The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nur Hasnani Atikah, 2022-11-30 08:58:08

E FOLIO STK PDF

E FOLIO STK PDF

MPU23052
SAINS, TEKNOLOGI DAN
KEJURUTERAAN ISLAM

EDITOR: PROSES PERSENYAWAAN LUAR
NUR HASNANI ATIKAH BINTI RAHIM (IVF) DAN KEHARUSANNYA
MOHAMAD ADNAN MENURUT QAWAID FIQH.
(15DKA21F2026)
EDISI DKA2A SESI 1: 2022/2023
AHLI: POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH
FATIN SHAH FINAS BINTI
ARIS FADILLAH
(15DKA21F2023)
NURSYAZANA BINTI
MOHAMAD SUKRI
(15DKA21F2021)
AINSYAH BINTI ZURAIDI
(15DKA21F2033)

TINTA EDITOR

Bismillahirahmanirahim..
Alhamdullilah,bersyukur ke atas ilahi dengan

limpahan rahmat serta nikmat masa,nyawa tenaga yang
dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan
tugasan ini dengan jayanya.

Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapa
penghargaan ini kepada pensyarah tercinta saya,
Ustazah Nurul Ain Binti Othman, kerana dengan tunjuk
ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang
untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang
tidak terhingga kepada semua ahli kumpulan saya yang
memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja
kursus ini.Mereka telah memberikan saya segala
kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga
sampai saya Berjaya menghabiskan tugasan ini.

Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih
kepada mereka yang terlibat secara lansung atau
sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini.Terima
kasih.

ISI KANDUNGAN

• HUKUM IVF MENURUT QAWAID
FIQH 10

• PENYELESAIAN IVF MENURUT
QAWAID FIQH 11

• PENGENALAN 04-05 • KESIMPULAN 12
• RAWATAN IVF 06
• PROSES PERSENYAWAAN IVF DAN PROSES

PEMINDAHAN IVF 07-08

• KESAN SAMPINGAN RAWATAN IVF 09

PENGENALAN

DISEDIAKAN OLEH NUR HASNANI ATIKAH BINTI
MOHAMAD ADNAN

APAKAH ITU IVF?

Persenyawaan In Vitro (IVF) adalah rawatan kesuburan
terkenal, asalnya dikenali sebagai “bayi tabung uji”.
Prosedur rawatan ini memerlukan telur disenyawakan
dengan sperma di dalam makmal untuk menghasilkan
embrio. Kemudian, embrio akan dimasukkan ke dalam
rahim. IVF boleh dijalankan dengan mendapat telur
daripada isteri dan sperma daripada suami. Berikut
merupakan fakta yang anda perlu tahu sebelum
menjalani IVF.

BAGAIMANAKAH IA MEMBANTU?

Pada mulanya, wanita akan menjalani terapi hormon,
yang akan disuntik ke dalam urat untuk merangsang
pembentukan beberapa folikel di dalam ovari. Kemudian,
folikel yang matang akan dikumpulkan dan
disenyawakan dalam tabung uji (disebabkan itulah
dinamakan bayi tabung uji). Selepas embrio terbentuk,
satu atau lebih embrio akan dipindahkan ke dalam
rahim melalui faraj isteri.

Rawatan ini merupakan satu prosedur kompleks yang berpotensi membantu pasangan bermasalah
kesuburan untuk mendapatkan zuriat.Proses IVF ini bermula dengan sperma lelaki dan telur wanita
dikeluarkan dari tubuh badan dan disenyawakan di dalam makmal.Apabila sudah berjaya menjadi
embrio, ia seterusnya akan dipindahkan ke dalam rahim wanita untuk proses mengandung.Prosedur
yang biasanya memakan masa sekitar 3 minggu ini merupakan kaedah bantuan reproduktif
berteknologi yang terbaik.

Jika proses IVF ini berjaya dan anda mengandung, segera berkonsultasi doktor untuk mula
mendapatkan petua tentang penjagaan kehamilan.Jika proses IVF ini gagal dan anda tidak
mengandung, adalah tidak salah untuk kalian mencuba rawatan ini sekali lagi sehingga berjaya.

RAWATAN IVF

DISEDIAKAN OLEH NURSYAZANA BINTI
MOHAMAD SUKRI

FAKTOR PERLU LAKUKAN RAWATAN IVF

Jika tiub ‘T’ ini mengalami kerosakan atau
tersumbat, maka sukar untuk sperma lelaki
masuk ke dalam telur wanita serta embrio tidak
mampu pergi ke rahim.

Proses ovulasi yang tidak tentu atau tiada
langsung bermakna akan menyebabkan kekurangan
atau ketiadaan telur waniya untuk proses
persenyawaan

Endometriosis berlaku apabila tisu yang
sepatutnya ada di dalam rahim, tapi berada di
luar lantas menjejaskan fungsi ovari, rahim
dan tiub falopio.

PROSES
PERSENYAWAAN IVF

DISEDIAKAN OLEH FATIN SHAH FINAS BINTI
ARIS FADILLAH

Setelah telur wanita dan sperma
lelaki berjaya dikeluarkan,
terdapat dua proses
persenyawaan yang boleh
dilakukan iaitu:

Inseminasi konvensional – Ia
melibatkan proses IVF dengan
sperma dan telur yang sempurna
dicampurkan dan diinkubasikan

semalaman.

Suntikan sperma intracytoplasmik
– Ia melibatkan proses IVF

dengan sperma disuntik terus ke
dalam telur yang sempurna.

PROSES
PEMINDAHAN IVF

Selepas berjaya membentuk
embrio, maka doktor akan

melanjutkan proses IVF
dengan memindahkan ia ke

dalam rahim wanita.

Ia melibatkan penggunaan
tiub yang halus, panjang

dan fleksibel bernama
kateter dan akan

dimasukkan melalui faraj,
serviks dan rahim.

KESAN SAMPINGAN

DISEDIAKAN OLEH AINSYAH BINTI ZURAIDI

Tindak balas Fizikal OHSS bermaksud sindrom rangsangan hiper
Sebaik sahaja anda memulakan ubat, anda akan ovari. Ini adalah kesan sampingan dari ubat
mengalami beberapa perubahan dalam badan anda.Ia kesuburan yang digunakan dalam IVF yang boleh
juga boleh menyebabkan sakit kepala, sakit otot, berkembang beberapa hari selepas
kekeringan faraj dan jerawat. Selalunya, seks adalah pengambilan telur, atau pada kehamilan yang
perkara terakhir yang dapat anda fikirkan, dan ini boleh sangat awal.
menyebabkan anda berasa kecewa dan beremosi. Apabila ini berlaku, ovari yang terlalu banyak
merangsang membengkak dan melepaskan
Lebam, kemerahan atau kerengsaan selepas suntikan bahan kimia yang kaya dengan estrogen ke
Menyakitkan hati, tidak ada jalan keluar untuk ini. dalam aliran darah dan ini bocor ke dalam
Suntikan setiap hari selama 7-12 hari boleh badan anda. Cecair itu boleh memasuki perut
menyebabkan lebam dan kerengsaan. Adalah idea anda dan, dalam kes yang teruk, ke ruang
yang baik untuk menukar antara perut dan paha sekitar jantung dan paru-paru. OHSS juga boleh
sehingga anda tidak menyuntik di tempat yang sama mempengaruhi buah pinggang dan hati. Ini
setiap hari. adalah komplikasi yang serius namun jarang
berlaku.Berita baiknya adalah bahawa
kebanyakan wanita dengan OHSS mempunyai
gejala ringan (sakit, cirit-birit, mual, sakit
kepala dan demam panas) dan dapat dirawat

HUKUM RAWATAN IVF
BERDASARKAN QAWAID FIQH

DISEDIAKAN OLEH NUR HASNANI ATIKAH BINTI MOHAMAD ADNAN

Antara nikmat Allah ialah penemuan kepada kaedah IVF yang membolehkan pasangan yang inginkan
anak boleh dapatkannya.oleh itu, syarat IVF adalah harus dan dibolehkan dengan syarat
menggunakan air mani dan ovum daripada pasangan sendiri.

Menurut baginda Rasulullah sendiri:

‘Berubatlah hamba-hamba allah kerana allah tidak akan menurunkan penyakit melainkan ada
ubatnya.’

PENYELESAIAN MENURUT
QAWAID FIQH

KESIMPULAN

DISEDIAKAN OLEH NURSYAZANA BINTI MOHAMAD SUKRI

Kejayaan rawatan bergantung kepada banyak elemen, seperti sejauh mana prosedur tersebut
dilakukan, punca ketidaksuburan, umur wanita dan kesihatannya. Secara khususnya, kadar kehamilan
adalah 66% daripada semua kitaran dan 60% daripada kitaran menghasilkan kelahiran hidup untuk
ibu yang berusia bawah umur 35 tahun. Kemerosotan kadar kejayaan kelahiran bergantung pada umur

wanita bermula daripada kira-kira usia 30 tahun. Harga sebenar rawatan ini mungkin berbeza
mengikut lokasi pusat rawatan, perubatan dan polisi insurans anda. Anda mungkin akan mengalami
kekejangan ringan, kembung, dan sedikit pendarahan selepas prosedur dilakukan. Bagaimanapun, jika
anda mengalami pendarahan faraj, sakit pelvis, kencing berdarah atau demam panas, anda perlu

segera berjumpa doktor anda.

IVF selalunya akan menjadi pilihan terakhir untuk pasangan yang kurang subur selepas mereka gagal
dalam rawatan seperti perubatan, pembedahan dan intrauterine insemination (IUI). Meskipun IVF
adalah kaedah yang paling berkesan untuk hamil, namun proses ini memakan masa dan mahal.
Sebelum menjalani rawatan IVF, pastikan anda mendapatkan nasihat doktor dahulu.

RUJUKAN

Internet:
Ahmad Farid Disemak,(2022) proses ivf. https://hellodoktor.com/kehamilan/rancang-
kehamilan/cabaran/proses-ivf-sebab-risiko/ Bahan diakses pada 9/1/2022

Nurul Izzatiey Disemak (2019) ivf mengikut syariah dan qawaid fiqh.
https://prezi.com/p/mf5tybu07lr7/ivf-iui-dan-ibu-tumpang-penyelesaian-mengikut-
maqasid-syariah-dan-qawaid-fiqhiyyah/ bahan diakses pada 24 April 2019

Kementerian kesihatan Malaysia Disemak
(2022).http://www.myhealth.gov.my/kaedah-kaedah-rawatan-kesuburan/ diakses
pada 31 OGOS 2022

TERBITAN E-FOLIO IVF EDISI DKA2A SESI
1:2022/2023 POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH

EDITOR:
NUR HASNANI ATIKAH BINTI MOHAMAD ADNAN
(15DKA21F2026)

IDEAS:
NURSYAZANA BINTI MOHAMAD SUKRI
(15DKA21F2021)

KREATIVITI:
FATIN SHAH FINAS BINTI ARIS FADILLAH
(15DKA21F2023)

WRITER:
AINSYAH BINTI ZURAIDI
(15DKA21F2033)


Click to View FlipBook Version