41 KADET REMAJA SEKOLAH 2024 10. KEBUDAYAAN TAHUN 4 TAHUN 5 TAHUN 6 o Mengenal budaya pelbagai kaum di Malaysia o Memahami agama dan kepercayaan pelbagai kaum di Malaysia o Persembahan kebudyaaan o Nasyid,koir, pantun, dikir barat, syair dan lain-lain o Mengenal pantang larang pelbagai kaum o Hari Kebesaran Kaum (agama) o Hari Perayaan Kaum o Persembahan o Nasyid, lakonan, pentomen, sketsa dan lain-lain o Pergaulan o Adat istiadat o Mengenal alat-alat muzik tradisional
42 KADET REMAJA SEKOLAH 2024 C. KHIDMAT MASYARAKAT - KHIDMAS Matlamat Melahirkan generasi pelajar yang sanggup berbakti, tolong-menolong dan berlumba-lumba membuat / melakukan amal kebajikan dalam kehidupan seharian tanpa mengira agama, kaum dan etnik. Objektif o Melahirkan insan yang mempunyai hubungan rapat dengan masyarakat serta aktif dalam aktiviti kemasyarakatan o Mengukuhkan ikatan persaudaraan, kekeluargaan dan mengeratkan hubungan kemasyarakatan antara lapisan masyarakat. o Melahirkan insan yang perihatin terhadap tugas dan tanggungjawab sebagai anggota masyarakat serta mengamalkan budaya simpati dan empati dalam kehidupan seharian. 1. KHIDMAT MASYARAKAT TAHUN 4 TAHUN 5 TAHUN 6 ✓ Gotong royong membersihkan kawasan sekolah Gotong royong membersihkan - Tempat ibadat, balairaya, tanah perkuburan dan lainlain Projek khidmat bakti - Gotong royong - Kawalan dan ziarah (Jiran/ setempat/ rumah anak yatim/ hospital dan lain-lain) D. ALAM SEKITAR Matlamat Melahirkan generasi pelajar yang berpotensi menyesuaikan diri dalam pelbagai bidang keusahawanan. Objektif o Memupuk bakat serta potensi yang sedia ada di kalangan pelajar serta mampu memenuhi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah. o Melahirkan insan yang kreatif dan inovatif. i. ALAM SEKITAR TAHUN 4 TAHUN 5 TAHUN 6 i. Mengenal tumbuhan i. Memerhati dan merekod serangga ii. Memulihara dan memelihara sungai i. Kitar semula ii. Ekosistem
43 KADET REMAJA SEKOLAH 2024 E. KEUSAHAWANAN Matlamat Melahirkan generasi pelajar yang berpotensi menyesuaikan diri dalam pelbagai bidang keusahawanan. Objektif o Memupuk bakat serta potensi yang sedia ada di kalangan pelajar serta mampu memenuhi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah. o Melahirkan insan yang kreatif dan inovatif. KRAFTANGAN TAHUN 4 TAHUN 5 TAHUN 6 i. Pengenalan & kegunaan kraftangan - Hiasan - Cenderahati - Bahan semulajadi iii. Hiasan dari bahan terbuang dan bahan semulajadi iv. Cara penjagaan v. Gubahan bunga vi. Membuat senduk vii. Bahan semulajadi - anyaman
44 KADET REMAJA SEKOLAH 2024 • Perancangan Program
45 KADET REMAJA SEKOLAH 2024
46 KADET REMAJA SEKOLAH 2024
47 KADET REMAJA SEKOLAH 2024 • Skim Latihan Kurikulum “Training of Trainers” (TOT) 1.0.KURSUS PENDEDAHAN JAWATAN LEFTENAN MUDA KRS [ KURSUS TAHAP 1 ] 1. Kandungan perlembagaan KRS 2. Falsafah aktiviti bersepadu KRS 3. Kemahiran penyampaian 4. Perancangan program latihan 5. Penyelesaian masalah 6. Aktiviti – aktiviti kemahiran KRS i. Disiplin dan kerohanian ii. Ketahanan dan kebudayaan iii. Keusahawanan iv. Alam sekitar v. Khidmat masyarakat [ Khidmas ] 7. Pengukuran dan penilaian.
48 KADET REMAJA SEKOLAH 2024 2.0.KURSUS PENGESAHAN JAWATAN LEFTENAN [ KURSUS TAHAP II ] 1. Memahami kandungan perlembagaan i. Memahami falsafah aktiviti bersepadu KRS 2. Aktiviti kemahiran KRS Ujian Pre Test [ Bertulis dan praktikal ] i. Disiplin dan kerohanian Penghayatan semasa kursus Ketepatan masa Kepimpinan ii. Ketahanan dan kebudayaan Ujian bertulis iii. Keusahawanan Merekacipta Kertas perancangan aktiviti kewangan Pemasaran iv. Alam sekitar Kitaran kertas Oven v. Khidmas Projek sehari bersama masyarakat 3. Pengujian dan Penilaian Ujian bertulis
49 KADET REMAJA SEKOLAH 2024
50 KADET REMAJA SEKOLAH 2024 PENULISAN LOG HARIAN BIL.: 3 TARIKH :24 JANUARI 2024 TAJUK : TOPIK 4 LOKASI : ASTAKA IPGK TENGKU AMPUAN AFZAN JURULATIH : ENCIK NIK ZAIDI BIN ISMAIL KETUA PLATUN : MOHAMMAD NUR IZZUDIN KEKUATAN ANGGOTA : 45 ANGGOTA MASA AKTIVITI CATATAN 8.00 – 9.00 pagi Latihan anduh 9.00-11.00 pagi 4. Kawad * Kawad asas kaki - bahasa hukuman
51 KADET REMAJA SEKOLAH 2024 LOG PENULISAN PELAJARAN BIL: 3 TARIKH : 24 JUN (Minggu 3) HARI : RABU 4. Kawad Kawad Asas Kaki • Bahasa Hukuman 1. Baris, baris sedia… 2. Baris, senang diri…. 3. Rehatkan diri….. 4. Scout…. 5. Luruskan barisan, 6. Scout, 7. Buka barisan, Gerak…, 8. Ke kanan lurus, 9. Pandang depan…., 10. Bergerak ke kanan, kanan sing.., 11. Menghadap ke hadapan, kiri Sing…, 12. Bergerak ke kiri, kiri Sing…, 13. Menghadap ke hadapan, kanan Sing…, 14. Menghadap kebelakang, belakang sing…, 15. Menghadap ke hadapan, belakang sing…, 16. Dua langkah ke kiri, Gerak…, 17. Tutup barisan, Gerak…, 18. Keluar……….Baris
52 KADET REMAJA SEKOLAH 2024
53 KADET REMAJA SEKOLAH 2024 PENULISAN LOG HARIAN BIL.: 4 TARIKH :31 JANUARI 2024 TAJUK : TOPIK 4 LOKASI : ASTAKA IPGK TENGKU AMPUAN AFZAN JURULATIH : ENCIK NIK ZAIDI BIN ISMAIL KETUA PLATUN : MOHAMMAD NUR IZZUDIN KEKUATAN ANGGOTA : 45 ANGGOTA MASA AKTIVITI CATATAN 8.00- 9.00 pagi Pembuatan kraftangan 9.00 -11.00 pagi 4.Kawad * Kawad asas kaki - bahasa hukuman - kawad statik - kawad dinamik PENULISAN LOG HARIAN BIL.: 5 TARIKH :7 FEBRUARI 2024 TAJUK : TOPIK 4 LOKASI : ASTAKA IPGK TENGKU AMPUAN AFZAN JURULATIH : ENCIK NIK ZAIDI BIN ISMAIL KETUA PLATUN : MOHAMMAD NUR IZZUDIN KEKUATAN ANGGOTA : 45 ANGGOTA MASA AKTIVITI CATATAN 8.00 – 11.00 pagi 4.Kawad * Kawad asas kaki - bahasa hukuman - kawad statik - kawad dinamik
54 KADET REMAJA SEKOLAH 2024 LOG PENULISAN PELAJARAN BIL: 4 TARIKH :31 Januari ( Minggu 4) HARI : RABU 4. KAWAD • Kawad statik dan dinamik SEDIA • Hukumannya : "Skuad ..............Sedia" • Perbuatan : Dengan pantas angkat kaki kanan, peha 45 darjah dan hentak padat di sebelah kaki kiri supaya terdengar satu bunyi sahaja. Kedudukannya ialah kedua-dua tumit rapat dan sebaris; hujung kaki terbuka 30 darjah; kedua-dua lutut bertahan lurus; badan tegak; timbang keberatan badan antara tapak kaki dengan tumit; kedua-dua bahu tarik ke bawah dan ke belakang (supaya dada terbuka tanpa perlu dikeraskan) sama rata; kedua-dua tangan lurus ke bawah; kedua-dua siku rapat ke badan ; pergelangan tangan lurus; jari-jari genggam; belakang jari rapat ke paha, ibu jari lurus menghala ke bawah dan rapat kepada telunjuk serta di belakang sedikit daripada penjahitan seluar; langut kepala memandang terus ke hadapan. • Ingatan: Beri hukuman supaya bersedia sebelum ‘Skuad…….. sedia”. SENANG DIRI • Hukuman : "Senang ..................Diri • Perbuatan : Dengan pantas angkat kaki kanan, peha 45 darjah dan hentak ke sebelah kanan sejauh 12 inci. Dalam masa yang sama kedua-dua tangan ke belakang dan letakkan belakang tangan kanan rapat di atas tapak tangan kiri, ibu jari bersilang, empat-empat jari bersusun lurus menuju ke bumi , siku lurus, dan keberatan badan di atas kedua-dua kaki. Masa angkat kaki kanan, kaki kiri mesti tegap dan tidak bergerak.
55 KADET REMAJA SEKOLAH 2024 REHATKAN DIRI • Hukuman : "Rehatkan ................Diri" • Perbuatan: Dalam kedudukan senang diri, naikkan tangan dari punggung ke pinggang dalam satu pergerakan dan rehatkan semua anggota badan ( 1 , 2 , rehat ) Kedudukan kaki tidak berubah. • Ingatan : Dalam keadaan "Rehatkan ....... Diri" , Skuad dibenarkan melakukan pergerakan setakat pinggang ke atas sahaja. Apabila dapat perintah "Skuad" dengan serta merta balik ke kedudukan senang diri. MEMBETULKAN BARISAN • Hukuman: " Ke kanan ........... Lurus" • Perbuatan: Penanda kanan diam. Yang lain langkah* kaki kanan 6 inci ke hadapan dan angkat kaki kiri serta hentak disebelah kaki kanan, kedua – dua tangan lurus dan rapat ke badan. Diam dan kira masa sendiri (2-1). Kemudian palingkan muka ke kanan; melainkan anggota yang nombor satu dalam setiap barisan; serentak dengan itu anggota dalam barisan hadapan angkat tangan ke paras bahu melalui sebelah belakang anggota di kanannya, jari genggam dalam keadaan ibu jari di kedudukan atas mencecah bahu anggota di sebelah kanan. Diam dan kira masa sendiri, (2- 1), diikuti dengan hentak kaki ”pendek – pendek” sehingga barisan lurus. Penanda kanan hendaklah diam. Anggota di sebelah kanan barisan tengah dan barisan belakang hendaklah mengangkat tangan sekadar menyentuh bahu anggota di hadapannya. Setiap barisan ini hendaklah berdiri bersetentang dengan anggota - anggota di hadapan. Sesudah barisan lurus, semua diam dan tunggu hukuman pandang depan. • Hukuman: ''Pandang.............depan'' • Perbuatan: Palingkan muka ke hadapan dan turunkan tangan ke sebelah rusuk
56 KADET REMAJA SEKOLAH 2024 serentak dengan pantas • Hukuman: ”Ke Kiri…… Lurus” Hukuman ini diberi apabila skuad menghadap ke belakang dan penanda berada di sebelah kiri. Perbuatannya adalah sama dengan ke kanan lurus kecuali semua anggota akan palingkan muka ke kiri dan angkat tangan kiri. Penanda di sebelah kiri hendaklah diam. Kita boleh memberi nombor sama ada dari kiri atau kanan. • Hukuman : "Luruskan ............ Barisan" • Perbuatan : Pergerakan seperti di atas juga tetapi tidak perlu melangkah ke hadapan, cuma hentakkan kaki kanan dan kiri berturut-turut dan terus bergerak betulkan barisan. Apabila barisan telah lurus , turunkan tangan dan palingkan muka ke depan dalam masa sendiri. Barisan tengah dan barisan belakang hendaklah mengikuti anggota hadapan. NOMBOR Permulaan pelajaran, skuad hendaklah dinomborkan supaya menyenangkan jurulatih memanggil anggota. Dari itu memadai dengan memanggil “Nombor.......... barisan ..................” saja. Anggota juga tahu kedudukannya dalam skuad. • Hukuman : " Dari kanan ...........Nombor" • Perbuatan : Barisan hadapan sahaja yang membilang nombor dengan pantas dari kanan ke kiri. Anggota yang di sebelah kanan sekali bilang "satu" , yang lain mengikut bilang "dua" dan seterusnya sehingga habis. • Ingatan : Apabila anggota telah tersalah bilang, hendaklah diberi hukuman "Semula" , kemudian ulang balik daripada anggota pertama.
57 KADET REMAJA SEKOLAH 2024 BUKA / TUTUP BARISAN • Hukuman: "Buka Barisan .................Gerak". • Perbuatannya : Barisan hadapan ambil dua langkah ke hadapan, iaitu langkah kaki kanan kehadapan 30 inci dan kaki kiri 15 inci, kemudian angkat kaki kanan dan hentak di sebelah kaki kiri kepada kedudukan sedia. Barisan belakang ambil dua langkah ke belakang mulai kaki kanan diikuti kaki kiri, kemudian angkat kaki kanan dan hentak di sebelah kaki kiri kepada kedudukan sedia. Masa bergerak bilang; (1-2-1) • Hukumannya: "Tutup Barisan.......Gerak" • Perbuatannya : Barisan hadapan ambil dua langkah ke belakang dan barisan belakang ambil dua langkah ke hadapan. Pergerakannya adalah serupa seperti "Buka Barisan......Gerak". • Ingatan : Apabila skuad berjalan dalam barisan ke hadapan atau ke belakang (melintang) ketika hukuman buka barisan diberi, barisan hadapan hendaklah jalan terus, barisan tengah hentak kaki dua kali , manakala barisan belakang hentak kaki empat kali dan maju. Kalau hukuman tutup barisan diberi, pergerakan adalah sebaliknya. BERPUSING KE KANAN / KIRI / BELAKANG • Hukumannya: ”Bergerak ke kanan, kanan ........ Pusing" Dengan menetapkan kedua-dua lutut lurus, hendaklah berpusing sebanyak 90 darjah ke kanan, di atas tumit kaki kanan dan hujung kaki kiri dengan mengangkat hujung kaki kanan dan tumit kaki kiri. Apabila sampai ke hala yang baru tapak kaki kanan terletak atas bumi menyerong ke kanan dan tumit kaki kiri terangkat. Kedua- dua lutut lurus, badan tegak seperti kedudukan sedia . Keberatan badan di atas kaki kanan. Angkat kaki kiri dan hentak di sebelah kaki kanan dengan pantas kepada kedudukan sedia.
58 KADET REMAJA SEKOLAH 2024 • Hukumannya: ”Bergerak ke kiri, Kiri .......Pusing" • Perbuatannya : Dengan menetapkan kedua-dua lutut lurus, hendaklah berpusing sebanyak 90 darjah ke kiri, di atas tumit kaki kiri dan hujung kaki kanan dengan mengangkat hujung kaki kiri dan tumit kaki kanan. Apabila sampai ke hala yang baru tapak kaki kiri terletak atas bumi menyerong ke kiri dan tumit kaki kanan terangkat. Kedua-dua lutut lurus, badan tegak seperti kedudukan sedia . Keberatan badan di atas kaki kiri. Angkat kaki kanan dan hentak di sebelah kaki kiri dengan pantas kepada kedudukan sedia. • Hukumannya: Menghadap ke belakang , "Belakang ......Pusing". Menghadap ke hadapan , "Belakang ......Pusing" • Perbuatannya : Dengan menetapkan kedua-dua lutut lurus, hendaklah berpusing 180 darjah mengikut pusingan jam ( ikut bahu kanan ) , di atas tumit kaki kanan dan hujung kaki kiri dengan mengangkat hujung kaki kanan dan tumit kaki kiri. Apabila sampai ke hala yang baru tapak kaki kanan terletak atas bumi menyerong ke kanan dan tumit kaki kiri terangkat. Kedua-dua lutut lurus, badan tegak seperti kedudukan sedia . Keberatan badan di atas kaki kanan. Angkat kaki kiri dan hentak di sebelah kaki kanan dengan pantas kepada kedudukan sedia.
59 KADET REMAJA SEKOLAH 2024 BERSURAI DAN KELUAR BARIS • Hukumannya: "Ber..............surai" • Perbuatannya : Skuad itu hendaklah dalam keadaan tutup barisan , pusing ke kanan, hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan, hormat sekali terus melangkah mulai kaki kanan ke hadapan tiga langkah dalam masa cepat ; terus bersurai. • Hukumannya: "Keluar ............... Baris" • Perbuatannya : Berbeza dengan bersurai, keluar baris bermaksud aktiviti belum tamat, malah bersurai sementara sahaja dan hormat tidak dikehendaki. Anggota tidak boleh beredar dari padang kawat atau kawasan latihan.
60 KADET REMAJA SEKOLAH 2024 LOG PENULISAN PELAJARAN BIL: 5 TARIKH : 7 FEBRUARI (MINGGU 5) HARI : RABU 4. KAWAD DINAMIK BERJALAN Jarak Langkah (Ukuran dari tumit ke tumit) a) Perlahan dan cepat jalan jaraknya tiap-tiap satu langkah 30 inci; b) Panjangkan langkah tiap-tiap satu langkah 33 inci; c) Pendekkan langkah tiap-tiap satu langkah 21 inci; d) Berlari tiap-tiap satu langkah 40 inci; Masa Berjalan (Timing Of Marching) a) Perlahan jalan langkah 65 langkah dalam satu minit; b) Cepat jalan 120-128 langkah dalam satu minit (Biasa); c) Berlari 180 langkah dalam satu minit. BERJALAN DAN BERHENTI DALAM MASA CEPAT JALAN Cepat jalan • Hukuman : "Dari kanan/kiri, cepat jalan" • Perbuatan : Langkah ke hadapan sejauh 30 inci dari tumit ke tumit mulai kaki kanan, dengan memacakkan tumit ke bumi, lutut lurus serta lenggangkan tangan separas bahu, tangan kanan ke belakang, jari genggam, ibu jari di bahagian atas menghala ke hadapan , kedua-dua lengan lurus. Masa berjalan badan tegak, buka dada, serta pandang ke hadapan 200 meter. (Lihat gambar no. 5)
61 KADET REMAJA SEKOLAH 2024 • Ingatan : (a) Lenggang tangan ke belakang semaksimum yang boleh. Lenggang tangan hadapan separas dengan bahu. (b) Melangkah dengan memacakkan tumit tanpa membengkokkan lutut. BERHENTI • Hukuman : "Skuad.. ..........henti" • Perbuatan: Bahasa "skuad" untuk memberi bahasa amaran dan "henti", semasa beri tumit kaki kiri mencecah bumi di hadapan kaki kanan. Check atas kaki kanan. Hentak kaki kiri diikuti kaki kanan dan di masa yang sama kedua - dua tangan dibawa ke sisi dalam kedudukan sedia. LANGKAH KE HADAPAN / KE BELAKANG • Hukuman : "1/2/3 Langkah ke hadapan / ke belakang .............Gerak" • Perbuatan ; Langkah kaki ( 15 inci langkah pertama, 30 inci langkah seterusnya) ke hadapan atau ke belakang mengikut bilangan langkah yang ditetapkan mulai kaki kanan dan diakhiri dengan sekali hentak (kaki kiri jika bilangan langkah ganjil dan kaki kanan jika bilangan langkah genap) Rapat kedua-dua tumit. Badan tegak, kedua - dua tangan rapat ke rusuk, jari genggam, ibu jari di sisi penjahit seluar serta pandang ke hadapan.
62 KADET REMAJA SEKOLAH 2024 BELOK • Hukuman : "Kanan/kiri ......... Belok" • Perbuatan : Samada berjalan dalam satu barisan (file), bertiga-tiga atan enam-enam orang, maka orang yang di sebelah dalam hendaklah membelok seperti di atas satu lilitan bulatan ke kiri atau ke kanan 90 . Panjang atau pendek langkah bergantung kepada kedudukan barisan. Anggota di dalam barisan, pendekkan langkah dan anggota di barisan luar, panjangkan langkah. BERPUSING SEMASA CEPAT JALAN KE KANAN PUSING • Hukumannya : " Menghadap ke hadapan / belakang, kanan .......... pusing! " " Bergerak ke kanan / kiri, kanan ............ pusing! " • Perbuatan: Hukuman “pusing” diberi semasa kaki kiri jejak ke bumi. Check kaki kanan dan hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan. Dalam masa yang sama hala kaki kanan 90 darjah ke kanan dan terus berjalan. KE KIRI PUSING • Hukumannya: " Menghadap ke hadapan / belakang, kiri .......... pusing! " " Bergerak ke kanan / kiri, kiri ............ pusing! " • Perbuatan: Hukuman “pusing” diberi semasa kaki kanan jejak ke tanah. Angkat kaki kanan dan hentak di sebelah kaki kiri . Dalam masa yang sama halakan kaki kiri ke sebelah kiri dan terus berjalan.
63 KADET REMAJA SEKOLAH 2024 KE BELAKANG PUSING • Hukumannya " Bergerak ke kanan / kiri, belakang ............ pusing! " Hukuman pusing diberi semasa kaki kanan jejak ke tanah, check kaki kiri, tarik kaki kanan di belakang tumit kaki kiri dalam keadaan menghala ke kanan (in), hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan, hentak kaki kanan di sebelah kaki kiri, hentak kaki kiri diselah kaki kanan. Dengan pantas tendang kaki kanan dan terus berjalan(maju). • Peringatan: Tangan dirapatkan ke sisi semasa pergerakan ”in” TUKAR LANGKAH DALAM MASA PERLAHAN JALAN DAN CEPAT JALAN Semasa cepat jalan. • Hukuman : "Tukar langkah masa berjalan, tukar ............langkah" • Perbuatan : Hukuman ” tukar” diberi semasa kaki kanan jejak tanah. Hukuman ”langkah” di beri atas kaki kiri Hentak kaki kanan di sebelah kaki kiri, Hentak kaki kiri disebelah kaki kanan Tendang kaki kanan ke hadapan dan terus cepat jalan. MEMBERI HORMAT Hormat ialah satu cara bagi menghormati di antara anggota-anggota pangkat rendah dengan pegawai-pegawai atasan, dalam satu-satu pasukan. Dengan cara inilah terbentuknya satu disiplin, dalam pasukan. Hormat yang dilakukan dengan betul dan cergas itu disebabkan latihan baik. Pegawai yang tidak mengambil berat tentang hormat akan merosakkan tatatertib. Maka menjadi kewajipan semua pegawai, dan ahli pangkat rendah mengetahui segala peraturan itu, terutama sekali keterangan-keterangan yang ringkas di bawah ini.
64 KADET REMAJA SEKOLAH 2024 MEMBERI HORMAT KETIKA BERJALAN Memberi hormat dalam masa berjalan boleh dilakukan ke kiri, ke kanan atau ke hadapan dan boleh dilakukan juga dalam cepat atau perlahan jalan. HORMAT KE HADAPAN • Hukuman: "Hormat ke hadapan .......... hormat ." • Perbuatan: Diberi serupa dengan hukuman " berhenti", skuad hendaklah berhenti, hormat ke hadapan, turun tangan kemudian hormat sekali lagi , turun tangan, pusing ke belakang, berjalan dengan cepat jalan. HORMAT KE KANAN/KIRI : • Hukuman: "Hormat ke kanan/kiri ...............hormat" • Perbuatan: Hukuman Hormat diberi ketika kaki kiri jejak ke bumi. Check atas kaki kanan dan langkah kaki kiri ke hadapan, pada masa yang sama bawa tangan kanan ke kedudukan hormat dan palingkan muka ke kanan atau kiri dengan pantas. Langkah kaki kanan, kiri, kanan (Turun tangan dan palingkan muka ke hadapan). Langkah kaki kiri dan terus berjalan dalam cepat masa. Nota: Kiraan masa : Check – hormat – 2 – 3 – potong – lenggang. HORMAT SELAKU MENERIMA SIJIL • Hukuman: "Selaku terima sijil, Hormat ke hadapan .......... Hormat" Diberi serupa dengan hukuman " berhenti", skuad hendaklah berhenti, hormat ke hadapan, turun tangan satu langkah kaki kanan ke hadapan dan hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan seperti kedudukan sedia. Hulurkan kedua-dua tangan dalam keadaan siku lurus. Tangan kanan atas tangan kiri (tidak ditepuk) tutup dan tarik ke sisi kemudian langkah kaki kanan ke belakang hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan, hormat sekali lagi , turun tangan, pusing ke belakang, berjalan dengan cepat jalan.
65 KADET REMAJA SEKOLAH 2024 PENULISAN LOG HARIAN BIL.: 6 TARIKH :21 FEBRUARI 2024 TAJUK : TOPIK 4 & TOPIK 5 LOKASI : ASTAKA IPGK TENGKU AMPUAN AFZAN JURULATIH : ENCIK NIK ZAIDI BIN ISMAIL KETUA PLATUN : MOHAMMAD NUR IZZUDIN KEKUATAN ANGGOTA : 45 ANGGOTA MASA AKTIVITI CATATAN 8.00 – 11.00 pagi 4.Kawad * Kawad istiadat - istiadat perhimpunan - istiadat naik dan turun bendera 5. Asas Pertolongan Cemas - tujuan dan prinsip bantu mula - anduh dan balutan
66 KADET REMAJA SEKOLAH 2024 LOG PENULISAN PELAJARAN BIL: 6 TARIKH : 21 FEBRUARI 2024 (MINGGU 7) HARI : RABU 4. KAWAD KAWAD ISTIADAT ❖ Istiadat perhimpunan Susun atur perbarisan dalam sesuatu acara/majlis hendaklah mengikut kesesuaian tempat. i) Hormat keseluruhan untuk pegawai sahaja ” Hormat ke hadapan hormat ” ii) ii) Lagu iii) iii) Lapor ” Assalamualaikum tuan/Dato’ dll .................. Perbarisan sempena .......................terdiri daripada ........................... pegawai dan ......................... lain-lain pangkat siap untuk upacara perasmian/penutup/diperiksa dll. iv) iv) Periksa barisan ( jika ada ) v) v) Doa vi) vi) Ucapan dll. vii) v) Lapor selesai perbarisan ” Baris.....Baris sedia, Hormat....... hormat ke hadapan hormat. ” Assalamualaikum tuan/Dato’ dll ............ mohon kebenaran meneruskan tugas yang lain. Terima kasih tuan. Catatan : Bahasa perintah dan urutan pergerakan hendaklah mematuhi prinsip-prinsip kawad. ❖ Istiadat naik dan turun bendera ISTIADAT MENGIBARKAN BENDERA 1. Semua pemimpin berbaris mengikut kekanaan 3 langkah di belakang tiang bendera 2. Pemimpin bertugas berdiri 3 langkah ke kiri dan selangkah di hadapan kiri tiang bendera 3. Ahli KRS membuat bentuk ladam kuda dan dalam keadaan sedia. 4. Pemimpin bertugas akan memberi hukuman “sedia” kepada ahli KRS. 5. Pemimpin bertugas mengadap pemimpin kanan memohon kebenaran untuk menjalankan istiadat 6. Selepas mendapat kebenaran, pemimpin bertugas kembali ke tempat asalnya dan akan menyebut perkataan “bendera”, 7. KRS bertugas bergerak 1 langkah ke hadapan dan berkawad menuju tiang bendera dan berhenti di hadapan tiang bendera.
67 KADET REMAJA SEKOLAH 2024 8. KRS bertugas menarik tali bendera dengan tangan kanan. 9. KRS bertugas bergerak 1 langkah ke belakang dan memberi hormat kepada bendera (dalam kiraan 3 saat) diikuti oleh semua pemimpin serta KRS lain . 10. Selesai memberi hormat, KRS bertugas kembali ke tempat asalnya. 11. Pemimpin bertugas akan menyebut perkataan “Negaraku”, semua ahli KRS menyanyi lagu Negaraku diikuti lagu PKadet Remaja Sekolah dan doa berturutan. 12. Pemimpin bertugas sekali lagi mengadap pemimpin kanan untuk menjemputnya menyampaikan ucapan ringkas. 13. Selepas mendapat persetujuan, pemimpin bertugas kembali ke tempat asalnya dan mengarahkan ahli KRS untuk 'senang diri'. 14. Selepas selesai ucapan pemimpin kanan, pemimpin bertugas akan memberi hukuman “sedia” kepada ahli KRS. 15. Pemimpin bertugas sekali lagi mengadap pemimpin kanan untuk memohon kebenaran untuk menjalankan tugasan lain. 16. Selepas mendapat kebenaran, pemimpin bertugas kembali ke tempat asalnya. 17. Pemimpin kanan memberi arahan keluar baris kepada semua pemimpin. 18. Pemimpin bertugas memberi arahan keluar baris kepada semua ahli.. ISTIADAT MENURUNKAN BENDERA 1. Semua pemimpin berbaris mengikut kekanaan 3 langkah di belakang tiang bendera 2. Pemimpin bertugas berdiri 3 langkah ke kiri dan selangkah di hadapan kiri tiang bendera 3. Ahli KRS membuat bentuk ladam kuda dan dalam keadaan sedia. 4. Pemimpin bertugas akan memberi hukuman “sedia” kepada ahli KRS. 5. Pemimpin bertugas mengadap pemimpin kanan memohon kebenaran untuk menjalankan istiadat 6. Selepas mendapat kebenaran, pemimpin bertugas kembali ke tempat asalnya dan akan menyebut perkataan “bendera”, 7. 2 orang KRS bertugas bergerak 1 langkah ke hadapan dan berkawad menuju tiang bendera dan berhenti di hadapan tiang bendera. 8. Kedua-dua KRS bertugas melipat bendera. 9. Selesai melipat bendera, KRS bertugas menyerahkan bendera kepada pemimpin bertugas dan kembali ke tempat asal. 10. Pemimpin bertugas mengadap pemimpin kanan untuk menyerahkan bendera sebagai menandakan istiadat menurunkan bendera telah selesai dan memohon kebenaran untuk menjalankan tugasan lain.
68 KADET REMAJA SEKOLAH 2024 11. Selepas mendapat kebenaran, pemimpin bertugas kembali ke tempat asalnya. 12. Pemimpin kanan memberi arahan keluar baris kepada semua pemimpin. 13. Pemimpin bertugas memberi arahan keluar baris kepada semua ahli..
69 KADET REMAJA SEKOLAH 2024 6. ASAS PERTOLONGAN CEMAS • Tujuan dan Prinsip Pertolongan Cemas Tujuan Pertolongan Cemas. a.Selamatkan nyawa. -Memberi bantuan awal untuk menyelamatkan nyawa di dalam situasi yang mengancam nyawa seperti pendarahan yang banyak, terhenti pernafasan dan jantung, terbakar dan melecur dan lain lain lagi. b. Mengelakkan kecederaan bertambah buruk. -Memberi rawatan pertolongan cemas yang betul dan pantas untuk mengelakkan kecederaan atau keadaan pesakit menjadi bertambah buruk. c.Mengurangkan kesakitan. -Memberi keselesaan, keyakinan dan kata-kata semangat untuk memberikan kelegaan kepada pesakit. Prinsip-prinsip pertolongan cemas: 1. Menyelamatkan nyawa. 2. Mengurangkan kesakitan. 3. Mengelakkan daripada keadaan bertambah teruk. 4. Mendapat bantuan doktor atau menghantar pesakit ke hospital.
70 KADET REMAJA SEKOLAH 2024 • Anduh dan Balutan • Anduh Jenis anduh Anduh besar Anduh menaik Anduh pergelangan tangan Anduh kecil Jenis balutan anduh Anduh lengan Anduh kepala Anduh lutut atau siku Anduh pergelangan tangan Anduh tapak kaki Kesemua balutan-balutan diatas hendaklah menggunakan ikatan buku sila: Ikatan buku sila
71 KADET REMAJA SEKOLAH 2024 ANDUH LENGAN • Bucu atas kain anduh hendaklah diletakkan pada siku lengan yang tercedera. • Kemudian ikatan buku sila diikat pada atas bahu. • Bucu atas kain anduh yang diletakkan pada siku tadi boleh dipinkan atau dilipat ke bahagian dalam untuk lebih kemas. Anduh Lengan ANDUH LUTUT • Lipat sedikit kain anduh dan letakkannya (seperti gambarajah di bawah) di atas lutut yang tercedera. • Tarik kedua-dua hujung kain anduh melintasi bawah lutut kemudian ikatkan buku sila pada atas bahagian lutut (seperti gambar rajah di bawah). • Tutup ikatan tersebut dengan bucu atas kain anduh untuk lebih kemas. Anduh Lutut
72 KADET REMAJA SEKOLAH 2024 ANDUH KEPALA • Lipatkan sedikit kain anduh tersebut dan letakkannya pada atas dahi mangsa dan biarkan bucu atas kain anduh berada di belakang kepala. • Pegang kedua-dua hujung kain anduh dan silang ke belakang kepala kemudian bawa ke dahi dan diikat buku sila. • Lipat kain lebihan di belakang untuk lebih kemas. Anduh Kepala ANDUH PERGELANGAN TANGAN atau TAPAK KAKI. • Letakkan tapak kakitangan yang tercedera di atas kain anduh, kemudian tarik dan letakkan bucu atas kain anduh di atas kakitangan. (seperti gambarajah di bawah.) • Silangkan kedua-dua bucu hujung kain anduh di atas dan bawah. (seperti gambarajah di bawah) • Ikatan buku sila kemudiannya diikat pada atas pergelangan tangan seperti yang ditunjukkan di gambarajah di bawah. • Ikatan buku sila diikat pada belakang tumit jika terdapat kecerderaan pada bahagian kaki yang mesti di balut. Anduh pergelangan tangan
73 KADET REMAJA SEKOLAH 2024 • BALUTAN • Pembalut dilakukan untuk membantu pembebatan. • Pembebatan digunakan untuk menutup dan mengawal luka pendarahan. Jenis kain pembalut Pembalut Tiga Segi Pembalut Lebar Pembalut Kecil Pembalut Gulung Jenis balutan luka Kain Pembalut
74 KADET REMAJA SEKOLAH 2024 - Anduh dan balutan digunakan sekiranya: Luka tusukan Luka tertusuk boleh disebabkan oleh benda-benda tajam seperti jarum, paku, duri, kaca dan lain-lain. la biasanya tidak banyak berdarah melainkan pembuluh darah yang besar tertusuk. Seelok eloknya bersihkan luka tersebut sebelum rawatan diberi. Kemudian balut dengan pembalut yang bersih dan bawa pesakit kehospital untuk rawatan lanjut. Terkena selumbar Cara merawat: • Cuci bahagian yang terkena selumbar dan Beri tuaman sejuk: • Ambil sehelai kain atau tuala. Lipat mengikut saiz yang dikehendaki • Rendam dalam air sejuk, perah hingga tidak menitik dan tuamkan pada bahagian yang luka. Tuaman ini haruslah dikenakan pada bahagian cedera dan diulang-ulangkan membasahkannya supaya sejuk.
75 KADET REMAJA SEKOLAH 2024 PENULISAN LOG HARIAN BIL.: 7 TARIKH :28 FEBRUARI 2024 TAJUK : TOPIK 5 & TOPIK 6 LOKASI : ASTAKA IPGK TENGKU AMPUAN AFZAN JURULATIH : ENCIK NIK ZAIDI BIN ISMAIL KETUA PLATUN : MOHAMMAD NUR IZZUDIN KEKUATAN ANGGOTA : 45 ANGGOTA MASA AKTIVITI CATATAN 8.00 – 8.30 pagi Latihan kawad 8.30 – 11.00 pagi 5.Asas Pertolongan Cemas - merawat luka,gigitan dan sengatan serangga - patah dan terseliuh - pemulihan pernafasan - teknik usungan 6. Disiplin dan Kerohanian - ketatanegaraan - kerohanian/pendidikan moral - pengurusan dan gaya diri
76 KADET REMAJA SEKOLAH 2024 LOG PENULISAN PELAJARAN BIL: 7 TARIKH :28 FEBRUARI 2024 (MINGGU 8) HARI : RABU 5. ASAS PERTOLONGAN CEMAS ❖ MERAWAT LUKA, GIGITAN DAN SENGATAN SERANGGA MERAWAT LUKA • Luka seperti terpotong, terhiris atau melecet. Rawatan: 1) Bersihkan luka. Kemudian sapu ubat pembunuh kuman yang sesuai. 2) Balut luka dengan teliti menggunakan kain pembalut kasa yang bersih. GIGITAN • Digigit Hama rumput Hama-Hama ini adalah didapati pada rumput panjang, lalang dan belukar.Gigitannya menyebabkan gatal dan bintat. Rawatan: 1. Cuci tempat yang digigit bersih-bersih dengan air dan sabun 2. Tukar dan cuci pakaian, basuh dengan anti-septik 3. Jangan digaru kerana ini menambahkan gatal dan menyebabkan bengkak. 4. Bagi melegakan rasa gagal sapulah dengan ammonia atau soda yang tidak terlalu keras atau minyak anti histamine.
77 KADET REMAJA SEKOLAH 2024 ❖ PATAH DAN TERSELIUH PATAH Patah ialah tulang pecah atau retak. la mungkin disebabkan oleh daya secara langsung, misalnya, jika seseorang dilanggar oleh sebuah kenderaan yang bergerak atau daya tidak langsung, contohnya jika seorang pemain bola sepak telah tersepak tanah dan bukannya bola maka daya mungkin dialihkan untuk memecah tempurung lututnya. Tanda-tanda patah tulang: i. Pesakit mungkin terasa atau terdengar bunyi patah tulang. ii. Bengkak dan lebam. iii. Kecacatan bentuk di tempat yang patah atau terkehel. iv. Pesakit juga mungkin menunjukkan tanda-tanda kejutan, ini amat ketara jika patah berlaku di tulang paha atau pelvis. v. Langkah rawatan yang akan dilakukan ini bertujuan untuk mencegah pergerakan di sekeliling tempat yang terlibat. Cara merawat i. Suruh pesakit baring sehingga bahagian yang patah telah dicegah pergerakannya dengan sempurna. Jika nyawa pesakit terancam, barulah dia dipindahkan. ii. Gunakan kayu belat di tempat yang terlibat. Balut atau ikat untuk mencegah pergerakan. iii. lkat pembalut dengan kuat untuk mencegah pergerakan, tetapi tidak terlalu kuat kerana ia boleh menjejaskan pengaliran darah. iv. Semasa membalut anggota yang palah, sendi-sendi di bahagian atas dan bawah anggota juga harus dicegah pergerakannya. v. Bawa mangsa ke hospital dengan segera. TERSELIUH a.Sendi merupakan tempat pertemuan antara dua tulang atau lebih. Pergerakan yang melebihi had biasa pada sendi boleh mengakibatkan kecederaan pada ligamen (tisu penyambungan antara tulang). Ligamen sama ada boleh meregang dengan berlebihan, terkoyak atau terputus. b.Kecederaan pada ligamen seperti ini disebut terkehel (dislocation) dan terseliuh (sprain). Terdapat sedikit perbezaan antara terkehel dan terseliuh walaupun kedua-duanya melibatkan kecederaan
78 KADET REMAJA SEKOLAH 2024 pada ligamen. c.Terkehel ialah kecederaan yang disebabkan oleh pergerakan sendi yang melebihi had sehingga menyebabkan tulang beralih dari kedudukan asal dan menjejaskan struktur ligamen. d.Manakala, terseliuh pula ialah kecederaan yang disebabkan oleh pergerakan sendi yang melebihi had sehingga menjejaskan ligamen tetapi tulang tidak beralih dari kedudukan asal. e.Tanda-tanda ligamen terseliuh: (i)Sakit-sakit. (ii)Bengkak. (iii)Bertambah sakit apabila bergerak. (iv)Pergerakan yang terhad. f.Cara-cara merawat terseliuh: (i)Hadkan pergerakan anggota. (ii)Gunakan konsep RICE: R - Rest (Rehatkan bahagian yang cedera dengan kedudukan yang selesa) I - Ice (Letakkan ketulan [tuamkan dengan] ais pada bahagian yang cedera) C - Compress (Longgarkan otot-otot yang tegang dan tekan bahagian yang cedera dengan satu lapisan tebal kapas dan balut) E - Elevate (Lipat atau tinggikan bahagia yang cedera) (ii) Dapatkan bantuan perubatan.
79 KADET REMAJA SEKOLAH 2024 ❖ PEMULIHAN PERNAFASAN • Peraturan Am Memulihkan Asfiksia A-Airways (saluran pernafasan) - Terbuka atau tersekat - Keluarkan bendasing seperti gigi palsu,rumput, tanah, bahan mentahdaripada mulut jika ada. B-Breathings (pemafasan) - Boleh bernafas atau tidak - Jika pernafasan terhenti, beri bantuan pemulihan pernafasan denga nsegera. C-Circulation (peredaran darah) - Pastikan adakah denyutan nadi atau tidak. - Jika tiada, lakukan pemulihan CPR (Cardio-pulmonary Resuscitation) pemulihan pernafasan dan pemulihan jantung dari luar • Jenis-jenis Pemulihan Pernafasan i. Pemulihan pernafasan mulut ke mulut. ii. Pemulihan pernafasan Holgen Nielson iii. Pemulihan pernafasan mulut ke hidung. iv. Pemulihan jantung dari luar atau tekanan dada (external cardiac compression) v. Pemulihan kardio-palmonari (Cardio- Pulmonary Risucitation) CPR: o Jika seseorang itu tidak bernafas dan jantungnya tidak berdenyut, kita perlu mengambil alih pengudaraan dan peredaran dengan segera supaya pengaliran oksigen ke otaknya berterusan. o Ingat petua S-P-P: S - Saluran Udara: Pastikan saluran udara terbuka. P - Pernafasan: Bernafas untuk pesakit dengan mengembungkan paru-parunya dan mengoksigenkan darah. P - Peredaran: Mengedarkan atau melancarkan aliran darah dengan memampatkan dada.
80 KADET REMAJA SEKOLAH 2024 S - Saluran Udara Terbuka: i. Baringkan pesakit. Keluarkan sebarang benda asing daripada mulutnya dan bersihkan tempat di sekeliling mulut. ii. Angkat lehernya ke atas dan dongakkan kepalanya ke belakang perlahan-lahan. iii. Tarik rahangnya ke atas. P - Pernafasan: i) Letakkan mulut anda di atas mulut pesakit, picit hidungnya agar tertutup dan hembus ke dalam mulutnya dengan kuat supaya dadanya mengembung. Jika pesakit adalah seorang bayi atau kanak, letakkan mulut anda di atas hidung dan mulutnya semasa menghembus. ii) Alihkan mulut anda dan dengar dengan teliti bunyi udara hembus. Kemudian ulang tindakan menghembus. Jika tiada pertukaran udara, periksa semula kedudukan kepala dan rahang pesakit serta lihat sama ada lidahnya menghalang saluran udara. Cuba sekali lagi. iii) Jika anda masih tidak mendapat sebarang pertukaran udara, pusing pesakit ke sisinya dan tampar tulang kipas beberapa kali untuk mengeluarkan sebarang benda asing daripada tekak. iv) Teruskan pernafasan dari mulut ke mulut. Jangan putus asa sehingga pesakit mula bernafas. Dalam beberapa kes, ia mengambil masa beberapa jam sebelum sesorang pesakit itu pulih. v) Dapatkan bantuan perubatan dengan segera. Pastikan pesakit berasa hangat dan baring dalam posisi yang selesa apabila dia telah pulih semula. P - Peredaran (Mampatan Luar Dada): i) Jangan lakukan mampatan luar dada jika jantung mangsa berdenyut, walaupun hampir tidak kedengaran dan jika sebarang nadi dapat dirasai. Jika jantung belum berdenyut lakukan perkara ini: a) Baringkan pesakit secara lurus dan pukul tulang dada. b) Jika jantung belum mula berdenyut, letakkan satu jari tangan kanan anda di atas rawan dengan tangan kiri di atas tangan kanan. c) Tolak (tekan) dengan cepat dan angkat. Ulangi proses ini (Tekan… Lepaskan… Tekan… Lepaskan…) Apa yang kita buat ini adalah dengan menekan jantung mangsa dan memaksa darah mengalir ke seluruh badannya. Ini menggantikan denyutan jantung.
81 KADET REMAJA SEKOLAH 2024 d) Selepas 30 tekanan, berikan dua bantuan pernafasan dari mulut ke mulut. Teruskan dengan ritma 30 kepada dua sehingga jantung mangsa berdenyut secara normal.
82 KADET REMAJA SEKOLAH 2024 7. DISIPLIN DAN KEROHANIAN 1. Matlamat Melahirkan generasi yang cintakan Islam, negara, mempunyai disiplin diri yang kental, berpegang teguh kepada ajaran agama serta berbakti kepada masyarakat. 2. Objektif – Melahirkan murid yang bersemangat patriotisme. – Menyediakan generasi yang berdisiplin dalam menghadapi cabaran yang mendatang. = Membina generasi yang mengetahui, memahami, menghayati, mengamalkan akhlak mulia serta menyumbang ke arah hidup berkeluarga yang bahagia, bermasyarakat harmonis dan bernegara. ❖ KEROHANIAN/PENDIDIKAN MORAL TAHUN 4 TAHUN 5 TAHUN 6 i. Allah pencipta alam. ii. Penciptaan alam dengan tujuan dan matlamat. iii. Perutusan para rasul dan penurunan kitab. iv. Matlamat hidup untuk mengenal Allah. v. Syurga dan neraka. vi. Peranan usaha ikhtiar dan kehendak mempengaruhi hasil kebaikan dan keburukan (Buat baik dibalas baik) vii. Muslim dari sudut akhlak. viii. Sifat-sifat seorang muslim: • Warak • Menundukkan pandangan • Memelihara lidah. ix. Berwaspada dan berhatihati dalam semua urusan (sebelum kena) x. Kesetiaan kepada Negara. xi. Sahabat Setia xii. Pengukuhan Amalan Nilai-Nilai Pendidikan Agama / Moral i. Perundangan adalah milik Allah. ii. Nama-nama dan sifatsifat Allah s.w.t. iii. Berfikir tentang makhluk ciptaan Allah bukan zat-Nya. iv. Sifat-sifat Allah dan uluhiyah Allah s.w.t. v. Pendapat salafusoleh lebih utama diikuti. vi. Pengabdian diri hanya kepada Allah. vii.Sifat-sifat seorang muslim: • Malu • Lemah lembut dan sabar • Bersifat benar dan jujur. viii. Teguran membina. xiii. Balasan Jujur. xiv. Berakit-rakit ke hulu. xv. Contohilah labah-labah xvi. Belas Kasihan. xvii. Adat-resam masyarakat Malaysia xviii. Pengukuhan Amalan Nilai-Nilai Pendidikan Agama/Moral i. Takut hanya kepada Allah s.w.t. ii. Sentiasa mengingati Allah dan berzikir. iii. Cinta hanya kepada Allah s.w.t. iv. Bertawakal hanya kepada Allah. v. Bersyukur kepada Allah. vi. Meminta ampun dan bertaubat kepada Allah s.w.t. vii. Muqarabah kepada Allah. viii. Sifat-sifat muslim: • Tawaduk • Berbaik sangka • Pemurah • Quduwa hasanah ix. Kalau cermat insya-Allah selamat. x. Budi Bahasa xi. Hormat menghormati xii. Bersyukur dan kerjasama. xiii. Tamadun Islam. xiv. Pengukuhan Amalan NilaiNilai Pendidikan Agama/Moral
83 KADET REMAJA SEKOLAH 2024 ❖ KETATANEGARAAN TAHUN 4 TAHUN 5 TAHUN 6 i. Pengenalan Logo KRS ii. Bendera KRS iii. Lagu KRS iv. Lagu TKRS v. Falsafah vi. Matlamat vii. Ikrar viii. Cogan kata ix. Undang-undang x. Struktur organisasi xi. Logo xii. Pemeringkatan SRI i. Pengenalan Logo KRS ii. Bendera KRS iii. Lagu KRS iv. Lagu TKRS v. Falsafah vi. Matlamat vii. Ikrar viii. Cogan kata ix. Undang-undang x. Struktur organisasi xi. Logo xii. Pemeringkatan SRI xiii. Lambang dan Bendera Negeri-Negeri. xiv. Rukun Negara xv. Pemimpin sekolah/ tempatan i. Pengenalan Logo KRS ii. Bendera KRS iii. Lagu KRS iv. Lagu TKRS v. Falsafah vi. Matlamat vii. Ikrar viii. Cogan kata ix. Undang-undang x. Struktur organisasi xi. Logo xii. Pemeringkatan SRI xiii. Lagu-lagu Patriotik xiv. Pemimpin Negeri/Negara ❖ PENGURUSAN DAN GAYA DIRI TAHUN 4 TAHUN 5 TAHUN 6 i. Tanggungjawab terhadap diri • Kepentingan pengurusan diri • Pengurusan diri anggota • Melipat dan menyusun pakaian • Pengurusan tempat tidur • Memelihara kesihatan tubuh badan. • Pengurusan diri. i. Tanggungjawab terhadap tempat kediaman. – kekemasan bilik tidur. – Keselamatan diri. – Seterika pakaian – Etika di meja makan – Sopan santun di meja makan – Penampilan diri dalam majlis. i.Tanggungjawab terhadap masyarakat. · Adab bergaul : i. Keluarga ii. Jiran tetangga iii. Guru / rakan iv. Majlis rasmi v. Batas- batas pergaulan. • Pengurusan masa. • Asas pembentukan pribadi unggul. • Bertimbang rasa terhadap orang lain.
84 KADET REMAJA SEKOLAH 2024 PENULISAN LOG HARIAN BIL.: 8 TARIKH :6 MAC 2024 TAJUK : TOPIK 6 & TOPIK 7 LOKASI : ASTAKA IPGK TENGKU AMPUAN AFZAN JURULATIH : ENCIK NIK ZAIDI BIN ISMAIL KETUA PLATUN : MOHAMMAD NUR IZZUDIN KEKUATAN ANGGOTA : 45 ANGGOTA MASA AKTIVITI CATATAN 8.00 – 8.30 pagi Latihan kawad 8.30 pagi- 11.00 pagi 6.Disiplin dan Kerohanian - ketatanegaraan - kerohanian/pendidikan moral - pengurusan dan gaya diri 7. Keusahawanan - kraftangan
85 KADET REMAJA SEKOLAH 2024 LOG PENULISAN PELAJARAN BIL: 8 TARIKH : 6 MAC (MINGGU 9) HARI : RABU 3. DISIPLIN DAN KEROHANIAN 1. Matlamat Melahirkan generasi yang cintakan Islam, negara, mempunyai disiplin diri yang kental, berpegang teguh kepada ajaran agama serta berbakti kepada masyarakat. 2. Objektif – Melahirkan murid yang bersemangat patriotisme. – Menyediakan generasi yang berdisiplin dalam menghadapi cabaran yang mendatang. = Membina generasi yang mengetahui, memahami, menghayati, mengamalkan akhlak mulia serta menyumbang ke arah hidup berkeluarga yang bahagia, bermasyarakat harmonis dan bernegara. ❖ KEROHANIAN/PENDIDIKAN MORAL TAHUN 4 TAHUN 5 TAHUN 6 i. Allah pencipta alam. ii. Penciptaan alam dengan tujuan dan matlamat. iii. Perutusan para rasul dan penurunan kitab. iv. Matlamat hidup untuk mengenal Allah. v. Syurga dan neraka. vi. Peranan usaha ikhtiar dan kehendak mempengaruhi hasil kebaikan dan keburukan (Buat baik dibalas baik) vii. Muslim dari sudut akhlak. viii. Sifat-sifat seorang muslim: • Warak • Menundukkan pandangan • Memelihara lidah. ix. Berwaspada dan berhatihati dalam semua urusan (sebelum kena) x. Kesetiaan kepada Negara. xi. Sahabat Setia i. Perundangan adalah milik Allah. ii. Nama-nama dan sifatsifat Allah s.w.t. iii. Berfikir tentang makhluk ciptaan Allah bukan zat-Nya. iv. Sifat-sifat Allah dan uluhiyah Allah s.w.t. v. Pendapat salafusoleh lebih utama diikuti. vi. Pengabdian diri hanya kepada Allah. vii.Sifat-sifat seorang muslim: • Malu • Lemah lembut dan sabar • Bersifat benar dan jujur. viii. Teguran membina. xiii. Balasan Jujur. xiv. Berakit-rakit ke hulu. xv. Contohilah labah-labah xvi. Belas Kasihan. xvii. Adat-resam masyarakat Malaysia xviii. Pengukuhan Amalan i. Takut hanya kepada Allah s.w.t. ii. Sentiasa mengingati Allah dan berzikir. iii. Cinta hanya kepada Allah s.w.t. iv. Bertawakal hanya kepada Allah. v. Bersyukur kepada Allah. vi. Meminta ampun dan bertaubat kepada Allah s.w.t. vii. Muqarabah kepada Allah. viii. Sifat-sifat muslim: • Tawaduk • Berbaik sangka • Pemurah • Quduwa hasanah ix. Kalau cermat insya-Allah selamat. x. Budi Bahasa xi. Hormat menghormati xii. Bersyukur dan kerjasama. xiii. Tamadun Islam. xiv. Pengukuhan Amalan Nilai-
86 KADET REMAJA SEKOLAH 2024 xii. Pengukuhan Amalan Nilai-Nilai Pendidikan Agama / Moral Nilai-Nilai Pendidikan Agama/Moral Nilai Pendidikan Agama/Moral ❖ KETATANEGARAAN TAHUN 4 TAHUN 5 TAHUN 6 i. Pengenalan Logo KRS ii. Bendera KRS iii. Lagu KRS iv. Lagu TKRS v. Falsafah vi. Matlamat vii. Ikrar viii. Cogan kata ix. Undang-undang x. Struktur organisasi xi. Logo xii. Pemeringkatan SRI i. Pengenalan Logo KRS ii. Bendera KRS iii. Lagu KRS iv. Lagu TKRS v. Falsafah vi. Matlamat vii. Ikrar viii. Cogan kata ix. Undang-undang x. Struktur organisasi xi. Logo xii. Pemeringkatan SRI xiii. Lambang dan Bendera Negeri-Negeri. xiv. Rukun Negara xv. Pemimpin sekolah/ tempatan i. Pengenalan Logo KRS ii. Bendera KRS iii. Lagu KRS iv. Lagu TKRS v. Falsafah vi. Matlamat vii. Ikrar viii. Cogan kata ix. Undang-undang x. Struktur organisasi xi. Logo xii. Pemeringkatan SRI xiii. Lagu-lagu Patriotik xiv. Pemimpin Negeri/Negara ❖ PENGURUSAN DAN GAYA DIRI TAHUN 4 TAHUN 5 TAHUN 6 i. Tanggungjawab terhadap diri • Kepentingan pengurusan diri • Pengurusan diri anggota • Melipat dan menyusun pakaian • Pengurusan tempat tidur • Memelihara kesihatan tubuh badan. • Pengurusan diri. i. Tanggungjawab terhadap tempat kediaman. – kekemasan bilik tidur. – Keselamatan diri. – Seterika pakaian – Etika di meja makan – Sopan santun di meja makan – Penampilan diri dalam majlis. i.Tanggungjawab terhadap masyarakat. · Adab bergaul : i. Keluarga ii. Jiran tetangga iii. Guru / rakan iv. Majlis rasmi v. Batas- batas pergaulan. • Pengurusan masa. • Asas pembentukan pribadi unggul.
87 KADET REMAJA SEKOLAH 2024 • Bertimbang rasa terhadap orang lain. 7. KEUSAHAWANAN ❖ Kraftangan Kraf tangan ialah penghasilan peralatan berguna atau hiasan dengan menggunakan tangan sepenuhnya atau perkakas ringkas sahaja. Pertukangan kraf tangan seharusnya dikerjakan secara perseorangan atau kecil-kecilan. Hasil kraf tangan selalunya membawa kepentingan kebudayaan dan/atau keagamaan. Hasil pengeluaran besar-besaran atau hasil kejenteraan bukan bersifat kraf tangan. Kraftangan daripada Barang Terpakai Kitar semula dapat mengurangkan penggunaan bahan mentah baru. Anda pun sudah maklum, kebanyakan bahan mentah diperoleh daripada sumber hutan. Misalnya, kertas diperbuat daripada pokok dan tayar-tayar kenderaan diperbuat daripada getah. Jika amalan kitar semula diabaikan dalam kalangan masyarakat, negara kita bakal kepupusan hutan yang merupakan ekosistem terpenting untuk kehidupan.
CONTOH RANCANGAN SESI LATIHAN KTarikh 2/4/2024 Pelatih/Peserta 6 Maju Masa 8.30 pagi – 9.30 pagi (60 minit) Unit Beruniform/Persatuan Kadet Remaja Sekolah Kemahiran/Acara Kawad Kaki Statik Fokus Berkebolehan melakukan kemahiran Objektif Latihan Di akhir sesi latihan, peserta akan dap- Melakukan kawad kaki statik ke kake belakang - Mengenalpasti arahan kawad Bahagian/Masa Aktiviti Butiran Melatih Permulaan (10 minit) Perhimpunan KRS - Menyanyikan lagu negaraku, lagu sekolah dan lagu KRS - Membaca ikrar KRS Perkembangan (20 minit) - Langkah 1 Demonstrasi guru 1 ) Guru memberi bahasa hukuman untuk kawad stati• Baris, baris sedia…• Baris, senang diri…• Rehatkan diri….. • Scout….
88 KADET REMAJA SEKOLAH 2024 KOKURIKULUM UB ATAU PERSATUAN kawad kaki statik. pat:- anan pusing, ke kiri pusing, menghadap ke depan dan menghadap Organisasi Catatan k. . -Guru Murid
• Luruskan barisan, • Scout, • Buka barisan, Gerak…, • Ke kanan lurus, • Pandang depan…., • Bergerak ke kanan,kanan sing.., • Menghadap ke hadapan, kiri Sing…• Bergerak ke kiri, kiriSing…, • Menghadap ke hadapan, kanan Sing…, • Menghadap kebelakang, belakasing…, • Menghadap ke hadapan, belakang sing…, • Dua langkah ke kiri,Gerak…, • Tutup barisan, Gerak…,