1.0 PENGENALAN :
Mini Karnival Sains Sukan merupakan program yang pertama kali dirancang bertujuan melahirkan
murid-murid yang berbakat dalam sains dan juga sukan berdasarkan aktiviti-aktiviti yang disusun.
Program ini juga merupakan program yang dicadangkan kepada murid-murid tahap 1
menggantikan program sukan tahunan yang telah tertangguh selama dua tahun berikutan pendemik
Covid-19 yang melanda seluruh dunia ketika ini. Program ini juga bertujuan untuk membawa
murid-murid ke dalam situasi pembelajaran luar bilik darjah secara santai selain dapat
mengaplikasikan pembelajaran sains yang berlaku di dalam kelas. Program ini juga mempunyai
peranan yang penting dalam pendidikan fizikal dan emosi bagi murid-murid· Walaupun objektif
jangka masa pendek adalah untuk menghiburkan para peserta, namun program ini banyak memberi
sumbangan yang baik terhadap perkembangan dan potensi diri murid. Selain itu, program ini juga
dapat memberikan pengalaman dan pengetahuan disamping mengukuhkan silaturrahim dan
kerjasama antara murid dan guru dan diharapkan memberi manfaat kepada semua.
2.0 RASIONAL :
Program ini bertujuan memberi pengalaman dan pendedahan kepada murid-murid untuk bersaing
secara sihat sesama mereka melalui aktiviti yang dipertandingkan. Semasa mengikuti program ini,
para peserta diharapkan mendapat pengalaman dan pendedahan dalam pelbagai perkembangan
melalui aktiviti yang direncanakan.
Penglibatan mereka dalam aktiviti-aktiviti yang disediakan dirasakan perlu untuk meningkatkan
kemahiran dan peneguhan kepada pengetahuan dan pengalaman sedia ada mereka. Program ini
juga adalah salah satu cara bagi mengeratkan silaturrahim dan kerjasama di kalangan guru-guru
SIRAJ, murid, dan pihak Pentadbir sekolah demi menjana usaha ke arah membina kecemerlangan
anak bangsa.
3.0 OBJEKTIF :
i. Memberi peluang dan pendedahan awal kepada murid-murid ke arah aktiviti
berbentuk pertandingan .
ii. Mengeratkan hubungan diantara murid, guru, dan pentadbir sekolah.
iii. Memberi pengalaman kepada murid-murid untuk mengurus diri dan emosi
sebagai persediaan diri dalam masyarakat.
iv. Memperolehi pengalaman yang menyeronokkan kerana peserta disediakan dengan
aktiviti-aktiviti yang menarik sepanjang mengikuti program.
4.0 KUMPULAN SASARAN. 322 orang
15 orang
4.0 Murid sekolah tahun 1, 2 dan 3 3 oran
4.1 Guru
4.2 Pentadbir 340 orang
JUMLAH PENYERTAAN :
5.0 TARIKH, HARI DAN MASA PELAKSANAAN PROJEK
TARIKH : 1 APRIL 2022
HARI : JUMAAT
TEMPAT : PADANG SIRAJ ABDULLAH IBNU MAS'UD
AHLI JAWATAN KUASA PENGELOLA/ KERJA
PROGRAM SUKAN SEKOLAH INTEGRASI RENDAH AGAMA JAWI
ABDULLAH IBNU MAS'UD TAHUN 2022
PENASIHAT : USTAZAH KHADIJAH BINTI ZAINAL APAU @ HUSIN
PENGERUSI : USTAZAH SHARIFAH AZRINA BT SYED SOFIAN
PENYELARAS : USTAZ SAMSUHAIMI BIN MOHAMAD
PENGARAH PROGRAM : USTAZAH SITI NOR AISHAH BINTI AJMAIN
BENDAHARI : USTAZAH AR RUZITAH BINTI ABD RAHMAN
SETIAUSAHA : USTAZAH NURSYAFIKA BINTI YAKUB
URUSETIA SUKAN : CIKGU NORHAYATI BINTI MOHD YUSOF (TAHUN 1)
CIKGU MOHD ANIQ BIN MD DON ( TAHUN 2)
CIKGU JURAIDAH BINTI ZAMRAH (TAHUN 3)
URUSETIA PEMENANG : CIKGU AINEEN WADIHAH BIN KAMAL (TAHUN 1)
CIKGU EVASHEMA BINTI MD SEDIK (TAHUN 2)
CIKGU MOHD ALIF BIN MOHD PITTLI (TAHUN 3)
URUSETIA FUN POOL : USTAZ MUTAQKI BIN MOHD SHAHIDAN
: USTAZ MOHD SHAHIR BIN MOHD AMIN
URUSETIA BOOTH : NASI LEMAK - USTAZAH AR RUZITAH ABD RAHMAN
: AIR BALANG – USTAZAH SYAFRIDA KAMARUZZAMAN
: AYAM GRG/NAGET – CIKGU SITI NAZIHAH
: BUAH/AISKRIM – USTAZAH AISHAH
: CANDY CORNER – USTAZAH NURSYAFIKA BT YAKUB
: DONUT/POLKADOT – USTAZAH SITI FATIMAH MD JAH
: CORN IN CUP – USTAZAH NURUL IZZATI BT ZULKEFLI
TENTATIF MINI KARNIVAL SAIN SUKAN
SEKOLAH INTEGRASI RENDAH AGAMA JAWI
ABDULLAH IBNU MAS'UD TAHUN 2022
7.30 PAGI : SARAPAN PAGI
8.00 PAGI : MURID BERKUMPUL DI DATARAN
Iringan lagu Haiyabil Jihad
8.30 PAGI : PERMULAAN ACARA
Aluan pengacara Majlis
Bacaan doa
Ucapan Pengarah Program
Perasmian oleh Guru Besar
9.00 PAGI : SENAMROBIK
Diketuai oleh Cikgu Mohd Alif
Wakil murid seramai 8 orang
9.30 PAGI : ACARA DIMULAKAN
12.00 T/HARI : MAJLIS PENUTUPAN
Penyampaian hadiah
# Acara :
1) Kapal terbangku laju
2) Bot ku gagah
3) Kincir Angin ku hebat
4) Botol Ajaib
5) Isi Air Dalam Botol
6) Lerek Bola
# Mini karnival/booth makanan akan bermula jam 8.00-12.00 tengahari
Booth 1 : Nasi lemak
Booth 2 : Air Balang
Booth 3 : Naget dan ayam goreng
Booth 4 : Donut/ polkadot
Booth 5 : Candy corner
Booth 6 : Ais Krim/buah
Booth 7 : Corn in cup