The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KEPENTINGAN PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN TUMBUH-TUMBUHAN SEMULA JADI DAN HIDUPAN LIAR

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ilhameja88, 2021-06-22 21:09:13

BAB 6.3

KEPENTINGAN PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN TUMBUH-TUMBUHAN SEMULA JADI DAN HIDUPAN LIAR

GEOGRAFI
TINGKATAN 5

BAB 6.3

KEPENTINGAN PEMELIHARAAN &
PEMULIHARAAN TUMBUH-

TUMBUHAN SEMULA JADI DAN
HIDUPAN LIAR

SMK AGAMA KIMANIS,
PAPAR.

DISEDIAKAN OLEH : JALIZA ABDUL GHAFAR
(GURU M/P GEO)

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

 Menerangkan kepentingan pemeliharaan
dan pemuliharaan tumbuh-tumbuhan
semula jadi dan hidupan liar.

KRITERIA KEJAYAAN

PADA AKHIR PEMBELAJARAN, PELAJAR AKAN
DAPAT :-
 Menerangkan kepentingan pemeliharaan

dan pemuliharaan tumbuh-tumbuhan
semula jadi dan hidupan liar.
 Menjelaskan melalui contoh usaha
pemeliharaan tumbuh- tumbuhan semula
jadi dan hidupan liar di dunia.
 Menjelaskan melalui contoh usaha
pemuliharaan tumbuh- tumbuhan semula
jadi dan hidupan liar di dunia.

6.3 KEPENTINGAN PEMELIHARAAN DAN
PEMULIHARAAN TUMBUH-TUMBUHAN SEMULA JADI

DAN HIDUPAN LIAR

 Tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar adalah
khazanah alam yang sangat penting kepada manusia dan
menjadi warisan generasi akan datang.

 Oleh sebab itu, langkah-langkah pemeliharaan dan
pemuliharaan perlu dilakukan untuk mengekalkannya.

MENGELAKKAN KEPUPUSAN

 Pelbagai kegiatan manusia menyebabkan tumbuh-
tumbuhan semula jadi dan hidupan liar di ancam
kepupusan.

 Langkah pemeliharaan dapat mengelakkan kepupusan
tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar dengan
mengekalkan keadaan asalnya.

 Langkah pemuliharaan membolehkan tumbuh-tumbuhan
semula jadi dan hidupan liar yang diancam kepupusan
dipulihara melalui usaha seperti memulihkan habitat
kepada keadaan asal.

MENGEKALKAN KESEIMBANGAN EKOSISTEM

 Tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar penting
sebagai pelengkap dalam sesuatu ekosistem.

 Interaksi antara kompenen hutan, haiwan, humus, air,
udara, tanih dan tenaga menjadikan ekosistem tersebut
satu rantaian makanan yang lengkap.

 Keseimbangan ekosistem terganggu apabila salah satu
kompenen terjejas atau pupus.

 Sebagai contoh, penebangan hutan menyebabkan haiwan
pupus kerana kekurangan sumber makanan jika tumbuh-
tumbuhan dan haiwan berkurangan.

MENJAMIN SUMBER BEKALAN YANG BERTERUSAN

 Pertambahan penduduk dan kawasan perumahan
menyebabkan permintaan terhadap sumber berasaskan
flora dan fauna meningkat.

 Keadaan ini memberi kesan terhadap sumber hutan jika
tidak diuruskan dengan baik.

 Bagi menjamin bekalan sumber kayu yang berterusan,
pengurusan sumber hutan dan pembangunan lestari perlu
diamalkan.

 Mengurangkan penggunaan sumber secara optimum bagi
mengurangkan pembaziran.

KELANSUNGAN SUMBER AIR BERSIH

 Hutan merupakan kawasan tadahan dan menjadi sumber
air bersih kepada manusia.

 Kawasan hutan menyimpanair bawah tanah yang banyak
kerana litupan kanopi hutan menghalang penyejatan air
serta menghalang pancaran matahari terus sampai ke
permukaan tanah.

KELANSUNGAN SUMBER AIR BERSIH

 Tumbuh-tumbuhan semula jadi di hutan mempunyai
pengaruh ke atas keadaan cuaca dan iklim sesuatu
tempat.

 Air yang diserap oleh tumbuh-tumbuhan dari dalam tanah
akan bebas ke udara sebagai wap air melalui proses
transpirasi dan menambahkan kelembapan udara.

 Tumbuh-tumbuhan mengawal sinaran matahari serta
memberi kesan penyejukan melalui litupan seperti kanopi
atau silara Hutan Hujan Tropika.

 Proses fotosintesis membantu menyeimbangkan
kandungan oksigen dan karbon dioksida di udara yang
seterusnya mengurangkan peningkatan suhu bumi
disebabkan kesan rumah hijau.

MENCEGAH HAKISAN

 Litupan tumbuh-tumbuhan semula
jadi yang banyak dapat
memperlahankan titisan air hujan
dan mengurangkan hakisan tanah.

 Akar pokok mengawal larian air
permukaan, menjadikan
pergerakan air perlahan.

 Struktur akar yang kuat
mencengkam tanih daripada
gerakan jisim seperti kejadian
tanah runtuh.

MENGURANGKAN PENCEMARAN UDARA

 Kualiti udara dapat dikekalkan dengan litupan kawasan hijau.
 Kawasan hijau di lokasi padat pembangunan seperti kawasan

bandar memainkan peranan penting dalam mengawal
pencemaran udara.
 Litupan kawasan hijau mampu menyerap karbon dioksida
dan menyumbang kepada pertambahan gas oksigen.

MENGURANGKAN PENCEMARAN AIR

 Tumbuh-tumbuhanberperanan mengawal hakisan di cerun
bukit ketika hujan dan mengawal pergerakan air hujan di
permukaan bumi.

 Tumbuh-tumbuhan mempengaruhi larian air permukaan.
Pintasan air hujan oleh kanopi hutan menyebabkan halaju air
hujan akan menimpa tanah dengan perlahan. Apabila halaju
air hujan menjadi perlahan maka air hujan akan lebih banyak
meresap masuk ke dalam tanah berbanding dengan mengalir
dipermukaan. Kesannya, kadar larian air permukaan dapat
dikurangkan.

 Larian air permukaan yang terganggu oleh akar poko tidak
berupaya melakukan hakisan dan keadaan ini mampu
menyelamatkan sungai daripada pemendapan tanih.

MENGGALAKKAN EKOPELANCONGAN

 Tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar
merupakan tarikan ekopelancongan utama di kebanyakan
negara dan menggalakkan perkembangan industri
pelancongan.

 Kawasan hutan yang menjadi tarikan pelancong untuk
melihat tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar
yang tidak terdapat di negara mereka.

 Sebagai contoh, Malaysia mempunyai khazanah hutan
tertua dengan pelbagai spesiestumbuh-tumbuhan semula
jadi dan hidupan liar yg unik menjadi tumpuan pelancong
Eropah, Amerika Syarikat dan Asia Barat.

 Lokasi ekopelancongan yang terkenal di Malaysia ialah
Taman Negara, Pahang, Lembah Danum dan Maliau Basin,
Sabah dan Taman Negara Similajau, Sarawak.

MALIAU BASIN, SABAH.

TAMAN NEGARA
SIMILAJAU, SARAWAK..

LEMBAH DANUM, SABAH..

6.4 USAHA PEMELIHARAAN TUMBUH-TUMBUHAN
SEMULA JADI DAN HIDUPAN LIAR DUNIA

 Pelbagai usaha pemeliharaan dijalannkan di seluruh
dunia bagi melindungi tumbuh-tumbuhan semulajadi dan
hidupan liar yang diancam kepupusan.

 Sebahagian usaha telah berjaya malah beberapa spesies
tidak lagi berada dalam senarai yang diancam kepupusan.

USAHA PEMELIHARAAN TUMBUH-TUMBUHAN SEMULA JADI DAN
HIDUPAN LIAR DI MALAYSIA

 Usaha pemeliharaan tumbuh-tumbuhan semulajadi dan
hidupan liar di Malaysia melibatkan pelbagai pihak iaitu
pihak kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan
orang awam.

PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG

 Beberapa akta digubal bagi melindungi tumbuh-
tumbuhan semula jadi dan hidupan liar.



USAHA PEMELIHARAAN TUMBUH-TUMBUHAN SEMULA JADI DAN
HIDUPAN LIAR DI NEGERA-NEGARA LAIN


Click to View FlipBook Version