KERTAS KERJA PROJEK KmR 2022 19 SEPTEMBER HINGGA 14 OKTOBER 2022 ( PdP KmR ) MODUL 6.1 ( TERAS ) SEKOLAH KEBANGSAAN SERI SITIAWAN, MANJUNG RAYA,34000 MANJUNG PERAK ABA 1003
1.0 PENDAHULUAN Program TS25 merupakan sebahagian daripada usaha KPM kearah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti dengan mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) selari dengan Hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025). 2.0 NAMA AKTIVITI Replika Rekabentuk Pembungkusan Makanan dan Replika Kenderaan Berfungsi 3.0 LATAR BELAKANG Program Pembelajaran Bersaskan Projek ini akan diadakan pada 12 September 2022 hingga 07 Oktober 2022. Ia diadakan bagi membantu murid menguasai pengetahuan dan kemahiran dalam PdP. Terdapat dua aktiviti / projek yang akan dijalankan secara berkumpulan yang melibatkan guru-guru RBT, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris , Sains , Pendidikan Seni Visual dan Matematik. Projek ini akan melibatkan murid-murid dari kelas 4 Bestari dan 4 Bijak. 4.0 JUSTIFIKASI Program Pembelajaran Berasaskan Projek Kefahaman Melalui Rekabentuk ini dipilih sebagai salah satu program penting dalam projek Transformasi Sekolah dan akan diteruskan pada tahun-tahun hadapan. Ini kerana ia memberi banyak manfaat dan bertujuan untuk menanam minat murid dalam sesi PdP yang menarik serta menambah pengetahuan kepada murid-murid . Di samping itu , kami juga berharap dengan adanya program ini , ia dapat mengcungkil dan mengasah bakat serta kemahiran murid. Program ini juga merupakan platform dalam bidang akademik yang dapat menjana idea murid untuk menghasilkan sesuatu inovasi yang baru. 5.0 MATLAMAT 1. Meningkatkan kolaborasi dalam kumpulan. 2. Melibatkan banyka ‘Need to Know ‘ pada pihak guru dan murid. 3. Menggalakkan penggunaan pelbagai kemahiran dan pengetahuan.
4. Menyediakan peluang yang luas kepada murid untuk membuat pilihan sepanjang projek. 5. Memupuk sikap berdaya saing di kalangan murid untuk mencapai pembelajaran ke peringkat yang lebih maju. 6. Menggalakkan perbincangan secara aktif dan kolaboratif di antara murid. 7. Menyediakan proses pembelajaran sebenar yang dilalui oleh murid dan menyerupai pekerjaan dalam dunia yang sebenar. 6.0 TARIKH 12 September hingga 07 Oktober 2022 MASA Tertakluk pada jadual Mata Pelajaran terlibat TEMPAT Bilik RBT Kelas 4 Bestari 7.0 KUMPULAN SASARAN 40 orang murid tahun 4 Bestari 40 orang murid tahun 4 Bijak
8.0 IMPLIKASI KEWANGAN PERUNTUKAN TS25 BIL PERKARA KUANTITI HARGA JUMLAH CATATAN 1. Peralatan KmR i ) Bahan-bahan projek 4 Bestari Gam UHU besar Manila kad Hot glue gun refill Binding tape 2 inci A4 paper mix striking colour Permenent marker pen merah dan biru ii) Bahan-bahan projek 4 Bijak Gam UHU besar Tali PP Sukan 5mm Magic colour Puncher 1 lubang A4 paper mix striking colour Whiteboard marken pen 509 mix colour 7 unit 1 dozen 12 batang 7 unit 1 ream 7 set 3 unit 10 meter 4 boxes 2 unit 1 ream 4 set RM RM JUMLAH RM
8.0 TENTATIF PROGRAM Program ini dijalankan pada hari persekolahan sahaja iaitu selama 4 minggu seperti jadual dibawah. Minggu Pertama Taklimat kepada semua guru dan murid yang terlibat Pembahagian kumpulan Perbincangan projek melalui kumpulan Mencari maklumat Membentangkan draf projek Minggu kedua dan Ketiga Pembinaan Projek Minggu Keempat Showcase / Pameran Pembentangan Rumusan 9.0 PELAN KONTIGENSI Projek ini melibatkan aktiviti berkumpulan dari kelas 4 Bestari dan 4 Bijak . Murid perlu menerangkan hasil aktiviti mereka selepas / semasa kelas RBT, Sains , Bahasa Melayu , Bahasa Inggeris , Matematik dan Pendidikan Seni Visual dan dijalankan di dalam kelas masing-masing. Disediakan Oleh : Disemak Oleh : Disahkan Oleh : ….………………. ………………… ………………….. ( PUAN AZIZON BT GHAZALI) (PUAN MIS’AINI BT SELIMAN) (PUAN DALINA BT HUSSIN) SETIAUSAHA TS25 PENOLONG KANAN 1 GURU BESAR SK SERI SITIAWAN