CIRI – CIRI SENI BINA
ANDALUSIA PADA ABAD
KE 13 MASEHI
1
ISI KANDUNGAN;- MUKA SURAT
ITEM 3
1. PENGENALAN 4-7
2. CIRI – CIRI SENI BINA
3. GAMBAR MASJID CORDOVA 8
4. GAMBAR ISTANA AL- HAMBRA 9
5. GAMBAR MENARA TINGGI 10
6. PENUTUP 11
2
Pengenalan
Abad ke-13 Masihi menyaksikan kemunculan Kerajaan Nasriyyah @ dikenali
sebagai Bani al-Ahmar.Merupakan kerajaan islam terakhir wujud di Andalusia.
Kerajaan diasakan olh Muhammad bin Yusuf bin Nasar @ In al-Ahmar.
Memberikan sumbangan membanggakan kuhususnya berkaitan : pembinaan &
perkembangan seni bina. Bukan sahaja di Granada, seni ukir & seni ukir
berkembang dan bermaju di kawasan lain diduduki oleh orang islam Andalusia
Perkembagan tamadun islam tidak dapat lari daripada keagungan seninya
termasuklah seni ukiran,khat,bina dan sebagainya. Perkembangan seni bina islam
selari dengan pencapaian seni khat,ukir,sains dan teknologi serta seni lukis.
Kesemuanya saling melengkapi antara satu sama lain dan akhirnya menghasilkan
satu binaan yang dikagumi.
Zaman pertengahan merupakan zaman perkembangan dan kegemilangan seni
bina islam yang merupakan gabungan unsur –unsur daripada bangsa
Parsi,Roman,Turki, dan Byzantine yang meninggalkan kesan kegemilangan sebagi
contoh bangunan-bangunan di sepanyol dan India. Dua kawasan yang menjadi
sebutan sehingga kini kerana meninggalkan kesan yang cukup membanggakan
dalam aspek seni bina ialah Andalusia dan India.
3
Ciri-ciri Seni Bina
Mempunyai ruang udara yang selesa
Mempunyai ruang udara utk keselesaan mengerjakan ibadat di dalam masjid
atau di rumah kediaman. seni bina islam di Andalusia mempunyai ciri-ciri
tersendiri seperti yang dinyatakan oleh Titus Burkhardt iaitu luahan perasaan,
keamanan, ketenangan dan keheningan merupakan cirri-ciri yang diterapkan dalam
seni bina islam. Ciri-ciri ini semestinya wujud tanpa sebarang percanggahan
diantara unsur-unsur kerohanian dengan kebendaan.
Terdapat ukiran dan hiasan
Tulisan Khat dapat dibuktikan melalui masjid cordova. Al- maqqari dan
beberapa orang penulis telah memberikan pendapat mereka tentang masjid
cordova. Mereka semuanya terpesona dan menganggap masjid cordova
teristimewa sekali kecantikannya begitu menabjubkan sehingga tidak dapat
digambarkan dengan perkataan .Ringkasnya,masjid ini merupakan expression seni
bina Andalusia yang hebat sekali. Reka bentuk bangunan sesuai dengan iklim dan
keadaan setempat. Bangunan selamat digunakan untuk jangka waktu yang lama cth
usia masjid sehingga beratus tahun lamanya.
4
Ruang bilik yang ada fungsinya sendiri
Terdapat ruang bilik memisahkan lelaki dan wanita. ruangan khas atau bilik yang
mempunyai fungsi tersendiri. contohnya istana al- Hamra’ yang mempunyai
beberapa bilik khas, dewan besar dan halaman yang dihiasi kolam air pancut dan
taman, 128 batang tiang bulatdaripada marmar, ruang duta, ruang persalinan
permaisuru, ruang persiraman diraja dll berfungsi untuk keselesaan dan keindahan.
Mempunyai menara untuk muazzin melaungkan azan
Bumbung dan menara sebagai ciri seni bina Islam. Menara ialah
tempat muazzin melaungkan azan dan dibina tinggi dengan maksud memanggil
orang ramai melakukan sembayang berjemaah di masjid atau suara muazzin itu
kedengaran sampaike tempat jauh. Menara masjid cordova menjulang 36 meter
dan mempunyai dua tangga untuk naik dan turun. Kebanyakan menara azan di
Andalusia berbentuk segi empat dan dipanggil murabba’ yang memperlihatkan
gaya yang dipinjam daripada masjid-masjid di Syria.
Menggunakan Teknik Pencahayaan Yang Baik
Dititikberatkan agar isi bangunan lebih terdedah kepada pancaran cahaya yang
tidak terik mahupun tidak terlalu kurang sehingga menyebabkan ruang dalam
sesebuah bangunan nampak muram. Dengan sistem pencahayaan yang baik dalam
seni bina islam , bangunan yang dibina kelihatan lebih cerah, hening, dan tenang.
Justeru itu bangunan yang dibina di Andalusia sama ada masjid atau istana
mengambil kira soal pancaran cahaya yang menembusi sesuatu bangunan itu.
5
Tempat Terbuka atau Taman Dalam Bangunan
Kawasan terbuka atau diletakkan di tengah-tengah Bandar atau di dalam
bangunan yang dipenuhi dengan pokok-pokok untuk memberi bekalan oksigen
yang segar dan menapis udara kotor di sekeliling. Selain itu, pemandangan taman
yang indah juga dapat menenangkan jiwa. Di Al hambra misalnya , terdapat taman
- taman yang dilengkapi dengan kolam dan pancutan air.
Seni Ukir Islam
Turut berkembang pesat pada zaman pemerintahan kerajaan-kerajaaran islam di
Andalusia. Ukiran-ukiran yang mempamerkan seni khat dan corak geometri
merupakan cir utama seni bina di Andalusia.
Ukiran dan hiasan berbentuk ayat-ayat al/ Quran, hadis-hadis dan kata-kata hikmat
menghiasi dinding-dinding istana dan masjid. Sebagai contoh, di istana Alhambra
iaitu di dinding masjid dipenuhi dengan hiasan ukiran yang berselang seli dengan
ayat-ayat menggunakan tulisan arab seperti al-Qudratu billah, al-mulku li'llah dan
La ghaliba illa'alah.
6
Pembinaan menara
Terdapat dua buah menara (tower) yang tinggi dan berkilau yang dibina di ata
banjaran Sierra Nevada. tujuan binaan menara untuk melihat keindahan kota
Granada yang dikelilingi taman-taman bunga dan pohon buah-buahan yang
menghijau . Istana didirikan menara untuk memantau sebarang pergerakan yang
mencurigakan iaitu untuk keselamatan.
Mempunyai nilai keindahan
Ukiran khaligrafi yang mengandungi ayat-ayat al-Quran, puji-pujian; gelaran
pemerintah dsb. contohnya binaan Masjid al- Mulk yang didirikan oleh Sultan
Muhammad II. Di pintu masuk tertulis tulisan Arab 'Azza Maulana al Sultan
Abdilan.' Dan di bawahnya terdapat syair yang menyentuh kemurniaan agama
Islam. dibahagian dinding masjid diukir hiasan yang berselang dengan ayat al-
Quran. mihrab masjid pula dipenuhi hiasan berwarna emas dan Struktur mihrab
bertakhtakan permata zamrud, yaqut dsb
Kategori keseniaan
Terdapat dua jenis keseniaan di Granada iaitu keseniaan yang lahir-di Granada
dikenali sebagai keseniaan Granada dan keseniaan de luar Granada dikenali
sebagai Mudejar. Kesenian di luar Granada dihasilkan oleh orang Islam dan bukan
Islam abad ke-13 dan 14. Contohnya Alcazar di Seville. Keseniaan di Granada
pula melambangkan seni bina dan reka Shentuk Islam kerana dihasilkan oleh
seniman-seniman Islam. Contohnya istana al - Hamra' .
7
GAMBAR MASJID CORDOVA
8
GAMBAR ISTANA AL – HAMBRA
9
GAMBAR MENARA TINGGI
10
PENUTUP
Bentuk pembinaan bagunan-bangunan dalam kedua-dua kawasan tersebut tetap
tidak dapat lari daripada keagungan seninya yang merangkumi samaada seni
ukiran, khat , ukir , sains dan teknologi , seta seni lukis . Kesemuanya saling
melengkapi antara satu sama lain dan akhirnya menghasilkan satu binaan yang
amat dikagumi.
Dua kawasan yang menjadi sebutan hingga ke hari ini kerana meninggalkan
kesan yang cukup menbanggakan dalam aspek seni bina ialah Andalusia dan India.
Kesan perkembangan ilmu yang begitu meluas merangkumi bidang matematik,
kejuruteraan, geologi, seni ukir dan seni khat telah membawa kepada satu hasil
yang bernilai dalam bidang seni bina.
Kemampuan kerajaan Islam Nasriyyah membina bangunan yang mempunyai
nilai keseniaan yang unik yang menggabungkan seni Islam denganseni-
seni tempatan asing menggambarkan nilai ketamadunan yang tinggi bangunan-
bangunan ini telah dimanafaatkan oleh orang kristian apabila kerajaan Islam
Andalus dihancurkan oleh tentera Kristian selepas itu.
11