The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sekolah-209-cm2, 2024-03-07 17:52:50

BUKU PENGURUSAN 2024

BUKU PENGURUSAN 2024

1JADUAL WAKTJADUAL WAKTU : KELAS TINGKATAN 6 NAMA GURU : BIL MATA PELAJARAN WAKTU MASA 1 PENGAJIAN AM 2 ENGLISH 3 MATEMATIK T 4 KIMIA 5 BIOLOGI 6 FIZIK 7 EKONOMI 8 BAHASA MELAYU JUMLAH KESELURUHAN TARIKH : _______ TANDATANGAN GURU : ___WAKTU 1 2 3 4 REHAT 5 MASA 07.30 - 08.10 08.10- 08.50 08.50 – 09.30 09.30- 10.10 10.10- 10.30 10.30- 11.10 ISNIN PERH. MASA 07.30 - 08.10 08.10- 08.50 08.50 – 9.30 09.30- 10.10 10.10- 10.30 10.30- 11.10 SELASA MASA 07.30 - 08.10 08.10- 08.50 08.50 – 09.30 09.30- 10.10 10.10- 10.30 10.30- 11.10 RABU MASA 07.30 - 08.10 08.10- 08.50 08.50 – 09.30 09.30- 10.10 10.10- 10.30 10.30- 11.10 KHAMIS JUMAAT


114 TU TINGKATAN 6 TAHUN : 2024 MULAI MAC 2024 BIL MATA PELAJARAN WAKTU MASA 9 PERAKAUNAN 10 MATEMATIK M 11 PENGAJIAN PERNIAGAAN 12 SEJARAH 13 SENI VISUAL 14 KOKURIKULUM 15 KERJA KURSUS 16 PERHIMPUNAN ___ TANDATANGAN PENGETUA: ________ 6 7 8 9 10 10 11 11.10- 11.50 11.50- 12.30 12.30- 01.10 01.10- 01.50 01.50- 02.30 KK 11.10- 11.50 11.50- 12.30 12.30- 01.10 01.10- 01.50 REHAT 01.50- 02.10 02.10- 02.50 02.50- 03.30 KK KOKURIKULUM 11.10- 11.50 11.50- 12.30 12.30- 01.10 01.10- 01.50 01.50- 02.30 KK 11.10- 11.50 11.50- 12.30 12.30- 01.10 01.10- 01.50 01.50- 02.10 02.10- 02.50 02.50- 03.30 KK KOKURIKULUM


1JADUAL WAKTU TINGKATJADUAL WAKTU : KELAS TINGKATAN 6 NAMA GURU : BIL MATA PELAJARAN WAKTU MASA 1 PENGAJIAN AM 2 ENGLISH 3 MATEMATIK T 4 KIMIA 5 BIOLOGI 6 FIZIK 7 EKONOMI 8 BAHASA MELAYU JUMLAH KESELURUHAN TARIKH : _______ TANDATANGAN GURU : ___WAKTU 1 2 3 4 REHAT 5 MASA 07.30 - 08.10 08.10- 08.50 08.50 – 09.30 09.30- 10.10 10.10- 10.30 10.30- 11.10 ISNIN PERH. MASA 07.30 - 08.10 08.10- 08.50 08.50 – 9.30 09.30- 10.10 10.10- 10.30 10.30- 11.10 SELASA MASA 07.30 - 08.10 08.10- 08.50 08.50 – 09.30 09.30- 10.10 10.10- 10.30 10.30- 11.10 RABU MASA 07.30 - 08.10 08.10- 08.50 08.50 – 09.30 09.30- 10.10 10.10- 10.30 10.30- 11.10 KHAMIS JUMAAT


115 TAN 6 (BULAN RAMADHAN) TAHUN : 2024 MULAI MAC 2024 BIL MATA PELAJARAN WAKTU MASA 9 PERAKAUNAN 10 MATEMATIK M 11 PENGAJIAN PERNIAGAAN 12 SEJARAH 13 SENI VISUAL 14 KOKURIKULUM 15 KERJA KURSUS 16 PERHIMPUNAN ___ TANDATANGAN PENGETUA: ________ 6 7 8 9 10 10 11 11.10- 11.50 11.50- 12.30 12.30- 01.10 01.10- 01.50 01.50- 02.30 KK 11.10- 11.50 11.50- 12.30 12.30- 01.10 01.10- 01.50 03.00- 03.40 03.40- 04.20 KK KOKURIKULUM ONLINE 11.10- 11.50 11.50- 12.30 12.30- 01.10 01.10- 01.50 01.50- 02.30 KK 11.10- 11.50 11.50- 12.30 12.30- 01.10 01.10- 01.50 03.00- 03.40 03.40- 04.20 KK KOKURIKULUM ONLINE


116 SENARAI GURU KELAS TINGKATAN ENAM TAHUN 2024 GURU KELAS TINGKATAN 6 ATAS TAHUN 2024 Penyelia Tingkatan Pn Siti Rohaiza binti Md Radzi 1. 6 ATAS BESTARI Pn Asniza binti Hamzah 2. 6 ATAS CEKAL Pn Sharon Farisha binti Mohamed Ariff 3. 6 ATAS DINAMIK Pn Nursabrina binti Rahmat 4. 6 ATAS GEMILANG Pn Nuraida binti Idris 5. 6 ATAS HARMONI Pn Yvonne Lam Chia Mei 6. 6 ATAS IKHLAS Pn Fadhilah Hayani binti Hassan 7. 6 ATAS JUJUR Pn Salmah binti Ali 8. 6 ATAS LUHUR Pn Tamil Selvi a/p Supramani GURU KELAS TINGKATAN 6 BAWAH TAHUN 2024 Penyelia Tingkatan Pn Latifah binti Md Hassim 1. 6 BAWAH BESTARI Cik Lakshmi Nair a/p Krishnan Kutty 2. 6 BAWAH CEKAL Pn. Koo Kim Huwai 3. 6 BAWAH DINAMIK En. Abu Hasan bin Daud @ Ibrahim 4. 6 BAWAH GEMILANG Pn. Che Fauziyati binti CheZakaria 5. 6 BAWAH HARMONI Pn. Nada Nurhida binti Mohd Fadzil 6. 6 BAWAH IKHLAS Pn. Norhayati binti Yusof 7. 6 BAWAH JUJUR Pn. Nor Azura binti Mahadi 8. 6 BAWAH LUHUR Pn. Nik Azeanwaty binti Nik Mohd Yusoff


1SEKOLAH MENENGAH KJALAN TUN ISMAIL, 5STRUKTUR ORGANISASI JAWATANKUASA KOKPENGEN RAVI CHANDRPNAIB PENEN MOHD ADLYPENYELARAS KEN. HAIRUL AFIPN KOO KGURU PENASIHAT BULAN SABIT MERAH MALAYSIA GURU PENASIHAT RENJER PUTERI GURU PENASIHAT PENGAKAP KELANA SETIAUSAHA KOPN LIZA BGURU PENASIHAT KELAB FUTSAL GURU PENASIHAT KELAB BADMINTON GURU PENASIHAT KELAB PING PONG BADAN BERUNIFORM SUKAN / PE


116 KEBANGSAAN MAXWELL 50480 KUALA LUMPUR KURIKULUM TINGKATAN ENAM TAHUN 2024/2025 GERUSI RAN A/L KRISHNAN P NGERUSI Y BIN ABDULLAH KOKURIKULUM T6 ZI BIN HAIRULLAH KIM HUWAI GURU PENASIHAT PERSATUAN TINGKATAN ENAM (PTE) GURU PENASIHAT KELAB STEM T6 GURU PENASIHAT KELAB PENCINTA ALAM GURU PENASIHAT KELAB SAINS SOSIAL GURU PENASIHAT KELAB KEBUDAYAAN & KESENIAN OKURIKULUM T6 INTI RAMLI GURU PENASIHAT KELAB BOLA TAMPAR ERMAINAN KELAB/ PERSATUAN GURU PENASIHAT KELAB BOLA JARING


117 PENGURUSAN KOKURIKULUM TINGKATAN 6 TAHUN 2024/2025 BIL BIDANG TUGAS PERNYATAAN TUGAS 1 PENGURUSAN KOKURIKULUM TINGKATAN 6 Bertanggungjawab kepada Pengetua dan Penolong Kanan Kokurikulum dalam mengurus dan melaksanakan perkara berikut :- 1. Mematuhi dasar pelaksanaan kokurikulum KPM dan sekolah serta pekeliling-pekeliling yang berkaitan dengan kokurikulum Tingkatan 6 2. Mengatur dan menyelia perjalanan badan beruniform / Persatuan serta sukan dan permainan. 3. Menyediakan jadual waktu untuk perjumpaan dan mesyuarat. 4. Menyelaras semua aktiviti kokurikulum bagi pelajar Tingkatan 6 5. Menyediakan borang kebenaran ibu bapa/penjaga untuk pelajar menyertai badan beruniform / Persatuan serta sukan dan permainan. 6. Menentukan aktiviti, surat-menyurat dan minit mesyuarat difailkan dengan baik. 7. Memastikan mesyuarat agung dan pemilihan AJK diadakan setiap tahun pada tarikh yang ditetapkan. 8. Menguruskan dan mengagihkan Buku Laporan Kokurikulum kepada guru penasihat. 9. Menguruskan dan mengumpulkan semula Buku Laporan Kokurikulum daripada guru penasihat untuk tujuan semakan oleh PK Kokurikulum 10. Mengumpulkan semula Buku Laporan Kokurikulum pada akhir tahun untuk simpanan dan rekod bilik kokurikulum. 11. Menguruskan dan menyediakan borang-borang yang berkaitan dengan aktiviti kokurikulum dan sukan. 12. Mengumpulkan rancangan tahunan daripada guru penasihat untuk edaran, rujukan dan rekod. 13. Membuat laporan tahunan keseluruhan tentang aktiviti dan pencapaian kokurikulum sekolah. 14. Menghadiri kursus dari semasa ke semasa untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran diri. 15. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dan PK Kokurikulum dari semasa ke semasa. En. Ravi Chandran a/l Krishnan En. Mohd Adly bin Abdullah Pn. Norzaiton binti Md Noor Pn. Rosiah binti Mustaffa En. Ahmad Nasruddin bin Mokti Pn. Noriah binti Othman Pn. Liza binti Ramli En. Hairul Afizi bin Hairullah Pn. Koo Kim Huwai En. Hairul Afizi bin Hairullah (K) Pn. Koo Kim Huwai En. Abu Hasan bin Daud@Ibrahim (K) Pn. Norisah binti Zawawi (PK) En. Ahmad Nizam bin Daud En. Ahmad Hamili bin Mohamed Pn. Siti Rohaiza binti Md Radzi Pn. Subathra a/p Vaithilingam (K) Pn. Low Tze Joo (PK) Pn. Sharon Farisha binti Mohamed Ariff Cik Lakshmi Nair a/p Krishnan Kutty Pn. Jaya a/p Karuppiah Pn. Koo Kim Huwai Pn. Salmah binti Ali Pn. Norhayati binti Yusof (K) Pn. Nursabrina binti Rahmat (PK) Pn. Tamil Selvi a/p Supramani En. Hairul Afizi bin Hairullah Pn. Che Fauziyati binti Che Zakaria Pn. Nada Nurhida binti Mohd Fadzil Pn. Nik Azeanwaty binti Nik Mohd Yusof Pn. Norhani binti Mohamed Ariff (K) Pn. Tan Leng Leng (PK) Pn. Asniza binti Hamzah En. Esmond Chan Pn. Ooi Hui Ling Pn Liza binti Ramli Pn. Maimun binti Md Yunus Pn. Latifah binti Md Hassim Pn. Azilawati binti Abd Aziz Pn. Nor Azura binti Mahadi (K) Pn. Yvonne Lam Chia Mei (PK) Cik Intan Zuriati binti Mohd Zulkifli Pn. Nuraida binti Idris Pn. Fadhilah Hayani binti Hassan : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : Pengerusi Timb. Pengerusi Naib Pengerusi I Naib Pengerusi II Naib Pengerusi III Naib Pengerusi IV Setiausaha Penyelaras Unit Quarter Master T6 (QM) 1M1S - Futsal - Bola Jaring - Bola Tampar - Badminton - Ping Pong


118 Cik Intan Zuriati binti Mohd Zulkifli (K) Pn. Tamil Selvi a/p Supramani (PK) Che Fauziyati binti Che Zakaria Pn. Fadhilah Hayani binti Hassan Pn. Latifah binti Md Hassim Pn. Asniza binti Hamzah Pn. Subathra a/p Vaithilingam En. Hairul Afizi bin Hairullah Cik Lakshmi Nair a/p Krishnan Kutty Pn. Norhayati binti Yusof Pn. Jaya a/p Karuppiah Pn. Nuraida binti Idris (K) Pn. Azilawati binti Abd Aziz (PK) Pn. Nursabrina binti Rahmat Pn. Nor Azura binti Mahadi Pn. Low Tze Joo Pn. Maimun binti Md Yunus Pn. Norisah binti Zawawi Pn. Siti Rohaiza binti Md Radzi Pn. Liza binti Ramli Pn. Nada Nurhida binti Mohd Fadzil Pn. Salmah binti Ali En. Esmond Chan (K) Pn. Ooi Hui Ling (PK) Pn. Yvonne Lam Chia Mei Pn. Norhani binti Mohamed Ariff En. Abu Hasan bin Daud@Ibrahim En. Ahmad Hamili bin Mohamed Pn. Sharon Farisha binti Mohamed Ariff Pn. Tan Leng Leng En Ahmad Nizam bin Daud Pn. Koo Kim Huwai Pn. Nik Azeanwaty binti Nik Mohd Yusof : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : BADAN BERUNIFORM - BSMM - Renjer Puteri - Pengakap Kelana


119 Pn. Siti Rohaiza binti Md Radzi (K) En. Ahmad Hamili bin Mohamed (PK) Pn. Fadhilah Hayani binti Hassan En. Abu Hasan bin Daod@Ibtrahim Pn. Norhani binti Mohamed Ariff Pn. Ooi Hui Ling Pn. Latifah binti Md Hasim En. Hairul Afizi bin Hairullah Pn. Low Tze Joo (K) Pn. Nursabrina binti Rahmat (PK) Pn. Sharon Farisha binti Mohamed Ariff Pn. Tan Leng Leng Pn. Koo Kim Huwai Pn. Jaya a/p Karuppiah (K) Pn. Norisah binti Zawawi (PK) Cik Intan Zuriati binti Mohd Zulkifli En. Esmond Chan Pn. Nor Azura binti Mahadi Pn. Nuraida binti Idris Pn. Liza binti Ramli Cik Lakshmi Nair a/p Krishnan Kutty (K) Pn. Azilawati binti Abd Aziz (PK) Pn. Norhayati binti Yusof Pn. Maimun binti Md Yunus Pn. Yvonne Lam Chia Mei Pn. Che Fauziyati binti Che Zakaria Pn. Tamil Selvi a/p Supramani En. Ahmad Nizam bin Daud (K) Pn. Salmah binti Ali (PK) Pn. Asniza binti Hamzah Pn. Subathra a/p Vaithilingam Pn. Nada Nurhida binti Mohd Fadzil Pn. Nik Azeanwaty binti Nik Mohd Yusof : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : KELAB DAN PERSATUAN - Persatuan Ting. 6 (PTE) - Kelab STEM T6 - Kelab Sains Sosial - Kelab Pencinta Alam - Kelab Kebudayaan & Kesenian


120 PANDUAN AM BAHAGIAN M


120 PANDUAN AM UNTUK GURU 1. Arahan Am 1.1. Selaku pegawai kerajaan, guru adalah tertakluk kepada segala arahan yang terdapat dalam perintah Am Kerajaan. Oleh itu, semua guru dikehendaki membaca, memahami dan juga mematuhi Perintah Am berikut. 1.2. Guru dan staf sokongan sekolah dinasihatkan supaya membaca, memahami dan boleh mentafsirkan dengan tepat akan kandungan Perintah Am dan arahan Perkhidmatan yang lain. 1.3. Guru hendaklah menghayati tatasusila profesion keguruan dan menjunjung sebagai satu profesion dan bukan sebagai satu pekerjaan/mata pencarian semata-mata. 1.4. Guru hendaklah mengamal dan menghayati falsafah dan matlamat pendidikan negara. 1.5. Meletakkan kepentingan murid dan sekolah lebih daripada kepentingan diri dalam menjalankan tugas. 1.6. Bertanggungjawab dalam menjaga dan menjamin keselamatan murid ketika berada di sekolah dan menjaga harta benda sekolah. 1.7. Sentiasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan dan dinamik serta cekap menjalankan tugas. 2. Kedatangan 2.1. Waktu bertugas yang ditetapkan oleh pihak sekolah adalah : 2.1.1. Aliran Perdana (Sesi Pagi) : Isnin, Selasa & Khamis : 7.20 pagi – 2.30 petang Rabu : 7.20 pagi – 4.30 petang (Kokurikulum) Jumaat : 7.20 pagi – 12.30 tengah hari 2.1.2. Aliran Perdana (Sesi Petang) : Isnin, Selasa & Khamis : 12.30 tengah hari – 6.50 petang Rabu : 9.30 pagi – 6.50 petang (Kokurikulum) Jumaat : 2.20 petang – 6.50 petang 2.1.3. Tingkatan 6 : Isnin - Khamis : 7.20 pagi – 3.30 petang Jumaat : 7.20 pagi – 12.40 tengah hari 2.2. Guru dikehendaki berada dalam kawasan sekolah 10 minit sebelum waktu belajar dan ‘thumb print’ semasa sampai dan sewaktu balik sekolah. 2.3. Guru yang tidak dapat hadir atau terpaksa datang lewat hendaklah memaklumkan kepada Tuan Pengetua terlebih dahulu. 2.4. Semua urusan peribadi guru hendaklah dibuat di luar waktu sekolah kecuali dalam keadaan kecemasan. 3. Keluar waktu mengajar 3.1. Guru tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah dalam masa waktu mengajar kecuali jika ada sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan atau arahan dari Jabatan Pendidikan / Pejabat Pendidikan Wilayah dengan syarat mendapat kebenaran daripada Pengetua/ Penolong Kanan. 3.2. Guru dikehendaki mengisi borang kebenaran keluar dan dituliskan dalam Buku Rekod keluar. Dapatkan tandatangan Pengetua/Penolong Kanan sebelum keluar. 3.3. Sebelum meninggalkan sekolah, guru diminta meninggalkan kerja bertulis untuk pelajar melalui Pengetua/Penolong Kanan. 4. Cuti 4.1. Cuti Rehat/cuti penggal 4.1.1. Mengikut Surat Pekeliling Kementerian Pelajaran KP(PP)0046.SJ(30) bertarikh 24 Disember 1993, guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah untuk menggantikan cuti rehat.Tetapi guru boleh dipanggil bertugas oleh Pengetua tidak melebihi sepertiga daripada jumlah cuti sesuatu tahun untuk menjalankan tugas-tugas seharian daripada tugas mengajar. 4.2. Cuti Sakit 4.2.1. Sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta yang melebihi dua hari berturut-turut hendaklah disahkan oleh Pegawai Perubatan kerajaan. 4.2.2. Cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tidak boleh melebihi 14 hari dalam setahun 4.2.3. Cuti sakit yang melebihi 90 hari setahun sama ada berterusan atau putus-putus akan dilaporkan ke Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan untuk urusan berkaitan pembayaran gaji.


121 4.3. Cuti tanpa gaji 4.3.1. Mengikut Perintah Am Bab C Cuti Tanpa Gaji boleh dipohon atas sebab-sebab persendirian yang mustahak. 4.3.2. Cuti tanpa Gaji daripada kakitangan bukan guru hanya boleh diberi selepas habis cuti rehatnya. 4.3.3. Kelayakkan Cuti Tanpa Gaji ialah 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan tapi tidak melebihi 180 hari. 4.3.4. Cuti Tanpa Gaji untuk tujuan keluar negeri hanya boleh diambil dalam masa 4 tahun. 4.3.5. Kelulusan Cuti Tanpa Gaji yang tidak melebihi 14 hari setahun adalah diluluskan oleh Pengarah Pelajaran Negeri. Cuti yang melebihi 15 hari diluluskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Borang permohonan hendaklah dihantar ke Jabatan Pendidikan Negeri 10 minggu sebelum tarikh bermula bercuti. 4.4. Cuti Rehat Khas 4.4.1. Cuti Rehat Khas ialah cuti bergaji penuh untuk guru sahaja. 4.4.2. Cuti ini boleh diluluskan oleh Pengetua hanya atas sebab-sebab kecemasan dan upacara agama bagi tempoh LIMA BELAS hari dalam setahun. 4.5. Cuti Keluar Negeri 4.5.1. Semua guru yang hendak bercuti ke luar negeri mesti mendapat kelulusan dari Jabatan. Sila isikan borang permohonan yang ada di pejabat selewat-lewatnya 4 minggu sebelum tarikh bercuti. 4.5.2. Cuti Haji hanya sekali sahaja dalam tempoh perkhidmatan walaupun dalam cuti persekolahan. 5. Pakaian 5.1. Guru hendaklah berpakaian kemas, sesuai dengan profesion keguruan dan masyarakat timur. Guru lelaki hendaklah memakai kemeja lengan panjang atau pendek dan bertali leher serta berkasut. 5.2. Guru-guru lelaki hendaklah mempunyai potongan rambut dan panjang yang sesuai. 5.3. Baju hendaklah sentiasa dimasukkan ke dalam seluar. 5.4. Guru-guru lelaki digalakkan memakai Baju Melayu pada hari Jumaat. 5.5. Guru-guru perlu memakai baju batik pada setiap hari Khamis. 5.6. Guru-guru tidak dibenarkan memakai selipar atau sandal semasa di sekolah. 5.7. Guru-guru yang memakai songkok hendaklah memakai songkok berwarna hitam. Kopiah atau ketayap tidak dibenarkan. 5.8. Guru-guru perempuan tidak dibenarkan memakai pakaian berbentuk seluar, baju tanpa lengan, jubah, “purdah” dan skirt paras lutut. 5.9. Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani dikehendaki memakai pakaian yang sesuai; 5.9.1. Guru perempuan- seluar trek atau seluar panjang yang sesuai, baju T, baju sukan, baju trek, kasut sukan atau kasut getah tanpa tumit. 5.9.2. Guru lelaki-seluar trek atau seluar panjang yang sesuai, baju T, baju sukan,baju trek atau jersi,kasut sukan atau kasut getah tanpa tumit. 6. Perhubungan Sesama Guru 6.1. Guru sewajarnya memupuk hubungan peribadi dan profesional yang baik dan sihat sesama guru dan sentiasa dapat mengawal tutur kata mereka. Juga diharapkan akan dapat mewujudkan perasaan kekitaan. 6.2. Guru tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksa pandangan/ fahaman/ pendapat / kepercayaan / fahaman yang berunsur menentang kerajaan kepada guru ataupun pelajar atau staf sokongan sekolah yang lain. 6.3. Perhubungan yang berbentuk kumpulan yang berasaskan kepada kaum,status sosial, sosioekonomi, kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali wujud di sekolah. 7. Bilik Guru 7.1. Kebersihan dan keselamatan bilik guru adalah menjadi tanggungjawab semua guru. Ini termasuk keselamatan harta benda di dalam bilik guru. 7.2. Guru hendaklah berada di bilik guru semasa tidak mengajar di kelas. Masa ini hendaklah dianggap sebagai “non-teaching period” dan bukannya “free period”. Oleh itu, guru hendaklah menggunakan masa tersebut di bilik guru untuk perkara-perkara berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran sahaja. 7.3. Guru tidak digalakkan membenarkan pelajar berada di bilik guru. 7.4. Guru yang berada di bilik guru hendaklah sama-sama bertanggungjawab memastikan suasana yang sesuai dan tidak mengganggu ketenteraman mana-mana pihak. 8. Perjawatan dan Pengajaran 8.1. Jikalau guru menghadapi sebarang masalah dalam bidang perjawatan, mereka boleh berurusan dengan Ketua Pembantu Tadbir atau Pengetua. 8.2. Guru yang menghadapi masalah dalam bidang pengajaran bolehlah berurusan dengan Guru Ketua Panitia,Guru Kanan Mata Pelajaran atau Penolong Kanan 8.3. Guru akan diberi tugas-tugas berbentuk kurikulum, hal ehwal murid, kokurikulum dan pentadbiran. Mereka mesti melaksanakan tugas-tugas tersebut dengan dedikasi, cekap dan bertanggungjawab. 8.4. Apabila diarahkan untuk melaksanakan tugas/arahan misalnya menghadiri mesyuarat, pergi ke Jabatan Pendidikan atau ke sekolah lain, guru hendaklah mengambil tindakan sendiri. 8.5. Guru yang ditugaskan tidak boleh mengarahkan guru lain melaksanakannya tanpa pengetahuan Pengetua. 8.6. Jika tugas itu terpaksa dijalankan oleh pihak lain atas persetujuan sesama sendiri, maka ia mesti sampai ke pengetahuan Pengetua.


122 9. Rekod Erph 9.1. Setiap guru akan diberi sebuah Rekod eRPH dan bertanggungjawab terhadap keselamatan buku tersebut. Semua butiran hendaklah disempurnakan dengan teliti, kemas dan lengkap. 9.2. Buku ini hendaklah diserahkan ke pejabat pada hari Jumaat atau hari terakhir belajar untuk minggu tersebut untuk disemak dan ditandatangani oleh GKMP, Penolong Kanan dan Pengetua. 9.3. Jika seseorang guru bercuti, buku tersebut hendaklah diserahkan kepada Penolong Kanan. 9.4. eRPH hendaklah diturnin pada hari terakhir sesi persekolahan. 10. Jadual Waktu 10.1. Guru tingkatan hendaklah menyediakan satu salinan jadual waktu untuk dipamerkan dalam kelas sendiri. 10.2. Guru tidak dibenarkan mengubah jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa kebenaran. 11 Kehadiran Murid/Pelajar 11.1 Setiap guru tingkatan akan diberi ID dan PASSWORD Modul Kehadiran Murid/Pelajar dalam APDM/SPPB. Guru bertanggungjawab mengisikan maklumat-maklumat yang diperlukan dan hendaklah memahami dan mematuhi arahan dan keperluan mengenainya seperti yang telah diarahkan . 11.2 Jadual kedatangan pelajar hendaklah ditanda dengan teratur, kemas dan ditanda pada setiap hari oleh guru tingkatan sebelum jam 9:00 pagi. 11.3 Sekiranya guru tingkatan tidak hadir, Penyelaras Tingkatan bertanggungjawab menanda kehadiran pelajarnya. (Guru tingkatan hendaklah memaklumkan ketidakhadirannya kepada Penyelaras Tingkatan supaya dia dapat mengambil tugas menanda kedatangan pelajar semasa ketiadaannya) 11.4 Pelajar yang tidak hadir selama tiga hari berturut-turut atau berselang-seli dalam satu minggu, ibu bapa/penjaga hendaklah dihubungi secara bertulis. Makluman lisan boleh diterima tetapi sebaiknya disusuli dengan surat sebagai pengesahan. 11.5 Analisis kehadiran mesti sahkan dan dicetak dari Modul pada setiap akhir bulan dan akan disemak oleh guru yang bertanggungjawab. 11.6 Alamat dan nombor telefon hendaklah dikemaskinikan setiap bulan. 12 Keselamatan Harta Benda Sekolah 12.1 Semua guru dikehendaki memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjaga keselamatan harta benda sekolah. Pelajar yang merosakkan harta benda sekolah sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja hendaklah dibawa ke pengetahuan pihak sekolah. 12.2 Ketua Panitia/Guru Kanan hendaklah memastikan ada peraturan-peraturan mengenai penggunaan alat-alat bilik-bilik tertentu seperti makmal, bengkel dan lain-lain. 13 Kebersihan 13.1 Setiap guru bertanggungjawab menjaga kebersihan sekolah. 13.2 Jadual giliran bertugas pelajar hendaklah disediakan oleh guru tingkatan. 13.3 Alatan membersihkan kelas hendaklah digunakan dengan rapi dan disimpan dengan selamat. 13.4 Guru Kanan/Ketua Panitia dan guru lain yang mempunyai bilik khas/tempat khas (bengkel,bilik kaunseling,makmal dan lain-lain) bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan bilik tersebut. 13.5 Kebersihan kawasan sekolah adalah tanggungjawab semua guru, staf sokongan dan pelajar. 14 Surat-menyurat 14.1 Semua surat rasmi yang menggunakan Kepala Surat Sekolah hendaklah melalui Pengetua atau Penolong Kanan sebagai bagi pihak untuk disampaikan kepada pihak berkenaan. 15 Surat Yang Diterima 15.1 Ada surat yang diterima oleh sekolah terpaksa diedar kepada guru untuk diambil tindakan. Guru berkenaan hendaklah mengambil tindakan segera terhadap surat-surat tersebut. 15.2 Jika surat itu dituju kepada guru yang dinyatakan melalui dan salinan kepada Pengetua, surat itu boleh disimpannya sendiri setelah mengambil tindakan. 15.3 Jika surat itu ditujukan kepada Pengetua dan Pengetua mengedarnya untuk tindakan guru yang berkenaan, maka guru itu hendaklah: 15.3.1 Mengambil fail yang berkenaan di pejabat. 15.3.2 Mengambil tindakan yang diperlukan dan lampiran hendaklah disimpan dalam fail sekolah 16 Pergi Ke Jabatan Pendidikan Negeri / Pejabat Pendidikan Wilayah 16.1 Guru-guru tidak digalakkan pergi ke Jabatan Pendidikan Negeri atau Pejabat Pendidikan Daerah untuk urusan peribadi. 16.2 Guru yang berurusan dengan Jabatan Pendidikan Negeri hendaklah memakai pakaian rasmi bekerja.


123 17 Pelawat 17.1 Semua pelawat DIMESTIKAN berjumpa dengan Pengetua / Penolong Kanan terlebih dahulu. 17.2 Guru tidak dibenarkan berbincang dengan wakil-wakil firma atau penjual-penjual kecuali dengan kebenaran Pengetua atau wakilnya. 18 Membeli Barang 18.1 Guru yang hendak membeli barang mesti memohon kebenaran dengan menggunakan borang yang boleh diperoleh di pejabat. 18.2 Borang itu mesti mendapat pengesahan daripada Ketua Panitia / Guru Kanan / Penolong Kanan sebelum diluluskan oleh Pengetua. 18.3 Semua pesanan mesti dibuat melalui Borang Pesanan Tempatan. 18.4 Segala invois mesti ditandatangani oleh guru yang menerima dan direkodkan dalam buku stok dengan kemas. 19 Kegiatan Kokurikulum 19.1 Semua guru akan ditugaskan menjadi penasihat kegiatan kokurikulum.Tugas ini hendaklah dijalankan dengan cekap & teratur. 20 Perhimpunan Sekolah 20.1 Semua guru dikehendaki menghadiri perhimpunan sekolah pada masa-masa dan hari-hari yang ditetapkan. 20.2 Guru lelaki hendaklah memakai tali leher dan baju kemeja berlengan panjang. 20.3 Semua guru dikehendaki memakai blazer. 20.4 Guru akan bersama-sama pelajar menyanyikan Lagu Negaraku, Lagu Negeri dan Lagu Sekolah. 21 Mesyuarat Guru 21.1 Dari semasa ke semasa Pengetua, Penolong Kanan, Guru Kanan atau Ketua Panitia akan memanggil mesyuarat guru. 21.2 Kedatangan semua guru ke mesyuarat adalah WAJIB. 21.3 Pakaian semasa menghadiri mesyuarat ialah pakaian waktu bekerja. 21.4 Sebarang mesyuarat atau perjumpaan sub-unit boleh diadakan pada bila-bila masa mengikut kelapangan waktu. 22 Buku stok / Inventori 22.1 Guru kanan / Ketua Panitia bertanggungjawab menguruskan buku stok / inventori dan memastikan maklumat dalam buku stok atau inventori adalah tepat,lengkap dan sentiasa dikemaskini. 22.2 Buku ini akan disemak dari semasa ke semasa oleh Pengetua / Penolong Kanan / Ketua Pembantu Tadbir. 23 Tanda Nama 23.1 Semua guru hendaklah memakai tanda nama pada hari persekolahan, majlis rasmi di sekolah / di luar sekolah 24 Keahlian Kelab Guru & Kakitangan / PIBG 24.1 Semua guru secara automatik menjadi ahli kelab guru dan PIBG sekolah. 24.2 Jumlah yuran kelab guru tertakluk kepada keputusan mesyuarat. 25 Penggunaan Alat-alat. 25.1 Penggunaan alat-alat hendaklah betul serta mengikut peraturan. 25.2 Mesti mendapat kebenaran daripada ketua-ketua bahagian atau penjaga stok. 25.3 Bertanggungjawab menggunakan alat-alat dengan baik dan memulangkan kembali dengan segera serta berkeadaan baik. 25.4 Jika rosak,hendaklah dilaporkan dengan serta merta. 26 Arahan dan Pekeliling 26.1 Setiap arahan dan pekeliling yang dikeluarkan oleh Pengetua hendaklah dibaca dengan teliti dan dipatuhi serta ditandatangani selepas membacanya. 26.2 Sekiranya arahan dan pekeliling itu diberi terus kepada guru hendaklah disimpan di dalam fail khas. 26.3 Sekiranya pekeliling itu dari Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan / Pejabat Pendidikan Wilayah , guru hendaklah mengembalikan dengan segera ke pejabat sekolah setelah tindakan diambil. 26.4 Sebarang maklumat /dokumen/edaran/minit mesyuarat dan tindakan yang telah diambil hendaklah dimasukkan ke dalam fail yang berkaitan. 26.5 Guru hendaklah membuat salinan lain sekiranya perlu menyimpan dokumen tersebut. 27 Telefon 27.1 Penggunaan telefon hanyalah untuk urusan rasmi sahaja. Guru hendaklah menggunakan telefon awam atas urusan peribadi. 28 Kunci 28.1 Semua kunci mesti disimpan di pejabat. 28.2 Kalau ada guru yang hendak menyimpan kunci-kunci tertentu, dia mestilah mendapat kebenaran dari Pengetua. 28.3 Guru tersebut bertanggungjawab terhadap bilik tersebut sepenuhnya.


124 29 Acara 29.1 Semua guru WAJIB HADIR dalam semua majlis atau acara rasmi sekolah. 29.2 Guru yang tidak hadir perlu mengemukakan surat pemberitahuan ketidakhadirannya kepada Pengetua. 30 Pengurusan Aktiviti dan Program 30.1 Sebarang program yang hendak dilaksanakan perlulah : 30.1.1 Menyediakan kertas kerja sebulan sebelum tarikh sebenar program tersebut. 30.1.2 Kertas kerja yang telah siap perlulah disemak oleh Guru penasihat (program peringkat pelajar) atau Penolong Kanan (Peringkat Sekolah) sebelum dibentang di Mesyuarat Pengurusan untuk kelulusan. 30.1.3 Kertas kerja tersebut hendaklah dibentang dalam mesyuarat pengurusan untuk kelulusan. 30.1.4 Setiap program yang hendak dilaksanakan perlu mengadakan sekurang-kurangnya 4 perjumpaan. 30.1.4.1 Perjumpaan 1 - Taklimat dan agihan tugas 30.1.4.2 Perjumpaan 2 - Laporan persiapan semasa 30.1.4.3 Perjumpaan 3 - Laporan akhir sebelum majlis 30.1.4.4 Perjumpaan 4 - Postmortem program 30.2 Setiausaha setiap program hendaklah menyerahkan 3 (tiga) dokumentasi kepada Ketua unit program tersebut (PK) selewatlewatnya (14) empat belas hari selepas majlis berlangsung. 30.3 Sebarang aktiviti yang melibatkan pelajar MESTI DIIRINGI OLEH GURU. 30.4 Sekiranya tidak ada Guru yang bertanggungjawab program itu hendaklah dibatalkan. 30.5 Sebarang aktiviti Luar Kelas yang melibatkan pelajar perlu mengisi borang “Rekod Pergerakan Pelajar” dan borang “Aktiviti Luar Kelas Pelajar” dan ditandatangani oleh Pentadbir. PANDUAN PROTOKOL Ketertiban Dalam Menghadiri Majlis Rasmi 1. Panduan Am 1.1. Jaga tingkah laku dan kesopanan semasa menghadiri majlis rasmi 1.2. Beri perhatian kepada peraturan protokol 1.3. Patuhi perkara-perkara yang ditetapkan oleh pihak penganjur seperti menepati masa kehadiran, memakai pakaian yang ditetapkan dan memaklumkan tentang kehadiran 1.4. Patuhi etika perbualan, pergaulan dan tertib di meja makan 2. Pastikan anda 2.1. Beritahu penganjur keputusan sama ada hadir/tidak hadir ke majlis 2.2. Memakai pakaian yang betul. Anda mungkin tidak diterima masuk sekiranya tidak berpakaian sesuai 2.3. Tahu tempat majlis diadakan 2.4. Hadir mengikut jawapan yang dimaklumkan (cth: seorang/berdua) 3. Kad Jemputan/Buku Program 3.1. Teliti segala maklumat yang terkandung dalam kad jemputan 3.2. Teliti tujuan majlis (Rasmi/Tidak Rasmi) 3.3. Ambil perhatian terhadap tarikh, masa dan tempat majlis 3.4. Ambil maklum tentang jenis pakaian yang ditetapkan 3.5. Buat keputusan hadir/tidak hadir 3.6. Beri jawapan kepada penganjur dengan segera 4. Semasa Tiba Di Majlis 4.1. Elakkan datang lewat atau terlalu awal 4.2. Tunjukkan kad jemputan kepada penyambut tetamu 4.3. Kenal -pasti tempat duduk 4.4. Jangan menukar tempat duduk dari yang telah disediakan 4.5. Minta bantuan daripada penyambut tetamu jika mengalami sebarang masalah 5. Sebelum Majlis Bermula 5.1. Hendaklah bergaul dengan tetamu-tetamu lain. Jangan memencilkan diri 5.2. Apabila masuk dan keluar daripada tempat duduk hendaklah dari sebelah kanan kerusi 5.3. Jangan meminta minuman yang tidak dihidangkan. Setelah selesai minum gelas diletakkan di atas dulang yang dibawa oleh pelayan 5.4. Jangan letak gelas di merata-rata tempat atau membawa gelas ke meja makan 6. Semasa Berada Di Dalam Majlis 6.1. Teliti program/acara yang akan dijalankan 6.2. Apabila tetamu VIP sampai hendaklah berdiri 6.3. Ikuti acara majlis dengan tenang, elakkan dari keluar masuk 6.4. Elakkan melakukan perbuatan yang boleh mengganggu perjalanan majlis seperti bercakap-cakap ketika ucapan disampaikan, ketawa berlebihan dan sebagainya 6.5. Ikut sama bertepuk tangan 7. Tertib Di Meja Makan Perbuatan yang perlu dielakkan: 7.1. Bercakap dengan mulut yang penuh dengan makanan 7.2. Mengunyah gula-gula getah sambil bercakap


125 7.3. Mencelah perbualan orang lain 7.4. Bercakap dengan nada yang tinggi 7.5. Berbisik-bisik sesama teman 7.6. Menggunakan bahasa asing yang tidak difahami orang lain 7.7. Mengcungkil gigi, mengorek hidung atau telinga 7.8. Makan sup atau minum dengan mengeluarkan bunyi 7.9. Berjenaka berlebihan/ perbualan berbentuk lucah 7.10. Meletakkan barang peribadi seperti beg tangan, telefon bimbit dan sebagainya di atas meja 7.11. Berbedak, bergincu atau menyikat rambut 7.12. Mengambil makanan secara berlebihan di meja makan secara buffet 7.13. Berpakaian tidak sesuai 8. Semasa Majlis Tamat 8.1. Jangan terus melulu keluar 8.2. Tunggu tetamu kehormat berangkat meninggalkan majlis 8.3. Keluar ikut giliran 8.4. Berdiri mengadap tetamu utama sebagai tanda hormat 8.5. Elakkan mengambil sesuatu daripada meja sebagai kenangan PANDUAN GURU BERTUGAS HARIAN 1. Guru bertugas harian hendaklah datang sekurang-kurangnya 30 minit sebelum persekolahan bermula dan pulang pada jam 4.30 petang. 2. Memastikan bilik-bilik darjah disapu, sampah-sarap telah dibuang serta lampu, kipas/tingkap telah ditutup setelah tamat persekolahan. 3. Memantau kerja-kerja pembersihan tandas dan menandatangani borang pemantau yang disediakan. 4. Mengawasi disiplin pelajar di luar waktu belajar seperti waktu rehat dan waktu sebelum loceng pertama dibunyikan sekitar kawasan sekolah dan mengambil tindakan yang segera dan munasabah jika perlu. 5. Mengawasi kebersihan bilik-bilik darjah, tandas, bilik-bilik khas dan kawasan sekolah. 6. Memeriksa kebersihan persekitaran dan makanan yang dijual di kantin sekolah. 7. Menguruskan rawatan pelajar yang sakit dan menghantar mereka ke klinik/hospital/rumah. 8. Mengeluarkan surat kebenaran ke klinik/hospital dan merekodkan nama pelajar yang memohon. 9. Mengawasi pelajar menepati waktu datang dan pulang ke sekolah, masa rehat dan masa pertukaran guru. 10. Melapor kerosakan dan hal-hal bersabit dengan kehilangan barang-barang. 11. Menentukan keselamatan pelajar di sekitar kawasan sekolah serta mengawasi harta benda sekolah. 12. Mencatatkan aktiviti sekolah seperti sukan, persatuan-persatuan, unit beruniform dan aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan 13. Membuat catatan mengenai perkara-perkara penting yang berlaku sepanjang hari/minggu persekolahan ke dalam Buku Laporan Bertugas antara perkara-perkara yang dicatatkan ialah : 13.1. Kedatangan pelajar, guru dan staf sokongan 13.2. Pelajar ponteng tidak hadir atau sakit 13.3. Lawatan-lawatan pelawat 13.4. Ucapan/pengumuman-pengumuman dalam perhimpunan 14. Membuat laporan dalam Buku Laporan Bertugas yang disediakan dan kalau perlu laporkan terus kepada Pengetua supaya tindakan segera diambil. 15. Perhimpunan : 15.1. Memastikan semua guru dan pelajar menghadiri perhimpunan. 15.2. Memastikan bendera-bendera, pembesar suara dan tempat untuk guru telah disediakan. 15.3. Memastikan pelajar telah beratur dengan kemas sebelum perhimpunan dimulakan.


126 PANDUAN TUGAS GURU TINGKATAN Senarai Tugas Mentor/Guru Tingkatan 1. Pengurusan dan organisasi kelas. 1.1. Membentuk organisasi kelas yang terdiri dari Ketua Tingkatan, Penolong Ketua Tingkatan, Bendahari AJK Kebersihan dan AJK Kecerian. 1.2. Memastikan AJK kebersihan mengagihkan tugas untuk membersihkan papan putih, menyapu lantai, mengelap tingkap, menyusun kerusi meja dan membuang sampah sarap. 1.3. Memastikan AJK Kecerian sentiasa mengemaskinikan papan kenyataan dan papan maklumat dari masa ke semasa dan menyediakan kecerian kelas. 1.4. Menentukan perkara-perkara berikut ada di dalam kelas:- 1.4.1. Jadual Waktu Kelas 1.4.2. Senarai Nama Guru Mata Pelajaran 1.4.3. Jadual Bertugas 1.4.4. Moto Kelas 1.4.5. Falsafah Pendidikan Kebangsaan 1.4.6. Visi Sekolah 1.4.7. Misi Sekolah 1.4.8. Perabot kelas seperti kerusi meja pelajar dan guru, papan putih dan lain-lain diinventorikan. 1.4.9. Alatan pembersihan seperti penyapu, bakul sampah dan pengaut sampah 1.4.10. Tingkap dan langsir 1.4.11. Lain-lain perkara yang berkenaan 1.5. Menentukan kawal elektrik, kipas angin dan lampu dalam keadaan baik dan selamat digunakan. 1.6. Melaporkan kerosakan perabot dan peralatan elektrik kepada guru yang berkenaan. 1.7. Membimbing organisasi kelas yang dilantik menjalankan tugas sebaik mungkin. 1.8. Mewujudkan tabung kelas dengan jumlahnya terpulang kepada budi bicara pelajar bagi tujuan keceriaan kelas dan kebajikan pelajar. 2. Jadual Kedatangan Dan Kedatangan Pelajar 2.1. Menandakan kedatangan harian pada waktu pertama. 2.2. Menentukan semua butir maklumat yang dikehendaki ada di dalam buku daftar kedatangan pelajar ditulis dengan lengkap. 2.3. Memastikan data terkini pelajar di dalam kelas 3. Laporan Pelajaran, Sijil Berhenti & Surat Akuan. 3.1. Memastikan setiap pelajar mempunyai rekod kemajuan pelajar. 3.2. Mengisi markah dan membut laporan kemajuan akademik, kokurikulum dan fizikal dalam kad/rekod kemajuan pelajar bagi setiap semester/ penggal 3.3. Menyediakan dan mengisi borang:- 3.3.1. Borang markah bagi setiap peperiksaan sekolah 3.3.2. Sijil berhenti atau surat akuan pelajar 4. Masalah pembelajaran, Kesihatan Diri dan Disiplin Pelajar 4.1. Memberi galakan, motivasi dan merangsangkan minat pelajar terhadap akademik. 4.2. Sentiasa prihatin dan memberi perhatian kepada semua masalah pelajar. 4.3. Melaporkan kepada Kaunselor jika terdapat kemerosotan pelajaran di kalangan pelajar. 4.4. Melaporkan kepada Guru Kesihatan jika terdapat pelajar yang menghadapi masalah kesihatan. 4.5. Melaporkan kepada Guru Disiplin jika terdapat pelajar yang melanggar disiplin sekolah. 5. Buku Teks, Biasiswa dan Bantuan 5.1. Memastikan skim pinjaman buku teks diagihkan kepada semua pelajar yang layak dan memastikan buku-buku tersebut dibalut dan ditulis nama pelajar. 5.2. Mengemaskinikan fail SPBT dari masa ke semasa. 5.3. Memulangkan buku teks pada tarikh yang ditetapkan dan menyenaraikan nama pelajar yang tidak memulangkan buku teks pada akhir tahun dan memberikan nama tersebut kepada guru SPBT 5.4. Mengenalpasti pelajar yang layak menerima sebarang bentuk bantuan yang lain dan melaporkan kepada Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. 5.5. Melaporkan kepada Guru Biasiswa sekiranya terdapat kemerosotan pelajaran di kalangan pelajar yang mendapat biasiswa. 6. Kutipan Sumbangan PIBG Dan Derma 6.1. Mengutip salinan slip bank Bayaran Tambahan pada awal tahun dan menggalakkan pelajar membayar semua yuran sekaligus. 6.2. Mengutip Slip bank derma dan sumbangan PIBG. 6.3. Mengutip bayaran dan menguruskan perbekalan koperasi. 6.4. Menyerahkan salinan slip bank sumbangan dan derma PIBG kepada Bendahari PIBG. 6.5. Menyerahkan kutipan bayaran koperasi kepada Bendahari Koperasi.


127 7. Pendaftaran Pelajar Baru 7.1. Menerima kemasukan pelajar baru dari Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. 7.2. Mendaftar pelajar baru ke dalam Buku Kemasukan Pelajar dan mendapatkan nombor pendaftaran pelajar baru dari Buku Kemasukan Pelajar. 7.3. Memastikan pelajar tersebut mendapat buku teks. 7.4. Menyemak sekiranya pelajar tersebut mendapat biasiswa dan melaporkan kepada Guru Biasiswa. 7.5. Menentukan penerimaan kad kemajuan dari sekolah terdahulu. 7.6. Mengambil butir-butir diri yang diperlukan dan mengemaskinikan fail peribadi. 7.7. Memastikan dokumen dan hal-hal peperiksaan telah sempurna diserahkan bersama. 8. Murid Keluar 8.1. Menentukan Fail peribadi dihantar ke pejabat. 8.2. Menentukan hal-hal peperiksaan telah sempurna dan diserahkan (bagi pelajar tingkatan 3 dan 5). 8.3. Menentukan penerimaan biasiswa dilaporkan ke pejabat. 8.4. Menguruskan pemulangan yuran jika ada. 9. Hal-hal Lain 9.1. Mematuhi dan melaksanakan arahan Pengetua, Penolong Kanan dan Peolong Kanan HEM berkenaan pengurusan kelas/ tingkatan dari masa ke semasa. 10. Surat Pekeliling Prosedur Ketidakhadiran Pelajar 10.1. Mengenal pasti sebab-sebab mengapa pelajar tidak/enggan hadir ke sekolah. Kadang-kadang pelajar tidak hadir tanpa pengetahuan ibu bapa/ penjaga.Justeru, pihak sekolah bertanggungjawab untuk menghubungi mereka secara bertulis dan/atau melalui telefon dengan catatan panggilan itu di dalam Buku Kedatangan/ kelas. 10.2. Mengambil langkah-langkah berikut sekiranya pelajar tidak hadir. 10.2.1. Memastikan semua pelajar yang tidak hadir memberikan surat doktor atau surat ibu bapa/ penjaga dengan tandatangan yang sah untuk tempoh masa pelajar itu tidak hadir.Pelajar yang tidak hadir selama dua hari tanpa surat doktor datang berjumpa dengan pengetua (kecuali ada sebab munasabah yang kuat).Sila tanda (S) sekiranya ada surat dan (P) jika tidak memberikan surat sebelum hujung minggu. 10.2.2. SURAT AMARAN PERTAMA hendaklah dihantar pada hari ketiga untuk pelajar yang belum datang ke sekolah selama tiga hari, atau pada hari ke lima pelajar tidak hadir sekiranya pelajar telah tidak hadir ke sekolah (P) selama sepuluh hari bukan secara berturut-turut tanpa surat. 10.2.3. SURAT AMARAN KEDUA hendaklah dihantar BERDAFTAR (sila catat Berdaftar pada sampul surat).Jika pelajar belum pulang atau belum menghubungi sekolah 7 hari selepas SURAT AMARAN PERTAMA.SURAT AMARAN KEDUA hendaklah dihantar juga sekiranya pelajar telah ditandai (P) sebanyak 20 hari bukan secara berturut-turut. 10.2.4. SURAT AMARAN TERAKHIR hendaklah dihantar melalui BERDAFTAR AKUAN PENERIMA sekiranya tiada apa-apa komunikasi 7 hari selepas surat amaran kedua.Sila gunakan surat amaran kedua tetapi tukarkan KEDUA ke TERAKHIR dan garis “NAMA ANAK TUAN/ UAN AKAN DIBUANG SEKOLAH” dengan dakwat merah.Sila hantar surat tersebut juga untuk pelajar yang telah ditandai (P) sebanyak 40 hari bukan secara berturut-turut.Selepas tempoh dua minggu dari penghantaran SURAT AMARAN TERAKHIR atau selepas 20 hari ditandai (P), pelajar boleh dibuang sekolah. 10.2.5. Surat untuk tujuan memberitahu ibu bapa/ penjaga pelajar telah dibuang sekolah hendaklah ditandatangani oleh pengetua atau guru besar.Pelajar tidak boleh diterima balik selepas itu tanpa merujukkannya kepada pengetua. 10.3. Surat-surat berkenaan boleh didapati di pejabat. Guru Tingkatan diminta mengisikan surat ini di pejabat dan memastikan penghantarannya. 10.4. Semua tindakan yang telah diambil hendaklah dicatat di ruang berkenaan pada tarikh surat arahan dihantar dengan catatan AP: Arahan Pertama, AK: Arahan Kedua, AT: Arahan Terakhir dan BS: Buang Sekolah dalam Buku Kedatangan untuk rujukan seterusnya. 10.5. Semua surat doktor, surat daripada ibu bapa/ penjaga dan surat keluar kawasan sekolah hendaklah disimpan dengan baik di dalam fail yang dibekalkan kepada guru tingkatan/ kelas pada awal sesi akedemik. Sila pastikan nama, tingkatan/ kelas dan tarikh tidak hadir tercatat di dalam surat-surat.Sila susun surat, ikut tarikh dan bulan (kotot semua surat untuk satu bulan bersama-sama untuk kemudahan rujukan apabila perlu). 10.6. Untuk makluman tuan/ puan, pelajar yang balik dengan kebenaran/ kenyataan sebelum masa ketiga dianggap tidak hadir (S).Yang keluar kawasan sekolah untuk mewakili sekolah dalam pertandingan rasmi dianggap hadir pada hari itu. 10.7. Penghantaran surat-surat adalah seperti berikut:-


128 SURAT TIDAK HADIR (P) BERTURUT-TURUT TIDAK HADIR (P) BUKAN BERTURUT-TURUT Amaran pertama Amaran Kedua Amaran Terakhir Buang Sekolah Pada hari ke tiga 7 hari selepas Amaran Pertama 7 hari selepas Amaran Kedua 14 hari selepas Amaran Terakhir Pada hari kali ke sepuluh 10 hari lagi selepas Amaran Pertama 20 hari lagi selepas Amaran Kedua 20 hari lagi selepas Amaran Terakhir JUMLAH HARI TIDAK HADIR 31 HARI 60 HARI BUKAN BERTURUT-TURUT 11. BERHENTI/ BERTUKAR SEKOLAH 11.1. Guru-guru hendaklah mencatat tarikh pelajar berhenti, sebab berhenti dan jika bertukar, nama sekolah baru murid tersebut (di muka belakang). 11.2. Nama pelajar tersebut dikeluarkan daripada senarai jadual kedatangan pada bulan berikutnya dan nama pelajar ini digugurkan daripada senarai itu. 11.3. Guru tingkatan hendaklah memastikan pelajar tersebut telah memulangkan buku bantuan dan PIBG. 11.4. Setelah perkara di atas diselesaikan guru tingkatan hendaklah menulis sijil berhenti, menyediakan borang SPBT(jika ada), Kad Loporan dan diisi dalam sampul surat yang digamkan untuk dibawa oleh pelajar berkenaan ke sekolah baru


Click to View FlipBook Version