Aina Farzana ANNE & SI COMEL
NORFARZ PUBLISHER [email protected] Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan, Kota Putera (Kampung Raja), 22200 Besut, Terengganu Dicetak oleh:
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN KG RAJA, KOTA PUTERA, 22200 BESUT, TERENGGANU Cetakan Pertama 2024 @ Aina Farzana Mat Beyi 2024 Penulisan di dalam buku Anne & Si Comel ini adalah Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan menerbitkan semula, menyimpan dalam sebarang cara yang boleh digunakan semula, ataupun memindahkan dalam sebarang bentuk cara yang seangkatan tanpa izin terlebih dahulu daripada pihak penulis atau Ketua Jabatan, Jabatan Pengajian Melayu (JPM), IPG Kampus Sultan Mizan, Kota Putra (Kampung Raja), 22200 Besut, Terengganu. Perpustakaan Al-Basuti, IPGKSM
Pada suatu hari, tinggallah seorang kanak-kanak perempuan bernama Anne bersama ibu bapanya dan haiwan peliharaannya iaitu seekor kucing oren yang diberi nama ‘Comel’ .
Anne sangat sayang akan Si Comel. Dengan itu, Anne tidak pernah lupa untuk memberi makan kepada Si Comel. Meow, meow. Aku akan diberi makan.
Setiap hari Anne selalu bermain dengan Si Comel. Si Comel yang minat akan tali selalu membawakannya kepada Anne untuk bermain bersamanya.
Si Comel juga sering mendatangi Anne ketika Anne ingin pergi ke sekolah. Tali kasut Anne lah yang menjadi sasarannya serta melambai kepergian Anne. Aku pergi ke sekolah dulu, Comel
Si Comel juga sering menjadi tempat Anne meluahkan perasaan dengan menceritakan masalah yang dilalui di sekolah. Si Comel selalu bersama dengan Anne di kala sedih atau gembira.
Seiring berlalunya hari, Anne semakin sibuk dengan kerja sekolahnya. Anne juga lupa untuk memberi makan kepada Si Comel.
Si Comel datang kepada Anne untuk meminta makanan. Si Comel sangat lapar. Namun, Anne mengangkat Si Comel untuk diletakkan di bawah. Jangan ganggu aku, Comel.
Si Comel pun berlalu dengan raut kesedihan lalu berkata; “Tuan aku sudah tidak sayangkan aku” . Anne hanya melihat dan sambung melakukan kerja sekolahnya. Meow, meow. Aku lapar.
Suatu hari, bapa Anne pulang dari kerja dengan membawa sekotak hadiah kepadanya. Anne sangat teruja dan gembira mendapatnya. Terima kasih, Ayah
Alangkah terkejutnya Anne apabila membuka hadiah tersebut kerana ia merupakan haiwan keinginannya iaitu tikus belanda.
Tikus belanda tersebut berwarna hitam dan putih. Anne pun menamakannya ‘Montel’ . Si Comel yang melihat hal itu semakin sedih.
Anne semakin sering bermain dengan Si Montel. Anne seolah-olah lupa dengan keberadaan Si Comel di rumahnya.
Ketika Anne sedang bermain dengan Si Montel di halaman rumah, Anne terdengar bunyi dentuman daripada kereta. Bumm !!
Anne segera menoleh ke arah bunyi tersebut. Alangkah terkejutnya Anne apabila mendapati Si Comel sudah terbaring lemah di hadapan kereta tersebut. Anne segera berlari ke arah Si Comel.
Anne sungguh sedih jika Si Comel benarbenar akan pergi dari hidupnya. Anne teringat akan perlakuannya terhadap Si Comel. Anne sanggup membiarkannya kelaparan kerana ingin menyiapkan kerja sekolah. Anne sungguh menyesali perbuatannya terhadap Si Comel.
Tiba-tiba, Anne terbangun daripada tidur. Rupa-rupanya semuanya adalah mimpi. Anne segera mencari Si Comel. Hufh, hufh, Hufh.
Anne mencari Si Comel di seluruh kawasan rumah. Ketika Anne melalui ruang keluarga, Anne ternampak kelibat Si Comel sedang tidur di atas sofa. Comel !! Comel !!
Anne segera berlari ke arah Si Comel dan memeluknya. Si Comel yang terkejut segera mengiau; “Meow, meow” .
Anne pun berkata; “Comel, maafkan aku kerana mengabaikan kau. Aku janji selepas ini aku akan sering bermain dengan kau dan tidak akan pernah lupa untuk memberi kau makan lagi. ”
Ibu Anne yang tersedar daripada tidur tersenyum melihat Anne yang memeluk Si Comel. Ibu Anne berpesan untuk membasuh kaki sebelum tidur bagi mengelakkan bermimpi buruk.
Sejak hari itu, Anne tidak pernah mengabaikan Si Comel. Segala aktiviti harian Anne akan dilakukan bersama Si Comel.
Anne akan mengajak Si Comel untuk bersama-samanya dalam melakukan kerja-kerja rumah mahupun kerja sekolah.
TAMAT
PENGAJARAN: Kita haruslah sentiasa bersyukur dengan apa yang dimiliki. 1. Kita hendaklah sentiasa ingat akan pesan ibu bapa. 2. Kita perlulah sayang kepada makhluk ciptaan Tuhan. 3. Kita perlulah sentiasa ingat akan tanggungjawab yang diamanahkan. 4.
TEMAN HIDUPKU Aina Farzana Sajak
Dengarkan Aku punya teman Badannya kecil dan mungil Dia suka bertingkah luar jangka Namun selalu menyenangkan TEMAN HIDUPKU Aina Farzana Teman Tingkahnya lucu dapat menghibur jiwa Mengukir senyuman di wajahku di kala sedih Hilangkan sesak yang ada dalam dada Dia jua lah yang menjadi tempat meluah
Teman Kau yang terhebat Dalam segala perkara Terima kasih hadir dalam hidupku Kucingku tercinta Teman Pagi dan siangku sepi sebelum ada kamu Semua senyap Bagai hidup tanpa garam dan gula Kau datang, mendekati dan mengajak bergurau Suara dan gelagatmu membuatku tertawa Teman Kau selalu disisi ketika aku sakit Tidak pernah meninggalkan aku Untuk mengusir rasa tidak selesa diri ku
PENGAJARAN: Kita perlulah sayang kepada haiwan peliharaan walau bagaimana pun sifatnya. 1. Kita hendaklah menjaga lisan ketika bercakap dengan haiwan peliharaan. 2. Kita haruslah melayan karenahnya kerana hanya kita yang dia ada. 3.
Anne & Si Comel mengisahkan tentang seorang kanak-kanak perempuan yang bernama Anne yang mempunyai haiwan peliharaan iaitu seekor kucing bernama Comel. Mereka hidup bahagia bersama keluarganya. Namun, berlaku sesuatu dalam hidup Anne yang membuatkannya menyesal terhadap sesuatu perkara. Apakah yang berlaku sebenarnya? Apakah pengakhiran hidup mereka? ANNE & SI COMEL Sem. Malaysia RM 14 Sabah/Sarawak RM 16 NORFARZ PUBLISHER [email protected] Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan, Kota Putera (Kampung Raja), 22200 Besut, Terengganu