The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nsolleha, 2023-06-17 08:29:11

BUKU MAT PIBG 2023

BUKU 2023

1 SEKOLAH KEBANGSAAN TMN JOHOR JAYA 3 JALAN TERATAI 50, TAMAN JOHOR JAYA 81100 JOHOR BAHRU, JOHOR. MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-23 & ANUGERAH KECEMERLANGAN 2022 AHAD ( 18 JUN 2023 ) DEWAN BESTARI, SK TAMAN JOHOR JAYA 3 MASA : 8.00 PAGI DIRASMIKAN OLEH : EN. MOHD KHAIRUL AZLAN BIN SULONG PENGERUSI GERAKAN BELIA 4B NEGERI JOHOR


2 NO PERKARA M/S 1. Notis mesyuarat agung PIBG kali ke-22 3 2. Kata Alu-aluan Guru Besar 4 3. Kata Alu-aluan YDP PIBG 5 4. Agenda Mesyuarat 6 5. Tentatif Program 7 - 8 6. Senarai Jawatankuasa Kerja MAT PIBG 2023 & Anugerah Kecemerlangan 2022 9 - 11 7. Minit Mesyuarat PIBG kali ke-22 12 - 19 8. Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2022/2023 20 9. Kehadiran Mesyuarat Agung PIBG kali ke-22 21 10. Laporan Aktiviti Tahunan PIBG 22 - 23 11. Laporan Penyata Kewangan PIBG 24 - 25 12. Usul 2023 26 – 27 13. Senarai Penerima Anugerah Kecemerlangan 2022 28 - 29 14. Analisis PBD Akhir Tahun 2022 30 - 34 15. Catatan 35 ISI KANDUNGAN


3 PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU, No Tel : 07-3575860 SEKOLAH KEBANGSAAN TMN JOHOR JAYA 3, No Fax : 07-3575860 JALAN TERATAI 50, TAMAN JOHOR JAYA, Emel: [email protected] 81100 JOHOR BAHRU, JOHOR DARUL TAKZIM. __________________________________________________________________________________________ Ruj.Kami: SKTJJIII.100-13/1/2( ) Tarikh : 7 Jun 2023 Assalamualaikum w.b.t. Yang Dihormati Ibu Bapa / Penjaga Murid-murid, SK Taman Johor Jaya 3. NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-23 SK TAMAN JOHOR JAYA 3 Perkara di atas adalah dirujuk. 2. Dengan segala hormatnya dimaklumkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Taman Johor Jaya 3, akan mengadakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-23 bagi sesi 2023/2024 pada ketetapan yang berikut: Tarikh : 18 Jun 2023 (AHAD) Masa : 7.30 - 10.00 pagi Tempat : Dewan Bestari, SK Taman Johor Jaya 3 Pengerusi : En. Samsuddin bin Mohd Yusof 3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut: 3.1 Perutusan Pengerusi 3.2 Ucapan Pelaporan Guru Besar / GPK 3.3 Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Yang Lalu 3.4 Perkara-Perkara Berbangkit 3.5 Pembentangan Penyata Kewangan 3.6 Hal-hal Lain 3.7 Perbentangan usul 3.8 Lantikan baru Jawatankuasa PIBG Sesi 2023/2024 3.7 Penutup 4. Oleh yang demikian, kami menjemput tuan/puan untuk menghadiri dan mengambil bahagian dalam mesyuarat tersebut. Bersama-sama ini disertakan “Borang Usul” Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke- 23. Semua borang usul yang telah dilengkapkan, hendaklah diserahkan kepada Setiausaha PIBG Pn. Suria binti Abdullah Sangguro sebelum atau pada 11 Jun 2023 untuk tindakan seterusnya. 5. Kehadiran tuan/puan amatlah dihargai demi kecemerlangan dan kesinambungan pendidikan anak-anak bangsa kita .Sekian untuk makluman dan tindakan tuan/puan. Terima Kasih. “MAJU SEKOLAH BERSAMA PIBG” Saya yang menjalankan amanah, Saya yang menjalankan amanah, (SAMSUDDIN BT MOHD YUSOF) YANG DIPERTUA PIBG SK TAMAN JOHOR JAYA 3 NOTIS MESYUARAT AGUNG


4 Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera Bismillahirrahmanirrahim dan salam sejahtera, Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kita sama-sama menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru kali ke-23 bagi tahun 2023/2024 pada hari ini. Saya mengucapkan jutaan penghargaan terima kasih kepada En. Mohd Khairul Azlan bin Sulong selaku Pengerusi Gerakan Belia 4B Negeri Johor atas kesudian beliau bersama-sma kita pada hari yang penuh keberkatan ini dalam merasmikan Majlis Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-23 pada tahun ini. Saya juga mengucapkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga dan syabas kepada barisan Jawatankuasa kerja MAT kali ke-23, En. Samsuddin bin Mohd Yusof, YDP PIBG bersama AJK PIBG sesi 2022/2023, ibu bapa/penjaga, guru-guru, kakitangan sekolah dan anak-anak bonda pada hari ini yang hadir dan memeriahkan majlis dengan semangat jitu dan penuh kesungguhan. Semoga majlis kita pada pagi ini sentiasa dirahmati Allah SWT. Di sini, saya ingin mengambil peluang mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa, warga pendidik dan barisan AJK PIBG yang begitu komited di dalam memberikan sumbangan bukan sahaja dari segi masa, bahkan juga di dalam bentuk wang dan tenaga demi meningkatkan kemajuan dan prestasi anak-anak di Sekolah Kebangsaan Taman Johor Jaya 3 ini. Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada semua pihak yang sentiasa berusaha dengan gigih di dalam meningkatkan pencapaian dan kejayaan murid sama ada di dalam aspek kurikulum mahupun aspek kokurikulum pada tahun 2022 yang lalu. Harapan saya adalah agar kecemerlangan ini dapat ditingkatkan dan diteruskan lagi pada tahun ini supaya Sekolah Kebangsaan Taman Johor Jaya 3 dapat menjadi antara sekolah yang terunggul di dalam Daerah Pasir Gudang ini. Jelaslah, untuk mencapai hasil yang kita idamkan dan impikan, semua pihak hendaklah bekerjasama, bersepakat dan bertoleransi serta saling melengkapkan antara satu sama lain dan terus berusaha untuk mencapai hasrat, matlamat dan cita-cita yang tinggi. Akhir kalam, saya mendoakan agar warga Sekolah Kebangsaan Taman Johor Jaya 3 ini akan terus menyinar dalam pelbagai aspek yang diceburi dan dapat melahirkan murid yang mempunyai masa hadapan yang cerah agar dapat memberikan sumbangan kepada agama, bangsa dan negara yang kita cintai ini. Sekian, terima kasih. “MAJU SEKOLAH BERSAMA PIBG” ………………………………… (MASLIA BINTI MOHD YASIN) Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Taman Johor Jaya 3 KATA ALU-ALUAN GURU BESAR SK TAMAN JOHOR JAYA 3


5 Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera Bismillahirrahmanirrahim dan salam sejahtera, Segala pujian bagi Allah, Tuhan Sekalian Alam, Selawat dan salam buat yang dirindui, junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat. Terlebih dahulu, saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya jua, dapat saya mencoretkan sepatah dua kata dalam ruangan ini. Saya merakamkan sekalung tahniah dan ucapan terima kasih atas komitmen dan kesungguhan yang diberikan oleh barisan pentadbir, guru-guru, kakitangan sekolah, AJK PIBG, ibu bapa/penjaga dan anak-anak SKTJJ3 yang bertungkus lumus dalam usaha menjayakan program MAT ini dengan penuh kegemilangan. Semoga majlis pada pagi ini mendapat keberkatan dan rahmat Ilahi. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) merupakan wadah yang bertanggungjawab memikul dalam membantu mengilap kecemerlangan anak-anak dan memperkasakan Sekolah Kebangsaan Taman Johor Jaya 3 ini. Komitmen padu daripada setiap pihak akan membuahkan kejayaan dan kecemerlangan yang utuh bagi membentuk sahsiah diri anakanak untuk menjadi insan yang cemerlang di dunia dan akhirat. Saya yakin bahawa jika setiap program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jaya sekiranya PIBG memainkan peranan yang efektif. Sehubungan dengan itu, saya menyeru penglibatan ibu bapa yang lebih berkesan seperti sarana ibu bapa di mana kebolehan dan kepakaran ibu bapa dalam bidang tertentu dapat dimanfaatkan untuk kebaikan anak-anak Sekolah Kebangsaan Taman Johor Jaya 3. Marilah kita bersama-sama mendukung dan membuat perancangan rapi bagi pemuafakatan PIBG Sekolah Kebangsaan Taman Johor Jaya 3 selari dengan arus perubahan di dalam dunia pendidikan hari ini. Akhir kata, marilah kita bersama-sama menjadikan PIBG ini sebagai jambatan silaturrahim yang dapat mengeratkan lagi hubungan antara ibu bapa yang merupakan anggota masyarakat dengan pihak sekolah yang terdiri daripada barisan guru. Saya amat berharap barisan peneraju PIBG bersikap proaktif dalam merangka dan melaksanakan program PIBG yang mampu menjana kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Taman Johor Jaya 3. Sekian, terima kasih. ………………………………. (SAMSUDDIN BIN MOHD YUSOF) YANG DIPERTUA PERSATUAN IBUBAPA&GURU SK TAMAN JOHOR JAYA 3 KATA ALU-ALUAN YDP PIBG SK TAMAN JOHOR JAYA 3


6 AGENDA MESYUARAT 1. Ucapan Yang Dipertua PIBG 2. Ucapan Penasihat PIBG 3. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Yang Lalu 4. Membentang dan mengesahkan Laporan Tahunan 5. Membentang, Mengesahkan dan Meluluskan Penyata Kewangan 6. Perkara-perkara berbangkit 7. Membahaskan Usul 8. Ucapan Penangguhan Mesyuarat 9. Pelantikan AJK Baharu sesi 2023/2024 9. Penutup


7 MASA TENTATIF 8.00 pagi Pendaftaran ibu bapa 8.30 pagi Ucapan YDP PIBG Sesi 2022/2023 Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-23 Lantikan baru Jawatankuasa PIBG Sesi 2023/2024 Penyampaian Cenderahati kepada Jawatankuasa PIBG yang lama Ucapan YDP PIBG yang baharu. 10.00 pagi Rehat 10.30 pagi Ketibaan VVIP Perasmi Bacaan Doa Ucapan Guru Besar Ucapan Perasmian Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke- 23 Persembahan Murid 1 11.00 pagi Penyampaian Anugerah Anugerah pencapaian terbaik mengikut Matapelajaran Tahun 1 Kreatif - BM, BI, MT, SN, AG, Tahun 1 Inovatif - BM, BI, MT, SN, AG, MRL Tahun 2 Kreatif - BM, BI, MT, SN, AG, Tahun 2 Inovatif - BM, BI, MT, SN, AG, MRL Tahun 3 Kreatif - BM, BI, MT, SN, AG, Tahun 3 Inovatif - BM, BI, MT, SN, AG, MRL Tahun 4 Kreatif - BM, BI, MT, SN, AG, SJ, Tahun 4 Inovatif - BM, BI, MT, SN, AG, SJ, MRL TENTATIF PROGRAM


8 Tahun 5 Kreatif - BM, BI, MT, SN, AG, SJ, Tahun 5 Inovatif - BM, BI, MT, SN, AG, SJ, MRL Anugerah pencapaian terbaik pemulihan Terbaik Pemulihan Bahasa Melayu Terbaik Pemulihan Bahasa Melayu Terbaik Pemulihan Bahasa Melayu Terbaik Pemulihan Matematik Persembahan Murid 2 Anugerah kecemerlangan keseluruhan terbaik Tahap 1 mengikut kelas Tahun 1 Kreatif Tahun 1 Inovatif Tahun 2 Kreatif Tahun 2 Inovatif Tahun 3 Kreatif Tahun 3 Inovatif Anugerah kecemerlangan keseluruhan terbaik Tahap 2 mengikut kelas Tahun 4 Kreatif Tahun 4 Inovatif Tahun 5 Kreatif Tahun 5 Inovatif Cabutan Bertuah 12.30 tengah hari Bersurai


9 PENGERUSI : PUAN MASLIA BINTI MOHD YASIN GURU BESAR TIMBALAN PENGERUSI : PN. FARIDAH BINTI ABDUL RAHMAN GPK PENTADBIRAN NAIB PENGERUSI : TN HJ. OMAR BIN ALIVI GPK HEM NAIB PENGERUSI : PN. NORA BINTI IDRIS GPK KOKURIKULUM PENYELARAS : PN. SURIA BINTI ABDULLAH SANGGURO EN. MAHADI BIN MUSTAPHA PN. MAIRIN BIN DANDAN JAWATANKUASA NAMA GURU TINDAKAN PENYAMBUT TETAMU 1. PN. MASLIA BINTI MOHD YASIN 2. PN. FARIDAH BINTI ABDUL RAHMAN 3. TN. HJ. OMAR BIN ALIVI 4. PN. NORA BINTI IDRIS 5. EN. SAMSUDDIN BIN MOHD YUSUF 6. EN. IRWAN BIN KARIM Mengalu-alukan kehadiran para tetamu. SENARAI PENERIMA ANUGERAH 1.EN. MAHADI BIN MUSTAPHA (K) 2.PN. MAIRIN BINTI DANDAN Menyediakan senarai nama penerima anugerah cemerlang. PENDAFTARAN 1.NORAIN BIN MHD NON (K) 2.SUHAILA BT MAT ZIN Menyediakan link pendaftaran kehadiran PENCATAT MAT 1.CIK SITI MURNI NADZIRAH BT SIDEK (K) 2.PN. ELISA BT HASHIM Mencatat minit mesyuarat Agung Tahunan kali ke-23 dan menyediakan minit mesyuarat MAT PENGIRA UNDI MAT 1. EN. OTHMAN BIN AB AZIZ (K) 2. PN. NOR AFEDAH BINTI OTHMAN Mengira undian pelantikan AJK tertinggi baru PIBG dan serahkan jumlah undian kepada pencatat MAT SENARAI JAWATANKUASA KERJA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-23 DAN ANUGERAH KECEMERLANGAN 2022


10 BANNER 1.EN. MOHD FADZLI BIN KHAMIS Menyediakan banner PENYEDIAAN SLIDE GB 1.EN. MAHADI BIN MUSTAPHA Menyediakan slide ucapan Guru Besar BUNGA MANGGAR 1.PN RUSIDA BT HANAFI (K) 2.EN.MUHAMMAD FARHAN BIN TAMIN Menyediakan 2 orang murid dan bunga manggar untuk menyambut perasmi SAMBUTAN VIP 1.EN. HAFIZUDDIN BIN AZMI(K) 2.EN.SHAHRULMUBAARAK BIN MOHD SABRI Menyediakan persembahan silat Kompang (audio systems) SURAT JEMPUTAN PENERIMA ANUGERAH 1. PN. NOR AZ ZAHRAA BINTI AHMAD TARMIDI (K) 2. PN. NORMISYAR BINTI ABDUL GHANI Menyediakan dan mengedarkan surat makluman jemputan kepada penerima hadiah SURAT & KAD JEMPUTAN VIP MAT 1. PN. SURIA BT ABDULLAH (K) 2. CIK AIN NADIA BT BAHAROM Menyediakan dan mengedarkan surat dan kad jemputan kepada jemputan VIP SJIL DAN HADIAH CENDERAHATI AJK PIBG & CENDERAHATI PERASMI 1.PN. SURIA BT ABDULLAH (K) 2.CIK AIN NADIA BT BAHAROM Menyediakan sijil dan hadiah cenderahati kepada AJK PIBG sesi 2022/2023 dan cenderahati perasmi PENGELOLA PENERIMA HADIAH 1. PN. SHARIFAH ZULIANA BT SYED JAAFAR (K) 2. PN. SAKINAH BINTI YAACOB 3. PN. AIN SYUHADA BINTI BAHARUDDIN 4. CIK AIN NADIA BINTI BAHAROM Memastikan kehadiran pelajar semasa menerima hadiah Menyusun pelajar semasa penerimaan hadiah HADIAH DAN SIJIL 1. PN. SUGANTHI A/P KUPPUSAMY (K) 2. PN. ELISA BINTI HASHIM 3. CIK SITI MURNI NADZIRAH BINTI SIDEK Menyediakan hadiah untuk murid cemerlang Mencetak sijil penghargaan kepada penerima anugerah HADIAH CABUTAN BERTUAH 1. PN. FAZELEEN BT OTHMAN (K) 2. PN. SITI FATIMAH BT A. RAHIM 3. PN. MASTURA BT MAHMUD 4.PN. NORAZLIN BT SA’AT 5. EN. AZLAN BIN MAT ISA Menyediakan hadiah cabutan bertuah MAT Membantu dalam mengurus cabutan bertuah BUKU PROGRAM 1. PN. NORSOLLEHA BT MOHD BAHRI (K) 2. PN. AFEEDAH BINTI OTHMAN Menyedia dan mengedarkan buku program BACAAN DOA 1.EN.MUHAMMAD FARHAN BIN TAMIN Menyediakan teks doa dan membaca doa semasa majlis


11 PENGACARA MAJLIS/TEKS UCAPAN 1.PN. SUHAILY BINTI SAMSUDIN (K) 2.PN. NORAIN BINTI MHD NON 3.PN. SURIA BINTI ABDULLAH SANGGURO Mengacara Majlis Anugerah Cemerlang Menyediakan Teks Ucapan HIASAN PENTAS / BACKDROP 1. EN. SANTHIS KUMAR A/L SIVALIMGAM 2. PN. SUHAILA BINTI MAT ZIN 3. PN. SAKINAH BINTI YAAKOB 4. PN. NOR AZ ZAHRAA BINTI AHMAD TARMIDI Menyediakan hiasan pentas PA SISTEM 1. EN. MOHD FADZLI BIN KHAMIS (K) 2. EN. MAHADI BIN MUSTAPHA Menyediakan dan memastikan PA sistem berfungi pada hari kejadian PERSEMBAHAN MURID 1. EN.SHAHRULMUBAARAK BIN MOHD SABRI 2. PN. RUSIDA BINTI HANAFI 3. PN. NORMISYAR BINTI ABDUL GHANI Menyediakan dua persembahan PERSIAPAN TEMPAT (SEBELUM DAN SELEPAS) 1. EN. MOHD SALEHIN BIN MOHD FADIR (K) 2. EN. MUHAMMAD FARHAN BIN TAMIN 3. EN. MUHAMMAD HAFIZUDDIN BIN AZMI Menyediakan kerusi dan menyusun mengikut bilangan JURUGAMBAR 1. EN. OTHMAN BIN AB AZIZ (K) 2. PN. NOR AFEDAH BINTI OTHMAN Mengambil gambar sepanjang majlis berlangsung URUSAN MAKANAN IBU BAPA/ GURU/MURID TERLIBAT 1.AIN SYUHADA BT BAHARUDDIN (K) 2. PN. SUHAILY BT SAMSUDDIN 3. EN. ABDUL MAJID BIN AHMAD 4. EN. ARIF BIN HARON Menguruskan edaran makanan kepada ibu bapa/ guru/ murid URUSAN MAKANAN VIP 1.MAIRIN BIN DANDAN (K) 2.PN. NORSOLLEHA BT MOHD BAHRI 3. PN NOOR HANA BINTI AB RAHMAN 3.PN. NURUL MAIZATUL AZURA BT HASHIM Menguruskan makanan VIP di kantin LAPORAN/DOKUMENTASI 1.SURIA ABDULLAH 2.PN. NORMISYAR BINTI ABDUL GHANI Menyediakan laporan program dengan lengkap Laporan kewangan PIBG tahunan # bold: Barisan AJK Ibu Bapa PIBG sesi 2022/2023


12 Tarikh / Hari : 19 JUN 2022 / Ahad Masa : 8.30 pagi Tempat : Dewan Gemilang, SK Tmn Johor Jaya 3 Kehadiran : Rujuk Senarai Pengerusi : Encik Samsuddin bin Mohd Yusof (YDP PIBG) 1. Perutusan Pengerusi Encik Samsuddin bin Mohd Yusof (YDP PIBG) 1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran para tetamu, ibu bapa dan AJK ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke-22. Beliau menyatakan rasa kesyukuran dan terima kasihnya kepada ibu bapa dan guru-guru yang hadir. 1.2 Pengerusi turut menerangkan peranan PIBG dalam bidang pembangunan, aktiviti yang boleh meningkatkan pencapaian sekolah. Beliau menyeru supaya ibubapa turut bersama-sama memberikan cadangan untuk pembangunan prasarana sekolah agar persekitaran yang kondusif dapat disediakan untuk anak-anak menggapai ilmu. Pekara ini sangat penting kerana dapat memberi sokongan positif kepada anak-anak supaya lebih bersemangat untuk hadir ke sekolah. 1.3 Pengerusi juga memaklumkan terdapat pelbagai jenis masalah yang dihadapi oleh pihak sekolah, namun berjaya diselesaikan dan diatasi dengan sangat baik oleh pihak pentadbir terutamanya Puan Maslia binti Mohd Yasin, selaku Guru Besar, SK Tmn Johor Jaya 3. Kehadiran Puan Maslia ke sekolah ini telah menunjukkan banyak perubahan serta peningkatan positif dari aspek prasarana, persekitaran sekolah dan kecemerlangan akademik juga kokurikulum. 1.4 Selain itu, pengerusi juga mengingatkan para ibu bapa agar sentiasa berhubung dengan pihak sekolah ataupun berhubung terus dengan beliau sekiranya mempunyai sebarang masalah atau cadangan bagi mengeratkan lagi hubungan di antara ibu bapa dan pihak sekolah demi kecemerlangan anak-anak. Tindakan: Makluman 2. Ucapan dan Pelaporan Guru Besar SK Tmn Johor Jaya 3 Puan Maslia binti Mohd Yasin 2.1 Beliau mengalu-alukan kehadiran para tetamu, ibu bapa dan AJK ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke-22. Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada ibu bapa yang hadir serta penghargaan kepada AJK PIBG atas sokongan kepada pihak sekolah sepanjang perkhidmatan beliau di SK Tmn Johor Jaya 3. 2.2 Beliau turut memanjatkan kesyukuran kepada Ilahi, kerana dengan izin-Nya, Mesyuarat Agung PIBG kali ke-22 dapat dilaksanakan secara bersemuka selepas dua tahun menghadapi situasi Pandemik Covid-19 yang telah MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-22


13 banyak menyekat program-program yang dirancang. Namun, itu bukan penghalang, kerana pihak sekolah dengan kerjasama ibu bapa berjaya melaksanakan pelbagai program secara atas talian. 2.3 Beliau menerangkan kepada ibu bapa, bahawa objektif utama yang perlu dicapai secara bersama adalah dari segi meningkatkan peratus pencapaian dan kemenjadian murid dalam Pentaksiran Bilik Darjah, Kemahiran Asas 3M iaitu (membaca,menulis,mengira) dan membentuk sahsiah murid yang terpuji. Beliau juga menyeru kerjasama daripada ibu bapa bagi merealisasikan hala tuju sekolah. 2.4 Beliau menjelaskan serta memohon kerjasama daripada semua ibu bapa agar sama-sama memahami dan mencapai matlamat Program TS25 sekolah bagi membentuk kemenjadian murid dan sekolah berkualiti yang dibahagikan kepada tiga unit seperti di dalam rajah di bawah: Unit Kurikulum (Pencapaian akademik) • Dialog Prestasi • Program peningkatan tahap penguasaan subjek teras • Program peningkatan Tahap Penguasaan Cemerlang (TP6) Unit Hal Ehwal Murid (Pencapaian disiplin dan sahsiah terpuji oleh semua murid) • Program Usahawan Cilik (Projek Cendawan) • Program Alumni / Program Sukarelawan • Program Kongsi Ilmu bersama ibu/bapa • Bacaan Yasin setiap hari Khamis • Solat Zuhur Berjemaah • Program Meningkatkan Kehadiran Murid Unit Kokurikulum (Penglibatan dan pencapaian prestasi kokurikulum semua murid) • Kem Pembangunan Bakat Murid • Program 1 Murid 1 Sukan • Program Temu Mesra Bersama Ibu Bapa • Program Memperkasa Penyertaan Pertandingan atas talian 2.5 Beliau turut membentangkan pencapaian dan perubahan positif yang berjaya dilaksanakan oleh pihak sekolah melalui pelbagai yang dirancang bersama PIBG. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada PIBG atas sumbangan dana bagi menaiktaraf bilik-bilik khas di sekolah. Antara inisiatif yang dilaksanakan adalah Program Bantuan Cermin Mata kepada murid-murid yang kurang berkemampuan, Program Ikon PdPr, Program Ziarah Cakna. Manakala, Program Menaiktaraf Kebun Sayur dan Kebun Bunga serta Program Menaiktaraf Pondok masih dilaksanakan secara berterusan. 2.6 Beliau turut mengingatkan ibu bapa bahawa kehadiran murid juga sangat penting bagi mencapai hala tuju sekolah. Ketidakhadiran murid ke sekolah paling ketara adalah pada hari Ahad serta sebab yang dipilih adalah kerana urusan keluarga. Oleh itu, ibu bapa diseru agar memastikan kehadiran anak ke sekolah bertambah baik dari masa ke masa. 2.7 Beliau berkongsi pencapaian murid tahun 2022 dari segi Kokurikulum, terdapat tiga orang murid berjaya mendapat tempat ke-4,5 dan 10 dalam Acara Merentas Desa MSSD Pasir Gudang tahun 2022. 2.8 Beliau juga mencadangkan dan mengharap agar ibu bapa dapat menyertai Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) yang dirancang seperti berikut: 2.8.1 KSIB Projek Cendawan diuruskan oleh Cikgu Nor Az Zahraa binti Ahmad Tarmidi 2.8.2 KSIB Bola Tampar diuruskan oleh Cikgu Mohamad Fadzli bin Khamis 2.8.3 KSIB Sofbol diuruskan oleh Cikgu Nor Sahidah binti Mohamad Ali 2.8.4 KSIB Rugbi Sentuh diuruskan oleh Ustaz Muhammad Hafizuddin bin Azmi 2.8.5 KSIB Hoki diuruskan oleh Cikgu Santhis Kumar a/l Sivalimgam


14 2.8.6 KSIB Silat Gayung diuruskan oleh Ustaz Muhammad Hafizuddin bin Azmi 2.8.7 KSIB Persembahan diuruskan oleh Cikgu Shahrulmubaarak bin Mohamad Sabri 2.8.8 KSIB Keselamatan dan Keceriaan Sekolah diuruskan oleh Cikgu Mahadi bin Mustapha 2.9 Selain itu, beliau menegaskan kepada ibu bapa agar mematuhi jadual waktu persekolahan yang telah diberikan bagi menghindarkan isu beg berat. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan pihak sekolah amat prihatin akan isu ini. Pihak sekolah telah merancang dua hingga tiga subjek sahaja diajar dalam sehari bagi meringankan beg yang dibawa anak-anak. Pihak PPD Pasir Gudang akan hadir bila-bila masa sahaja ke sekolah bagi melakukan timbangan berat beg murid. Oleh itu, ibu bapa perlu memantau dan membimbing anak agar membawa buku mengikut jadual waktu kelas. 2.10 Seterusnya, beliau juga memaklumkan bahawa guru-guru mata pelajaran akan membuat hebahan mengenai kerja sekolah, latihan mahupun aktiviti di dalam “whatspp group kelas”. Ibu bapa dimohon agar sentiasa mengambil cakna akan setiap makluman yang diberikan serta membimbing anak di rumah. 2.11 Ibu bapa diberikan pendedahan mengenai Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang ditaja oleh KPM untuk 46 orang murid dengan peruntukan RM2.50 setiap murid. Murid RMT akan menikmati susu kotak setiap pagi, manakala makanan yang berkhasiat pada waktu rehat. Namun, terdapat segelintir murid yang tidak menghargai makanan dan minuman yang diberikan secara percuma. Oleh itu, ibu bapa diseru, agar mengingatkan anak-anak berterima kasih dan bersyukur dengan nikmat rezeki yang diberikan. 2.12 Ibu bapa turut diingatkan agar sentiasa bersikap terbuka serta memaklumkan kepada pihak sekolah apabila menghadapi sebarang masalah. Pihak sekolah amat memerlukan kerjasama daripada pihak ibu bapa. 2.13 Akhir kata, beliau mendoakan agar Mesyuarat Agung PIBG kali Ke-22 berjalan lancar dan dapat mencapai permuafakatan bersama bagi meningkatkan pencapaian dalam semua aspek yang dibincangkan. Tindakan: Makluman 3. Ulasan Pengerusi YDP PIBG Encik Samsuddin bin Mohd Yusof • Pengerusi mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Puan Maslia binti Mohd Yasin selaku Guru Besar SK Tmn Johor Jaya 3, di atas pembentangan pelaporan itu. • Pengerusi juga mengingatkan kembali AJK PIBG dan ibu bapa agar dapat membantu pihak sekolah dalam mencapai setiap program yang dirancang dengan jayanya. Tindakan: Makluman 4. Pengesahan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-21 • Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-21 telah disahkan sepenuhnya secara rasmi • Dicadang untuk disahkan oleh : Encik Ahmad Saiful Bahtiar Bin Jaafar • Disokong untuk disahkan oleh : Puan Zainah Binti Md Yunus • Pembentangan Kewangan PIBG berakhir 31 Disember 2021: • Akaun PIBG


15 • Akaun ICT • Akaun Prasarana


16 • Akaun Kertas A4 • Akaun Surau • Rumusan Penyata Kewangan PIBG berakhir 31 Disember 2021: • Baki Akaun PIBG = RM 3,637.50 • Baki Akaun ICT = RM 1,272.00 • Baki Akaun Prasarana = RM 1,057.80 • Baki Akaun Kertas A4 = RM 3,546.15 • Jumlah Baki Terkumpul = RM 9,513.45 • Jumlah Baki Akaun Surau = RM 2,759.35 • Hal-hal lain berkaitan Kewangan PIBG semasa ialah: • Guru Besar memaklumkan peruntukan bantuan pembangunan sekolah yang diterima untuk perbaiki atau penambahbaikan dari segi pintu dan tandas masih sedang dijalankan. Namun pihak sekolah masih belum menerima respon daripada PPD berkenaan cat yang dimohon. (Respon 2.11-Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-21) • Keputusan majoriti bersetuju, kutipan sumbangan PIBG dilaksanakan pada awal tahun. • Pengerusi memaklumkan bahawa pembelian 3 Unit Penghawa Dingin di Surau telah mengimarahkan lagi suasana di dalam surau An Najah, SK Tmn Johor Jaya 3. Ibu bapa dijemput untuk melawat surau. • Pengerusi juga memaklumkan bahawa sumbangan ehsan sebanyak RM 200 yang


17 diberikan kepada Cikgu Suria binti Abdullah Sangguro keprihatinan PIBG dan sekaligus dapat meringankan beban yang ditanggung. • Ahli mesyuarat sebulat suara menyokong jumlah kutipan PIBG dikekalkan iaitu sebanyak RM90.00. (Tiada penolakan atau bantahan) • Pengesahan Pembentangan Kewangan PIBG berakhir 31 Disember 2021: • Cadangan Pengesahan oleh : Puan Siti Nadia Binti Asharuddin • Sokongan Cadangan oleh : Puan Suhaini Binti Othman Tindakan: Makluman 5 Perkara Berbangkit dan Perbahasan Usul 2022 [USUL HADIR] Usul 1 : Pembukaan Kantin waktu pagi/selaraskan waktu pulang sekolah (Encik Mohd Arif bin Mohd Salleh-Anak kelas 1 Kreatif) Respon: • Guru Besar memaklumkan bahawa setiap pagi dan waktu balik ada jualan di kantin. • Waktu balik tidak dapat diselaraskan kerana terdapat perbezaan waktu pdpc untuk murid tahap 1 balik jam 12.30 tengah hari manakala tahap 2 balik pada jam 1.00 petang. Tambahan 30 minit dari 1.00-1.30petang dimanfaatkan untuk program Solat Zuhur berjemaah di surat. Usul 2 : Membuat hari gunting rambut sebulan sekali berbayar. Hasil kutipan boleh masuk tabung sekolah. (Puan Mastura binti Mahmud-Anak kelas 5 Kreatif) Respon: • Guru Besar mencadangkan agar usul tersebut dilaksanakan oleh AJK ibu bapa tanpa melibatkan guru sebagai salah satu aktiviti PIBG. • Isu penjagaan rambut adalah di bawah tanggungjawab ibu bapa. • Pengerusi akan berbincang dengan pihak sekolah dan AJK PIBG mengenai cadangan usul ini. Usul 3 : Mengusulkan agar mata pelajaran Pendidikan Kesenian sama hari dengan mata pelajaran Pendidikan Jasmani ataupun masa anak-anak pakai baju KRMJ agar baju uniform sekolah tidak kotor dengan kesan warna air-water colour. (Puan Norhidayah binti Samsuddin-Anak kelas 3 Kreatif) Respon: • Pengerusi memberikan cadangan agar ibu bapa menyediakan apron atau baju yang sesuai untuk digunakan semasa mata pelajaran Pendidikan Kesenian. • Guru Besar menyatakan usul ini boleh diusahakan apabila berlakunya perubahan jadual waktu. Usul Tambahan : Perlu adakan Kelab/Persatuan Bahasa-bahasa baharu selain Bahasa Melayu


18 dan Bahasa Inggeris. (Puan Norhidayah binti Samsuddin-Anak kelas 3 Kreatif) Respon: • Guru Besar akan cuba mencari peluang dan ruang sekiranya cadangan usul ini boleh dilaksanakan. Kekangan yang dihadapi adalah kekurangan tenaga pengajar dan jadual waktu yang padat. [USUL TIDAK HADIR] Usul 1 : Menanam pokok bunga untuk menyerikan keindahan sekolah (Puan Maureen Moi Ak Rabong) Respon: • Pengerusi menerima baik cadangan ini dengan menyatakan projek madu kelulut memerlukan pokok-pokok bunga supaya lebah kelulut dapat menghasilkan madu. Beliau juga mencadangkan gotong-royong perdana dapat dilaksanakan untuk merealisasikan cadangan usul ini. • Guru Besar telah memohon tanah 1 lori untuk program tanaman pokok bunga, program madu kelulut. Sekiranya ada pihak ingin menyumbang, pihak sekolah amat menghargainya. Usul 2 : Minta kerajaan untuk cutikan murid-murid pada hari Sabtu dan Ahad. (Puan Syaidatul Ezuwa) Respon: • Guru Besar memaklumkan ibu bapa perlu akur akan arahan yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan dan meminta ibu bapa menunggu pengumuman daripada pihak kerajaan mengenai usul ini. Usul 3 : Surat rasmi ketidakhadiran daripada ibu bapa harus diterima, tidak semestinya perlu surat doktor sahaja. (Puan Haslinda binti Sizol) Respon: • Guru Besar memaklumkan bahawa ibu bapa boleh memberikan surat dan nyatakan sebab ketidakhadiran sebagai bukti yang perlu disimpan oleh pihak sekolah sebagai rujukan sekiranya murid bercuti atas sebab urusan keluarga. Ibu bapa boleh berbincang dengan guru kelas untuk tindakan lanjut mengenai ketidakhadiran anak. Usul Tambahan: Tandas perlu dijaga setiap masa supaya bersih. (Puan Haslinda binti Sizol) Respon: • Guru Besar memaklumkan kebersihan tandas sentiasa dipantau dan dijaga. Terdapat dua pekerja pembersihan dan seorang tukang kebun yang sangat bertanggungjawab dalam memastikan kebersihan dan keceriaan sekolah. Ibu bapa diminta mengambil gambar atau meminta anak memaklumkan kepada guru


19 kelas sekiranya terlihat tandas SK Tmn Johor Jaya 3 kotor supaya pihak sekolah dapat mengambil tindakan selanjutnya. 6 LANTIKAN BAHARU JAWATANKUASA PIBG SESI 2022/2023 6.1 Pengerusi memaklumkan bahawa tiada lantikan baharu kerana pelantikan jawatankuasa baharu sahaja dilantik pada sesi 2021/2022. Jawatankuasa PIBG sesi 2021/2022 kekal sebagai Jawatankuasa PIBG sesi 2022/2023. 7 PENUTUP 7.1 Ucapan penangguhan pengerusi kepada semua yang hadir. Mesyuarat akan ditangguhkan pada suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Beliau memohon maaf atas sebarang kesilapan. Beliau juga menasihatkan agar ibu bapa menjadikan PIBG sebagai jambatan silaturrahim dalam menjana kecemerlangan bersama. 7.2 Mesyuarat ditangguhkan pada 12.45 tengah hari Disediakan oleh, ________________________________ (SURIA BINTI ABDULLAH SANGGURO) Setiausaha PIBG, SK Tmn Johor Jaya 3 Disemak oleh, Disemak oleh, __________________________ ______________________________ (MASLIA BINTI MOHD YASIN ) (SAMSUDDIN BIN MOHD YUSOF) Guru Besar, Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Tmn Johor Jaya 3 Sekolah Kebangsaan Tmn Johor Jaya 3


20 BIL NAMA JAWATAN 1 Encik Samsuddin bin Mohd Yusuf Yang Dipertua 2 Encik Iruwan bin Karim Naib Yang Dipertua 3 Puan Maslia binti Mohd Yasin Penasihat 4 Puan Faridah binti Abdul Rahman Penasihat 1 5 Tuan Hj Omar bin Alivi Penasihat 2 6 Puan Nora binti Idris Penasihat 3 7 Puan Suria binti Abdullah Sangguro Setiausaha 8 Cik Ain Nadia bt Baharom Naib Setiausaha 9 Puan Normisyar binti Abdul Ghani Bendahari 10 Puan Ting Leh Hong Naib Bendahari 11 Puan Nor Az Zahraa bt Ahmad Tarmidi AJK PIBG (Guru) 12 Puan Suganthi a/p Kuppusamy AJK PIBG (Guru) 13 Encik Mohd Salehin bin Md Fadir AJK PIBG (Guru) 14 Puan Sharifah Zuliana binti Syed Jaafar AJK PIBG (Guru) 15 Puan Rusida binti Hanafi AJK PIBG (Guru) 16 En Santhis Kumar a/l Sivalimgam AJK PIBG (Guru) 17 Puan Siti Fatimah binti A.Rahim AJK PIBG 18 Puan Fazelen binti Othman AJK PIBG 19 Puan Nurul Maizatul Azura binti Hashim AJK PIBG 20 Encik Abdul Majid bin Ahmad AJK PIBG 21 Encik Arif bin Haron AJK PIBG 22 Puan Mastura Binti Mahmud AJK PIBG 23 Puan Norazlin Binti Sa'at AJK PIBG 24 Encik Azlan bin Mat Isa AJK PIBG AHLI JAWTANKUASA PIBG SESI 2022/2023


21 BIL. NAMA 47 NIASRIN BINTI YUSOFF 1 OMAR BIN ALIVI 48 MOHD SALEHIN BIN MD FADIR 2 SHARIFAH ZULIANA BINTI SYED JAAFAR 49 SAMSUDDIN BIN MOHD YUSOF 3 SRI MELATI MANJA BINTI SUKRI 50 NOR AFEDAH BINTI OTHMAN 4 NUR IRINA BINTI JOHAR 51 ROZITA BINTI CHATEK 5 NORAZLIN BTE SAAT 52 SAKINAH BINTI YAACOB 6 RAHMAH BEE BINTI MOHAMED ALI 53 NORFAHZILA BINTI HAIRUDIN 7 SITI FATIMAH BINTI A RAHIM 54 HAFILAH ZATIL AMALI BINTI AMAN 8 HAFIZAH BINTI HAMIDON 55 MOHAMED JAMEEL 9 MOHD HAFIZ BIN HAIRUDIN 56 NORMISYAR BINTI ABDUL GHANI 10 RUZZITA BINTI KASSIM 57 FARIDAH BINTI ABDUL RAHMAN 11 MASLIA MOHD YASIN 58 VINAT A/L AK RIN 12 JUNADI BIN A LATIP 59 MOHAMAD FADZLI BIN KHAMIS 13 AHMAD SAIFUL BAHTIAR BIN JAAFAR 60 MUHAMMAD HAFIZUDDIN BIN AZMI 14 ZALEHA BT OMAR 61 NOR AZ ZAHRAA BINTI AHMAD TARMIDI 15 NOOR AZMI BIN HASHIM 62 MUHAMAD ASRUL BIN AHMED 16 SYAIDIE BIN MUHAMAD 63 SILAH BINTI MUSA 17 SUHAINI BTE OTHMAN 64 POLLIN PREMA A/P RAMASAMI 18 WONG AI YIENG 65 NORZIYANA AKMA BT OTHMAN 19 MARLINA BINTI OMAR 66 NORLELA BINTI MOHD BAKRUN 20 ABU SEMAN BIN SAAD 67 SHARIFAH AIDA AKMAL BINTI SYED IDROS 21 HAIRUN AFFIZA BINTI KAMARUDIN 68 ROHAYU BINTI SALLEH 22 AIN SYUHADA BINTI BAHARUDDIN 69 FAUZILAH BINTI ISNIN 23 AMRUH BINTI JUNAINI 70 JUZAINI ISMAIL 24 INTAN SHAFARINA BT KHALID 71 AMIRA BINTI MAHMUD 25 NORAZIRAH BINTI RAHMAT 72 HAFIZA BINTI HAJI SHAHADAN 26 NORAIN BINTI MHD NO 73 SUGANTHI A/P KUPPUSAMY 27 SHAHRULMUBAARAK BIN MOHAMAD SABRI 74 ZAINAH BINTI MD YUNOS 28 MOHD FAHMI FAEZ BIN AZMI 75 TING LEH HONG 29 RUSIDA BT HANAFI 76 MAIZATUL AKMA BINTI IBRAHIM 30 ABDUL HALIM BIN HARON 77 NURHIDAYAH BINTI SAMSUDIN 31 NUR AFIZAH BINTI ABDULLAH 78 OTHMAN BIN AB AZIZ 32 MAZLINA BINTI POEMAN 79 SANTHIS KUMAR A/L SIVALIMGAM 33 SITI NADIA BT ASHARUDDIN 80 NORSOLLEHA BINTI MOHAMAD BAHRI 34 NOR SAHIDAH BINTI MOHAMAD ALI 81 IRUWAN BIN KARIM 35 RAHIMAH BT AHMAD 82 ZAMLAILA BINTI MUHAMAD 36 AZELINDA BINTI MOHD SANI 83 MOHD NAJIB BIN SEBARDI 37 WAN FARIDAH BINTI WAN MOHAMED 84 NOOR DIANA BINTI MOHD NORDIN 38 MOHD FAERUS RIZAL BIN HASSAN 85 SYAIFUL BAHARI BIN SALLEH 39 OUI AH LING 86 MOHD NAJIB BIN SEBARDI 40 NOR HAFIZA HUSSAIN 87 AFDZALIZA BINTI ABD LATIP 41 MAIRIN BINTI DANDAN 88 SHARIFAH MASITAH BINTI SYED SALIM 42 MASTURA BINTI MAHMUD 89 RAHIMAH BINTI RIMBON 43 SURIA BINTI ABDULLAH SANGGURO 90 NOR AINI BINTI KAMARUDDIN 44 EVINNA ANAK ROMBONG 91 KHADIJAH BT TAHIR 45 YUSLINA BINTI MOHAMED YUSOF 92 SITI MASSITA BINTI MA'MIN 46 NOR IDAHYU BINTI IBRAHIM 93 SITI KATINI BINTI GHOZALI KEHADIRAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-22


22 MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA: BILANGAN MESYUARAT TARIKH TEMPAT 1 21 Ogos 2022 Bilik Mesyuarat SKTJJ3 2 9 April 2023 Bilik Mesyuarat SKTJJ3 3 11 Jun 2023 Bilik Mesyuarat SKTJJ3 AKTIVITI-AKTIVITI LAIN: 1. Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-22 2. Taklimat JU C-HAT peringkat Daerah Pasir Gudang melalui En. Mohd Razif, Pegawai Sains Pemakanan dari PKD Johor Bahru. 3. Pembelian 1 mesin Sanitizer Spray machine Fogging Machine Disinfect Spray Mist. 4. Majlis Apresiasi Tahun 6 (12 Februari 2023)- Sumbangan PIBG RM600.00. 5. Program Kembali Ke Sekolah- YDP menyerahkan Sumbangan NGO kepada murid asnaf yang terlibat. 6. Bantuan Ramadhan (Yayasan Pendidikan Hidayah) 7. Keprihatinan YDP PIBG berkaitan tender Pembersihan Sekolah (PIBG mengeluarkan kos perkhidmatan kepada pekerja dalam tempoh 2 minggu dengan nilaian yang paling minimum) - Kos Penyelenggaraan bilik air. 8. Projek Usahawan Kecil (Cendawan Tiram Kelabu) 9. Sesi Townhall Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru- Pemberian Vaksin Covid-19 kepada kanak-kanak 5 hingga 11 tahun 10. Program Berbuka Puasa bersama Warga SKTJJ3 11. Sumbangan naik taraf bilik J-Qaf (25 April 2022) 12. Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Solat Hajat sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Johor Tahun 2022 13. Sambutan Majlis Hari Raya dan Hari Lahir bersama warga sekolah 2022. 14. Sumbangan tanah dari Cgu Arif bin Haron bagi kegunaan kebun sayur sekolah dengan kerjasama KSIB sekolah. 15. Jemputan ke Kejohanan Olahraga Tahunan SKTJJ3 pada 17 Julai 2022. 16. Gotong-royong Perdana bersama ibu bapa pada 13 Ogos 2022. 17. Forum Pemerkasaan PIBKS sempenaa Hari Terbuka PPD Pasir Gudang 2022. 18. Gotong-royong Sekolahku Sejahtera bersama PIBG pada 24 September 2022. 19. Seminar Inisiatif Pemerkasaan PIBG bagi Menangani Masalah Obesiti dalam Kalangan Murid Sekolah. (24 September 2022) 20. Gotong-royong Sekolahku Sejahtera bersama ibu bapa (15 Oktober 2022). LAPORAN AKTIVITI PIBG SESI 2022/2023


23 21. Jemputan Maulidulrasul peringkat sekolah pada 30 Oktober 2022. 22. YDP meluluskan tuntutan Kertas A4 sebanyak RM1300.00 untuk tujuan ujian bulanan November dan modul Panitia BM dan Panitia BI. 23. Sumbangan PIBG sempena menyertai Pertandingan Tarian Tradisional Karnival BSN SPP, Negeri Johor 2022. 24. Penglibatan ibu bapa dalam Hari Keusahawanan peringkat sekolah pada 4 Disember 2022. 25. Sumbangan PIBG Quotation Aircond Bilik ICT menggunakan dana Akaun IT PIBG. 26. Sumbangan mencetak buku resit PIBG untuk 100 buah buku. (7 Februari 2023) 27. Sumbangan Ehsan JOJA3 Prihatin kepada murid yang ditimpa musibah kebakaran rumah dan murid sakit (Diabetes Mellitus tahap 1). 28. Sumbangan PIBG untuk Program Keceriaan Sekolah – Laman Lestari Kasih Bonda 29. Program Panitia Pendidikan Islam – Majlis Iftar Perdana dan Solat Terawih bersama ibu bapa. 30. Bacaan Yasin dan Doa Selamat (Prof. madya Dr. Aminabibi bte Saidalvi – Isteri Tn. Haji Omar< GPK HEM SKTJJ3) pada 19 Mei 2023. 31. Sumbangan PIBG, YDP meluluskan perbelanjaan pembangunan sekolah (PA Sistem Sekolah, Persiapan Sukan tahunan/khemah 2023, Rangkaian Internet Sekolah, Keceriaan Dewan Sekolah, Hari anugerah Cemerlang Sekolah dan Smart TV- Bilik Mesyuarat) 32. Program Penyerahan Sumbangan Bayaran Yuran PIBG daripada Parlimen Pasir Gudang ( YB Liow Cai Tung ADUN Johor Jaya) RM2000.00.


24 1. AKAUN PIBG BIL BIL 1 1 2 2 3 3 4 4 5 5 6 7 8 9 10 11 12 2. AKAUN ICT BIL BIL 1 1 2 2 3 4 5 3. AKAUN PRASARANA BIL BIL 1 1 2 2 3 3 4 4 5 5 6 7 8 9 10 BAKI = RM930.00 BAIKI PAIP AIR PECAH BLOK C RM120.00 PA SYSTEM DATARAN PERHIMPUNAN RM927.80 JUMLAH RM5,677.80 JUMLAH RM4,747.80 CAT TEMBOK (DI LUAR KAWASAN SEKOLAH) RM1,000.00 PERUNTUKAN CAT PRASARANA SEKOLAH RM680.00 SUMBANGAN PROGRAM KECERIAAN RM200.00 PENERIMAAN RM PERBELANJAAN RM BAKI AKHIR 2021 RM1,357.80 BAIKI LONGKANG DI PADANG SEKOLAH RM500.00 KUTIPAN 1, 2022 RM1,170.00 2 SET MESEN FOGGING COVID UTK KELAS RM200.00 KUTPAN 2, 2022 RM2,340.00 KIPAS ANGIN BILIK CENDAWAN RM300.00 KUTIPAN 3, 2022 RM540.00 SPEAKER KANTIN SEKOLAH RM700.00 KUTIPAN 4, 2022 RM270.00 BAIKI SILING BILIK WUDHU BLOK A RM120.00 JUMLAH RM4,692.00 JUMLAH RM3,130.00 BAKI = RM1,562.00 KUTIPAN 4, 2022 RM280.00 RM2,630.00 KUTPAN 2, 2022 RM1,560.00 (PAKEJ B) KUTIPAN 3, 2022 RM520.00 KUTIPAN 1, 2022 RM780.00 PENGHAWA DINGIN BILIK ICT PENYATA KEWANGAN PIBG BERAKHIR 31 DISEMBER, 2022 SEK KEB TMN JOHOR JAYA 3 PENERIMAAN RM PERBELANJAAN RM KUTPAN 2, 2022 RM3,380.00 NAIK TARAF BILIK J'QAF RM500.00 KUTIPAN 3, 2022 RM800.00 JAMUAN HARI RAYA AIDIL FITRI RM500.00 BAKI AKHIR 2021 RM4,077.50 SUMBANGAN UTK 2 ORANG PEKERJA PEMBERSIHAN RM1,000.00 KUTIPAN 1, 2022 RM1,560.00 KEK HARI GURU RM200.00 KEJOHANAN OLAHRAGA SKTJJ3 2022 RM500.00 SUMBANGAN UTK MSSD PASIR GUDANG RM50.00 KUTIPAN 4, 2022 RM410.00 MESYUARAT AJK PIBG KE-3, 2021/22 RM120.00 MESYUARAT AGUNG PIBG RM2,800.00 JUMLAH KUDAPAN GOTONG ROYONG SEKOLAH MESYUARAT AJK PIBG 1/2022/23 PERTANDINGAN TARIAN TRADISIONAL MAJLIS APRESIASI TAHUN 6, 2022 RM10,227.50 JUMLAH RM7,140.00 RM250.00 RM120.00 RM500.00 RM600.00 BAKI = RM3,087.50 PENERIMAAN RM PERBELANJAAN RM BAKI AKHIR 2021 RM1,552.00 SERVIS PENGHAWA DINGIN RM500.00 LAPORAN PENYATA KEWANGAN PIBG SESI 2022


25 4. AKAUN KERTAS A4 BIL BIL 1 1 2 2 3 3 4 5 4 CATATAN: 1. BAKI AKAUN PIBG 3. BAKI AKAUN PRASARANA 4. BAKI AKAUN KERTAS A4 BAKI KESELURUHAN : RM8,445.65 5. AKAUN SURAU BIL BIL 1 1 2 3 4 DISEDIAKAN OLEH NORMISYAR BINTI ABDUL GHANI BENDAHARI DIAUDIT OLEH RUSIDA BINTI HANAFI FAZELEEN BINTI OTHMAN JURUAUDIT WAKIL GURU JURUAUDIT WAKIL IBU BAPA KUTIPAN 4, 2022 RM140.00 PEMBELIAN 100 NASKAH BUKU RESIT RM450.00 JUMLAH RM5,516.15 JUMLAH RM2,650.00 BAKI = RM2,866.15 KUTIPAN 1, 2022 RM390.00 TUNTUTAN PEMBELIAN KERTAS A4 KE-2 RM1,300.00 KUTPAN 2, 2022 RM1,040.00 SUMBANGAN UTK 2 MURID YANG DITIMPA KUTIPAN 3, 2022 RM260.00 MUSIBAH (DIABETES DAN KEBAKARAN) RM300.00 PENERIMAAN RM PERBELANJAAN RM BAKI AKHIR 2021 RM3,686.15 TUNTUTAN PEMBELIAN KERTAS A4 PERTAMA RM600.00 RM3,087.50 2. BAKI AKAUN ICT RM1,562.00 RM930.00 RM2,866.15 PENERIMAAN RM PA SYSTEM SURAU RM450.00 AL QURAN (35 IN 1) 1 SET RM599.00 PERBELANJAAN RM BAKI AKHIR 2021 RM2,759.35 BILIK WUDHU 3/2022 RM1,000.00 PERALATAN SURAU RM100.00 BAKI = RM610.35 JUMLAH RM2,759.35 JUMLAH RM2,149.00


26 BIL USUL PIBG 2023 (HADIR) 1) Makanan di Kantin Sekolah Makanan di kantin sekolah kurang menarik dan kadang-kadang anak-anak tidak dapat makan kerana makanan habis dijual dan pelbagaikan menu-menu yang menarik di kantin. (Hasni Jamil) Anak kelas 1 Inovatif Pelbagaikan makanan di kantin sekolah. (Nurul Azwa binti Md Nagib) Anak kelas 1 Inovatif Pelbagaikan aneka makanan di kantin sekolah. Sediakan makanan berserta dengan harga yang munasabah. (Wan Ahmad Faaizun) Anak kelas 5 Inovatif Makanan di kantin sekolah kurang menarik dan kekadang anak-anak tidak dapat makan kerana makanan habis. (Ziyana Othman) Anak kelas 4 kreatif Mempelbagaikan menu makanan yang dijual di kantin sekolah dengan menambah kuantiti makanan yang dijual sesuai dengan harga makanan tersebut. (Maryani binti Bala) Anak kelas 3 Inovatif 2) Beg Berat Murid perlu meninggalkan buku teks/aktiviti/buku tulis di dalam kelas. Ibu bapa perlu menyediakan kotak atau rak untuk menyimpan buku di dalam kelas. Buku perlu dibawa balik jika ada kerja rumah atau untuk ulangkaji sahaja. (Azlina binti Mahmud Nasir) Anak kelas 1 Inovatif 3) Bina Dewan Tertutup Di tengah Perhimpunan Saya cadangkan pihak sekolah mohon dana dengan YB Johor Jaya untuk membina sebuah dewan tertutup di tengah tapak perhimpunan dan boleh digunakan atau disewakan bagi majlis perkahwinan dan seumpamanya. (Nurfarehan bt Abu Bakar) Anak kelas 3 Inovatif 4) Saya cadangkan agar baju sukan sekolah ditukar kepada lengan panjang untuk murid perempuan. Jika boleh dipertimbnagkan lagi baju sukan itu ditukarkan kepada kain jenis jersey. (Siti Nadia Asharuddin) Anak kelas 3 Inovatif USUL PIBG 2023


27 5) - Mengadakan pelbagai pertandingan untuk mencungkil bakat anak-anak. - Mengadakan Kelab Bahasa selain Bahasa yang sedia ada. - Tukar tandas cangkung ke tandas duduk untuk kemudahan pelajar yang tidak selesa dengan tandas cangkung. (Nurhidayah binti Samsudin) Anak kelas 4 Kreatif 6) Meminta Kerajaan Negeri Johor, masa persekolahan hari Ahad dijadikan cuti seperti yang pernah dibuat sebelum ini. (Jumaat dan Sabtu- cuti) (Jeff bin Bungin) Anak Kelas 1 Kreatif 7) Menyediakan atau menjual kelengkapan pakaian Unit Uniform di Koperasi penjualan buku di sekolah bagi meudahkan ibu bpa untuk membeli kelengkapan anak-anak sesuai dengan keperluan dan kehendak Unit Beruniform tersebut. (Maryani bt Bala) Anak Kelas 6 Kreatif 8) Saya ingin usulkan agar pihak sekolah tidak membenarkan pelajar tahap 2 terutamanya untuk tidak meninggalkan buku teks atau buku aktiviti di dalam kelas kerana apabila anak bercuti atau MC anak tidak dapat membuat kerja sekolah yang telah diberikan oleh guru kerana alasan anak tidak buat kerja sekolah beri alasan buku di sekolah. (Ruzzita binti Kassim) Anak Kelas 6 Kreatif 9) Aktiviti atau program seperti Mesyuarat Agung PIBG, Sukan Tahunan, Hari Keusahawanan atau lain-lain aktiviti yang melibatkan ibu bapa diharapkan pihak sekolah dapat membuatnya pada hari Sabtu. (Hafiza Shahadan) Anak Kelas 6 Kreatif 10) Penyelengaraan/baiki tandas di sebelah dewan. (Mastura binti Mahmud) Anak Kelas 2 Kreatif 11) Mohon pihak sekolah mempertimbangkan kuantiti kerja rumah (lebihkan) untuk menambahbaik kualiti pembelajaran di sekolah. (Mohd Firdaus bin Hamid) Anak Kelas 2 Kreatif


28 PENERIMA ANUGERAH TAHAP 1 KELAS M.PELAJARAN PENERIMA ANUGERAH TAHUN 1 KREATIF B.MELAYU MARISSA BATRISYIA BINTI MOHD HENDRA B.INGGERIS NAUFAL BIN MOHAMAD YUSUF MATEMATIK MUHAMMAD IQMAL ZAFRAN BIN KAMAL SAINS MUHAMMAD THARIQ ZIYAD BIN MAHADI AGAMA MUHAMMAD FATIH UMAR BIN MD HANAFI TAHUN 1 INOVATIF B.MELAYU MUHAMMAD NASRULLAH BIN MOHD FADIL B.INGGERIS MUHAMMAD SUFI KHALEEF BIN MOHD KHUMAINI MATEMATIK ARIANI ZULAIKHA BINTI AZMAN @ IBRAHIM SAINS MUHAMMAD IRFAN FAIQ BIN RAZALI AGAMA MUHAMMAD PUTERA RAYYAN ARYAN BIN MOHD FAIZ MORAL THN 1 CINDY GRACE EDWIN TAHUN 2 KREATIF B.MELAYU ALIEYAH MAISARAH BINTI MOHD NAJIB B.INGGERIS AMMAR RIZQI BIN SHAHRIL MATEMATIK MUHAMMAD SUFFIYAD AIMAN BIN MUHAMMAD SALLEHIN SAINS ARISSA QAIRINA BINTI NORZAINI AGAMA ADAM BIN SYAHFRIL TAHUN 2 INOVATIF B.MELAYU NAURAH THAQIFAH BINTI MOHAMAD HANAFI B.INGGERIS SHAZREEL ARRAYYAN BIN MOHD SHAHNON MATEMATIK ADAM IMAN BIN MOHD YUSRI SAINS NILNA ADLINA BINTI MOHD ARIF AGAMA NURALISHA AMANDA SYAZWANA BINTI ABDUL HAFIZ MORAL THN 2 FLORENCE KIMBERLY PETRUS TAHUN 3 KREATIF B.MELAYU NUR JANNAH BINTI MOHD IZHAR B.INGGERIS CHRISTINA SHASVEENA GUNUSAGARAM MATEMATIK KRISH DEVA A/L RAVICHANDAR SAINS NAURA AQIYLA AHMAD SHUKRI BT ABDUL HADI AGAMA NUR QASEH UMAIRAH BINTI SYAIFUL BAHARI TAHUN 3 INOVATIF B.MELAYU MOHAMAD ADAM HARIS BIN MOHAMAD FELTERI B.INGGERIS NUR AQILAH AWATIF BINTI ABDUL MAJID MATEMATIK NURUL SYAHIRAH ALYAA BINTI ASLISAN SAINS RIZQA MARITZA BINTI ZAHARI AGAMA NUR ALYA ADRIANA BINTI SYAIDIE MORAL THN 3 LORRETTA ANAK DIWOK 3 INO SENARAI PENERIMA ANUGERAH KECEMERLANGAN 2022


29 PENERIMA ANUGERAH TAHAP 2 KELAS M.PELAJARAN PENERIMA ANUGERAH TAHUN 4 KREATIF B.MELAYU AISYAH HUMAIRA BINTI MOHD NAJIB B.INGGERIS RAMYA LAXMI A/P RAMESH BABU MATEMATIK MUHAMMAD DAVA BIN ABDULLAH SAINS IZZUL RASYAD BIN IZWAN AGAMA NUR AIN NASUHA BINTI ABDUL HALIM SEJARAH MUHAMMAD SYAHMI ZIQRI BIN MOHD SHAHRIL TAHUN 4 INOVATIF B.MELAYU AMNI FATHIAH BINTI AZRI B.INGGERIS ZUBAIDAH BINTI AHMED ABDEL RAHMAN MATEMATIK NUR JAMALIAH BINTI MOHAMED JAMEEL SAINS MUHAMMAD AZMIRUL IRFAN BIN NOOR AZMI AGAMA ALYA QAISARA BINTI NOOR AMEER SEJARAH MUHAMMAD ZIQRI MUHAIMIN BIN ZAINAL HISYAM MORAL THN 4 KARTISHA A/P THIT TAHUN 5 KREATIF B.MELAYU ADRIAN MIKHAIL BIN RAZALI B.INGGERIS NUR BATRISYIA AMANI BINTI IRUWAN MATEMATIK MUHAMMAD ARIF IZHAR BIN MOHD SALEHUDDIN SAINS MUHAMMAD RAFIQ ARSYAD BIN MUHAMAD ASRUL AGAMA NURATIQAH FAIHA BINTI ARDY YUZLIE SEJARAH SHARIM RIZQI BIN ZAHARI TAHUN 5 INOVATIF B.MELAYU MUHAMMAD NOOR HAZIQ BIN MOHD TARMIDZI B.INGGERIS ZAFWAN ILAHI BIN HAIDIEL NAAZRIE MATEMATIK MUHAMMAD ZIQRI HAKIM BIN MOHD HAFIZUL SAINS GLORIA JESSY ANAK MANDIE AGAMA AMMAR DARWIS BIN AMIRUDDIN SEJARAH WINCEY BERRY JORBEREY MORAL THN 5 CHERYLENE ANN TERBAIK 1 KREATIF MARISSA BATRISYIA BINTI MOHD HENDRA KESELURUHAN 1 INOVATIF MUHAMMAD IRFAN FAIQ BIN RAZALI 2 KREATIF ALIEYAH MAISARAH BINTI MOHD NAJIB 2 INOVATIF NURALISHA AMANDA SYAZWANA BINTI ABDUL HAFIZ 3 KREATIF NUR JANNAH BINTI MOHD IZHAR 3 INOVATIF NURUL SYAHIRAH ALYAA BINTI ASLISAN 4 KREATIF AISYAH HUMAIRA BINTI MOHD NAJIB 4 INOVATIF ZUBAIDAH BINTI AHMED ABDEL RAHMAN 5 KREATIF ADRIAN MIKHAIL BIN RAZALI 5 INOVATIF MUHAMMAD ZIQRI HAKIM BIN MOHD HAFIZUL FAHRANI NUR AISYAH BINTI ABDUL RAHMAN FATIN NURSYAHIRA BINTI MUHAMAD ZULKEFFLY NURAISYAH DAMIA YUSRI BINTI SHAH ALAM FATIN NURSYAHIRA BINTI MUHAMAD ZULKEFFLY TERBAIK PEMULIHAN BAHASA MELAYU TERBAIK PEMULIHAN MATEMATIK TERBAIK PEMULIHAN BAHASA MELAYU TERBAIK PEMULIHAN BAHASA MELAYU


30 TAHUN SATU ANALISIS PBD AKHIR TAHUN 2022


31 TAHUN DUA


32 TAHUN TIGA


33 TAHUN EMPAT


34 TAHUN LIMA INOVATIF 1 13 9 1 5 13 6 2 7 13 2 10 11 3 6 18 2 17 5 4 6 7 7 16 8 21 3 5 17 2 18 5 1


35 CATATAN


36 Sekalung PENGHARGAAN….. Jawatankuasa kerja dan pelaksana MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-23 DAN ANUGERAH KECEMERLANGAN 2022 SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN JOHOR JAYA 3 dengan tulus ikhlas merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. SEKIAN TERIMA KASIH. Jumpa lagi.


Click to View FlipBook Version