The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-62370133, 2022-04-19 19:53:15

Si Pembuli Kucing

Suria Atma

Buku cerita kanak-kanak

SI PEMBULI
KUCING

Suria Atma

Tersebutlah kisah seorang budak
lelaki bernama Danial. Dia

merupakan seorang yang sangat
nakal dan suka membuli.

Semua rakan-rakannya tidak suka
berkawan dengannya.

Oleh itu, dia selalu keseorangan.

Pada suatu hari, ketika dia
berjalan ke kedai, dia

terjumpa seekor kucing.
Kucing itu sedang bermain di

bawah pokok. Dia berhenti
seketika dan muncullah idea
jahatnya. Dia menghampiri

kucing itu dan membaling
sebiji batu ke arah kucing itu.
Kucing itu larikan diri dalam

ketakutan.

Dia tidak berpuas hati lalu terus
mengejar kucing itu. Danial

menyepaknya sehingga terjatuh
ke dalam longkang lalu ketawa
keriangan. Kucing itu mengiau
kesakitan dan terperangkap di

dalam longkang. Dia tidak
menghiraukan tangisan kucing

itu dan ingin berlalu pergi.

Kebetulan, seorang pakcik sedang melalui
kawasan itu dan melihat perbuatan Danial. Dia

menasihati Danial agar tidak berbuat jahat
terhadap haiwan. “ Nak, janganlah kamu

menganiayai kucing itu, dia tidak bersalah.”
“ Huh, saya tidak peduli.” Jawab Danial.
“Bagaimana jika ada orang yang

memperlakukan kamu sebegini, kamu juga
akan merasa sedih.” Kata pakcik itu.

Danial tidak mempedulikan kata-kata pakcik itu dan terus
meninggalkan pakcik itu. Danial hanya melihat pakcik itu

menyelamatkan kucing itu di dalam longkang. Dia
tersenyum sinis kerana dia merasakan bahawa dia
seorang yang hebat dan tidak ada orang yang akan

membuli dia.

Di suatu malam, ketika Danial
sedang bermain-main di luar
rumah, dia ternampak sebuah
bayang-bayang yang sangat besar.
Alangkah terkejutnya dia, apabila
melihat kucing yang dibulinya siang
tadi menjadi sangat besar. Dia
berlari ketakutan. Kucing gergasi
itu terus mengejar Danial dan

berkata;
“Wahai budak, kemarilah kamu.”

Danial terus berlari sambil
menangis. Tiba-tiba dia terjatuh ke

dalam longkang.

lalu danial tersedar dari tidur. Rupa-rupanya dia
hanya bermimpi. Danial berbisik sendiri;
“Fuhh, mimpi rupanya.”

Danial memandang sekeliling biliknya dan terdengar
suatu suara. Danial mencari arah suara itu. Dia

terjumpa kucing yang dibulinya itu di bawah katilnya.
Dia menoleh kearahnya dan terdengar kucing itu
memanggil namanya;
“Hai, Danial.”



Danial sangat terkejut dan
menjerit memanggil ibunya.
Dia beritahu kepada ibunya

bahawa dia mendengar
kucing itu bercakap. Ibunya
tidak percaya akan Danial
dan menyatakan bahawa
dia bermimpi. Danial sangat

hampa.

Danial pergi kearah kucing tersebut dan
mencubitnya. Lalu dia terdengar;

“Aduh, sakitlah.” Kucing itu berkata.
Danial sangat terkejut dan keliru. Dia

berkata;
“Siapakah kamu wahai kucing?”
“Aku adalah seekor kucing yang boleh
bercakap, dan hanya kamu boleh
mendengarnya.” Kata si kucing itu.
Danial menggosok-gosokkan matanya

dan berbisik sendiri;
“Adakah saya sedang bermimpi.”
“ Tidak, kamu tidak bermimpi.” Kata

kucing itu.

Danial berasa sangat takut kerana dia belum pernah
mendengar haiwan bercakap. Kucing itu terus

menghantui Danial dan bertanya kenapa membuli
haiwan yang lemah sepertinya. Dia menggigil
ketakutan lalu bersembunyi di dalam selimut.

Pada keesokkannya, Danial melihat kucing
itu berada disampingnya. Dia tidak lagi

takut akan kucing itu. Walaupun kucing itu
terus bercakap dengannya, Danial tidak
mempedulikan percakapan kucing itu. Dia
membuangnya keluar dari rumah.

Pada waktu petang, Danial
hendak keluar berjalan-jalan. Dia

terkejut apabila melihat kucing
itu menunggunya di luar rumah.

Dia memarahi kucing itu dan
ingin memukulnya. Kucing itu

sempat mengelak dan
menasihati Danial untuk tidak
berbuat demikian. Kucing itu
terus bercakap dengan Danial
tanpa henti. Kucing itu mengekori

ke mana sahaja dia pergi.

Ketika Danial berjalan-jalan, dia
ternampak seorang kanak-kanak
sedang bermain buaian di taman
permainan. Dia merancang ingin

membuli budak itu.

Kucing itu melihat
Danial sedang

merancang sesuatu
terus bertanya
kepada Danial;

“ Apa yang kamu
akan buat?”
Danial tidak

menghiraukan kucing
itu.

. Semasa dia sedang bersembunyi di dalam
semak, kucing itu berkata lagi;

“Janganlah kamu bersembunyi di situ,
kawasan itu sangat bahaya.”

Danial sangat marah kepada kucing itu
kerana terlalu banyak bercakap. Dia

memukul kucing itu. Tanpa Danial sedar,
seekor ular sedang memperhatikan dia.
Ular itu sedang menunggu masa yang

sesuai untuk mematuknya.

Ketika ular itu hendak mematuk
Danial, kucing itu terus menerkam ular
itu. Kucing itu jatuh ke tanah. apabila

danial membalikkan badannya ke
arah kucing itu, dia sangat terkejut
apabila kucing itu sudah dipatuh oleh
ular. Ular itu terus melarikan diri ke

dalam semak samun.

Danial terus berlari ke arah kucing itu,
dan didapati bahawa kucing itu telah
mati. Danial merasa bersalah kerana
tidak menghiraukan nasihat kucing itu.
jika tidak kerananya, dia mungkin telah
dipatuk oleh ular itu. Dia sedar bahawa

kucing itu telah menyelamatkan
nyawanya. Danial sangat menyesal akan

perbuatannya.



Sejak dari kejadian itu, Danial tidak
lagi membuli haiwan. Dia juga akan
menjaga kucing-kucing jalanan dan

memberi makan. Danial menjadi
seorang pencinta haiwan.

PENGAJARAN :
JANGANLAH KITA SUKA MEMBULI DAN

SAYANGILAH HAIWAN


Click to View FlipBook Version