The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ain.ayuni21, 2022-09-13 22:26:54

Pendekatan Dan Aktiviti Yang Sesuai Untuk Dilakukan Dan Dipratikkan Oleh Ibu Bapa

DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK – KANAK SECARA ISLAMIK
TUGASAN KERJA KURSUS
SEMESTER 1 SESI 2022/2023

PENGLIBATAN IBU BAPA DAN KOMUNITI PENDIDIKAN AWAL KANAK – KANAK
AAK2183

TAJUK TUGASAN :
PENDEKATAN DAN AKTIVITI YANG SESUAI UNTUK DILAKUKAN DAN DIPRATIKKAN OLEH IBU BAPA

NUR AIN AYUNI BT SHARIPUDDIN
PID20276

PENSYARAH
CIK SITI NURULAIN BINTI MOHD YUSOFF

JABATAN PENDIDIKAN DAN PEMBANGGUNAN INSAN
FAKULITI PENGAJIAN ISLAM

PENDEKATAN DAN AKTIVITI
YANG SESUAI UNTUK
DILAKSANAKAN DAN

DIPRAKTIKKAN OLEH IBU
BAPA DALAM MERANSANG

POTENSI ANAK – ANAK

ISI KANDUNGAN

O1 02 03

DEFENISI PENDEKATAN BELAJAR PENDEKATAN
PENDEKATAN SAMBIL BERMAIN BERTEMA

04 05

PENDEKATAN KESIMPULAN
BERCERITA

DEFINISI
PENDEKATAN :

➢ Pendekatan merupakan satu penyusunan prosedur yang dapat membezakan
pengajaran seseorang guru dengan seorang yang lain

➢ Kamus dewan ( 1998 ) mengatakan pendekatan merupakan cara atau langkah yang
diambil bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas

➢ Pendekatan juga boleh diungkapkan sebagai sesuatu mata pelajaran diajar untuk
mencapai objektifnya

➢ Kamarudin Husin ( 1998 ) menjelaskan bahawa pendekatan ialah satu kumpulan
andaian yang saling berkaitan yang mencerminkan sesuatu pandangan atau
falsafah yang berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran

PENDEKATAN BELAJAR
SAMBIL BERMAIN :

❑ Belajar melalui bermain adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang sangat
berkesan kepada kanak – kanak

❑ Teknik belajar sambil bermain ia dapat mendatangkan keseronokkan dan kepuasaan
kepada kanak – kanak dalam sesuatu pengajaran yang hendak disampaikan

❑ Bermain juga dapat memberikan kanak – kanak menguasai pelbagai perkembangan ,
antaranya adalah perkembangan fizikal , emosi , bahasa dan sosial

❑ Mak Soon Sang berkata di dalam bukunya pendekatan dan strategi pengajaran , main
adalah merupakan satu teknik mengajar yang memberi peluang kepada kanak – kanak
untuk melakukan sesuatu aktiviti

➢ Pendekatan bermain sambil belajar adalah aktiviti yang dijalankan secara
spontan yang membawa kepada pembelajaran

➢ Main juga adalah merupakan ekspreksi kendiri yang kreatif dan
perkembangannya paling jelas pada peringkat kanak – kanak

➢ Kraus ( 1990 ) berkata , bermain juga bukanlah satu aktviti yang dipaksa malah
ia merupakan keinginan semula jadi kanak – kanak

➢ Menurut Caplan & Caplan ( 1973 ) Bermain ialah penentu yang penting bagi
perkembangan kekuatan sahsiah , daya cipta , kestabilan emosi , perkembangan
sosial dan intelek di samping itu ia dapat memperkembangkan kekuatan fizikal
, koordinasi dan ketangkasan seseorang kanak – kanak

JENIS MAIN :

Permainan ‘solitary’

➢ Kanak – kanak bermain sendirian dan tidak berkaitan dengan orang lain atau secara bebas

Permainan ‘parallel’

➢ Kanak – kanak bermain secara bebas dan bersendirian tetapi berhampiran dengan kanak – kanak
lain

Permainan ‘associative’

➢ Seorang kanak – kanak bersama kanak – kanak lain terlibat dalam aktiviti yang sama tetapi tidak
bekerjasama

Permainan ‘coorperative’

➢ Seseorang kanak – kanak bermain bersama kanak – kanak lain dan mereka mempunyai sikap
bekerjasama , tolak ansur dan saling melengkapi

Aktiviti yang sesuai untuk
dilaksanakan dan dipraktikan oleh
ibu bapa dalam meransang potensi

anak – anak :

Pendekatan Belajar Sambil Bermain :

Perkembangan Fizikal

➢ Aktiviti bermain bola

➢ Ia dapat menyihatkan tubuh badan serta mengeluarkan peluh dan
mencerdaskan minda kanak – kanak

➢ Ia dapat membuatkan kanak – kanak menjadi aktif

➢ Dengan bermain bola ia dapat mengajar kanak – kanak untuk menyepak dan
mengajar kanak – kanak untuk berfikir bagaimana hendak menjaringkan gol

Perkembangan Sosial

➢ Aktiviti nyanyian

➢ Ia dapat meningkatkan perkembangan sosial kanak – kanak

➢ Menggalakkan kanak – kanak untuk bergaul , berkongsi maklumat , kemahiran
menarik perhatian , memberi pujian dan memberi idea

Perkembangan Bahasa

➢ Aktiviti permainan mencantum kad suku kata

➢ Permainan ini akan melibatkan suku kata dan tiga kata suku . Contohnya , “ sa – ya “ ,
“ su – ka “

➢ Ia dapat membantu guru untuk menganalisis pencapaian setiap kanak – kanak

PENDEKATAN BERTEMA :

❑ Pendekatan bertema ialah kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan
satu tema yang bersesuaian dengan masa , tempat , minat dan latar belakang kanak
– kanak

❑ Pendekatan bertema merangkumi koleksi bahan , aktiviti dan teknik yang disusun di
sekitar konsep atau tema

❑ Pendekatan ini menggunakan tema bagi mewujudkan pengajaran dan pembelajaran
yang aktif , menarik dan bermakna

❑ Kanak – kanak diberi peluang untuk meneroka , mengalami dan mencari peluang
mengekspresikan sesuatu tema yang diguna pakai

❑ Pendekatan bertema juga membolehkan kanak – kanak menghubungkan antara
pemahaman , sikap dan kemahiran termasuk juga dalam bidang kurikulum

Aktiviti yang sesuai untuk
dilaksanakan dan dipraktikan oleh
ibu bapa dalam meransang potensi

anak – anak :

Pendekatan Bertema :
Perkembangan Kognitif

Tema : Buah – buahan

➢ Aktiviti bahasa melayu mengejakan nama buah – buahan

➢ Ia dapat melatih minda kanak – kanak untuk berfikir

➢ Dapat mengasah kemahiran motor halus . Contohnya kanak – kanak menggunakan
tangan untuk menulis

Perkembangan Bahasa

Tema : Buah – buahan

➢ Aktiviti bahasa inggeris kanak – kanak dapat mengeja nama buah – buahhan
dengan menggunakan perkataan inggeris

➢ Ia dapat melatih tutur bahasa kanak – kanak untuk bercakap

➢ Dapat mengasah minda kanak – kanak untuk berfikir dan mengingati setiap
perkataan di dalam bahasa inggeris

➢ Kanak – kanak dapat belajar bahasa yang baharu dna juga dapat menguasai
pelbagai bahasa dengan baik

PENDEKATAN BERCERITA :

❑ Pendekatan bercerita merupakan salah satu bentuk pengajaran dan
pembelajaran yang sering digunakan oleh guru untuk menarik perhatian kanak –
kanak

❑ Pendekatan bercerita dapat membuatkan kanak – kanak berimaginasi , berfikir
dan memahami tentang sesuatu perkara

❑ Bercerita dapat menerangkan tentang sesuatu idea , konsep atau sejarah bagi
membantu kefahaman kanak – kanak terhadap sesuatu fakta

❑ Bercerita juga dapat memperkembangkan lagi perkembangan bahasa , emosi dan
fizikal kanak – kanak

Aktiviti yang sesuai untuk dilaksanakan
dan dipraktikan oleh ibu bapa dalam
meransang potensi anak – anak :

Pendekatan Bercerita :

Perkembangan Bahasa

➢ Aktiviti pengenalan diri

➢ Ia dapat membantu kanak – kanak untuk berani bercakap apabila berhadapan
dengan orang sekeliling

➢ Dapat menambah perbendaharaan kata dan memperlihatkan pelbagai ragam gaya
yang ditunjukkan oleh kanak – kanak

Perkembangan Emosi

➢ Akitiviti meluahkan perasaan bersama kanak – kanak

➢ Dapat melihat pelbagai ragam emosi yang ditunjukkan oleh kanak – kanak apabila
bercakap atau bercerita

➢ Emosi merupakan peranan yang sangat besar dalam mempengaruhi kehidupan
secara kesuluruhannya

➢ Emosi juga dapat ditunjukkan dengan pelbagai aksi . Contohnya , kegembiraan ,
kesedihan , ketakutan dan kemarahan

Kesimpulan :

Kesimpulannya , terdapat pelbagai pendekatan yang berkesan untuk
dilakukan bersama kanak – kanak . Dengan itu , pendekatan yang disukai
oleh kanak – kanak dan juga guru ialah pendekatan bercerita dan
pendekatan belajar sambil bermain . Ini kerana , dengan adanya
pendekatan bercerita , guru dapat menarik perhatian kanak – kanak semasa
mengajar dan terdapat pelbagai aktiviti yang dapat dilakukan bersama bagi
mempekukuhkan lagi perkembangan emosi , perkembangan bahasa ,
perkembangan fizikal dan juga perkembangan kognitif .




Click to View FlipBook Version