Kisah Katak, Labah-labah
dan Ular.
UMI KHAIRINA BINTI NORZAINI
2021102310078
Di sebuah hutan, yang dipenuhi dengan
bunga-bungaan yang sangat cantik tinggal
seekor katak hijau yang tinggal di kawasan
lumpur bersebelahan dengan sebuah
kolam . Setiap kali musim bunga, Si Katak
Hijau akan pergi ke kolam untuk bermain
bersama-sama katak yang lain. Setelah Si
Katak Hijau penat bermain, ia akan pulang
ke rumahnya dan menunggu kehadiran
lalat atau cacing untuk dijadikan makanan
malamnya.
Pada suatu hari, ketika musim
panas, kawasan lumpur itu
menjadi kering. Si Katak Hijau
berasa sangat panas dan tidak
selesa, la keluar dari tempat
berlumpur yang kering itu dan
merangkak masuk ke dalam
semak samun.
Tidak lama kemudian, Si Katak Hijau telah
masuk ke dalam sebuah kebun buah-
buahan. Di situ terdapat pokok yang tinggi
dengan dedaunan hijau yang tebal.
Rumputnya juga tumbuh tinggi beserta
tanah yang lembap. Persekitaran di dusun
buah itu sangat sejuk.
Si Katak Hijau sangat suka apabila suhu "Di dalam dusun ini mesti terdapat banyak
dingin bertiup ke badannya. Kemudian, Si lalat. Saya pasti akan kenyang dan selesa jika
Katak Hijau berteduh di bawah pokok mangga saya menetap di kebun ini, " kata Si Katak
sambil menunggu lalat untuk dimakan. Hijau.
Di atas pokok mangga tersebut, tinggal seekor labah-
labah yang besar dan bijak. Labah-labah itu telah
membuat sarang di serata tempat dan menangkap
banyak lalat. Tetapi, Si Labah-labah tidak suka
melihat Si Katak Hijau yang baru datang ke kawasan
itu.
"Tak boleh jadi ni! Kebun buah ni tempat
saya menangkap lalat, sebab itulah saya
membuat banyak sarang di sekitar kawasan
ini. Tempat ini milik saya, bukan milik Si
Katak Hijau itu," kata labah-labah dengan
angkuh.
Oleh itu, Si Labah-labah memanggil Si Katak Hijau. "Saya akan tetap tinggal di sini. Saya rasa lalat
"Wahai Si Katak. Kamu perlu cari tempat lain jika kamu di sini cukup untuk kita kongsi bersama,“
mahu mencari makanan. Saya telah membuat banyak kata Si Katak Hijau. Si Labah-labah terdiam
sarang di sekitar pokok di sini pada setiap musim panas. sambil memandang ke arah Si Katak Hijau.
Tempat ini milik saya," kata Si Labah-labah. Si Katak
Hijau itu hanya memandang Si Labah-labah.
Tiba-tiba, seekor lalat terbang berhampiran mereka. Si Katak Hijau tidak
bergerak. Kemudian lalat itu terbang dan hinggap di atas rumput di hujung
sarang Si Labah-labah. Tetapi, sebelum Si Labah-labah sempat menangkap
lalat itu, Si Katak Hijau telah menjelirkan lidahnya yang panjang ke arah
lalat dan memakannya.
Lalu, lalat itu terlekat pada lidah Si Katak
Hijau! Dalam sekelip mata sahaja, Si Katak
Hijau menelannya. "Saya tidak perlu bersusah
payah memasang jerat seperti awak! Lidah
saya yang panjang dan melekit dapat
menangkap lalat walaupun lalat itu berada
jauh. Sikap Si Katak Hijau itu angkuh seperti
merak.
“Wahai labah-labah, lalat tadi sangat sedap!" kata Si
Katak Hijau. Si Labah-labah berasa geram mendengar
kata-kata Si Katak Hijau. Semenjak peristiwa itu berlaku,
Si Labah-labah hanya memerhati Si Katak Hijau
menangkap lalat menggunakan lidahnya dengan
perasaan dendam.
Yang terlekat di sarangnya hanya lalat-lalat
bersaiz kecil. Dua tiga hari kemudian, Si
Katak Hijau tidak dapat menangkap lalat
kerana hujan. la berasa sangat lapar.
Pada suatu petang, Si Panjang berasa sangat lapar Matanya merah seperti saga ketika Si Panjang
kerana tidak menjumpai mangsa untuk dijadikan sedang mencari makanannya. Tiba-tiba Si
makanannya. “Aduh! Sakitnya perut aku ini. Sudah Panjang ternampak Si Katak Hijau yang berteduh
berhari-hari aku tidak makan.” kata Si Panjang. Si di batu. “Wah! Besarnya katak itu, bolehlah aku
Panjang pun pergi mencari makanan dengan melalui jadikannya makanan aku,” kata Si Panjang seperti
semak samun di dusun buah tersebut. bulan jatuh ke riba.
Si Labah-labah dapat melihat katak itu yang Kenapa kamu tidak pergi ke sana? Apabila
semakin kurus, lalu menegurnya. "Wahai Si cuaca bertambah baik nanti, kamu datanglah
Katak Hijau, kamu suka tak bermain air? Ketika ke sini semula, " kata Si Labah- labah.
saya sedang membuat sarang di atas pokok, saya
dapat melihat banyak lalat berterbangan di
sekitar permukaan kolam.
Si Panjang yang bersembunyi di ranting-ranting kayu
berhampiran semak samun mendengar perbualan Si Labah-
labah dan Si Katak Hijau. “Inilah kesempatan aku untuk
memakan Si Katak Hijau itu, lagi pula katak itu nampak
besar dan lazat. Nampaknya kenyang aku malam ini ,” kata
Si Panjang dengan gembira. Situasi ini seperti menangguk
di air keruh.
Si Katak Hijau memang tahu tentang lalat yang banyak
berterbangan di sekitar permukaan kolam. Si Katak Hijau itu
pun merangkak perlahan-lahan pergi. Apabila Si Katak
sampai di kolam, ia dapat melihat banyak lalat berterbangan
di permukaan kolam. Si Katak Hijau itu melompat masuk ke
dalam air sambil menikmati sajian lalat."Baik sungguh Si
Labah-labah!" kata Si Katak Hijau.
Tanpa disedari Si Katak Hijau,
pergerakkannya diperhatikan oleh Si
Panjang. Si Panjang pun menjalankan
rancangannya dengan mengikut Si Katak
Hijau untuk menangkapnya.
Pada waktu yang sama, Si Labah-labah juga sedang
memerhatikan Si Katak Hijau dari sarangnya. Pada
awalnya, dia hanya mengetahui bahawa sekumpulan
itik sering singgah ke kolam itu pada waktu petang
untuk turun mandi tetapi pada waktu itu Si Labah-
labah ternampak Si Panjang yang lapar sedang
mengikuti Si Katak Hijau.
Ketika Si Katak Hijau sedang menikmati sajiannya, Si Si Panjang yang terlihat Si Katak Hijau terus mengejarnya
Katak Hijau terdengar desiran Si Panjang dari semak sambil berkata “Cis! Aku hampir menangkap Si Katak Hijau
samun berhampirannya. “Ssss..Ssss…Ssss, “ bunyi Si itu! “. Si Katak Hijau itu berjaya menyembunyikan dirinya di
Panjang yang menghampiri Si Katak Hijau. Si Katak bawah batu-batu besar tetapi itik-itik yang melihatnya terus
Hijau yang terlihat Si Panjang segera melarikan diri. menyudu ke celah-celah batu tersebut. “Kuek…kuek…kuek!”
Si Katak Hijau bergegas mencari batu besar untuk jerit itik-itik tersebut.
menyembunyikan dirinya.
Kemudian, Si Katak Hijau melompat semula ke Si Panjang yang terlepas akan sasarannya iaitu Si
dalam kolam lalu berenang hingga ke hujung Katak Hijau, tidak melepaskan peluangnya terhadap
semak. Si Katak Hijau merangkak keluar dan itik-itik tadi. Si Panjang terus makan dan menelan
berasa sangat geram terhadap labah-labah. itik-itik tersebut. “Sedap juga itik=itik ini, besar dan
banyak isinya,” kata Si Panjang yang kekenyangan.
Si Katak Hijau itu tidak sangka ia telah dipermainkan. la Tidak lama kemudian, Si Katak Hijau tiba di bawah pokok
segera merangkak mencari Si Labah-labah untuk mangga dan matanya mencari-cari Si Labah-labah itu. Tiba
membalas dendam. Ia bertekad menghancurkan sarang tiba, Si Katak Hijau itu ternampak Si Labah-labah. “Mati!
labah-labah itu dan menjadikannya sebagai makanan Padan muka kamu Si Labah-labah. Saya tidak suka makan
tengah harinya. Si Labah-labah itu menterbalikkan labah-labah yang mati. Biarlah kamu dimakan oleh tikus,"
dirinya dengan kaki ke atas dan berpura-pura mati di tepi kata Si Katak Hijau itu.
sarangnya.
Si Labah-labah yang terlihat katak itu di bawah
batu berlari ke arah batu itu. Di atas batu-batu
itu terdapat pokok-pokok renek dan ranting
kayu. Lalu, Si Labah-labah membuat sarangnya
di ranting-ranting tersebut.
Tidak lama lagi, musim sejuk akan tiba. Si Katak Hijau harus
mencari tempat perlindungan bagai sediakan payung
sebelum hujan supaya tidak kesejukan pada waktu malam
dan juga menjadi sumber makanan haiwan lain. Setelah
katak itu pergi, Si Labah-labah bangun dan bergerak seperti
biasa semula.
Si Katak Hijau terkejut melihat Si Labah-labah di sarangnya ketika
hendak mencari makanan. "Tadi kan kamu sudah mati!” jerit Si
Katak Hijau. "Mana boleh saya mati! Tak adalah!" kata Si Labah-
labah. Akhir sekali, di sepanjang musim sejuk, Si Katak Hijau dan
Si Labah-labah akan tidur dengan lena.
Akhir sekali, pengajaran yang kita
perolehi daripada cerita ini :
1. Kita mestilah tolong menolong antara
satu sama lain dan bersikap tolak
ansur kepada orang lain.
2. Kita wajarlah menjauhi sikap tamak
dan sentiasa berkongsi rezeki sesama
kita.
3. Nescaya, hidup kita akan lebih
bahagia dan harmoni walaupun
berlainan bangsa dan agama.
Tamat …