pensyarah:puan zaleha binti sulong
NURUL AFIQAH BINTI ZULKIFLI 26DAT20F2003
MARIA FAUSTINA A/P ROBERT 26DAT20F2005
26DAT20F2009
NUR HAZWANI BINTI KHAMISAN
ISI KANDUNGAN
KRONOLOGI 3
PUNCA-PUNCA 4-6
PENGAJARAN 7-8
KESIMPULAN 9
10-11
LAMPIRAN 12
RUJUKAN
2
PERISTIWA 13 MEI
PENGENALAN
Tragedi 13 Mei berlaku
pada tahun 1969.Ianya dikatakan
dan ditakrifkan sebagai
satu titik hitam dalam sejarah
Malaysia. Isu ini berkait rapat
dengan pilihan raya 1969 yang
mengakibatkan perselisihan faham antara
orang Cina dan orang Melayu. Rusuhan kaum
yang berlaku sebagai kemuncak masalah
perpaduan di Tanah Melayu.Peristiwa ini
melibatkan kehilangan harta dan nyawa.
3
berlakunya Peristiwa 13 mei 1969
▪ Layanan Berat Sebelah Oleh Tentera Jepun
Pada zaman pendudukan Jepun, masyarakat Tanah Melayu telah
dilayan secara berbeza-beza. Masyarakat Cina umpamanya telah dilayan
dengan begitu teruk oleh tentera Jepun berbanding
dengan orang-orang Melayu. Keadaan ini berikutan
Jepun yang pernah berperang dengan China
sebelum ini menyebabkan perasaan saling
mendendami antara satu sama lain masih segar
dalam ingatan. Layanan berat sebelah ini telah
menyemai perasaan permusuhan antara orang-
orang Melayu dan Cina.
▪ Perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang
melayu
PAP atau kini dikenali sebagai DAP telah
secara lantang menyuarakan rasa tidak puas hati
terhadap apa yang disebut sebagai hak istimewa
orang Melayu dalam perlembagaan. Mereka
mendakwa bahawa hak kaum-kaum lain telah
diketepikan kononnya mereka telah tersisih
daripada keadilan. Namun hakikat sebenarnya
kedudukan taraf ekonomi orang Melayu adalah
terkebawah berbanding dengan kaum Cina.
4
▪ Dasar Pecah & Perintah Penjajah Inggeris
Dasar penjajah Inggeris yang mengamalkan konsep pecah dan perintah
merupakan satu tindakan yang berkesan dan telah menjadi punca wujudnya
jurang antara kaum sama ada dari sudut ekonomi dan juga polarisasi kaum.
Umpamanya orang-orang Cina tinggal di bandar-bandar menjalankan
perniagaan. Orang-orang Melayu tinggal di luar bandar sebagai petani atau
nelayan kecil. Kaum India kebanyakannya pula sebagai buruh kasar kerajaan
dan pekerja di ladang. Keadaaan ini menyebabkan kedudukan ekonomi
masyarakat bumiputera khususnya Melayu menjadi lemah dan ketinggalan.
Corak penglibatan ekonomi antara kaum dalam kegiatan ekonomi yang
berbeza telah menjadikan kedudukan sosio-ekonomi mereka tidak seimbang.
▪ Latar belakang pendidikan yang berbeza
Latar belakang pendidikan yang berbeza juga telah dikaitkan sebagai
punca yang membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei. Hal ini berlaku
apabila sistem pendidikan yang wujud di Tanah Melyu sebelum merdeka
terbahagi kepada empat aliran mengikut kaum iaitu sekolah Melayu, Cina,
India dan Inggeris. Kempat-empat aliran ini mempunyai kurikulum yang
tersendiri. Sekolah Melayu menekankan kemahiran menulis, membaca dan
mengira sekadar keperluan peringkat rendah sahaja. Manakala kurikulum
sekolah Cina dan India pula masing- masing berkiblatkan negeri asal mereka,
malah buku-buku teks dan guru-guru yang mengajar juga telah dibawa dari
Negeri China dan India. Keadaan ini telah mengukuhkan lagi keadaan
keperibadian etnik yang telah sedia wujud. Sekolah Inggeris pula hanya dapat
dinikmati oleh orang-orang Cina dan India yang tinggal di bandar-bandar
sahaja.
5
▪ Pertelingkahan Parti Politik
Dalam pilihan raya 1964 Parti
Tindakan Rakyat (Petir) atau PAP
Singapura telah turut serta dalam
pilihan raya. Walaupun sudah ada
persetujuan antara Tunku dan Lee
Kuan Yew sebagai pemimpin PAP
yang tidak akan menyertai pilihan raya itu tidak akan menyertai pilihan raya
itu. Namun apabila pilihan raya itu berlangsung PAP telah meletak calonnya
seramai sembilan orang . Walau bagaimanapun setelah Tunku membuat
perisytiharan bahawa beliau tetap mengekalkan keanggotaan MCA dalam
perikatan, maka PAP yang gagal untuk menyertai Perikatan telah menukar
corak kempennya dengan menyerang UMNO dan orang-orang Melayu.
Mereka mula membangkitkan kedudukan istimewa orang Melayu, soal bahasa
malahan taraf bumiputera orang-orang Melayu turut dipersoalkan tanpa
menghiraukan rasa tersinggung orang-orang Melayu.
▪ Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara
Isu bahasa juga tidak kurang pentingnya dalam penyumbangkan faktor
kepada peristiwa 13 Mei. Berikutan perisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu
1957, sebuah perlembagaan Persekutuan telah dibentuk yang antara lainnya
menyatakan dengan jelas tentang kedudukan bahasa Melayu dan bahasa
Inggeris adalah sebagai bahasa rasmi negara. Selepas sepuluh tahun merdeka,
kerajaan akan mengkaji semula tentang
kedudukan bahasa Inggeris dengan tujuan untuk
mengugurkannya daripada status bahasa
rasmidan hanya bahasa Melayu sahaja yang
diiktiraf sebagai bahasa rasmi.
6
PENGAJARAN
PERISTIWA 13 MEI 1969…
1) Jangan keterlaluan dan terlalu beremosi.
Tidak bersikap keterlaluan dalam memperjuangkan ideologi masing-
masing sehingga mengikut emosi dan marah.Otak kita dikurniakan akal
yang bijak untuk memikirkan kesan dan akibat daripada perbuatan
yang kita lakukan.Kita hendaklah berfikir sebelum bertindak
melalukan sesuatu perkara.Sikap ini merugikan diri sendiri,malah lebih
teruk jika melibatkan orang lain juga.
2) Kehilangan nyawa dan harta benda.
Berlaku perpecahan dan perbalahan antara kaum Melayu dan kaum
Cina yang mengakibatkan kerosakan harta benda yang besar malah
yang paling malang ialah nyawa yang terkorban,kejadian seperti ini
meninggalkan kesan dan pengajaran yang pahit dan getir kepada
saudara-mara dan kaum keluarga yang terlibat.
7
3) Menerima kekalahan atau kemenangan
dengan bersederhanaan.
Semua pihak seharusnya menerima kemenangan atau
kekalahan dengan cara yang bersederhana.Tindakan
provokasi daripada satu pihak yang lain hanya akan
mengundang pelbagai tindakan yang tidak diingini.Oleh
itu,tak kira sama ada kita kalah atau menang,konsep
kesederhanaan perlulah dititikberatkan.
4) Kepentingan kesatuan.
Satu perkara yang tidak dapat dinafikan adalah kepentingan
untuk kita semua bersatu.Benar sekarang ini kita sudah
berpecah kepada banyak kelompok yang hanya memikirkan
kepentingan peribadi sahaja.Kesatuan kemudiankan.Kita
perlu ingat ,jangan sampai sudah tanah tergadai,baru nak
bersilat berpencak.
5) Memperbaiki hubungan antara kaum.
Tragedi ini membuka ruang muhasabah diri untuk semua pihak
supaya memikirkan sejauh mana hubungan antara kita sesama
kita sebelum ini dan selepas ini.Semua pihak harus hormat-
menghormati antara satu sama lain dan saling percaya
mempercayai antara satu sama lain.
8
KESIMPULAN
Peristiwa pahit 13 Mei 1969 bukan sahaja dicatat sebagai
sejarah pertelingkahan kaum yang menggariskan sempadan -
sempadan yang harus diteliti dan dipelihara tetapi peristiwa ini
turut mencetuskan satu detik hitam dalam lipatan sejarah
negara kerana pertelingkahan kaum yang berlaku telah
mengakibatkan negara kehilangan banyak nyawa dan kerugian
harta benda. Daripada peristiwa ini, kita sebagai rakyat
Malaysia haruslah meningkatkan semangat perpaduan antara
kaum dan juga membangkitkan sifat toleransi dalam kalangan
masyarakat. Sifat menghormati kaum lain juga haruslah
diterapkan supaya harapan membina negara maju tidak menjadi
bayangan sahaja. Oleh itu, amatlah wajib bagi kita semua untuk
cuba sedaya upaya hidup bersama-sama dan cuba memahami
antara satu sama lain dengan semangat persefahaman dan
hormat-menghormati agar kita terus memelihara keharmonian
dan keamanan negara.
9
LAMPIRAN
10
11
RUJUKAN
• http://www.cikguhailmi.com/2013/
05/13-mei-sejarah-penting-
malaysia-yang.html
• http://ms.wikipedia.org/wiki/Peristi
wa_13_Mei
• http://peristiwamei1969.blogspot.co
m/
12
13
14