HIDUP BERMASYARAKAT                           BAHASA
                                              MELAYU
 UNIT 1 : Kehidupan Bermasyarakat
 UNIT 2 ; Kepentingan Hidup                    (PENDIDIKAN KHAS)
                  Bermasyarakat          TINGKATAN
  UNIT 3 ; Cabaran Memupuk Amalan Hidup
                  Bermasyarakat
 UNIT 4 : Cara Untuk Menghidupkan
           Kehidupan Bermasyarakat
Ikon yang terdapat dalam E-book ini adalah seperti berikut:
Mendengar dan Bertutur   Menulis  Kod Carian Pantas
Membaca dan Memahami    Aktiviti         QR Code
Kemahiran abad ke-21 seperti pemikiran kritis, komunikasi dan kreativiti dimasukkan secara langsung dan tidak
langsung ke dalam E-book ini. Selain itu, aktiviti yang berkaitan dengan kandungan pembelajaran dalam bentuk
kod bar diperkenalkan dalam E-book ini. Aktiviti tersebut dalam diimbas melalui telefon pintar yang mempunyai
aplikasi QR Reader. Kemahiran berfikir murid diperluas melalui pendekatan pemerolehan maklumat, penyelesaian
masalah, sumbang saran, peta pemikiran dan persembahan yang pelbagai. Akhir kata, melalui
pengganbungjalinan pelbagai elemen dan kemahiran, penulis berharap murid akan memperoleh ilmu dan
menguasai kemahiran Bahasa Melayu Komunikasi seterusnya mencetuskan minda yang kreatif, mengamalkan
etika dan nilai murni.
     Nur Assma Ul Husna Binti Amran
     Nur Alia Nasuha Binti Faizal
SALAM PERKENALAN  Mendengar dan Bertutur
                            KEHIDUPAN BERMASYARAKAT
                  Jiran ialah orang yang tinggal berdekatan dengan rumah kita
                  sama ada di sebelah kanan, di sebelah kiri, di hadapan, di
                  belakang, di tingkat atas dan di tingkat bawah hingga 40 buah
                  rumah di setiap penjuru. Dalam sesebuah kejiranan boleh
                  terdiri daripada pelbagai jenis kaum dan etnik yang berbeza.
                  Sebagai contoh, tiga kaum utama di Malaysia ialah Melayu,
                  Cina dan India.
Membaca dan Memahami                             Aktiviti: Menjawab Soalan
           Baca dan fahami dialog di bawah.
                                                        1.Siapakah nama jiran baharu Aidil ?
                      Jiran Baharuku                    2.Berapakah umur Aidil ?
                                                        3.Apakah bantuan yang diberikan oleh Aidil ?
Aidil: Selamat petang. Nama saya Aidil.                 4.Ceritakan perihal jiran baharu kamu.
Aisyah: Selamat petang. Nama saya Aisyah.
Aidil: Awak baru berpindah ke sini.
Aisyah: Ya, kami berpindah ke sini minggu lepas. Kami
sedang sibuk mengemas dan menyusun barang-barang.
Aidil: Boleh saya bantu awak ? Lagipun kita berjiran.
Kita mestilah saling menolong antara satu sama lain.
Aisyah: Boleh. Jemputlah masuk. Kamu boleh tolong
saya menyusun buku-buku di rak itu.
Aidil: Baiklah. Awak belajar di sekolah mana dan dalam
tingkatan berapa ?
Aisyah: Saya belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan
Mutiara Indah dan dalam Tingkatan Satu Anugerah.
Aidil: Kita sebaya rupanya. Saya murid Tingkatan Satu
Bestari di situ. Bolehla nanti kita pergi ke sekolah
bersama-sama.
Aisyah: Okey juga cadangan kamu.
Menulis              Aktiviti: Menyatakan dan Membina ayat
         Bina ayat berdasarkan gambar di atas.
          1. _____________________________
          2. _____________________________
          3. _____________________________
          4. _____________________________
         Nyatakan nilai murni berdasarkan gambar rajah di atas.
                _____________________________
                _____________________________
                _____________________________
                _____________________________
KEPENTINGAN HIDUP BERMASYARAKAT
   Membaca dan Memahami
                                          Bantuan Ketika Kecemasan
1. Jiran adalah orang yang paling hampir dengan tempat tinggal kita.
              Contoh musibah atau bencana seperti kebakaran, kecurian, kemalangan dan
              kematian.
              Jiran merupakan orang yang paling dekat untuk kita memohon bantuan ketika
              berlaku kecemasan.
                             Memudahkan Penganjuran Program dan Aktiviti
2. Pihak kerajaan akan melakukan aktiviti di peringkat komuniti tempatan.
             Contoh aktiviti seperti bantuan banjir, rumah terbuka, dan sukaneka komuniti.
3. Oleh itu, semangat kejiranan dapat dipupuk bak pepatah bulat air kerana
             pembentung, bulat manusia kerana muafakat.
Menjamin Keselamatan Setempat
3. Menjamin keselamatan kawasan daripada ancaman kecurian, pecah
             rumah, gejala dadah, penculikan, samseng dan sebagainya.
             Rukun Tetangga, Jawatankuasa Keselamatan Kawasan atau
             kempen kesedaran dapat dilaksanakan bagi memastikan
             keselamatan kawasan setempat terjamin.
                          Menarik Pelancong Asing Untuk Berkunjung
4. Malaysia mempunyai pelbagai kaum, agama dan bangsa, terdapat
             diversiti budaya dan tradisi yang berpotensi untuk dipersembahkan
             kepada pelancong.
             Contohnya, bagi kaum melayu baju kurung dan baju melayu. bagi
             kaum india pula sari dan lungi manakala bagi kaum cina cheongsam
             dan samfoo.
             Pelancong dapat mengenali dan mencuba pakaian tradisional
             pelbagai kaum.
Aktiviti: Carian Kata
                       https://www.proprofsgames.com/ugc/word-
                         search/aktiviti-carian-kata-kehidupan-
                                       bermasyarakat-2/
Mendengar dan Bertutur  Perubahan gaya hidup
Bersikap materialistik
                                              Kemajuan dalam teknologi
                              CABARAN DALAM
                        MEMUPUK AMALAN HIDUP
                              BERMASYARAKAT
Persaingan hidup
                        Corak penempatan baru
Membaca dan Memahami  PENJELASAN
           Persaingan hidup             Kemajuan dalam teknologi
Tidak mengenali jiran              Merenggangkan hubungan kejiranan
Sibuk dengan urusan masing-masing  Mengurangkan interaksi secara fizikal
Kurang bertegur sapa               Bersikap menyendiri
     Bersikap materialistik              Corak penempatan baru
Sikap menandingi orang lain        Rumah yang dipagari dengan tinggi
Bersikap prasangka terhadap jiran  Kes jenayah dalam kawasan
Kekayaan sebagai simbol status     perumahan
                    Perubahan gaya hidup
Perkhidmatan komersial menggantikan aktiviti
keramaian
Keperluan kepada jiran yang terhad
Aktiviti: Mencari dan Menulis
                               Cari jawapan yang sesuai berdasarkan soalan dan isikan di
                                                         tempat yang betul .
                               JIRAN SEPAKAT MEMBAWA BERKAT
                               1.Saya berasa _____ apabila berterima kasih kepada jiran.
                               2.Saya memberikan _____ kepada Kumar kerana menjaga
                                 rumah semasa kami sekeluarga pergi bercuti.
                               3.Kita memberikan hadiah kepada jiran untuk _____ jasa
                                 mereka.
                               4.Jiran yang mengabaikan sikap berterima kasih
                                 menyebabkan hubungan menjadi _____.
                               5.Kita perlu mengucapkan _____ kepada jiran yang
                                 menolong kita semasa dalam kesusahan.
                               6.Hubungan akan menjadi _____ apabila kita sentiasa
                                 menghargai jiran.
                                                                          Jawapan:
                                Bersyukur, Harmoni, Hadiah, Tidak harmoni, Terima kasih, Menghargai
Mendengar dan Bertutur
Langkah 1: Didikan agama dan  Cara-Cara Menghidupkan   Langkah 2: Mengadakan
                moral         Kehidupan Bermasyarakat  majlis-majlis sosial dan
                                                                perayaan.
Langkah 3: Kempen melalui                              Langkah 4: Semangat
         media massa.                                         Kejiranan
Membaca dan Memahami             Penerangan
                    Langkah
Didikan agama dan moral          Agama menegaskan anggota masyarakat untuk menunaikan sesuatu ibadat.
                                 Contohnya, Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban umat islam sama-sama membantu antara satu sama
                                 lain untuk menyembelih lembu atau kambing.
                                 Semangat kejiranan dapat diterapkan melalui kejiranan.
                                 Contohnya, melalui aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan sekolah bersama guru-guru dan rakan-
                                 rakan.
Mengadakan majlis-majlis sosial  Bukan sahaja dapat melibatkan ahli keluarga malah dapat berinteraksi dengan masyarakat setempat,
            dan perayaan         saudara mara dan sahabat handai.
                                 Bagi menjayakan majlis sosial ini semua anggota masyarakat perlu berganding bahu menyediakan juadah,
                                 minuman dan mendirikan khemah.
                                 Masyarakat dapat berinteraksi dan berkomunikasi serta dapat mengeratkan silaturrahim.
Kempen melalui media massa       Menyebarkan aktiviti kemasyarakatan dalam media sosial seperti Instagram, Whatsapp, Facebook dan
                                 TikTok.
                                 Aktiviti kemasyarakatan seperti membantu mangsa banjir dan melawat rumah orang tua.
                                 Dengan cara menyebarkan dalam media massa ini golongan muda dan juga tua akan turut terbuka mata
                                 untuk membantu masyarakat yang berada dalam kesusahan.
Semangat Kejiranan               Antaranya bertegur sapa sesama jiran, membantu jiran semasa mereka memerlukan bantuan, berkelah dan
                                 aktiviti riadah dapat menerapkan semangat kejiranan dalam golongan masyarakat.
                                 Semangat ini dapat menjalin persaudaraan, mewujudkan keharmonian, memupuk perpaduan, dan melahirkan
                                 masyarakat yang prihatin.
Aktiviti : Padankan
                     Langkah 4: Semangat
                             Kejiranan
                      Langkah 3: Kempen
                     melalui media massa.
                      Langkah 1: Didikan
                        agama dan moral
                     Langkah 2: Mengadakan
                     majlis-majlis sosial dan
                              perayaan.
RUJUKAN
http://semangatkejiranankpi.blogspot.com/2018/03/punca-punca-semangat-kejiranan-semakin.html?m=1
Suria Mahmud, Raihana Hamdan, Arif Iman, 2015. KBAT Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Global Medistreet
Sdn. Bhd.
Suraya Bai, Asmah Abdul Hamid,2016. Bahasa Melayu Komunikasi Pendidikan Khas Tingkatan 1. Kuala
Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Anelyza, C. (2014, Mei 4). Karangan 7: Langkah Untuk Menghidupkan Kehidupan Bermasyarakat. KARANGAN 7:
LANGKAH UNTUK MENGHIDUPKAN KEHIDUPAN BERMASYARAKAT. Retrieved Januari 6, 2023, daripada
https://anelyza.blogspot.com/2014/05/karangan-7-langkah-untuk-menghidupkan.html
Publicenemy. (2007, Mac 30). Kepentingan Hidup Bermasyarakat. SATU Community. Retrieved Januari 7, 2023,
daripada https://sa2community.blogspot.com/2007/03/kepentingan-hidup-bermasyarakat.html
