SMK PUTRAJAYA PRESINT 11(1)
P11J1, PRESINT 11
62300 WP PUTRAJAYA
#hebatkan 11one
#hebatkanputrajaya
Pengetua Cemerlang
Penolong Kanan Pentadbiran
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Penolong Kanan Kokurikulum
Penolong Kanan Pendidikan Khas
KHAIRUL AZMAN B. MAHYUDDIN NOR ZALILAH BINTI RAMLI WAN IZWATUN BINTI MOHD ISA MARINA BINTI MOHD NOOR
GKMP Kemanusiaan GKMP Sains & Matematik
GKMP Teknik & Vokasional GKMP Bahasa
Memupuk dan membentuk persekitaran positif
ke arah budaya kerja cemerlang yang
berasaskan penghayatan Islam.
Melahirkan generasi pelajar yang berhemah
tinggi dan berkualiti dalam bidang kurikulum
dan kokurikulum.
Menjana warganegara yang mempunyai jati diri
dan berketrampilan
Menghayati dan mengaplikasi falsafah
pendidikan kebangsaan dan objektif sekolah.
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang
Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi
Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara.
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara
Sejahtera
SMK Putrajaya Presint 11(1) telah mula dibina pada
bulan Oktober 2002 dan diserahkan kepada
Kementerian Pelajaran Malaysia pada 3 November
2004. Sekolah ini telah mendapat CF (sijil layak
menduduki) pada 9 November 2004. Sekolah
menengah yang keempat ditubuhkan di Putrajaya ini
telah beroperasi pada 3 Januari 2005.
Pada peringkat awal penubuhannya, bilangan pelajar
adalah seramai 339 orang. Bilangan tenaga pengajar
pula adalah seramai 45 orang termasuk 3 orang
pentadbir.
Bangunan yang bercirikan reka bentuk kolonial ini
dilengkapi dengan 50 bilik darjah. Keluasan kawasan
sekolah adalah seluas 4.5 hektar. Bangunan ini turut
dilengkapi 5 buah makmal komputer, makmal sains,
makmal teknologi kejuruteraan, bilik masakan, bilik
jahitan, bilik akses kendiri, bilik kokurikulum, 2 buah
surau untuk guru dan 1 surau utama, dewan utama, lif,
sebuah bilik pendidikan seni visual, bilik muzik, bilik
karel, pusat sumber elektronik, bilik multimedia, bilik
audio visual dan beberapa kelengkapan lain.
Selain itu, keistimewaan sekolah ini turut menawarkan
kelas pendidikan khas Integrasi Masalah
Pembelajaran dan merupakan satu-satunya sekolah di
Putrajaya yang mempunyai program ini pada tahun
itu.
Sekolah ini juga menjadi perintis kelas aliran agama
kerana pada awal penubuhannya, sekolah ini
merupakan satu-satunya sekolah di Putrajaya yang
menawarkan kelas aliran agama pada masa itu. Kelas
ini dimulakan dengan 1 kelas tingkatan 1 dan 1 kelas
tingkatan 2 pada tahun 2006.
Pada awal tahun 2007, sekolah ini mula menawarkan
pelbagai aliran di tingkatan 4. Aliran sains
menawarkan subjek elektif iaitu Fizik, Kimia , Biologi,
Lukisan Kejuruteraan, Sains Tambahan, Prinsip Akaun,
dan Matematik Tambahan manakala aliran Sains
Sosial menawarkan Pendidikan Seni Visual,
Perdagangan, Ekonomi Asas dan Tasawwur
Islam.Pada awal tahun 2010, sekolah telah
menawarkan aliran tingkatan 4 Sains KAA dan kelas
MPV Katering dan Penyajian manakala tingkatan 1
Ibnu Hayyan diwujudkan khusus bagi pelajar yang
mengikuti mata pelajaran Seni Pendidikan Muzik.
Pada tahun 2013, sekolah ini mengorak langkah
dengan menawarkan subjek tambahan iaitu subjek
Bahasa Jepun selaras dengan keperluan semasa yang
menitikberatkan ‘soft skill’ dan kemahiran dalam
komunikasi.
Kini, setelah empat belas tahun penubuhannya,
sekolah ini telah mampu melakar sejarahnya
tersendiri dan bersaing dengan sekolah-sekolah lain
di Putrajaya.
Sesungguhnya, semua kejayaan yang diperoleh
adalah hasil kerjasama semua warga SMKPP 11(1)
yang sentiasa bekerjasama dan berusaha ke arah
kejayaan. Semoga kejayaan yang diraih tahun demi
tahun ini akan menjadi penyuntik semangat untuk
terus berusaha melahirkan kemenjadian pelajar yang
mampu berdaya saing dalam era globalisasi