The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by BM0622 Nur Irdina Binti Asri, 2024-02-24 23:45:27

16_NUR IRDINA BINTI ASRI_BM I_T1BMMB3283

BMMB3283

NAMA: NUR IRDINA BINTI ‘ASRI IC: 011127-07-0676 ANGKA GILIRAN: 2021232340497 KELAS:BAHASA MELAYU I NAMA PENSYARAH: PUAN MASNI BINTI JAMIN


“Bunga yang sombong’ mengisahkan tentang sekumpulan bunga yang hidup bersama-sama di sebuah padang. Semua bunga itu hidup dalam keadaan aman dan harmoni. Namun, ada sekuntum bunga yang sombong dan suka meninggi diri dalam kalangan bunga tersebut. Ia tidak mahu bergaul dengan bunga-bunga yang lain dan merasakan ia paling cantik berbanding bunga yang lain. Sehinggalah satu kejadian telah berlaku dan mengubah tanggapan bunga yang sombong itu menjadi sebaliknya. Nantikan kisah bungabunga tersebut dalam buku cerita pendek ini. “Bunga yang sombong’ mengisahkan tentang sekumpulan bunga yang hidup bersama-sama di sebuah padang. Semua bunga itu hidup dalam keadaan aman dan harmoni. Namun, ada sekuntum bunga yang sombong dan suka meninggi diri dalam kalangan bunga tersebut. Ia tidak mahu bergaul dengan bunga-bunga yang lain dan merasakan ia paling cantik berbanding bunga yang lain. Sehinggalah satu kejadian telah berlaku dan mengubah tanggapan bunga yang sombong itu menjadi sebaliknya. Nantikan kisah bungabunga tersebut dalam buku cerita pendek ini.


Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Dedaun berterbangan dibawa angin menyusuri padang. Dari jauh, dapat dilihat bunga-bunga tumbuh di atas tanah yang menghijau. Bunga-bunga di situ hidup aman dan damai. Setiap bunga bekerjasama dalam mencari cahaya matahari dan air bagi menjamin pertumbuhan dengan baik. Pada ketika itu, bunga-bunga tidak mempunyai nama atau bau. Mereka hanya bergantung kepada bentuk dan warna yang dijadikan semata-mata. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Dedaun berterbangan dibawa angin menyusuri padang. Dari jauh, dapat dilihat bunga-bunga tumbuh di atas tanah yang menghijau. Bunga-bunga di situ hidup aman dan damai. Setiap bunga bekerjasama dalam mencari cahaya matahari dan air bagi menjamin pertumbuhan dengan baik. Pada ketika itu, bunga-bunga tidak mempunyai nama atau bau. Mereka hanya bergantung kepada bentuk dan warna yang dijadikan semata-mata.


Walaubagaimanapun, terdapat sekuntum bunga yang amat sombong. Bunga tersebut tidak suka bergaul dengan bunga-bunga yang lain. Ini kerana bunga itu merasakan ia yang paling cantik di antara bunga-bunga yang lain. Bunga itu akan mengejek bunga-bunga yang lain serta suka meninggi diri. Walaubagaimanapun, terdapat sekuntum bunga yang amat sombong. Bunga tersebut tidak suka bergaul dengan bunga-bunga yang lain. Ini kerana bunga itu merasakan ia yang paling cantik di antara bunga-bunga yang lain. Bunga itu akan mengejek bunga-bunga yang lain serta suka meninggi diri.


Pada suatu hari, bunga itu telah ditegur. “Wahai bunga, mahukah engkau duduk bersama dengan kami? Kami mahu mengajak engkau kerana engkau selalu bersendirian di sini. ” tanya sekuntum bunga yang berbentuk seperti matahari kepadanya. Wajahnya ceria dan berharap ajakannya disenangi oleh bunga yang sombong itu. Pada suatu hari, bunga itu telah ditegur. “Wahai bunga, mahukah engkau duduk bersama dengan kami? Kami mahu mengajak engkau kerana engkau selalu bersendirian di sini. ” tanya sekuntum bunga yang berbentuk seperti matahari kepadanya. Wajahnya ceria dan berharap ajakannya disenangi oleh bunga yang sombong itu.


Bunga yang sombong tersebut berpaling dan berkata “Umph, tidak mahulah aku duduk bersama dengan kalian! Kalian tidak setaraf dengan aku. Bentuk bunga aku lebih cantik berbanding kalian semua. Aku juga mempunyai batang yang lebih tinggi daripada kalian semua! Aku tak mahu berkawan dengan kalian!” dengan sinis bunga tersebut berkata. Bunga yang sombong tersebut berpaling dan berkata “Umph, tidak mahulah aku duduk bersama dengan kalian! Kalian tidak setaraf dengan aku. Bentuk bunga aku lebih cantik berbanding kalian semua. Aku juga mempunyai batang yang lebih tinggi daripada kalian semua! Aku tak mahu berkawan dengan kalian!” dengan sinis bunga tersebut berkata.


Bunga yang bertanya itu berasa amat sedih dengan jawapan yang diterimanya. Hasratnya untuk berbaik dengan bunga yang sombong itu terpaksa dilupakan disebabkan layanan yang diterimanya itu. Berlalulah ia pergi dengan rasa kekecewaan yang teramat sangat. Bunga yang bertanya itu berasa amat sedih dengan jawapan yang diterimanya. Hasratnya untuk berbaik dengan bunga yang sombong itu terpaksa dilupakan disebabkan layanan yang diterimanya itu. Berlalulah ia pergi dengan rasa kekecewaan yang teramat sangat.


Sejak hari itu, bunga-bunga lain tidak menghiraukan bunga yang sombong itu. Walaupun mereka hidup antara satu sama lain, bunga yang sombong tersebut tidak mengendahkan bunga-bunga yang lain. Sifat meninggi diri bunga tersebut lebih menjadi-jadi apabila ia disukai oleh apa jua yang melalui padang tersebut. Serangga mahupun manusia amat menyukainya kerana bentuknya yang cantik dan mudah dilihat. Sejak hari itu, bunga-bunga lain tidak menghiraukan bunga yang sombong itu. Walaupun mereka hidup antara satu sama lain, bunga yang sombong tersebut tidak mengendahkan bunga-bunga yang lain. Sifat meninggi diri bunga tersebut lebih menjadi-jadi apabila ia disukai oleh apa jua yang melalui padang tersebut. Serangga mahupun manusia amat menyukainya kerana bentuknya yang cantik dan mudah dilihat.


Pada suatu hari, ada seorang lelaki tua bernama Pak Jani datang ke padang tersebut. Pak Jani merupakan seorang peladang dan penternak haiwan. Pak Jani mempunyai banyak haiwan ternakan seperti lembu, ayam dan kambing. Pada suatu hari, ada seorang lelaki tua bernama Pak Jani datang ke padang tersebut. Pak Jani merupakan seorang peladang dan penternak haiwan. Pak Jani mempunyai banyak haiwan ternakan seperti lembu, ayam dan kambing.


Pada hari tersebut, beliau telah membawa haiwan-haiwan ternakannya ke padang tersebut untuk diberi makan di tempat lapang. Lembu dan kambing meragut rumput di situ manakala ayam-ayam diberi makan dedak oleh Pak Jani. Setelah itu, Pak Jani melepaskan haiwan peliharaanya berkeliaran dan berehat di bawah pohon bagi melepaskan lelah. Pada hari tersebut, beliau telah membawa haiwan-haiwan ternakannya ke padang tersebut untuk diberi makan di tempat lapang. Lembu dan kambing meragut rumput di situ manakala ayam-ayam diberi makan dedak oleh Pak Jani. Setelah itu, Pak Jani melepaskan haiwan peliharaanya berkeliaran dan berehat di bawah pohon bagi melepaskan lelah.


Dari kejauhan, bunga-bunga yang tinggal di situ dapat melihat pelbagai haiwan ternakan Pak Jani berkeliaran di sekitar padang yang luas tersebut. Tiba-tiba, bunga yang sombong itu berteriak ke arah bunga-bunga yang lain “Sekiranya ada haiwan ternakan lelaki tua itu menghampiri ke arah sini, aku pasti ia akan mendekatiku. Kerana aku lah yang paling cantik dan menarik berbanding kalian semua. ” dengan sinis dan sombong bunga tersebut berkata. Dari kejauhan, bunga-bunga yang tinggal di situ dapat melihat pelbagai haiwan ternakan Pak Jani berkeliaran di sekitar padang yang luas tersebut. Tiba-tiba, bunga yang sombong itu berteriak ke arah bunga-bunga yang lain “Sekiranya ada haiwan ternakan lelaki tua itu menghampiri ke arah sini, aku pasti ia akan mendekatiku. Kerana aku lah yang paling cantik dan menarik berbanding kalian semua. ” dengan sinis dan sombong bunga tersebut berkata.


Sekuntum bunga berbentuk seperti kertas membalas penyataan bunga sombong itu dengan “Benarkah wahai bunga? Mahukah engkau membuktikan percakapanmu itu?” Bunga itu mencabar bunga yang sombong itu. Bunga yang sombong itu tergelak dan dengan sinis membalas pertanyaan bunga tersebut “Kau mahu aku membuktikan percakapanku sebentar tadi? Baiklah, akanku buktikan. ” Sekuntum bunga berbentuk seperti kertas membalas penyataan bunga sombong itu dengan “Benarkah wahai bunga? Mahukah engkau membuktikan percakapanmu itu?” Bunga itu mencabar bunga yang sombong itu. Bunga yang sombong itu tergelak dan dengan sinis membalas pertanyaan bunga tersebut “Kau mahu aku membuktikan percakapanku sebentar tadi? Baiklah, akanku buktikan. ”


Bunga yang sombong itu mula melepaskan beberapa helai kelopak bunganya ke arah haiwan-haiwan tersebut, Kelopak bunga tersebut dibawa oleh angin yang bertiup lalu jatuhlah ia di sekitar haiwan yang sedang berkeliaran di padang tersebut. Bunga yang sombong itu mula melepaskan beberapa helai kelopak bunganya ke arah haiwan-haiwan tersebut, Kelopak bunga tersebut dibawa oleh angin yang bertiup lalu jatuhlah ia di sekitar haiwan yang sedang berkeliaran di padang tersebut.


Haiwan-haiwan tersebut melihat kelopak bunga tersebut dengan perasaan aneh. Ada yang menguis kelopak itu dengan kaki, ada juga yang menghidu dan ada juga yang memakannya. Dari kejauhan, bunga yang sombong itu berharap ada yang menyukai kelopak bunganya. Haiwan-haiwan tersebut melihat kelopak bunga tersebut dengan perasaan aneh. Ada yang menguis kelopak itu dengan kaki, ada juga yang menghidu dan ada juga yang memakannya. Dari kejauhan, bunga yang sombong itu berharap ada yang menyukai kelopak bunganya.


Tiba-tiba, seekor ayam peliharaan Pak Jani mendatangi mereka. Ia mendatangi pinggiran pohon di mana terletaknya semua bunga-bunga tersebut. Ayam itu terlihat seperti mencari sesuatu. Bunga yang sombong itu tersenyum-senyum. Ia pasti ayam tersebut mahu mencari milik siapakah kelopak bunga tersebut Tiba-tiba, seekor ayam peliharaan Pak Jani mendatangi mereka. Ia mendatangi pinggiran pohon di mana terletaknya semua bunga-bunga tersebut. Ayam itu terlihat seperti mencari sesuatu. Bunga yang sombong itu tersenyum-senyum. Ia pasti ayam tersebut mahu mencari milik siapakah kelopak bunga tersebut


Ayam tersebut mendatangi bunga yang sombong tersebut. Ia menguis-nguis batang bunga yang sombong itu dengan paruhnya. Bunga-bunga yang lain hanya memandang perbuatan ayam tersebut tanpa berkata apa-apa. “Lihatlah wahai kalian! Bukankah aku sudah cakap? Pasti aku yang akan dipilih berbanding kalian. ” Bunga tersebut tertawa dengan bangganya. Ayam tersebut mendatangi bunga yang sombong tersebut. Ia menguis-nguis batang bunga yang sombong itu dengan paruhnya. Bunga-bunga yang lain hanya memandang perbuatan ayam tersebut tanpa berkata apa-apa. “Lihatlah wahai kalian! Bukankah aku sudah cakap? Pasti aku yang akan dipilih berbanding kalian. ” Bunga tersebut tertawa dengan bangganya.


Dengan tidak semena-mena, ayam tersebut membuang najisnya di atas bunga yang sombong tersebut. Seluruh tubuhnya dilumuri najis ayam tersebut. Baunya juga menjadi busuk dan tidak tertahan. Baunya telah meninggalkan kesan sehingga bunga-bunga lain dapat menghidu bau yang ditinggalkan itu. Bunga yang sombong itu menjerit kerana terkejut. Kini tubuhnya disaluti najis haiwan tersebut. Dia berasa amat malu sekali. Segala yang dibanggakannya kini telah hilang sertamerta. Dengan tidak semena-mena, ayam tersebut membuang najisnya di atas bunga yang sombong tersebut. Seluruh tubuhnya dilumuri najis ayam tersebut. Baunya juga menjadi busuk dan tidak tertahan. Baunya telah meninggalkan kesan sehingga bunga-bunga lain dapat menghidu bau yang ditinggalkan itu. Bunga yang sombong itu menjerit kerana terkejut. Kini tubuhnya disaluti najis haiwan tersebut. Dia berasa amat malu sekali. Segala yang dibanggakannya kini telah hilang sertamerta.


Bunga-bunga yang lain mentertawakannya. “Inilah akibatnya apabila terlalu berbangga diri wahai bunga! Kita sepatutnya merendah diri dengan apa jua yang diberi kerana semua itu hanyalah pinjaman semata-mata. ” Bunga yang sombong itu bermuram dan menangis mendengar kata-kata itu. Kini, dia menyesal dengan perbuatannya selama ini. Bunga-bunga yang lain mentertawakannya. “Inilah akibatnya apabila terlalu berbangga diri wahai bunga! Kita sepatutnya merendah diri dengan apa jua yang diberi kerana semua itu hanyalah pinjaman semata-mata. ” Bunga yang sombong itu bermuram dan menangis mendengar kata-kata itu. Kini, dia menyesal dengan perbuatannya selama ini. HAHAHA!


Pak Jani yang terbangun dari lenanya terbau najis itu. Di fikirannya pasti haiwan peliharaanya membuang najis di sekitar ini. Pak Jani menoleh ke tepi dan terlihat sekuntum bunga disaluti najis dari ayam peliharaanya. Pak Jani tertawa melihat keadaan itu. Mengapa ayamnya membuang najis di atas bunga yang malang ini? Pak Jani yang terbangun dari lenanya terbau najis itu. Di fikirannya pasti haiwan peliharaanya membuang najis di sekitar ini. Pak Jani menoleh ke tepi dan terlihat sekuntum bunga disaluti najis dari ayam peliharaanya. Pak Jani tertawa melihat keadaan itu. Mengapa ayamnya membuang najis di atas bunga yang malang ini?


“Wahai bunga, malang sungguh nasib kau hari ini. Baiklah, mulai hari ini, aku namakan engkau Bunga Taik Ayam. “ Sejak hari itu, bunga yang sombong itu dipanggil dengan nama Bunga Taik Ayam. Bunga-bunga yang lain juga turut mendapat nama mereka masingmasing namun tidaklah nama yang pelik seperti bunga yang sombong itu tadi. Bunga itu selalu bernyanyi muram yang berbunyi seperti ini: Aku sungguh sedih, Mendapat nama aneh, Namun apalah daya, Ayamlah punya angkara. “Wahai bunga, malang sungguh nasib kau hari ini. Baiklah, mulai hari ini, aku namakan engkau Bunga Taik Ayam. “ Sejak hari itu, bunga yang sombong itu dipanggil dengan nama Bunga Taik Ayam. Bunga-bunga yang lain juga turut mendapat nama mereka masingmasing namun tidaklah nama yang pelik seperti bunga yang sombong itu tadi. Bunga itu selalu bernyanyi muram yang berbunyi seperti ini: Aku sungguh sedih, Mendapat nama aneh, Namun apalah daya, Ayamlah punya angkara.


Click to View FlipBook Version