ETIKA & AKAUNTABILITI PENGGUNAAN AIDalam era ledakan teknologi digital, penggunaan Generatif seperti ChatGPT, Copilot dan Gemini semakin meluas dalam pelbagai sektor termasuk pendidikan, pentadbiran dan perkhidmatan awam. Namun, tanpa panduan etika yang jelas, teknologi ini berpotensi mencetuskan isu seperti data privacy breach, intellectual property infringement, dan algorithmic bias yang boleh menjejaskan integriti maklumat serta kepercayaan masyarakat. Oleh itu, penerapan prinsip ethical AI governance amat penting bagi memastikan setiap interaksi dengan sistem AI berlaku secara accountable, transparent, dan human-centric. Etika bukan sekadar pelengkap, tetapi merupakan core value yang harus dijadikan asas dalam setiap proses pembangunan dan penggunaan AI generatif, agar teknologi ini benarbenar menjadi alat pemerkasa, bukan pemudarat.
AGENDA MODUL1 PENGENALAN ETIKA AIKepentingan etika dalam era digital dan pembentukan kepercayaan masyarakat2 PRINSIP TADBIR URUS AI MALAYSIA7 prinsip AIGE dan aplikasinya di KEMAS3 ASPEK PRAKTIKALAkauntabiliti, keadilan, ketelusan, hak cipta, dan penilaian kualiti4 PANDUAN PELAKSANAANLangkah praktikal untuk menerapkan etika AI dalam konteks KEMAS
TRAGEDI AI DI MALAYSIALINK : HTTPS://YOUTU.BE/0VWZLLK3PBU?SI=IMM3YCWHTO76P64
INTRODUKSIEtika AI merujuk kepada prinsip moral dan nilai yang membimbing penggunaan teknologi AI secara bertanggungjawab, terutama bagi agensi kerajaan seperti KEMAS.Sebagai pegawai KEMAS, penggunaan AI secara beretika adalah penting untuk:Memastikan kepercayaan masyarakat terutama di kawasan luar bandarMelindungi privasi dan keselamatan data warga KEMASMenyediakan perkhidmatan sosial dan pendidikan yang adilMengekalkan kredibiliti KEMAS sebagai agensi kerajaan
KEPENTINGAN ETIKA AIMELINDUNGI HAK & MARUAHAI membuat keputusan penting yang mempengaruhi kehidupan rakyat. Etika memastikan AI tidak melanggar privasi atau menindas, menjaga keadilan dan maruah setiap individu.MENCEGAH DISKRIMINASIAI boleh menguatkan bias jika dilatih dengan data yang berat sebelah. Etika menjamin AI diuji dan diaudit untuk memastikan keadilan bagi semua lapisan masyarakat.MENINGKATKAN KEPERCAYAANSistem AI yang telus, mudah dijelaskan, dan bertanggungjawab membina keyakinan awam. Rakyat berhak memahami keputusan yang dibuat oleh AI.MENGELAK PENYALAHGUNAANTanpa etika, AI berisiko disalahgunakan untuk pengintipan atau manipulasi. Prinsip etika membantu kerajaan menetapkan sempadan untuk penggunaan teknologi yang bertanggungjawab.MENJAMIN AKAUNTABILITIAI sering dilihat sebagai \"kotak hitam\". Etika menuntut agar logik di sebalik keputusan AI dapat difahami dan dijelaskan kepada pengguna dan pembuat dasar.MEMASTIKAN AI UNTUK KEBAIKANEtika mengarahkan penggunaan AI ke arah manfaat bersama seperti ramalan bencana, kesihatan, pendidikan, danpenyaluran bantuan, bukan untuk eksploitasi semata-mata.
HAK CIPTA & PEMILIKAN KANDUNGAN AIIsu utama: Pemilikan kandungan yang dihasilkan oleh AI masih dalam perdebatan undang-undang di peringkat global. Di Malaysia, undang-undang hak cipta secara tradisinya hanya mengiktiraf pencipta manusia.Kesimpulan: Kita hendaklah sentiasa menghormati hak cipta karya orang lain, walaupun kemajuan teknologi AI mewujudkan \"grey area\" dalam kerangka perundangan hak cipta.SIAPA PEMILIK?Output AI sering berada dalam \"kawasan kelabu\" undang-undang - bergantung pada input, platform, dan terma perkhidmatanKANDUNGAN ASALKandungan yang dijana sepenuhnya oleh AI mungkin tidak dilindungi hak cipta tradisionalSUNTINGAN MANUSIAPengubahsuaian signifikan boleh mewujudkan hak cipta baharuAMALAN TERBAIKSentiasa periksa terma perkhidmatan AI dan dapatkan kebenaran untuk penggunaan rasmi
DISCLAIMER : MENYATAKAN KANDUNGAN DIJANA AICONTOH PERNYATAAN UNTUK DOKUMEN:\"Sebahagian kandungan dokumen ini telah dihasilkan dengan bantuan teknologi AI. Semua maklumat telah disemak dan disahkan oleh pegawai KEMAS yang bertanggungjawab.\"CONTOH PERNYATAAN UNTUK BAHAN VISUAL:\"Imej ini dihasilkan menggunakan teknologi AI dan tidak mewakili individu atau lokasi sebenar. Ia digunakan untuk tujuan ilustrasi sahaja.\"
PANDUAN PENGGUNAAN AI DALAM BAHAN RASMIUNTUK TEKS:Sentiasa semak dan sunting output AI untuk ketepatanJangan gunakan teks AI terus tanpa semakan manusiaNyatakan penggunaan AI dalam dokumen rasmi KEMASJangan hasilkan dasar atau dokumen penting sepenuhnya dengan AIUNTUK IMEJ/VIDEO:Gunakan label yang jelas untuk kandungan dijana AIElakkan imej AI untuk mewakili lokasi atau acara sebenarPertimbangkan implikasi etika imej yang memaparkan individuSimpan rekod alat AI yang digunakan untuk rujukan
SEMAK KESAHIHAN SEBELUM SEBARDalam era AI generatif, maklumat boleh dijana dengan cepat dan meyakinkan 4 tetapi tidak semestinya betul. AI bukan mesin kebenaran; ia menjana jawapan berdasarkan corak bahasa dalam data latihannya, bukan semata-mata fakta sahih.Prinsip ini menekankan bahawa setiap maklumat yang dijana oleh AI perlu disemak terlebih dahulu sebelum disebarkan, digunakan secara rasmi, atau dikongsi kepada umum, terutamanya jika ia menyentuh hal rasmi, dasar kerajaan, sejarah, atau statistik.¦ CONTOH KESILAPAN YANG SERING BERLAKU:AI menyatakan bahawa \"KEMAS ditubuhkan pada tahun 1970\" (fakta salah 3 sebenarnya bermula 1961). AI menghasilkan statistik palsu berkaitan jumlah penduduk kampung atau kadar kemiskinan.AI menyebut nama program kerajaan yang tidak pernah wujud, tetapi bunyinya seakan betul. Pengguna terus kopi & tampal maklumat AI ke dalam poster, teks ucapan, atau laporan tanpa semakan silang.' AMALAN BAIK YANG DISYORKAN:Gunakan prinsip S.A.R.I.N.G. untuk semak kesahihan maklumat sebelum menyebar:Maksud Contoh AmalanS Semak sumber Periksa rujukan atau pautan jika disebut. Jangan percaya jika tiada sumber jelas.A Asah minda kritis Tanyakan: <Logik ke maklumat ni? Pernah dengar sebelum ni?=R Rujuk maklumat sah Guna laman rasmi seperti jdn.gov.my , atau portal kementerian.I Ikut logik dan konteks Nilai sama ada maklumat sesuai dengan situasi sebenar (lokasi, masa, budaya).N Nilai sebelum sebar Tangguhkan sebentar 4 adakah maklumat ini bermanfaat, sahih dan tidak memudaratkan?G Guna dengan tanggungjawab Fikir tentang kesan jangka pendek dan jangka panjang setiap kali maklumat mahu disebarkan KENAPA INI PENTING?Elak penyebaran maklumat palsu, yang boleh merosakkan reputasi jabatan, menimbulkan kekeliruan atau menyebabkan panik.Lindungi kredibiliti diri & organisasi 3 jika maklumat salah tersebar, orang akan hilang kepercayaan.Memupuk disiplin digital dan literasi maklumat dalam kalangan penjawat awam.
l ELAKKAN PLAGIAT (CIPLAK)Plagiat bermaksud menyalin atau mengambil karya orang lain dan mengaku sebagai karya sendiri tanpa memberi kredit atau melakukan pengubahsuaian. Dalam konteks AI generatif seperti ChatGPT, Gemini, atau Copilot, plagiat berlaku apabila kita:Menyalin secara bulat-bulat hasil yang dijana AI,Menghantar atau menyebarkannya sebagai karya peribadi tanpa pengubahsuaian, atauTidak memberi pengiktirafan terhadap sumber asal kandungan (jika ada).¦ CONTOH KESILAPAN YANG SERING BERLAKU:Seorang pelajar menjana karangan AI kemudian menghantar terus kepada guru sebagai tugasan tanpa suntingan atau pemahaman.Seorang penjawat awam menggunakan teks ucapan yang dijana AI secara 100% dan menyampaikannya tanpa semak fakta atau sesuaikan dengan konteks.
PRINSIP TADBIR URUS AI MALAYSIA (AIGE)Malaysia telah membangunkan 7 prinsip tadbir urus AI (AIGE) sebagai panduan nasional untuk penggunaan AI yang beretika dan bertanggungjawab. Prinsip-prinsip ini perlu difahami dan diamalkan oleh semua pegawai KEMAS dalam tugas harian mereka yang melibatkan teknologi AI.Dokumen utama AI sektor awam di Malaysia iaitu \"Garis Panduan Kecerdasan Buatan Kerajaan\" menyediakan rangka kerja komprehensif untuk adaptasi AI yang bertanggungjawab dan beretika. Ia menggariskan peranan dan tanggungjawab pelbagai pihak berkepentingan dalam kitaran hayat AI, daripada pembangun hingga pengguna, serta menjelaskan tatacara pengadaptasian AI, termasuk keperluan utama dan pengurusan risiko. Garis panduan ini juga menyertakan contoh aplikasi AI global dan tempatan dalam perkhidmatan awam, serta alat penilaian kendiri untuk memastikan pematuhan etika, bertujuan untuk meningkatkan kecekapan perkhidmatan dan memupuk kepercayaan awam terhadap teknologi ini.
7 PRINSIP TADBIR URUS AITujuh prinsip etika AI adalah asas penting untuk memastikan pengadaptasian teknologi AI yang bertanggungjawab dan beretika dalam sektor awam di Malaysia. Prinsip-prinsip ini dibangunkan dengan merujuk kepada kerangka global dan nasional seperti Prinsip AI OECD, Cadangan UNESCO mengenai Etika Kecerdasan Buatan, Panduan AI ASEAN, dan AIGE. Tujuannya adalah untuk memacu transformasi digital, memperkukuh tadbir urus, dan memastikan pengadaptasian AI memberikan manfaat kepada masyarakat secara bertanggungjawab dan beretika.1PRIVASI DAN KESELAMATAN DATA (DATA PRIVACY AND SECURITY)AI mesti jaga maklumat peribadi orang ramai3 seperti nama, nombor IC, alamat dan data sensitif.Semua sistem AI di jabatan perlu ikut undangundang privasi dan tak boleh bocor data.Data mesti dijaga dari awal sampai akhir 3 dari masa kita simpan, guna, sampai padam.Wajib ada sistem keselamatan data yang kukuh dan pegawai yang tahu jaga data.2KETELUSAN (TRANSPARENCY)AI perlu jelas dan boleh difahami 3 bukan 8kotak hitam9 yang kita tak tahu macam mana keputusan dibuat.Kakitangan dan rakyat berhak tahu kenapa satu keputusan dibuat oleh AI.Bila guna AI untuk bantu buat keputusan, maklumkan secara terbuka (contoh: <keputusan ini dibantu oleh sistem AI=).Boleh wujudkan sistem semakan semula kalau ada orang rasa keputusan AI tak adil.3AKAUNTABILITI (ACCOUNTABILITY)AI tak boleh disalahkan kalau ada kesilapan 3 manusia tetap kena bertanggungjawab.Setiap jabatan mesti ada orang yang ditugaskan untuk pantau dan semak semula keputusan AI.Perlu ada sistem audit dan pemantauan berkala untuk elakkan salah guna.Kalau berlaku kesilapan, mesti ada cara untuk betulkan dan beri penjelasan.
7 PRINSIP TADBIR URUS AIKESAKSAMAAN (FAIRNESS)AI mesti adil dan tak berat sebelah 3 tak boleh pilih kasih ikut kaum, jantina, umur atau lokasi.Data yang kita guna untuk melatih AI kena seimbang dan pelbagai latar belakang.Sistem perlu diuji supaya keputusan yang dibuat sesuai untuk semua golongan rakyat.Ada langkah untuk kesan dan betulkan bias dalam data atau algoritma.KETERANGKUMAN (INCLUSIVENESS)AI perlu ambil kira semua lapisan masyarakat, termasuk golongan rentan atau kurang akses teknologi.Latihan AI perlu guna data dan pendekatan yang sesuai untuk pelbagai kaum, bahasa dan latar belakang.Pastikan teknologi AI mudah diakses dan mesra pengguna, termasuk oleh warga emas atau penduduk desa.Galakkan kepelbagaian dalam pasukan pembangun AI supaya lebih sensitif dengan keperluan masyarakat.KEBOLEHPERCAYAAN DAN KETAHANAN (RELIABILITY AND ROBUSTNESS)AI kena berfungsi dengan tepat dan konsisten, bukan main teka atau bertindak luar kawalan.Sistem perlu diuji supaya ia selamat digunakan, termasuk bila berlaku gangguan atau input pelik.Kalau guna AI untuk buat keputusan penting, sistem kena kukuh dan boleh dijangka hasilnya.Pastikan sistem AI tahan lama, fleksibel, dan boleh disesuaikan ikut perubahan dasar dan teknologi.KELESTARIAN (SUSTAINABILITY)AI mesti dibangunkan dengan cara yang tidak membazir tenaga atau merosakkan alam sekitar.Gunakan teknologi mesra alam seperti Green Data Centre, cloud yang cekap tenaga atau Edge Computing.AI yang dibina perlu sokong agenda pembangunan mampan negara dan jaga generasi akan datang.Galakkan kerjasama kerajaan3swasta untuk bangunkan sistem AI yang menjimatkan dan lestari.
AKAUNTABILITI MANUSIAPrinsip ini menekankan bahawa manusia tetap memainkan peranan penting dalam membuat keputusan akhir, walaupun AI digunakan untuk membantu proses. Tujuannya ialah untuk memastikan setiap hasil atau tindakan AI masih berada di bawah kawalan, pertimbangan moral dan tanggungjawab manusia 4 bukan diserahkan sepenuhnya kepada mesin.INPUT MANUSIAManusia memberikan maklumat awal, data atau arahan kepada sistem AI.Contoh: Pegawai KEMAS memasukkan data peserta program ke dalam sistem AI untuk analisis keberkesanan.PEMPROSESAN AIAI memproses data berdasarkan model, algoritma atau corak sedia ada.AI akan mencadangkan jawapan, keputusan atau tindakan 4 tetapi belum muktamad.OUTPUT AIAI menghasilkan cadangan atau hasil automatik (contoh: skor kelayakan, jadual program, laporan analitik).Walau begitu, hasil ini belum dianggap sah atau akhir tanpa semakan manusia.PENGESAHAN MANUSIAManusia akan menyemak, menilai dan membuat keputusan akhir berdasarkan output AI.Jika terdapat ralat, bias atau maklumat tidak lengkap, manusia boleh menolak, mengubah atau memperbetulkan output AI.Tanggungjawab sepenuhnya kekal pada manusia, bukan pada mesin.Prinsip \"Human-in-the-loop\": Manusia tetap membuat keputusan akhir dan bertanggungjawab terhadap kesan penggunaan AI
SIAPA YANG BERTANGGUNGJAWAB?Pegawai KEMAS yang menggunakan AI tetap bertanggungjawab atas:Ketepatan kandungan yang dihasilkan untuk program KEMASKeputusan yang dibuat berdasarkan analisis AIImpak sosial terhadap komuniti sasaranKesesuaian bahan dengan konteks budaya dan agamaIngat: AI adalah alat, bukan pengganti pertimbangan profesional!MENGAPA PENTING?Elak <lepas tangan= kepada AI dalam isu yang melibatkan kehidupan sebenar.Pastikan AI digunakan secara beretika, bertanggungjawab dan sesuai konteks manusia.Diperlukan dalam sektor awam untuk lindungi hak, keselamatan dan keadilan rakyat.
MANFAAT BERPUSATKAN MANUSIAAI digunakan untuk membantu, bukan mengganti peranan manusia. Semua sistem AI yang dibangunkan perlu memberi keutamaan kepada kesejahteraan, hak, maruah dan nilai-nilai kemanusiaan. Dalam kata lain, AI seharusnya menjadi alat sokongan kepada manusia 4 bukan mengambil alih sepenuhnya peranan manusia atau menyebabkan manusia kehilangan kawalan terhadap sistem yang mereka gunakan.MENYOKONG PENDIDIKANAI membantu pemaju dan pendidik masyarakat menyediakan bahan mengajar yang lebih menarik dan diadaptasi mengikut keperluan pesertaPEMBANGUNAN KOMUNITIAI membantu pegawai menganalisis keperluan masyarakat dengan lebih tepat untuk perancangan program yang lebih berkesanCELIK DIGITALAlat AI mesra pengguna membantu peserta program daripada semua peringkat umur mempelajari kemahiran digital dengan lebih mudah
BIAS AI (KECENDERUNGAN AI)Bias AI berlaku apabila sistem AI menghasilkan keputusan yang tidak adil, berat sebelah atau memihak kepada satu kumpulan tertentu berbanding yang lain. Ini boleh menyebabkan diskriminasi berdasarkan jantina, kaum, lokasi, status ekonomi, umur, bahasa dan sebagainya.CONTOH BIAS AIBIAS BAHASAAI mungkin lebih tepat dalam Bahasa Inggeris berbanding Bahasa Malaysia atau bahasa minoriti, menjejaskan kualiti bahan untuk program di kawasan luar bandarBIAS GEOGRAFIModel AI mungkin kurang memahami konteks kawasan luar bandar Malaysia, menyebabkan cadangan program yang tidak sesuai untuk masyarakat sasaran KEMASBIAS SOSIOEKONOMIAI mungkin menghasilkan kandungan yang lebih sesuai untuk golongan berpendapatan tinggi, sedangkan KEMAS fokus pada masyarakat B40 dan luar bandar
BAGAIMANA BIAS AI BERLAKU?Data Latihan Tidak Seimbang 3 AI belajar dari data lama yang berat sebelah (contoh: lebih banyak data lelaki berbanding wanita).Reka Bentuk Algoritma Tanpa Kawalan Etika 3 AI mungkin \"menguatkan\" corak bias yang wujud dalam masyarakat.Kekurangan Semakan dan Pengesahan Manusia 3 Hasil AI terus diterima tanpa semakan kritikal.Sampel Data Tidak Mewakili Semua Golongan 3 Sistem hanya dilatih dengan data bandar, tidak sesuai digunakan di kawasan luar bandar.CARA MENGATASI BIAS AI1Gunakan Dataset yang Pelbagai & Seimbang 3 Pastikan data mencerminkan semua lapisan masyarakat: bandar & luar bandar, pelbagai jantina, kaum, umur.2Laksanakan Audit Etika & Algoritma Secara Berkala 3 Semak jika sistem AI memberikan keputusan yang adil dalam pelbagai situasi.3Gunakan Teknik AI Fairness & Explainability Tools 3 Contoh: Gunakan SHAP atau LIME untuk lihat kenapa AI buat keputusan tertentu.4Wujudkan <Human-in-theloop= dalam Semua Keputusan Kritikal 3 Pastikan ada semakan manusia sebelum AI dijadikan asas keputusan akhir.5Tetapkan Polisi Anti-Bias dalam Penggunaan AI 3 Masukkan syarat pematuhan etika dan fairness dalam setiap sistem AI jabatan.Bias dalam AI bukan semata-mata masalah teknikal, tetapi isu keadilan sosial dan tanggungjawab etika. Dalam konteks KEMAS, bias AI boleh menjejaskan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat 4 oleh itu, ia mesti dikenal pasti dan ditangani dari awal.
LANGKAH MENANGANI BIAS AI DI KEMASSemak output AI dari perspektif pelbagai kumpulan masyarakat yang menjadi stakeholders KEMASTanya: \"Adakah kandungan ini sesuai untuk semua peserta program KEMAS?\"Pastikan contoh dan ilustrasi mewakili kepelbagaian masyarakat MalaysiaDapatkan maklum balas daripada wakil komuniti sebelum menggunakan bahan AI secara meluasBandingkan output AI dengan bahan sumber yang diketahui seimbang dan inklusif
PENILAIAN KUALITI & KETEPATAN OUTPUT AIRISIKO \"HALUSINASI AI\" DALAM KONTEKS KEMASHALUSINASI AIHalusinasi AI merujuk kepada situasi di mana sistem AI (contohnya ChatGPT atau Bard) menghasilkan jawapan yang nampak betul, meyakinkan, tetapi sebenarnya salah, tidak tepat atau tidak wujud.CONTOH DALAM KEMASAI mungkin mencipta statistik palsu tentang jumlah usahawan Quickwin KEMAS, merujuk kepada dasar yang tidak wujud, atau mengarang fakta palsu berkaitan masyarakat luar bandar.IMPLIKASIBoleh menjejaskan kredibiliti KEMAS, apabila anggota KEMAS terus menyebarkan maklumat berkenaan kepada masyarakat walhal kandungan maklumat berkenaan adalah salah.
KAEDAH MENGESAHKAN MAKLUMAT AITEKNIK \"LATERAL READING\"Menyemak fakta dari sumber berbeza1.Carian silang (cross-check) dengan sumber rasmi (laman web kerajaan, jurnal akademik)2.Semak kenyataan dengan pakar bidang di KEMAS3.SUMBER PENGESAHAN UNTUK KEMAS:Portal rasmi KEMAS dan agensi kerajaan berkaitanDokumen dasar dan pekeliling rasmi terkiniLaporan tahunan rasmiGUNAKAN PROMPT UNTUK MENGAWAL HALUSINASI AI1GUNAKAN ARAHAN KHUSUS DALAM PROMPTBeritahu AI secara jelas:\"Jika anda tidak pasti atau tiada sumber yang sah, nyatakan 'tidak pasti' dan jangan mereka maklumat.\"Contoh prompt:\"Sediakan maklumat tentang program latihan eKelas KEMAS yang rasmi dan disahkan. Jika tiada data rasmi, sila nyatakan bahawa maklumat tidak tersedia atau belum diketahui.\"2GUNAKAN PROMPT PENEGASAN / PENALTITambahkan arahan bersifat penalti jika AI mereka fakta:\"Berikan jawapan berdasarkan sumber yang sah sahaja. Jangan cipta maklumat. Anda akan 'dikenakan penalti' jika menjana fakta palsu.\"3TAMBAH FRASA KRITIS DALAM PROMPT\"Rujuk hanya kepada dokumen rasmi kerajaan Laporan Tahunan KEMAS 2024.\"\"Jangan mereka fakta atau statistik.\"\"Sebutkan sumber jika ada, jika tiada katakan 'maklumat tidak ditemui'.\"
WAY FORWARD1. PEMATUHAN PRINSIP ETIKA AIGE SECARA MENYELURUHJadikan 7 prinsip AIGE sebagai garis panduan utama dalam semua projek AI KEMAS.Pastikan setiap aplikasi AI dinilai dari sudut privasi, keadilan, ketelusan dan akauntabiliti.2. PENUBUHAN JAWATANKUASA ETIKA AI KEMASTubuhkan satu jawatankuasa khas untuk:Menyemak kelulusan penggunaan AIMengawasi aspek etika dan keselamatanMengurus audit dan pematuhan dalaman3. LATIHAN ETIKA DAN LITERASI AI KEPADA PEGAWAIWajibkan latihan berkala kepada semua kakitangan KEMAS berkaitan:Etika penggunaan AIKenal pasti bias & halusinasi AITeknik semakan fakta & tanggungjawab \"human-in-the-loop\"4. PANDUAN PENGGUNAAN AI BERETIKA HARIANSediakan checklist ringkas dan SOP untuk kegunaan seharian kakitangan:Apa yang boleh & tak boleh dijana AITemplat notis <Maklumat ini dijana oleh AI dan perlu semakan manusia=Langkah semak fakta sebelum edar5. MENGGALAKKAN AI SEBAGAI ALAT PEMERKASA, BUKAN PENGGANTIAI digunakan untuk meningkatkan kecekapan, bukan menggantikan tugas manusia sepenuhnya.Pegawai KEMAS kekal sebagai penentu akhir keputusan, AI sebagai alat bantu cerdas.
· LINDUNGI MAKLUMAT PRIBADIPrinsip ini menekankan kepentingan menghormati hak privasi individu. Ia bermaksud jangan sekali-kali menggunakan, memuat naik atau menyebarkan maklumat peribadi milik orang lain (seperti nama, nombor kad pengenalan, alamat rumah, gambar wajah, suara, rekod kesihatan atau butiran kewangan) tanpa kebenaran jelas daripada individu tersebut.¦ CONTOH KESILAPAN DALAM GUNA AI GENERATIF:Menjana biodata seseorang menggunakan ChatGPT dengan memasukkan nama, nombor IC, atau sejarah peribadi tanpa pengetahuan mereka.Menggunakan gambar wajah atau suara individu sebenar dalam alat AI seperti avatar AI, voice clone, atau deepfake, tanpa kebenaran.Meminta AI menulis cerita, berita, atau kandungan yang menyentuh hal peribadi orang lain secara langsung.Memasukkan maklumat borang peserta kursus atau pelajar ke dalam model AI secara rawak.' AMALAN BAIK YANG WAJAR DIPRAKTIKKAN:Guna data umum atau rekaan (contoh: \"Ali tinggal di Kampung A\", bukan \"Azman bin Musa, 870101-XXXXXX tinggal di No. 17 Jalan Mawar\").Anonimkan data sebelum dimasukkan ke dalam sistem AI 4 contohnya, gunakan kod peserta atau nombor rujukan sahaja.Dapatkan kebenaran bertulis jika perlu memaparkan atau menggunakan maklumat sebenar seseorang.Elakkan berkongsi data yang sensitif atau sulit dalam arahan kepada AI generatif, terutama dalam urusan rasmi kerajaan, pendidikan atau organisasi. KENAPA INI PENTING?Mengelakkan pelanggaran undang-undang seperti Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA).Menjaga reputasi organisasi dan hubungan sesama warga kerja atau masyarakat.Memastikan AI digunakan dengan etika, tanggungjawab dan rasa hormat terhadap hak individu lain.
× LINDUNGI MAKLUMAT PRIVASIPrinsip ini menegaskan bahawa setiap individu dan organisasi bertanggungjawab untuk menjaga dan mengawal maklumat peribadi dan sulit, agar tidak disalahguna atau terdedah secara tidak sengaja ketika menggunakan teknologi AI.Ini bermaksud: Jangan sesekali memuat naik, menampal, atau menaip data peribadi atau maklumat sulit ke dalam mana-mana platform AI terbuka, termasuk ChatGPT, Copilot, Gemini dan sebagainya, tanpa langkah keselamatan yang sesuai.¦ CONTOH KESILAPAN YANG SERING BERLAKU:Meminta AI seperti ChatGPT untuk menyiapkan laporan audit atau laporan kewangan organisasi dengan memasukkan datasebenar seperti perbelanjaan sensitif, nama staf, atau rekod dalaman.Memasukkan maklumat pelanggan, pelajar, atau penduduk kampung dalam prompt AI tanpa pelindungan atau kebenaran.Menggunakan AI untuk menjana surat rasmi dengan butiran sulit, seperti nombor projek, maklumat aduan, atau keputusan siasatan dalaman.' AMALAN BAIK UNTUK LINDUNGI PRIVASI:Guna pseudonim atau data dummy (olok-olok) semasa membuat latihan, eksperimen atau demonstrasi AI. Contoh: \"Encik A tinggal di Kampung B, umur 50\" bukan nama penuh dengan alamat sebenar.Elakkan salin & tampal dokumen rasmi ke dalam AI, kecuali selepas memadam atau menutup maklumat yang sensitif.Gunakan platform AI yang dibina khas untuk kegunaan dalaman, yang mematuhi dasar keselamatan maklumat jabatan atau organisasi.Fahami dan patuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA) serta polisi dalaman organisasi berkaitan pengurusan data. KENAPA INI PENTING?Mengelakkan kebocoran maklumat sulit, yang boleh membawa kesan buruk kepada organisasi dan individu.Menjamin kepatuhan terhadap undang-undang dan dasar keselamatan maklumat sektor awam.Meningkatkan kepercayaan pengguna dan masyarakat terhadap penggunaan teknologi AI yang bertanggungjawab.
PENDEKATAN MEWUJUDKAN AI YANG BERETIKAUntuk memastikan AI digunakan secara adil, bertanggungjawab dan selamat dalam perkhidmatan awam, beberapa pendekatan strategik perlu dilaksanakan:AUDIT DAN PENILAIAN IMPAK AI SECARA BERKALAAudit membantu mengesan ketidakadilan, bias, atau kesan negatif AI terhadap masyarakat. Penilaian berkala memastikan AI terus selari dengan nilai dan matlamat organisasi.MEWUJUDKAN DASAR AI NASIONALPerlu ada garis panduan dan dasar AI tersendiri di peringkat negara atau jabatan (contohnya di KEMAS). Dasar ini menjadi rujukan utama bagi integrasi AI secara beretika dalam operasi.MELIBATKAN PELBAGAI PIHAK BERKEPENTINGAN & LATIHAN LITERASI AISemua pihak termasuk penjawat awam perlu dilatih dalam literasi AI dan etika digital. Pelibatan masyarakat sivil, pakar teknologi, dan pembuat dasar penting untuk memastikan AI inklusif dan adil.GARIS PANDUAN PENGGUNAAN DATA PERIBADI DAN SENSITIFPanduan jelas diperlukan bagi melindungi data komuniti, terutamanya dalam sistem AI yang memproses maklumat individu. Garis panduan ini mengurangkan risiko pelanggaran privasi dan penyalahgunaan data.MENGGUNAKAN AI EXPLAINABILITY TOOLS (ALAT PENJELASAN AI)Tujuannya adalah untuk meningkatkan kepercayaan pengguna, memastikan keputusan AI adil dan boleh difahami, memudahkan audit, dan menjelaskan keputusan AI kepada pihak bukan teknikal.
3 SEBAB UTAMA ETIKA DIPERLUKANMELINDUNGI HAK DAN MARUAH MANUSIAAI berkuasa membuat keputusan yang memberi kesan besar kepada kehidupan rakyat seperti kelulusan pinjaman, bantuan dan pemantauan. Tanpa etika, AI boleh melanggar privasi, menindas kumpulan tertentu, atau menghasilkan keputusan tidak adil.MENCEGAH DISKRIMINASI DAN KETIDAKADILANAI belajar daripada data lepas. Jika data tersebut tidak seimbang atau berat sebelah, AI boleh mengukuhkan diskriminasi sedia ada. Etika memastikan AI diuji dan diaudit agar adil kepada semua golongan.MENINGKATKAN KEPERCAYAAN RAKYAT TERHADAP TEKNOLOGIRakyat akan lebih yakin guna teknologi jika tahu sistem AI adalah telus, boleh dijelaskan dan bertanggungjawab. Contohnya, jika AI tolak permohonan, pengguna berhak tahu sebab keputusan itu dibuat.
ETIKA PENGGUNAAN DAN PENYEBARAN AIHargai Hak Cipta Lindungi Maklumat Peribadi Jaga Privasi DataElakkan Plagiat Sahkan Kesahihan Berita
design with passion byBRO TAUFIK X AI COPILOT[ TAUFIK MOHD YUSOP - PENGARAH KEMAS PERAK ]Email : [email protected]