleh, pantang larang yang wajib diikuti ketika perkahwinan ini diadakan juga dapat dikenal pasti. Akhir sekali, kami dapat mengetahui adat-adat sebelum, semasa dan selepas majlis perkahwinan diadakan. Hal ini kerana setiap kaum, ia mempunyai proses tertentu dalam melancarkan sesuatu majlis yang diadakan. Bahkan, kami juga dapat mengetahui pantang larang perkahwinan masyarakat Iban seperti “jadi mali”. Pasangan yang “jadi mali” ini akan melakukan adat mandi darah khinzir untuk membatalkan semua “bencana” tersebut Seterusnya, temu bual juga diambil sebagai salah satu kaedah kajian untuk memperolehkan maklumat tentang budaya dan adat perkahwinan masyarakat Iban. Melalui kaedah ini, kami boleh mendapat maklumat sebenar tentang proses yang dilaksanakan ketika majlis perkahwinan masyarakat Iban berlangsung. Dalam kaedah temu bual ini, kami telah menemu bual rakan kerjasama tugasan kami iaitu Chrisma Mendong Anak Welfred Gima kerana dia merupakan pelajar Iban yang berasal dari Sarawak dan mengetahui serba serbi tentang budaya dan adat perkahwinan masyarakat Iban.


ADATSEBELUM PERKAHWINAN MASYARAKATIBAN BUDAYA DAN ADAT M AS YARAKAT IBAN Meminang Setelah ibu bapa wanita fikir merisik tersebut boleh dipertimbangkan dan digalakkan, mereka akan menetapkan sesuatu hari untuk wakil yang mewakili pengantin lelaki tersebut bagi menghadiri dengan cincin pusaka. Cincin tersebut dikenali sebagai “cincin menanti mimpi” (Mokhtar, Hazzil, & Padmanathan, 2015). Cincin tersebut biasanya diperbuat daripada tembaga dan haruslah dibawa semasa waktu pagi. Adat Merisik Adat merisik ialah adat yang pertama dan penting dalam perkahwinan masyarakat Iban sebelum majlis perkahwinan. Hal ini dikatakan demikian kerana pengantin lelaki merupakan pihak yang biasanya menentukan merisik. Apabila seorang lelaki jatuh cinta dengan seorang wanita, lelaki tersebut akan menghantar wakil atau ibu bapanya pergi ke rumah wanita kegemarannya untuk merisik. Pertemuan ini juga dikenali sebagai berbunga-bunga atau berjarum-jarum (Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, n.d.). Rombongan terdapat lima hingga dua puluh orang dari keluarga pengantin lelaki yang terdiri daripada orang tua, akan dihantar oleh pihak keluarga pengantin lelaki. Ketika itu akan ditentukan syarat-syarat perkahwinan dan juga soal mahar.


Adat Bertunang Sebagai satu tanda ikatan pertunangan, bapa pengantin lelaki akan menanggalkan lapit, ikan pinggang perak atau sebilah pedang, dan pasangan pengantin akan bertukar cincin apabila persetujuan dicapai (Wan Sian, 2016). Selepas itu, kedua-dua keluarga akan bermula untuk membincangkan tarikh dan butiran majlis perkahwinan. Pada saat ini, wanita dan lelaki tersebut bertunang secara rasmi Dalam adat masyarakat Iban, wanita tersebut tidak boleh terima lagi kunjungan pengantin lelaki lain kecuali tunangnya. Manakala, keluarga lelaki tersebut haruslah memberitahu saudara mara dan jiran tentang pertunangan ini (Wan Sian, 2016). Selain itu, pasangan pengantin perlu sentiasa memakai cincin pertunangan sebagai tanda pertunangan mereka. ADATSEBELUMPERKAHWINAN MASYARAKATIBAN BUDAYA DAN ADAT M AS YARAKAT IBAN


ADAT SEMASA PERKAHWINAN MASYARAKAT IBAN Berandau: Berandau adalah proses lamaran yang dilakukan oleh keluarga lelaki kepada keluarga wanita. Mereka mengirimkan utusan untuk membicarakan niat baik tersebut. Makan Tiwah: Makan Tiwah adalah upacara adat yang dilakukan oleh keluarga besar pengantin lelaki setelah perkahwinan. Tujuannya adalah untuk menghormati nenek moyang dan mengucapkan terima kasih atas kesuksesan perkahwinan. Makanan khas Iban seperti penganan tuak (minuman beralkohol tradisional) dan hidangan lainnya akan disajikan. Menyabit Lemba: Ini adalah tradisi memohon berkat kepada orang tua pengantin perempuan. Pengantin perempuan akan menyabitkan lemba atau keris ke orang tua pengantin lelaki sebagai tanda penghormatan dan permohonan restu. Adat semasa perkahwinan kaum Iban adalah warisan budaya yang kaya dan unik. Kaum Iban adalah salah satu etnik pribumi yang mendiami Sarawak, Malaysia, dan memiliki tradisi pernikahan yang berbeza-beza. Berikut ini adalah beberapa adat yang umum terjadi dalam perkahwinan kaum Iban: Pengap Kelingkang: Pengap Kelingkang adalah upacara adat yang dilakukan pada malam sebelum perkahwinan. Pengantin lelaki dan wanita akan dibuat tidur oleh para tetua adat dan akan diberikan nasihat serta doa-doa agar mereka memiliki kehidupan rumah tangga yang bahagia dan sukses. BUDAYA DAN ADAT M AS YARAKAT IBAN


Berbedak Mandi: Ini adalah ritual pembersihan yang dilakukan pada pengantin lelaki dan wanita sebelum upacara perkahwinan. Mereka akan diberi bedak oleh keluarga dan tetua adat sebagai simbol kemurnian dan keberkatan. Menari Ngepan Iban: Ini adalah tarian tradisional kaum Iban yang biasa ditampilkan dalam upacara perkahwinan. Tarian ini menggambarkan keindahan dan kegembiraan dalam menjalani kehidupan baru. ADAT SEMASA PERKAHWINAN MASYARAKAT IBAN Miring: Miring adalah acara tradisional Iban yang dilakukan setelah perkahwinan. Ini adalah upacara pengenalan pengantin baru ke masyarakat. Acara ini melibatkan tarian, nyanyian, dan pemberian ucapan selamat kepada pasangan pengantin. Pemindah Tauh: Pemindah Tauh adalah upacara adat yang dilakukan ketika pengantin wanita meninggalkan rumah orang tuanya dan pindah ke rumah pengantin lelaki. Keluarga dan sahabat akan membantu mengangkut barangbarang pengantin wanita dan merayakan keberangkatannya. Setiap sub-suku Iban atau daerah mungkin memiliki variasi dalam adat perkahwinan mereka. Namun, nilai-nilai seperti saling menghormati, menghargai keluarga, dan kehidupan yang harmoni sering kali menjadi inti dari pernikahan kaum Iban. BUDAYA DAN ADAT M AS YARAKAT IBAN


Sebelum berarak pergi ke rumah pengantin lelaki, pasangan pengantin akan menyucikan diri dan mengenakan pakaian masing -masing. Rombongan perlu kelihatan gembira dan bahagia di sepanjang jalan kerana segala kesalahan yang dilakukan telah disingkirkan. Sepanjang hari, pihak pengantin lelaki akan mengadakan majlis yang meriah. Pada malam hari pula, pengapit masing - masing mengiringi kedua-dua pengantin yang akan bersanding di atas sebuah gong ataupun kerusi beralaskan kain tenun. Adat bersanding di kalangan masyarakat Melayu boleh diumpamakan seperti adat ini. Sekiranya berlaku sebarang kesalahan oleh pengantin perempuan atau pengantin lelaki, mereka mesti menyucikan diri dengan mandi di sungai dan memegang sehelai kain sepanjang 24 kaki sebagai simbolik menghapuskan sebarang kesalahan dalam perkahwinan mereka. Selepas itu, seekor khinzir dikorbankan sebagai penebus dosa pengantin. BUDAYA DAN ADAT M AS YARAKAT IBAN ADATSELEPASPERKAHWINAN


Kemudian, semasa berdoa beberapa orang tua dijemput untuk membiau mereka berdua dengan menggunakan ayam supaya dapat memohon kepada dewa agar dapat memberkati mereka berdua. Hadirin di rumah panjang tersebut akan menyaksikan pasangan pengantin ini. Seterusnya, tukang ganyang iaitu seseorang yang akan memulakan acara akan di panggil. Selepas itu, kaki ayam yang diikat kakinya, disembelih sambil dibacakan mantera. Darah ayam yang telah disembelih itu diambil dan dijadikan sebagai jampi kepada pengantin. . Jamuan makan dan minum merupakan acara penutup bagi istiadat ini. Selepas majlis diadakan di rumah pengantin lelaki, pihak pengantin perempuan pula yang akan mengadakan majlis untuk menjamu tetamu. Menjadi adat bagi pasangan pengantin baru telah sah berkahwin untuk tidur bersama namun untuk pasangan yang melakukan kesalahan, mereka dilarang daripada tidur bersama. Si suami pada kebiasaannya akan tidur di bilik tetamu sementara si isteri tidur di bilik utama. Bunyi-bunyian yang kedengaran semasa waktu pemisahan mempunyai maksud yang tersendiri sama ada baik atau sebaliknya. Sekiranya terdapat petanda buruk, pasangan tersebut perlulah dipisahkan buat sementara waktu. BUDAYA DAN ADAT M AS YARAKAT IBAN ADATSELEPASPERKAHWINAN


BUDAYA DAN ADAT MASYARAKAT IBAN PAKAIAN PERKAHWINAN Pakaian perkahwinan bagi masyarakat Iban selalunya dipanggil sebagai “pakaian adat Iban”. Terdapat beberapa pakaian perkahwinan yang akan dipakai oleh pengantin dalam upacara perkahwinan masyarakat Iban. Kain cawat atau lebih dikenali sebagai kain sirat merupakan pakaian asas masyarakat Iban. Ukuran bagi kain sirat ialah 50 cm X 500 cm merupakan sehelai kain. Kain sirat akan melilit di pinggang dan kelangkang. Kedua-dua hujung kain tergantung dari pinggang ke hadapan dan belakang badan bagi mendedahkan bahagian hiasan. Hujung kain selalunya akan dipenuhi dengan sulaman atau tenunan yang cantik. Pakaian pengantin lelaki kedua ialah dandong, iaitu kain selendang yang akan dipakai oleh lelaki Iban. Dandong lebih lapang daripada bedong. Kain ini digunakan untuk membalut barang dalam pelbagai upacara, dengan itu panjang dandong tidak tetap. Dandong diperbuat daripada kain yang telah ditenun dengan kaedah ikat. Pakaian Pengantin Lelaki Masyarakat Iban Bagi pengantin lelaki dari masyarakat Iban, mereka akan memakai sama ada kain sirat atau dandong dan ia terbahagi kepada dua jenis pakaian tradisional.


Kain selempang yang juga dikenali sebagai bedong akan dipakai oleh wanita masyarakat Iban ketika upacara perkahwinan. Kain selendang ini panjang dan sempit akan dihiasi dengan reka corak tenunan yang sangat halus. Kain bedung ini kelihatan sama panjang dengan sirat.Bedong ini boleh dipakai di atas bahu sebagai selendang atau silang badan di dada. Bagi pengantin perempuan, terdapat tiga jenis pakaian pengantin tradisional untuk pengantin iaitu Bidang, Bedong, dan Kalambi. Semasa upacara perkahwinan, wanita Iban akan memakai kain yang dipanggil sarung atau lebih dikenali sebagai bidang. Kain sarung panjang hanya separas lutut dan sempit, dan dihiasi dengan reka bentuk corak tenunan yang sangat halus. Bidang diperbuat daripada dua bidang kain yang serupa dan berukuran 110 cm x 60 cm. Bidang akan dihiasi dengan corak jalur berwarna. Pelbagai corak geometri akan menghiasi bidang dengan warna merah bata dan kuning- kuningan untuk dipakai ketika upacara tertentu. Selain itu, beberapa bidang dihiasi dengan rekaan corak tradisional yang dibuat menggunakan benang emas atau perak pada kain asas berwarna merah. Pakaian Pengantin Perempuan Masyarakat Iban


Kalambi datang dalam pelbagai panjang, ada yang hanya separas punggung dan ada yang labuh sampai ke lutut. Pelbagai corak motif akan dijahit pada kain kalambi tersebut. Beberapa kalambi dihiasi dengan patung dewa dan haiwan, ada juga yang dihiasi dengan jalur yang indah, dan ada yang hanya dihiasi dengan jalur. Kalambi digunakan dengan kain yang telah ditenun dan kaedah ikat. Kain ini mempunyai corak jalur menegak, figura manusia dan burung. Kesemuaan corak ditenun menjadi bentuk geometri. Hujung kalambi daripada tenunan ikat akan dibiarkan dijumbai, dipintal dan dihias dengan manik. Kalambi tebahagi kepada dua jenis iaitu kalambi berlengan dan kalambi tanpa lengan, iaitu pakaian masyarakat Iban. Kalambi dipakai oleh lelaki dan wanita Iban semasa upacara perkahwinan. Kain Kalambi terdiri daripada sehelai kain segi empat tepat yang dilipat dua untuk memudahkan pemotongan yang ringkas. Satu sisi kain akan dilekatkan dan meninggalkan ruang untuk sambungan lengan, atau lebih dikenali sebagai lubang lengan. Pakaian Pengantin Perempuan Masyarakat Iban


7 8 9 10 11 12 1 2 3 4 5 6 2 3 4 6 5 8 10 9 11 12 PAKAIAN PERKAHWINAN Budaya dan Adat Masyarakat Iban Marik Empang Sugu Tinggi Kain Karap Buah Pauh Gerunchung Lampit Bulu Burung Ruai Baju Gagong Gelang Lengan Katapu Kain Sirat Tali Mulung 01 02 03 04 05 06 07 08 09 10 11 12


ALAT MUZIK Muzik boleh ditakrifkan sebagai seni yang diciptakan secara individu atau kolektif. Pelbagai jenis alat muzik boleh digunakan bersama untuk bermain muzik. Semasa majlis perkahwinan masyarakat Iban berlangsung, alat-alat muzik yang akan digunakan adalah seperti tawak, engkerumong dan gong. Sesetengah pasangan pengantin ingin diiringi dengan bunyi sape Alat utama yang digunakan untuk memeriahkan upacara menyambut kedatangan tetamu daripada pengantin adalah paluan tawak. Perunggu yang berbentuk bulat adalah bahan yang digunakan untuk membuat tawak. Dinding tawak tersebut tebal and berlonggok di tengah-tengah bahagian permukaannya. Tawak ini berpasangan seperti ibu dan anak. SEMASA PERKAHWINAN MASYARAKAT IBAN Bunyi yang dikeluarkan oleh tetawak ibu ialah rendah dan bergema manakala bunyi bagi tetawak anak ialah nyaring. Bunyi seperti “chak, dong dan peng” boleh dihasilkan oleh tawak. Tambahan lagi, terdapat sesetengah pengantin yang duduk di atas tawak semasa majlis perkahwinan dilangsungkan.


Selepas itu ialah gong. Gong digunakan untuk semua upacara sosial, kerana ia boleh dikatakan sebagai tulang belakang kebanyakan pentas muzik. Bilangan gong yang dimainkan bersama adalah berbeza mengikut keperluan masyarakat setempat. Gong yang lebih popular mempunyai dinding yang tebal, bibir dalam serta tombol besar dapat ditempah dari negara-negara seperti Filipina, Indonesia dan Brunei. Dalam majlis perkahwinan masyarakat Iban, paluan gong akan dilakukan seiring dengan paluan tawak ketika menyambut ketibaan tetamu iaitu semua wakil pengantin pada hari tersebut. Paluan gong yang pertama dilakukan untuk memberikan isyarat kepada seluruh isi rumah supaya bersiap sedia menyambut ketibaan tetamu. Selain itu, engkerumong juga memainkan peranan penting dalam bergabung memeriahkan lagi bunyi paluan gong. Perenggu berbentuk periuk merupakan bahan digunakan untuk menghasilkan engkerumong. Setiap set mempunyai lapan gong disusun sebaris di atas para yang panjang. Engkerumong boleh dimainkan oleh sesiapa sahaja. Walau bagaimana pun, kebanyakkan alat muzik tersebut dimainkan dan diamalkan oleh wanita, terutamanya orang tua dalam masyarakat Iban. Selain daripada digunakan dalam majlis perkahwinan dan Hari Gawai, engkerumong turut dipamerkan secara awam, khususnya pelancong-pelancong yang ingin memahami budaya seni muzik masyarakat Iban di negara Malaysia. ALAT MUZIK SEMASA PERKAHWINAN MASYARAKAT IBAN


ALAT MUZIK SEMASA PERKAHWINAN MASYARAKAT IBAN Akhir sekali, iringan bunyi sape juga turut digunakan semasa majlis perkahwinan masyarakat Iban berlangsung. Hal ini demikian kerana sesetengah pengantin ingin berarak di “ruai” menggunakan alunan bunyi sape. Sape merupakan gambus panjang bertali empat yang diperbuat dari kayu jokuyang. Badan sape panjang dan berbentuk hampir segi. Pada permukaan sape mempunyai ukiran bercorak masyarakat Iban Sarawak yang biasanya dalam warna merah ataupun hitam. Iringan alunan bunyi sape ini adalah enak didengar dan dapat membuatkan pendengar merasa tenang.


Perkahwinan merupakan satu proses penting dalam budaya masyarakat, termasuk dalam budaya kaum Iban. Namun, terdapat beberapa pantang larang yang perlu diambil kira sebelum dan semasa majlis perkahwinan bagi memastikan ia dijalankan dengan sempurna. Pantang larang ini dianggap sebagai suatu kepercayaan dan adat resam yang perlu dihormati dalam budaya kaum Iban. Pertama sekali, sebelum majlis perkahwinan, pasangan yang hendak berkahwin perlu memastikan bahawa mereka tidak memakai warna pakaian yang sama. Menurut kepercayaan kaum Iban, memakai pakaian yang sama akan menimbulkan konflik dalam perkahwinan. Oleh itu, pasangan perlu memakai pakaian yang berbeza untuk mengelakkan sebarang masalah dalam perkahwinan mereka. Kedua, pasangan yang hendak berkahwin tidak dibenarkan mengambil gambar bersama sebelum majlis perkahwinan bermula. Kepercayaan ini adalah kerana gambar bersama sebelum majlis perkahwinan dianggap sebagai tanda tidak menghormati majlis perkahwinan itu sendiri. Oleh itu, pasangan perlu menghormati majlis perkahwinan dan tidak membuat sebarang aktiviti yang boleh mengganggu majlis tersebut. PANTANG LARANG PERKAHWINAN BUDAYA DAN ADAT MASYAKAT IBAN


Selain itu, semasa majlis perkahwinan, pasangan tidak dibenarkan duduk di atas tempat tidur. Ini kerana tempat tidur dianggap sebagai simbol keintiman dan ia dihormati sebagai tempat tidur pengantin selepas majlis perkahwinan sahaja. Oleh itu, pasangan perlu menghormati tempat tidur tersebut dan tidak duduk di atasnya semasa majlis perkahwinan. Selain daripada itu, di dalam kepercayaan kaum Iban, pasangan yang hendak berkahwin tidak dibenarkandibenarkan memilih tarikh perkahwinan pada hari Rabu. Ini kerana Rabu merupakan hari yang dianggap sebagai hari sial bagi perkahwinan. Oleh itu, mereka memilih hari yang lain untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini. Kesimpulannya, pantang larang dalam perkahwinan kaum Iban mempunyai peranan yang penting dalam memastikan majlis perkahwinan dijalankan dengan lancar dan mendapat berkat dari Allah SWT. Dalam memelihara tradisi ini, ia juga memastikan bahawa nilainilai budaya dan adat resam kaum Iban terus dijaga dan diwarisi daripada generasi ke generasi. Oleh itu, adalah penting bagi pasangan yang hendak berkahwin dalam budaya kaum Iban untuk memahami dan menghormati pantang larang yang diwajibkan dalam adat resam mereka. PANTANG LARANG PERKAHWINAN BUDAYA DAN ADAT MASYAKAT IBAN


Secara keseluruhannya, kajian ini dilakukan untuk mengetahui budaya dan adat perkahwinan yang diadakan oleh masyarakat Iban di Malaysia dengan lebih terperinci dan menyeluruh. Hasil kajian dapat menunjukkan beberapa proses atau adat daripada masyarakat Iban yang perlu dilakukan untuk melangsungkan upacara perkahwinan. Bahkan, kajian ini jelas membuktikan bahawa setiap adat perkahwinan bagi masyarakat atau kaum di Malaysia ini mempunyai keistimewaan masing-masing. Secara ringkasnya, terdapat tiga adat dalam perkahwinan masyarakat Iban yang telah dikemukakan dalam kajian ini. Dalam adat sebelum majlis perkahwinan masyarakat Iban diadakan, adat merisik adalah merupakan adat pertama dan penting untuk ditentukan oleh pengantin lelaki. Ibu bapa atau wakil pihak lelaki akan pergi ke rumah pihak perempuan untuk merisik dan diikuti dengan perbincangan dalam RU M USAN menentukan syarat-syarat perkahwinan dan juga soal mahar. Sekiranya risikan itu mendapat persetujuan ramai, maka adat bertunang akan dijalankan pada tarikh yang akan ditetapkan. Bagi adat semasa perkahwinan, masyarakat Iban akan menitikberatkan adat “berandau” terlebih dahulu untuk kedua-dua belah pihak pengantin. Seterusnya, adat berbedak mandi untuk pengantin dilaksanakan sebagai simbol kemurnian dan keberkatan. Dalam upacara perkahwinan, tarian “Ngajat” oleh masyarakat Iban akan dipersembahkan untuk memeriahkan majlis perkahwinan.


Adat-adat lain yang turut dilaksanakan ialah Pengap Kelingkang, Miring, Makan Tiwah, Menyabit Lemba dan pemindah Tauh. Manakala, majlis pertama perkahwinan akan diadakan di rumah pihak pengantin lelaki dan sekali lagi akan majlis akan diadakan di rumah pengantin perempuan. Kesimpulannya, setiap masyarakat atau kaum memang mempunyai budaya dan adat perkahwinan yang tersendiri. Kelainan yang dilakukan pula adalah untuk memeriahkan sesuatu majlis serta dapat menjadi tumpuan khalayak ramai untuk sama-sama menyaksikannya. Walau bagaimana pun, keberkatan dan kemurnian yang ingin diperolehi dalam setiap majlis perkahwinan yang dilangsungkan. Dengan ini, setiap rakyat Malaysia boleh dikatakan mendapat sesuatu yang baharu dan unik kerana dapat menikmati suasana yang indah dalam kehidupan. Hal ini membolehkan kita sebagai rakyat Malaysia menghormati antara satu sama lain walaupun berbeza kaum, bangsa dan agama. Ia dapat membuka mata masyarakat luar atau orang asing bahawa kita dapat hidup dengan aman dan harmoni dalam satu rumpun tanpa ada persengketaan dan salah faham. Pakaian perkahwinan yang digunakan oleh kedua-dua pengantin ialah “Ngepan Iban” yang khusus. Pengantin perempuan akan dihias secara lengkap menggunakan “Ngepan” manakala pengantin lelaki akan dilengkapi dengan “Baju Burung serta Sirat”. Budaya Dan Adat Perkahwinan Masyarakat Iban perkahwinan mereka.Malah, pengantin juga tidak dibenarkan untuk mengambil gambar bersama sebelum majlis perkahwinan bermula kerana ia dianngap mereka tidak menghormati upacara perkahwinan yang akan diadakan. Seterusnya, semasa majlis berlangsung pengantin tidak dibenarkan duduk di atas tempat tidur kerana tempat tidur adalah simbol keintiman selepas majlis perkahwinan sahaja. Bahkan, dalam kepercayaan masyarakat Iban, pasangan yang hendak berkahwin tidak dibenarkan memilih tarikh perkahwinan pada hari Rabu. Hal ini demikian kerana Rabu merupakan hari yang dianggap hari sial bagi perkahwinan. Oleh itu, kedua-dua pengantin perlu mematuhi dan menghormati pantang larang ini untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. . Walau bagaimana pun, terdapat beberapa pantang larang yang perlu diikuti oleh kedua-dua pengantin. Sebelum majlis perkahwinan dilangsungkan, pengantin tidak digalakkan untuk memakai warna pakaian yang sama kerana ia akan menimbulkan konflik dalam RU M USAN


RUJUKAN Kamus Kamus Dewan Edisi Empat, 2007. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hal 880. Bahan Internet Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara. (n.d.). Adat Resam dan Budaya Kaum Iban: Perkahwinan. Diperolehi pada 1 Jun 2023, daripada Pemetaan Budaya: https://pemetaanbudaya.jkkn.gov.my/culture/dis/324 Mokhtar, H., Hazzil, A., & Padmanathan, B. (2015, Februari 6). Perkahwinan Kaum Iban. Diperolehi pada 1 Jun 2023, daripada blogger: http://pengajianmalaysiadls1b.blogspot.com/2015/02/50-perkahwinan-kaum-iban.html Wan Sian, S. (2016). PERBANDINGAN PENGURUSAN ADAT PERKAHWINAN IBAN TRADISI DAN MODEN. Diperolehi pada 1 Jun 2023, daripada ir.unimas.my: Pakaian tradisional iban. (n.d.). TANDAK NGAJAT. Diperolehi pada 2 Jun 2023, daripada https://rimbunanrantingsarawak.weebly.com/pakaian-tradisional-iban.html Sarawak. (n.d.). Pakaian Tradisional <br />Kaum-Kaum Di Malaysia. Diperolehi pada 2 Jun 2023, daripada https://pakaiantradisionaldimalaysia.weebly.com/sarawak.html UMIPBTPNSAR. (2010, Februari 10). ALAT MUZIK TRADISIONAL SARAWAK. Diperolehi pada 3 Jun 2023, daripada http://upimbtpnsarawak.blogspot.com/2010/02/alat-muzik-tradisionalsarawak.html Affy Johari. (2022, Ogos 16). PANTANG LARANG ADAT PERKAHWINAN KAUM IBAN YANG ANDA PERLU TAHU. Diperolehi pada 3 Jun 2023, daripada https://www.beloya2u.com/2022/08/pantang-larang-adat-perkahwinan-kaum_16.html https://ir.unimas.my/id/eprint/35053/1/PERBANDINGAN%20PENGURUSAN%20ADAT%2 0PERKAHWINAN%20IBAN24pgs.pdf


RUJUKAN Nur Afifah. (2022, Julai 13). Ini 5 Adat Perkahwinan Unik Masyarakat di Sabah Sarawak Yang Anda Perlu Tahu. Diperolehi pada 4 Jun 2023, daripada https://www.iloveborneo.my/ini-5- adat-perkahwinan-unik-masyarakat-di-sabah-sarawak-yang-anda-perlu-tahu/ Watson Menjang. (2017, Disember 28). Pengawa melah pinang ti nitihka adat, ngepan asal Iban makin nerima sambut. Diperolehi pada 4 Jun 2023, daripada https://www.utusanborneo.com.my/2017/12/28/pengawa-melah-pinang-ti-nitihka-adatngepan-asal-iban-makin-nerima-sambut Temu Duga Chrisma Mendong Anak Welfred Gima. (2023, Jun 5). Budaya dan Adat Perkahwinan Masyarakat Iban. Temu duga secara talian (Aplikasi Google Meet)


Click to View FlipBook Version