The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ppktgipohn9, 2023-01-31 06:47:12

BULETIN PELADANG PPK TGI BIL 2 2022

BULETIN 2 2022

1 SSSSSSSSSSSSSSS NLASKLASJLDJALJ DL;KASJLAJSLDJAS LFJLFJ;FF DDDDDDDSAFS PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN TANJUNG IPOH BIL.2 TAHUN 2022 23 - 24 NOVEMBER 2022 : PORT DICKSON : BENGKEL HALA TUJU PPK TANJUNG IPOH Syukur alhamdulilah,pelbagai cetusan idea dan pandangan yang menarik telah berjaya dikumpulkan menerusi bengkel yang dianjurkan oleh KSK PPK Tanjung Ipoh.Bengkel ini merupakan perbincangan mengenai penambahbaikan projek-projek serta percambahan idea baharu untuk diketengahkan pada masa akan datang. Ianya telah melibatkan sudut pandangan dari semua Ahli Jemaah Pengarah & Pengurusan PPK Tanjung Ipoh.Semoga cetusan idea yang telah dilontarkan dapat dilaksanakan dengan efektif dan efisien dalam usaha meningkat serta memperkasakan lagi kemajuan PPK Tanjung Ipoh..insyallah


2 12 September–15 September 2022 : Lawatan Sambil Belajar Ke Pulau Langkawi Lawatan ke Pulau Langkawi ini diadakan bertujuan bagi menimba ilmu pengetahuan mengenai penghasilan padi pulut di PPK Langkawi serta melawat tempat-tempat menarik di sekitar pulau legenda tersebut.Program anjuran Kelab Sukan & Kebajikan PPK Tanjung Ipoh telah disertai oleh 80 orang ahli terdiri dari Ahli Jemaah Pengarah,Ketua-Ketua Unit serta Pengurusan PPK Tanjung. Semoga lawatan tersebut dapat memberi suntikan motivasi serta semangat dalam usaha memantapkan lagi pergerakan Pertubuhan Peladang Kawasan Tanjung Ipoh.


3


4 Dodol atau penganan merupakan warisan yang amat istimewa sejak sekian lama dan telah menjadi identiti masyarakat Melayu Malaysia. Keistimewaannya merentasi budaya dan bangsa di negara kita. Malahan menepati cita rasa bak kata peribahasa Melayu, tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Dodol atau penganan ini walaupun dikategorikan dalam kumpulan makanan yang mengandungi banyak gula, namun tetap mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia terutamanya dihidangkan pada majlis keraian ataupun musim perayaan. Pada 11 Oktober 2022, Pertubuhan Peladang Kawasan Tanjung Ipoh telah mengadakan Program Ngacau Dodol anjuran Peladangnita PPK Tanjung Ipoh. Program tersebut dilaksanakan dengan meriah dan jayanya dengan penglibatan serta kesepakatan Ahli Jemaah Pengarah,Peladangnita,Ketua-Ketua Unit Peladang,Pegawai,Kakitangan serta ahli-ahli berdekatan. Semoga program ini diberkati serta dapat dilaksanakan lagi pada tahun-tahun akan datang.


5 28 DISEMBER 2022 :PPK TANJUNG IPOH: Syukur alhamdulilah,kerja-kerja pemeriksaan stok akhir yang dijalankan oleh berjalan lancar sepertimana yang diharapkan. Stok input serta peralatan pertanian mendapat penjagaan dan penyelenggaraan yang sewajarnya.Segala rekod dokumentasi berkaitan juga didapati disimpan dengan baik serta sama seperti yang direkodkan di Sistem Primari Pertubuhan Peladang.


6 APAKAH MAKSUD NPK PADA BUNGKUSAN BAJA Di bungkusan baja sering tertera tulisan NPK atau beberapa siri nombor. Tapi tahukah anda apa maksud nombor dan NPK tersebut . NPK adalah singkatan bagi nutrien tumbuhan iaitu Nitrogen, Phosphorus dan Kalium. Manakala nombor pula mewakili peratusan kandungan bahan tersebut di dalam sebatian baja. . NPK merupakan nutrient utama dan elemen paling penting untuk membantu pertumbuhan pokok yang sihat . . Nitrogen berfungsi untuk pembentukan klorofil di dalam daun bagi memastikan proses fotosintesis dapat berlaku. Selain itu, kehadiran klorofil juga memberikan warna hijau kepada daun. . Phosphorus pula sangat penting untuk pertumbuhan akar yang subur bagi meningkatkan kebolehan menyerap nutrient dan air daripada tanah. . Kalium @ Potassium adalah bagi memastikan pokok boleh tumbuh dengan sihat dan subur. Selain itu, unsur Kalium yang mencukupi membantu dalam penghasilan buah yang lebih berkualiti. . Kadar peratusan bahan NPK kebiasaanya akan diformulasi mengikut keperluan; Jenis tanaman Peringkat umur tanaman Musim tanaman Keadaan cuaca etc . Selain daripada unsur NPK, terdapat juga mikronutrien yang juga penting untuk membantu pertumbuhan pokok yang sihat di dalam baja. Mikronutrien seperti Magnesium, Kalsium, Manganese dan Boron ini hanya diperlukan dalam kuantiti yang sangat sikit sahaja.


7 Sepertimana yang diketahui umum,salah satu dari 10 perkhidmatan yang ditawarkan oleh Pertubuhan Peladang adalah menyediakan khidmat kejenteraan ladang dan pengangkutan.Bagi memenuhi keperluan tersebut,Pertubuhan Peladang Kawasan Tanjung Ipoh telah menyediakan perkhidmatan tersebut dengan kadar sewaan yang berpatutan.Sekiranya berminat untuk menggunakan perkhidmatan tersebut sila hubungi PPK Tanjung Ipoh ditalian 06 4887186. KHIDMAT KEJENTERAAN LADANG & PENGANGKUTAN


8 27 DISEMBER 2022 : MAJLIS PERPISAHAN PPK TANJUNG IPOH Hari-hari terakhir En.Muhamad Zulhilmi b.Muhammad Zani yang berkhidmat sebagai Pengurus Perniagaantani/Kontrak PPK Tanjung Ipoh.Beliau akan bertukar ke LPP Kuala Lumpur pada 03 Januari 2023 atas kenaikan pangkat. Pihak Ahli Jemaah Pengarah serta Pengurusan PPK Tanjung Ipoh merakamkan ucapan penghargaan kepada beliau di atas segala bantuan, khidmat bakti, kerjasama, tenaga kerja dan curahan idea sepanjang perkhidmatan beliau di PPK Tanjung Ipoh. Selamat maju jaya diucapkan walau di mana jua berada. Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada pasukan PPK Tanjung Ipoh. Pucuk pauh di atas batu, Anak sembilang ditapak tangan, Sungguh pun beribu batu, Hilang dimata,dihati jangan


9 1) Projek Tanaman Jagung a) Projek Tanaman Jagung di Kg.Gemetir Fasa 1& Fasa 2 Lokasi : Gemetir Luas : 55 ekar


10 b) Projek Tanaman Jagung di Kg.Gamin Lokasi : Kg.Gemetir Luas : 25 ekar c) Projek Tanaman Jagung Purple Lokasi : Parit Istana Luas : 10 ekar Dalam usaha menyahut seruan saranan kerajaan agar meningkatkan lagi sumber makanan negara serta membasmi tanah terbiar,PPK Tanjung Ipoh telah menjalinkan usahasama bersama usahawan bagi menjalankan Projek Tanaman Jagung Manis di Kampung Gemetir Alhamdulilah,berkat kerjasama serta usaha gigih antara PPK dan usahawan,projek telah berjaya menambah pendapatan usahawan,mewujudkan peluang pekerjaan kepada ahli-ahli serta meningkatkan sumber ekonomi PPK Tanjung Ipoh.


11 2) Projek Tanaman Dusun Durian Lokasi : Kg.Talang Keluasan : 30 ekar Status : Dipajakan (Agrogreen Qualiti Sdn.Bhd) Dalam usaha menjana pendapatan PPK Tanjung Ipoh telah memajakkan dusun durian dimana ianya dapat menjana pendapatan tanpa melibatkan sebarang kos perbelanjaan yang tinggi serta menanggung risiko kerugian.


12 3) Mini Estet Tanaman Getah Lokasi : Kampung Purun Keluasan : 300 ekar Projek ini telah diusahakan secara usahasama dengan Syarikat Kuala Pilah Rubber Factory (KPRF).Projek ini dimulakan pada tahun 2010,keuntungan bulanan yang diperolehi oleh PPK hasil dari projek ini sebanyak 15% untung bersih setiap bulan.Keluasan bertanam 250 ekar dengan jumlah pokok hampir 44 ribu pokok getah yang mula mengeluarkan getah pada pertengahan tahun 2016.


13 3) Kedai Input Pertanian& Nusrey Lokasi : Pertubuhan Peladang Kawasan Tanjung Ipoh Jenis Jualan : Input & Peralatan Pertanian Aktiviti perniagaan ini telah bermula semenjak PPK ditubuhkan.Penjualan input merangkumi pelbagai jenis baja,racun,peralatan pertanian,benih-benih serta anak-anak pokok buah-buahan.PPK Tanjung Ipoh terus mengorak langkah dengan mengatur strategi serta mengemaskini kedai input pertanian serta mengadakan Hari Bertemu Pelanggan bagi menarik ahli-ahli dan orang ramai melanggan di Kedai Input PPK Tanjung Ipoh.Hasil dari strategi tersebut,kedai input pertanian PPK Tanjung Ipoh telah mendapat sambutan serta menjana keuntungan sekaligus menaikan imej PPK Tanjung Ipoh.


14 6.5 Pengedaran Skim Subsidi Baja Padi (SBPKP) PPK Tanjung Ipoh telah dilantik sebagai Stokis Skim Subsidi Baja Padi Kerajaan Persekutuan oleh Lembaga Pertubuhan Peladang.Kawasan pengendalian PPK merangkumi Mukim Ampang Tinggi dan Mukim Terachi.PPK memperoleh pendapatan melalui komisen bagi menyelia dan menghantar baja-baja tersebut kepada para pesawah.Walaubagaimanapun,pendapatan tersebut terjejas kerana kerja-kerja pembaikan sistem saliran yang menyebabkan penanaman padi terpaksa dihentikan selama hampir dua tahun.


15 5.7 Pusat Pengumpulan Hasil Pertanian (PPHP) Bagi mengelak wujudnya aktiviti “ orang tengah” pihak Lembaga Pertubuhan Peladang telah mewujudkan Pusat Pengumpulan Hasil Pertanian di PPK Tanjung Ipoh bagi mengatasi masalah tersebut.PPK Tanjung Ipoh telah berjaya membantu para petani dengan membantu mereka memasarkan hasil tanaman mereka dengan harga yang jauh lebih baik dari harga yang ditawarkan oleh “orang tengah”.


16 6.8 Projek Tanaman Fertigasi Sayuran Bermeja Lokasi : Kampung Sawah Liat Ulu Bendul Jenis Tanaman : Sawi Pendek Jumlah Meja : 25 meja Projek fertigasi ini merupakan satu lagi kaedah bertani masa kini yang lebih kolektif dan moden.Projek ini merupakan pilot projek di daerah Kuala Pilah.Kaedah tanaman secara komersial (atas batas) telah dinaiktaraf kepada kaedah fertigasi meja dengan menggunakan cocopeat (sabut kelapa) sebagai medium tanaman.Tempoh penuaian hasil yang cepat dapat mengurangkan kos tenaga buruh selain menjimatkan penggunaan input pertanian dan kawasan.


17 6.9 Projek Fertigasi Cili Projek Tanaman Cili Fertigasi adalah salah satu aktiviti yang dijalankan secara usahasama oleh PPK Tanjung Ipoh bersama usahawan.Bagi mengelakkan serangan perosak,pihak PPK telah menjalankan “corp rotation” dengan menanam tanaman terung bagi memastikan kelangsungan projek terpelihara.Projek terpaksa dihentikan sementara kerana masalah pekerja serta kenaikan harga input yang tinggi.


18 6.10 Projek Kolam Pancing Udang Galah& Udang Harimau Projek Kolam Pancing Udang Galah/Harimau Lokasi : PPK Tanjung Ipoh Tujuan utama projek ini dijalankan selain menjana ekonomi PPK ianya juga bagi membantu ahli-ahli memasarkan hasil ternakan mereka.Disamping itu projek ini juga secara tidak langsung dapat merapatkan hubungan PPK dengan penduduk setempat. Walaubagaimanapun,faktor persaingan serta bekalan udang yang tidak menentu serta Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan operasi projek terpaksa dihentikan agar PPK tidak terus menanggung kerugian.Bagi memastikan projek terus beroperasi serta menjana pendapatan,projek tersebut telah disewakan kepada usahawan.


19 6.11 Sewaan Premis/RKT/Pajakan Tanah Aset-aset yang dimiliki oleh PPK adalah 6 unit Rumah Kakitangan,sebuah bangunan (Dewan Kecil) dan Bangunan Pusat Pengumpulan Hasil Pertanian (PPHP).Selain itu,PPK juga menyewakan tanah kepada usahawan dan pengusaha padi.


20 6.12 Sewaan Pengangkutan&Logistik Dalam usaha memastikan 10 perkhidmatan dilaksanakan,PPK juga menyediakan khidmat sewaan lori,pacuan empat roda & traktor bagi ahli atau bukan ahli.Ianya telah dijadikan projek teras kepada PPK bagi menjana lebih banyak pendapatan kepada PPK Tanjung Ipoh.


21 SIDANG REDAKSI PENAUNG DATO HJ.ABD.SAMAD B.HJ.IBRAHIM PENASIHAT EN.MOHD KHAIRUL B.ABD RAHIM KETUA PENGARANG EN.SHAHRUL ANUAR B.YASSIN EDITOR CIK NURHAFIFI BT.RAMLI PN.SAFIKA BT.SHARIF GRAFIK PN.WAN NAJIBAH B.WAN MOHAMAD CIK FAEZAH BT.HASSAN JURUGAMBAR EN.MUHAMMAD AMIRUL IZAT B.MOHD AMINALLAH EN.MUHAMAD ZULHILMI BIN MUHAMMAD ZANI PENGEDARAN EN.MUHAMMAD B.HASSAN TERBITAN PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN TANJUNG IPOH


Click to View FlipBook Version