The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-62370133, 2022-04-09 05:34:46

BELALANG DENGAN SEMUT

BELALANG DENGAN SEMUT

OLEH: MUHAMMAD NUR AZIM BIN MOHD HUZA

Suatu ketika di sebuah ladang yang subur, terdapat keluarga semut yang rajin dan seekor
belalang yang pemalas. Meskipun begitu, belalang sangatlah bersahabat dengan keluarga
semut. Mereka juga sering menyapa antara satu sama lain ketika berjumpa.

Di ladang itu, belalang dikenali sebagai seekor haiwan yang malas. Ia senang sekali
menghabiskan waktunya untuk bersantai, bernyanyi, menari, atau sekadar berbaring di
rumput hijau yang lembut. Belalang menikmati hari-harinya dengan bahagia tanpa pernah
memiliki rencana apapun untuk masa depan. "Hidup mengalir seperti air," begitulah
katanya.

Berbeza dengan belalang, keluarga semut sangatlah rajin. Mereka bekerja dengan keras
mencari dan mengumpulkan makanan setiap harinya. Keluarga semut melakukan semuanya
ini tanpa merasa lelah.

Suatu musim panas, ketika belalang sedang menghabiskan masa siangnya dengan menyanyi
dan menari dengan girangnya. Tiba-tiba rombongan keluarga semut datang melewati
tempatnya. Dia melihat keluarga semut sibuk mengumpul bijiran gandum dan jagung.

Malah, di mana-mana dia melompat, semut sibuk mengumpul bijirin gandum dan jagung.

Dia ketawa pada semut dan berkata, “Sungguh membosankan!Kenapa kamu tidak
menyanyi dan menari bersama saya daripada bekerja di bawah terik matahari?” Lalu

semut menjawab, “Kami sedang menyimpan bekalan makanan untuk musim sejuk,” jelas
mereka. “Kamu patut lakukan perkara yang sama.”

Belalang itu ketawa dan menjawab, “Kenapa bimbang akan musim sejuk? Saya ada banyak
makanan sekarang.” Dia lalu melompat pergi untuk mencari teman bermain. Belalang

langsung tidak menghiraukan akan apa yang diperkatakan oleh semut, malah dia terus leka
dengan bernyanyi dan menari dengan girangnya.

Musim demi musim berganti, lalu digantikan dengan musim sejuk. Angin berhembus
begitu kencang dan salji mulai turun menyelimuti ladang hingga terlihat semuanya
berwarna putih. Belalang merasakan dirinya sedang kelaparan, dia berusaha mencari
makanan di luar, namun tidak berjaya.

Selepas beberapa jam belalang keluar mencari makanan, tiba-tiba saja dia teringat akan
semut yang bekerja amat keras dari musim panas. Maka, belalang mengambil keputusan
untuk mendapatkan makanan dari keluarga semut. Dia terus bergegas ke rumah keluarga
semut kerana sudah terlalu lapar dan kesejukan.

Setibanya di rumah keluarga semut, dia mengetuk pintu rumah semut lalu berkata, “Boleh

kamu berikan saya sedikit bijirin?” rayunya. “Saya terlalu sejuk dan lapar untuk menyanyi!”
Lalu semut pun menjawab, “Kami bekerja kuat sepanjang musim panas untuk menyimpan
makanan,” jawab mereka. “Apa yang kamu lakukan?”

Belalang dengan rasa menyesal menjawab soalan semut, “Saya leka menyanyi dan menari,”

katanya. Kemudian, semut pun berkata “Kalau begitu, menyanyi dan menari untuk kami
sekarang!” mereka mengarahnya. “Sudah tiba masanya kamu berusaha untuk makan malam
kamu.”

MERANCANGLAH UNTUK
MASA HADAPAN

TAMAT


Click to View FlipBook Version