The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TUMBUH-TUMBUHAN SEMULA JADI DI HUTAN HUJAN TROPIKA DAN HUTAN MONSUN TROPIKA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ilhameja88, 2021-06-22 21:05:55

BAB 5.3

TUMBUH-TUMBUHAN SEMULA JADI DI HUTAN HUJAN TROPIKA DAN HUTAN MONSUN TROPIKA

GEOGRAFI
TINGKATAN 5

BAB 5.3

TUMBUH-TUMBUHAN SEMULA
JADI DI HUTAN HUJAN

TROPIKA DAN HUTAN MONSUN
TROPIKA

SMK AGAMA KIMANIS,
PAPAR.

DISEDIAKAN OLEH : JALIZA ABDUL GHAFAR
(GURU M/P GEO)

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

 Menerangkan tentang tumbuh-
tumbuhan semula jadi di Hutan Hujan
Tropika dan Hutan Monsun Tropika

KRITERIA KEJAYAAN

PADA AKHIR PEMBELAJARAN, PELAJAR AKAN
DAPAT :-
- Mencirikan tumbuh-tumbuhan semula

jadi di Hutan Hujan Tropika dan Hutan
Monsun Tropika.
- Menerangkan kepentingan tumbuh-
tumbuhan semula jadi dan hidupan liar
terhadap keseimbangan ekosistem.

TUMBUH-TUMBUHAN SEMULA JADI DI HUTAN HUJAN TROPIKA &
HUTAN MONSUN TROPIKA

 Hutan Hujan Tropika dan Hutan Monsun Tropika
terletak di kawasan iklim yang berbeza.

 Oleh itu, jenis dan ciri tumbuh-tumbuhan semula
jadi di dua kawasan ini adalah berbeza.

TUMBUH-TUMBUHAN SEMULA JADI DI HUTAN HUJAN
TROPIKA

TUMBUH-TUMBUHAN SEMULA JADI DI HUTAN MONSUN
TROPIKA

 Hutan MonsunTropika terdapat di antara latitud
10°U hingga 30°U dan 10°S hingga 30°S.

 Kawasan ini menerima hujan tahunan antara 1000
mm – 2000 mm.

 Iklim di kawasan ini hampir sama dengan iklim
khatulistiwa tetapi mempunyai musim lembap dan
musim kering yang nyata.

 Taburan Hutan Monsun Tropika yang utama
termasuklah Pakistan, India, Myanmar, Utara
Thailand, Kemboja, Laos dan Vietnam.

KEPENTINGAN TUMBUH-TUMBUHAN SEMULA JADI DAN
HIDUPAN LIAR TERHADAP KESEIMBANGAN EKOSISTEM

 Ekosistem merupakan interaksi atau hubung kait
antara benda hidup (biotik) dan benda bukan hidup
(abiotik) dalam alam semula jadi.

 Ekosistem berbeza-beza berdasarkan tempat dan
saiz, contohnya ekosistem, hutan, laut, pinggir laut,
pinggir pantai, sungai, tasik dan kolam.

 Dalam setiap ekosistem, terdapat komponen-
komponen yang berbeza antara satu dengan lain.

KESEIMBANGAN EKOSISTEM

 Keseimbangan ekosistem hutan penting bagi memelihara,
melindungi dan mengekalkan sumber tumbuh-tumbuhan
semula jadi dan hidupan liar untuk masa hadapan.

 Ekosistem hutan membekalkan sumber kayu kayan, ubat-
ubatan , rotan buluh dan kulit kayu terutamanya dari kawasan
hutan.

 Ekosistem hutan membantu dalam peningkatan kualiti udara
di samping mengekalkan keseimbangan kitaran gas oksigen,
karbon dioksida dan nitrogen di dalam udara.

 Tumbuh-tumbuhan hijau berfungsi sebagai sumber makanan
yang membekalkan tenaga kepada pengguna dan
menyederhanakan suhu.

 Ekosistem akuatik terdiri daripada :-
- Ekosistem air masin atau laut
- Ekosistem air tawar seperti sungai dan tasik

 Dalam ekosistem akuatik, terdapat pelbagai cara organisma yg
bergantung antara 1 sama laindengan komponen abiotik di
persekitaran mereka.

 Komponen biotik yang tedapat dalam ekosistem akuatik
termasuklah tumbuh-tumbuhan seperti alga dan lumut serta
haiwan seperti ikan, ketam, udang, berudu dan katak. Terdapat
juga hidupan lain seperti plankton dan diatom.




Click to View FlipBook Version