The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NOOR SHUHADAK BINTI ZAULKAFLAY KPM-Guru, 2023-06-15 03:40:02

buku pengurusan try

buku pengurusan try

DIRASMIKAN OLEH : Tuan Haji Mohd Yazid Bin Kamarudin (Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Rompin) MESYUARAT AGUNG PIBG SMK TANJUNG GEMOK KUALA ROMPIN PAHANG KALI KE31/2023 Tarikh : 17 Jun 2023 (SABTU) Masa : 8.00 pagi Tempat : Dewan Al-Baraqah SMK Tanjung Gemok Sekalung Penghargaan & Jutaan Terima Kasih PENGERUSI DAH AHLI JAWATANKUASA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 31 MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN TERIMA KASIH KEPADA PEMIMPIN-PEMIMPIN KOMUNITI ROMPIN PEJABAT PELAJARAN DAERAH ROMPIN PENGHULU MUKIM ENDAU SEMUA PENGERUSI JPKK MUKIM ENDAU GURU GURU & KAKITANGAN SELURUH WARGA SMK TANJUNG GEMOK UCAPAN PENGHARGAAN INI JUGA DITUJU KEPADA SEMUA PIHAK, ORGANISASI, SYARIKAT SYARIKAT, INDIVIDU PERSEORANGAN YANG TELAH MENGHULUR SUMBANGAN SERTA KERJASAMA KEPADA PIHAK SEKOLAH DALAM MENJAYAKAN MESYUARAT AGUNG KALI INI SEKIAN TERIMA KASIH


ATURCARA MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PIBG SESI KE-31/2023 8.00 pagi : Pendaftaran 9.00 pagi : Nyanyian Lagu Negaraku & Lagu Negeri Pahang : Bacaan doa : Ucapan Pengetua : Ucapan YDP PIBG :Ucapan perasmian daripada Tuan HajiMohd Yazid Bin Kamarudin (Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Rompin) :Penyampaian Insentif Kecemerlangan SPM :Pelancaran TaGSeS Digital 10.15 pagi :Mesyuarat Agung PIBG SMK Tanjung Gemok kali ke-31/2023 : Membentang & mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-30 (Setiausaha) : Membentang & mengesahkan Laporan Kewangan PIBG 2022 (Bendahari) :Penetapan Sumbangan PIBG, Dana Kecemerlangan dan Nota Bercetak Tahun 2023 : Perbahasan Usul : Membentangkan dan mengesahkan laporan aktiviti tahunan PIBG :Ucapan penangguhan 12.00 Tgh: Penyerahan Watikah Pelantikan AJK PIBG 2022/2023 01.00 Tgh : Jamuan : Bersurai


KATA ALU-ALUAN PENGETUA Assalamalaikum w.b.k Saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana atas limpah kurnia-Nya segala perancangan dan usaha yang jitu maka Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-31 dapat diterjemahkan. Kehadiran ibu bapa menunjukkan komitmen yang tinggi bagi merealisasikan visi dan misi sekolah untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah pelajar. Tidak dilupakan juga sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua guru yang berhempas pulas dan menunjukkan komitmen yang tinggi dalam menjayakan majlis kali ini. SMK Tanjung Gemok menggalas visi menjadi sekolah cemerlang menjelang 2020 dengan misinya membangunkan sahsiah pelajar ke arah kecemerlangan melalui pendidikan berkualiti berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaaan. Hal ini selaras dengan pepatah ‘Datang dengan Harapan, Pulang dengan Kejayaan. Kita sedia maklum bahawa anak-anak ini merupakan penyejuk hati, pengarang jantung. Kelahiran seseorang anak menjanjikan harapan yang tinggi menggunung kepada kedua-dua ibu bapa. Kejayaan anak-anak merupakan hadiah yang paling bernilai untuk semua ibu bapa. Kemenjadian anak-anak adalah bermula dengan ibu bapa. Pihak sekolah berharap semua ibu bapa janganlah meletakkan 100% tanggungjawab mendidik anak-anak kepada pihak sekolah sahaja. Sokongan dan penglibatan semua ibu bapa amat diperlukan dalam memastikan kejayaan anak-anak ini. Sebagai permulaan untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Ibu bapa perlu memberikan tumpuan yang sepenuhnya terhadap pelajaran anak-anak. Anak-anak amat memerlukan inspirasi dan galakan untuk belajar. Minat belajar perlu ditanam dan disemai dalam jiwa anak-anak kerana mereka ibarat kain putih dan ibu bapalah yang mencorakkan dan mewarnainya. Akhir kata, semoga Allah memberkati kerjasama dalam menjalankan tanggungjawab masing-masing bagi membina insan yang berilmu dan cemerlang seterusnya menjadi rakyat yang berjaya kepada agama, bangsa, dan negara. Sekian, wassalam . PN HJH JULINA BINTI TANDANG Pengetua SMK Tanjung Gemok 1


KATA ALUAN YANG DIPERTUA PIBG Assalamalaikum w.b.k Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dapat kita sama–sama menjayakan Mesyuarat Agung Kali Ke 31 . Terlebih dahulu , saya mengucapkan setinggi–tinggi penghargaan kepada semua warga sekolah dan ibu bapa serta penjaga yang sudi meluangkan masa semata–mata ingin bersama–sama menjayakan majlis kita hari ini . Kehadiran tuan–tuan dan puan–puan pada hari ini menunjukkan keazaman dan sokongan yang padu kepada PIBG SMK Tanjung Gemok demi kecemerlangan masa depan pendidikan anak–anak . Saya juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi–tinggi penghargaan kepada semua warga sekolah ini kerana sentiasa berusaha meningkatkan pencapaian akademik sekolah ini . PIBG SMK Tanjung Gemok juga sentiasa bekerjasama dengan pihak sekolah dalam memastikan pembangunan sahsiah pelajar agar anak-anak kita selamat meneruskan kehidupan mereka dalam era kecanggihan teknologi yang penuh dengan cabaran. Mudah-mudahan impian kita sebagai ibu bapa untuk melihat anak kita berjaya menjadi insan cemerlang tercapai Pelbagai program telah diaturkan oleh PIBG selaras dengan dasar sekolah bagi mencapai kejayaan dalam kurikulum dan kokurikulum. Penglibatan oleh semua pihak amatlah dibanggakan. Saya berharap sokongan pengorbanan dan usaha yang murni ini perlu diteruskan bagi mencapai matlamat yang akan dikongsi dan dibanggakan bersama. Akhir kata dari saya, selamat maju jaya, semoga cita–cita murni akan diredhai dan diberkati oleh Allah hendaknya. Sekian, wassalam ………………………………………………………… EN HAMDAN BIN MOHAMAD Yang DiPertua (PIBG) SMK Tanjung Gemok 2 CATATAN


AJK PELAKSANA PENASIHAT :Puan Hajah Julina binti Tandang (Pengetua) PENGERUSI :Encik Hamdan bin Mohamad (YDP PIBG) TIMBALAN PENGERUSI :Encik Rani bin Osman (NYDP PIBG) SETIAUSAHA KEHORMAT : En. Che Wan Jefri bin Che Wan Johar BENDAHARI KEHORMAT: Puan Nur Fairuz binti Mad Sallih A. JAWATANKUASA E -PAMPLET / E -MINIT MESYUARAT 1. Noor Shuhadak Binti Zaulkaflay (K) 2. Puan Bazliah Yunus binti Abu Bakar 3. Puan Rufaidah binti Abdul Wahab 4. Puan Nornizi binti Ayub Daud 5. Cik Norliza binti Md Sharif B. JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN PARKING 1. Encik Mohd Zahiruddin bin Zaini (K) 2. Encik Mohd Nazri bin Yusof 3. Encik Ismail bin Dollah 4. Encik Ismail bin Mat Taib 5. Encik Rashdan bin Deraman 6. Encik Abdul Rahim bin Mat Saad A. C. JAWATANKUASA RAKAMAN DAN DOKUMENTASI 1. Encik Mohamad Syakirin Aiman bin Safiei (K) 2. Encik Sudirman bin Mustapha D. JAWATANKUASA PENGACARA 1. Puan Norazlina binti Mohamad @ Ab. Aziz (K) 2. Cik Nur Syahirah binti Saari E. PENCATAT MINIT MESYUARAT 1. Puan Norzura binti Mat (K) 2. Puan Haliza binti Abu Bakar 3. Puan Hanita binti Ghani F. BACAAN DOA 1. Encik Anwarul Ariffin Bin Aminudin G. JAWATANKUASA SIJIL DAN CABUTAN BERTUAH 1. Puan Nurul Izzatie binti Yusoff (K) 2. Puan Siti Fatimah binti Mudnor @ Mohd Noor 3. Puan Juliana binti Saidon 4. Puan Hazura binti Mohamad 5. Puan Noor Azira binti Ab Rahman 3 1 8


H. JAWATANKUASA PENDAFTARAN 1. Puan Nor Erna Izzati binti Mohd Noor (K) 2. Cik Noratikah binti Sikari 3. Puan Roshanitahalimi binti Jahari 4. Puan Tengku Aniza binti Raja Arif 5. Puan Nur Nurul Ayuni binti Mohd Zaini 6. Puan Noraishah binti Abdul Rashid 7. Puan Siti Najibah Binti Mat Jusoh I. JAWATANKUASA JEMPUTAN DAN BUKU MESYUARAT 1. Encik Wan Jefri bin Che Wan Johar(K) 2. Puan Nor Iedayu binti Mohd Yazid J. JAWATANKUASA SIAR RAYA / MAJLIS PELANCARAN TAGSES DIGITAL 1. Encik Mohd Zul Afzan bin Zainal Abidin (K) 2. Encik Muhammad Amir Hayyu bin Kamarudin 3. Encik Nur Ali Tirmidhi bin Mohd Shah K. JAWATANKUASA JAMUAN VIP DAN IBUBAPA/ PENJAGA 1. Puan Salmiza binti Kamis @ Ismail (K) 2. Cik Siti Noorhafidza binti Shikh Ab Halim 3. Cik Lee Mei Yan 4. Puan Nor Ruda binti Sulaiman 5. Puan Idawani binti Yaakub 6. Puan Nurul Shuhairiani binti Ishak 7. Puan Kamilah binti A.Rahman L. JAWATANKUASA PERSIAPAN TEMPAT JAMUAN VIP DAN IBUBAPA/ PENJAGA 1. Encik Kamarul Faiz bin Kamaruddin (K) 2. Encik Ahmad Zaidi bin Mamat M. JAWATANKUASA PENYAMPAIAN INSENTIF KECEMERLANGAN SPM 1. Puan Rohayu @ Faudziah binti Mohd Som(K) 2. Cik Nur Amni Khairunnisa binti Mohd Zain 3. Puan Sarimah binti Mohd Rapiee 4. Puan Nurasmar binti Mat Ali 5. Puan Rosni binti Md Jaafar 4 17 17


N. JAWATANKUASA PENYAMBUT TETAMU 1. Yang Dipertua PIBG 2. Tuan Pengetua 3. Ahli Jawatankuasa (AJK) PIBG 4. Semua Guru Penolong Kanan (GPK) O. JAWATANKUASA PERSIAPAN DEWAN DAN BACKDROP SEBELUM DAN SELEPAS MAJLIS 1. Encik Norzashafiri bin Mohamad Nor (K) 2. Encik Mohd Sidi Alam bin Mat Nawi 3. Encik Mazlan bin Yusof 4. Encik Mohd Haizam bin Hashim 5. Encik Mohd Zaki bin Che Mahmud 6. Encik Jamil bin Mohd Isa P. JAWATANKUASAHIASAN MEJA MESYUARAT DAN RUANG DEWAN 1. Puan Sharifah Umi Kalsum binti Syed Othman (K) 2. Puan Noordayana binti Zulkarnain 3. Puan Rosnah binti Suboh 4. Puan Noraini binti Jaafar 5. Puan Hamidah binti Ismail Q. JAWATANKUASA HIASAN PENTAS DEWAN 1. Puan Nor Hafizah binti Harun (K) 2. Puan Norhasimah binti Musa 3. Puan Siti Suraini binti saad 4. Cik Sharifah Athiah binti Syed Hassan 5. Puan Sharifah Khajarami binti Syed Alwi 6. Cik Norfadilah binti Bahuddin 7. Puan Marsita binti Ahmad R. JAWATANKUASA HIASAN MEJA MAKAN VIP 1. Puan Norwahayu binti M. Nordin (K) 2. Puan Noraidil binti Supri 3. Puan Syaharita binti Shaffei 4. Puan Wan Fatihah binti Wan Hussin 5. Cik Noorul Farisyah Binti Lokman 16 5


MINIT MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SMK TANJUNG GEMOK, 26820 KUALA ROMPIN, PAHANG DM. KALI KE-30 / SESI 2022. TARIKH : 25 JUN 2022 HARI : SABTU MASA : 10.30 PAGI TEMPAT : DEWAN AL -BARAQAH SMKTG KEHADIRAN : 140 ORANG 1.0 UCAPAN ALU-ALUAN YDP DAN PERASMIAN 1.1 Beliau mengalu -alukan kehadiran pengetua SMK Tanjung Gemok, barisan GPK, barisan AJK PIBG, para guru dan ibu bapa kerana dapat menyertai mesyuarat pada tahun ini yang boleh diadakan secara bersemuka. 1.2 Bacaan doa oleh Ustaz Che Wan Jefri bin Che Wan Johar. 1.3 Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua guru atas kerjasama memastikan mesyuarat pada hari ini berjalan dengan lancar. 2.0 UCAPAN PENGETUA 2.1 Puan Hajah Julina mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran semua guru dan ibu bapa dalam mesyuarat kali ini. 2.2 Beliau berbesar hati dapat turut serta dalam mesyuarat ini yang kali ini boleh diadakan secara bersemuka. 2.3 Beliau turut mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan PIBG, sumbangan Kokurikulum, Hal Ehwal Murid dalam melaksanakan kecemerlangan akademik para pelajar. 2.4 Pengetua memaklumkan bahawa bilangan guru SMKTG terkini ialah seramai 83 orang dan 14 orang AKP. 2.5 Beliau turut memaklumkan bahawa Laporan Prestasi Akademik 2021: SPM 2021, seramai 107 daripada 117 orang calon telah lulus dengan GPS 4.75 atau 91.45 %. Puan pengetua menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua guru dan ibu bapa yang hebat dan atas kerjasama semua pihak. 1 5 6


LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN 16.8.2022 Ucapan Aluan YDP Ucapan Aluan Pengetua Menjelaskan hala tuju sekolah Laporan kokurikulum 17.10.2022 Ucapan Aluan YDP Ucapan Aluan Pengetua Menjelaskan hala tuju sekolah Laporan kokurikulum 11.5.2023 Ucapan aluan YDP Ucapan pengetua Laporan hal ehwal murid Ziarah pelajar yang terlibat dengan kemalangan laporan kewangan 7.6.2023 Ucapan aluan YPD Ucapan aluan pengetua laporan kewangan Mesyuarat khas persediaan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-31 3.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG YANG LALU 3.1 Setiausaha membentangkan minit mesyuarat yang lalu. Cadangan penerimaan: Puan Che Sayang binti Hashim. Sokongan: Sebulat suara. 4.0 MEMBENTANG LAPORAN TAHUNAN PIBG 2022 4.1 Dimaklumkan hanya dua kali mesyuarat dilaksanakan pada tahun ini. 5.0 MEMBENTANG DAN MENERIMA PENYATA KEWANGAN YANG BERAKHIR PADA 31 DISEMBER 2021 5.1 Puan Hanita binti Ghani selaku Penolong Bendahari telah membentangkan Penyata Kewangan PIBG. Cadangan penerimaan: Puan Suria binti Ab. Rahman. Sokongan: Sebulat suara. 5.2 Puan Wan Fatihah binti Wan Hussin selaku penolong Bendahari PIBG (dana kecemerlangan dan nota bercetak) telah membentangkan Penyata Kewangan Kutipan Dana Kecemerlangan dan Nota Bercetak. Cadangan penerimaan: Puan Azufazuni binti Abd Samat. Sokongan: Puan Suria binti Ab. Rahman. 6.0 PENETAPAN SUMBANGAN PIBG, DANA KECEMERLANGAN DAN NOTA BERCETAK TAHUN 2022 6.1 Encik Hamdan mohon cadangan kadar sumbangan PIBG, dana kecemerlangan dan nota bercetak untuk tahun 2022. 6.2 Encik Hazli bin Ab Halip mencadangkan supaya sumbangan PIBG, dana kecemerlangan dan nota bercetak dikekalkan seperti tahun 2021 iaitu seperti ketetapan yang berikut: 14 7


BIL NAMA TARIKH 11.5.2023 7.6.2023 1 ENCIK HAMDAN BIN MOHAMAD / / 2 ENCIK RANI BIN OSMAN x / 3 ENCIK CHE WAN JEFRI BIN CHE WAN JOHAR / / 4 PUAN NUR FAIRUZ BINTI MAD SALLIH / / 5 PUAN NOR IEDAYU BINTI MOHD YAZID / / 6 PUAN NOR HANITA BINTI GHANI / / 7 PUAN WAN FATIHAH BINTI WAN HUSSAIN / / 8 ENCIK HAZLI BIN AB HALIP x / 9 ENCIK ISMAIL BIN MOKHTAR x / 10 ENCIK ABDULLAH BIN SUDIN x x 11 ENCIK MD. ZULHAIRI BIN HARUN x x 12 PUAN CHE MAIMUNAH BINTI CHE ISA x x 13 PUAN SURIA BINTI ABDUL RAHMAN / x 14 PUAN SITI NORAISAH BINTI CHE MAT / / 15 PUAN NORELIZA BINTI MUHAMAD / / 16 PUAN SITI ZAIDA BINTI ALI / / 17 PUAN HAFISHAH BINTI MOHD SAFFAR x / Derma Khas PIBG - RM 50. 00 Dana Kecemerlangan - RM 150. 00 (Kelas Peperiksaan) Nota Bercetak - RM 25. 00 (Kelas Bukan Peperiksaan) Sokongan: Sebulat suara. 7.0 MEMBENTANGKAN KADAR KUTIPAN YURAN ASRAMA TAHUN 2022 7.1 Pengetua membentangkan kadar kutipan yuran asrama seperti ketetapan berikut: Merujuk Surat Bahagian Kewangan, KP (BKEW/BT)1800/DJld.3(33) bertarikh 11 November 2009 berhubung Yuran Makan Asrama (YMA) : Mulai tahun 2010, YMA sebanyak RM 1.00 kekal dikenakan kepada ibu dan bapa / penjaga murid dengan pendapatan berjumlah RM 4,999.99 sebulan dan ke bawah. Bagi ibu bapa / penjaga murid berpendapatan RM 5,000.00 sebulan dan ke atas, mereka dikenakan bayaran YMA sebanyak RM 3.00 sehari. 8.0 MEMBAHASKAN USUL-USUL 8.1 Usul pertama ialah daripada Encik Shahrom bin Bakar yang meminta pihak sekolah menyediakan kemudahan di tandas seperti alat penyangkut. Respon: YDP memaklumkan bahawa pihak sekolah akan cuba menyelesaikan isu tersebut dengan menggunakan duit PIBG. 8.2 Usul kedua ialah daripada ibu bapa pelajar 5M Encik Yakil A/L Apil, Encik Basri bin Din, Encik Mat Saad bin Ahmad, Encik Mohamad Jefri bin Daud dan Encik Zurimi bin Mat yang meminta agar pihak sekolah memastikan kipas yang rosak dapat diganti untuk keselesaan pelajar. Respon: Pengetua memaklumkan bahawa pihak sekolah telah mendapat peruntukan untuk membaiki tetapi tidak dapat memenuhi untuk semua kelas kerana kos yang sangat tinggi. Pihak sekolah mengutamakan keperluan yang lebih kritikal. Pihak sekolah akan buat yang terbaik. 8 13


LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN PIBG SESI 2022/2023 BIL NAMA TARIKH 16.8.2022 17.10.2022 1 ENCIK HAMDAN BIN MOHAMAD / / 2 ENCIK RANI BIN OSMAN x / 3 ENCIK CHE WAN JEFRI BIN CHE WAN JOHAR / / 4 PUAN NUR FAIRUZ BINTI MAD SALLIH / / 5 PUAN NOR IEDAYU BINTI MOHD YAZID / / 6 PUAN NOR HANITA BINTI GHANI / / 7 PUAN WAN FATIHAH BINTI WAN HUSSAIN / / 8 ENCIK HAZLI BIN AB HALIP x / 9 ENCIK ISMAIL BIN MOKHTAR x / 10 ENCIK ABDULLAH BIN SUDIN / / 11 ENCIK MD. ZULHAIRI BIN HARUN / x 12 PUAN CHE MAIMUNAH BINTI CHE ISA x / 13 PUAN SURIA BINTI ABDUL RAHMAN / / 14 PUAN SITI NORAISAH BINTI CHE MAT / / 15 PUAN NORELIZA BINTI MUHAMAD / / 16 PUAN SITI ZAIDA BINTI ALI / / 17 PUAN HAFISHAH BINTI MOHD SAFFAR / / 8.3 Usul ketiga ialah daripada Puan Zaharah binti Mohd Mahdee yang meminta pihak PIBG untuk mengadakan terapi menunggang kuda atau lawatan yang melibatkan terapi untuk anak-anak PPKI. Respon daripada pengetua mengatakan bahawa program yang bukan dalam DSKP memerlukan organisasi yang menguruskannya seperti adanya insuran jika berlaku kemalangan. Aspek keselamatan perlu diambil kira. 8.4 Usul keempat ialah daripada Encik Mohd Affendy bin Abdul Manap yang meminta menyediakan pengawal lalu lintas semasa pelajar datang dan balik ke sekolah memandangkan jalan utama di depan sekolah. Respon: Tuan Haji Ton Baiduri memaklumkan bahawa pengawal keselamatan juga bertindak menjadi pengawal lalu lintas semasa waktu kemuncak walaupun dalam perjanjian hanya menjaga di dalam kawasan sekolah. Ibu bapa diminta tidak minta membuat pusingan U di hadapan sekolah kerana mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain. Guru bertugas juga ada membantu membuat pemantauan. Tiada polis trafik di Tanjung Gemok. Pihak sekolah ada mohon bantuan polis Tanjung Gemok tetapi kekurangan anggota. RELA dikenakan bayaran bertugas. HEM mencadangkan agar kempen kesedaran lalu lintas dalam kalangan ibu bapa perlu diadakan bersama dengan pegawai perhubungan sekolah. Terima kasih atas keprihatinan ibu bapa berkaitan perkara ini. YDP mohon agar ibu bapa mengelakkan terlampau berhenti lama di hadapan sekolah selepas menurunkan anak, pastikan terus beredar. 9 12 12


9.0 PEMBUBARAN AJK 2020/2022 DAN SENARAI LANTIKAN BARU SESI 2022/2023 9.1 YDP membubarkan AJK 2020 / 2022. 9.2 Senarai Jawatankuasa PIBG SMK Tanjung Gemok Sesi 2020 / 2022: Yang Dipertua :En. Hamdan bin Mohamad Naib Yang Dipertua:En. Rani bin Osman Pemeriksa Kira-kira 2:Puan Siti Selamah binti Sh. Mohd Ahli Jawatankuasa :1) Puan Noreliza binti Muhamad 2) Puan Suria binti Abd. Rahman 3) Puan Hafishah binti Mohd Saffar 4) Puan Che Maimunah binti Che Isa 5) Puan Siti Zaida binti Ali 6) Puan Siti Noraishah binti Che Mat 7) Encik Hazli bin Ab Halip 8) Encik Ismail bin Mokhtar 9) Encik Zulhairi bin Harun 10) Encik Abdullah bin Sudin 10.0UCAPAN PENANGGUHAN 10.1YDP mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan mesyuarat pada hari ini. 10.2Beliau menyarankan agar semua pihak berganding bahu bagi memastikan SMKTG terus cemerlang sama ada dalam bidang kurikulum mahupun kokurikulum. MESYUARAT DITANGGUHKAN JAM 12.50 TENGAH HARI. PEMBENTANGAN USUL YANG BARU DISEDIAKAN OLEH: DISAHKAN OLEH: …………………………. …..………………….. (CHE WAN JEFRI BIN (HAMDAN BIN MOHAMAD) CHE WAN JOHAR) Yang Dipertua Setiausaha Kehormat Persatuan Ibu Bapa dan Guru Persatuan Ibu Bapa dan Guru, SMK Tanjung Gemok SMK Tanjung Gemok 1. Usul yang pertama daripada Pn. Idawani Bt Yaakub menyatakan supaya mansuhkan dana kecemerlangan bagi Tingkatan 3 memandangkan tiada lagi PT3 dan menaikkan bayaran bagi Nota Bercetak kepada RM 50.00 2. Usul yang kedua daripada En. Ismail Bin Mokhtar meminta supaya mewujudkan pondok mini di sekeliling dewan. Selain itu, memperdengarkan bacaan doa harian contohnya: i. Pada hari Isnin bacaan doa sewaktu naik kenderaan. ii. Pada hari Selasa bacaan doa memasuki dan keluar bilik air (5 minit di awal pagi) 3. Usul yang ketiga daripada En. Roziman bin Aliman yang mencadangkan kepada pihak sekolah supaya memberi kawalan lalu lintas di hadapan sekolah (jalan utama) 10 11


Click to View FlipBook Version