Keindahan Bahasa Melayu Sepanjang Zaman Oleh: AIMIN TAIH ANAK LULONG
Pengenalan Diri NAMA: AIMIN TAIH ANAK LULONG NO KAD PENGENALAN: 050322-13-1077 ANGKA GILIRAN: 2023072310003 KUMPULAN/UNIT: PPISMP BMSK1 KOD & NAMA KURSUS: BMMB1074 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU NAMA PENSYARAH: PUAN ARBIAH BINTI MADDAHIRI TARIKH HANTAR: 06/11/2023
ISI KANDUNGAN PERKEMBANGAN TULISAN BAHASA MELAYU PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU ZAMAN PRAMERDEKA PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU ZAMAN PASCAMERDEKA CABARAN DAN MASA DEPAN BAHASA MELAYU RUMUSAN DAN PANDANGAN SUMBER RUJUKAN
Sejarah Perkembangan Tulisan Bahasa Melayu
Tulisan Pallava banyak dipengaruhi oleh bahasa Sanskrit yang merupakan bahasa pentadbiran dan ilmu pengetahuan pada ketika itu berasal dari india dan dibawa oleh orang Hindu Satu sistem tulisan abjad suku kata yang berasal daripada tulisan Brahmi Tulisan Pallava telah dibangunkan sekitar abad ke-3 hingga ke-5 Rajah 1 Tulisan Pallava
Ciri-Ciri Sistem Tulisan Pallava Mempunyai huruf konsonan dan vokal bebas Hurufhurufnya berlekuk dan melengkung Tulisan Pallava sering dihiasi dengan menggunakan simbol seperti Lingga (simbol dewa Shiva) dan Yani(simbol dewi Shakti) Penggunaan kurungan dan garis yang melengkung Penggunaan skrip Grantha
Sistem tulisan Kawi merupakan sistem tulisan yang terawal di Kepulauan Melayu sejak abad ke-8M.Sistem tulisan ini diasaskan oleh orang Jawa maka sistem tulisan ini juga dikenali sebagai tulisan Jawa dan ketika itu juga orang Jawa menutur menggunakan bahasa Kawi.Terdapat bukti penemuan batu nisan orang Melayu tertera tahun 1463 dengan nama Ahmad Majnun di Pengkalan Kempas,Sungai Ujung,Negeri Sembilan yang memaparkan penggunaan tulisan Kawi dan Jawi.Jelaslah bahawa era tersebut merupakan era peralihan tulisan orang Melayu kepada tulisan Jawi sekarang serta menunjukkan bukti kedatangan pengaruh Islam yang mula berpijak di Tanah Melayu.
sistem tulisan Kawi meminjam istilah bahasa Sanskrit dan elemenelemen Hindu malah nama Kawi itu diambil daripada perkataan Sanskrit yang membawa maksud 'penyajak' atau 'penyair' yang menandakan gaya bahasa yang cantik.Tulisan Kawi berasal daripada huruf Vangki(Wenggi) iaitu huruf masyarakat Pallava yang berasal dari Coromandel,India.Dengan menggunakan abjad-abjad Kawi,orang-orang Melayu Kuno menulis di atas kulit-kulit kayu,daun-daun lontar,kepingan-kepingan logam serta pada batu(batu bersurat).Di samping itu,aksara ini juga digunakan untuk menulis bahasa Sanskrit serta bentuk-bentuk kuno,bahasa-bahasa Jawa,Sunda dan Melayu.Sistem tulisan ini merupakan sistem yang terawal di Nusantara.Bukti penemuan artifak lama yang memaparkan tulisan Kawi,seperti batu bersurat di daerah Tapanuli,Sumatera atau dikenali juga sebagai batu bersurat Joreng(1179M) dan batu bersurat Padang Lawas (1213M).
Tulisan Jawi wujud sekitar tahun 1300M di Kepulauan Melayu. Perkembangan tulisan ini berhubung kait dengan ketibaan pedangang-pedagang Islam terutamanya dari Parsi dan Timur Tengah. Penggunaan tulisan Jawi merupakan faktor utama yang memangkin kebangkitan bahasa Melayu sebagai serantau di samping penyebaran agama Islam. Bahasa Melayu dalam tulisan Jawi merupakan bahasa perantaraan seluruh lapisan masyarakat, baik para raja, bangsawan, ilmuwan agama mahupun orang keramaian, di samping menjadi lambang tradisi kebudayaan dan tamadun Melayu. Tulisan Jawi digunakan secara meluas di negeri-negeri kesultanan Melaka, Johor, Brunei, Sulu, Patani, Acheh dan Ternate seawal abad ke-15, untuk tujuan surat-menyurat diraja, titah-perintah puisi dan juga kaedah perhubungan utama sesama saudagar di pelabuhan Melaka. Sistem Tulisan Jawi
PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN JAWI Peringkat pertama: Menggunakan tulisan dan sistem ejaan Arab sepenuhnya Hilangkan tanda baris tetapi kekalkan ejaan dan huruf Mewujudkan huruf-huruf saksi Menggunakan huruf saksi pada suku kata pertama dan kedua Peringkat kedua: Hejaan P.Bm.P.B. Diraja Ejaan Jawi Za 'ba SIstem Ejaan Dian Pedoman Ejaan Jawi yang DIsepurnakan a. b. c. d. Berkembang kepada beberapa pedoman dan panduan yang dirangka oleh orang perseorangan atau pertubuhan: i. ii. iii. iv.
Selepas kewujudan sistem ejaan Wilkinson pada bulan Oktober 1904,sistem ejaan rumi Za 'ba,iaitu hasil daripada Zainal Abidin Ahmad,sasterawan bahasa Melayu di Maktab Perguruan Sultan Idris,Tanjung Malim,pada tahun 1924 telah muncul.Sistem ejaan ini telah diperkemas dalam beberapa tahun serta termasuk dalam beberapa buah buku yang pedoman bahasa terbitan Pejabat Karangmengarang menegnai maktab yang berkaitan.Antara buku-buku yang menggunakan ejaan ini ialah buku Ilmu Bahasa Melayu Penggal 1(1926),Pelita Bahasa Melayu Penggal 1(1941),Daftar Ejaan JawiRumi(1949) serta Petua-petua Ejaan Rumi.Karya-karya ini dikarang oleh pendeta Za 'ba sendiri. Terdapat juga beberapa kelemahan yang ada dalam sistem ini.Antaranya ialah sistem ini tidakk mudah kerana terdapat pengejaan kata yang masih lagi mengikut Sistem Ejaan Rumi Wilkinson.Seterusnya,sistem ini telah menggunakan cara penggunaan aneka ragam lambang huruf yang boleh mengakibatkan ketidakseragaman pengejaan kata dalam penulisan yang melibatkan penggunaan tulisan Rumi. Sistem Ejaan Za’ba
Sistem Ejaan Jawi Za 'ba ini telah diperkenalkan dengan membentuk satu sistem ejaan yang baru atas beberapa faktor.Antaranya ialah terdapat ketidaksepakatan di antara kamus-kamus karangan orang Melayu,terutamanya berkaitan dengan penggunaan huruf ق) qauf),ك) kaf), ء)hamzah),ت) ta) dan ة) ta bulat) di hujung kalimah dan beberapa lagi huruf lain.Sistem Ejaan Jawi Za 'ba boleh dilihat melalui tahap perkembangannya iaitu tahap pertama,Ejaan Jawi yang menggunakan tandatanda baris dan syaddah manakala tahap kedua Ejaan Jawi mengekalkan ejaan pada tahap yang pertama tetapi menanggalkan penggunaan tanda dan tahap ketiga pula Ejaan Jawi cara Melayu yang menggunakan huruf saksi pada suku kata yang pertama serta tahap yang terakhir iaitu tahap yang keempat ialah pengenalan huruf saksi pada suku kata kedua pula apabila terdapat ejaan yang hanya menggunakan huruf saksi pada suku kata pertama tersebut yang mengelirukan kerana ejaan yang sama boleh mewakili dua perkataan. Sistem Ejaan Za’ba
Sistem Ejaan Rumi Kongres Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu yang pertama diadakan di Singapura pada 1952, yang kedua di Seremban pada 1954 dan yang ketiga di Singapura dan Johor Baharu dari 16 hingga 21 September 1956. Dalam Kongres Bahasa Melayu ketiga (1956), isu ejaan Rumi diberi perhatian berat. Peserta Kongres mencadangkan beberapa pembaharuan yang agak radikal, termasuk menambah baik Sistem Ejaan Za 'ba. Sistem ejaan baharu yang dikenali sebagai 'Sistem Ejaan Kongres ' ini telah diluluskan oleh Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu yang ketiga pada tahun 1956.
Sistem Ejaan Rumi Kongres Selepas Ejaan Rumi Za 'ba ialah Kongres Ejaan Rumi. Sistem ejaan kompleks Kongres ini adalah hasil daripada salah satu sesi di bawah Jawatankuasa Ejaan dan Bunyi Bahasa Melayu pada 16-21 September 1956. Sesi tersebut telah memperhalusi tiga kertas kerja mengenai ejaan dan bunyi bahasa Melayu. Sesi tersebut membuat 16 keputusan mengenai ejaan Bahasa Melayu, 2 keputusan mengenai bunyi bahasa dan satu keputusan mengenai tulisan Jawi.
Ciri-Ciri Sistem Ejaan Rumi Kongres Salah satu prinsip ejaan yang ditetapkan ialah menggunakan sistem fonologi dan bukannya fonetik, iaitu mewakili satu fonem dengan hanya satu grafem atau huruf. Kedua, perbezaan telah ditakrifkan semula dari segi keharmonian vokal dalam suku kata tertutup awal dan akhir. Ketiga, penggunaan tanda sempang dimansuhkan (yang menyalahi sistem Za 'ba yang banyak menggunakan sempang), kecuali dalam kes tertentu. Keempat, terdapat kemas kini dari segi perbezaan ejaan perkataan tertentu kerana Kongres ejaan menetapkan perkataan dieja berdasarkan nama asalnya. Kelima, terdapat perubahan penggunaan kata partikel iaitu kata gelaran si, imbuhan di, ke, dan penanda sama/satu se – ejaannya dipisahkan daripada perkataan yang mengikutinya tanpa menggunakan sempang.
Pedoman Ejaan Rumi Bahasa Melayu PENGGUNAAN ABJAD a) ABJAD Abjad yang digunakan dalam ejaan bahasa Melayu terdiri daripada huruf-huruf yang disenaraikan di bawah dan sebutan tiap-tiap huruf disertakan di sebelahnya. b) HURUF VOKAL Huruf vokal dalam ejaan bahasa Melayu terdiri daripada a, e, i, o, dan u. Terdapat dua versi huruf e iaitu, e pepet dan e taling. c) HURUF DIFTONG Dalam bahasa Melayu, diftong dilambangkan dengan gabungan dua huruf vokal (ai, au, dan oi) yang dilafazkan sebagai bunyi geluncuran. d) HURUF KONSONAN Huruf konsonan dalam ejaan bahasa Melayu terdiri daripada huruf-huruf b, c, d, f, g, h, j, k, l, m, n, p, q, r, s, t, v, w, x, y, dan z. e) GABUNGAN HURUF KONSONAN Dalam bahasa Melayu, terdapat lima gabungan huruf konsonan, iaitu gh, kh, ng, ny, dan sy yang tiap-tiap satu gabungan itu melambangkan satu bunyi
HURUF BESAR HURUF CONDONG HURUF TEBAL PENULISAN HURUF TANDA NOKTAH TANDA KOMA TANDA KOMA BERTITIK (;) NOKTAH BERTINDIH (:) TANDA SEMPANG (-) TANDA PISAH (-) TANDA ELIPSIS (…) TANDA TANYA (?) TANDA SERU (!) TANDA KURUNG ((…)) TANDA KURUNG SIKU ([…]) TANDA PETIK ("…") TANDA PETIK TUNGGAL('…') TANDA ULANG (…2) TANDA GARIS MIRING (/) TANDA PEYINGKAT (') TANDA BACA Pedoman Ejaan Rumi Bahasa Melayu
Bahasa Melayu menyerap unsur daripada pelbagai bahasa lain, sama ada daripada bahasa daerah mahupun bahasa asing. Contohnya bahasa Sanskrit, Tamil, Cina, Arab, Portugis, Belanda, dan Inggeris. Penyerapan unsur pinjaman dalam bahasa Melayu dapat dibahagi kepada dua golongan: Pertama, bagi unsur asing yang belum sepenuhnya terserap ke dalam bahasa Melayu. Kedua, bentuk visual kata asing yang pengucapan dan penulisannya sudah terserap ke dalam bahasa Melayu, hendaklah diutamakan. PENULISAN UNSUR SERAPAN Pedoman Ejaan Rumi Bahasa Melayu KATA DASAR KATA TURUTAN BENTUK GANDAAN GABUNGAN KATA KATA GANTI ku, kau, mu dan nya KATA DEPAN di, ke dan dari KATA si dan sang PARTIKEL PENULISAN KATA
Rumusan Topik Sistem tulisan bahasa Melayu telah mengalami perkembangan daripada sistem tulisan Pallava kepada sistem tulisan Kawi dan seterusnya Jawi sehinggalah sistem tulisan bahasa Melayu sekarang. Pada pandangan saya, Melaka yang berfungsi sebagai pusat perdagangan dan pusat persinggahan para pedagang telah banyak menyumbang kepada perkembangan sistem tulisan bahasa Melayu ini.
Perkembangan Bahasa Melayu zaman Pramerdeka dan Pascamerdeka
Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu Pramerdeka
Pejabat Karang Mengarang Pada zaman pramerdeka, Pejabat Karang Mengarang di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) yang sekarang Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) memainkan peranan penting dalam perkembangan bahasa Melayu. Pengasas maktab ialah O.T. Dussek dan za ’ba yang mengetuai Bahagian Melayu. Za ’ba telah dilantik sebagai Ketua Pengarang dan Penterjemah kanan, manakala O.T. Dussek dan R. O. Winstedt dilantik sebagai penasihat di Pejabat Karang Mengarang. MPSI ditubuhkan pada 1924 yang dikenali sebagai Penerbit Universiti. Penubuhan institusi ini adalah untuk mengatasi masalah kekurangan buku dalam bahasa Melayu bagi bahan bacaan di sekolah. Pengenalan
Pejabat Karang Mengarang Tujuan penubuhannya adalah untuk menghasilkan penerbitan ilmiah dalam bahasa Melayu dan Inggeris serta menambahkan bahan rujukan kepada semua masyarakat. Peranan lain penubuhan Pejabat Karang Mengarang dalam memperjuangkan kedaulatan bahasa Melayu yang kini menjadi bahasa kebangsaan ialah penerbitan dan buku-buku teks dari barat terutamanya buku bahasa Inggeris. Ini bertujuan untuk menampung keperluan bahan bacaan di sekolah Melayu. Selain itu, pejabat Karang Mengarang juga menerbitkan novel, puisi, cerpen dan akhbar bahasa Melayu. Seterusnya, tujuan penubuhan institusi ini adalah untuk mengadakan perpustakaan bergerak yang mampu membwa buku-buku ke kampung untuk dijual. Perkara ini termasuk didalam tujuan jangka masa panjang. Peranan Pejabat Karang Mengarang
Pejabat Karang Mengarang Sehingga tahun 1957, sebanyak 44 buah buku telah diterbitkan daripada jumlah itu 34 buah diterbitkan sebelum 1936. Tujuh daripadanya adalah cerita kanak-kanak. Selepas perang sebanyak 24 buah telah diterbitkan, empat buah daripadanya adalah hasil daripada peraduan mengarang anjuran Pejabat Pelajaran . Pejabat Karang Mengarang juga menerbitkan buku-buku yang berkaitan bidang pelajaran di sekolah iaitu Malay School Series. Di dalam bidang ini, Pejabat Karang Mengarang telah mengeluarkan buku-buku bacaan sekolah, buku teks mata pelajaran serta buku ilmu Pengakap dan Pandu Puteri. Hasil penerbitan buku yang berkaitan dengan siri ini ialah sebanyak 85 jenis buku pada tahun 1941. Peranan Pejabat Karang Mengarang
Pejabat Karang Mengarang Pejabat ini juga menerbitkan buku berkaitan bidang kesusasteraan di kalangan orang ramai yang berjudul Malay Home Library Series. Buku diterbitkan pada tahun 1929 seperti buku-buku terjemahan daripada Sastera Inggeris. Antaranya ialah buku cerita suka suka Shakespear (terjemahan Za ’ba), Pulau Karang ( terjemahan Yazid Ahmad), cerita Robin Hood ( terjemahan Ahmad Murad Nasaruddin), dan Gua Intan Raja Sulaiman (terjemahan Abdullah Ali). Namun, terdapat juga penerbitan buku cerita kanak-kanak seperti Ali Baba dengan 40 orang Penyamun, Aladdin dengan Lampu Ajaib dan Hikayat Taman Ajaib. Peranan Pejabat Karang Mengarang
•Pakatan Belajar-Mengajar Pengetahuan Bahasa Sebuah badan pembinaan dan pengembangan bahasa melayu sebelum merdeka. Ditubuhkan pada tahun 1888 di Johor Bahru. PBmPB tidak begitu lancar pada awalnya. Dihidupkan semula kerana mendapat sokongan penuh daripada sultan dan kerajaan Johor. Dikurniakan gelaran diraja oleh D.Y.M.M Sultan Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar. Ditukar nama kepada Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja Johor. PAKATAN BELAJAR MENGAJAR PENGETAHUAN BAHASA
Peranan Pakatan Belajar-Mengajar Pengetahuan Bahasa Mengkaji dan mempelajari Bahasa Melayu agar pengetahuan bahasa melayu dapat disebarkan kepada masyarakat secara meluas. Mempermodenkan bahasa Melayu. Memperjuangkan kedaulatan bahasa Melayu. Mengadakan perpustakaan. Memelihara tulisan jawi. Memperingkaskan ejaan dan perkataan bahasa Melayu. Menguruskan perbincangan tentang bahasa Melayu. Mengembangkan ilmu pengetahuan masyarakat melalui ceramah.
Asas 50(Angkatan Sasterawan 50) Angkatan Sasterawan '50, atau ringkasnya 'Asas '50' , adalah pertubuhan sastera pertama yang muncul di Malaya sebelum Perang Dunia II. Ia ditubuhkan pada 6 Ogos 1950 dan merupakan pertubuhan sastera pertama yang berorientasikan masyarakat. Asas '50 menggunakan karya sastera sebagai medium untuk memperjuangkan kemerdekaan bagi Malaya yang dijadualkan pada tahun 1957.
Peranan Asas 50(Angkatan Sasterawan 50)Memperluas dan mempertingkatkan martabat kesusasteraan dalam bahasa Melayu. Memperkenalkan bidang karangan sastera seperti cerita, lakonan, rencana, pengetahuan, buku, peradaban melayu dan kebudayaan. Melahirkan pembaharuan dalam bidang sastera. Melindungi hak ahli anggota dan pengarang. Mengadakan syarahan dan perdebatan tentang segala lapangan sastera menyatakan sebarang usaha karang-mengarang tentang bahasa dan sastera.
Rumusan Topik Untuk memajukan bahasa Melayu pada zaman pra-kemerdekaan, berbagai pertubuhan telah didirikan. Pihak berkuasa seharusnya menggalakkan penubuhan lebih banyak pertubuhan serupa ini untuk meningkatkan status bahasa Melayu yang semakin terancam dalam konteks masa kini.
Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu Pascamerdeka
Bahasa Melayu Dalam Sistem Pendidikan
Laporan Barnes(1951) Pada bulan Jun 1951, Laporan Barnes dikeluarkan kepada masyarakat umum. Awalnya, laporan tersebut direka untuk meningkatkan mutu sistem pendidikan Melayu, tetapi ia kemudiannya lebih menekankan cadangan untuk mengubah sistem pendidikan di Tanah Melayu secara menyeluruh yang akan melibatkan semua golongan etnik.
Tujuan Laporan Barnes(1951) Mengkaji dan memperbaiki pendidikan orang Melayu. Meningkatkan taraf pencapaian pelajar Melayu di sekolah vernakular. Meningkatkan taraf pencapaian pelajar Melayu dalam bahasa Inggeris. Meningkatkan kualiti pendidik, meningkatkan pencapaian pedagogi pelajar di maktab. Mencadangkan kurikulum latihan guru yang lebih sesuai. 1. 2. 3. 4. 5.
Cadangan Laporan Barnes(1951) Menubuhkan sekolah dwibahasa di mana bahasapengantar ialah Bahasa melayu dan Bahasa Inggeris. ii. Sekolah-sekolah Melayu, cina dan tamil ditukarkansecara beransur-ansur kepada sekolah kebangsaan. iii. Pengajaran agama menggantikan pengajaran jawi disekolah. Ini bertujuan untuk mengurangkan bebanan ibu bapa yang terpaksa menghantar anak-anak mereka ke kelas agama pada waktu petang kerana pengajaran agama tidak diajar pada waktu persekolahan.
Laporan Fenn-Wu, yang dikeluarkan, menyuarakan sokongan terhadap sistem pendidikan seragam (majmuk) dan menggesa pengiktirafan bahasa Cina bersama-sama dengan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Ia juga menekankan pentingnya memperkuatkan sekolah vokasional dan mengusulkan bahawa buku teks harus mencerminkan kesetiaan kepada Tanah Melayu dengan cara yang membezakan mereka dari buku teks dalam bahasa Cina. Laporan ini juga mencadangkan penghapusan pengaruh politik dan campur tangan masyarakat dalam pengurusan sekolah. Menurut pendapat saya, Laporan Fenn-Wu dianggap lebih baik daripada Laporan Barnes kerana ia melengkapkan cadangancadangan Laporan Barnes, terutamanya dalam pengembangan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan. Selain itu, ia juga memberikan pengiktirafan yang adil kepada komuniti Cina dengan mengakui bahasa Cina dalam konteks pendidikan di Tanah Melayu. Selanjutnya, laporan ini menunjukkan fleksibiliti dalam menyesuaikan diri dengan keperluan rakyat untuk memastikan kesepaduan dan kesejahteraan negara. Laporan Fenn-Wu (1951)
Tujuan Laporan Fenn-Wu(1951)Tujuannya mengkaji & menilai semula kewajaran Laporan Barnes 1950. Diadakan sebagal reaksi tidak pas hati masyarakat Cina terhadap Laporan Barnes 1950. Masyarakat Cina pada ketika itu menganggap laporan lersebut bertujuan menghapuskan bahasa Cina & kebudayaan Cina. Pandangan & kajian laporan ini kemudian diserap dalam Ordinan Pelajaran 1952. Laporan ini mencadangkan agar usaha merapatkan jurang perbezaan dilakukan dengan menggantikan sistem persekolahan yang berasaskan kaum kepada pendidikan yang tidak bercorak perkauman. Bahasa Inggeris & bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar manakala bahasa lain sebagai pilihan.
Ordinan Pelajaran 1952 adalah hasil daripada satu jawatankuasa yang telah dibentuk oleh pihak berkuasa British di Tanah Melayu / Malaya dengan tujuan mengkaji Laporan Barnes (1950) dan Laporan Fenn-Wu (1951). Ordinan Pelajaran(1952)
Tujuan penubuhan jawatankuasa Ordinan Pelajaran 1952 Memastikan individu memperoleh dan menjalankan pengetahuan, kemahiran, dan tingkah laku yang positif. Mencapai kesatuan di kalangan rakyat Tanah Melayu yang merangkumi pelbagai etnik. Mendorong dan membolehkan setiap etnik berintegrasi dalam masyarakat berbilang bangsa di Tanah Melayu. Memperkuatkan landasan perpaduan negara sambil memodernkan sistem pendidikan vernakular dan menyesuaikan kurikulum mengikut keperluan dan konteks semasa. (Dato' E.E.C. Thuraisingam)
Penyata Razak 1956, juga dikenali sebagai Laporan Jawatankuasa Pendidikan 1956, merupakan satu cadangan pendidikan yang bertujuan untuk membentuk Persekutuan Tanah Melayu. Laporan ini diterbitkan pada tahun 1956. Pengasas dan pengerusinya adalah Dato' Abdul Razak Hussein, yang pada masa tersebut juga menjawat jawatan Menteri Pelajaran.
Mengesyorkan perubahan dan penyesuaian terhadap sistem dan dasar pendidikan dengan memeriksa sistem pendidikan sedia ada termasuk pekara yang terkandung dalam Ordinan Pelajaran 1952. Menyeragmkan sukatan pelajaran semua sekolah. Mewujudkan kurikulum yang berorientasikan alam sekeliling tanah air. Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa pengantar utama. Memelihara perkembangan bahasa kebangsaan dan memajukan ilmu pengetahuan rakyat Persekutuan Tanah Melayu melalui bahasa. 1. 2. 3. 4. 5.
Rumusan Topik Wujudnya pelbagai pertubuhan yang dilahirkan untuk memperbaiki sistem pendidikan di negara kita menunjukkan penekanan yang besar masyarakat terhadap pendidikan dalam bahasa Melayu, selain daripada bahasa ibunda masing-masing. Hal ini kerana sebagai warganegara Malaysia, adalah tanggungjawab kita untuk memahami dan mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara kita.
Pengenalan Bahasa Melayu Moden
Dewan Bahasa Dan Pustaka(DBP) ASAS '50 mengusulkan penubuhan Balai Pustaka dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga pada tahun 1956. Pada asalnya, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dikenali sebagai Balai Pustaka. Ia ditubuhkan untuk pertama kalinya di Johor Bahru pada 22 Jun 1956, berlokasi di Bukit Kimbalan, Johor Bahru. DBP memegang peranan penting dalam memajukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Kemudian, pada tahun 1957, DBP dipindahkan ke Kuala Lumpur di bangunan lama di Jalan Young. Akhirnya, pada 31 Januari 1962, DBP mendapat bangunan sendiri yang terletak di Jalan Lapangan Terbang Lama atau Jalan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Dewan Bahasa Dan Pustaka(DBP) Pada tahun 1959, DBP menjadi sebuah badan berkanun melalui Ordinan Dewan Bahasa dan Pustaka. Tujuan utama DBP pada masa itu adalah untuk mempromosikan dan memajukan bahasa kebangsaan selaras dengan dasar negara dan kehendak rakyat. Ia diperuntukkan dalam Akta Dewan Bahasa dan Pustaka, Akta 213. Institusi Pengurusan Dewan Bahasa dan Pustaka telah ditubuhkan dengan seorang pegawai di Malaysia Barat, dengan matlamat untuk memperkayakan bahasa kebangsaan, memajukan bakat sastera terutamanya dalam bahasa kebangsaan, serta mencetak atau menerbitkan buku, majalah, dan risalah dalam bahasa kebangsaan dan bahasa-bahasa lain. Menurut pandangan saya, penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka memainkan peranan penting dalam mengutamakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Selanjutnya, DBP memperluaskan kehadirannya ke Kota Kinabalu dan Kuching pada tahun 1977 dan juga membuka pejabat cawangan seperti Pejabat DBP Wilayah Utara.
Peranan/Tujuan Penubuhan Dewan Bahasa Dan Pustaka(DBP) Menggerakkan dan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu. Menggubal dasar-dasar khusus, menyusun dan membina serta mengembangkan bahasa dan sastera menurut kebijaksanaan sendiri. Membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang (sains, teknologi). Mencetak dan menerbitkan atau membantu percetakan dan penerbitan buku-buku, majalahmajalah, risalah-risalah dan kesusasteraan lain dalam bahasa kebangsaan dan bahasa lain. Membakukan atau menstandardkan ejaan dan sebutan bahasa Melayu. Membentuk istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan. Menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul. (melalui memberi arahan, ulasan, nasihat, bantuan, bimbingan, latihan, pengawasan). Memperkembangkan bakat sastera, khususnya dalam bahasa kebangsaan. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.
Bahasa Melayu akan terus berkembang dengan baik melalui kerjasama antara Malaysia dan negara-negara jiran atau serantau. Sebagai contoh, kita boleh merujuk kepada Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM). Pada asalnya, hubungan serantau ini melibatkan Indonesia dan Malaysia, yang dikenali sebagai Majlis Indonesia-Malaysia (MBIM). Selepas Brunei menyertai MBIM, piagam yang menggariskan peranan MABBIM telah diubahsuai. Pada 16 Ogos 1972, Panduan Ejaan Rumi Bahasa Melayu diterbitkan, yang membantu menyeragamkan ejaan di antara negara-negara anggota MABBIM. MABBIM bertujuan untuk memajukan bahasa rasmi atau bahasa kebangsaan, iaitu bahasa Melayu atau bahasa Indonesia, di tiga negara ini. Kerjasama Serantau dan Antarabangsa
Selain itu, Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM) merupakan sebuah badan yang bertujuan mempromosikan bahasa Melayu di peringkat antarabangsa. Kerjasama ini berpotensi membawa manfaat besar kepada bahasa Melayu, yang mungkin akan digunakan sebagai bahasa pengantar di peringkat antarabangsa. Selanjutnya, banyak pusat pengajian Melayu telah didirikan di luar negara, yang seharusnya dihargai sebagai satu perkembangan yang positif dalam mempromosikan bahasa dan budaya Melayu di peringkat global. Kerjasama Serantau dan Antarabangsa
Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM) Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA) Jaringan Pustaka dan Forum Kerjasama Penerbitan Serantau (FOKEPS). Kerjasama peringkat serantau untuk memartabatkan bahasa Melayu adalah melalui penubuhan Kerjasama Serantau dan Antarabangsa
Rumusan Topik Saya berpendapat bahawa DBP telah memberikan sumbangan penting dalam perkembangan bahasa Melayu dengan menerbitkan pelbagai buku dalam bahasa Melayu yang sangat digemari oleh masyarakat tempatan. Melalui membaca, masyarakat dapat lebih memahami penggunaan yang betul dalam bahasa Melayu. Selain itu, kerjasama serantau dan antarabangsa juga telah membantu perkembangan bahasa Melayu, kerana negaranegara yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dapat berkongsi pengetahuan dan pengalaman dalam memajukan bahasa Melayu.