The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by izzataiman210803, 2022-06-08 12:32:08

ASSIGNMENT E - MAJALAH PI

ASSIGNMENT E - MAJALAH PI

MPU 23032 – PENGAJIAN ISLAM
PUAN NURSOBRIAH BINTI ABU BAKAR

TAJUK : CARA MEMUPUK KEMAKMURAN DALAM MASYARAKAT MAJMUK
E-MAJALAH

NO NAME NO MATRIX

1 MUHAMMAD IZZAT AIMAN BIN MOHD SHUKRI 03DAT21F1082

2 MUHAMMAD ANWAR SHAZANI BIN 03DAT21F1034
SHARIFUDDIN 03DAT21F1070

3 AFIQ GHANIMI BIN MAZNAN

4 MUHAMMAD AZEEM ISKANDAR BIN 03DAT21F1085
MOHAMAD ZAHID

 PENGENALAN

 Sebelum kita pergi lebih lanjut kepada cara memupuk kemakmuran dalam masyarakat
majumuk... Adakah anda tahu? Di negara kita mempunyai berbilang bangsa antaranya ialah
Melayu, China dan India. Kita dapat melihat perpaduan kaum pada masa kini sudah semakin
pudar. Hal ini amat merisaukan kerana mungkin sejarah hitam yang lepas akan kembali lagi.
Contohnya di Malaysia kini melibatkan banyak isu perkauman. Ini semakin membimbangkan,
oleh itu kita perlu mencari penyelesaiannya untuk menghindari peristiwa berulang kembali.
Sejujurnya, perlu wujud kesedaran dalam masyarakat usaha membina peradaban dan
mencapai status kemajuan bagi Malaysia, terutama dalam merealisasikan Wawasan
Kemakmuran Bersama (WKB) 2030, seharusnya bertunjangkan persefahaman, tolak ansur
dan rasa hormat-menghormati.Kesantunan insan dalam mengurus perbezaan dalam
masyarakat pelbagai agama dan bangsa perlu dititkeberatkan. Ini realiti harus difahami dan
diterima semua pihak.Pendekatan integrasi menjadi tunjang agenda perpaduan negara
membolehkan masyarakat berbilang bangsa dan agama hidup bersama-sama dalam suasana
harmoni di samping mengekalkan identiti dan ciri bangsa masing-masing. Kesepaduan dalam
rakyat sebenarnya lahir daripada semangat penerimaan dan rasa hormat tinggi antara kaum
dan agama. Justeru, keutamaan harus diberi kepada usaha membina sikap penerimaan diiringi
nilai keluhuran budi pekerti dalam masyarakat.

 Keharmonian dan kesejahteraan dalam hubungan masyarakat akan hanya dapat
diwujudkan jika setiap individu mempunyai pemahaman baik terhadap peranan masing-
masing untuk menerapkan nilai murni dalam interaksi seharian.
Hubungan baik dalam masyarakat berbilang bangsa tidak boleh dijadikan taruhan oleh
mana-mana pihak yang mempunyai agenda peribadi atau kelompok tersendiri. Perlu ada
belas kasihan kepada rakyat yang inginkan keamanan dan kestabilan negara agar
berpeluang untuk meneruskan kelangsungan hidup dengan selamat dan terjamin.
Cukuplah kekacauan dan konflik di negara asing sebagai pengajaran kepada kita.
Setiap rakyat Malaysia perlu menghayati konsep perpaduan dengan setiap orang
menerima keunikan orang lain supaya kita dapat hidup bersama dalam saling
menghormati dan percaya. Ini merupakan kunci kepada negara yang aman dan makmur.
Rakyat Malaysia yang berbeza etnik, agama dan warna kulit melengkapi antara satu sama
lain dan kepelbagaian ini tidak boleh menjadi halangan untuk menjalani kehidupan yang
bersatu dan harmoni. Kepelbagaian ini ialah kekuatan dan resepi kejayaan dalam
mencapai kemajuan dan peningkatan sosioekonomi.

KEPENTINGAN MEMUPUK KEMAKMURAN DALAM

MASYARAKAT MAJMUK

 SIFAT SALING MENGHORMATI
Rakyat Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum tidak terlepas dari masalah
pergaduhan dan rasa tidak puas hati antara kaum seperti yang pernah berlaku
sebelum ini. Pastinya kita semua sudah sedia maklum tentang rusuhan kaum yang
berlaku pada 13 mei 1969. pada masa itu, semua pemimpin dan rakyat telah berusaha
untuk menyelamatkan masalah tersebut. Dengan itu, semua lapisan penduduk di
negara ini hendaklah mengamalkan konsep perpaduan kaum dan bukan bersikap
seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing supaya perpecahan
kaum tidak akan berlaku lagi. Bahkan dengan perpaduan kaum juga dapat menjamin
keamanan negara. Hal ini demikian kerana, masyarakat yang bersatu padu dapat
hidup dalam persekitaran yang harmoni dan menghormati kaum lain sejajar dengan
dasar luar Malaysia yang digubal selepas Perang Dunia Kedua, hal ini sekaligus dapat
menjamin keamanan negara. Peribahasa ada menyatakan bahawa Bersatu teguh,
bercerai roboh dan pepatah ini hanya dapat direalisasikan melalui kerjasama yang
erat antara kaum.

KEPENTINGAN MEMUPUK KEMAKMURAN DALAM

MASYARAKAT MAJMUK

 MENGUKUHKAN EKONOMI NEGARA

Selain itu, kemakmuran kaum juga dapat menarik pelancong asing untuk melawat
negara kita. Dengan keunikan masyarakat majmuk yang hidup dalam persekitaran
harmoni, para pelancong akan tertarik untuk mempelajari budaya rakyat Malaysia.
Hal ini demikian kerana, mereka akan lebih selamat dan selesa apabila berada di
negara ini walaupun Malaysia turut tergugat dengan kemunculan wabak influenza
Covid-19 yang menjadi perbualan hangat negara-negara di dunia pada ketika
dahulu, namun industri pelancongan tetap maju dan berkembang dari tahun ke
tahun kerana adanya kemakmuran kaum. Timbalan Menteri Pelancongan ada
menyatakan bahawa dengan adanya layanan mesra yang diberikan oleh rakyat
Malaysia kepada pelancong asing, industri pelancongan akan terus mendapat
tempat yang tertinggi walaupun agak berkurangan dengan masalah penularan
wabak Covid-19 tersebut. Tidak dapat dinafikan bahawa rakyat Malaysia dapat
berinteraksi dengan baik antara satu sama lain walaupun berbeza agama dan
bangsa. Tidak dilupakan juga keharmonian dan kemasyarakatan antara kaum telah
berjaya menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju dari segi keamanan
dan kemakmuran.

LANGKAH-LANGKAH MENGEKALKAN KEMAKMURAN
DALAM MASYARAKAT MAJMUK

Hal ini demikian, amannya sesuatu negara dan masyarakat itu secara khususnya bergantung
kepada komuniti masyarakat itu sendiri. Justeru itu, dengan mengamalkan nilai murni dalam
kehidupan seharian, masyarakat akan hidup dalam keadaan aman dan harmoni. Sebagai
contoh cara untuk mengekalkan kemakmuran ialah sekiranya setiap masyarakat berbilang
kaum mengadakan rumah terbuka kita haruslah bersikap ziarah menziarahi bagi mengeratkan
hubungan sillaturrahim, dimana kita tidak seharusnya menghalang jiran kita walaupun mereka
bukanlah seagama dengan kita dari mengunjungi kita.

Tegasnya disini sikap individu dan masyarakat memainkan peranan yang paling penting untuk
mengekalkan keharmonian dan kemakmuran masyarakat berbilang kaum di Malaysia pada hari
ini. MENGHORMATI ADAT, BUDAYA, BAHASA DAN AGAMA KAUM LAIN. Hal ini dimana,
faktor yang boleh mencetuskan konflik perpaduan kaum ialah disebabkan oleh perbezaan
pegangan ajaran agama. Oleh itu, cara untuk mengatasinya adalah dengan mengadakan
seminar atau dialog antara agama, ini bertujuan untuk memberikan pemahaman yang lebih
jelas dalam agama masing-masing.

Justeru itu, saling memahami antara agama dapat mengurangkan persefahaman, contohnya
memahami nilai murni antara agama, perayaan serta kepercayaan agama masing-masing.
Firman ALLAH yang bermaksud: “Jangan kamu menghina tuhan-tuhan yang mereka sembah
selain ALLAH kerana mereka nanti akan menghina ALLAH dengan melampaui batas tanpa
pengetahuan. Demikian Kami jadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka.” (Al-
An’am:108).

Pihak kerajaan juga perlulah memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan kemakmuran
masyarakat ini.Sehubungan itu, kerajaan mestilah mengadakan aktiviti-aktiviti yang berunsurkan
kemasyarakatan dan melibatkan komuniti pelbagai kaum. Misalnya, menggalakkan pemakaian pakaian
tradisi kaum masing-masing semasa sambuatan-sambutan seperti sambutan Hari Kemerdekaan, perayaan
dan sebagainya supaya masyarakat berbilang kaum di negara kita akan dapat merasai nikmat
keharmonian dan kemakmuran hidup dalam masyarakat majmuk di negara Malaysia.

Oleh itu, dengan mengadakan aktiviti atau program sebegini ia dapat memupuk dan menyemai semangat
perpaduan dalam diri setiap individu. Jelaslah disini bahawa, kerajaan memainkan peranan yang penting
dalam mengekalkan keharmonian dan kemakmuran masyarakat berbilang kaum di negara Malaysia, bak
kata peribahasa jika tidak dipecahkan ruyung masakan dapat sagunya.

CONTOH MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA

Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada lebih 200 kumpulan
etnik. Antaranya ialah Melayu, Cina, India, kadazan-Dusun, Iban, dan lain – lain.
Malaysia juga merupakan salah satu negara yang dapat hidup dengan aman dan
harmoni tanpa pergaduhan walaupun hidup dalam sebuah negara yang berbilang
kaum. Antara tiga kaum utama di Malaysia ialah Melayu, Cina, dan India
telahpun menetap di tanah ini selama 5 abad. Di samping itu, kaum – kaum yang
terdapat di Sabah dan Sarawak seperti kaum Dusun, Murut, Bajau Kadazan,
Iban, Dayak, dan sebagainya. Terdapat budaya masing – masing yang telah
diamalkan dan diwarisi sejak dari zaman dahulu hingga sekarang oleh setiap
kaum yang terdapat di Malaysia.

Cabaran memupuk kemakmuran masyarakat yang majmuk

• Setiap ahli dalam masyarakat mempunyai peranan serta fungi tertentu
untuk meneruskan kewujudan kelompok tersebut dan ciri-ciri ini
berbeza dari kelompok ke kelompok lain. Umumnya, ciri-ciri
masyarakat adalah seperti hidup berkelompok mempunyai budaya
tersendtri.Saling berinteraksi dalam dan luar kelompok. Menurut
Shamsul AmriBaharuddin (2007), konsep masyarakat perlu difahami
atas beberapa sebab seperti berikut memahami hakikat bahawa
manusia, demi kelangsungan hidup, tiada pilihan lain tetapi untuk
bermasyarakat. Manusia mesti memahami sebaik mungkin cara hidup
bermasyarakat. Memahami budaya masyarakat sendiri dan
masyarakat lain. Oleh itu, terdapat pelbagai cabaran yang perlu dilalui
oleh sesetengah masyarakat yang kurang bergaul dengan kaum lain.

CABARAN DARI SEGI KEAGAMAAN DAN KEBUDAYAAN

 Perbezaan nilai dan agama setiap kumpulan etnik mempunyai agama, kebudayaan dan bahasa

yang berbeza. Orang Melayu, China dan India terus dengan sistem hidup yang berteraskan
kebudayaan dan tradisi/mereka. Setiap kumpulan etnik mempertahankan kebudayaan dan adat
resam mereka mengutamakan etnik mereka dan mungkin juga menganggap kebudayaan mereka
sahaja yang terbaik. Faktor cabaran ini merupakan satu faktor yang tidak dapat dielakkan kerana
semua kaum mempunyai kepercayaan, budaya dan agama mereka yang tersendiri. Setiap kaum
mempunyai semangat yang menebal terhadap kebudayaan mereka dan bahasa mereka. Mereka
hanya ingin menggunakan bahasa mereka dan tidak mahu membuka dunia budaya mereka kerana
beranggapan jika terdapat yang lain selain bangsa mereka, identiti bangsa mereka akan hilang dan
tiada lagi keistimewaannya,

CABARAN DARI SEGI GLOBALISASI

 Globalisasi merujuk kepada dunia tanpa sempadan dimana perhubungan menjadi sema kin pantas

dan cepat. Kita boleh mengetahui keadaan dunia luar dengan pantas dan cepat dan segala
maklumat boleh disalurkan tanpa ada sekatan, Globalisasi membawa maksud pengaruh dari Barat
dari segi ideologi, budaya hedonism dan nilai negatif, ekonomi bebas, sains dan teknologi yang
memusnahkan dan sistem politik yang dianggap terbaik bagi semua manusia. Melalui globalisasi
kuasa Barat mengeksport segala macam keburukan yang merosakkan negara dan alam,sekitar,
Budaya hiburan dan pengeksplotasian sumber manusia dan bahan mentah. Gejala ini
mengakibatkan lenyapnya nilai luhur dan pemikiran barat diterima secara senang ke dalam
masyarakat. Kejayaan mereka ini dibantu oleh masyarakat tempatan yang menganggap segala
yang datang dari barät adalah baik dan moden. Keadaan in akan memberi kesan kepada hubungan
etnik, intergrasi, perpaduan, mudah terjadinya konflik dan lebih para lagi mengundang rusuhan
kaum.Secara tidak langsung, keadaan ini akan memburukan lagi hubungan etnik di Malaysia.

CABARAN DARI SEGI PERPADUAN

 Cabaran seterusnya adalah dari segi perpaduan, Perpaduan merupakan matlamat yang
amat penting bagi semua hegara yang merdeka. Hal ini kerana perpaduan adalah satu
jaminan yang terpenting bagi keutuhan sesebuah negara dan pentadbirannya. Di
Malaysia, masalah perpaduan berlaku disebabkan tiadanya, persefahaman antara rakyat
yang terdiri dari pelbagai bangsa . Hal ini kerana, masyarakat yang pelbágai di Malaysia
mash lagi berpegang teguh kepada peranan tradisional dan nilai-nilai yang terbatas dalam
kalangan kaum itu sendiri. Dalam pada itu, dasar-dasar British pada zaman kolonia juga
merupakan penyumbang kepada berlakunya masalah ini. Pada zaman penjajahan British,
tidak ada satú pun dasar. yang tegas untuk menyatukan masyarakat pelbagai kaum ini,
bahkan British bertindak mengasingkan kaum-kaum ini mengikut jenis pekerjaan dan asas
ekonomi yang berbeza. Tindakan British ini mengakibatkan timbul syak wasangka dan
sikap curiga antara satu sama lain dalam kalangan orang Melayu, orang Cina dan orang
India seterusnya mewujudkan jurang pemisah serta membantutkan proses perpaduan
antara etnik-etnik ini.

PERANAN IBU BAPA , MASYARAKAT , DAN KERAJAAN

Ibu bapa adalah pendidik utama anak-anak :

 Kedudukan tinggi yang telah Islam berikan kepada golongan wanita tidak akan bererti apa-apa
sekiranya kewajipan-kewajipan yang tertentu terhadap rumah tangga dan anggota masyarakat tidak
ditunaikan. Kedudukan dan kemuliaan wanita inilah menjadi faktor asas dalam
melahirkan keluarga yang bahagia. Keluarga bahagia ialah keluarga yang ahlinya sihat, hidup dalam
suasana gembira, bersikap saling hormat menghormati serta terpelihara dari segala perkara
negatif dalam aspek kehidupan. Pembentukan keluarga yang bahagia sebenarnya memerlukan
penyertaan dan kerjasama semua ahli rumah. Bagaimanapun peranan wanita yang bertindak
sebagai isteri dan ibu adalah paling penting. Tanpa mereka, perkembangan insan akan terhenti,
keindahan hidup tidak akan dirasai, segala-galanya akan menjadi pincang.

Peranan Ibu Bapa

• Kepimpinan melalui teladan

Ibu dan bapa sebagai pengemudi bahtera rumah tangga haruslah sentiasa mengekalkan kemesraan tali percintaan
mereka. Cinta yang dipupuk ini bukanlah cinta berdasarkan hawa nafsu tetapi cinta murni dan sejati yang tidak akan
dapat diputuskan oleh pedang yang tajam dan tidak terlerai oleh gunung yang tinggi dan jurang yang dalam. Mereka perlu
sentiasa ingat bahawa tugas mendidik anak-anak adalah perkara yang amat sukar. Namun semuanya akan berjaya
dilaksanakan dengan kekuatan cinta dan tidak menyimpang dari garis kebenaran yang telah ditetapkan oleh Islam. Perlu
diingatkan bahawa watak dan peribadi anak-anak di masa hadapan banyak bergantung kepada darah keturunan dan
pendidikan yang diterimanya hari ini. Pasangan suami isteri perlu ingat bahawa perceraian antara mereka
merupakan racun yang sangat berbisa bagi jiwa anak-anak. Pendidikan yang tergelincir dari garis kebenaran, bahaya,
kecelakaan dan kekacauan tidak akan dapat dibaiki dalam tempoh yang pendek. Menekankan pendidikan yang bersifat
kejiwaan menerusi nasihat dan bimbingan
Namun begitu, pendidikan jiwa yang merupakan pendidikan utama dan penting, hanya dapat dilakukan oleh ibu yang
merupakan insan yang paling dekat dengan anak-anak. Pendidikan jiwa inilah yang akan menghasilkan akhlak yang
tinggi dan satu kehidupan yang indah. Islam

• Menekankan pendidikan yang bersifat kejiwaan menerusi nasihat dan bimbingan

Pendidikan sebenarnya dapat dibahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu pendidikan jasmani, pendidikan
minda dan pendidikan jiwa. Mungkin pendidikan jasmani dan minda boleh diserahkan kepada guru yang telah
dipertanggungjawabkan untuk tujuan tersebut. Namun begitu, pendidikan jiwa yang merupakan pendidikan utama dan
penting, hanya dapat dilakukan oleh ibu yang merupakan insan yang paling dekat dengan anak-anak. Pendidikan
jiwa inilah yang akan menghasilkan akhlak yang tinggi dan satu kehidupan yang indah. Islam sebagai satu cara hidup
yang lengkap dan sempurna telah mengingatkan umat manusia supaya sentiasa mengimbangi keperluan di antara
rohani dengan jasmani.
Dalam Islam, nilai-nilai kerohanian ini akan memandu dan membimbing manusia dalam segala aktiviti dan
tindakannya. Nilai-nilai moral ini menjadi garis panduan yang membataskan tindakan hawa nafsu manusia.
Manusia tidak perlu mengikut hawa nafsu untuk menentukan arah tindakannya.

 Mengajar anak – anak menghayati prinsip – prinsip Rukun negara serta menghormati adat istiadat kaum-kaum lain.

Ibu bapa haruslah memastikan generasi muda berpegang teguh kepada prinsip – prinsip Rukun Negara untuk melahirkan
masyarkarat yang Bersatu-padu dan harmoni dalam pelbagai aspek. Bertitik tolak daripada itu, ibu bapa turut bertanggungjawab
memastikan anak-anak mereka memahami dan menghormati adat istiadat, pantang larang serta kebudayaan pelbagai kaum di
Malaysia demi mengelakkan konflik antara kaum.

Sebuah prinsip perlu ada di dalam hati seseorang anak-anak untuk menjadikan sesebuah negara tersebut semakin berkembang pesat
dan bukannya mundur tambahan negara yang mempunyai penduduk yang berbilang kaum kerana bersatu teguh bercerai roboh.

Peranan Masyarakat dalam Mewujudkan Keharmonian dalam Masyarakat

• Melakukan aktiviti yang berfaedah secara Bersama-sama

Usaha yang boleh dilakukan secara terang-terangan adalah melakukan aktiviti gotong-royong secara
menyeluhuruh antara masyarakat yang dapat mewujudkan semangat perpaduan dalam diri tidak mengira
kaum.Aktiviti gotong-royong merupakan saluran dan peluang kepada masyarakat di sesuatu kawasan
melakukan aktiviti gotong-royong secara bekerjasama dan dapat mengenal antara satu sama lain.

• Meraukan sambutan perayaan kaum-kaum di Malaysia secara Bersama-sama

Perpaduan kaum di Malaysia boleh dicapai dengan meraikan smbutan perayaan kaum-kaum di Malaysia
secara Bersama-sama.Melalui amalan kunjung-mengunjung yang dilakukan akan dapat mengeratkan ikatan
silaturahim antara jiran serta rakan daripada pelbagai kaum seperti Hari Raya Aidilfitri , Tahun Baru
Cina,Deepavali,Hari Gawai yang merupakan perayaan utama yang boleh diraikan oleh masyarakat pelbagai
kaum.Sambutan sesuatu perayaan kaum dapat menerbitkan perasaan hormat – menghormati terhadap adat
dan kepercayaan kaum.Di samping itu, budaya ini dapat mengukuhkan perpaduan apabila kurangnya syak
wasangka antara kaum di Malaysia.

• Mengeratkan hubungan perpaduan melalui aktiviti bersukan

Aktiviti sukan dan permainan yang dijalankan juga boleh mewujudkan perpaduan kaum di
Malaysia.Sukan dan permainan yang dijalankan dapat dijadikan tali penghubung atau gelanggang
pertemuan pertemuan pelbagai kaum di Malaysia. Dengan bermain bersama-sama dalam sesuatu
sukan dan permainan serta seterusnya mewakili pasukan kebangsaan di peringkat antarabangsa
yang dapat menanamkan nama negara sekali gus meningkatkan imej negara di peringkat
antarabangsa.

Peranan Kerajaan dalam Mewujudkan Keharmonian dalam Masyarakat

• Meperbanyakkan sekolah wawasan di Malaysia

Sekolah wawasan merupakan tempt yang terbalk untuk memulakan prose: Integrasi antara kaum. Sekolah
wawasan menyediakan rung dan peluang untul murid-muridpelbagai kaum berinteraksi secara langsung
kerana mereka berkongsi kantin, padanglpermainan, dewan dan kemudahan lain di sekolah. Mereka
berpeluang untuk salingengenali dan memahami antara satu sama lain. Dengan itu, mereka akan
membesardengan sikap toleransi dan hormat terhadap budaya dan agama kaum lain. Tegasnya,sekolah
wawasan mampu memupuk persefahaman kaum dangeterusnva mempercepat integrasi nasional.

• Melaksanakan Program Latham Khidmat Negara (PLEN)

Melaksanakan Program Latham Khidmat Negara (PLEN)Pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara
(PLKN) juga mampu mewujudkan keharmonian rakyat seranegara. PLKN dapat memupuk perpaduan
nasional.Melaluinya,. Remaja dari pelbagai kaum akan ditempatkan bersama di bawah satu bumbung.
Mereka akan bekerjasama untuk menjalankan aktiviti bersama-sama,berinteraksi dan bergaul moral.
Dengan itu, mereka akan terdedah kepada corak hidup masvarakat majmuk Malaysia secara mendalam.
Persefahaman yang lebih erat akan memupuk perasaan kekitaan.

Kesimpulan

 Sebagai penghias bicara, Malaysia perlu dikenali bukan hanya makmur dari segi ekonomi dan
pembangunan, malah menjadi negara beridentitikan kepelbagaian agama, bangsa dan budaya, sekaligus
dapat bersama dalam suasana aman serta harmoni. Walaupun rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai
penganut agama dan mengamalkan budaya berbeza,sifat kebersamaan serta cintakan keharmonian dan
keamanan perlu ada bagi merealisasikan matlamat perpaduan nasional. Dengan kata lain, semua pihak
perlu berganding bahu dan tidak mengharapkan pihak kerajaan semata-mata dalam mewujudkan
perpaduan kaum. Jangan kita bersikap evasive mahupun "bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk
masing- masing" kerana perpaduan kaum itu hanya akan wujud apabila semua kaum menjalankan
obligasi masing-masing dengan sempurna dan bersikapbertolak ansur. Namun begitu, pemimpin
pelbagai peringkat, terutama harus menekankan untuk merealisasikan agenda perpaduan negara.
Persafahaman dalam kalangan pemimpin juga amat penting kerana melaluinya, rakyat akan dapat
isyarat yang jelas mengharmonikan hubungan masyarakat berbilang bangsa dan budaya di negara ini
adalah tanggungjawab semua warganegara.


Click to View FlipBook Version