SSIINNOOPPSSIISS JJAALLAANN KKEE PPUUNNCCAAKK
by aleeya afina
BAB 1
Laiman pelajar dari Sabah seakan-akan tidak percaya bahawa dirinya berada di Sarawak
untuk menjalani latihan industri. Bidang yang diambilnya ialah kejuruteraan. Dia dihantar
untuk membuat praktikal di sebuah syarikat minyak. Di situ, dia berkawan baik dengan Sukri.
Dia bercerita kepada Sukri bahawa dia akan berehat selepas tamat pengajian nanti. Jika dia
menerima tawaran bekerja dari mana-mana syarikat, dia tidak akan menerimanya dengan
cepat. Sukri hairan memikirkan sikap Laiman. Dalam hidang pekerjaan, Laiman menjadikan
Chow Chin sehagai contoh untuk diteladani. Pada pandangannya, orang yang berijazah atau
tidak berijazah mampu maju dalam hidup jika bijak dan rajin berusaha. Perkara yang paling
penting ialah pengalaman, kemahiran, dan kesungguhan.
BAB 2
Laiman bersiar-siar ke Lutong selepas waktu pejabat. Kerjanya telah selesai. Pengurusnya
berpuas hati dengan kecekapan dan sikap Laiman. Ramai yang memuji Laiman. Di pekan
Lutong, Laiman terjumpa rakan sekerjanya Soniah. Mereka berbincang hal kerja. Soniah telah
bertanya Laiman tentang Muluk. Bagi Laiman, Muluk seorang pemuda yang bersikap aneh. Dia
tidak pernah berbual dengan pemuda itu. Apabila Laiman bertanya lebih lanjut tentang Muluk,
Soniah enggan menjawab, seolah-olah Soniah sedang menyembunyikan sesuatu mengenai
Muluk. Akhirnya Laiman membiarkan persoalan tentang Muluk begitu sahaja tanpa sebarang
jawapan daripada Soniah.
BAB 3
Sukri, ketua jabatan yang menyelia Laiman telah menerima berita bahawa sebuah tangki minyak
yang dibaiki oleh Laiman telah terbakar. Ketika kejadian Laiman berada di Kuching. Kebakaran
dapat dipadamkan tiga jam kemudian oleh anggota bomba dan pekerja-pekerja di situ. Perkara
yang menjadi persoalan kini ialah punca kebakaran tersebut. Keesokan harinya, Sukri
memaklumkan kejadian tersebut kepada Laiman. Laiman sangat yakin kerja yang dilakukannya
cukup rapi dan dia tidak percaya kejadian itu boleh terjadi. Akhirnya Sukri membuat andaian
bahawa peristiwa itu terjadi mungkin disebabkan oleh pembuatan khianat. Perkara tersebut
mengingatkan Laiman tentang perbualannya bersama Sonia seminggu yang lalu.
BAB 4
Laiman dan Soniah menghabiskan cuti hujung minggu dengan bersiar-siar di Bandar Miri.
Mereka berbincang tentang rancangan masa depan Soniah yang ingin melanjutkan pelajaran
dalam jurusan kejuruteraan. Bagi Laiman, bidang kejuruteraan amat mencabar dan tidak
sesuai dengan Soniah kerana berisiko. Bagi Soniah, dia suka akan cabaran dan menjadi
seorang jurutera merupakan impiannya. Laiman berharap kejadian kebakaran tersebut tidak
menjejaskan perjalanan kuliahnya di universiti. Sewaktu Laiman dan Soniah sedang bersiar-
siar, Laiman menyedari kehadiran Muluk yang memerhatikan gerak-geri mereka.
BAB 5
Setelah pulang dari universiti, Laiman berubah.
BAB 6
Laiman kini mengusahakan tanaman tembikai di kampung halamannya di Sabah. Laiman juga
merancang untuk mengusahakan projek ternakan lebah madu dan ikan air tawar. Terbongkar
juga akhirnya punca kejadian kebakaran tangki minyak. Rupa-rupanya Muluk cemburu akan
Laiman kerana menyangka Laiman menjalin hubungan cinta dengan Soniah. Oleh sebab
cintanya tidak berbalas, Muluk menaruh dendam dan berniat menyusahkan sesiapa sahaja
yang mendampingi Soniah. Muluklah yang membakar tangki minyak. Akibat perbuatannya itu,
Muluk menerima hukuman.
BAB 7
Laiman ditegur oleh ayahnya Pak Kiassim kerana menolak tawaran bekerja di jabatan pertanian.
Ayahnya kesal kerana selama ini dia telah banyak berkorban untuk pengajian Laiman di
Universiti, tetapi Laiman tidak memanfaatkan kelulusan yang dimilikinya untuk bekerja. Laiman
begitu tertekan kerana cita-cita dan impiannya tidak difahami oleh ayahnya. Laiman ingin
membuka mata penduduk kampung supaya gigih berusaha tanpa mengharapkan bantuan
daripada kerajaan seperti mana yang dilakukannya bersama sepupunya Milan. Laiman mendapat
sokongan daripada sepupunya dalam usahanya itu.
BAB 8
Rancangan Laiman untuk mengusahakan tanah paya berhampiran tanah sawah milik Pak
Sahok untuk dijadikan kolam ternakan ikan tidak dipersetujui Pak Sahok. Walaupun tanah
paya itu tidak termasuk dalam geran Pak Sahok, namun Pak Sahok ada mengusahakan
sebahagian paya itu untuk dijadikan sawah. Laiman tidak berputus asa. Dia terus
memujuk Pak Sahok. Sementara itu kebun tembikainya mula berbuah. Laiman dibantu
oleh Milan untuk mengusahakan kebun itu. Dia juga berazam untuk meneruskan projek
ternakan lebah madu. Laiman bercadang untuk mengambil anak-anak muda kampung itu
untuk bekerja dengan mereka.
BAB 9
Pak Sahok tetap berkeras dan tidak membenarkan Laiman untuk melaksanakan projek
di kawasan tanah miliknya. Laiman terpaksa mengalah dan cuba memikirkan tempat
lain yang lebih sesuai. Namun Laiman dan Milan masih buntu. Pada masa yang sama
ayahnya mula menyedari hasil usaha Laiman telah mendatangkan hasil. Kejayaan
tanaman tembikai Laiman mula menjadi buah mulut penduduk kampung. Pak Kiassim
menawarkan diri untuk berbincang dengan Pak Sahoh berkaitan projek ternakan ikan air
tawar. Laiman berasa terharu. Dia meminta maaf kerana selama ini dia tidak dapat
memenuhi hasrat ayahnya supaya bekerja sebagaimana siswazah lain.
BAB 10
Kejayaan projek Laiman mendapat perhatian banyak pihak termasuk Jabatan Pertanian yang
menawarkan pelbagai bantuan. Pak Sahoh pula telah bersetuju dan memberikan kebenaran
kepada Laiman menggunakan tanah paya untuk projek ternakan ikan air tawar dan udang
harimau. Hasil jualan buah tembikai akan dijadikan modal untuk projek tersebut. Ramai anak
muda yang mahu bekerja dengan Laiman. Sementara itu kebun tembikai diserahkan kepada
ayahnya untuk diusahakan. Pada masa yang sama, Soniah sesekali menghubungi Laiman
melalui surat. Kini Soniah melanjutkan pelajarannya di universiti.
BAB 11
Laiman dimaklumkan oleh Milan bahawa dua orang pekerja mereka iaitu Kadek dan Muali
yang dihantar untuk mengikuti latihan dalam bidang ternakan air tawar telah membuat
keputusan untuk mengusahakan projek ternakan mereka sendiri. Mereka enggan membantu
projek Laiman dan Milan. Laiman sangat terkejut. Pada mulanya dia amat marah tetapi dia
yakin banyak lagi orang kampung yang berkebolehan. Ayah Laiman mulai menyedari erti
pengorbanan Laiman yang enggan bekerja dengan kerajaan walaupun Laiman mempunyai
ijazah. Dia mula memahami Laiman telah bersusah payah mencari projek untuk yang akan
membuka peluang pekerjaan kepada anak-anak muda yang menganggur.
BAB 12
Keengganan Muali dan Kedek untuk bekerja setelah dihantar
untuk mengikuti latihan sudah tidak menjadi masalah lagi bagi
Laiman. Abangnya Mail menyokong usaha yang dibuat oleh Laiman
dan menasihati adiknya itu agar melakukan kerja bersungguh-
sungguh tanpa menghiraukan cakap-cakap orang kampung
terhadapnya.
BAB 13
Sementara Laiman dan Milan menunggu hasil dari kolam
penternakan mereka yang dijaga oleh enam orang pekerja, Laiman
dan Milan menjalankan kerja-kerja sambilan yang lain seperti
menjaja kuih, meraih pisang dan kelapa. Pendapatan mereka
disimpan di bank untuk kegunaan masa depan mereka.
BAB 14
Laiman masih belum berpuas hati dengan pencapaiannya sekarang. Tidak lama lagi
kolam ternakannya akan mengeluarkan hasil. Laiman berterima kasih kepada Pak
Sahok kerana mengizinkannya menggusahakan tanah di sebelah tanah Pak Sohok.
Kini Laiman dan Milan telah muncul sebagai usahawantani termuda yang berjaya.
Mereka turut membeli lori yang dapat memudahkan urusan mereka mengangkut hasil
tanaman, ternakan dan perniagaan mereka.
BAB 15
Laiman merenung kembali susah payahnya selama ini untuk sampai ke tahap itu.
Nama Laiman disebut-sebut sebagai contoh kepada anak-anak muda kerana ingin
melihat bangsanya berjaya. Kerjanya kini sebagai seorang penternak, pengusaha
kedai makan dan pemborong yang berjaya walaupun memiliki ijazah dalam bidang
kejuruteraan. Laiman masih mengingati Soniah yang telah tamat pengajiannya.
Laiman sedar dia menyimpan perasaan terhadap gadis itu. Berita Soniah akan
berhijrah ke Sabah untuk bekerja di syarikat pakciknya amat mengujakan Laiman.
Dia berhasrat untuk mencurahkan isi hatinya kepada Soniah.
SSEEKKIIAANN