The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-10691244, 2021-04-12 03:39:19

TOKOH PEMIMPIN NEGARA MALAYSIA

Presentation19 (4)

TOKOH PEMIMPIN NEGARA

Biodata

Nama : Saadhana Kannan
Sekolah : Kebangsaan Tamil Masai
Kelas : 6 valluvar
Negeri : Johor

Tun Hj Mohamed Fuad Stephens

1920 - 1926

Tun Hj Mohamed Fuad Stephens atau nama asalnya
Donald Stephens memainkan peranan penting dalam
urusan kemasukan Sabah ke dalam Malaysia pada tahun
1963. Beliau memegang jawatan Ketua Menteri sebanyak
dua kali iaitu 1963-1964 dan 1976. Ketika memegang
jawatan sebagai Ketua Menteri bagi kali kedua itulah,
beliau terlibat dalam tragedy malang apabila kapal
terbang yang dinaikinya ketika lawatan ke kawasan
terhempas dan mengorbankan beliau dengan beberapa
orang Menteri Sabah.

Beliau dilahirkan pada 14 September 1920, berdarah
kacukan kadazan British(sebelah bapa) dan Jepun-
British(sebelah ibu) mendapat pendidikan awal di Sekolah
Lelaki St.Mary Sandakan. Seorang yang aktif dan cepat
mesra dengan rakan sejak zaman persekolahan. Tun
merupakan penulis yang memperjuangkan masyarakat
setempatnya dan tidak pernah jemu membantu orang
kampung. Beliau melihat seluruh masyarakat peribumi
Sabah memerlukan pembelaan sewajarnya. Melalui tulisan
dalam ‘North Borneo’ beliau telah membongkar kepincangan
pentadbiran British di Sabah dan dasar dasar yang dianggap
menindas masyarakat peribumi

Pada tahun 1953, beliau menubuhkan akhbar sendiri iaitu
The Sabah Times dan sejak itu beliau menjadikan akhbarnya
sebagai wasilah perjuangan bagi menyedarkan masyarakat
anak bangsanya. Ini menyebabkan hubungan beliau dengan
masyarakat, rakyat dan golongan kelas atasan bertambah
erat. Beliau juga turut memuatkan pelbagai rencana
mengenai kebudayaan kehidupan masyarakat Kadazan yang
antara lain menceritakan tentang tradisi, kebudayaan dan
juga penindasan yang dialami di negeri sendiri.

Beliau menjalin hubungan yang erat dengan Tunku abdul
Rahman dan beliau juga yang mengistiharkan Hari Malaysia
sebaik sahaja Perjanjian Malaysia dimeterai di Kota Kinabalu.
Jasa dan sumbangan beliau dalam menjalinkan hubungan baik
dengan pemimpin semenanjung memang cukup besar.

Pada 1964, beliau merupakan Menteri Sabah yang pertama
dilantik menganggotai cabinet Persekutuan Tanah Melayu
mengantikan Peter Lo Sui Yin dari Parti Sabah Chinese
Association. Beliau menjadi Menteri Jabatan Perdana Menteri
yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal dan kebajikan
Negeri Sabah. Pada tahun 1973 beliau dilantik ke jawatan
tertinggi Sabah sebagai Gabenor(kini dikenali sebagai Yang Di
Pertua Negeri) sehingga tahun 1975.

Dalam pilihanraya negeri pada tahun 1976, parti berjaya
membentuk kerajaan mengantikan USNO. Tun Muhammad
Fuad Stephens menjadi Ketua Menteri Sabah buat kali kedua,
beliau maut, 44 hari selepas pelantikannya, peristiwa kapal
terbang yang membawa beliau terhempas. Ini menamatkan
sumbangan anak jati Sabah terhadap bumi tercinta. Sebagai
mengenang jasa beliau dalam bidang kewartawanan, Institut
Akhbar Malaysia telah menganugerahkan Tun Mohd Fuad
Stephens “Tokoh Wartawan Negara” pada 26 Oktober 1998
yang disampaikan oleh YAB Perdana Menteri ketika itu, Datuk
Seri Dr Mahathir Mohamad.

Tun Datu Haji Mustafa Datu Harun

1918 - 1995

Tun Datu Haji Mustapha Bin Datu Harun merupakan Yang di-Pertua
Negeri Sabah pertama dan Ketua Menteri Sabah ketiga. Beliau
digelar ‘Bapa Kemerdekaan Sabah’ dan ‘Bapa Pembangunan Sabah’.
Dilahirkan pada 31 Julai 1918 di kampong Limau-Limauan, Kudat
Sabah. Beliau adalah anak keempat daripada 9 adik beradik kepada
pasangan datu Harun Bin Datu Nasaruddin dan Norani Binti Abdul
Rahim.
Tun Datu Mustapha menerima pendidikan awal di Sekolah
Kebangsaan St James, Kudat. Dalam pendidikan tinggi, beliau telah
mengikuti kursus pertanian Lembaga Kemajuan Industri Luar Bandar
dari tahun 1951 – 1952 di Serdang Selangor. Pada tahun 1959, beliau
menyertai kursus bahasa Inggeris dan Politik di England.

Beliau melihat masa depan Sabah lebih terjamin jika Sabah
menyertai Malaysia. Untuk tujuan mendapatkan sokongan politik
orang Melayu, Tun Datu Mustapha bersama- sama Datu Mohd Said
Keruak dan Tun Sakaran Dandai telah mengasaskan United Sabah
National Organization (USNO) berasaskan kepada model UMNO di
semenanjung dengan beberapa perubahan yang disesuaikan untuk
masyarakat di Sabah. Pada 23 Disember 1961, Tun Datu Mustapha
menjadi Presiden USNO pertama di Kudat yang merupakan parti
berbilang kaum dan menyokong sepenuhnya penubuhan
Malaysia. Sebaik sahaja Malaysia dibentuk pada 1963, beliau
dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah selama 2 tahun
sebelum menyerahkan kepada Tun Pangiran Ahmad Raffae. Beliau
kembali menjadi Ketua Menteri Sabah (1965 – 1973)

Pada tahun 1969, Tun Datu Mustapha menobatkan Bahasa Melayu
sebagai bahasa rasmi Sabah mengantikan bahasa inggeris. Tun
Datu Mustapha turut bertanggungjawab menjadikan Bahasa
Melayu sebagai bahasa penghantar di sekolah sekolah di Sabah
secara berperingkat peringkat antara tahun 1967 – 1975. Pada
tahun 1971 Tun Datu Mustapha telah menjadikan agama Islam
sebagai agama rasmi Sabah. Dalam masa yang sama beliau turut
melancarkan United Sabah Organization (USIA) dalam menambah
bilangan pengabut agama Islam di Sabah. Beliau telah terpilih
menerima pingkat Seri Maharaja Mangku Negara yang membawa
gelaran Tun kerana jasa jasa beliau terhadap Malaysia khususnya
Sabah Negeri Dibawah Bayu.

Tun Datu Patinggi Haji Abdul Rahman
Ya’kub

1959 - 1965

Beliau telah mengasaskan pemerintahan Sarawak yang berkesan
dan berjaya dengan agenda pembangunan untuk semua golongan
rakyat tanpa memingirkan rakyat minority. Beliau dilahirkan pada 3
Januari 1928.Tun Abdul Rahman dilahirkan di Kampung Jepak,
Bintulu dalam keluarga Melanau yang sederhana. Pendidikan
awalnya bermula di Sekolah Anchii di Miri dan beliau kemudian di
hantar ke sekolah Madrasah al Junid di Singapura. Di sekolah inilah,
beliau belajar pelbagai perkara, mendapat pemikiran baru tentang
perjuangan dan latihan kepimpinan. Setelah tamat perang Dunia
Kedua, beliau menyambung hasrat untuk melanjutkan pelajaran ke
United Kingdom dan lulus sebagai Barrister-at-Law dari Lincoln’s
Inn. Beliau kembali ke Sarawak dan diterima berkhidmat sebagai
Timbalan Pesuruhjaya Kehakiman Sarawak antara tahun 1959
hingga 1963.

Tun Abdul Rahman meletakkan jawatan daripada perkhidmatan
awam untuk bergiat cergas dalam bidang politik sepenuh masa. Oleh
kerana bakat beliau yang menyerlah dan yakin dengan peranan yang
dapat beliau mainkan dalam mengeratkan hubungan antara
Semenanjung dan Sarawak, Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj, telah
melantik beliau sebagai Menteri Muda Pembangunan Luar Sarawak,
walaupun beliau kalah dalam pilihanraya Sarawak tahun
1963. Selepas pilihanraya 1965, Tun Abdul Rahman dilantik sebagai
Menteri Tanah dan Galian dan beliau memperkenalkan Kanun Tanah
Negara. Selepas menang dalam pilihanraya 1969, beliau dilantik pula
ke jawatan yang lebih kanan iaitu Menteri Pelajaran. Tugasan
pertama beliau adalah melaksanakan peralihan bahasa pengantar
daripada Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu secara berperingkat
peringkat melalui penggubalan Dasar Pelajaran Kebangsaan.

Dengan sokongan teguh dan penyeliaan beliaulah Universiti
Kebangsaan Malaysia ditubuhkan pada tahun 1970 dan sekolah
sains berasrama penuh didirikan di kawasan-kawasan luar
Bandar. Pada Julai 1970, Tun Abdul Razak yang pada itu masih
lagi Timbalan Perdana Menteri telah melantik beliau sebagai
Ketua Menteri Sarawak setelah mendapat kebenaran Perdana
Menteri. Menyandang jawatan tersebut, Tun Abdul rahman
menghadapi tiga ujian utama iaitu menstabilkan politik Sarawak.
Selama 10 tahun menjadi Ketua Menteri Sarawak, beliau berjaya
menyelesaikan ketiga tiga amanah besar tersebut yang untuk
menyediakan satu asas yang teguh bagi Sarawak menikmati
keamanan dan pembangunan hingga ke hari ini.

Dalam melaksanakan tugasannya sebagai Ketua Menteri, Tun
Abdul Rahman telah memperkenalkan beberapa pembaharuan
seperti penubuhan Lembaga Kemajuan Tanah Sarawak, Yayasan
Sarawak (1971), Unit Perancangan Ekonomi Sarawak (1972) dan
juga Perbadanan Perusahaan Kemajuan Kayu Sarawak (1973).
Beliau juga bertanggungjawab membangunkan pusat
pentadbiran negeri yang baru di Petra Jaya. Tun Abdul Rahman
memenangi kerusi kawasan Paloh, negeri Sarawak, dalam
pilihanraya Umum Malaysia 1978 yang merupakan pilihanraya
terakhir beliau apabila meletakkan jawatan pada tahun 1981
atas sebab kesihatan.

Datuk Dr Nik Zainal Abidin Nik Abdul
Rahman

1936 - 2001

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad
berkata, kehilangan Dr Nik Zainal dirasai oleh seluruh warga
perubatan kerana beliaulah pencetus perkembangan dan
pembangunan dalam bidang pembedahan jantung di Malaysia.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Ismail Merican juga
menyifatkan Datuk Dr Nik Zainal sebagai pakar kardiologi yang
superior sehingga berjaya mengharumkan nama negara di mata
dunia. Selain itu, kepakaran beliau menjulang nama Hospital
Kuala Lumpur (HKL) sebagai sebuah hospital pakar jantung yang
terkemuka di Malaysia. nama Datuk Dr Nik Zainal Abidin Nik
Abdul Rahman akan terus terpahat dalam lipatan sejarah
perubatan negara sebagai tokoh yang banyak berjasa.

TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version