The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by faqihahrasid19, 2021-11-18 02:38:01

CASE STUDY 1 SESI 1 2021-2022

CASE STUDY 1 SESI 1 2021-2022

MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

TAJUK TUGASAN
RUKUN NEGARA

NAMA PENSYARAH
PUAN SALMI BINTI MOHD

NAMA NOMBOR MATRIK
NUR FAQIHAH BINTI RASID 12DDT20F1042

1

ISI KANDUNGAN

UNIT ISI KANDUNG MUKA
SURAT
1.0 PENGHARGAAN 3
2.0 PENGENALAN 4
3.0 OBJEKTIF 5
4.0 DEFINISI
4.1 SEJARAH PEMBENTUKAN RUKUN 6
NEGARA
4.2 MAKSUD PRINSIP RUKUN NEGARA 7-9
4.3 KEPENTINGAN RUKUN NEGARA 10-11
4.4 KESAN MENGABAIKAN RUKUN NEGARA 12
5.0 KESIMPULAN 13
6.0 RUJUKAN 14

2

Penghargaan

Bersyukur kami ke hadrat illahi kerana dengan limpah dan kurniaNya
dapat saya menyiapkan efolio dengan jayanya.Pertama sekali saya mengucapkan
ribuan terima kasih kepada PUAN SALMI BINTI MOHD yang telah banyak
memberi tunjuk ajar serta penerangan yang sempurna kepada saya dari awal lagi
sejak tugasan ini diedarkan sehinggalah dalam proses menyiapkan tugasan ini.
Selain itu juga , saya mengucapkan terima kasih kepada puan kerana memberi
kepercayaan kepada saya dalam menjalankan tugasan ini sehingga jayanya.

Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa saya yang banyak memberi
sokongan serta dorongan dalam menghasilkan tugasan ini.Tanpa sokongan dan
dorongan mereka mungkin tidak dapat saya menghasilkan tugasan ini dengan
sempurna seperti rakan-rakan yang lain.Malah,jutaaan terima kasih juga kepada
rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama bertungkus-lumus menghasilkan
tugasan ini dan juga bertukar-tukar idea dalam membantu saya menyiapkan
tugasan ini.

Akhir sekali,harapan saya agar segala tugasan yang saya hasilkan dapat
menambahkan ilmu pengetahuan saya di samping dapat menjadi pelajar yang
bertanggungjawab bagi melahirkan model insan yang cemerlang.Selain itu
juga,harapan saya agar dapat memberi manfaat kepada diri saya sendiri
terutamanya serta kepada pembaca agar saya sama-sama menjadi pelajar yang
berpengetahuan luas dalam menyampaikan maklumat bukan sahaja dalam proses
pembelajaran malah dalam masyarakat setempat khususnya.

3

Pengenalan

Asas kerukunan hidup bermasyarakat ialah permuafakatan dan perpaduan yang
melambangkan wujudnya “kesatuan hati”. Perpecahan dan persengketaan pula
menyebabkan anggota masyarakat itu akan sentiasa bergelut dengan tarikan
yang berbeza arah. Ini bermakna “konflik” yang tidak berkesudahan akan
menghantui kehidupan masyarakat. Justeru, bagi membentuk sebuah negara
yang padu mesti ada etika dan falsafah kenegaraan yang dapat membina
kecintaan (patriotisme), kesetiaan, permuafakatan dan perpaduan rakyatnya.

Di negara kita, kerajaan telah menggubal Rukun Negara sebagai falsafah,
etika dan ideologi (doktrin) negara. Sewajarnyalah setiap rakyat memahami
latar belakang, objektif dan prinsip Rukun Negara itu. Dari segi latar
belakangnya, Rukun Negara digubal setelah berlakunya peristiwa rusuhan kaum
pada 13 Mei 1969. Peristiwa tersebut telah mendorong pemimpin negara dari
pelbagai kaum memikirkan satu formula bagi memulihkan perpaduan kaum
yang lebih utuh dan kental.

Rukun Negara digubal sebagai satu bentuk garis panduan dalam membina
masyarakat yang bersatu padu, adil dan harmoni. Rukun Negara telah menjadi
dasar kesatuan dan perpaduan bangsa serta pedoman bagi kegiatan hidup
masyarakat pelbagai kaum dan budaya di negara ini.

4

Objektif tugasan

• Memberi justifikasi sejarah pembentukan rukun negara.
• Mengaplikasikan pemahaman yang lebih mendalam tentang

makna rukun negara terhadap perpaduan.
• Mengutarakan kepentingan rukun negara.
• Kesan mengabaikan rukun negara.

5

Sejarah pembentukan rukun negara

Kedatangan Inggeris dan dasar-dasar imigrasi liberal yang
diperkenalkan telah menukar corak dan bentuk kehidupan masyarakat
negara ini. Kerajaan Inggeris telah menggalakkan kemasukan buruh-
buruh dari negara China dan India untuk bekerja di lombong-lombong
bijih timah dan ladang-ladang getah milik mereka serta menggalakkan
berniaga di pekan-pekan.

Di bawah dasar pecah perintah kerajaan Inggeris telah memisahkan
penempatan dan bidang pekerjaan ketiga-tiga kaum secara berasingan.
Kebanyakan orang Melayu dibiarkan terus tinggal di kampung-
kampung tradisional dan meneruskan pekerjaan sebagai petani dan
nelayan. Orang-orang Cina pula ditempatkan di sektor perlombongan
dan berniaga. Inggeris menempatkan orang-orang India di ladang-
ladang getah milik mereka sebagai pekerja ladang. Hanya sebilangan
kecil orang-orang India yang mengusahakan pekerjaan lain di pekan-
pekan. Dasar pecah perintah Inggeris juga telah memisahkan ketiga-
tiga kaum yang terdapat di negara ini daripada bidang pendidikan.

6

Maksud rukun negara

1) KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

Prinsip ini menggambarkan bahawa asas kehidupan beragama merupakan
prinsip penting kehidupan rakyat di negara kita. Sebarang bentuk ideologi atau
ajaran yang menolak kepercayaan kepada Tuhan (atheis) seperti fahaman
komunis tidak akan mendapat tempat di negara ini. Ini adalah kerana agama
telah menjadi unsur penting dalam membentuk rohani (spiritual) masyarakat
kita.

Di dalam Perlembagaan Persekutuan sendiri menetapkan bahawa Islam
adalah agama rasmi Persekutuan dan kepercayaan atau agama-agama lain boleh
diamalkan dengan bebas. Prinsip Kepercayaan kepada Tuhan seharusnya dapat
menerapkan kepercayaan beragama secara positif yang boleh membangun
“pemikiran luhur” dalam hubungan pelbagai kaum serta dapat membina jati diri
yang padu.

Setiap penganut agama sewajarnya menjadikan agama masing-masing sebagai
asas membina keharmonian dan perpaduan, bukannya menggunakan agama
sebagai alat mencipta permusuhan. Justeru, semua kepercayaan agama di negara
ini harus menolak sebarang bentuk ekstremisme agama, sebaliknya
mengamalkan fahaman kesederhanaan yang dapat menyubur sikap
persefahaman dan bertolak ansur atau saling bertoleransi.

2) KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

Di negara kita, Raja dan Negara mempunyai kaitan yang sangat rapat. Ini
adalah kerana negara kita mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan Raja
berpelembagaan. Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyebut
bahawa Yang di-Pertuan Agong (YDPA) adalah ketua negara. Perkara 44 pula
menyebut bahawa YDPA adalah sebahagian daripada komponen yang
membentuk Parlimen di negara ini.

Justeru, prinsip kesetiaan dan ketaatan kepada Raja dan Negara menjadi
unsur dan ciri penting dalam soal kewarganegaraan di negara ini. Setiap
warganegara Malaysia perlu menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas
kepada Yang Dipertuan Agong dan negara. Di peringkat negeri pula, rakyat
dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat
mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan
Agong. Penghayatan terhadap prinsip kedua mampu membentuk satu bangsa
Malaysia yang patriotik dan bersatu padu kerana Raja adalah “payung negara”

7

yang menaungi seluruh rakyat di negara ini. Justeru, institusi raja tidak boleh
dicemari, diperlekeh atau dihina serta ia tidak wajar dipolitikkan sama sekali.

3)KELUHURAN PERLEMBAGAAN

Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan. Prinsip
Keluhuran Perlembagaan bermaksud ketinggian dan keagungan undang-undang
atau perlembagaan itu sendiri. Keluhuran Perlembagaan Malaysia terletak
kepada kedudukannya sebagai undang-undang tertinggi yang menjadi sumber
dan punca kepada semua undang-undang seperti yang disebut dalam Perkara
4(1) Perlembagaan Persekutuan.

Perlembagaan menjadi asas penting untuk menjamin keadilan, kerjasama,
kesepakatan dan kepentingan bersama antara Kerajaan Persekutuan dan
Kerajaan Negeri. Setiap rakyat mempunyai kedudukan atau taraf yang sama di
sisi undang-undang. Justeru, perlembagaan memberi jaminan terhadap hak
asasi, kebebasan rakyat dan keadilan sosial untuk semua kaum di negara. Badan
yang dipertanggungjawabkan memelihara keluhuran dan ketinggian
perlembagaan ialah badan kehakiman. Badan ini berkuasa menentukan
kesahihan sesuatu undang-undang.

4) KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

Setiap negara mempunyai undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan
satu masyarakat yang aman, tenteram, stabil dan makmur. Justeru, kedaulatan
undang-undang menjadi elemen penting bagi memastikan undang-undang
berjalan dengan lancar. Kedaulatan undang-undang bermaksud setiap rakyat
adalah sama tarafnya di sisi undang-undang negara tanpa sebarang driskiminasi
kaum, gender mahupun kedudukan (status sosial).

Oleh itu, keadilan merupakan elemen penting dalam menegakkan
kedaulatan undang-undang.Kuasa kedaulatan dalam konteks undang-undang
adalah merujuk kepada autoriti perundagan ynag paling tinggi iaitu
Perlembagaan Negara. Badan untuk menegakkan kedaulatan undang-undang
pula dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Ini
penting bagi menjamin kebebasan asasi semua warganegara Malaysia.

Namun, kebebasan asasi tidak bermakna kita bebas melakukan apa sahaja
sehingga melanggar undang-undang dan Perlembagaan Negara. Misalnya,
adalah menyalahi undang-undang dan Perlembagaan Negera apabila ada pihak
yang mahu menggulingkan kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan
cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan kerana ia bukan termasuk dalam
pengertaian kebebasan dan hak asasi. Didalam Perkara 149 Perlembagaan

8

Persekutuan dengan jelas menyebut bahawa undang-undang menentang
perbuatan subversif, tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam dan
sebagainya.
5) KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Prinsip ini mempunyai kaitan yang rapat dengan perkembangan dan
pembangunan personaliti individu yang seharusnya dibina sejak kecil lagi.
Prinsip ini juga berkait rapat dengan nilai-nilai moral dan akhlak masyarakat.
Prinsip ini mesti menjadi panduan seluruh masyarakat supaya perilaku
masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan kemajuan dan
pembangunan tamadun negara yang berasaskan keperibadian bangsa dan nilai-
nilai murni.

Kehidupan yang bersusila dan bersopan santun amat penting dalam konteks
perhubungan etnik, terutama dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini.
Dalam konteks ini, setiap warga negara sewajarnya tahu menghormati orang
lain dengan mengawal diri daripada membangkitkan persoalan-persoalan
sensitif kepada sesuatu kaum berkaitan kewarganegaraannya, asal
keturunannya, bahasa, kebudayaan serta kepercayaan dan agam yang
dianutinya.

Kerajaan amat prihatin untuk membentuk masyarakat yang bersopan santun,
berdisiplin dan bermoral tinggi. Justeru, kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni
yang dianjurkan kerajaan adalah bertujuan mewujudkan sebuah masyarakat
yang memiliki sifa-sifat mulia, beradab, bersopan santun, bertoleransi, saling
memahami dan cintakan kedamaian. Ia selari dengan prinsip kelima Rukun
negara itu.

Kesimpulan, Rukun Negara harus dilihat sebagai ‘internal cohesion’ atau
kuasa dalaman yang dapat mengikat perpaduan dan semangat patriotisme di
kalangan rakyat. Objektif dan prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara itu
masih releven untuk membentuk jati diri dan keperibadian rakyat

9

Kepentingan rukun negara

1. Mencapai Perpaduan yang Lebih Erat.
Semua rakyat hendaklah mendukung cita-cita untuk membentuk satu bangsa
dan negara di mana ahli–ahli masyarakatnya menganggap diri mereka sebagai
rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan perbezaan kepercayaan masing-
masing. Rakyat negara ini terdiri daripada pelbagai kaum dengan berbagai-
bagai perbezaan yang wujud. Keadaan ini bertambah rumit lagi kerana wujud
ketidakseimbangan ekonomi antara kaum. Sungguhpun wujud unsur-unsur
perbezaan ini, melalui Rukun Negara akan dapat membentuk satu bangsa yang
bersatu padu di mana semua rakyat tampa mengira kaum mempunyai semangat
kesetiaan dan perasaan cinta terhadap negara.
2. Memelihara Satu Cara Hidup Demokratik.
Perlembagaan negara menjamin kebebasan hak asasi dan kebebasan kegiatan-
kegiatan berpolitik rakyat negara ini asalkan tidak melanggar undang-undang
negara. Tetapi hak-hak serta kebebasan yang diberikan ini tidak boleh disalah
gunakan atas nama demokrasi untuk membakar perasaan perkauman atau bagi
memusnahkan demokrasi. Apabila berlaku sebarang masalah yang melanda
negara, kepentingan bangsa dan negara mestilah didahulukan. Kepentingan
negara hendaklah diutamakan lebih daripada kepentingan sesuatu kaum, jika
mahu, kestabilan dan keselamatan negara berkekalan.
3. Mencipta Sebuah Masyarakat Yang Adil.
Semua anggota masyarakat mempunyai peluang yang sama untuk menikmati
kekayaan negara. Masyarakat yang adil akan wujud di negara ini jika kekayaan
negara dapat dibahagikan adil dan saksama. Bagi mencapai tujuan ini, pihak-
pihak yang lemah akan dibantu supaya mereka mempunyai peluang yang sama
untuk bersaing dengan pihak-pihak yang lain yang lebih maju. Masyarakat adil
yang kita cita-citakan itu bebas daripada penindasan seseorang terhadap yang
lain ataupun penindasan sesuatu golongan terhadap yang lain.

10

4. Membentuk Satu Sikap Yang Liberal.
Masyarakat negara ini bebas mengamalkan agama dan adat resam serta
kebudayaan masing-masing sesuai dengan matlamat perpaduan negara. Kita
sesungguhnya mempunyai kekayaan dari segi kebudayaan dan adat resam yang
negara diamalkan oleh masyarakat pelbagai kaum. Walaupun ada perbezaan,
semua anggota masyarakat hendaklah bercita-cita untuk mewujudkan satu
masyarakat di mana keadaan berlainan kebudayaan itu boleh menguntungkan
dan menjadi sumber kekuatan kepada bangsa dan negara Malaysia.
5. Membina Sebuah Masyarakat Progresif.
Kita bercita-cita hendak mewujudkan sebuah masyarakat progresif yang
mencapai kemajuan di bidang sains dan teknolagi selaras dengan perkembangan
teknologi terkini serta dunia tanpa sempadan dan era globalisasi. Dunia kini
sedang menyaksikan perubahan-perubahan yang begitu cepat dalam bidang
ilmu pengtahuan, sains dan teknologi. Masyarakat progresif yang hendak
diwujudkan merupakan satu masyarakat yang bergerak maju sejajar dengan
kemajuan sains dan teknologi yang akhirnya akan menjadikan Malaysia sebuah
negara maju sebagaimana matlamat Wawasan 2020. Tetapi kemajuan tersebut
tidak akan menjadikan rakyat negara ini terkeluar daripada batas-batas agama
dan nilai-nilai ketuhanan

11

Kesan mengabaikan rukun negara

Kebanyakan masyarakat malaysia hanya mengenali Rukun Negara
sekadar prinsip semata-mata dan tidak mengetahui maksud dan tujuan
rukun negara dibuat serta mengabaikan falsafah kebangsaan ini terlalu
lama. Hasilnya, masyarakat dan juga diri kita tidak tahu teks penuh
Rukun Negara apatah lagi mahu menghayatinya.

Pengabaian terhadap Rukun Negara telah menzahirkan implikasi yang
negatif khasnya dalam tatacara kehidupan masyarakat. Pelbagai
tingkah laku negatif dan kebejatan moral berlaku kerana kita tidak
berpegang teguh kepada ideologi atau kefahaman yang dicipta khas
untuk rakyat Malaysia ini.Mari kita imbas kembali pada tahun 2018
yang lalu beberapa ketidakharmonian yang berlaku dalam masyarakat
kita.Contohnya dari isu kecil seperti membuang sampah merata-rata
hinggalah ke isu besar iaitu tidak menghormati institusi raja
berpelembagaan.Sedar tidak sedar kita sedang mengalami krisis akibat
pengabaian Rukun Negara dalam kehidupan masyarakat yang
majmuk.

Salah satunya adalah kes membuang kerusi daripada tingkat atas
pangsapuri yang telah menyebabkan seseorang maut akibat perbuatan
orang tersebut ini adalah merupakan salah satu kes yang membuka
mata kita terhadap perangai buruk rakyat Malaysia.Selain itu,kisah
kerusi terbang telah membuat masyarakat kota tercegang seketika
dengan isu tersebut bukan saja membaling kerusi malah menjadi tabiat
tersebut sering dilakukan oleh sesetengah masyakat pangsapuri atau
rumah flat yang membuang sampah daripada tingkat atas rumah ke
bawah yang menjadi satu kebiasaan dalam kehidupan mereka.

12

KESIMPULAN
Kesimpulan, Rukun Negara harus dilihat sebagai ‘internal cohesion’ atau

kuasa dalaman yang dapat mengikat perpaduan dan semangat patriotisme di
kalangan rakyat.Objektif dan prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara itu
masih releven untuk membentuk jati diri dan keperibadian rakyat.Apa yang perlu
ialah penghayatan terhadap Rukun Negara mesti disemarakkan kembali melalui
gagasan 1Malaysia sebagaimana yang disarankan oleh kerajaan.Mengamalkan
Rukun Negara akan melahirkan masyarakat yang bersatu padu, bermuhibah
tampa mengira kaum serta bersikap saling hormat menghormati di antara satu
sama lain.Melalui perpaduan akan dapat membantu negara kita
mempertingkatkan danmempergiatkan lagi pertumbuhan ekonomi, mengekalkan
kestabilan politik dan sistem pemerintahan negara yang bersifat liberal dan
demokratik

13

Rujukan
1. http://zailanizakaria.blogspot.com/2008/12/rukun-negara-
malaysia.html
2. http://anizyn.blogspot.com/2010/10/rukun-negara-sebagai-etika-
falsafah-dan.html
3. http://nilaimasyarakatdub1012.blogspot.com/?m=1
4. http://rukunnegaraasia.blogspot.com/

14


Click to View FlipBook Version