The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by media, 2023-09-12 23:21:03

Ucapan Dasar Presiden - PTI 2023

Ucapan Dasar Presiden - PTI 2023

Keywords: PTI 2023

Hj Badlishah Sham Baharin Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia Teguhkan Ukhuwah, Sebarkan Rahmah Ucapan Dasar Presiden


Ucapan Dasar Presiden Perhimpunan Tahunan IKRAM 2023 TEGUHKAN UKHUWAH, SEBARKAN RAHMAH Hj Badlishah Sham Baharin 16 September 2023


1 TEGUHKAN UKHUWAH, SEBARKAN RAHMAH ٰن الرحيم احلمد هلل رب العاملني بسم اهلل الرمح والصالة والسالم أرشف األنبياء واملرسلني وىلع آهل وصحبه أمجعني Assalamualaikum wbt. Yang mulia Saudara Pengerusi; Yang dikasihi Yang Dipertua DPN, Timbalannya dan anggota Sekretariat DPN; Yang dimuliakan Timbalan dan Naib-naib Presiden dan barisan pemimpin JKP; Ketua Wanita dan barisan pemimpin Wanita IKRAM Pusat, Ketua IKRAM Muda dan barisan kepimpinan IKRAM Muda Pusat; Ahli-ahli DPN; Barisan pemimpin Negeri-negeri dan Kawasan-kawasan, ahli-ahli, bukan ahli dan para tetamu jemputan yang dikasihi. Ukhuwah Teras Kegemilangan Slogan ‘Ukhuwah Teras Kegemilangan’ tetap menjadi pasak dalam organisasi kita. Namun, ukhuwah ini mula teruji dengan pandemik luar jangka yang telah melanda negara kita. Tertulis dalam sejarah dunia moden, kita telah dilanda satu wabak yang telah meragut nyawa jutaan penduduk dunia, tidak ketinggalan negara kita tercinta iaitu Malaysia. Bahkan, virus ini juga ada yang telah meragut nyawa ikhwah akhawat yang kita kasihi. Permulaan penularan virus COVID-19 pada 2020 telah menyebabkan pergerakan kita kira-kira selama dua tahun menjadi sangat terbatas, bahkan ada ketikanya terhenti. Ketika itu, kita terpaksa mencari dan meneroka kaedah baharu untuk meneruskan


2 aktiviti kita. Akhirnya kita memilih dan membiasakan diri dengan platform maya untuk berusrah, mesyuarat, bersidang mahupun berbincang. Walaupun ramai yang kekok terutama generasi seperti saya pada awalnya. namun kini ia menjadi sebahagian praktis dalam gerak kerja pengurusan organisasi, dakwah dan islah kita. Alhamdulillah, berkat usaha barisan hadapan dan kerjasama rakyat Malaysia, kini virus tersebut bukan lagi ancaman. Oleh itu, dengan izin-Nya, pada hari ini kita dapat berhimpun sekali lagi buat kali keenam dalam Perhimpunan Tahunan IKRAM bertemakan ‘Teguhkan Ukhuwah, Sebarkan Rahmah.’ Hampir lima tahun kita tidak berhimpun sejak 2018. Hari ini kita dapat bertemu, berkongsi idea secara terus dan menyuburkan ukhuwah secara bersemuka. Inilah peluang kita memperbaharui roh perjuangan, membangunkan jiwa dai dan meneruskan langkah kita dalam membawa risalah nubuwah yang rahmah ini. Teguhkan Ukhuwah Ikhwah dan akhawat yang dikasihi, Betapa pentingnya elemen ukhuwah ini hingga menjadi cogan kata dalam IKRAM, yang menjadi lambang keimanan dan pemacu obor perjuangan. Firman Allah SWT: َ َ ُون ْمَح ر ُ ْ ت ُم ك َّ ل َ ع َ َ ل ُوا هَّللَّ ق َّ َٱت ْ و ُم ْك ي َ و َ خ َ َْ أ َنْي ُوا ب ِلح ْ ص َ أ َ ٌ ف ة َ و ْ ِخ َ إ ُون ِمن ْ ؤ ُ م ْ َا ٱل م َّ ِن إ “Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.” (Al-Hujuraat: 10) Dalam jamaah, ukhuwah dibina atas landasan akidah dan perjuangan menegakkan syariat-Nya. Tanpa ukhuwah, tidak akan sempurna keimanan, sepertimana sabda Rasulullah SAW: ِسِه ْ ف َ ُّ ِ نِل ِب ُ َا حُي ِه م ْ ِخي َ َّ ِأل ِب ُ َّ حُي َىَّت ْ ح ُم ُك َد ح َ ُ أ ِمن ْ ؤ ُ ي َ ال “Tidak sempurna iman seseorang di antara kamu hingga ia


3 mencintai untuk saudaranya segala apa yang ia cintai untuk dirinya sendiri.” (HR Bukhari, No. 13) Mutiara kata Mursyid Am Ikhwan Muslimin, Hasan al-Banna dalam Rukun Baiah berkaitan ukhuwah wajar dijadikan renungan dan panduan dalam menggerakkan dakwah dan perjuangan. “Ukhuwah yang dimaksudkan di sini ialah saudara mempertautkan ikatan hati-hati dan roh-roh saudara dengan ikatan akidah, kerana ikatan akidah itu merupakan ikatan yang paling kukuh dan paling berharga. Ukhuwah atau persaudaraan dalam Islam merupakan jalinan yang menghubungkan sebahagian dengan sebahagian umat Islam yang lain. Ia merupakan ikatan rabbani - ikatan yang diikuti atas dasar ketaatan kepada Allah - yang mengikat hati-hati mereka dan ia merupakan jalinan yang mendekatkan mereka kepada Allah SWT. Ukhuwah merupakan ikatan keimanan yang paling kukuh sebagaimana yang dinyatakan oleh Nabi SAW: ُ ِ يف اهلل ُغض ُّ ِ يف اهلل وابل َ ِ ى اإليمان احلب ر ُ ُ ع ق َ أوث “Sekuat-kuat ikatan iman ialah cinta dan berkasih sayang kerana Allah dan marah juga kerana Allah.” (HR Ahmad, No. 18524, Hadis Hasan) Dalam ajaran Islam, ukhuwah atau persaudaraan adalah satu tonggak yang menjadi tunjang kepada pembinaan sebuah masyarakat Islam yang kukuh dan sendi yang menghubungkan anggota masyarakat.” Oleh itu, gerakan Islam sangat memerlukan agar ikatan ukhuwah ini diperkukuhkan sehingga ia menjadi seolah-olah satu bangunan yang tersusun rapi. Ia seumpama satu jasad yang mana satu anggota memperkuatkan satu anggota yang lain. Apabila satu anggota jasad itu berasa sakit, maka seluruh anggota yang lain akan turut menanggung penderitaannya. Ukhuwah adalah satu tanggungjawab yang mesti dilaksanakan, bukan sekadar ucapan di bibir atau teori semata-mata. Inilah tujuan utama IKRAM meletakkan


4 cogan kata ‘Ukhuwah Teras Kegemilangan.’ Ukhuwah mestilah menjadi hubungan yang membawa ketaatan kepada Allah SWT. Ia melahirkan kemesraan, kasih sayang, kesetiaan, saling membantu, bekerjasama dalam pelbagai aspek, termasuk memenuhi keperluan saudaranya dan menjalankan tanggungjawab kemasyarakatan. Dengan mengamalkan kewajipan ukhuwah ini, Allah SWT akan meneguhkan ikatan kita dalam dakwah dan perjuangan, sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: ْ ِم ِه وب ُ ل ُ َْ ق َنْي َ ب ْت ف َّ ل َ ٓ أ ا َّ ًا م ِيع َ ِض مَج ْ ر َْ َ ِ ا ىِف أْل َ م ْت ق َ نف َ ْ أ و َ ْ ل ِم ِه وب ُ ل ُ َْ ق َنْي ف َ ب َّ ل َ أ َ و ٌ َ ِكيم ٌ ح ِيز ز َ ُ ع ه َّ ِن ْ إ ُم ه َ ن ْ ي َ ف َ ب َّ ل َ َ أ َّ هَّللَّ ٰ ِكن ـ َ ل َ و “Dan (Dialah) yang menyatupadukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatupadukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatupadukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Dia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Al-Anfaal: 63) Melalui ukhuwah yang menjadi teras kegemilangan, jiwa-jiwa bersatu dan berpadu dengan mewujudkan persekitaran harmoni yang dapat membawa kepada pencapaian yang tinggi dalam menyampaikan risalah-Nya.. Dengan ukhuwah, ia dapat memberikan kekuatan kepada jamaah ini, seterusnya mendorong perkongsian maklumat, hubungan erat dan kerjasama yang lebih baik dan efektif dalam pelbagai usaha, inisiatif dan projek dalam IKRAM. Ukhuwah juga memberikan dukungan emosi dan mental dalam kalangan ahli-ahli. Melaluinya, mereka dapat berkongsi suka duka dan cabaran dengan sejauh mana pun, sekali gus dapat mencipta persekitaran yang memahami dan menyokong. Dengan ukhuwah, ia boleh memperhebatkan tarbiah ahli-ahli dengan berkongsi pengalaman dan maklumat tentang Islam serta isu-isu semasa, seterusnya membina kesedaran dan pengetahuan yang lebih mendalam. Ukhuwah turut mengajar ahli-ahli IKRAM untuk menghargai perbezaan dan menerima pelbagai latar belakang dan pandangan. Ini dapat membina persekitaran yang inklusif dan memupuk pemahaman yang lebih mendalam.


5 Sebarkan Rahmah Ikhwah dan akhawat yang dikasihi, Allah SWT telah mengutuskan Nabi Muhammad SAW sebagai pembawa rahmah kepada manusia dan seluruh alam. َ ِمني َ ٰل ـ َ ع ْ ل ِّ ً ل ة َْ َمْح ر َّ ِاَّل َ إ ٰك ـ َ ن ْ ل َ س ْ ر َ ٓ أ ا َ َم و “Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmah bagi sekalian alam.” (Al-Anbiyaa’: 107) Ibnu Mandzur menyebutkan bahawa rahmah bererti kelembutan yang berpadu dengan rasa hiba, manakala mengikut al-Raghib al-Isfahani, rahmah membawa makna kelembutan, kebajikan, kebaikan dan kenikmatan dan juga kasih sayang. (Lisaanul Arab) Perkataan rahmah dan kata terbitannya diulang dalam al-Quran sebanyak 300 kali, jika ditambah lagi sifat dan perkataan yang membawa tema yang sama, terdapat lebih 1,000 ayat, menjadikannya hampir satu perenam daripada al-Quran. Ibnul Jauzi pula menggariskan 16 makna rahmah dalam al-Quran iaitu syurga, Islam, iman, kenabian, al-Quran, hujan, rezeki, nikmat, kesihatan, pemberian, kehalusan, pengampunan, keluasan, kasih sayang, pemeliharaan dan cahaya. (Nuzhah alA’yun al-Nawazir) Jelas di sini bahawa makna perkataan rahmah mencakupi segala bentuk kebaikan dan kebajikan yang seharusnya disebarluaskan kepada umat manusia. Oleh itu, IKRAM mempunyai aspirasi mencapai perubahan ke arah kebaikan untuk membina sebuah negara yang makmur untuk rakyat Malaysia menggunakan konsep rahmah. IKRAM sendiri ingin melihat terbinanya sebuah Negara Rahmah di Malaysia dengan agenda kebajikan dan pengislahan terus diberi keutamaan demi perubahan yang lebih baik untuk rakyat dan negara. Melalui konsep rahmah ini, ia dapat memperkenalkan imej Islam sebagai agama yang adil, sederhana dan santun terhadap semua manusia dan sekitarnya, selari dengan tujuan pengutusan Rasulullah SAW sebagai Rahmatan Lil Alamin, iaitu rahmah untuk seluruh alam.


6 ٌ ُهداة م ٌ َّما أنا رمحة ُ إن َّاس ُّها انل يا أي Daripada Abu Soleh, beliau berkata: “Nabi SAW (pada suatu hari) telah menyeru para sahabat: “Wahai sekalian manusia! (Ketahuilah) Bahawa sesungguhnya aku ini adalah rahmah yang dihadiahkan (oleh Allah SWT kepada seluruh alam).” (HR Darimy, No. 15, al-Arnaouth: Isnad Sahih) Ini menunjukkan bahawa tugas umat Islam bukan sekadar untuk berkhidmat kepada sesama mereka sahaja, bahkan juga kepada seluruh umat manusia dan menjadi contoh rahmah dan kasih sayang, sama ada melalui hati, lisan ataupun perbuatan. Oleh itu, amat penting agar konsep rahmah ini dipraktikkan dalam segala aspek kehidupan, bahkan disebarkan bagi melahirkan individu, keluarga, kejiranan, masyarakat dan negara yang maju, makmur dan sejahtera. Projek Penjenamaan Ikhwah dan akhawat yang dikasihi, Dengan situasi semasa negara yang sentiasa mencabar, turun dan naik, kita juga perlu melihat keadaan organisasi kita. Kita meyakini kelemahan-kelemahan yang kita ada, namun ia tidak bermakna kita terperangkap dengannya. Kita perlu terus maju ke hadapan. Kita tidak menafikan bahawa jiwa-jiwa sebahagian kita mengalami kelesuan akibat fenomena global dengan pandemik COVID-19 yang berlaku, yang turut mengakibatkan ada ahli-ahli mengalami pelbagai kesusahan, bahkan terpaksa menghadapi kesulitan untuk menanggung kos sara hidup. Usaha-usaha dan keprihatinan IKRAM Negeri dan Kawasan untuk menyantuni kebajikan ahli-ahli yang terkesan dari sudut kesihatan dan ekonomi amatlah dihargai. Selain itu, Kajian Keberadaan Jenama IKRAM 2023 oleh HumanCapient Consulting menunjukkan adanya keperluan kepada satu perubahan untuk memberikan tenaga dan kesegaran baharu jenama IKRAM, di samping membangunkan kemampuan dan pemikiran baharu pemimpin dan ahlinya untuk menyentuh masyarakat. Oleh itu, jamaah perlu diatur dengan lebih berstrategi dengan pembangunan imej


7 yang lebih baik, agar kita dapat mencapai pendidikan masyarakat yang lebih luas dan memberikan imej yang lebih positif kepada IKRAM. Kata-kata Syeikh Mustafa Masyhur perlu menjadi syiar bagi kita sebagai du’at: َ َْك َرْي ُ غ ْع َاد َ و َ ك ْس ف َ ْ ن ِلح ْ ص َ أ “Perbaikilah diri kamu, dan (pada masa sama) berdakwahlah kepada orang lain.” (Mustafa Masyhur, Jalan Dakwah) Lantaran itu, IKRAM sedang menyusun semula naratif yang sesuai untuk ahli-ahli dan masyarakat melalui projek penjenamaan, antaranya dengan menambah baik dari sudut mesej, imej, komunikasi, portal, sasaran audiens dan sebagainya. Salah satu inisiatif yang sedang dilaksanakan ialah kempen Bangunkan Jiwamu (Awaken Your Soul), yang bertujuan menggerakkan ahli-ahli untuk kembali membangunkan jiwa dan terus istiqamah dalam menggerakkan dakwah dan perjuangan. Untuk memastikan jamaah ini bernafas panjang dan mampu pergi jauh dalam tempoh yang lama, kempen Bangunkan Jiwamu amat bertepatan bagi menyegarkan kembali roh perjuangan dalam kalangan ahli, sekali gus menjadikan jamaah ini terus mampu menyumbang kepada perkembangan dakwah, tarbiah dan kebajikan dengan lebih berkesan. Tarbiah Membangunkan Jiwa Ikhwah dan akhawat yang dikasihi, Kita sedia maklum bahawa tarbiah adalah ‘core business’ dalam IKRAM, yang menjadi nadi dalam jamaah ini. Tanpa tarbiah, tiadalah jamaah ini. Walaupun begitu, isu-isu berkaitan tarbiah sering kali timbul apabila perjalanannya yang tidak lancar di peringkat kawasan. Ini sekali gus memberi kesan langsung kepada gerak kerja di kawasan dan berkait rapat dengan peratus penurunan pendaftaran keahlian setiap tahun. Oleh itu, beberapa penambahbaikan dan pemerkasaan perlu dilakukan bagi melancarkan perjalanan tarbiah di kawasan, antaranya pemantauan perjalan


8 setiap usrah, pelaksanaan wasilah tarbiah, liqa’ nuqaba’/murabbi berkala, serta pemerkasaan latihan nuqaba’ dan murabbi. Pengurusan tarbiah di kawasan perlu dimantapkan dengan mengadakan mesyuarat bulanan agar setiap permasalahan dapat dikenal pasti dan dibincangkan cadangan penyelesaiannya. Dalam mengurus perjuangan ini, tarbiah perlu diurus dengan lebih tersusun dan sistematik, kerana ia adalah nadi yang menggerakkan jamaah ini. Kata-kata masyhur “Kebenaran yang tidak tersusun akan dikalahkan oleh kebatilan yang tersusun” perlu diamati agar kita sentiasa menguruskan perjuangan dengan lebih baik untuk mengatasi kebatilan yang bermaharajalela. Pemerkasaan tarbiah ahli amat penting kerana ahli-ahli yang ditarbiah dengan baik inilah yang akan berperanan menggerakkan projek-projek Melebarkan Santunan Akar Umbi (MSAU) untuk masyarakat setempat di kawasan masing-masing. MSAU menjadi platform penting untuk IKRAM dekat dengan masyarakat melalui aktiviti bersama, dapat mengenal pasti masalah dan keperluan penduduk setempat, menyumbang khidmat masyarakat yang sesuai, bahkan ia berpotensi menambah keahlian IKRAM apabila masyarakat telah mengenalinya melalui penganjuran pelbagai aktiviti bermanfaat di kawasan tersebut. Dakwah dan Islah Ikhwah dan akhawat yang dikasihi, Setelah membangunkan jiwa melalui proses tarbiah yang berterusan, ahli-ahli perlu keluar kepada masyarakat untuk menunaikan tugas dakwah dan islah, serta amar makruf nahi mungkar. Firman Allah SWT yang bermaksud: ُ ِوف ر ْ ع َ م ْ َ ِ بٱل ُون ر ُ م ْ أ َ ي َ ِ و ْ َرْي ْ َ ٱخْل ِىَل َ إ ُون ْع َد ي ٌ ة َّ م ُ ْ أ ُم ِّنك ُن م َك ْ َتْل و َ ُون ِلح ْ ف ُ م ْ ُ ٱل م ُ َ ه ِك ٰٓئ ـ َ ول ُ أ َ ِ و ر َ ُنك م ْ ِ ٱل َن َ ع ْن و َ ه ْ ن َ ي َ و “Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.” (Ali Imraan: 104)


9 Dakwah dan islah adalah satu tugas yang amat mulia kerana ia telah dilakukan oleh para nabi dan rasul, seperti firman-Nya: َّ ِ ب ِهَّللَّ ِاَّل ٓ إ ِف ِيىِق ْ و َ َا ت َم ُ و ْت َ ع َط ت ْ َا ٱس َ م ٰح ـ َ ْ ل ِص ْ إْل َّ ِاَّل ُ إ ِيد ر ُ ْ أ ِن إ “(Nabi Syuaib berkata) ..Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki (islah) sedaya upayaku; dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah...” (Hud: 88) Nabi SAW yang diutuskan semata-mata untuk membawa risalah ketauhidan, iaitu dengan mengeluarkan manusia daripada lembah penghambaan sesama manusia kepada semata-mata menyembah Allah SWT, Tuhan Yang Maha Esa. ُ ِون ُد ب ْ َع ِ يِل َّ ِاَّل ِ َ نس إ ْ َإْل و َّ ِن ْ ُ ٱجْل ْت ق َ ل َ َا خ َم و “Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.” (Adz-Dzaariyaat: 56) Ingatlah kata-kata Rib’i bin Amir r.a. kepada panglima tentera Parsi, Rustum yang menjelaskan lagi tentang kewajipan dakwah umat Islam. “Allah telah membangkitkan kami untuk mengeluarkan sesiapa sahaja yang Dia kehendaki dari perhambaan terhadap sesama hamba kepada perhambaan kepada Allah, dari kesempitan dunia kepada keluasannya, dari kezaliman agama-agama kepada keadilan Islam. Maka, Dia membangkitkan kami dengan agama-Nya untuk kami seru mereka kepadanya.” (Ibnu Kathir, Al-Bidayah wa an-Nihayah) Cabaran Dihadapi Negara Ikhwah dan akhawat yang dikasihi, Menjelang PRU15, IKRAM menyertai Deklarasi Pemimpin dan NGO-NGO Pelbagai Agama Menjelang PRU15 oleh 29 NGO mengemukakan keperluan pembaharuan segera dalam pengendalian sistem demokrasi berparlimen berdasarkan raja berperlembagaan.


10 Selain itu, IKRAM bersama Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) dan Sinar Harian mengumumkan deklarasi menyeru rakyat untuk memilih calon yang memiliki lapan karakter bangsa, iaitu berkemampuan, berdaya maju, amanah dan berintegriti, kasih sayang, jujur, berkeadilan, utama rakyat dan berprinsip. Deklarasi menyeru rakyat keluar mengundi dan memilih calon berkemampuan, amanah dan berintegriti, dan jujur turut diumumkan bersama Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) dan Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG (Pusat LLG). Deklarasi ini selaras dengan beberapa ciri Negara Rahmah yang diperjuangkan IKRAM, iaitu merealisasikan kepemimpinan negara yang kompeten dan berintegriti, sistem pemerintahan berasaskan semak dan imbang yang berkesan, dan tadbir urus yang baik. IKRAM juga komited bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk merealisasikan beberapa cadangan reformasi dan penambahbaikan dalam institusi-institusi kenegaraan terutamanya parlimen, badan kehakiman dan badan penguat kuasa. Contohnya, IKRAM terlibat aktif dalam Rasuah Busters dan Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia - Integriti, Governans dan Anti Rasuah (KRPPM-IGAR) yang menuntut beberapa cadangan reformasi institusi dan perundangan, antaranya pemisahan kuasa Peguam Negara dan pendakwa raya, reformasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pindaan kepada Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010. Dalam pada itu, negara turut menghadapi cabaran sistem ekonomi kapitalis yang didapati setelah sekian lama tidak mampu, malah gagal mewujudkan kemakmuran untuk semua lapisan masyarakat, walaupun ada kebaikannya. Bahkan, sistem ini juga gagal menyelesaikan masalah-masalah yang berlaku, antaranya jurang antara golongan kaya dan miskin semakin meluas, eksploitasi sumber alam yang tidak terkawal, pencemaran alam sekitar dan lain-lain. Oleh itu, IKRAM telah membangunkan naratif dan tasawur kemakmuran ekonomi untuk mencari alternatif yang diharap mampu mengatasi masalah-masalah yang dihadapi masyarakat dan negara pada hari ini. Pada tahun lalu, IKRAM memulakan kajian sistem ekonomi berasaskan sedekah yang menyeluruh (sistemik) dan tersusun (sistematik), yang mampu menjadi pengganti kepada sistem riba. Kajian ini diharapkan dapat menyumbang kepada alternatif yang praktikal untuk dilaksanakan, dan seterusnya mampu mengubah sistem ekonomi sedia ada dalam usaha mewujudkan kemakmuran untuk semua.


11 Negara juga berhadapan dengan pelbagai isu dan masalah sosial yang melanda pelbagai golongan pada setiap peringkat. Kes-kes jenayah rompak, ragut, dadah, rasuah, keganasan rumah tangga, penderaan kanak-kanak, buli, scammer dan lain-lain berada di tahap yang membimbangkan. Segala isu ini seharusnya tidak diletakkan di bahu kerajaan sahaja untuk menyelesaikannya, bahkan ia adalah tanggungjawab semua pihak untuk bekerjasama mendidik masyarakat dengan akhlak yang mulia dan menjauhi keburukan, selain melaporkan kes-kes tersebut kepada pihak berkuasa. Model-model solusi yang holistik dan efektif perlu diketengahkan dalam menangani setiap permasalahan yang berlaku. Ini kerana setiap isu memerlukan pendekatan dan solusi yang berbeza, bukan hanya dengan hukuman semata-mata. IKRAM tidak ketinggalan melaksanakan beberapa inisiatif dan solusi dalam pendidikan, kebajikan dan kemasyarakatan. Contohnya, program Ibu Bapa Memastikan Peningkatan Akademik Anak (IMPAK) dilaksanakan IKRAM sejak 2016 bertujuan membantu ibu bapa memahami peranan mereka dan pengaruhnya ke atas pembelajaran anak-anak. Selain itu, ia mengajar ibu bapa teknik dan cara yang sesuai dalam mengatasi masalah pembelajaran anak-anak dan meningkatkan sahsiah mereka. Alhamdulillah, IMPAK telah dan sedang dilaksanakan hampir di seluruh negara dan sehingga kini seramai 1,546 orang ibu bapa telah berjaya menamatkan 10 modul untuk mengetahui cara membantu pembelajaran anak-anak di rumah. Melalui Yayasan Ikram Malaysia, ia menyalurkan bantuan kepada rakyat Malaysia yang memerlukan terutama dalam kalangan keluarga asnaf dan B40, dari sudut keperluan pendidikan, makanan, bencana dan sebagainya. Projek Kebun Komuniti yang dilaksanakan di peringkat kawasan mampu menarik perhatian masyarakat untuk bersama-sama menyumbang tenaga untuk membangunkannya, sepertimana yang sedang dilakukan oleh IKRAM Kawasan Gombak. Melalui inisiatif ini, pelbagai program bermanfaat yang lain dapat diadakan dan berpotensi menerima sambutan dan penyertaan yang baik oleh masyarakat setempat, contohnya program kesedaran alam sekitar, remaja, khidmat masyarakat dan lain-lain. Ini hanyalah sebahagian contoh. Saya yakin, seluruh IKRAM Negeri dan Kawasan dengan kerjasama Wanita IKRAM, IKRAM Muda serta institusi-institusinya di


12 seluruh negara turut sedang merancang dan melaksanakan pelbagai inisiatif yang bermanfaat untuk masyarakat pelbagai peringkat, selari dengan projek Melebarkan Santunan Akar Umbi (MSAU). Lawan Naratif Ekstrem Ikhwah dan akhawat yang dikasihi, Konsep Malaysia MADANI digagaskan oleh Kerajaan Perpaduan melalui akronim daripada keMampanan, kesejAhteraan, Daya cipta, hormAt, keyakiNan dan Ihsan. Konsep ini sebenarnya selari dengan visi IKRAM ‘Malaysia Menjadi Negara Rahmah’ iaitu dengan melihat pencapaian sesebuah negara berasaskan nilai sebagai acuan membangunkan negara bagi mencapai kemajuan dari segi pemikiran, kerohanian dan kebendaan. IKRAM mengambil peranan untuk mengisi ruang sebagai rakan strategik pembinaan negara dengan Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dengan mengadakan libat urus dengan pelbagai kementerian dan agensi kerajaan. Antaranya ialah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Kementerian Perpaduan Negara, Kementerian Komunikasi Digital dan Kementerian Pendidikan. Pertemuan demi pertemuan dilakukan dalam rangka untuk menyokong, bekerjasama dan menyumbang dalam aktiviti serta projek yang bermanfaat untuk umat Islam dan masyarakat. Di samping itu, bagi melawan naratif ekstrem dan melampau dalam konteks agama dan perkauman, IKRAM bersama-sama WADAH, ABIM dan HALUAN telah menubuhkan Himpunan Gerakan Islam Malaysia (HGIM) bagi menonjolkan konsep wasatiyyah yang adil, seimbang dan cemerlang, juga akan bekerjasama dengan kerajaan dalam usaha ini. Wasatiyyah dalam Islam merupakan pendekatan sederhana kepada pemahaman Islam berasaskan iman, ilmu dan takwa, menghasilkan umat adil dan terbaik (ummatan wasatan) yang menekankan keseimbangan, keadilan dan kecemerlangan, serta menolak segala bentuk kecurigaan, ekstremisme dan radikalisme yang merosakkan keharmonian masyarakat. Justeru itu, peranan tersebut bukan sahaja perlu dimainkan oleh gerakan-gerakan Islam, bahkan ia perlu dimainkan oleh ahli-ahlinya, para pendakwah, asatizah dan pempengaruh untuk bersama-sama mengekang naratif ekstrem ini daripada terus


13 meracuni pemikiran umat Islam dan rakyat Malaysia, serta menggugat perpaduan. Tambahan pula, cabaran-cabaran semasa yang sedang dihadapi negara baik dalam aspek sosial, politik mahupun ekonomi menuntut respons daripada gerakan dakwah seperti IKRAM dan HGIM untuk melakukan islah, malah mampu memberikan solusi terbaik kepada pelbagai permasalahan masyarakat di luar sana. Oleh itu, gerakan-gerakan Islam kini perlu menjadi rakan kongsi dalam pembinaan negara (partner in nation building) kerana ia memiliki takungan pemikir, intelektual dan bijak pandai yang ramai dan mampu menyumbang kepakaran dalam mengemukakan model-model solusi yang efektif terhadap permasalahan yang dihadapi negara. Dengan sumbangan ini, kita boleh bersama-sama membina dan membangunkan negara ini ke arah perubahan yang lebih baik, selari dengan usaha menjadikan Malaysia Negara Rahmah. Sinergi Kerjasama Ikhwah akhawat yang dikasihi, Dalam pada itu, libat urus IKRAM dengan badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat madani (CSO) pelbagai bangsa, agama, budaya dan latar belakang tetap diteruskan bagi membina persefahaman, kerjasama dan perpaduan, demi mewujudkan keharmonian. Antaranya, IKRAM berperanan aktif dalam gabungan NGO-NGO Islam iaitu Allied Coordinating Committee of Islamic NGOs (ACCIN), gabungan NGO-NGO pelbagai bangsa dan agama iaitu Gabungan Bertindak Malaysia (GBM), juga gabungan NGO untuk pendidikan antirasuah seperti Rasuah Busters dan gabungan NGO wanita iaitu Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO) dan terkini Gabungan Patriotisme dan Perpaduan Kebangsaan (GPPK). Sinergi kerjasama antara IKRAM, kementerian, agensi kerajaan, NGO dan CSO turut dijayakan, contohnya dalam penganjuran Sambutan Bulan Kebangsaan (SBK) yang kini diadakan untuk tahun ketiga. Pelbagai aktiviti diadakan antaranya pelancaran sambutan, video perpaduan, lagu ‘Selamanya Malaysia’, forum Bicara Bina Negara (BBN) dan kemuncaknya Karnival Kita Anak Malaysia (KAMI) pada hari ini di sini. Baru-baru ini, IKRAM turut dikunjungi Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Huazong) ke Ibu Pejabat IKRAM, sebuah NGO gabungan pertubuhan Cina terbesar di Malaysia untuk menjalinkan kerjasama bagi memupuk perpaduan dan memacu kemakmuran.


14 Ini adalah satu petanda bahawa segala usaha perlu dilakukan untuk membina hubungan yang baik serta bekerjasama dengan mana-mana pihak bagi mencapai matlamat yang murni dan bermanfaat demi kebaikan, perubahan dan impak positif kepada pembangunan masyarakat. Ikhwanku ُم ْك ي َ ل َ يص ع ٌ ِ َر ْ ح م ُّ ِنت َ َا ع ِه م ْ ي َ ل َ ع ٌ ِيز ز َ ْ ع ُم ِسك ُ نف َ ْ أ ن ِّ م ٌ ُول َس ْ ر ُم َك ء ٓ ا َ ْ ج د َ ق َ ل ٌ ِحيم َّ ر ٌ ُوف ء َ َ ر ِمِنني ْ ؤ ُ م ْ ِبٱل “Sungguh telah datang kepadamu seorang Rasul daripada kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin.” (At-Taubah: 128) Terasa berat di hati baginda dengan apa yang ditanggung oleh sahabat dan umat Islam. Kerana itulah Allah SWT hendak memberitahu bahawa Rasulullah SAW adalah rahmah bagi kita semua. Allah SWT mengenangkan kepentingan kita kepada baginda dan betapa sayangkan baginda kepada kita. Kita perlu mengikuti jejak perjuangan Rasulullah SAW dan ingin menyebarkan rahmah dan menyelamatkan manusia daripada kehancuran kepada kebahagiaan akhirat. Rasulullah SAW ingin sekali bertemu dengan ‘ikhwan’ baginda. Siapakah ‘ikhwan’ baginda? Mari kita sama-sama telusuri mafhum hadis berikut. Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah SAW pergi ke kawasan perkuburan, lalu baginda SAW menyebut: “Assalamualaikum wahai penghuni perkampungan manusia beriman. Sesungguhnya aku insya-Allah, akan bersama-sama kamu selepas ini. Aku sangat suka agar kita dapat melihat saudara-saudaraku (ikhwanku) nanti.” Para sahabat bertanya, “Apakah kami bukan saudaramu wahai Rasulullah?” Jawab baginda, “Kamu adalah sahabatsahabatku. Ikhwanku adalah mereka yang belum muncul lagi.”


15 Para sahabat bertanya, “Bagaimana engkau boleh mengenali umatmu yang belum muncul lagi wahai Rasulullah?” Jawab Rasulullah SAW, “Apakah kamu dapat melihat, jika seorang lelaki mempunyai kuda berbulu putih di dahi dan kakinya, dan ia berada dalam kelompok kuda-kuda hitam, apakah tuannya dapat mengenali kudanya?” Jawab para sahabat: “Sudah pasti (tuannya dapat mengenali kudanya) wahai Rasulullah.” Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya mereka akan datang (pada hari kiamat) dengan bercahaya kerana berwuduk. Aku akan mengetuai mereka ke telaga al-Haudh.” “Ketahuilah! Terdapat manusia yang akan dihalau daripada telagaku sepertimana terhalaunya unta-unta yang sesat. Aku pun memanggil mereka, ‘Datanglah kamu semua.’” Setelah itu dikatakan kepada baginda SAW, “Sesungguhnya mereka telah menukarkan ajaranmu setelahmu (kewafatanmu).” Maka aku pun bersabda, ‘Jauhilah! Jauhilah!’” (HR Muslim, No. 249) Daripada hadis ini, ‘ikhwan’ baginda yang dapat dikenali pada hari akhirat nanti ialah mereka yang bercahaya hasil daripada amalan wuduk. Apakah ibadah utama daripada wuduk? Sudah pasti untuk menunaikan solat. Apakah manifestasi solat? Solat dapat mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar. Ini bermakna, mereka yang melazimi wuduk dan solat adalah mereka yang berusaha untuk mengislah diri untuk menjadi Muslim yang lebih baik, dan pada masa yang sama, mereka menyuruh yang makruf dan mencegah yang mungkar. َ ْن و َ ه ْ ن َ ي َ ُ ِوف و ر ْ ع َ م ْ َ ِ بٱل ُون ر ُ م ْ أ َ ٍض ي ْ ع َ ُ ب ء ٓ ا َ ِيِل ْ و َ ْ أ ُم ُ ه ْض ع َ ُ ب ٰت ـ َ ِمن ْ ؤ ُ م ْ َٱل َ و ُون ِمن ْ ؤ ُ م ْ َٱل َ و ِك ٰٓئ ـ َ ول ُ ٓ أ ُ َ ُوهَل َس َر َ و َ هَّللَّ ُون ِطيع ُ ي َ َ و ٰة و َ َّك َ ٱلز ُون ت ْ ؤ ُ ي َ َ و ٰة و َ َّ ل َ ٱلص ُون ِقيم ُ ي َ ِ و ر َ ُنك م ْ ِ ٱل َن ع ٌ َ ِكيم ٌ ح ِيز ز َ َ ع َّ هَّللَّ ِن ُ إ ُ هَّللَّ ُم ه ُ َ َ ْمَح َرَي س “Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada


16 berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan solat dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (At-Taubah: 71) Kita berdoa agar kita digolongkan sebagai ‘ikhwan’ yang dimaksudkan Rasulullah SAW, insya-Allah. Bangunlah Ikhwah dan Akhawat Ikhwah dan akhawat yang dikasihi, Jalan dakwah dan islah amat susah dan panjang, dari satu generasi ke satu generasi, dari awal kenabian hingga akhir zaman. Jika jalan ini mudah dan dekat, sudah pasti ramai orang akan mengikutinya. Semoga kita menjadi golongan sedikit yang dipilih oleh Allah SWT untuk menyampaikan risalah-Nya kepada umat manusia. Jika bukan kita, siapa? Jika bukan sekarang, bila? ِىِن َ ع َ ب َّ ِ ٱت َن َم ا و َ ن َ ٍة أ َ ِصري َ ٰ ب َ َ ِهَّللَّ َىَلَع ِىَل ا إ ٓ و ُ ع ْ د َ ٓ أ ِيىِلِ ب َ ِ س ٰ ِذه ـ َ ْ ه ل ُ ق َ ِ ِكني ُرْش ْ م ْ َ ٱل ا ِ من َ ن َ ٓ أ ا َ َم َ ِهَّللَّ و ٰن ـ َ ْح ب ُ َس و Katakanlah (wahai Muhammad): “Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha Suci Allah (daripada segala iktikad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku daripada golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.” (Yusuf: 108) Oleh itu, bangunlah wahai ikhwah dan akhawat sekalian, kita perbaiki dan islahkan diri, keluarga, masyarakat dan negara ke arah yang lebih baik. َ ُون ِلح ْ ُص َا م ه ُ ل ْ ه َ أ َ ٍم و ْ ُ ل ِظ َ ٰى ب ر ُ ق ْ َ ٱل ِلك ْ ُه َ ِ يِل ُّك ب َ َ ر َ ن َا اَك َم و “Dan Tuhanmu tidak sekali-kali hendak membinasakan manamana negeri dengan sebab kezaliman penduduknya, selagi


17 mereka sentiasa memperbaiki (mengislah) keadaan sesama sendiri.” (Hud: 117) ْ ُر ْج َ ٱه َ ف ز ْ ج ُّ َٱلر ْ و ر ِّ َ ه ط َ َ ف َك َاب ِثي َ ِّ ْ و َرِّب َك َ ف َّك ب َ َر ْ و ِ نذر َ أ َ ْ ف م ُ ُ ق ر ِّ ث َّ ُد م ْ َا ٱل ه ُّ ي َ ٰٓأ ـ َ ي ْ ِرِب ْ َ ٱص َ ف ِّك ب َ لِر َ ُو ِرِث ْ َك ت ْ س َ ُ ت ْنُن م َ َ ت َاَل و “Wahai orang yang berselimut! Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia). Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaranNya! Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan.” “Dan segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi. Dan janganlah engkau memberi (sesuatu, dengan tujuan hendak) mendapat lebih banyak daripadanya. Dan bagi (menjalankan perintah) Tuhanmu, maka hendaklah engkau bersabar (terhadap tentangan musuh)!” (Al-Muddaththir: 1-7) Persiapkan diri kita dengan tarbiah, pilihlah relung dakwah yang sesuai dan aktiflah menyantuni masyarakat yang memerlukan. Ibadah kita bukan sekadar di sejadah, bahkan ia melangkaui khidmat kita untuk ummah. “Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala Kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, - kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjakan seseorang akan solat serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. (Orang-orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orangorang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang yang bertakwa.” (Al-Baqarah: 177)


18 Semoga Allah SWT memberkati usaha-usaha ikhwah dan akhawat untuk berjuang di jalan-Nya, mengislah masyarakat dan membina negara dengan sebaiknya demi meraih keredaan-Nya. Bangunkan jiwamu. Baikilah masyarakatmu. Binalah negaramu. “Teguhkan Ukhuwah, Sebarkan Rahmah” Haji Badlishah Sham Baharin Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia Perhimpunan Tahunan IKRAM 2023 IDCC Shah Alam 16 September 2023 / 30 Safar 1445 H


19 Pertubuhan IKRAM Malaysia 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah, 43399 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan Malaysia Tel: +603-8945 3666, +603-8945 6999 Fax: +603-8945 1772, Email: [email protected]


Click to View FlipBook Version