The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by , 2018-06-02 19:23:31

B1_Item_21-(a)_UPSR_2017_G

B1_Item_21-(a)_UPSR_2017_G

Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 1 Kertas Bahasa Melayu (011) – Bahagian ‘B’

PEMAHAMAN (BAHAGIAN SUBJEKTIF)

Soalan latihan Subjektif Bahasa Melayu UPSR format terkini UPSR 2016 ini diharapkan dapat
memberi panduan dan boleh membantu murid-murid mahupun guru-guru Bahasa Melayu dalam
pelaksanaan PdP berpusatkan murid serta berasaskan Standard Pembelajaran. Objektif, sasaran
dan aktiviti-aktiviti yang telah dicadangkan di dalam buku ini lebih berfokus kepada kemahiran
menulis. Hasrat ini juga diharapkan dapat menarik perhatian dan merangsang murid-murid tahap
dua khasnya ke arah kesediaan minda mereka, bagi:

 Menghasilkan atau mengolah sesuatu idea atau isi secara asli atau autentik.
 Membuat pertimbangan, penilaian atau rumusan tentang sesuatu idea atau maklumat.
 Memberi peluang menjawab soalan (menaakul) secara lebih bebas (respons terbuka).
 Menguji pemikiran aras tinggi (mengaplikasikan, menganalisis, menilai dan mencipta).
 Dapat menaksir kebolehan (mengaitkan idea, isi atau maklumat bernas semasa memilih atau

ketika menentukan jawapan yang tepat bagi setiap soalan).

A1 Penggunaan Kata (Morfologi) Senarai perkataan Membuat Padanan
Isi tempat kosong Garisi jawapan Pilih: (Betul / Salah) Simbol: ( √ ), ( X )
Betulkan kesalahan Bulatkan jawapan

A2 Skema Pemarkahan A3 Bentuk Jawapan
Satu hingga empat markah (1 – 4) Perkataan, kosa kata, frasa, dan ayat lengkap

A4 Sistem Ejaan (perkara yang diberi penekanan) penggunaan kosa kata dalam ayat.

Perkara yang diberi penekanan serta penggunaan perkataan dalam ayat atau penulisan.

1. Kata Asli Bahasa Melayu 2. Ejaan Kata Pinjaman
1. Perang / Rendang / Selak / Semak 2. structure (struktur), psychology (psikologi)

3. Ejaan Kata Dasar dan Kata Terbitan
1. Had (Mengehad) / Lebar (Memperlebar) / hadiah (Menghadiahi) @ (Menghadiahkan)

A5 Sintaksis (Bentuk Ayat)

Respons tertutup Garisi jawapan Simbol jawapan (*A) Membuat Padanan

Betulkan kesalahan Tulis semula jawapan Pilih: (Betul / Salah) Simbol: ( √ ), ( X )

A6 Pengetahuan tentang ayat, pembinaan dan perluasan mengikut ragam yang sesuai.

1. Ayat Soalan 2. Ayat Jawapan 3. Ayat Sama Maksud

4. Ayat Aktif / Ayat Pasif 5. Struktur / Laras Ayat

6. Cakap Ajuk / Cakap Pindah 7. Ayat yang Betul / Gramatis

Disediakan Oleh : Haji Md. Ramli bin Haji Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, ([email protected]), (019-5758131)
Hakcipta Terpelihara © Kem Akademik “Unggul Prestasi Semarak Realiti” (UPSR) Bahasa Melayu (Kertas 011) – Format Baharu 2016

Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 2 Kertas Bahasa Melayu (011) – Bahagian ‘B’

Latihan 1 - Soalan 21
(a) Tandakan ( √ ) bagi kata ganda yang betul berdasarkan ayat di bawah.

(i) Murid lelaki itu ditegur oleh guru disiplin kerana baju sekolah yang dipakainya agak
__________.

kusut-masai ( ) serbah-serbih ( √ ) coreng-moreng ( )

(ii) Murid-murid mestilah berhati-hati kerana banyak kenderaan __________ di hadapan
sekolah mereka pada waktu pagi.

lalu-lalang ( √ ) celam-celum ( ) simpang-siur ( )

[2 markah]

Latihan 2 - Soalan 21
(a) Tandakan ( √ ) bagi kata penguat yang betul berdasarkan ayat di bawah.

(i) Sayur-sayuran hijau dan buah-buahan segar merupakan antara sumber protein yang
__________ baik untuk kesihatan kita.

nian ( ) benar ( ) amat ( √ )

(ii) Harga kebanyakan barang di pasar raya __________ murah jika dibandingkan dengan
harga barangan di pasar raya yang lain.

betul ( ) paling ( √ ) sekali ( )

[2 markah]

Latihan 3 - Soalan 21
(a) Tandakan ( √ ) bagi kata berimbuhan yang betul berdasarkan ayat di bawah.

(i) Kerja-kerja __________ Sungai Bidor itu perlu dilakukan segera bagi mengelakkan
banjir berulang semula.

mendalami ( ) memperdalam ( √ ) memperdalamkan ( )

(ii) Emak sedang __________ seluar sekolah adik menggunakan mesin jahit yang baru
dibeli oleh ayah minggu lepas.

jahitan ( ) menjahit ( √ ) menjahitkan ( )

[2 markah]

Disediakan Oleh : Haji Md. Ramli bin Haji Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, ([email protected]), (019-5758131)
Hakcipta Terpelihara © Kem Akademik “Unggul Prestasi Semarak Realiti” (UPSR) Bahasa Melayu (Kertas 011) – Format Baharu 2016

Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 3 Kertas Bahasa Melayu (011) – Bahagian ‘B’

Latihan 4 - Soalan 21
(a) Tandakan ( √ ) bagi penjodoh bilangan yang betul berdasarkan ayat di bawah.

(i) Semasa berada di Jeti Kuala Kedah, kita dapat melihat beberapa __________ pulau
kecil yang cantik dan mempersonakan.

buah ( ) gugus ( √ ) tompok ( )

(ii) Pak Cik Hamiddun menggunakan se __________ jala untuk menangkap udang galah
di sungai itu.

rawan ( √ ) keping ( ) lembar ( )

[2 markah]

Latihan 5 - Soalan 21

(a) Tandakan ( √ ) bagi simpulan bahasa yang betul berdasarkan ayat di bawah.

(i) Novel tersohor ‘Ranjau Sepanjang Jalan’ itu merupakan __________ sasterawan
muda yang terkenal di negara kita.

buah mulut ( ) buah tangan ( ) buah pena ( √ )

(ii) Hanya orang yang __________ sanggup melupakan jasa dan pengorbanan ibu bapa
yang mendidik dan membesarkan mereka.

buta hati ( √ ) bulat hati ( ) makan hati ( )

[2 markah]

Latihan 6 - Soalan 21
(a) Tandakan ( √ ) bagi kata kerja yang betul berdasarkan ayat di bawah.

(i) Lidah Shahrul Ramadhan __________ kerana terhirup air kopi panas semasa minum
petang bersama-sama keluarganya semalam.

melecur ( √ ) membengkak ( ) merekah ( )

(ii) Semua murid perlu __________ bidang teknologi maklumat dan komunikasi (TMK)
yang berkembang pesat pada hari ini.

menyelami ( ) menguasai ( √ ) menyelami ( )

[2 markah]

Disediakan Oleh : Haji Md. Ramli bin Haji Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, ([email protected]), (019-5758131)
Hakcipta Terpelihara © Kem Akademik “Unggul Prestasi Semarak Realiti” (UPSR) Bahasa Melayu (Kertas 011) – Format Baharu 2016

Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 4 Kertas Bahasa Melayu (011) – Bahagian ‘B’

Latihan 7 - Soalan 21
(a) Tandakan ( √ ) bagi kata bantu yang betul berdasarkan ayat di bawah.

(i) Reymond dan kawan-kawannya __________ menyertai ekspedisi rimba ke Gunung
Jerai pada bulan lepas.

akan ( ) telah ( √ ) sedang ( )

(ii) Sofea __________ dinaikkan pangkat walaupun dia dia telah berkhidmat selama lima
belas tahun di firma hartanah itu.

mesti mahu ( ) masih belum ( √ ) telah pernah ( )

[2 markah]

Latihan 8 - Soalan 21
(a) Tandakan ( √ ) bagi kata adjektif yang betul berdasarkan ayat di bawah.

(i) Berbagai-bagai spesies ikan air tawar dapat kita lihat di dalam kolam itu kerana airnya
sangat __________.

putih ( ) jernih ( √ ) cerah ( )

(ii) Semua peserta Kem Waja Diri UPSR itu __________ mendengar ceramah motivasi
yang disampaikan oleh fasilitor jemputan.

asyik ( √ ) khusyuk ( ) ghairah ( )

[2 markah]

Latihan 9 - Soalan 21
(a) Tandakan ( √ ) bagi kata majmuk yang betul berdasarkan ayat di bawah.

(i) Pekerja estet mini itu menuntut elaun __________ apabila mereka diarah bekerja pada
hari minggu.

lebih masa ( √ ) ambil masa ( ) cukup masa ( )

(ii) “Kebanyakan penghuni __________ pulang ke kampung sempena cuti panjang Hari
Raya Aidilfitri,” kata pembaca berita di TV3 itu.

ibu sawat ( ) ibu kota ( √ ) ibu pejabat ( )

[2 markah]

Disediakan Oleh : Haji Md. Ramli bin Haji Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, ([email protected]), (019-5758131)
Hakcipta Terpelihara © Kem Akademik “Unggul Prestasi Semarak Realiti” (UPSR) Bahasa Melayu (Kertas 011) – Format Baharu 2016


Click to View FlipBook Version