DAN KESIHATAN PEKERJAAN JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN POLITEKNIK MERLIMAU
POLITEKNIK MERLIMAU | Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2 MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN POLITEKNIK MERLIMAU JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN POLITEKNIK MERLIMAU
POLITEKNIK MERLIMAU | Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 3 KANDUNGAN PRAKATA 6 PENGHARGAAN 8 TERMA DAN DEFINISI 9 BAHAGIAN I 12 PENGURUSAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN PMM 12 1. DASAR KESELAMATAN DANKESIHATAN PEKERJAAN 14 2. PERANAN PENGURUSAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAANDI PMM 20 BAHAGIAN II 28 PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN DANKESIHATAN PEKERJAAN 28 1. PERATURAN KESELAMATAN AM 29 2. PERATURAN KESELAMATAN DI PEJABAT 31 3. PERATURAN KESELAMATAN DI MAKMAL / BENGKEL 32 BAHAGIAN III 36 PROSEDUR-PROSEDUR KESELAMATAN DANKESIHATAN PEKERJAAN 36 1. PROSEDUR KEBERSIHAN TEMPAT KERJA 37 2. PROSEDUR NOTIFIKASI ADUAN, KEMALANGAN, KEMALANGAN NYARIS, KEJADIAN BERBAHAYA, KERACUNAN PEKERJAAN 41 3. PROSEDUR KECEMASAN KEBAKARAN DANPENGUNGSIAN BANGUNAN 45 4. PROSEDUR PENGUNGSIAN BANGUNAN 48 5. PROSEDUR PERTOLONGAN CEMAS (BANTU MULA) 52 BAHAGIAN IV 55 GARIS PANDUAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 55 1. GARIS PANDUAN PELAKSANAAN JKKP-JFPIU (JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN PERINGKAT JABATAN/ FAKULTI/ PUSAT/ INSTITUT/ UNIT) 56 2. GARIS PANDUAN ALAT LINDUNG DIRI 60 3. GARIS PANDUAN KEMUDAHAN PETI PERTOLONGAN CEMAS 67 4. GARIS PANDUAN PENGURUSAN SISA MAKMAL 69 5. GARIS PANDUAN KAWALAN RISIKO DI TEMPAT KERJA 78
POLITEKNIK MERLIMAU | Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 4 LAMPIRAN 81 LAMPIRAN 1 82 LAMPIRAN 2 83 LAMPIRAN 3 85 LAMPIRAN 4 87 LAMPIRAN 5 102 LAMPIRAN 6 107 LAMPIRAN 7 108 LAMPIRAN 8 109 LAMPIRAN 9 110
POLITEKNIK MERLIMAU | Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 5 PRAKATA Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan PMM ini diterbitkan untuk dijadikan panduan kepada semua pekerja, pelajar serta orang lain yang berurusan dengan kerja-kerja dalam premis PMM berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja adalah dinamik dan sentiasa berubah. Pendekatan pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dititikberatkan bagi memastikan elemen penting seperti dasar keselamatan dan kesihatan pekerjaan, organisasi, perancangan dan pelaksanaan serta penilaian semula pencapaian dilaksanakan di PMM. Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan PMM membincangkan dua elemen pengurusan keselamatan merangkumi polisi dan pengaturan kendiri bagi memastikan keselamatan dan kesihatan di PMM terhadap mereka yang mewujudkan risiko dan bekerja dengan risiko tersebut. (peraturan, prosedur dan garis panduan berkaitan). Antara objektif manual ini adalah untuk: a. Menyediakan panduan pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dengan menekankan pelaksanaan di semua peringkat JKKP- PTJ; b. Menerangkan undang-undang, peraturan umum, prosedur dan garis panduan untuk dipatuhi; c. Mengambil langkah yang setakat yang praktik melindungi keselamatan dan kesihatan semua pekerja, pelajar dan pelawat yang berurusan; d. Mencegah dan mengelakkan kecederaan, penyakit pekerjaan, atau kematian di kalangan pekerja dan pelajar yang disebabkan daripada aktiviti pekerjaan seterusnya memupuk budaya kerja selamat dan sihat.
POLITEKNIK MERLIMAU | Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 6 Manual ini diwujudkan untuk menggerakkan semua pihak di PMM khususnya Ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di setiap JKKP -PTJ untuk melaksanakan pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan mengikut kriteria yang telah ditetapkan di dalam manual dan akan dianalisa keberkesanannya sepanjang masa. a. Mewujudkan peraturan, prosedur dan garis panduan berkaitan KKP secara umum dan boleh digunakan bila-bila masa; b. Semua pekerja perlu memberi kerjasama dan memahami tugas masing-masing dalam bidang KKP semasa berada di kawasan PMM; c. Pengguna manual ini hendaklah merujuk kepada dokumen lain yang dikeluarkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Malaysia atau agensi lain yang terlibat secara langsung dengan proses kerja dilakukan. Oleh itu, manual ini dapat membantu para akademik, kakitangan, pelajar, kontraktor dan pelawat untuk mendapatkan pengetahuan dan maklumat berkaitan Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di PMM, prosedur, garis panduan, peraturan serta dokumen sokongan lain dalam menjalankan sebarang aktiviti atau kerja agar produktiviti dan kelangsungan serta misi PMM dapat direalisasikan.
POLITEKNIK MERLIMAU | Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 7 PENGHARGAAN Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) PMM ingin merakamkan sekalung penghargaan kepada mereka yang terlibat dalam Bengkel Pemurnian Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan PMM dan di atas sumbangan mereka dalam memberi maklumat dan penyemakan manual ini. Mereka adalah seperti berikut:
POLITEKNIK MERLIMAU | Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 8 TERMA DAN DEFINISI Bagi tujuan rujukan di dalam manual ini, terma dan definisi berikut digunakan. a. Politeknik Politeknik Merlimau b. Jawatankuasa Keselamatan, Politeknik Merlimau, Melaka Satu Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan yang terdiri daripada Pengurusan Tertinggi PMM yang ditubuhkan dan berfungsi memantau isu KKP yang dipengerusikan oleh Pengarah PMM c. Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan – Induk Satu jawatankuasa keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang terdiri daripada wakil pekerja dan wakil majikan yang ditubuhkan dan berfungsi menurut perundangan di peringkat Jabatan/ Unit yang dipengerusikan oleh Pengarah / Ketua Jabatan/ Ketua Unit d. Pusat Tangungjawab (PTJ) Terdiri daripada, jabatan dan unit dll. e. Hazad Punca, situasi atau tindakan yang berpotensi untuk memudaratkan samada kecederaan atau gangguan kesihatan, kerosakan harta, kerosakan persekitaran tempat kerja atau kombinasi di antaranya. f. Insiden Kejadian yang berkaitan dengan pekerjaan yang boleh menyebabkan kecederaan, masalah kesihatan atau kematian. g. Pekerja Semua kakitangan yang bertugas di Politeknik Merlimau h. Pelajar
POLITEKNIK MERLIMAU | Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 9 Seseorang yang sedang melanjutkan pelajaran di Politeknik Merlimau, Melaka i. Kontraktor Seseorang atau sesebuah organisasi yang dilantik untuk menyediakan perkhidmatan kepada PMM mengikut spesifikasi, terma dan keadaan yang telah dipersetujui. j. Pelawat Seseorang yang bukan kakitangan mahupun kontraktor yang masuk ke premis PMM dengan kebenaran. k. Orang Yang Kompeten Seseorang yang telah menghadiri kursus dan latihan yang bersesuaian dan mempunyai pengetahuan yang mencukupi serta berpengalaman dan berkemahiran untuk melaksanakan tugas yang spesifik. l. Pemantauan Aktif Aktiviti-aktiviti berterusan yang menyemak samada langkah-langkah pencegahan dan perlindungan bahaya dan risiko, seperti penyusunan rancangan untuk melaksanakan pengurusan KKP di Politeknikadalah menurut kriteria yang ditentukan. m. Risiko Kombinasi kebarangkalian dan akibat untuk sesuatu kejadian berbahaya yang spesifik berlaku.
POLITEKNIK MERLIMAU | Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 12 BAHAGIAN I PENGURUSAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN P M M
POLITEKNIK MERLIMAU | Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 13
POLITEKNIK MERLIMAU | Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 14 1. DASAR KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan PMM ini disediakan berasaskan kepada keperluan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514), Seksyen 16 yang mana menekankan beberapa perkara penting berkaitan dengan dasar keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang wajib dilaksanakan oleh majikan. Antara perkara tersebut termasuklah; a. Menyediakan satu pernyataan bertulis dasar am berkenaan keselamatan dan kesihatan pekerjaan; b. Menubuhkan organisasi dan perkiraan untuk menjayakan perlaksanaan dasar; c. Mengkaji semula dasar; dan d. Memaklumkan setiap pekerja mengenai pernyataan dasar tersebut. Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini hanya boleh digunakan setelah diluluskan oleh Pengarah PMM. Pegawai dan kakitangan yang bertanggungjawab menyimpan dan mengemaskini Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini mestilah mengikut arahan pengemaskinian yang dikeluarkan dari masa ke semasa. 1.1 Objektif Objektif Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini adalah untuk; a. Menyatakan tumpuan dan komitmen PMM dalam memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja. b. Menggariskan dasar dan objektif PMM dalam membangun dan melaksanakan program-program dan aktiviti-aktiviti dalam menyediakan tempat kerja yang selamat dan sihat. 1.2 Skop Pelaksanaan Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini hendaklah dilaksanakan di semua premis di dalam kawasan dan mana-mana premis bawah seliaan PMM.
POLITEKNIK MERLIMAU | Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 15 1.3 Rujukan Normatif Penyediaan dokumen ini adalah merujuk kepada kehendak Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) serta peraturan-peraturannya dan lain-lain akta yang berkaitan dan tertakluk kepada pindaan atau perubahan terkini (jika ada). Kewajipan menyediakan dasar am keselamatan dan kesihatan di tempat kerja diperuntukkan di dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514), Bahagian IV Seksyen 16. “Kecuali dalam apa-apa hal yang ditetapkan adalah menjadi kewajipan tiap-tiap majikan dan tiap-tiap orang yang bekerja sendiri untuk menyediakan dan seberapa kerap yang sesuai mengkaji semula penyataan bertulis dasar amnya berkenaan dengan keselamatan dan kesihatan pekerja-pekerjanya semasa bekerja dan organisasi dan perkiraan yang sedang berkuatkuasa bagi menjalankan dasar itu, dan membawa pernyataan dan apa-apa kajian semulanya kepada perhatian kesemua pekerjanya”. Skop pelaksanaan ini dilaksanakan oleh Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) PMM. Pengecualian terhadap keperluan seksyen ini hanyalah bagi majikan dan orang-orang yang bekerja sendiri yang menjalankan pengusahaan dengan tidak lebih daripada lima orang pekerja (Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pernyataan Dasar Am Keselamatan dan Kesihatan Majikan) (Pengecualian) 1995. 1.4 Kenyataan Am Dasar PMM komited untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja dan mana-mana orang lain yang mungkin terkesan oleh aktiviti pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan mana-mana operasi organisasi di dalam Kawasan kawalannya dengan mengambil setiap usaha yang munasabah untuk mencegah sebarang kemungkinan insiden yang membawa kepada kecedaraan dan wabak penyakit, kerosakan harta benda serta persekitaran melalui penambahbaikan berterusan selaras dengan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) dan perundangan lain serta keperluan yang berkaitan.
POLITEKNIK MERLIMAU | Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 16 Dengan ini, Politeknik Merlimau akan memastikan setiap kakitangan dan pelajar memahami serta mematuhi Dasar Keselamatan dan Kesihatan tanpa memansuhkan dasar-dasar lain. Kerjasama dan komitmen daripada semua pihak dan individu amat diharapkan untuk menjayakan Dasar Keselamatan dan Kesihatan seperti yang di atas. 1.5 Peranan dan Tanggungjawab Organisasi Politeknik Merlimau Menjelaskan peranan dan tanggungjawab pegawai dan kakitangan serta jawatankuasa yang terlibat secara langsung dengan pelaksanaan Dasar keselamatan dan kesihatan pekerjaan di Politeknik Merlimau. 1.5.1 Pihak Pengurusan Politeknik Pihak Pengurusan Politeknik komited dalam memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja, pelajar, kontraktor dan mana-mana pelawat semasa berada dalam kawasan Politeknik. Pengurusan Politeknik komited untuk: a. Menyalur dan menyebarkan kepentingan keperluan undang-undang berhubung keselamatan dan kesihatan pekerjaan; b. Mewujudkan Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan PMM; c. Memastikan halatuju dan objektif Dasar PMM dapat dilaksanakan; d. Menyusun langkah-langkah bagi memastikan keselamatan dan kesihatan dalam penggunaan atau pengendalian, penyimpanan dan pengangkutan bahan; e. Menyediakan maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan bagi memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja, pelajar, kontraktor dan mana-mana pelawat semasa berada dalam kawasan Politeknik; f. Untuk menyedia dan menyelenggara persekitaran pekerjaan yang selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan, dengan kemudahan yang mencukupi bagi kebajikan kakitangan dan pelajar.
POLITEKNIK MERLIMAU | Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 17 1.5.2 Pusat Tanggungjawab (PTJ) PTJ bertanggungjawab dalam memantau keselamatan dan kesihatan pekerjaan kakitangan dan pelajar di Jabatan /unit masing-masing. Antara peranan dan tanggungjawab terhadap keselamatan dan kesihatan pekerjaan adalah seperti berikut: a. Membantu Pihak Pengurusan Politeknik dalam menyelia danmemastikan persekitaran kerja yang selamat; b. Menyediakan maklumat yang diperlukan bagi membantu melaksanakan langkah-langkah pencegahan kemalangan seperti latihan, kempen seminar dan sebagainya; c. Mengada, menyelia dan menyenggara Alat Lindung Diri (ALD) untuk digunakan oleh pekerja dan pelajar; d. Memastikan segala peralatan yang digunakan berada dalam keadaan selamat digunakan serta penggunaan peralatan tersebut mengikut Prosedur Kerja Selamat; e. Menghubungi atau membuat laporan secara bertulis kepada Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan mengambil langkah-langkah yang perlu apabila berlaku kemalangan di tempat kerja. 1.5.3 Pegawai dan Kakitangan Pegawai dan kakitangan PMM bertanggungjawab dalam memastikan keselamatan dan kesihatan dirinya dan orang lain ketika menjalankan tugas. Antara tugas dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan ialah: a. Memberi perhatian yang munasabah terhadap dirinya dan orang lain yang berada disekelilingnya semasa menjalankan tugas; b. Bekerjasama dengan pihak Pengurusan Politeknik atau orang lain dalam mematuhi apa-apa kehendak di bawah Akta dan Peraturan-peraturannya serta tata amalan industri yang berkaitan; c. Menggunakan apa-apa kelengkapan atau pakaian perlindungan yang disediakan oleh pihak Politeknik; d. Mematuhi prosedur keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang disediakan.
POLITEKNIK MERLIMAU | Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 18 e. Memberi laporan kepada Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Induk berkaitan kemalangan, insiden dan perbuatan tidak selamat berkaitan KKP di tempat kerja; f. Mengambil bahagian dalam aktviti KKP; g. Mematuhi arahan KKP dari masa ke semasa. 1.5.4 Pelajar Pelajar PMM juga merupakan salah satu komuniti kampus yang perlu bersamasama memastikan keselamatan dan kesihatan dirinya dan orang lain dipatuhi ketika berada di kawasan PMM. Antara peranan dan tanggungjawab mereka ialah: a. Memberi perhatian setakat yang praktik semasa berada di kawasan PMM bagi keselamatan dan kesihatan diri dan orang lain; b. Memakai atau menggunakan apa-apa kelengkapan atau pakaian perlindungan yang disediakan; c. Mematuhi apa-apa arahan atau langkah keselamatan dan kesihatan pekerjaan menurut kehendak Akta atau Peraturan – Peraturannya; d. Tidak menyalahgunakan peralatan keselamatan yang disediakan; e. Mematuhi prosedur keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang disediakan; f. Melaporkan semua insiden, keadaan dan perbuatan tidak selamat berkaitan KKP kepada pihak fakulti atau ketua jabatan; g. Mengambil bahagian dalam aktviti KKP.
POLITEKNIK MERLIMAU | Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 19 1.5.5 Kontraktor / Pembekal Peranan dan tanggungjawab kontraktor dan pembekal yang berurusan dengan pihak Politeknikadalah seperti berikut: a. Mematuhi arahan serta garis panduan KKP mengikut jenis kerja yang telah disediakan oleh pihak Politeknik. b. Melaporkan kejadian dan insiden yang berlaku semasa menjalankan kerja di dalam kawasan Politeknik. c. Memberi latihan secukupnya kepada pekerja berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. d. Membekal dan memastikan pekerja memakai alat pelindung diri yang sesuai.
POLITEKNIK MERLIMAU | Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 20 2. PERANAN PENGURUSAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI PMM Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dilaksanakan berdasarkan struktur berikut dan peranan setiap entiti berkenaan akan diperjelaskan dalam seksyen seterusnya. Carta Jawatankuasa Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Politeknik Merlimau
POLITEKNIK MERLIMAU | Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 21 2.1 Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Induk Politeknik Merlimau (JKKP-PMM) Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Pengarah PMM. Secara am,Jawatankuasa ini bertanggungjawab menguruskan jawatankuasa-jawatankuasa kecil yang terlibat dengan pelaksanaan peraturan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di PMM dan fungsi JKKP-PMM adalah seperti berikut: a. Membantu dalam membangunkan sistem keselamatan dan kesihatan serta sistem kerja selamat; b. Mengkaji semula keberkesanan program keselamatan dan kesihatan pekerjaan di PMM; c. Mengkaji dan menyemak kajian tentang trend kemalangan, kejadian berbahaya, kemalangan nyaris, keracunan pekerjaan atau penyakit pekerjaan yang berlaku di tempat kerja, dan melaporkan pada pihak pengurusan Politeknik keadaan atau amalan yang tidak selamat atau tidak sihat di tempat kerja bersama–sama dengan cadangan untuk tindakan pembaikan; d. Mengkaji semula dasar keselamatan dan kesihatan di tempat kerja dan membuat cadangan kepada pihak pengurusan Politeknik bagi penyemakan dasar tersebut (tiga (3) tahun sekali); e. Menimbangkan apa-apa laporan yang berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan, audit KKP yang dikemukakan oleh PKKP, laporan dan maklumat berkaitan KKP dan laporan oleh agensi-agensi kerajaan lain mengenai perkaraperkara berkaitan KKP di PMM; f. Mengadakan mesyuarat seberapa kerap yang perlu setara dengan risiko yang terdapat dalam jenis kerja di PMM; tetapi tidak kurang satu (1) kali dalam setiap tiga (3) bulan; g. Membentuk suatu jawatankuasa kecil untuk membantu Jawatankuasa dalam melaksanakan fungsinya; h. Menjalankan pemeriksaan tempat kerja; i. Menjalankan penyiasatan tempat kerja; j. Memantau prestasi keselamatan dan kesihatan di peringkat Pusat Tanggungjawab (Jabatan/ Unit); k. Membuat keputusan mengenai isu-isu yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan Politeknik.
POLITEKNIK MERLIMAU | Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 22 Carta Organisasi Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Peringkat Politeknik (JKKP-PMM)
POLITEKNIK MERLIMAU | Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 23 2.2 Peranan dan Tanggungjawab Ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2.2.1 Pengerusi a. Mempengerusikan mesyuarat JKKP; b. Memastikan pelaksanaan dan prestasi pematuhan KKP di PMM dengan berkesan; c. Membuat perancangan dan program bagi penambahbaikan dalam pematuhan kepada kehendak KKP di PMM; d. Memastikan kakitangan PMM mendapat latihan berkaitan KKP dan maklumat sewajarnya; e. Melantik ahli JKKP dan Pegawai Keselamatan dan Kesihatan selaku setiausaha yang bertanggungjawab menguruskan hal-hal berkaitan keselamatan dan kesihatan di PMM; f. Memastikan fungsi Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan mematuhi kehendak Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan) 1996. 2.2.2 Pegawai Keselamatan dan Kesihatan (PKK) / Setiausaha a. Mengkoordinasi dan menghadiri mesyuarat JKKP; b. Mengumpul dan menyelaraskan laporan KKP; c. Mencatat, menyediakan dan mengedarkan minit mesyuarat JKKP; d. Memastikan perjalanan mesyuarat JKKP berjalan dengan lancar; e. Mengukur, menilai dan mengemaskini prestasi tahap pematuhan KKP di PMM; f. Bertindak sebagai penyelaras dokumen terkawal; g. Bertanggungjawab untuk menjalankan tugas seperti dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pegawai Keselamatan dan Kesihatan) 1997 dan Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan) 1996.
POLITEKNIK MERLIMAU | Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 24 2.2.3 Wakil Majikan a. Menghadiri mesyuarat JKKP; b. Bekerjasama memastikan Jawatankuasa JKKP berfungsi secara berkesan; c. Memastikan keakuran Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan) 1996. 2.2.4 Wakil Pekerja a. Menghadiri mesyuarat JKKP; b. Bekerjasama memastikan Jawatankuasa JKKP berfungsi secara berkesan; c. Memastikan keakuran Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan) 1996; a. Membawa dan membincangkan isu-isu KKP bagi pihak kakitangan PMM.
POLITEKNIK MERLIMAU | Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 25 2.3 Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan peringkat Jabatan/ Unit Antara fungsi Jawatankuasa ini adalah seperti berikut: a. Mengadakan mesyuarat 3 bulan sekali; b. Memeriksa tempat kerja secara berkala (3 bulan sekali); c. Melaporkan dan membincangkan sebarang keadaan tidak selamat, kemalangan, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan dan penyakit pekerjaan; d. Memeriksa dan membantu JKKP dalam menyiasat sebarang perkara berkaitan KKP selepas kemalangan, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan dan penyakit pekerjaan yang berlaku di Jabatan / Unit ; e. Membuat cadangan pemulihan dan tindakan pembaikan ke atas risiko di tempat kerja; f. Mengkaji semula tindakan atau amalan KKP dan membuat cadangan pindaan kepada JKKP-PMM; g. Menyimpan rekod berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan; h. Melaporkan perkara (i) – (v) kepada JKKP-PMM secara berkala melalui Pusat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan; i. Membantu JKKP-PMM dalam melaksanakan fungsi-fungsi berkaitan keselamatan dan kesihatan dan aktiviti lain untuk menggalakkan pematuhan perjalanan kerja yang selamat dan sihat; j. Merancang, melaksana serta menyelaras program dan aktiviti KKP diJabatan / Unit.
POLITEKNIK MERLIMAU | Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 28 BAHAGIAN II PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN
POLITEKNIK MERLIMAU | Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 29 1.1 Tujuan 1. PERATURAN KESELAMATAN AM Bagi mencegah daripada berlakunya kemalangan di Politeknik Merlimau (PMM) akibat daripada kecuaian atau tindakan tidak selamat oleh pekerja, pelajar, kontraktor dan pelawat. 1.2 Penerangan a. Sila ikuti segala arahan keselamatan semasa berada di PMM; b. Apa-apa tindakan dan keadaan tidak selamat yang boleh mendatangkan kecederaan kepada manusia dan kerosakan kepada harta benda hendaklah diadukan kepada Ketua Jabatan / Unit dengan segera (24 jam); c. Ketua Jabatan / Unit perlu menulis laporan lengkap kejadian kepada PKKP dalam tempoh 14 hari; d. Pastikan semua peralatan dan bahan-bahan disimpan di tempat yang betul serta kawasan tempat kerja anda sentiasa kemas dan bersih; e. Gunakan perkakas dan peralatan yang betul dan selamat ketika bekerja; f. Sekiranya anda atau peralatan yang anda kendalikan terlibat dalam kemalangan, laporkan dengan segera kepada Ketua Jabatan / Unit diikuti PKKP serta dapatkan bantu mula (pertolongan cemas); g. Salahguna, ubahsuai dan merosakkan peralatan keselamatan dan kecemasan secara sengaja boleh dikenakan tindakan undang-undang; h. Gunakan peralatan perlindungan diri yang telah diluluskan dan pastikan ianya sentiasa berada dalam keadaan yang baik; i. Jangan bergurau dan elakkan daripada mengganggu orang lain semasa bekerja; j. Gunakan kaedah yang betul semasa mengangkat barang dan dapatkan bantuan sekiranya perlu; k. Dilarang merokok dan melakukan pembakaran terbuka dalam kawasan PMM;
POLITEKNIK MERLIMAU | Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 30 l. Kelajuan kenderaan di sekeliling PMM ialah 30 km/jam dan hendaklah sentiasa dipatuhi. Pastikan semua jalan sentiasa bebas untuk laluan kecemasan; m. Patuhi semua arahan, prosedur, tanda amaran, peraturan dan undang-undang PMM; n. Rujuk Jabatan / Unit yang berkenaan bagi mendapatkan arahan, prosedur dan garis panduan yang berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan; o. Kenalpasti pintu keluar dan laluan kecemasan bagi bangunan dimana anda berada. p. Berikan kerjasama kepada petugas keselamatan di tempat berkenaan.
POLITEKNIK MERLIMAU | Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 31 2. PERATURAN KESELAMATAN DI PEJABAT 2.1 Pengenalan Umumnya, seseorang bekerja selama 8 jam sehari di “tempat kerja”. Ini merupakan satu jangka masa yang panjang. Oleh itu, keselamatan di tempat kerja perlu dititikberatkan oleh setiap pekerja dan majikan. Oleh yang demikian, beberapa peraturan keselamatan umum di pejabat perlu dipatuhi dan dijadikan amalan berterusan. 2.2 Penerangan a. Pastikan lorong laluan dalam dan luar pejabat tidak dihalang oleh peralatan, perabot, dawai elektrik dan lain-lain; b. Pastikan semua peralatan pejabat berfungsi dengan baik; c. Gunakan penapis skrin komputer untuk mengurangkan dedahan sinar UV; d. Pastikan laci kabinet ditutup dengan kemas selepas setiap kali dibuka; e. Berhati-hati ketika mengubah kedudukan peralatan yang berat seperti almari, meja, peralatan dan kotak supaya tidak mengalami kecederaan manual. Gunakan troli jika perlu; f. Bersihkan tumpahan serta-merta walaupun hanya air minuman; g. Pastikan tiada halangan di pintu kecemasan; h. Pastikan alat pemadam api mudah dicapai; i. Kenalpasti kedudukan alat pecah kaca untuk mengaktifkan penggera sekiranya berlaku kebakaran; j. Berehat sebentar secara berkala bagi melegakan tekanan dan kepenatan.
POLITEKNIK MERLIMAU | Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 32 3. PERATURAN KESELAMATAN DI MAKMAL / BENGKEL 3.1 Pengenalan Terdapat pelbagai jenis makmal di PMM seperti makmal kimia dan komputer. Setiap makmal mempunyai peraturan khusus bergantung kepada penggunaan makmal. 3.2 Tujuan Menjelaskan kepada pengguna makmal prosedur tentang keselamatan keseluruhannya. Oleh itu, semua pengguna makmal hendaklah memahami dan mematuhi segala prosedur yang disenaraikan. Selain mematuhi peraturan umum ini, pastikan arahan atau peraturan khusus di tempat tertentu juga dipatuhi. 3.3 Penerangan a. Bengkel / makmal adalah kawasan terhad dan orang yang tidak berkenaan dilarang masuk; b. Makan, minum, merokok dan bersolek adalah dilarang di dalam bengkel / makmal; c. Pakai baju bengkel / makmal (lab coat / coverall) dan kasut bertutup / kasut keselamatan semasa berada dalam bengkel/makmal; d. Pakai cermin mata keselamatan yang sesuai semasa menjalankan amali/aktiviti di bengkel/makmal yang berkaitan; e. Jangan gunakan bengkel/makmal sebagai bilik rekreasi walaupun semasa rehat; f. Jangan membuat bising semasa berada dalam dan luar bengkel/makmal; g. Pelajar adalah dilarang menyimpan atau membuat pendua kunci-kunci makmal; h. Meminta kebenaran sebelum melakukan tugas yang berkaitan dengan penggunaan mesin; i. Gunakan peralatan dengan betul mengikut prosedur keselamatan (SOP) yang ditetapkan; j. Sentiasa memastikan bengkel/makmal dalam keadaan yang bersih dan teratur; k. Semua sisa kimia/biologi/fizikal (seperti campuran larutan organik, bakteria dan bekas kaca yang pecah) harus dibuangkan ke dalam bekas sisa khas yang telah dilabelkan. Dilarang membuang sebarang sisa ke dalam sinki ataupun tong sampah biasa; l. Menyimpan peralatan yang telah digunakan di tempat yang disediakan;
POLITEKNIK MERLIMAU | Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 33 m. Menggunakan peralatan yang betul melalui khidmat pengajar ketika kerja-kerja yang hendak atau sedang dijalankan; n. Sentiasa prihatin terhadap apa sahaja yang berlaku di sekeliling bengkel/makmal dan membuat aduan/laporan jika difikirkan perlu; o. Laporkan sebarang kejadian kemalangan dan kemalangan nyaris kepada pensyarah/pembantu makmal/pegawai sains atau penunjuk ajar dengan serta merta; p. Meninggalkan bengkel/makmal dengan seberapa segera sambil mempraktikkan apa yang telah dipelajari ketika loceng kebakaran dibunyikan; q. Patuhi segala peraturan keselamatan bengkel/makmal termasuk aspek keselamatan kimia, biologi, biokeselamatan, sinaran, elektrik dan gas mengikut keperluan akta yang berkaitan. r. Dengan adanya peraturan ini, para pelajar/pengguna makmal/bengkel hendaklah mematuhi arahan-arahan tersebut (tertakluk kepada arahan dan pindaan semasa). Gagal mematuhi arahan menyebabkan salah laku yang boleh diambil tindakan. Dengan adanya peraturan ini, para pelajar/pengguna makmal/bengkel hendaklah mematuhi arahan-arahan tersebut (tertakluk kepada arahan dan pindaan semasa). Gagal mematuhi arahan menyebabkan salah laku yang boleh diambil tindakan.
POLITEKNIK MERLIMAU | Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 36 BAHAGIAN III PROSEDUR-PROSEDUR KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN
POLITEKNIK MERLIMAU | Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 37 1. PROSEDUR KEBERSIHAN TEMPAT KERJA 1.1 Objektif Objektif prosedur ini adalah untuk: a. Menjelaskan langkah-langkah tindakan penjagaan kebersihan tempat kerja di PMM. b. Menetapkan langkah-langkah pengawasan penjagaan kebersihan tempat kerja di PMM. c. Mewujudkan tabiat membudayakan kerja bersih dan kemas dalam kalangan pekerja, pelajar dan kontraktor di PMM. d. Mencegah berlakunya kemalangan disebabkan faktor pengabaian mengamalkan kebersihan. 1.2 Skop Prosedur ini hendaklah digunapakai semasa menjalankan langkah-langkah penjagaan kebersihan di semua premis dalam kawasan Politeknik Merlimau (PMM). 1.3 Tanggungjawab Semua pekerja, pelajar dan kontraktor hendaklah bertanggungjawab melaksanakan prosedur ini. 1.4 Prosedur Am Prosedur ini menerangkan langkah-langkah yang perlu diambil dalam penjagaan kebersihan di PMM. Ketua J/U hendaklah mempamerkan risalah-risalah/poster- poster berkaitan penjagaan kebersihan di premis masing-masing.
POLITEKNIK MERLIMAU | Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 38 1.4.1 Laluan Selamat Ketua Jabatan / Unit hendaklah: a. Mengenalpasti dan menentukan laluan selamat di dalam premis masingmasing. b. Memastikan pintu rintangan api mengikut piawaian pihak Bomba dan diselenggara secara berkala. c. Memastikan tiada halangan (contoh apa-apa mesin, bahan, peralatan dan lain-lain barangan) dilakukan oleh pekerja, pelajar dan kontraktor di laluan selamat yang telah ditentukan oleh J/Umasing-masing seperti gambar di bawah: 1.4.2 Ruang Bekerja Ketua Jabatan / Unit / Kontraktor hendaklah memastikan ruang kerja yang selamat dan kondusif di dalam premis masing-masing. Pekerja, pelajar dan kontraktor hendaklah mematuhi garis panduan ruang kerja selamat yang telah ditetapkan oleh Jabatan / Unit masing-masing.
POLITEKNIK MERLIMAU | Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 39 1.4.3 Stor Ketua Jabatan / Unit hendaklah menentukan kakitangan yang bertanggungjawab untuk menguruskan stor. Pekerja, pelajar dan kontraktor hendaklah memastikan; a. Stor sentiasa bersih dan kemas; b. Barang-barang disusun dalam keadaan teratur; c. Pengudaraan dalam keadaan baik atau berfungsi. 1.4.4 Lantai Pegawai, kakitangan, pelajar dan kontraktor hendaklah memastikan permukaan lantai tempat kerja sentiasa dalam keadaan selamat, bersih dan kemas. 1.4.5 Bangunan Ketua Jabatan / Unit / Kontraktor hendaklah memastikan bangunan yang diduduki selamat dan kondusif di premis masing-masing. Pekerja, pelajar dan kontraktor hendaklah memastikan: a. Permukaan dinding tempat kerja dalam keadaan bersih, sebarang bahan yang hendak digantung/ditampal/dilukis perlu mendapatkan kebenaran daripada Ketua Jabatan / Unit; b. Tingkap dalam keadaan bersih; c. Lampu berfungsi dengan baik dan kadar pencerahannya mencukupi; d. Kawasan tangga bersih dan kemas serta pengadang tangan dalam keadaan yang baik.
POLITEKNIK MERLIMAU | Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 40 1.4.6 Mesin, Peralatan Dan Perkakasan Pekerja, pelajar dan kontraktor hendaklah memastikan: a. Mesin, peralatan dan perkakasan berada dalam kedudukan yang tersusun/teratur perlu diletakkan di kawasan yang bersih dan teratur; b. Mesin, peralatan dan perkakasan bersih daripada bahan-bahan yang tidak diperlukan; c. Mesin, peralatan dan perkakasan bersih daripada tumpahan minyak dan gris; d. Kawasan persekitaran mesin, peralatan dan perkakasan bebas daripada sampah-sarap dan bahan-bahan yang tidak diperlukan; e. Pengadang mesin pada kedudukannya dan dalam keadaan yang baik. 1.4.7 Lain-Lain Pekerja, pelajar dan kontraktor hendaklah memastikan: a. Meja dan kerusi kerja bersih dan kemas serta dalam keadaan yang baik; b. Tempat minuman pekerja, pelajar dan kontraktor dalam keadaan bersih (jika ada); c. Kemudahan tandas adalah bersih dan mempunyai pengudaraan yang baik; d. Peti Kecemasan dalam keadaan bersih dan mencukupi. 1.4.8 Pemeriksaan Kebersihan Tempat Kerja a. Ketua Jabatan / Unit hendaklah menjalankan pemeriksaan kebersihan tempat kerja sekurang-kurangnya tiga (3) bulan sekali. b. Ketua Jabatan / Unit hendaklah mengambil tindakan pembetulan bagi laporan tidak memuaskan.
POLITEKNIK MERLIMAU | Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 41 2. PROSEDUR NOTIFIKASI ADUAN, KEMALANGAN, KEMALANGAN NYARIS, KEJADIAN BERBAHAYA, KERACUNAN PEKERJAAN 2.1 Pengenalan Prosedur ini adalah berdasarkan kepada Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pemberitahuan Kemalangan, Kejadian Berbahaya, Keracunan Pekerjaan dan Penyakit Pekerjaan) 2004 di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994. 2.2 Tujuan Peruntukan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 mengkehendaki setiap majikan; a. Menyediakan suatu saluran komunikasi untuk membolehkan mana-mana pekerjanya membuat aduan mengenai apa-apa perkara yang memudaratkan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja; b. Mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas aduan dan kejadian yang tersebut di atas; c. Melaporkan kejadian yang tersebut di atas kepada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia. 2.3 Takrifan Beberapa takrifan berikut adalah berdasarkan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan Akta Kilang dan Jentera 1967. a. Kejadian Berbahaya (Dangerous Occurrence) Mana-mana kejadian di dalam mana-mana kelas yang disenaraikan pada Jadual Pertama Akta Kilang dan Jentera 1967 sebagaimana yang dilampirkan pada LAMPIRAN 1 dan Jadual 2 Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pemberitahuan Mengenai Kemalangan, Kejadian Berbahaya, Keracunan Pekerjaan dan Penyakit Pekerjaan) 2004 pada LAMPIRAN 2.
POLITEKNIK MERLIMAU | Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 42 b. Keracunan Pekerjaan dan Penyakit Pekerjaan (Occupational Poisoning and Diseases) Mana-mana keracunan atau penyakit yang disenaraikan dalam Jadual Ketiga Akta Kilang dan Jentera 1967 sebagaimana yang dilampirkan pada LAMPIRAN 3 dan Jadual 3 Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pemberitahuan Mengenai Kemalangan, Kejadian Berbahaya, Keracunan Pekerjaan dan Penyakit Pekerjaan) 2004 dalam LAMPIRAN 4. c. Kemalangan Nyaris (Near Miss) Apa-apa kemalangan di tempat kerja yang berpotensi untuk menyebabkan kecederaan kepada mana-mana orang atau kerosakan kepada apa-apa harta. d. Kemalangan (Accident) Suatu kejadian yang berbangkit daripada atau berkaitan dengan kerja yang mengakibatkan kecederaan maut atau kecederaan tidak maut. e. Kecederaan Badan yang Serius Apa-apa kecederaan yang disenaraikan dalam Jadual 1 Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pemberitahuan Mengenai Kemalangan, Kejadian Berbahaya, Keracunan Pekerjaan dan Penyakit Pekerjaan) 2004 pada LAMPIRAN 5.
POLITEKNIK MERLIMAU | Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 43 f. Kecederaan Maut Kecederaan yang membawa kepada kematian serta merta atau kematian dalam tempoh satu (1) tahun dari tarikh kemalangan. g. Kecederaan Tidak Maut i. Kecederaan masa hilang yang menghalang seorang pekerja daripada melaksanakan kerja biasa dan membawa kepada ketidakupayaan untuk bekerja secara kekal atau sementara, atau ii. Kecederaan tiada masa hilang jika tiada masa kerja yang hilang selain yang dikehendaki bagi rawatan perubatan. h. Masa Hilang Kehilangan hari yang dikira dari dan termasuk hari mendapat kemalangan berdasarkan hari kalendar.
POLITEKNIK MERLIMAU | Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 44 2.4 PENYIASATAN INSIDEN Prosedur menyiasat kemalangan, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan atau penyakit pekerjaan yang berlaku di PMM adalah seperti berikut dan diperincikan pada LAMPIRAN 6; a. Pemberitahuan Insiden kepada Ketua Jabatan b. Penerimaan aduan/ pemberitahuan oleh Setiausaha JKKP-induk c. Perekodan aduan/ pemberitahuan insiden oleh Setiausaha JKKP- Induk d. JKKP-Induk menjalankan siasatan insiden e. Laporan siasatan diserahkan kepada Ketua Jabatan dan Wakil Pengurusan KKP f. Laporan siasatan dibentang di Mesyuarat JKKP- Induk g. Membincangkan hasil laporan siasatan dan menentukan tindakan h. Cadangan tindakan penambahbaikan dimaklumkan dan dilaksanakan i. Menghantar laporan kepada PKKP PMM 2.5 PENUTUP Prosedur ini akan dikemaskinikan semula berdasarkan kepada Peraturan Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pemberitahuan Kemalangan Kejadian Berbahaya, Keracunan Pekerjaan dan Penyakit Pekerjaan) atau Prosedur PMM yang berkaitan atau apabila diperlukan.
POLITEKNIK MERLIMAU | Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 45 3.1 Objektif 3. PROSEDUR KECEMASAN KEBAKARAN DAN PENGUNGSIAN BANGUNAN a. Menjelaskan langkah-langkah semasa tindakan kecemasan kebakaran dan pengungsian bangunan yang berkesan bagi tujuan mengatasi semua jenis kemalangan yang mungkin berlaku di PMM; b. Meminimumkan kesan kemalangan ke atas manusia dan harta benda di dalam dan luar kawasan PMM; c. Memusatkan kecemasan di dalam kawasan PMM atau jika boleh membasminya; dan d. Memenuhi keperluan undang-undang negara. 3.2 Skop Prosedur ini hendaklah digunapakai semasa tindakan kecemasan kebakaran dan pengungsian bangunan dijalankan di PMM. 3.3 Tanggungjawab a. Semua J/U hendaklah menubuhkan Pasukan Kecemasan (Emergency Respone Team) di J/U masing-masing; b. Semua pekerja, pelajar, kontraktor, pelawat dan pelatih hendaklah bertanggungjawab melaksanakan tindakan kecemasan kebakaran dan pengungsian bangunan; 3.4 Terminologi a. Ketua Insiden Ketua Jabatan / Unit bertanggungjawab sebagai Ketua Insiden. Peranan Ketua Insiden adalah sebagai Ketua dikalangan ketua Lantai dalam membuat atau melaksanakan sesuatu keputusan atau tindakan. Ketua J/U perlu mengenalpasti lokasi bersesuaian untuk dijadikan kawasan berkumpul yang selamat (Assembly Point).
POLITEKNIK MERLIMAU | Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 46 b. Ketua Lantai Ketua Lantai merupakan kakitangan PMM yang secara umumnya bertanggungjawab terhadap aktiviti keselamatan dan kesihatan pekerja serta kecemasan di zon masing-masing. Perlantikan dibuat oleh Ketua Jabatan / Unit masing- masing. Setiap aras bangunan perlu ada sekurang-kurangnya seorang Ketua Lantai. Ketua Lantai yang dilantik mestilah kakitangan yang bertugas di aras tersebut. Bilangannya boleh lebih dari seorang bergantung kepada keluasan kawasan dan keperluan. 3.5 Prosedur Am a. Kebakaran boleh berlaku di mana-mana sahaja di dalam satu-satu bangunan tanpa mengira masa. Oleh yang demikian, adalah wajar setiap pekerja/pelajar/pelawat/kontraktor mengetahui tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku kebakaran. Semua pekerja /pelajar/kontraktor/pelawat adalah diingatkan supaya bertindak dengan tenang, jangan cemas apabila menghadapi keadaan begini. b. Prosedur ini menerangkan beberapa tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku kecemasan kebakaran dan tindakan pengungsian bangunan. Satu salinan hendaklah di pamerkan di papan kenyataan di semua bangunan. 3.5.1 Tindakan Apabila Berlaku Kebakaran Tindakan berikut boleh dijadikan prosedur tetap dan garis panduan apabila berlaku kebakaran. a. Kebakaran Kecil: i. Padamkan kebakaran menggunakan alat pemadam api yang sesuai b. Kebakaran Peringkat Mencemaskan i. Bertenang untuk mengelakkan membuat tindakan yang salah ii. Telefon: Jabatan Bomba dan Penyelamat: 999 Ketua Jabatan / Unit masing- masing
POLITEKNIK MERLIMAU | Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 47 iii. Aktifkan Loceng kecemasan kebakaran dengan memecahkan alat pecah kaca “Break Glass” iv. Seterusnya ikuti prosedur pengungsian bangunan.
POLITEKNIK MERLIMAU | Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 48 4. PROSEDUR PENGUNGSIAN BANGUNAN a. Sesiapapun tidak dibenarkan memasuki bangunan apabila loceng kecemasan dibunyikan. b. Memberitahu Ketua Insiden/ Ketua Lantai yang bertugas di Jabatan / Unit atau menghubungi Ketua Jabatan c. Keluar Menyelamatkan Diri Semua pekerja/pelajar/kontraktor/pembekal/pelawat hendaklah keluar daripada bangunan dan berkumpul di Tempat Berkumpul yang disediakan di setiap Jabatan / Unit. d. Panggilan Baris (Roll Call) Semua pekerja/ pelajar/ kontraktor/ pembekal/ pelawat adalah bertanggungjawab melaksanakan panggilan baris (roll-call) di Tempat Berkumpul dengan segera apabila mendengar isyarat kebakaran. e. Memadam Kebakaran Ketua Insiden/Ketua Lantai dan kakitangan yang terlatih di Jabatan / Unit sahaja dibenarkan untuk memadamkan kebakaran supaya ianya dapat dikawal. PERHATIAN: Jika anda memerlukan PANGGILAN KECEMASAN, sila dail 999. Sila rujuk pelan kecemasan/pelan lantai bangunan dan prosedur kebakaran di mana anda menjalankan tugas. Bangunan adalah berbeza di antara satu dengan lain dan ia mungkin memerlukan tindakan kecemasan yang berbeza.
POLITEKNIK MERLIMAU | Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 49 PERINGATAN: Apabila kedengaran loceng kebakaran berbunyi sebagai isyarat berlaku kebakaran, semua pekerja/pelajar/kontraktor/pelawat hendaklah: a. Menghentikan semua kerja serta merta; b. Hentikan semua mesin; c. Matikan semua punca kuasa elektrik; d. Tutup gas atau lain-lain bahan yang mudah terbakar dari terdedah; e. Tutup semua tingkap dan pintu. Keluar melalui lorong jalan yang mudah dan selamat. Jika Pintu rintangan api panas, biarkan ia tertutup dan gunakan laluan lain; f. Gunakan tangga kecemasan; g. Berjalan dengan tenang dan teratur; h. Berjalan menuju ke tempat berkumpul dan tinggalkan barangbarang yang tidak berkenaan; i. Elakkan dari bersembunyi atau berlindung di dalam tandas, stor atau bilik; j. Berikan kerjasama dan ikut arahan Ketua Insiden/Ketua Lantai; k. Berkumpul di tempat yang selamat seperti yang telah ditetapkan. 4.1 Tindakan Ketua-Ketua Lantai a. Menyiasat tempat kebakaran. b. Bunyikan penggera kecemasan atau “wisel” (jika “alarm” automatik tidak berbunyi). c. Sekiranya kebakaran berlaku di peringkat awal dan tidak mengancamkeselamatan diri, padamkan segera. d. Jika didapati kebakaran tersebut telah merebak dan ada penghuni di bangunan tersebut, beri arahan pengungsian bangunan. e. Arahkan semua pekerja/pelajar/kontraktor/pelawat keluar melalui pintu kecemasan sahaja. f. Arahkan pekerja/pelajar/kontraktor/pelawat menutup pintu-pintu dan tingkap. g. Arahkan pekerja/pelajar/kontraktor/pelawat berkumpul di Tempat Berkumpul yang telah ditetapkan. h. Hubungi pegawai yang bertugas di Bahagian Keselamatan PMM untuk bantuan. Jika perlu hubungi Jabatan BOMBA DAN PENYELAMAT secara terus. i. Matikan semua suis elektrik.
POLITEKNIK MERLIMAU | Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 50 j. Membuat panggilan baris (roll-call) bagi pekerja/pelajar/kontraktor/pelawat di bawah kawalan masing-masing. k. Jangan benarkan sesiapa pun masuk ke bangunan tersebut melainkan yang berkenaan sahaja. 4.2 Tindakan Ketua Insiden a. Hubungi pihak BOMBA sebaik sahaja mendapat maklumat daripada Ketua Lantai. b. Sediakan alat pemadam api di premis masing-masing (pastikan ia sentiasa diselenggara) c. Mengenalpasti lokasi pili bomba. d. Arahkan Ketua Lantai memadam kebakaran sebelum pihak Bomba dan Penyelamat tiba. e. Arahkan Ketua Lantai untuk mengawal keadaan lalulintas bagi memudahkan pihak Bomba dan Penyelamat masuk. f. Dapatkan maklumat tentang panggilan baris (roll-call) sekiranya ada yang tertinggal di dalam bangunan. g. Memberi maklumat kepada Pegawai Bomba dan Penyelamat keadaan semasa. h. Bekerjasama dengan anggota BOMBA dalam segala aspek. i. Hubungi pihak ambulans bersiap sedia di satu lokasi. 4.3 Panduan Menyelamatkan Diri Semasa Kebakaran (Asap) 4.3.1 Tindakan Jika Terperangkap Di Dalam Asap Di dalam sesuatu kebakaran, asap merupakan ancaman kerana ia bergerak mendahului api, panas, menyesakkan pernafasan serta beracun dan boleh menyekat jalan menyelamatkan diri dari kebakaran. Sebagai panduan menyelamatkan diri dari kebakaran asap, perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian: a. Bertenang, sabar dan berfikir. Panik atau kelam kabut boleh mengakibatkan anda bertindak dengan cara yang salah. b. Sila pastikan keadaan pintu sebelum dibuka. Sekiranya panas biarkan ianya tertutup dan cari jalan lain untuk menyelamatkan diri. c. Bergerak keluar ke tempat selamat dengan merangkak sambil bernafas pendek-pendek melalui hidung. d. Jika perlu, tutup hidung dengan tuala atau kain basah.
POLITEKNIK MERLIMAU | Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 51 e. Gunakan belakang tapak tangan untuk meraba jalan menyusur dinding hingga ke pintu keluar yang selamat. 4.3.2 Tindakan Jika Terperangkap Di Dalam Bangunan Terbakar Jika anda terperangkap di dalam bangunan yang terbakar, perkara berikut hendaklah dipatuhi: a. Tutup semua pintu di antara anda dengan api untuk menghalang kemerebakan api dengan cepat. b. Sumbat semua celahan pintu dan lubang angin dengan menggunakan kain atau sebagainya bagi mengurangkan asap dan bahang. c. Pergi ke tingkap untuk meminta bantuan dengan mengibarkan kain yang berwarna cerah atau lampu picit. d. Jangan terjun dari tingkap, tunggu pasukan Bomba dan Penyelamat tiba.
POLITEKNIK MERLIMAU | Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 52 5. PROSEDUR PERTOLONGAN CEMAS (BANTU MULA) 5.1 Objektif Objektif prosedur ini adalah untuk: a. Menjelaskan langkah-langkah tindakan semasa berlakunya kemalangan atau keadaan kecemasan di Jabatan / Unit PMM. b. Memberikan bantuan awal kecemasan kepada mangsa kemalangan atau keadaan kecemasan sebelum ketibaan pasukan perubatan. c. Menyelamatkan nyawa, mengurangkan kesakitan, mengelakkan mangsa kemalangan menjadi lebih teruk serta mendapatkan pertolongan profesional atau pemindahan ke hospital. d. Memenuhi kehendak undang-undang yang disyaratkan dalam Akta dan Peraturan yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. 5.2 Skop Prosedur ini hendaklah digunapakai semasa menghadapi kemalangan atau keadaan kecemasan dan memberikan bantuan awal kecemasan di PMM. 5.3 Tanggungjawab a. Semua pekerja, pelajar, kontraktor dan pelawat hendaklah bertanggungjawab melaksanakan prosedur ini ketika menghadapi kemalangan atau keadaan kecemasan. b. Penolong cemas (Ahli Bantu Mula) yang kompeten di Jabatan / Unit hendaklah bertanggungjawab memberikan bantuan awal kecemasan kepada mangsa kemalangan atau keadaan kecemasan. 5.4 Prosedur Am a. Prosedur ini menerangkan beberapa tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku keadaan kecemasan. b. Semua anggota Unit Pertolongan Cemas (Bantu Mula) PMM hendaklah memberikan bantuan awal kecemasan kepada semua mangsa kemalangan atau keadaan kecemasan yang berlaku di Jabatan / Unit.
POLITEKNIK MERLIMAU | Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 53 c. Ketua Unit Pertolongan Cemas hendaklah mempamerkan satu salinan prosedurini serta SENARAI NAMA PENOLONG CEMAS (Ahli Bantu Mula) di semua Jabatan / Unit. 5.4.1 Kelayakan Penolong Cemas (Ahli Bantu Mula) a. Kelayakan bagi pelantikan seorang Ahli Bantu Mula hendaklah sekurangkurangnya telah menghadiri dan lulus Kursus Pertolongan Cemas Asas dan CPR dari mana-mana organisasi yang diiktiraf oleh kerajaan. b. Ketua Unit Pertolongan Cemas PMM hendaklah merancang dan menjalankan Kursus Ulangkaji (Refresh Course) Kursus Pertolongan Cemas Asas dan CPR kepada semua anggota Unit Pertolongan Cemas sekurang-kurangnya dua (2) tahun sekali. 5.4.2 Peti Pertolongan Cemas a. Penolong Cemas (Ahli Bantu Mula) Jabatan / Unit adalah bertanggunjawab memastikan Peti Pertolongan Cemas ditempatkan di semua premis di dalam kawasan Jabatan / Unit. b. Penolong Cemas (Ahli Bantu Mula) Jabatan / Unit adalah bertanggungjawab memastikan perkakasan dan ubat-ubatan di dalam Peti Pertolongan Cemas sentiasa mencukupi dan dikemaskini setiap masa (rujuk Lampiran 8 dan 9). c. Pekerja/pelajar/kontraktor hendaklah menjaga dan tidak menyalahgunakan perkakasan dan ubat-ubatan di dalam Peti Pertolongan Cemas yang disediakan.
POLITEKNIK MERLIMAU | Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 54 5.4.3 Kemudahan Dan Peralatan Pertolongan Cemas Ketua Jabatan / Unit bertanggungjawab menyediakan kemudahan dan peralatan pertolongan cemas. Pekerja/pelajar/kontraktor hendaklah menjaga dan tidak menyalahgunakan semua kemudahan dan peralatan pertolongan cemas yang disediakan. 5.4.4 Penyelenggaraan Kemudahan Dan Peralatan Pertolongan Cemas Ketua Penolong Cemas (Ahli Bantu Mula) Jabatan / Unit adalah bertanggungjawab merancang aktiviti penyelenggaraan kemudahan dan peralatan pertolongan cemas. Penolong Cemas (Ahli Bantu Mula) hendaklah menyelenggara semua kemudahan dan peralatan pertolongan cemas.
POLITEKNIK MERLIMAU | Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 55 BAHAGIAN IV GARIS PANDUAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN
POLITEKNIK MERLIMAU | Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 56 1. GARIS PANDUAN PELAKSANAAN JKKP-J/U (JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN PERINGKAT JABATAN/ UNIT) Panduan ini disediakan berdasarkan Peraturan-peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan) 1996. 1.1 Keanggotaan jawatankuasa a. Pengerusi (Ketua Jabatan / Unit) b. Setiausaha (Pegawai P&P yang diberikuasa) c. Ahli • Wakil Majikan (Ketua Jabatan/ Pengurusan Tertinggi) • Wakil Pekerja (Kakitangan/ Kontraktor/ Pelajar) • Jika 100 pekerja / kurang – sekurang-kurangnya 2 orang wakil bagi setiap majikan (pengurusan) dan pekerja • Jika lebih 100 orang pekerja – sekurang-kurangnya 4 orang wakil bagi setiap majikan (pengurusan) dan pekerja. 1.2 Pelantikan Ahli a. Surat pelantikan perlu ditandatangani oleh Ketua Jabatan / Unit atau wakil majikan dalam tempoh masa tertentu. b. Dinyatakan tugas sebagai Pengerusi, Setiausaha, ahli AJK (wakil majikan dan wakil pekerja). c. Wakil pekerja dan majikan perlulah dapat mewakili pelbagai seksyen/bahagian tempat kerja supaya dapat mengekalkan dan mengembangkan minit dalam membentuk sesuatu keadaan kerja yang selamat dan sihat di tempat kerja. 1.3 Fungsi Jawatankuasa Antara fungsi Jawatankuasa ini adalah seperti berikut: a. Memeriksa tempat kerja secara berkala (3 bulan sekali). b. Melaporkan dan membincangkan sebarang keadaan tidak selamat, kemalangan, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan dan penyakit pekerjaan. c. Memeriksa dan membantu PKKP dalam menyiasat sebarang perkara berkaitan KKP selepas kemalangan, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan dan penyakit pekerjaan yang berlaku di Jabatan / Unit. d. Membuat cadangan pemulihan dan tindakan pembaikan ke atas risiko di tempat