The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by husnaraudhatul88, 2024-01-01 08:40:47

SEJARAH MALAYSIA FLIPBOOK-2

SEJARAH MALAYSIA FLIPBOOK-2

KEMERDEKAAN 31/8/1957 SIAPAKAH Jalur Gemilang Berkibar Megah, Lagu Negaraku Berkumandang Indah, Apakah Erti Kemerdekaan Dari Penjajah, Tapi Budaya Dan Pemikiran Masih Dijajah. Karya Kemerdekaan PEJUANGNYA? Malayan Union?


ِحْيم ْحَمِن الَّر ِبْسِم ِهَّللا الَّر ِ Prof. Madya Dr. Mohamed Ali bin Haniffa Alhamdullilah,bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah tercinta saya, Prof. Madya Dr. Mohamed Ali bin Haniffa kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya uterakan kepada mereka. Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara lansung atau sebaliknya dalam pembikinan flipbook ini. Terima kasih.


ISI KANDUNGAN PAMERAN KEMERDEKAAN: MUZIUM PENGURUSAN UUM 01 KEMERDEKAAN: SIAPAKAH TOKOHNYA? 02 SUMBANGAN SHEIKH ABDULLAH FAHIM DALAM MENUJU KEMERDEKAAN 03 MENGAPAKAH RAKYAT MENENTANG MALAYAN UNION? 04 05 PAPARAN KARYA KEMERDEKAAN


PAMERAN KEMERDEKAAN Muzium Pengurusan UUM


Diambil pada November 14, 2023, Muzium Pengurusan Universiti Utara Malaysia


Pameran Kemerdekaan ini member pendedahan mengenai perjalanan sejarah yang menggambarkan perjuangan dan peristiwa penting yang membawa kepada kemerdekaan Malaysia. Dari pameran ini. ia data menghidupkan semula peristiwa-peristiwa bersejarah, tokoh-tokoh penting, serta nilai-nilai kemerdekaan dan patriotisme. Melalui artifak, gambar, dan bahan interaktif, pameran ini mengilhami pengunjung untuk memahami secara lebih mendalam perjuangan dan pentingnya kemerdekaan bagi Malaysia.


SIAPAKAH KEMERDEKAAN TOKOHNYA?


“I am indeed proud that on this, the greatest day in Malaya’s history it falls to my lot to proclaim the formal independence of this country. Today as a new page is turned, and Malaya steps forward to take her rightful place as a free and independent partner in the great community of nations, a new nation is born, and though we fully realise that difficulties and problems lie ahead, we are confident that, with the blessing of God, these difficulties will be overcome and that today’s events, down the avenues of history, will be our inspiration and our guide.” – August, 1957 “Let us in this hour of our triumph remember those who have given their lives to enable us to enjoy ours, and let us thank those who are even at this hour spending their time in the jungle, so that we can peacefully celebrate our Merdeka. Let us always remember with gratitude what is being done by the members of the Security Forces whose valour and service to the country have helped to make large areas in this country “white”, and people free to go about their business without restriction. The first anniversary of our independence is indeed a memorable one, and I pray that it will be the same next year and all the years after. To those people who have given their co-operation in the service of this country, I say the nation owes you a debt of gratitude. Let this country be an example to the rest of the world on how the various people of different races, with different creeds can live as one people, at peace with one another for the good of all. To Allah we give thanks for the blessings which we now enjoy.” UCAPAN TUNKU ABDUL RAHMAN Sumber :


BAPA KEMERDEKAAN: TUNKU ABDUL RAHMAN Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Tunku dilahirkan pada 8 Februari 1903 di Alor Setar, ibu negeri Kedah. Beliau adalah putera ketujuh Sultan Abdul Hamid Shah, Sultan Kedah ke-25, dan Che Manjalara. 8 FEBRUAR 1903- 6 DISEMBER 1990 Pada usia 87 tahun, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah meninggal dunia di Hospital Besar Kuala Lumpur, pada 6 Disember 1990. Jenazah beliau telah diberi penghormatan terakhir oleh orang ramai di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur, sebelum diterbangkan ke Alor Setar.


KERJAYA Memperlihatkan kepemimpinan dalam pelbagai bidang sebagai seorang negarawan ulung. Pemimpin yang berwibawa dan pejuang yang berjiwa kental untuk membebaskan negara dari penjajah. Memainkan peranan penting dalam menentang Malayan Union dan mengubah slogan UMNO dari "Hidup Melayu" kepada "Merdeka." Mengetuai perbincangan dengan kerajaan British di London yang menghasilkan pemeteraian Perjanjian Merdeka pada 8 Februari 1956, membawa kepada kemerdekaan Malaya pada 31 Ogos 1957. SUMBANGAN Strategi pakatan antara kaum dan kerjasama dengan Majlis Raja-Raja Melayu membuktikan kepimpinannya dalam mencapai kemerdekaan secara aman. Liku, cabaran, dan pengorbanan yang dihadapi telah membuahkan hasil dengan nikmat kemerdekaan yang dinikmati sehingga kini.


Tun Sir Henry Lee Hau-Shi TUN SIR HENRY H.S LEE 19 NOVEMBER 1900 – 22 JUN 1988 Lahir pada 19 November 1900 dan meninggal pada 22 Jun 1988. Terlibat dalam pendirian MCA (Malayan Chinese Association), serta memainkan peranan penting dalam kerjasama antara kaum.


KERJAYA POLITIK Dilantik ke dalam Jemaah Menteri Malaya pertama, menjadi Menteri Kewangan dan Menteri Pengangkutan sebelum kemerdekaan. Peranan dalam menekan Britain untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu, menjadi penandatangan Cina dalam perjanjian kemerdekaan di London pada tahun 1956. KONTROBUSI & PERANAN Dilantik ke dalam Jemaah Menteri Malaya pertama, menjadi Menteri Kewangan dan Menteri Pengangkutan sebelum kemerdekaan. Peranan dalam menekan Britain untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu, menjadi penandatangan Cina dalam perjanjian kemerdekaan di London pada tahun 1956. PENGIKTIRAFAN Dianugerahi Seri Maharaja Mangku Negara dan gelaran Tun atas sumbangan terhadap perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu. Diberi penghormatan dengan penamaan semula Jalan Bandar menjadi Jalan Tun H.S. Lee pada November 1988 sebagai penghargaan atas jasanya.


TUN V.T. SAMBANTHAN Tun Veerasamy Thirugnana Sambanthan 16 JUN 1919- 18 MAY 1979 Dilahirkan pada 16 Jun 1919 di Sungai Siput, Perak, dari keluarga etnik Tamil. Anak kepada Andiappan Veerasamy dan Sengammal. Bapanya merupakan salah seorang penanam getah awal di Sungai Siput, Perak. Kepimpinan yang mencolok ketika dilantik sebagai Presiden Kongres India Malaya pada usia 36 tahun.


KERJAYA POLITIK Dilantik sebagai menteri penuh dalam pelbagai kementerian dalam kabinet. Memberi sumbangan yang besar terutama dalam bidang perpaduan antara kaum dan menyediakan kemudahan kepada rakyat, serta membangkitkan semangat patriotisme pada zamannya. SUMBANGAN DAN JASA Terlibat aktif dalam usaha untuk menyatukan masyarakat berbilang kaum. Mengetengahkan isu-isu kemasyarakatan dan kemudahan kepada rakyat, menunjukkan komitmen terhadap kebajikan dan kemakmuran rakyat.


PAHLAWAN SARAWAK: RENTAP 1800-1870 Pahlawan Iban terkenal dalam sejarah Sarawak, lahir pada tahun 1800. Nama sebenar Rentap aalah Libau, bermaksud 'penggoncang dunia' atau 'Ensumbar' dalam bahasa Iban. Gelaran juga dikenali sebagai 'Raja Darat', menjadi ketua pahlawan Iban di Skrang dan Sariba.


Menentang pemerintahan keluarga Brooke, terutama di Sungai Skrang. Menghadapi kubu-kubu James Brooke yang mengawasi orang Iban dan menyebabkan kebangkitan Rentap. Rentap menyerang kubu James Brooke di Nanga Skrang pada tahun 1853, menewaskan Allan Lee dan mengharumkan namanya. Brooke pula menyerang kubu Rentap di Sungai Lang pada tahun 1854, Rentap undur ke Bukit Sadok dan dikenali sebagai 'Raja Ulu' Rentap tewas pada tahun 1863 ketika Brooke menyerang Bukit Sadok. Rentap berundur ke Entabai untuk menyusun strategi, namun meninggal sebelum dapat melanjutkan perjuangan. KISAH PERJUANGAN PERLAWANAN TERHADAP BROOKE PERTEMPURAN TERAKHIR & KEMATIAN


HERO OF SABAH: MAT SALLEH Datu Mohammad Salleh bin Datu Balu Juga dikenali sebagai Datu Mohammad Salleh bin Datu Balu, lahir di Inanam. Menjadi Pemerintah Sungai Sugut dan berasal dari keturunan Bajau dan Suluk. Pejuang Sabah yang melawan penjajahan Inggeris di Sabah. Mengisytiharkan daerah Tambunan sebagai 'Negeri Tambunan' di bawah kekuasaannya.


Melakukan perlawanan terhadap penyerbuan Inggeris dengan serangkaian pertempuran, termasuk pembakaran pejabat dan serangan balas. Membangunkan kota pertahanan di kampung Tibabar, Tambunan. KEHEBATAN STRATEGIK SEJARAH PERJUANGAN Kota pertahanan dilengkapi dengan pengawalan, terowong rahsia, dan jalan bawah tanah untuk pengunduran dan bantuan luar. Meskipun kehebatan strategi, kota pertahanan akhirnya ditawan oleh Pasukan Bersenjata North Borneo Constabulary pada 1 Februari 1900.


TEMA: PERJALANAN MENUJU KEMERDEKAAN SHEIKH ABDULLAH FAHIM, SIAPAKAH & APAKAH SUMBANGAN BELIAU DALAM MENUJU KEMRDEKAAN?


SIAPAKAH BELIAU? Allahyarham Sheikh Abdullah Fahim merupakan datuk kepada Perdana Menteri Kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Beliau merupakan Anak kelahiran Makkah yang mempunyai kemahiran dan penguasaan tinggi ilmu falak dengan gelaran Fahim berasal daripada kalimah Arab bermaksud seseorang berpengetahuan dan luas ilmunya. Sumber: Pekhabar SUMBANGAN DALAM KEMERDEKAAN Naib Pengerusi Hadhari Global Network, Prof Emeritus Datuk Dr Mohd Yusof Othman menceritakan pesanan Sheikh Abdullah bahawa tarikh kemerdekaan mesti diperoleh pada 31 Ogos 1957 beliau juga ada menyelitkan sebelum Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra mengetuai rombongan ke London untuk berunding dengan kerajaan Inggeris pada 1 Januari 1956, beliau meminta nasihat daripada Sheikh Abdullah.


Sheikh Abdullah menasihati Tunku supaya berangkat menaiki kapal laut agar mempunyai masa mencukupi untuk berbincang sesama mereka dan pulang dengan kapal terbang supaya tiada siapa sempat mengubah fikiran terhadap keputusan dipersetujui. Mufti Pulau Pinang pertama itu turut menyebut tarikh 31 Ogos 1957 dalam bahasa Arab 'am khir atana' yang bermaksud 'tahun baik datang kepada kita.' Sheikh Abdullah berpesan jika tarikh kemerdekaan Tanah Melayu bukan 31 Ogos 1957, hari kemerdekaan seterusnya adalah pada 31 Ogos 1962. Jasa Sheikh Abdullah Fahim dalam menetapkan 31 Ogos 1957, sebagai hari kemerdekaan bagi Tanah Melayu (Malaysia. Perkiraan Sheikh Haji Abdullah Fahim yang cukup terkenal sebagai seorang ahli falak membuatkan beliau layak menentukan tarikh ini


MENGAPAKAH RAKYAT PENUBUHAN MALAYAN UNION? MMEENNEENNTTAANNGG


•Kuasa pemerintahan sultan dihapuskan dan diambil alih oleh Gabenor Malayan Union •Sultan diberikan kuasa dalam hal ehwal agama dan adat istiadat •Menjadi kebimbangan kepada orang Melayu kerana sultan merupakan pelindung bagi orang Melayu •Raja tidak lagi menjadi pemerintah bagi setiap negeri •Melalui pelaksanaan Malayan Union, negerinegeri di tanah Melayu telah menjadi negeri jajahan (diketuai seorang Gabenor) •Menggunakan tindakan tipu helah untuk mendapatkan tandatangan sultan-sultan Melayu •Mengugut, melucutkan jawatan sultan yang bekerjasama dengan Jepun semasa perang dunia kedua •Sultan-sultan tidak diberikan peluang untuk berunding tentang pelaksanaan rancangan Malayan Union tersebut •Bertentangan dengan perlembagaan negeri dan dilihat tidak menghormati institusi beraja yang terdapat di tanah Melayu


•Berdasarkan kontrak sosial yang diberikan kepada orang bukan Melayu hak kewarganegaraan yang longgar berasaskan prinsip jus soli. •Kaum imigran (Cina dan India) akan mendapat hak dan kepentingandengan mudah setaraf dengan orang Melayu •Pentadbiran : Malayan Union mewujudkan sebuah kesatuan yang dikuasai oleh sebuah pemerintan pusat yang kuat •Gabenor British : mengetuai Malayan Union


KEMUNCULAN KARYA KEMERDEKAAN


Seluruh kota gemerlap cahaya tak siapa sempat berdoa bersama decip burung kala perwira kehilangan kaki dan sebutir mata. Tak siapa sudi membawanya ke dataran pesta jalan sesak pemimpin segak berarak tanyalah padang yang menyaksikan laungan pertama, ogos basah juga hampir kehilangan nama di peta di mana muzium sejarah menghimpun getar nyilu perjanjian ucapan hilang di telan zaman padang merdeka menjadi taman jerigi tiang-tiang pualam tumbuh hotel bintang lima membakar tapak silam sebuah keaiban peradaban memusnahkan warisan Sajak Merdeka bertajuk “Senja Hari Merdeka” ini merupakan karya Prof Dr Siti Zainon Ismail, tokoh Sasterawan Negara Malaysia yang ke-14. SAJAK KEMERDEKAAN


Jauh kita berjalan mendukung semua kepercayaan pertama dan terakhir sekarang kita sampai ke puncak tiada tercapai keazaman pantang cair Kita bersua hati mengisi setiap janji pertama dan terakhir tiada hari kiranya hingga bernanah dada sumpah tiada termungkir Gemuruh kita bersorak bumi dan langit retak pertama dan terakhir berani kita bergerak darah dan daging serentak hingga ke saat akhir


padu kita berhasrat hingga bumi kiamat pertama dan terakhir kuat jantung berdetak untuk berpaling tidak biar di gelegak air Rela kita mengangkat cita bangsa berdaulat ke puncak murni berukir! – Datuk A Samad Said Sajak Merdeka bertajuk “Pertama dan Terakhir” ini merupakan karya Datuk Seri (Dr) Abdul Samad Mohamed Said yang dianugerahkan Sasterawan Negara pada tahun 1985.


NOVEL KEMERDEKAAN Berkisar pada kehidupan tokoh yang sinonim dalam sejarah, iaitu Leftenan Adnan, karya ini menyorot watak itu sejak kecil dan remaja hingga menginjak dewasa, sebelum memasuki Rejimen Askar Melayu pada tahun 1933. Perang Dunia Kedua yang meletus menjadi saksi keberanian Leftenan Adnan apabila beliau diberi kepercayaan memimpin dua batalion askar Melayu untuk mempertahankan Singapura daripada ditawan Jepun. Buku ini mengungkap realiti hidup pemimpin tua, Haji Dollah yang kental melindungi penduduk kampungnya, iaitu Kampung Simpang Tiga apabila pelbagai perkara buruk menimpa selepas pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Pengorbanan besar Haji Dollah lebih diserlahkan lagi melalui kisah pedih keluarganya termasuk isteri meninggal dunia, anak bongsu kehilangan suami dan cucu dihina kerana berkahwin dengan wanita yang pernah bersekedudukan dengan pengintip Jepun.


LAGU MERDEKA Tanggal 31 Bulan lapan, 57 Merdeka, merdeka Tetaplah merdeka Ia pasti menjadi sejarah Tanggal 31 Bulan lapan, 57 Hari yang mulia Hari bahagia Sambut dengan jiwa yang merdeka Mari kita seluruh warga negara Ramai-ramai menyambut hari merdeka Merdeka! 31, bulan lapan, 57 Hari mulia, negaraku merdeka Tanggal 31 Bulan lapan, 57 Merdeka, merdeka Tetaplah merdeka Ia pasti menjadi sejarah Mari kita seluruh warga negara Ramai-ramai menyambut hari merdekaMerdeka! 31, bulan lapan, 57 Hari mulia, negaraku merdeka Mari kita seluruh warga negara Ramai-ramai menyambut hari merdekaMerdeka! 31, bulan lapan, 57 Hari mulia, negaraku merdeka Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Tanggal 31 Bulan lapan, 57 Hari yang mulia Hari bahagia Sambut dengan jiwa yang merdeka


Filem 1957: Hati Malaya diterbitkan pada tahun 2007 sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-50 dengan bertemakan anak-anak muda menghayati sejarah negara dan erti kemerdekaan serta semangat nasionalisme. Filem ini berkisarkan mengenai golongan muda tempatan yang berusaha untuk menerbitkan sebuah buku bergambar yang bertajuk 1957- Hati Malaya, filem ini turut menyelitkan kisah benar mengenai perjuangan untuk mencapai kebebasan.


Penulis: Husna Sabri, 11 Dec 2023 SEKIAN, TERIMA KASIH!


Click to View FlipBook Version