Pelajaran 13
Beriman kepada
hari akhirat
Buku teks m/s 99-110
MAKSUD BERIMAN KEPADA HARI AKHIRAT
Yakin kewujudan hari kehancuran seluruh alam semesta dan kebangkitan
semula yang kekal abadi untuk menerima pembalasan sama ada syurga
atau neraka
Dalil naqli kewajipan beriman
Maksud: Wahai orang yang beriman! Berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya dan kepada kitab yang
diturunkan kepada RasulNya, serta kitab yang diturunkan sebelumnya, sesiapa yang ingkar kepada Allah
dan para MalaikatNya dan kitab-kitabNya, dan para rasulNya, dan hari kemudian, maka sesungguhnya dia
sangat jauh tersesat.
PRISMA ILMU: KRONOLOGI PERISTIWA HARI AKHIRAT
Amalan manusia yang Kematian/ Alam barzakh
melibatkan dosa dan pahala
Tiupan sangkakala (kiamat)
Kemusnahan alam
Kebangkitan semula manusia
Mahsyar Al Mizan
Hisab Titian sirat
Suratan amalan
NERAKA atau SYURGA
Nama lain hari akhirat:
1. Yaumul baq'si Hari kebangkitan
2. Yaumul Khuruj Hari keluar
3. Yaumul Fasli Hari keputusan
4. Yaumul Jam'ie Hari Perhimpunan
5. Yaumul Khulud Hari berkekalan
6. Yaumul Waidi Hari ancaman
7. Yaumul Hasrati Hari Penyesalan
8. Yaumul Qiamah Hari Kiamat
9. Yaumul Diin Hari Pembalasan
10. Yaumul Hisab Hari Perhitungan
PERKARA YANG BERKAITAN
HARI AKHIRAT
PAHALA Ganjaran yang dijanjikan oleh Allah SWT kepada orang yang mematuhi
perintah- Nya dan meninggalkan larangan-Nya
DOSA Balasan buruk yang dijanjikan oleh Allah SWT kepada orang yang melanggar
larangan-Nya
KEMATIAN Perpisahan antara ruh dengan jasad.
ALAM BARZAKH Alam pemisah antara dunia dengan akhirat.
TANDA KECIL KIAMAT TANDA BESAR KIAMAT
Kurang bilangan para ulama' Muncul Imam Mahdi yang bernama Muhammad bin Abdullah
daripada keturunan Rasulullah SAW memimpin umat Islam
Kejahilan berleluasa Keluar Dajjal yang mengaku dirinya sebagai tuhan dan
menyesatkan manusia
Tersebar penzinaan dan arak Turun Nabi Isa a.s. yang akan membunuh Dajjal, mematahkan
salib dan membunuh khinzir dan menghapuskan Jizyah.
Baginda memerintah dunia dengan amannya.
Banyak di bina bangunan pencakar langit Keluar Yakjuj dan Makjuj melakukan kerosakan dan
keganasan di bumi sehinggalah mereka dibinasakan oleh
Allah SWT dengan wabak penyakit yang terkena pada
tengkuk mereka.
Amanah dikhianati Matahari terbit dari sebelah barat dan pintu taubat ditutup.
Banyak berlaku peperangan Keluar makhluk Dabbatul ardi(binatang yang melata) pada
waktu Dhuha
Negara Arab dipenuhi sungai dan tanaman menghijau Keluar asap (Ad Dukhan) yang meliputi manusia seluruhnya
Orang Jahil dilantik menjadi pemimpin Berlaku gempa bumi di timur, di barat dan di Semenanjung
Tanah Arab
Keluar api dari negeri Yaman yang menghalau manusia ke
tempat perhimpunan di Syam
KEMUSNAHAN Kemusnahan seluruh ciptaan Allah SWT yang terdiri daripada langit dan bumi
ALAM termasuklah semua makhluk yang menghuninya. Kemusnahan ini berlaku selepas
tiupan sangkakala pertama yang ditiup oleh Malaikat Israfil.
KEBANGKITAN Kehidupan semula makhluk yang telah mati apabila ditiup sangkakala kali kedua oleh
SEMULA malaikat Israfil.
MAHSYAR Tempat perhimpunan semua makhluk yang dihidupkan semula dan dibangkitkan
daripada kubur mereka.
HISAB Perbicaraan terhadap amalan manusia setelah menerima buku catatan amalan sama
ada dari sebelah kanan @ kiri mengikut amalan masing-masing.
MIZAN Penimbang amalan yang disediakan oleh Allah SWT untuk menimbang amalan baik
dan buruk manusia. Keputusan timbangan ini yang menentukan tempat seseorang
sama ada ke syurga atau di neraka.
TITIAN SIRAT Titian yang merentang di atas neraka antara mahsyar menuju ke syurga.
SYURGA Tempat yang penuh dengan nikmat9 yang disediakan untuk golongan yang beriman
dan beramal soleh.
NERAKA Tempat yang dipenuhi dengan azab, disediakan untuk golongan kafir dan orang yang
melanggar perintah Allah SWT.
PRISMA ILMU : Nama- nama
syurga
Jannatul Firdaus Jannatul Makwa Jannatun Naim
Jannatu Adnin Darus Salam Darul Khuldi
Darul Muqamati Darul Muttaqin Darul Qarar
Maqamun Amin
PRISMA ILMU : Nama- nama
NERAKA
Jahannam Al Laza Al Khutamah
As Sair As Saqar Al Jahim
Al Hawiyah Narus Samum Sijjin
Annar
KESAN BERIMAN KEPADA HARI
AKHIRAT
AKIDAH IBADAH AKHLAK ISLAMIAH
• Meninggalkan maksiat • Sentiasa memperbanyak • Bersungguh sungguh untuk
kerana yakin bahawa amalan soleh kerana yakin melakukan kebaikan
semua amalan akan Allah SWT akan supaya mudah melalui
dibentangkan di akhirat. menghitung amalan titian sirat.
manusia.
• Akan segera bertaubat • Mematuhi syariat Islam • Sanggup berkorban masa,
setelah melakukan maksiat dalam semua bidang harta dan jiwa supaya
supaya dapat kehidupan dapat menerima suratan
mengelakkan diri daripada amalan dengan tangan
api neraka. kanan.