The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SAKINAH BINTI SARIFF (PNM), 2023-10-18 20:16:50

Sari Pustaka Bil.2/2023

Sari Pustaka Bil.2/2023

APABILA BURUNG PULANG PETANG rahmat Allah, Siti amat mementingkan keharmonian hubungan seorang anak terhadap seorang ibu. Syurga dibawah tapak kaki seorang ibu. Pengorbanan seorang ibu yang miskin sanggup menebal muka berhutang bagi mendapatkan sebuah mesin jahit bagi membantu anak mencapai kejayaan. Mariam berasa sangat sedih apabila suaminya meninggal dunia dan perlu menggalas tugas untuk mencari rezeki demi untuk membesarkan Fatin. Fatin seorang anak yang sangat baik dan mempunyai hati yang waja tidak pernah merungut dengan ketidaksempurnaan kehidupannya seperti rakan sebaya. Dengan anugerah yang diberikan Fatin mempunyai kemahiran dan kepandaian dalam menjahit. Seni jahitannya sangat baik sehinggakan ketidakmampuan ibunya menyediakan mesin jahit, Fatin mengambil jalan keluar dengan menjahit dengan menggunakan tangannya sendiri dan hasilnya sangat baik dan diakui oleh ibunya dan guru Fatin. Namun rezekinya amat baik apabila Allah hadirkan seorang lelaki iaitu Tuan Zainal, majikan ibunya untuk menghadiahkan Fatin sebuah mesin jahitan. SARI PUSTAKA BIL. 2 / 2023 51 Siti, seorang janda dan mempunyai seorang anak ditinggal oleh suami bertindakuntuk melupakan kisah silamnya dengan menumpukan kehidupannya untuk membesarkan anaknya Miza. Walaupun Saiful seorang yang baik dan ikhlas mencintai Siti,namun Siti bertindak untuk tidak terus memberikan harapan apabila Siti mengetahui hubungan mereka tidak mendapat restu ibu Saiful. Siti tidak sanggup untuk melalui perkara yang sama dari perkahwinan yang lalu. Bagi mendapatkan keredhaan dan Namun tindakan Darwis yang senantiasa memanjakan Salimah menjadikan Salimah Samad bersikap angkuh dan hanya mementingkan kekayaan. Salimah Samad tidak pernah melakukan kerja harian seorang isteri menjadikan Salimah Samad bertindak meninggalkan Darwis apabila Dawis sakit dan jatuh miskin. Namun tindakan Salimah Samad memakan dirinya sendiri apabila Salimah Samad digambarkan menjadi seorang tua hodoh yang senantiasa berkeliaran di seluruh kampung mencari Darwis yang telah meninggal dunia.


APABILA BURUNG PULANG PETANG Seorang isteri sanggup berkorban demi melihat suami tercinta berjaya walaupun dirinya terpaksa menempuh cabaran membesarkan anak dan keluarga. Namun konflik berlaku apabila Ita menyatakan hasrat untuk menyambung pelajaran ke tahap yang lebih tinggi apabila anakanaknya telah besar dan suaminya telah menjawat jawatan tinggi. Namun suaminya tidak mengizinkan dan menyokong citacita Ita. Berkat doa Ita dan kesungguhannya menyedarkan suaminya akan tindakannya dan peranannya seorang suami dan seorang lelaki. Isu kekeluargaan diketengahkan melalui watak Umar yang dijaga oleh atuknya di kampung disebabkan keluarganya yang sibuk menjalankan perniagaan di luar negeri. Umar digambarkan seorang cucu yang sangat patuh dengan datuknya dan dibela dengan penuh kasih sayang yang berpandu ajaran Islam. Kekurangan dari segi pendidikan membuatkan Umar senantiasa merasa rendah diri dan kurang menjadi pilihan wanita. Namun Allah lebih mengetahui akan jodoh, rezeki dan kematian umatnya. Karakter dan ilmu agama yang ada kepada Umar telah menarik hati seorang perempuan, Aisyah yang berpelajaran tinggi dan akhirnya membawa mereka ke jinjang pelamin dan senantiasa berusaha ke arah rumahtangga sakinah. Disediakan oleh : Rohaizah Mohd Rafee Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pinjaman Perpustakaan Negara Malaysia SARI PUSTAKA BIL. 2 / 2023 52


PERSONALITI PESONA esona personaliti membawa kita mengenal konsep self-help yang dapat membantu kita lebih fokus untuk mengenal kelebihan diri dan mengubah sikap ke arah Muna ’Izzah Fadzil. Pesona Personaliti: Seni Mengenal Diri dan Mengubah Peribadi. Selangor.: Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd., 2023. SARI PUSTAKA BIL. 2 / 2023 53 kebaikan dengan teknik-teknik yang diberikan secara praktikal. Penulis buku ini menggarapkan pengalaman hidupnya sendiri berdasarkan pengalaman, pembacaan, pembelajaran, pengetahuan dan penelitian beliau terhadap keadaan sekeliling menarik perhatian saya untuk meneroka lebih lanjut tentang kandungan buku ini.


PESONA PERSONALITI Ibarat dunia yang sentiasa berubah, hidup kita juga harus lebih baik daripada sebelumnya. Ia seperti rumah yang sering diubah suai dan ditambah baik sehingga menjadi cantik dan menerujakan. Adakah kita seorang introvert atau ekstrovert? Bagaimana untuk mengimbangkannya? Atau wujudkah sikap lama kita yang perlu diubah dan bagaimana mahu memulakannya? Penulis telah memulakan persoalan tentang siapakah kita wanita yang membawa pembaca untuk menilai kembali kewujudan kita dan apakah tanggungjawab kita yang perlu dilaksanakan. Fokus utama penulisan adalah mengenai personaliti wanita yang sering dikaitkan dengan kelemahan dan tidak berkuasa. Wanita sering kali dianggap suka menyerah kalah dan tidak mampu membuat keputusan dengan betul dan tepat. Namun sejarah telah memperkenalkan kita kepada tokoh bernama Khadijah binti Khuwailid, Aishah Abu Bakar, Rabiatul Adawiyah, Balqis dan banyak lagi wanita yang mempunyai kekuatan personaliti, cara berfikir yang bijaksana dan menyumbang kepada sesuatu kejayaan. Tokoh-tokoh wanita ini bukan menggunakan kecantikan fizikal sebagai alat untuk berjaya kerana mereka memiliki kekuatan fikiran, kecerdasan akal fikiran, kebijaksanaan menjalankan tugas dan membuat keputusan sama dengan kaum lelaki. SARI PUSTAKA BIL. 2 / 2023 54 Fokus utama penulisan adalah mengenai personaliti wanita yang sering dikaitkan dengan kelemahan dan tidak berkuasa.


PESONA PERSONALITI Paling menyakinkan kita, pemahaman tentang imej dan personaliti adalah saling berkait rapat dan boleh dizahirkan melalui tindakan. Cara pemikiran, cara pemakaian dan perwatakan seseorang boleh mempengaruhi keyakinan seseorang terhadap individu lain. Turut disediakan dalam buku ini ialah latihan dan kuiz personaliti yang membantu kita mengenal diri bagi mengubah peribadi dengan teknik yang betul dalam membentuk imej dan personaliti cemerlang. Personaliti bukan hanya mengikut acuan kita sahaja tetapi memerlukan pandangan orang terhadap kita. Personaliti perlu diubah apabila sukar menyesuaikan diri dalam keadaan tertentu sehingga kita disukai dan dihormati. Persoalan yang akan timbul diminda kita adalah bagaimana hendak menjadi baik, mudahkah kita menjadi seorang SARI PUSTAKA BIL. 2 / 2023 55 Fasa mengenal diri adalah proses memantapkan kekuatan dan memperbaiki kelemahan, akan menyerlahkan potensi diri melalui kekuatan yang sedia ada. Saya amat tertarik dengan kata-kata ‘Peduli itu cinta, tidak peduli itu malapetaka’. Ia mendidik kita agar sentiasa bersikap peduli dan mengambil berat terhadap orang lain kerana kita hidup dalam masyarakat yang saling bergantungan antara satu sama lain. Kita juga mahu jadi orang yang dihormati dan disayangi perlu terlebih dahulu menghormati dan menyayangi orang lain. Bagi mengekalkan personaliti yang disukai secara umum, kita perlu membentuk personaliti yang bersesuaian bukan menganggap personaliti itu hanya anugerah. yang berkelakuan baik bagi menjaga persepsi orang terhadap kita? Penulis memahamkan kita bahawa penilaian secara fizikal atau pandangan mata kasar tidak boleh meneka perangai dan sikap seseorang. Perlu mengubah sikap lama kepada sikap baharu sekiranya mendatangkan kebaikan. Langkah pertama perlu diambil mengikut kemampuan kita, menjadi diri sendiri bukan membandingkan dengan orang lain, jangan bertangguh untuk melakukan perkara yang betul dan perlu melakukannya secara konsisten.


PESONA PERSONALITI Melalui buku ini, penulis membantu pembaca untuk mengubah sikap dan peribadi menjadi lebih baik secara praktikal. Bahasa yang digunakan adalah jelas dan mudah difahami membuatkan pembaca merasa selesa dan berminat untuk meneruskan pembacaan. Buku ini amat relevan untuk dibaca oleh semua golongan bagi membentuk personaliti yang baik dan mengubah personaliti ke arah kebaikan dan akhirnya menjadi inspirasi dan mendorong orang lain melakukan perkara yang sama. Membaca ke muka akhir buku ini adalah tindakan wajar yang perlu dibuat bagi memulakan langkah pertama untuk mengubah dan memantapkan personaliti kita. Perubahan yang akan dibuat sudah semestinya menempuhi onak dan duri yang mungkin memerlukan ketabahan dalam melalui proses perubahan tersebut. Segarkan niat agar sentiasa di landasan yang betul dan terus mencuba sehingga ke garisan kejayaan, ayuh sama-sama melakukan perubahan diri ke arah personaliti yang dihormati. Disediakan oleh : Rosliza binti Ismail Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Projek Digital Perpustakaan Negara Malaysia SARI PUSTAKA BIL. 2 / 2023 56


PENDAMPING SETIA RASULULLAH UMMU SALAMAH: “Baik abang,” kata Ummu Salamah yang taat. Beliau isteri solehah, tidak akan suka membantah kata-kata suaminya. Apatah lagi apabila perintah itu keluar daripada bibir Rasulullah SAW yang pasti juga wahyu daripada Allah SWT. Abdul Latip Talib. Ummu Salamah : Pendamping Setia Rasulullah. Negeri Sembilan: Latip dan Keluarga Enterprise, 2022. Ummu Salamah juga memenuhi masanya dengan mendidik anakanaknya cara menunaikan solat dengan sempurna, dengan khusyuk dan tawaduk. Biar anak-anaknya masih belum mengerti. Beliau menekankan bahawa solat itu ialah doa dan puji memuji. SARI PUSTAKA BIL. 2 / 2023 57


UMMU SALAMAH: PENDAMPING SETIA RASULULLAH Saya tertarik melihat kepada ilustrasi kulit hadapan buku ini yang menggambarkan seorang wanita lengkap perpakaian yang menutup aurat iaitu jubah dan tudung labuh sedang membaca naskhah al-Quran sambil memegang biji tasbih di sebelah tangan kanannya. Gambar ini melambangkan seorang wanita muslimah sedang beribadat. Mantap, isi padat dan penyampaian yang ringkas serta sarat dengan pengajaran adalah tanggapan pertama saya sesudah selesai membaca buku ini. Suaminya bukanlah orang biasa. Ibu Abdullah bin Asad adalah ibu saudara Nabi Muhammad SAW dan beliau juga adalah saudara susuan nabi. Panggilan Islam disambut suaminya tanpa ragu dan disahut pula isteri tercinta. Ujian demi ujian, tidak mematahkan rasa cinta sesama insan, apatah cinta pada Allah SWT dan rasul. Perpisahan abadi kedua mereka dipegang Ummu Salamah penuh sabar dan reda. Buku ini mengisahkan perjalanan kehidupan seorang tokoh Islam iaitu Ummu Salamah pada zaman Nabi Muhammad SAW. Ia adalah naskhah hebat daripada Abdul Latif Talib. Naskhah ini dibahagikan kepada 22 bab yang mempunyai tajuk-tajuk kecil. Buku ini menceritakan mengenai kelahiran Hindun binti Hudzaifah (Abu Umayyah) dalam keluarga terhormat yang berasal dari Bani Makhzum. Kehidupannya penuh limpahan kasih sayang, terutamanya dari ayahnya sendiri, Abu Umayyah, salah seorang pemimpin Quraisy yang terkenal dengan sifat pemurah dan dermawan. Kehidupannya terjaga, bertemu jodoh pula dengan Abdullah bin Abdul Asad. Kasih sayang dibaja sepanjang masa, melahir cinta tiada kesudahan. Kelahiran Salamah, anak sulung mereka, kedua-duanya dipanggil pula Ummu Salamah dan Abu Salamah. SARI PUSTAKA BIL. 2 / 2023 58 Dari Abdullah bin Amr, Rasulullah bersabda yang bermaksud, ‘Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah isteri yang solehah.


Menariknya tentang buku ini, pembaca boleh mengetahui kisah sirah zaman Nabi Muhammad SAW bersama para sahabatnya yang hebat. Contohnya bab yang menceritakan tentang Perang Badar, saranan di Hudaibiyah dan banyak lagi. Sayang dan cinta suaminya, mendoakan sekiranya beliau pergi dahulu, penggantinya nanti lebih baik dan mulia darinya. Sesungguhnya pergantungan pada Allah SWT, Ummu Salamah yang ditinggalkan bersama empat orang anaknya akhirnya dipinang sendiri oleh penghulu segala umat manusia iaitu Nabi Muhammad SAW pengganti terbaik yang didoakan arwah suaminya. Yang sepanjang hayat nabi, berdamping di sisi nabi, mencurah pendapat dan sokongan tanpa jemu. Yang seluruh hidupnya disemadikan hanya untuk Allah SWT dan rasul. Membaca hingga ke muka surat akhir buku ini, membuatkan perasaan kita sentiasa tersentuh dengan sifat dan akhlak Ummu Salamah. Bacalah buku ini dengan minda dan hati terbuka serta berazam untuk mencontohi akhlaknya yang baik seperti kesetiaan isteri solehah, melebihkan urusan akhirat, pendamping suami mencurah kebijaksanaan, kesabaran yang tinggi menghadapi ujian dan pergantungan hanya pada Allah SWT. Disediakan oleh : Shahril bin Md Radzila Penolong Pengarah Bahagian Pembinaan Koleksi Perpustakaan Negara Malaysia UMMU SALAMAH: PENDAMPING SETIA RASULULLAH Menyelak bab demi bab buku ini, penulis bijak menyusun kesinambungan isi penting mengenai ketokohan dan akhlak Ummu Salamah sebagai pendamping setia Rasulullah SAW. SARI PUSTAKA BIL. 2 / 2023 59


39 KISAH TENTANG BUKU RAK BUKU RUANG TAMU: ak Buku Ruang Tamu : 39 Kisah Tentang Buku adalah sebuah kompilasi karya-karya penulis yang menggunakan rak dan buku untuk dijadikan topik Zalila Isa, Norsa’adah Ahmad dan Noor Hayati Yasmin. Rak Buku Ruang Tamu : 39 Kisah Tentang Buku.Johor.: Dua Penulis PLT,2022. SARI PUSTAKA BIL. 2 / 2023 60 dalam karya yang dihasilkan. Olahan jalan cerita dari pelbagai sudut kehidupan, lokasi, latar belakang, watak dalam setiap cerita yang digarap akan membawa pembaca mengimbau nostalgia kenangan bersama rak dan buku.


Polemik untuk menjadikan buku sebagai satu punca isu peradaban masyarakat masa kini amatlah tidak relevan. Ini kerana nilai setiap maklumat dalam bukubuku memberikan cambahan idea yang berbeza kepada para pemikir dan pelaksana dalam menjadikan kehidupan masa kini sejajar dengan peredaran zaman. Jika maklumat disalah gunakan oleh pihak yang mempunyai agenda tersendiri, ianya akan menyebabkan ledakan beritaberita palsu dengan mengambil petikan dalam buku-buku digunakan untuk menjatuhkan pihak lain. Buku juga merupakan wadah komunikasi kita kepada orang luar dimana penyebaran maklumat di dalam buku-buku yang diterbitkan akan membantu kita untuk menyampaikan hasrat kita kepada orang luar tentang perihal buah fikiran yang kita ingin sampaikan. Bila direnung kembali kenangan kita bersama dengan rak dan buku, pastinya akan mengingatkan kita pada sebuah tempat yang mempunyai kedua-dua elemen iaitu perpustakaan. Kenangan di perpustakaan menyimpan seribu memori samada suka ataupun duka. Perpustakaan merupakan gedung ilmu yang menyimpan pelbagai khazanah ilmu dan pengetahuan yang membantu kita untuk meneruskan kehidupan ini. Namun kini, trend meletakkan buku di atas rak di ruang tamu selain di perpustakaan menceritakan sisi positif dan negatif pemiliknya. Walaupun dikaitkan dengan gaya hidup seseorang, ianya tidak menggambarkan langsung status pemiliknya. Sesiapa pun boleh meletakkan rak buku di ruang tamu dan bahan bacaan yang diletakkan merupakan bahan bacaan pelbagai topik. RAK BUKU RUANG TAMU: 39 KISAH TENTANG BUKU SARI PUSTAKA BIL. 2 / 2023 61


Saya membaca salah satu karya yang dihasilkan dan saya boleh katakan apa yang diceritakan oleh penulis itu sebenarnya ada berkait rapat dengan situasi yang pernah saya alami. Penulis sebenarnya ingin mengajak para pembaca agar menerap amalan membaca dalam kehidupan mereka. Buku yang selama ini menjadi sumber untuk kita mempelajari dan mendapatkan pengetahuan tidak harus dipinggirkan kerana bukubuku ini tinggi nilainya kepada masa kini dan masa hadapan. Perihal rak dan buku yang diceritakan dalam karya ini memaparkan bagaimana situasi masyarakat pada masa kini semakin meminggirkan kehebatan buku dan menjadikan rak buku di ruang tamu sebagai satu penanda aras kebijaksanaan seseorang itu. Buku-buku yang diletakkan sekadar hiasan dan menjadikan nilai buku tidak dapat dinyatakan dan akhirnya buku tersebut diselimuti habuk dan akhir hayatnya akan disimpan dalam kotak ataupun dibuang. Perihal rak dan buku yang diceritakan dalam karya ini memaparkan bagaimana situasi masyarakat pada masa kini semakin meminggirkan kehebatan buku dan menjadikan rak buku di ruang tamu sebagai satu penanda aras kebijaksanaan seseorang itu. RAK BUKU RUANG TAMU: 39 KISAH TENTANG BUKU SARI PUSTAKA BIL. 2 / 2023 62 Watak-watak yang diceritakan dalam setiap helaian karya menceritakan bagaimana cintanya penulis kepada buku dan penggunaan rak merupakan satu lokasi tempat meletakkan bukubuku untuk dibaca dan dirujuk. Situasi penceritaan yang berbeza pada setiap karya namun dua elemen ini menjadikan setiap cerita itu seperti dekat dengan kita.


menghargai dan mencintai buku seterusnya isi pembacaan akan menjadikan kita sebagai seorang masyarakat yang bijak. Dengan pelbagai promosi membaca yang telah dijalankan diseluruh negara, kita perlulah bersatu padu tanpa mengira latar belakang, kaum dan bangsa dalam menjadikan amalan membaca ini menjadi kegiatan yang penting supaya negara kita maju, berkualiti dan harmoni. Lukisan yang dipaparkan di muka depan buku juga menggambarkan betapa para penulis ini amat menyintai buku dan disebabkan kecintaan terhadap buku, mereka berjaya menghasilkan karya mengikut imaginasi dan pengalaman mereka dengan lebih berkesan dan memberi impak kepada pembaca. Disediakan oleh : Azfaradila binti Zainal Abidin Penolong Pengarah Bahagian Gerakan Literasi Maklumat Perpustakaan Negara Malaysia RAK BUKU RUANG TAMU: 39 KISAH TENTANG BUKU SARI PUSTAKA BIL. 2 / 2023 63 Begitulah penceritaan hubung kait rak dan buku yang diceritakan oleh penulis-penulis dalam buku ini. Kuasa membaca itu menjadi semakin berkurangan akibat tidak dititik beratkan dalam masyarakat kerana taksub dengan pelbagai gajet dan media sosial pada masa kini yang mengabaikan kepentingan membaca dalam kehidupan kita. Buku- buku yang dihasilkan kini juga kurang mendapat tempat masyarakat kerana ledakan perkataanperkataan yang baharu dan tahap pemikiran penulis buku tersebut terlalu berlebihan dengan keadaan sekarang. Seharusnya kita perlu menjaga nilai buku dan menjadikan amalan membaca sebagai rutin wajib agar kita setanding dengan negara lain. Mantap, berkualiti karya yang ditulis dalam buku ini. Para pembaca seharusnya mempunyai satu koleksi buku ini dirumah kerana walaupun sekadar bacaan santai, intipati tersirat dan mesej yang disampaikan dalam buku ini amat penting supaya kita Malaysia Membaca. Bangsa Membaca Bangsa Berjaya


ULASAN BUKU OLEH: WAKIL PENERBIT DI MALAYSIA SARI PUSTAKA BIL. 2 / 2023 64


TAPI TERISTIMEWA ANGAH DICIPTA TIDAK SEMPURNA ‘Angah..maafkan papa sering memukul kamu, kerana ketidaksabaran papa memahami kamu’ Penyesalan, sayu, marah dan benci. Ada bahagian yang aku menulis tanpa aku pikirkan perasaan orang lain, kalau mereka marah, biarlah. Buku memoir ‘ Angah Dicipta Tidak Sempurna Tapi Teristimewa’ ditulis sebagai kenangan aku bersama arwah Angah iaitu Mohamad Nurakhmar Danial yang telah dijemput ilahi pada pukul 03:11 petang 21 September 2021 dalam usia 25 tahun. Mohamad Napi Bin Dollah. Angah Dicipta Tidak Sempurna Tapi Teristimewa. Ampang, Selangor.: Waris Designs Workshop Sdn. Bhd. 2022. SARI PUSTAKA BIL. 2 / 2023 65


ANGAH DICIPTA TIDAK SEMPURNA TAPI TERISTIMEWA Gambar angah di kulit buku diambil empat hari sebelum angah dijemput ilahi. Gambar ini dipilih kerana renungan mata angah yang sayu serta kelihatan sebutir nasi dihujung bibir kanan iaitu nasi terakhir yang angah makan setelah beberapa hari tidak menjamah kerana sakit tekak untuk menelan makanan. Angah juga memegang pensil yang selalu digunakan untuk menconteng dinding (ms 53-54). Angah telah diagnosis sebagai anak kelainan upaya ‘lembam’ tapi diberikan Allah beberapa keistimewaan yang boleh ditaksirkan sebagai ‘karamah’ seperti boleh memanggil bola yang hanyut dibawa arus air (bab 1-ms 8 / bab 7-ms 47- 48), luka yang dianggap parah sembuh dalam masa satu malam (bab 1-ms 12-gambar ms 14) tidak pernah menangis walaupun dipukul dengan teruk, tidak bersunat tapi kelihatan seperti disunatkan. Cerita utama dalam buku ini adalah peristiwa yang meresahkan dalam tempoh masa tiga hari siang dan malam sebelum angah dijemput ilahi. Bermulanya, angah dibawa ke klinik desa di Maran setelah hampir sebulan angah tidak mampu berjalan dan hanya duduk diatas kerusi roda. Di klinik angah disangka terkenajangkitan covid-19. Kemudian dengan menaiki ambulans di bawa ke hospital Temerloh lalu dimasukkan wad kecemasan. Disitu perkataan terakhir yang angah ucapkan adalah ‘tidurrrr, tidurrrr, tidurrr tidurrrr’ sebanyak empat kali dan minuman terakhir angah adalah seteguk air suam yang aku berikan. Keesokan harinya, diawal pagi esok angah dimasukkan di wad Kenanga tingkat 6. Aku dan isteri menanti lobi hospital setelah tidak dibenarkan melawat sambil menunggu detik terakhir nafas angah berhenti. Buku setebal 150 muka surat, menggunakan gaya bahasa yang mudah dengan gambar berwarna. Walau bagaimanapun terdapat gambar yang kurang jelas kerana pengambilan gambar yang tidak dirancang untuk djadikan cerita di dalam buku. Semuanya berlaku secara kebetulan. Diselitkan juga keratan dari facebook bagi menguatkan cengkaman perasaan pembaca terhadap sesuatu peristiwa. SARI PUSTAKA BIL. 2 / 2023 66


ANGAH DICIPTA TIDAK SEMPURNA TAPI TERISTIMEWA Menyelongkar apakah barang permainan dan aktiviti seharian angah?.Secara am barangan permainan angah adalah seperti yang dimiliki oleh kanak-kanak berumur kurang 5 tahun kerana itu adalah cara pemikiranya. Bola plastik adalah teman paling rapat sehinggakan tidur pun angah mahukan bola disisinya. Dalam pada itu angah suka memegang buku Ahmad Ammar walaupun dia tidak tahu membaca. Hanya buku itu dan tidak buku lain. Aktiviti seharian angah adalah pergerakannya keluar rumah yang sukar dihalang dan ini menimbulkan kemarahan seluruh ahli keluarga disebabkan angah selalu tumbang kerana sawan dan tergoleknya dijalanan tidak dipedulikan orang kampung. Angah juga selalu menjadi bahan usikan anak nakal kampung dengan mereka menyanyikan ‘pak mamat ada kebun” dan angah menyambut dengan “eyaii yaii yoo’!!!!. Angah suka menconteng dinding dengan tulisan bulat-bulat yang disusun rapi. Kini tulisan itu menjadi catatan indah paling dekat dengan aku kerana di mana pun dinding terdapat tulisan angah. Walau bagaimana pun angah dikurniakan beberapa sifat terpuji. Dia suka mendengar alunan al-Quran dan lagu berunsur dakwah dari tv dan radio. Sehinggakan tidurnya pun akan ditemani alunan al-Quran dari radio digital yang aku belikan untuknya. Waktu ditidurkan di wad hospital, aku mahukan alunan al-Quran diperdengarkan di telinga angah dan bola berada disisinya dan walaupun sebelum itu berlaku pertentangan pandangan antara aku dan nurse hospital. Jika aku membakar sampah dan mengemas halaman rumah, tanpa disuruh angah akan mengutip sampah dan daun kering di rumah jiran untuk dibakar. Sikap terpuji itu memang tidak dapat dihalang. Keunikan perwatakan angah dijadikan cerita drama televisyen bertajuk ‘Jangan Ganggu Paksu’. Kecintaan angah pada buku Ahmad Ammar aku abadikan dengan kuburan angah. Aku bina kuburan angah seperti kubburan Ahmad Ammar..Alfatihah untuk keduanya. Disediakan oleh : Mohamad Napi Bin Dollah Penulis buku Waris Designs Workshop Sdn. Bhd. SARI PUSTAKA BIL. 2 / 2023 67


KU SEMAN KATA Kata Ku Seman adalah himpunan karya kewartawanan yang dihasilkan dalam tempoh 2018 hingga 2021 sewaktu penulis menjawat jawatan sebagai Pengarang Mingguan Malaysia. Sebanyak 96 buah tulisan sepanjang tempoh berkenaan adalah hasil sudut pandang seorang wartawan terhadap pergolakan sosial dan politik, sama ada dalam dan luar negara. Penulis mengupas isu-isu yang berkaitan kepentingan rakyat terutama golongan bawahan atau marginal. Tidak semuanya isu yang terapung dalam kalangan massa, malah banyak isu yang kelihatan kecil akan tetapi memberi kesan yang besar kepada rakyat. Ku Seman Ku Hussain. Kata Ku Seman. Selangor.: Putih Rona Dagang, 2023. SARI PUSTAKA BIL. 2 / 2023 68


KATA KU SEMAN Buku ini memberi peluang kepada pembaca menyusuri sesuatu yang berlaku dalam masyarakat pada tempoh tertentu. Akan tetapi ini bukan buku mengenai politik parti, sebaliknya cuba membina pemikiran politik matang dalam kalangan rakyat. Bukan sekadar retorik, penulis juga membuktikan betapa perlunya seorang wartawan mengorbankan kepentingan diri demi kebenaran yang diperjuangkannya; kerana bagi beliau wartawan itu adalah seorang pejuang kebenaran, bukan sekadar ayam tambatan yang dimiliki seorang juara laga. Sebagai wartawan yang bergelumang selama hampir empat dekad dalam bidang kewartawanan, penulis menyerap dan memperlihatkan peranan sebenar seorang wartawan. Penulis tidak hanya berperanan sebagai pelapor kejadian atau keluh-kesah rakyat. Hal ini kerana segala tragedi dan kisah tersebut umpama daun kering dari sepohon kayu yang besar yang sakit. Tulisan dalam buku ini membawa pada usaha mengubati pokok yang sakit itu. Menggunakan bahasa yang ringkas dan padat serta mudah difahami pelbagai golongan, tulisan Ku Seman adalah bertujuan merungkai masalah yang menjadi akar, supaya kerja-kerja menyapu dan membersihkan taburan daun yang gugur dari pokok yang sakit itu tidak terus mengambil banyak masa pemimpin dan rakyat memikir dan mempolemikkannya. Dalam karya yang dimuatkan dalam buku ini penulis sentiasa berusaha untuk membetulkan arah kewartawanan supaya tidak mudah dibeli, justeru sentiasa menyentuh seputar kedudukan wartawan dalam kuasa keempat yang sangat penting dalam sesebuah negara. Ia dapat dihadam dari rencana Filem the Post – Wartawan dan fourth estate. Buku ini juga sarat pesanan dalam bentuk lontaran kata-kata motivasi kepada para pelapis agar terus mempertahankan prinsip kewartawanan dan meletakkan tugas wartawan pada suatu kedudukan yang berpengaruh dan dihormati dalam sesebuah negara. SARI PUSTAKA BIL. 2 / 2023 69


Kepekaan penulis membaca tingkah laku manusia juga menjadikan artikel beliau mempunyai penilaian tersendiri terhadap seseorang atau sesuatu, bukan terikut arus semasa dan terpedaya dengan ‘mob mentality’. Sebagaimana kata penulis, “Kedudukan wartawan dianjak ke depan – tidak sahaja sebagai pelapor malah pencerah kebenaran, pemerhati tingkah gerak penguasa dan tanda arah demokrasi. “…Untuk mengukur demokrasi sesebuah negara, ukurlah luas atau sempitnya kuasa pena wartawannya.” Prinsip ini dapat dilihat dalam artikel Zainuddin Maidin – Antara Ketua dan Mentor. Artikel yang dipaparkan juga banyak memberi kritikan sosial dan teguran kepada pemimpin dengan harapan mereka menilai semula tindak-tanduk mereka yang sangat berkepentingan dalam menyantuni warga. Hal ini dapat dilihat melalui artikel bertajuk Pagar Jangan Makan Padi. KATA KU SEMAN Justeru itulah dalam rencana Berdepan Ancaman Materialisme, Konsumerisme, penulis mengingatkan, “Bagaimanapun cash is king tidak benar dalam semua keadaan dan manusianya. Tidak semua jutawan kita berperangai haiwan malah menggunakan sebahagian besar kekayaan untuk membina dan membantu masyarakat. Namun golongan jenis ini tidaklah mempromosi semua kerja-kerja amal di media sosial. Itu kerja selebriti.” Tidak ketinggalan kritikan tajam penulis terhadap isu-isu geopolitik terutama kuasa besar dunia – Amerika Syarikat dan China. Isu yang melibatkan pertikaian di Laut China Selatan dan penjajahan baharu ke atas negara-negara Asia Barat. Malah menyingkap permainan negara-negara pengeluar senjata yang mencipta perang di negara luar Amerika Syarikat. SARI PUSTAKA BIL. 2 / 2023 70


Dalam beberapa tulisannya, penulis sangat cakna dengan rempuhan materislisme dan konsumerisme dalam masyarakat moden sekarang. Tulisannya sering menitipkan peringatan tentang nilai-nilai yang mendukung peradaban masyarakat di negara ini semakin terhakis dan nipis. Menggabungkan gaya penulisan kewartawanan baharu (new journalism) dan pojok, tujuannya untuk menarik pembaca mengamati isu-isu yang besar dan berat. Tidak terlalu terikat dengan bentuk penulisan kewartawanan yang formal. Gaya sedemikian menjalinkan hubungan yang akrab dengan pembaca. Disediakan oleh : Rokiah Ismail Pengurus Putih Rona Dagang KATA KU SEMAN SARI PUSTAKA BIL. 2 / 2023 71


SATU MEMOIR INDAH TRAVELOG HAJI PASCA COVID: Suatu buku yang menarik. Menggunakan kertas yang berkualiti tinggi. Kulit hadapan dan belakang menggunakan kertas kulit keras. Berbau harum. Ilustrasi yang terdapat di kulit muka hadapan menggambarkan perjalanan seorang jemaah haji yang sedang memakai ‘Mask’ menuju ke Tanah Suci Mekah berlatarbelakangkan peta dunia amat sesuai dan berpadanan dengan tajuk ‘Travelog Haji Pasca Covid’. Penulisan pula menggunakan Font Times New Roman bersaiz 14 amat sesuai bagi menarik perhatian mereka yang berusia 50 tahun ke atas untuk membacanya kerana kebanyakan jemaah haji adalah berusia 50 tahun ke atas. Bahasa yang digunakan pula adalah santai dan mudah untuk difahami. Ini adalah kerana penulis menulis berdasarkan pengalamannya dalam bentuk bercerita. Mior Shahriman Ahmad Shafidi. Travelog Haji Pasca Covid : Satu Memoir Indah. Kedah.: Percetakan Siaran Sdn.Bhd, 2023. SARI PUSTAKA BIL. 2 / 2023 72


TRAVELOG HAJI PASCA COVID: SATU MEMOIR INDAH Di samping itu, pembaca turut diselitkan dengan hukum hakam mengerjakan haji dan umrah secara tidak langsung. Ini menyebabkan pembaca memperoleh ilmu berdasarkan kisah yang dipaparkan dan ini tidak membebankan pemikiran pembaca kerana penulisan ini tidak bercirikan akademik sepenuhnya. Inilah metod dakwah yang mudah untuk difahami oleh masyarakat. Penulis pandai menyusun cerita bermula daripada pergerakan untuk menunaikan haji di Malaysia lagi. Dalam buku ini, cerita adalah berkisar sepenuhnya pergerakan jemaah haji yang menginap di Hotel Land Premium Mekah terutama jemaah haji Maktab 50. Namun begitu kisah ini amat sesuai untuk semua jemaah haji yang pernah menunaikan ibadat haji kerana kisah yang berlaku adalah hampir sama antara satu sama lain dan bakal jemaah juga boleh mengambil pengajaran tentang suasana yang bakal dihadapi di Tanah Suci. Setelah selesai perjalanan jemaah haji melaksanakan Umrah Pertama, penulis menceritakan tentang organisasi yang terlibat menyantuni jemaah haji di hotel penginapan di Mekah. Ini adalah penting kerana jemaah haji perlu memahami siapakah pihak yang dipertanggungjawab untuk menguruskan mereka sepanjang berada di Tanah Suci Mekah. Begitu juga penulis membawa suasana kehidupan jemaah haji sepanjang berada di hotel di Mekah. Pelbagai kisah suka duka yang berlaku yang melibatkan perhubungan sesama jemaah haji. Tambahan pula jemaah haji tidak boleh duduk berdua suami isteri satu bilik, sebaliknya berkongsi bilik sesama jantina di mana satu bilik boleh memuatkan lima ke enam orang jemaah haji, bahkan ada yang mencecah sembilan orang jemaah haji. Oleh itu pelbagai ragam yang muncul diantaranya kisah mencuci pakaian sendiri. Walaupun tidak boleh duduk bersama suami isteri, namun pihak Tabung Haji cuba sedaya upaya memastikan jemaah suami isteri tidak duduk berjauhan di antara bilik. Penulis telah memulakan kisah ketibaan jemaah haji di Mekah dengan menceritakan kisah pergerakan jemaah haji melaksanakan ibadah Umrah Pertama bagi mereka yang melaksanakan Haji Tamattuk atau Tawaf Qudum dan Saie Haji bagi mereka yang melaksanakan Haji Ifrad atau haji Qiran. Pengalaman ini amat bernilai untuk difahami bagi mereka yang belum pernah menjejakkan kaki ke Bumi Mekah. Ada beberapa saranan yang boleh diikuti bagi menjamin keselamatan ketika menunaikan ibadah ini. SARI PUSTAKA BIL. 2 / 2023 73


Seterusnya penulis menceritakan suasana pergerakan jemaah haji ke Masyair (Arafah, Muzdalifah dan Mina) yang merupakan kemuncak haji. Banyak panduan yang diberikan di dalam bentuk kisah suka duka jemaah haji semasa berada di Masyair bermula daripada Arafah di mana jemaah haji akan mula tiba pada 8 Zulhijjah. Begitu juga keadaan jemaah haji di Muzdalifah yang terpaksa bersesak-sesak di atas padang pasir sementara menunggu pergerakan ke Mina. Setiba di Mina pula, pelbagai kisah yang berlaku di dalam melaksanakan ibadat melontar bermula daripada lontaran 10 Zulhijjah dalam keadaan memakai ihram dan perlu berjalan sejauh 6 kilometer ke tempat lontaran sehingga kepada terhasilnya Tahalul Awal. Begitu juga kehidupan jemaah haji di Mina selama 3 atau 4 hari telah menghasilkan suatu kisah yang menarik di kalangan mereka. Ada yang sabar dan ada yang hilang kesabaran sehingga tidak sabar untuk kembali ke kota Mekah. Jemaah haji akan berjaya menyelesaikan kerja haji mereka setelah mereka menyelesaikan Tawaf dan Saie haji di Mekah sekembalinya mereka daripada Mina. Perjalanan haji ini berakhir sepenuhnya apabila mereka mula berangkat pulang ke Tanah Air selepas itu. Oleh yang demikian, penulis telah mengabdikan gambar kenangan jemaah haji di bahagian kedua buku ini sebagai kenangan terindah mereka. Inilah antara buku perjalanan haji yang terbaik yang perlu dimiliki oleh orang ramai bagi memahami tatacara perjalanan melakukan ibadah haji di Tanah Suci. Disediakan oleh : Adibah binti Mohamad @ Md Salleh Pemilik Syarikat AMS Bakti Mal Solution TRAVELOG HAJI PASCA COVID: SATU MEMOIR INDAH SARI PUSTAKA BIL. 2 / 2023 74


+03-26871700 [email protected] www.pnm.gov.my PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA 232 JALAN TUN RAZAK 50572 KUALA LUMPUR


Click to View FlipBook Version