GEOGRAFI
TINGKATAN 5
BAB 6
PEMELIHARAAN & PEMULIHARAAN
TUMBUH-TUMBUHAN SEMULA JADI
DAN HIDUPAN LIAR
SMK AGAMA KIMANIS,
PAPAR.
DISEDIAKAN OLEH : JALIZA ABDUL GHAFAR
(GURU M/P GEO)
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Menerangkan konsep pemeliharaan dan
pemuliharaan
KRITERIA KEJAYAAN
PADA AKHIR PEMBELAJARAN, PELAJAR AKAN
DAPAT :-
- Membezakan pemeliharaan dan
pemuliharaan.
- Menyatakan konsep pemeliharaan dan
pemuliharaan.
- Menghuraikan kegiatan manusia yang
menyebabkan kepupusan tumbuh-
tumbuhan semula jadi dan hidupan liar.
KONSEP PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN
Pemeliharaan dan pemuliharaan adalah usaha
untuk melindungi tumbuh-tumbuhan semula jadi
dan hidupan liar.
Tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar
akan di ancam kepupusan jika usaha pemeliharaan
dan pemuliharaan tidak dilaksanakan.
PEMELIHARAAN
Pemeliharaan ialah usaha yang diambil untuk
melindungi tumbuh-tumbuhan semula jadi dan
hidupan liar daripada dimusnahkan atau diancam
kepupusan.
LANGKAH-LANGKAH PEMELIHARAAN TUMBUH-
TUMBUHAN SEMULA JADI DAN HIDUPAN LIAR
PEMULIHARAAN
Pemuliharaan ialah usaha yang diambil untuk
memulihkan kawasan hutan yang telah musnah dan
haiwan yang diancam kepupusan.
KEGIATAN MANUSIA YANG MENYEBABKAN
KEPUPUSAN TUMBUH-TUMBUHAN SEMULA JADI &
HIDUPAN LIAR
Kegiatan manusia merupakan punca utama
kepupusan tumbuh-tumbuhan semula jadi an hidupan
liar di dunia. Antara kegiatan tersebut termasuklah
pembalakan, pertanian, pembinaan empangan,
pembinaan lebuh raya, perlombongan dan perburuan
haram.
PEMBURUAN HARAM DI MALAYSIA
Kegiatan pemburuan haram merupakan antara
punca kepupusan hidupan liar di Malaysia. Keratan
akhbar di bawah menunjukkan kegiatan tersebut
berlaku dengan berleluasa walaupun pihak berkuasa
berusaha untuk membanterasnya.
Keratan akhbar berkaitan
kegiatan pemburuan haram di
Malaysia
PEMBINAAN EMPANGAN DI CHINA
Empangan Tiga Gaung (Three Gorges Dam) merupakan salah satu
projek empangan hidroelektrik yang terbesar di China. Pembinaannya
bermula pada tahun 1994 dan siap sepenuhnya pada tahun 2012.
Empangan ini meliputi kawasan seluas 1045 kilometer persegi.
PEMBINAAN LEBUH RAYA DI BRAZIL
Lebuh raya Trans-Amazon merupakan sebuah lebuh raya yang
dirancang merentasi kawasan hutan Amazon di Brazil.
Pembinaannya bermula pada tahun 1970 tetapi dihentikan pada tahun
1974 disebabkan bentuk muka bumi yang menyukarkan pembinaannya.
Pembinaan sebahagian daripada lebuh raya tesebut telah
mendatangkan kesan yang besar terhadap tumbuh-tumbuhan semula
jadi dan hidupan liar.